Muslimeen United |
- 939 Peguam Kutuk Kekerasan Polis Pada Bersih 3.0 Berbanding 16 Menentang
- Renungan di petang hari...
- Topblog PR vs BN : Mei 2012
- Pilihanraya Mungkin Bulan Julai Pula, PAS Mungkin Tangguh Muktamar
- PAS tuntut jaminan keselamatan pada individu dikehendaki
- Bapak kafir: Replika NST dibakar di Kota Bharu
- [TERBAIK] BERSIH 3.0: Surat Daripada Seorang Guru Kepada Pengetua
939 Peguam Kutuk Kekerasan Polis Pada Bersih 3.0 Berbanding 16 Menentang Posted: 11 May 2012 08:33 AM PDT Hanya 16 peguam tolak usul kutuk keganasan polis Majlis Peguam Malaysia hari ini meluluskan usul tergempar mengutuk dakwaan keganasan polis sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu. Badan peguam dengan keahlian lebih 14,000 anggota itu meluluskan usul tersebut yang diajukan presidennya, Lim Chee Wee pada satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) petang tadi. "Majlis Peguam Malaysia memandang serius dan mengutuk penggunaan meriam air dan gas pemedih mata secara berlebihan, salah, dan tanpa had terhadap peserta himpunan," kata Lim Chee Wee sewaktu membacakan sebahagian petikan daripada usul itu selepas selesai mesyuarat. Seramai 1,270 anggota Majlis Peguam Malaysia hadir ke EGM petang tadi dengan 939 menyokong dan hanya 16 orang menolak usul tersebut. Lim berkata berbeza dengan polis, peserta BERSIH yang menuju ke arah Dataran Merdeka bersurai secara aman walaupun selepas polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata terhadap mereka. "Peserta berpusing dan mula beredar. Tiada pijak memijak berlaku. Ia satu bukti bahawa mereka adalah rakyat Malaysia yang cintakan keamanan," katanya. Lim juga berkata Majlis Peguam menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas insiden itu. Majlis Peguam Malaysia turut menuntut agar anggota polis yang melakukan keganasan dikenalpasti dan didakwa. "Kami gesa polis mengenal pasti anggota mereka yang terlibat dalam kelakuan yang menyalahi undang-undang, terutamanya yang menyerang peserta himpunan, didakwa," kata Lim. Resolusi yang diusulkan Lim hari ini hasil daripada laporan pemerhatian 78 pemerhati dari Majlis Peguam sewaktu himpunan BERSIH anjuran gabungan 84 NGO itu. -mk Set up IPCMC, tender apology | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 11 May 2012 02:34 AM PDT Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk. Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat. "Tuhan ni wujud ke?" tanya si penggunting rambut. Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya. "Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…" adu si penggunting rambut. "Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!" sambungnya lagi menyatakan kekesalan. "Tuhan tu ada." Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya. "Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!" ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu. Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap. "Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?" tanya lelaki itu. "Ya, saya nampak. Kenapa?" si penggunting rambut bertanya kembali. "Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?" Lelaki itu meminta pandangan. "Ya, betul. Saya setuju." si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk. "Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?" tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan 'istimewa' kepada si penggunting rambut. "Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni." Si penggunting rambut menafikan. "Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?" lelaki tersebut bertanya kembali. "Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas." jawab si penggunting rambut. "Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu 'berjumpa' dengan Tuhan." kata lelaki itu. Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya. "Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…" "Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi" Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya. "Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya" Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga. Antara pengajaran penting: Tuhan itu ada. DIA, yakni ALLAH adalah Tuhan Maha Esa. DIA lah tempat semua memohon pertolongan dan bergantung harap. ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan DIA tidak sama dengan mana-mana satu pun. Patuhlah kepada perintah ALLAH dan jauhilah larangan ALLAH. Kerana padanya terdapat kesejahteraan dan kebaikan yang menyeluruh. "Aslim, taslam". Ambillah ISLAM secara keseluruhannya, nescaya semua manusia dan makhluq yang menghuni bersama manusia akan selamat. Peringatan: Ini hanyalah perumpamaan untuk dibuka fikiran sahaja. Kisah sebegini baik untuk disampaikan untuk mengajak manusia berfikir dan merenung. Namun, perumpamaan ini tidaklah tepat dengan ALLAH. Kerana ALLAH itu adalah Tuhan yang tiada suatu pun yang sama denganNYA. Semoga ada manfaat padanya, insyaALLAH. Wallahu Ta`ala A`lam. sumber FB | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 11 May 2012 02:20 AM PDT Rupanya lama dah aku tak buat ranking blog PR vs blog BN ni. Kali terkahir aku buat bulan Februari lepas. Saja ja aku buat kali ni, nak tengok macamana kedudukan terkini. Kali ni saja aku bubuh rangking 150 blog berbanding cuma 100 blog sebelum ni. Nampaknya blog Amenoworld mewakili blog PR masih lagi mengungguli ranking, blog papagomo masih tak boleh rampas balik kedudukan teratas tu. Blog aku duduk no 12 sama macam rangking sebelum ni. Dari segi keseluruhan nampak gayanya blog BN masih menguasai rangking, blog pro PR masih tak boleh nak atasi.
Cumanya kalau ditengok carta kat bawah ni secara keseluruhan, macam yang aku tulis sebelum ni, memang nampak tak berapa nak berbaloi. Blog pro PR masih berjaya menyelit walaupun tak berbayar. Apa pun, aku harap para blogger pro PR boleh buat sesuatu untuk kuasai balik ruang media baru ni, macam masa sebelum 2010. Tindakan Harakahdaily ujudkan ruangan 'Terbaik dari blog' memang banyak membantu, cumanya takat 5 artikel tu sikit sangat kut, kalau boleh tambah la lagi jadi 10 ka paling kurang. Dari segi ruang aku rasa 15 artikel pun muat. Lagi satu yang aku sikit mushkil pasai apa Malaysiakini tak letakkan
Kalau ada blog pro PR yang patut masuk carta ni tapi tak masuk tolong bagitau, insyaallah aku akan masukkan untuk lain kali, kalau aku rajin untuk buat lain kali laa... Hahaha... | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pilihanraya Mungkin Bulan Julai Pula, PAS Mungkin Tangguh Muktamar Posted: 11 May 2012 02:15 AM PDT KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata beliau telah dimaklumkan bahawa Dewan Rakyat (parlimen) akan mengadakan sidang pada 11hb hingga 23hb Jun yang akan datang. Oleh itu, selaku Ahli Parlimen Kuala Terengganu beliau berpendapat, pilihanraya umum (PRU) kali ke-13 akan diadakan selepas bulan sidang tersebut pada bulan Julai yang akan datang. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata satu mesyuarat akan diadakan pada Ahad 13hb di Pejabat Agong PAS Pusat, yang besar kemungkinan akan mennagguhkan Muktamar tahun PAS Pusat. "Saya ucap terima kasih banyak-banyak kerana memberikan peluang kepada saya (merasmikan Muktamar Muslimat), saya harap Muktamar Tahunan Muslimat (negeri Terengganu) akan bincang (tentang pilihanraya) kerana mungkin ini Muktamar yang terakhir, "lusa ada mesyuarat PAS Pusat besar kemungkinan Muktamar (Tahunan PAS Pusat) akan ditangguhkan,"ujarnya. [Gambar - Ketua dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu Puan Safinah Jusoh memberi ucapan pada Muktamar Muslimat Kali Ke-39 di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu Kuala Ibai] Haji Wahid berkata demikian ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu Kali Ke-39 yang diadakan di Markaz Tarbiah Kuala Terengganu di Kuala Ibai hari ini, Jumaat 11 Mei. Sebelum itu beliau menegaskan, tiga sasaran utama kumpulan pengundi yang mempunyai kecenderungan menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Justeru beliau menggesa Muslimat memainkan perananan mendekati golongan sasar tersebut bagi memastikan PAS menang dlam pilihanraya tersebut. "Pengundi atas pagar adalah sasaran kita, pengundi muda adalah sasaran kita dan pengundi Cina adalah sasaran kita, saya harap muslimat dapat mendedakati sasaran-sasran ini,"tambahnya. Menurutnya, pelbagai pendekatan boleh diambil bagi menawan hati pengundi antaranya adalah menghantar tanda ingatan seperti kad ucapan hari lahir dan lain-lain yang memberi kesan perasaan. -BO | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PAS tuntut jaminan keselamatan pada individu dikehendaki Posted: 10 May 2012 11:26 PM PDT Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, gesaan itu dibuat memandangkan dakwaan layanan buruk polis terhadap peserta BERSIH, termasuk dipukul, sebelum ini. "Bagaimana mungkin mereka yang dipanggil menyerah diri ini dapat dijamin keselamatan mereka dan tidak berdepan dengan kemungkinan tindakan kekerasan dan dipukul sekali lagi semasa siasatan dijalankan?" soalnya. Setakat 9 Mei, polis menyiarkan 141 wajah, tanpa nama, peserta BERSIH yang dikehendaki bagi membantu siasatan. Abdul Hadi juga mempersoalkan arahan serah diri yang didakwa "terarah" kepada satu pihak sahaja. "Malangnya arahan serah diri ini hanya terarah kepada peserta demonstrasi sahaja, sedangkan tindakan segelintir pihak polis tertentu yang telah bertindak di luar batas undang-undang telah dibiarkan begitu sahaja," kata Abdul Hadi. -M'kini | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bapak kafir: Replika NST dibakar di Kota Bharu Posted: 10 May 2012 11:25 PM PDT (Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasruddin membakar replika NST di Kota Bharum - Gambar Yusri) KOTA BHARU: Marah dengan tuduhan akhbar Umno, New Strait Times yang mendakwa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'Bapak Kafir', replika akhbar berkenaan dibakar hari ini. Pembakaran itu dibuat sendiri oleh Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud di Medan Ilmu tempat umat Islam berkumpul untuk mendengar Kuliah Jumaat Yang diberikan oleh Tuan Guru Nik Aziz di bandar ini. Pembakaran itu dibuat bagi membantah kenyataan Tan Sri Rahim Noor yang mendakwa 'Nik Aziz is father of kafir' yang disiarkan di muka 6 NST 8 Mei lepas. (gambar) Semalam, Rahim dilaporkan menafikan beliau membuat kenyataan sedemikian. Pemberita yang namanya tersiar sebagai salah seorang penulis berita itu, Rahmah Ghazali juga menafikan beliau menulis berita itu. Seorang lagi pemberita yang dinamakan sebagai penulis berita itu adalah Lim Poh Lean. -Hrkh | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
[TERBAIK] BERSIH 3.0: Surat Daripada Seorang Guru Kepada Pengetua Posted: 10 May 2012 11:24 PM PDT Tuan Pengetua, Mesyuarat tergempar dipanggil pada petang itu. Maka terpaksalah saya memohon cuti daripada anda, kerana sememangnya saya tidak dapat menghadiri mesyuarat itu. Anda tanyakan saya, ke mana saya pergi? Malah mengatakan bahawa keesokannya Sabtu, ke mana saya nak pergi sehingga tergesa-gesa pula? Saya berdolak-dalih. Saya berkata saya telah memohon cuti lebih awal lagi, dan anda telah luluskan. Anda tidak mendesak lagi. Namun saya telah merancang dalam hati saya. Seandainya secara terus-terang anda tanya, adakah saya menghadiri BERSIH 3.0, saya akan mengakui secara jujur. Tuan pengetua, saya telah memohon cuti pada 5 April. Dalam borang permohonan cuti, saya mengisi "urusan peribadi". Mungkin anda tidak akan mengaitkannya dengan BERSIH. Sememangnya ia adalah urusan peribadi. Dan ia juga hal negara yang mustahak. Bukankah pihak sekolah suka berkongsi teori Maslow dengan pelajar? Ya, saya mempunyai keperluan sosial saya.Malah saya mahu merealisasikan diri saya. Pada saat-saat yang genting ini, sememangnya saya tidak sanggup mengurung diri saya di sekolah hanya kerana mahu mengajar pada hari itu. Sememangnya saya tidak sanggup untuk berkongsi dengan pelajar saya, apa itu BERSIH, dan kemudiannya, kembali duduk di depan komputer dan mengalirkan air mata saya, setelah melepaskan ketidakpuasan. Tuan Pengetua, tahukah anda? Setiap hari, kita bekerja dalam keadaan yang sejahtera di sekolah, berulang-alik dari bilik guru ke bilik darjah. Pelajar bersopan-santun di depan kita. Suasana sekolah aman dan sentosa. Sebagai seorang guru, saya memilih untuk ke jalan raya pada hari ini. Tak takut saya kepada mentari yang terik mahupun hujan yang lebat. Tak gentar saya berdepan dengan gas pemedih mata dan meriam air berkimia. Tak takut juga andainya saya ditangkap polis... Namun saya takut pula untuk memaklumkan anda bahawa saya nak hadir perhimpunan BERSIH 3.0. Ini kerana saya takut anda tidak meluluskan pemohonan cuti saya.Bukankah ia sesuatu yang memilukan? Mengapa saya anggap anda tidak benarkan? Kerana anda mungkin tidak faham betapa besar maknanya keputusan ini untuk diri saya. Negara kita sudah jatuh sakit. Saya tidak mahu melihatnya sakit tenat, sehingga tidak terubat... Saya tidak mahu mendidik anak murid saya untuk cintai bumi ini, buatlah kerja untuk menjaga alam ini, meleter ini dan itu - tetapi tercengang menatap pembinaan kilang Lynas di tanahair kita. Saya tidak mahu menjelaskan apa itu "melayan nyawa manusia bagai lalang" (peribahasa cina), namun saya gagal menjelaskan kepada pelajar saya bagaimana Teoh Beng Hock menemui ajal. Saya tidak mahu berkuliah, mengajar apakah keistimewaan yang ada dengan bangunan bersejarah di negara kita, tetapi saya perlu membaca al-fatihah untuk Jalan Sultan yang mungkin dirobohkan. Saya tidak mahu hanya meminta pelajar kita untuk menyanyi lagu Negaraku, berulang-kali di perhimpunan mingguan - sebagai tanda hormat dan cinta kepada negara, tetapi tiada cara lain untuk saya membuktikan bahawa ini negara saya, mengapa perlu saya mencintainya? Banyak persoalan yang tidak berani saya jawab secara terus apabila diajukan pelajar. Banyak peristiwa yang berlaku di negara kita, dan nilai yang kami pegang amat berbeza. Tiada gunanya kita mengajar banyak tanpa sebuah negara yang bersih. Semakin banyak kita mengajar, anak murid kita akan membalas, "Kau bohong!" Jadi, saya mesti menyumbang apa yang mampu, meskipun sikit tetapi bermakna. Jangan kita tunggu sehingga berambut putih, barulah kita menyesal tanpa boleh berbuat apa-apa. Tuan pengetua, saya tidak mahu lagi mendidik anak murid kita dengan teladan yang negatif. Tuan pengetua, bukankah aktiviti yang bermakna seharusnya digalakkan? Kitar semula bahan buangan, menghiasi dinding rumah orang tua, menyambut Hari Kanak-Kanak di rumah anak yatim... Bukankah kita sering menggalakkan agar anak murid kita bergiat aktif untuk menyertai aktiviti yang bermakna? Mengkayakan pengalaman hidup kita, belajar untuk berbakti. Lebih baik jika ibu bapa hadir bersama anak-anak dalam aktiviti sedemikian. Saya juga terserempak dengan ibu bapa di tempat berhimpun. Mereka mendidik anak dengan jasad dan jiwa mereka tentang apa itu keadilan. Sememangnya tiada alasan untuk kita melarang mereka daripada memohon cuti untuk hadir. Hanya satu hari kita tidak belajar di sekolah, biar kita keluar sekolah - belajar sesuatu yang tidak dapat diajar guru. Semestinya pengalaman itu akan memahat di hati sepanjang hayat mereka. Saya berharap agar anda juga sama seperti tuan pengetua sekolah lain, menyeru guru membeli baju kuning untuk menyokong pilihan raya yang bersih. Saya berharap anda boleh turun ke jalan raya sebagaimana yang dilakukan pengetua sekolah lain. Saya lebih berharap anda mengumumkan cuti satu hari, memberi kelapangan kepada guru dan pelajar untuk memilih agar turun ke jalan raya pada saat-saat yang bersejarah ini. Namun, jelas, saya terlebih fikir. Untuk puluhan tahun pendidikan Cina ditindas, kita cuba berdikari, tabah untuk berdepan dengan situasi yang sukar ini. Namun selama ini kita hanya menjerit, kita menuntut sijil peperiksaan sekolah menengah Cina swasta diiktiraf, menginstitusikan peruntukan dana kepada sekolah Cina. Jeritan tetap jeritan selepas puluhan tahun. Seandainya kita tidak mempunyai pilihan raya yang bersih, tiada satu kerajaan yang akur kepada suara rakyat - mereka tidak akan mendengar meskipun betapa lantang kita menjerit... Tuan pengetua, saya akan menebus kelas yang dilapangkan kerana cuti saya. Jangan bimbang. Tetapi seandainya saya tidak turun ke jalan raya kali ini, saya rasa untuk seumur hidup saya tidak dapat menebusnya. Akhir kata, saya merakamkan penghargaan kerana anda meluluskan permohonan cuti saya. -MR *Surat ini ditulis oleh seorang guru sekolah menengah Cina, Kathy Kee dan disiarkan melalui Facebook. Diterjemah dengan keizinan daripada penulis. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan