Khamis, 10 Mei 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


[Wajib Tonton] Najib Tunggu Padah Bila Maki "Haramjadah" Kepada Rakyatnya

Posted: 10 May 2012 09:43 AM PDT


Najib maki 'haram jadah' kepada peneroka

SHAH ALAM: Kredibiliti Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri kini dipertikai selepas menuturkan perkataan kurang sopan kepada peneroka yang menyokong pembangkang membantah penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) di Bursa Malaysia.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata Najib sepatutnya bertindak adil terhadap peneroka kerana semuanya berhak menerima 'durian runtuh' selepas tanah mereka dicagarkan untuk penyenaraian FGVHB.

"Ini hak peneroka, tanah peneroka, apa isunya nak maki hamun…eh duit siapa ni? Cara ucapannya memang tak nampak langsung Perdana Menteri punya material," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Najib dalam ucapannya di Majlis Sejahtera Peneroka bersama Perdana Menteri di Jengka 8 kelmarin turut berkata dirinya tidak redha dan tidak rela pembangkang mengambil 'durian runtuh' RM15,000 itu selepas cuba menghalang penyenaraian FGVHB.

"Haram jadah mereka tu. Jangan terima kebaikan daripada penyenaraian (FGVHB). Saya nak tengok muka-muka mereka ni terima durian runtuh. Haram jadah," katanya.

Khalid berkata, walaupun ada peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian itu, keputusan sama ada mahu menerima 'durian runtuh' itu tetap terletak di tangan mereka.

Beliau turut mendakwa pemberian 'durian runtuh' itu dibuat hanya berdasarkan niat politik apabila Najib menyentuh isu 'pembubaran parlimen'.

Punca tindakan zalim

Sementara itu, beliau turut membidas mengenai kenyataan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor yang menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'bapa kafir'.

Katanya, kenyataan Rahim jelas membuktikan cara Umno-Barisan Nasional (BN) menanamkan pemikiran kebencian terhadap pembangkang dalam kalangan pegawai atasan sehingga dianggap musuh negara.

"Inilah yang menghasilkan tindakan zalim. Pemikiran pegawai kerajaan dirosakkan sehingga mereka ini tak boleh bertindak ikut cara profesional," katanya.

Katanya, sebagai negara demokrasi pembangkang ada hak dan perlu dihormati serta bersedia menghadapi kekalahan (pembangkang atau BN) melalui pilihan raya.

Namun bukan melalui cara kotor dengan putar belit fakta dan propaganda sehingga menanamkan kebencian di kalangan kakitangan kerajaan.

"Kalau BN tak nak lepas kuasa, cakap terus terang jangan rosakkan kerajaan," katanya. -FMT

Walau dijanji RM15,000, lebih 3,000 peneroka saman Felda


PETALING JAYA: Walaupun semua peneroka dijanji `durian runtuh' RM15,000 sekeluarga, lebih 3,000 peneroka di Pahang membuat tuntutan saman RM483,000 seorang terhadap Felda.

Mereka ialah 1, 086 peneroka dari Jengka; 800 (Keratong); 770 (Chini), 800 (Mempaga) dan 500 (Bera), kata Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said.

Peneroka Jengka, Bera dan Mempaga memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Temerloh, manakala peneroka Chini dan Keratong di Mahkamah Tinggi Kuantan.

"Pertama, peneroka menuntut geran tanah dikembalikan setelah mereka membayar semua hutang kepada Felda. Ada yang terpaksa menunggu 10, 15 dan 20 tahun tetapi geran tanah belum dikembalikan.

"Kedua, dana tanaman semula berjumlah RM17, 000 setiap seorang peneroka, kerana ramai lagi yang tidak mendapat dana tersebut.

"Ketiga, berhubung kadar perahan gred (KPG) kerana Felda membayar tidak mengikut KPG yang menyebabkan peneroka kerugian kerana ditipu dari segi kadar sebenar.

"Sebagai contoh, mengikut pasaran KPG ialah 25 – 27 peratus tetapi Felda membayar 17-20 peratus sahaja. Kalau secara kasar 5 peratus, peneroka rugi RM1, 200 setahun.

"KPG ini sepatutnya enam tahun sahaja tetapi Felda mengambilnya sehingga 15 tahun. Ini pecah tanah," kata Suhaimi.

Beliau berkata, tuntutan peneroka itu lebih munasabah jika kerajaan benar-benar ingin membantu peneroka.

Katanya, ia tidak boleh dibantu sekali sahaja seperti bantuan RM15, 000 sebagaimana diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa lalu.
-FMT


Begitu dasyat dan begitu keras makian Najib kepada mereka yang tidak bersetuju dengannya di dalam isu penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

Jika PM boleh memaki rakyat dengan "haramjadah" maka jangan hairan nanti Najib dimaki 10 kali ganda lebih dasyat oleh rakyat kepadanya.

Misalnya rakyat pada bila-bila masa boleh memakinya semula seperti berikut:

Kamu, Najib, ingat duit FELDA itu datang dari kocek kamu sendiri, natang?

Itu pun dah cukup lembut, yang lagi keras daripada itu pun rakyat boleh hamburkan.

Najib telah memulakan sesuatu yang tidak baik maka hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya, sesuatu yang tidak baik itulah bakal menimpa Najib semula. You get back what you give.
  -GB

Protes Burger depan rumah Ambiga kantoi!

Posted: 10 May 2012 09:39 AM PDT

MALAM tadi ReJaM© ada menonton stesen TV propaganda United Malays National Organization, TV3 Al-Musyrikin melalui siaran Buletin Utama tentang kisah protes di depan rumah Ambiga.

ReJaM© tengok ramai betul mamak-mamak pakai baju lambang "1 Malaysia" yang marah dengan Ambiga kononnya kerana Perhimpunan Bersih 3.0, diorang golongan peniaga-peniaga ni rugi besar

Diorang ni siap minta Ambiga membayar ganti rugi atas kerugian mereka. Apa yang menjadi persoalan, macam mana diorang boleh rugi? Kena rompak? Gerai kena pecah? Gerai kena sabotaj? Tak ada pulak keluar berita gerai diorang diapa-apakan oleh peserta Bersih 3.0. 

Jawapannya mudah, diorang rugi sebab tak meniaga masa Perhimpunan Bersih 3.0, itu saja. Siapa suruh tak meniaga? Tiada siapa pun larang kalau nak meniaga masa tu. Regime BN pun tak larang. 

Orang yang bijak akan ambil peluang berniaga masa Perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu, kerana masa tu orang ramai betul.

Sebagai contoh, video di bawah ini ReJaM© sendiri rakamkan masa Perhimpunan Bersih 3.0 di salah sebuah Seven Eleven di ibu negara. Korang tengok dengan mata kepala sendiri betapa larisnya Seven Eleven masa tu.



Siapa yang tak mahu meniaga masa Perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara kerana terpengaruh dengan propaganda Regime Barisan Nasional memang bodoh murrakab kah kah kah...
 ReJaM© "Sendiri bodoh nak salahkan orang kah kah kah..."

Dibelasah, tangan digari ke belakang

Posted: 10 May 2012 04:17 AM PDT


KUALA LUMPUR, 10 Mei: Jam hampir 5.00 petang waktu itu perhimpunan Bersih 3.0 sudah bersurai, Mohd Anuar Sulong berjalan kaki menuju ke tempat parkir kereta lalu didatangi kira-kira sepuluh anggota polis terus membelasah beliau.

Anuar ketika itu hanya memakai baju biasa tidak menyangka akan menjadi mangsa pukulan polis walaupun sebelum itu telah berselisih dengan beberapa anggota polis, namun mereka tidak menghiraukannya.

200 meter sebelum sampai ke tempat kereta, beliau ditanya polis mahu ke mana, lalu Anwar memberitahu beliau mahu balik ke Terengganu.

"Bila polis dengar saya nak balik Ganu, polis tu menjerit 'Terengganu oi', lalu sekumpulan polis datang ke arah saya terajang belakang dan belasah saya, saya tersungkur," katanya sebagaimana dipetik dari video Jabatan IT Negeri Terengganu.

Waktu itu, Anuar tidak boleh mempertahankan dirinya dan hanya mampu menyerah untuk dibelasah kerana tangannya digari di belakang.

"Polis bertalu-talu tumbuk muka saya. Saya tunduk. Mereka sepak perut pula, waktu itu juga saya rasa sesuatu yang keras mungkin cota dihentak di leher saya. Saya tidak sedar dalam beberapa minit," luahnya.

Menceritakan pengalaman ngerinya dibelasah polis ketika perhimpunan Bersih 3.0 kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berkunjungan ke rumahnya di kampung Padang Kabar, Marang, Terengganu, semalam (gambar atas) bagaimanapun beliau bersyukur kerana Allah masih melindunginya.

"Waktu saya kena belasah itu, Alhamdulillah Allah bersama saya kerana tumbukan sepuluh orang polis, tak berasa sangat. Kalau tengok muka saya yang pecah dan bengkak apatah lagi telinga berdarah, sepatutnya boleh kata sama ada saya koma atau mati antara dua itulah," katanya.

Semasa Anuar diheret ke kenderaan polis, beliau sempat dimarahi polis kerana terpaksa membuat persediaan sepuluh hari untuk himpunan Bersih 3.0.

"Awak tahu tak, saya tak makan nasi lagi ni!," Anuar mengulangi kata-kata polis itu kepadanya semasa beliau dihehet untuk dibawa ke Pulapol, Jalan Semarak.

Malah katanya, semasa di Pulapol Semarak beliau sekali lagi dimarahi sambil polis mengeluarkan perkataan bodoh kerana tidak mahu mendengar arahanya.

"Waktu ditahan, nak makan nasi pun tidak boleh, nganga mulut sakit. Hanya ambil secebis roti cicah air sahaja," luahnya yang ditahan hampir 12 jam.

Dalam menceritakan detik-detik sejarah hitam buat mangsa polis, Anuar melahirkan kekecewaan apabila pihak polis bertindak memukul orang ramai apabila perhimpunan itu sudah bersurai.

Ekoran insiden dipukul polis tempoh hari beliau mengalami luka dalaman di bahagian tibia (tulang kering) menyebabkan ia berdenyut apabila berdiri agak lama.


"Saya kena membuat rawatan selanjutnya, kena toreh buang nanah di tulang kering, bimbang nanah merebak ke tulang. Alhamdulillah tulang saya tidak retak," ujarnya. - Hrkh


Tarik balik RUU p'raya adalah kemenangan rakyat

Posted: 10 May 2012 12:51 AM PDT


KUALA LUMPUR, 10 Mei: Tindakan kerajaan menarik balik Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 adalah kemenangan rakyat yang menyemarakkan perhimpunan Bersih 3.0, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"Ini adalah kemenangan rakyat. Tindakan kerajaan menarik balik  rang undang-undang itu adalah hasil kejayaan langsung rakyat yang menjadikan perhimpunan Bersih 3.0 benar-benar satu perhimpunan raksaksa.

"Umno dan Barisan Nasional (BN) terkejut sungguh dengan ratusan ribu rakyat yang keluar duduk dan bantah," katanya.

Dengan pelbagai tindakan ganas yang dilakukannya ke atas perhimpunan-perhimpunan aman rakyat sebelum ini, kerajaan Umno BN sama sekali tidak menyangka Bersih 3.0 menjadi salah satu perhimpunan yang terbesar dalam sejarah, kata Mahfuz.

"Umno BN tidak sangka rakyat sudah melihat dengan jelas tipu daya mereka.


"Mereka tersentak dengan semangat dan tuntutan rakyat itu, mereka serba ketakutan kerana selepas ini, sebarang bentuk penipuan dalam pilihan raya akan disanggah oleh rakyat dan mereka sedar bahawa hayat pemerintahan mereka semakin hampir ke penghujung," katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pokok Sena itu memperingatkan rakyat bahawa langkah penarikan balik rang undang-undang tersebut hanyalah sandiwara dan taktik Umno BN untuk memadam aspirasi rakyat yang terjelma dalam tuntutan Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.

"Umno BN sama sekali tidak akan bersetuju dengan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

"Mereka tidak berani sama sekali menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat sejauh mana bersihnya daftar pemilih.

"Mereka tidak berani sama sekali menubuhkan suruhanjaya diraja bagi mengkaji tuntutan-tuntutan Bersih," kata Mahfuz.

Beliau juga yakin kerajaan Umno BN juga tidak berani sama sekali meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah pengawasan Parlimen melalui satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk tujuan itu.

"Kerajaan Umno BN tidak berani sama sekali meminta Pengerusi dan Timbalan Pengurusi SPR meletak jawatan setelah sikap tidak memihak mereka dipertikaikan dan semakin tidak dipercayai," katanya.

Bagi Umno BN, kata beliau lagi, SPR adalah kuda tunggangan mereka.

Meskipun begitu, jika kerajaan terus berkeras dengan keengganan untuk memastikan pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil, Mahfuz yakin rakyat akan bangkit sendiri dan berhimpun beramai-ramai dalam perhimpunan-perhimpunan raksaksa tanpa diinisiatifkan oleh sesiapa pun.

"Selepas ini, saya yakin rakyat akan bangkit sendiri tanpa perlu diinisiatifkan oleh sesiapa pun dengan kebangkitan yang jauh lebih besar dari Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0," kata beliau dengan penuh keyakinan.

Rakyat, katanya, semakin sedar bahawa "hanya suara rakyat suara keramat".

"Hanya tuntutan dan kebangkitan yang lebih besar akan dapat memastikan pilihan raya yang adil dan bersih," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semalam mengumumkan kerajaan akan menarik balik cadangan pindaan kepada rang undang-undang tersebut berikutan bantahan dari pelbagai pihak terhadap rang undang-undang itu. -Hrkh


Demo 13 Mei tuntut mansuh tol Batu Tiga, Sg Rasau

Posted: 10 May 2012 12:39 AM PDT

toll booth collector 050312Pakatan Rakyat Selangor mahu menjadikan 13 Mei ini sebagai "tarikh pepaduan" pelbagai kaum dan agama dengan menganjurkan perhimpunan menuntut pemansuhan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, sebelum ini tarikh tersebut diperingati sebagai "hari perkauman dan perpecahan" rakyat di negara ini.

NONE"Sehubungan itu kita nak ingatkan (tarikh itu) sebagai hari perpaduan dan kesatuan rakyat iaitu kita menuntut supaya tol tersebut dimansuhkan," tambahnya.

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam pagi ini, Khalid berkata pemansuhan tol itu merupakan janji Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008 dan pihaknya bertujuan memberikan tekanan kepada Pusat bagi memansuhkannnya.

Katanya, sudah sampai masanya kerajaan menamatkan konsesi syarikat yang terlibat kerana mendakwanya "tol yang terlama dan pulangan pelaburan yang cukup sedikit telah dinikmati oleh syarikat konsesi berkenaan".

Menurut Khalid, pihaknya mahu membuat perhimpunan aman dan tidak bertujuan untuk menganggu lalu lintas di kedua-dua tol tersebut.

Ia akan berlangsung selama sejam bermula jam 2 petang di kedua-dua tol tersebut yang dijangka dihadiri kira-kira dua hingga tiga ribu orang.

Dewan Negeri lulus mansuhkan tol
Katanya, peserta yang hadir dikehendaki berhimpun di sepanjang jalan dari kedua-dua arah dan meletakkan kereta di kawasan Rehat dan Rawat yang berdekatan bagi mengelakkan kesesakan dan mengganggu lalulintas.

Beliau juga berharap pihak keselamatan  dapat mengawal keadaan di situ sepanjang perhimpunan berlangsung.

azlanKatanya, sejak mula tol tersebut dibina pada lewat tahun 1980-an, beliau antara pemimpin yang ditahan kerana membantah pembinaan tol tersebut.

Sementara itu, keputusan untuk memansuhkan tol tersebut telah dibincangkan dan dibahaskan dalam sidang DUN Selangor pada 27 Mac lalu.

Bahkan, sebulat suara meluluskan cadangan pemansuhan tol tersebut.

"Rasionalnya, kita mahu kerajaan Pusat mengkaji konsesi tersebut, sebab ada klausa membenarkan kerajaan membeli balik atas kepentingan nasional.

"Kita mahu ia dikaji, tamat pada 2023, apakah ia telah menguntungkan pihak yang membinanya... Kerajaan wajar beli balik dan mansuhkan," kata Exco Selangor Rodziah Ismail.

Katanya, berdasarkan statistik sebanyak 30,000 kenderaan menggunakan tol tersebut, tidak ada sebab ia tidak menguntungkan pihak yang membinanya. -M'kini

Polis Berbohong - PBB Tak Pernah Luluskan "Gas Pemedih Mata"

Posted: 10 May 2012 12:37 AM PDT



PBB selar, kata tak lulus 'gas pemedih mata'

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menafikan bahawa badan antarabangsa tersebut terlibat dalam 'meluluskan' senjata seperti gas pemedih mata sebagai reaksi kepada dakwaan kerajaan Malaysia bahawa gas pemedih mata yang digunakan dalam Bersih 3.0 adalah diluluskan PBB.

"PBB tidak menetapkan piawai antarabangsa terhadap sebarang jenis bahan iritasi, atau meluluskan 'CS Gas' sebagai bahan pengawal rusuhan," kata Dr Lin Mui Kiang, penyelarasan pakar PBB bagi Malaysia.

Beliau merujuk kepada satu laporan oleh akhbar milik MCA, The Star yang memetik Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Persenjataan), ACP Syed Mustafa Raja Syed Nordin sebagai mempertahankan penggunaan gas pemedih mata, bom gas pemedih mata, kanister gas pemedih mata dan semburan lada di perhimpunan Bersih 3.0.

"Kesemuanya diimport dari Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Switzerland serta mematuhi piawaian antarabangsa yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Alat ini mengandungi 'gas CS' yang diluluskan oleh PBB sebagai ejen kawalan rusuhan. Kebanyakan negara mengesahkan penggunaan gas ini tidak membawa maut," beliau dipetik sebagai berkata.

Mengutuk kekurangan profesionalisme oleh media perdana Malaysia dan pegawai awam, Lin turut melahirkan rasa kesal bahawa PBB tidak dirujuk terlebih dahulu sebelum The Star membuat laporan tersebut, yang disifatkan beliau jauh tersasar daripada ketepatan maklumat.

Beliau mengingatkan walaupun dalam situasi di mana kekerasan dan senjata perlu digunakan, pihak berkuasa mestilah bertindak secara terkawal, minimakan kerosakan dan kecederaan, hormat dan lindungi nyawa.

"Kita di PBB menyeru agar para wartawan untuk menyelidik dan melaporkan secara betul dan tepat atas segala maklumat dan prosedur yang melibatkan PBB. Kita percaya bahawa professionalisme sebegini perlu juga ada pada pegawai awam," kata Lin.

Sebanyak lebih 250,000 peserta telah menbanjiri Kuala Lumpur pada April 28 yang lepas untuk menyatakan sokongan terhadap Bersih 3.0 untuk menuntut penambah-baikan segera pada sistem pilihanraya negara.

Lebih 500 peserta telah ditahan, ramai yang tercedera termasuk polis dan wartawan.

Kerajaan Barisan Nasional terdahulunya telah menolak tawaran seorang pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Frank William La Rue, untuk menyiasat Bersih secara objektif.

Sebaliknya, kerajaan melantik bekas ketua polis negara Hanif Omar untuk mengetahui "panel penasihat bebas" untuk menyiasat insiden keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0. -Hrkh

CAUGHT LYING BY THE UN: From Utusan to NST to the Star, Najib shames M'sia
Written by Lin Mui Kiang

The United Nations in Malaysia would like to refer to the article published in The Star newspaper on May 7, 2012 titled "Police: Tear gas used at rally safe, UN-approved'.

We very much regret that the UN in Malaysia was not consulted before the publication of this article as it contains serious inaccuracies. The UN has consistently condemned the excessive use of force, including through the use of tear gas.

Please also note that the Office of the UN High Commissioner for Human Rights (OHCHR) and Special Procedures of the Human Rights Council have on various occasions publicly expressed concerns about reliable reports indicating that civilians who died from tear gas suffered complications from gas inhalation, and that security forces have been firing metal tear gas canisters from grenade launchers into crowds.

The UN Special Rapporteur on Freedom of Expression after his mission to the Israel and Occupied Palestinian Territories (OPT) in December 2011 noted that "while the use of tear gas to disperse a crowd may be legitimate under certain circumstances, tear gas canisters should never be fired directly at demonstrators."

Moreover, unlike what is alleged in the article, the UN does not set international standards on different kinds of irritants, nor has the UN approved 'CS Gas' as a 'riot control' agent.

Journalists AND public officials should be professional

As far as the use of force is concerned, the relevant UN instrument is the Basic Principles on the use of Force and Firearms by Law Enforcement Officials, which was adopted by the Eighth United Nations Congress on the Prevention of Crime and the Treatment of Offenders in 1990, not the Chemical Weapons Convention (CWC) of 1993. I provide its general provisions below:

1. Governments and law enforcement agencies shall adopt and implement rules and regulations on the use of force and firearms against persons by law enforcement officials. In developing such rules and regulations, Governments and law enforcement agencies shall keep the ethical issues associated with the use of force and firearms constantly under review.

2. Governments and law enforcement agencies should develop a range of means as broad as possible and equip law enforcement officials with various types of weapons and ammunition that would allow for a differentiated use of force and firearms. These should include the development of non-lethal incapacitating weapons for use in appropriate situations, with a view to increasingly restraining the application of means capable of causing death or injury to persons. For the same purpose, it should also be possible for law enforcement officials to be equipped with self-defensive equipment such as shields, helmets, bullet-proof vests and bullet-proof means of transportation, in order to decrease the need to use weapons of any kind.

3. The development and deployment of non-lethal incapacitating weapons should be carefully evaluated in order to minimize the risk of endangering uninvolved persons, and the use of such weapons should be carefully controlled.

4. Law enforcement officials, in carrying out their duty, shall, as far as possible, apply non-violent means before resorting to the use of force and firearms. They may use force and firearms only if other means remain ineffective or without any promise of achieving the intended result.

5. Whenever the lawful use of force and firearms is unavoidable, law enforcement officials shall:

( a ) Exercise restraint in such use and act in proportion to the seriousness of the offence and the legitimate objective to be achieved;

( b ) Minimize damage and injury, and respect and preserve human life;

( c ) Ensure that assistance and medical aid are rendered to any injured or affected persons at the earliest possible moment;

( d ) Ensure that relatives or close friends of the injured or affected person are notified at the earliest possible moment.

6. Where injury or death is caused by the use of force and firearms by law enforcement officials, they shall report the incident promptly to their superiors, in accordance with principle 22.

7. Governments shall ensure that arbitrary or abusive use of force and firearms by law enforcement officials is punished as a criminal offence under their law.

8. Exceptional circumstances such as internal political instability or any other public emergency may not be invoked to justify any departure from these basic principles.

We at the United Nations appeal to all journalists to correctly and accurately research and report all matters and procedures related to the UN. We believe that such professionalism should also extend to all public officials.


Dr Lin Mui Kiang is the United Nations Coordination Specialist, Malaysia -malaysia-chronicle


GAMBAQ YANG BIKIN NAJIB GELABAH BEWAK

Posted: 09 May 2012 05:25 PM PDT



Perarakan unik United Malays National Organisation (Umno) boleh dikatakan berlaku di seluruh pelusuk negara sempena ulangtahun ke 66 penubuhannya. Dah tua.. makin nyanyuk pun, molek diganti yang baru je..

Di tempat Addin pun ada perarakan macam nih, kesian jugak Addin tengok budak-budak yang jadi mangsa. Tengah-tengah panas di suruh budak-budak nih bawak bendera United Malays National Organisation (Umno).

Yang Addin peliknya, perhimpunan Bersih 3.0 tempoh hari puak-puak United Malays National Organisation (Umno) mengata macam-macam. Ini bukankah menyusahkan orang ramai? Majlis Fatwa pun keluarkan fatwa berbaur politik.

Ini mungkin perhimpunan unik yang terakhir sebelum United Malays National Organisation (Umno) terkubur pada PRU 13. Tidak pun perarakan ini untuk meratapi United Malays National Organisation (Umno) yang bakal tamat riwayatnya sedikit masa lagi.

Gambar

addin77

Menang sorak kampung tergadai, Memiliki Tanah Peneroka Dengan RM15 Ribu Jer..

Posted: 09 May 2012 05:24 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMjIBwotyjDb38uAM8pN9d8AHsz9W4atOe2Ms8Pf0G3T1P9WGLqhFDY-hskxI9pTlka8yw_fe7E4dyTDv5sVMRvN05mVikDRGMWy20iKvrgAvaTFY7iGk5CCNak6vV-UGtPQpMaZsGnpE/s1600/Surat_Peneroka_tanggung_kerugian.jpg

Adakah berbaloi gula-gula one off seperti ini? Berapa lama lagi BN nak bermain politik dengan taktik lama untuk mendodoikan rakyat agar terus menyokong mereka?

Atau ini dilakukan untuk 'menutup mulut' peneroka agar jangan mempersoalkan keghairahan Kerajaan menyenaraikan Felda Global Venture di Bursa Malaysia? Penipuan mereka melalui 7 buah Bank iaitu CIMB,BIMB,Maybank, OCBC, Am Islamic Bank, Muamalat dan Affin Bank yang diperalat membiayai pinjaman tawaran saham FGVH sangat ketara. Borang pinjaman yang dikosongkan jumlah pinjaman, interest 5 peratus, borang dalam bahasa Inggeris, tidak ditaklimatkan isi kandungannya dan tidak dinyatakan risiko kerugian seperti 'Surat Tanggung Kerugian' adalah antara penipuan dan pengkhianatan kepada para peneroka!

125 peneroka Felda adalah sebahagian daripada ribuan lagi peneroka yang telah tertipu kerana menandatangani Borang Perjanjian Pinjaman yang mereka tidak tahu apa-apa. Mereka tidak dapat membezakan antara 'durian runtuh' dengan pinjaman saham FGVH. Mereka memfailkan Injunksi di Mahkamah Tinggi Seremban semalam kerana teramat bimbang daripada risiko pinjaman yang boleh sahaja TERGADAI aset mereka.

Perdana Menteri beri jaminan tanah peneroka tidak akan tergadai. Adakah PM tidak membaca hampir 70 mukasurat dalam Borang Pinjaman FGVH yang secara jelas dinyatakan dengan terperinci nasib peneroka jika harga saham merudum dan segala risiko di tanggung Peneroka?

Adakah PM tidak mengambil iktibar nasib Felda Cahaya Baru, Felda Sg Buaya, Felda Labu Johnson dan Sendayan yang hilang tanah mereka dan hidup menderita seperti pepatah 'menang sorak kampung tergadai'?

Mana pergi pemimpin BN tatkala Amanah Saham Negeri-negeri gulung tikar hingga menyebabkan rakyat hilang harta dan diisytiharkan muflis kerana meminjam bank untuk melabur?

Amanah Saham Johor adalah bukti yang amat jelas. Adakah PM, Ahmad Maslan dan Isa Samad boleh beri jaminan bertulis yang saham FGVH tidak rugi sepertimana nasib pelabur Amanah Saham Negeri-negeri dan juga saham-saham lain seperti KUB, BERNAS dsbnya?

PM tidak perlu sebut ' haram jadah' yang di ulang dua kali dalam ucapannya tadi kalau dia rasional. Datuk Ahmad Maslan tidak perlu hentam dan cabar saya seperti diungkapkannya tadi. Kenapa terlalu marah hingga tega memaki hamun di hadapan khalayak ribuan warga Felda. Sebagai pemimpin biarlah ada wawasan. Peneroka Felda sudah ada tanah dan rumah. Untuk survive, telah memadai. Daripada 1.6 juta warga Felda, 65 peratus adalah generasi kedua. Ini tempoh peralihan yang sangat kritikal untuk mereka.

Tiada ulasan: