Jumaat, 11 Mei 2012

Addin

Addin


Gambar Menarik Sekitar Perhimpunan Haram Malam Tadi

Posted: 11 May 2012 10:27 AM PDT

Wow!! ramai dari Bersih 3.0
Dari Stadium Bukit Jalil... gambar ini menceritakan segala-galanya. Himpunan raksasa 66 tahun.. opstt.. bukan!! Selepas United Malays National Organisation (Umno) diharamkan pada 4 Februari 1988, United Malays National Organisation (Umno) baru didaftarkan pada 13 Februari 1988. .

Maknanya United Malays National Organisation (Umno) baru berumur 24 tahun. PAS lebih tua dari United Malays National Organisation (Umno). 

Isu nih pun pencacai-pencacai kena tipu dengan pimpinan United Malays National Organisation (Umno). Lagi gambar menarik sekitar perhimpunan haram  dibawah.



Penagacara TV3 Suku semangat membuat liputan

Pemimpin Wassatiyyah bersalaman dengan bukan muhrim


Nih baru betul perhimpunan raksasa

Sumber ~ FB


Blogger Umno Makin Menggila.. Ini Buktinya

Posted: 11 May 2012 08:06 AM PDT

Blogger pencacai United Malays National Organisation (Umno) terus menerus memfitnah pimpinan Pakatan Rakyat. Blogger pencacai nih makin menggila.. Yang terbaru, blogger pencacai nih memfitnah Anwar Ibrahim menghidap HIV. Kerja fitnah memfitnah pasti berterusan sehingga PRU 13 dan ianya bertambah rancak. Kali nih kita akan menyaksikan permainan kotor politik dalam sejarah negara kita oleh  United Malays National Organisation (Umno).

Blogger Umno Dakwa Anwar Ada HIV

Penulis sendiri tak pasti bagaimana ianya bermula, tapi yang penulis perasan beberapa blog pro UMNO sejak beberapa hari lepas memainkan isu kononya Datuk Seri Anwar Ibrahim menghidap HIV!!Artikel asal berhubung dakwaan tersebut boleh dirujuk disini.Sumber dalaman UMNO memberitahu penulis, para blogger UMNO mempunyai maklumat bahawa Anwar sedang mengambil ubat jenis Truvada yang digunakan untuk menghalang virus HIV daripada berkembang menjadi virus pembunuh AIDS.

Memandangkan kepada keberkesananya, ubat ini juga sangat mahal (lebih USD 1,000 sebiji) dan perlu diambil setiap hari.

Dikatakan bahawa, para blogger UMNO berjaya memperolehi dokumen penghantaran yang mengesahkan ubat tersebut dihantar ke rumah Anwar di Segambut Dalam, menerusi perkhidmatan kourier dari syarikat pembekalnya di Amerika Syarikat.

Apa pun alasannya, pada penulis, tuduhan Anwar menghidap HIV ini sengaja diada-adakan bagi menyokong pelbagai dakwaan karut berhubung salah laku seks yang sering dituduh kepada beliau.

Disamping cuba menunjukkan yang Anwar ini kaya raya kerana mampu membeli ubat semahal itu.

Sudah jadi pengetahuan umum bahawa perkongsian jarum dan hubungan seks dengan pasangan yang dijangkiti (tanpa perlindungan) adalah 2 punca utama yang membawa kepada penularan virus HIV di negara kita.

Fakta ini (penularan virus HIV) dan pembohongan di atas (ubat Truvada), digabungkan untuk menjadi cerita bohong paling hebat dekad ini untuk menjatuhkan imej Anwar.

Kebetulan pula, keletihan dan kepenatan dari banyak siri ceramah dan syarahan di dalam negeri dan luar negara telah mula mendatangkan kesan kepada kesihatan Anwar, termasuk memberi kesan kepada bentuk wajahnya yang semakin hari semakin cengkung.

Semua inilah yang penulis jangka telah mencetuskan idea kepada blogger UMNO yang diketahui pakar putar belit ini untuk menuduh Anwar menghidap HIV.

Soal dokumen penghantaran yang didakwa itu, penulis tidak begitu terkejut kerana dengan perkembangan teknologi semasa, apa pun boleh direka dan dicipta, itu bukan masalah.

Untuk anak-anak muda, penulis nak maklumkan disini bahawa isu berkaitan HIV ini bukan pertama kali dikaitkan dengan Anwar. Ketika Anwar dalam tahanan pada 2001, ada pihak yang menuduh Anwar berbohong kerana membuat dakwaan palsu polis akan menyuntiknya dengan darah yang tercemar dengan virus HIV sepanjang dalam tahanan.

Hakikat yang sebenarnya bukan Anwar berbohong tapi kerana beliau mendapat maklumat tersebut dan ada sebab yang kuat untuk percaya ia akan dilakukan ke atas beliau.

Penulis tidak ada masalah dengan kebebasan menyuarakan pendapat oleh sesiapa pun, mengenai apa pun.

Cuma yang menjadi masalah kepada penulis sekarang ialah bila memikirkan tahap serangan peribadi yang kerap digunakan bloggger UMNO kebelakangan ini untuk menjatuhkan Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain, kelihatan terlalu ekstrrem dan tidak terkawal.

Penulis menggesa badan-badan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengambil serius dan tindakan sewajarnya ke atas kegilaan blogger UMNO menyerang peribadi pemimpin Pakatan Rakyat yang semakin menjadi-jadi sekarang. ~kltoday


Umno Makin Terdesak.. Ramai MB Bakal Di Pecat

Posted: 11 May 2012 07:03 AM PDT

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dijangka akan mencalonkan muka-muka baru sebagai menteri besar dan ketua menteri di hampir kesemua negeri kerana Datuk Seri Najib Razak mahu program transformasinya dilaksanakan golongan muda demi bersaing dengan Pakatan Rakyat (PR), kata sumber. The Malaysian Insider difahamkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan dan rakan sejawatnya di Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, adalah antara mereka yang bakal kekal di kedudukan mereka jika BN mengekalkan kemenangan.

"Najib mahu yang terbaik untuk kesemua negeri dan lebih baik dengan meletakkan muka baru.sesetengan pemimpin lama sangat berada di kerusi mereka," kata sumber.

Antara Menteri Besar yang paling lama memerintah adalah Umno Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, yang mengambil alih pejabat pada 1986; Datuk Abdul Ghani Othman, yang telah bersama-sama Johor sejak 1995; dan Datuk Seri Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka sejak 1999.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, adalah paling lama memerintah Sarawak yang mengetuai kemenangan BN Sarawak dalam pilihan raya tahun lalu yang juga penggal terakhirnya selepas memulakan tugas pada 1981.

"Perlu ada pembaharuan dan ini peluang untung orang muda meningkat naik," kata sumber dan menambah Najib sendiri Menteri Besar termuda di Pahang apabila dilantik pada 1982, ketika itu beliau berusia 29 tahun.

Sumber lain menjelaskan BN telah menyiapkan senarai pemimpin berpotensi di kerusi negeri yang akan disesuaikan dalam beberapa minggu lagi oleh Najib dan pembantunya.

"Sudah tentu ada yang melobi di saat-saat akhir dan ada yang mahu kekal. Tapi Najib memikirkan masa hadapan dan keperluan meletakkan muka baru," katanya.

Sumber itu juga berkata BN akan mempertimbangkan untuk melihat pendapat keseluruhan pemerintah negeri sebelum menamakan calon untuk posisi tertinggi.

"Ia mestilah orang yang dipersetujui dan dihormati pemerintah negeri kalau tidak mungkin akan berlaku kekecohan," katanya merujuk kepada perubahan saat akhir di Perlis dan Terengganu selepas pilihan raya 2008.

Selepas pilihan raya 8 Mac 2008, Perdana Menteri dan Pengerusi BN Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mencalonkan Datuk Seri Shahidan Kassim untuk terus berkhidmat sebagai MB Perlis tapi Md Isa telah mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis dengan sokongan lapan Adun Umno dengan 15 kerusi Adun.

Di Terengganu, pemerintah negeri menolak calon Abdullah, Datuk Seri Idris Jusoh, untuk kekal sebagai MB malah digantikan Datuk Seri Ahmad Said walaupun terdapatnya protes daripada Umno dan pengguguran sementara MB baru daripada parti. Isu itu selesai apabila Abdullah bersetuju dengan pilihan pemerintah negeri.

Turut difahamkan BN juga sudah selesai menamakan calon di negeri-negeri yang dikuasai PR; Kedah, Kelantan, Penang dan Selangor. Calon yang paling jelas adalah Datuk Seri Mustapha Mohamed, di Kelantan, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, yang juga Ketua Umno Kelantan.

"Mustapha sudah dikenali di Kelantan. Misterinya adalah di Selangor kerana banyak sangat nama," kata sumber BN itu.

Antara yang dijangka adalah Timbalan Ketua Umno Datuk Seri Noh Omar, namun sumber turut mengesahkan ada beberapa tokoh ahli perniagaan turut disenaraikan oleh Najib, yang juga Ketua Parti Negeri.

Najib semalam melawat kembali Selangor, sehari sebelum sambutan ulangtahun ke-66 Umno dengan sambutan tiga hari di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perdana menteri dilihat kerap mengunjungi Selangor, negeri terkaya yang dimiliki PR pada pilihan raya 2008.

Presiden Umno ini telah mengumumkan akan menawan kembali Selangor tanpa mengira halangannya dalam pilihan raya akan datang, yang dijangka awal bulan depan selepas kembali dari lawatannya bermula Isnin ini.

Pilihan raya perlu diadakan sebelun April 2013 dan menyaksikan tambahan 2.2 juta pengundi kepada 12 juta mendaftar untuk mengundi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut menerima penggunaan dakwat kekal dan minimum kempen 10 hari dalam pilihan raya akan datang. ~malaysianinsider


Inikah Wajah Sebenar MB Selangor?

Posted: 11 May 2012 06:19 AM PDT

Inilah kerja laknat geng-geng pencacai United Malays National Organisation (Umno).. Tak abih-abih nak buat fitnah. Addin pelik.. apa faedahnya geng-geng nih buat keje nih. Kalau setakat superimpose macam nih tak usah lah nak tipu. Budak sekolah yang baru belajar komputer pun tau nih gambar yang telah di edit. Jikalau nak tipu biarlah nampak smart sikit, ini membuang masa je.. Udahlah free je dapat dosa kering kerana memfitnah. Kepada geng-geng pencacai United Malays National Organisation (Umno) buatlah keje-keje yang lebih datang menafaat kepada agama, bangsa dan negara. Janganler menyesal setelah nyawa di hujung halkum...tiada gunanya..

Gambar fitnah MB Selangor yang di edit oleh pencacai..

Gambar fitnah kantoi

Gambar original sebelum di edit

Sumber gambar di sini.


Pengerusi SPR Masih Ahli Umno.. Ini Buktinya

Posted: 11 May 2012 01:55 AM PDT

PETALING JAYA - Dakwaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan lagi ahli Umno adalah pembohongan bertujuan mengelirukan rakyat. Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, selepas pendedahan, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf tidak pernah mengisytihar keluar Umno, sebaliknya mendakwa telah terlucut keahlian kerana tidak membayar yuran tahunan.

"Pengakuan itu sekadar mengesahkan Abdul Aziz memang menjadi ahli Umno," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Machang itu berkata, berdasarkan pengalaman beliau menjadi Setiausaha Pemuda Umno, untuk mendaftar menjadi ahli Umno, seseorang itu hanya perlu membayar yuran keahlian.

Menurut Saifuddin, yuran keahlian berbeza dengan yuran tahunan kerana yuran keahlian hanya dibayar sekali seumur hidup.

"Sekiranya seseorang itu tidak membayar yuran tahunan, dia tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang mesyuarat agung dan tidak boleh mengambil bahagian dalam pemilihan.

"Walaupun tidak membayar yuran, seseorang itu tetap menjadi ahli Umno sehingga dia membuat keputusan untuk keluar parti," katanya.

Beliau juga mendedahkan terdapat 11 Wan Ahmad Wan Omar berdaftar sebagai ahli Umno. Justeru, beliau mencabar 10 nama lagi untuk tampil menafikan 'Wan Ahmad Wan Omar' bukan Timbalan Pengerusi SPR.

"Sekiranya peniaga bernama Wan Ahmad Wan Omar mendakwa dia menganggotai Umno, itu tidak mengapa.

"Dalam senarai saya, masih ada 10 lagi nama yang sama. Jadi saya cabar kesemua nama ini tampil menafikan sehingga 'Wan Ahmad Wan Omar' mengaku dia adalah Timbalan Pengerusi SPR," tegas beliau. 
Tambah Saifuddin, beliau telah menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri tengah hari tadi mendesak tribunal ditubuhkan bagi memecat Abdul Aziz dan timbalannya. ~keadilandaily


(Video) Nah!! Ini Bukti Ustaz Azhar Idrus Sertai Bersih 3.0

Posted: 10 May 2012 11:59 PM PDT



Ramai yang tak percaya Ustaz yang popular masakini iaitu Ustaz Azhar Idrus sertai himpunan Bersih 3.0. Ramai peminat Ustaz Azhar Idrus yang bermazhab United Malays National Organisation (Umno) paling ramai minta bukti.

Nah!! sekarang bukti dah ada, ko orang ada hujah lagi? Syabas buat Ustaz Azhar Idrus.. Janganlah lepas nih kuliah-kuliah Ustaz Azhar Idrus di ban oleh pencacai United Malays National Organisation (Umno) pulak..

Yang benar tetap benar.. Ini bukti Ustaz Azhar Idrus seorang yang amanah pada ilmunya.. Maaflah pencacai, bukan semua boleh beli dengan wang..



Tiada ulasan: