Muslimeen United |
- Naib Presiden PAS Hampir Di Belasah Pencacai Umno
- Cedera di mata tidak halang Asrul ke Bersih 4.0
- Anak YB Ustaz Maktar Adun Sg Bakap berdarah kepala dipukul 60 polis apco
- Poll Yahoo: Polis punca keganasan
- Media diarah jangan lapor keganasan polis?
- Usus ibu 50 tahun pecah dipijak polis
- Bersih 3.0: (Video) Arahan Anwar dan Azmin supaya bersurai ... Siapakah sebenarnya provok supaya redah?
- Pengerusi SPR letak jawatan atau Bersih 4.0
Naib Presiden PAS Hampir Di Belasah Pencacai Umno Posted: 01 May 2012 03:53 AM PDT Tidak habis-habis dengan tingkah laku yang memalukan. Itulah sifat sebuah kerajaan yang sudah memerintah selama hampir lima puluh lima tahun. Tahap pemikiran politik mereka sudah jauh ketinggalan ke bawah dan boleh disama ratakan dengan cara berpolitik negara dunia ketiga. Tingkah laku dan lagak seperti 'mafia' yang pernah dipratikkan di negara-negara membangun sudah lama ditinggalkan bagi mencapai matlamat sebenar untuk menjayakan kemajuan minda rakyat di negara mereka. Hakikatnya, di Malaysia kerajaan di bawah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional seolah-olah menghalalkan serta mentardisikan tingkah busuk dan pratikal biadap dalam menguruskan sesuatu hal yang berbangkit. Politik seperti yang dilakukan UMNO dan Barisan Nasional sepatutnya sudah lama ditinggalkan bagi menjaga keamanan dan kebebasan untuk membuat pilihan. Tahap keprofesionalan kepimpinan UMNO cukup memalukan dalam menangani sesuatu isu. Apakah sudah tidak ada modal lagi bagi UMNO untuk meraih simpati pengundi sehingga sanggup menjadi manusia 'bodoh' membuat tindakan mengikut landas emosi bukan akaliah? Perbincangan seharusnya boleh dilakukan dan dicernakan bagi menjaga seluruh struktur keamanan, bukan dengan cara bergaduh serta mengancam pihak tertentu. Di zaman kaum pribumi Zulu dahulu dapat disaksikan bahawa kaum pribumi tersebut hanya tahu untuk bergaduh bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Nyatalah sifat kaum pribumi Zulu itu sedang diajar oleh UMNO dalam kotak pemikiran orang melayu terutamanya. Bagaimana seorang Yang Berhormat seperti Salahuddin Ayub boleh dihalau dan hampir dipukul oleh konco-konco UMNO dalam lawatan YB Salahuddin ke kampung Skudai Kiri Johor Bahru bertujuan menyelamatkan kampung berkenaan dari dirobohkan oleh kerajaan Johor? Soal menyelamatkan kampung adalah soal yang berkaitan dengan seluruh penduduk bukan hanya berpihak kepada UMNO. Ini suatu perkara yang harus UMNO tahu. Selama ini UMNO tidak berjaya untuk menangani permasalahan tentang kampung tersebut jadi usahlah iri jika ada yang cuba menghulurkan bantuan untuk menyelamatkan kampung tersebut. Slogan 'Suhaizan keluar! Suhaizan berambus!' yang dilontarkan oleh konco-konco upahan UMNO terhadap Saudara Suhaizan Kaiat di kampung Skudai Kiri itu cukup memalukan. Ini kerana Suhaizan adalah seorang wakil dari rakyat prihatin yang turun ke kampung berkenaan untuk cuba mencari jalan bagi menyelamatkan kampung tersebut. Tindakan seperti itu nyata menonjolkan diri sebenar UMNO serta pengikutnya dalam mengendalikan sesuatu masalah dengan emosi serta kebudak-budakkan. Bagaimana sesuatu pemerintah boleh memerintah lebih lima dekad sedangkan mereka sering bertindak dengan sifat antaprofesional? Jika pemerintah seperti ini masih memegang tampuk pemerintah maka terlalu malulah kita sebagai rakyat Malaysia bila mana kita harus menelan segala kritikan dengan menyatakan Malaysia mempunyai pemimpin yang kebudak-budakkan atau tidak matang. Peristiwa 26 April 2012 di kampung Skudai Kiri itu cukup sebagai bukti untuk menyatakan UMNO tidak lagi relevan dalam menangani isu permasalahan rakyat di Malaysia. Kepimpinan UMNO juga yang telah mengadaikan tanah di kampung tersebut, tetapi dalam hal yang berlaku pada 26 April, Salahuddin Ayub telah dileparkan dengan kata-kata 'pengkhianat'. Salahuddin Ayub hampir dipukul oleh konco upahan UMNO. Salahuddin juga telah dihalang untuk memasuki kampung tersebut. Namun bagi pejuang seperti Salahuddin Ayub dan Suhaizan Kaiat, ia bukan halangan untuk membongkarkan lebih banyak lagi isu dan permasalahan yang berlaku sekitar pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional di Johor. Pengerusi NGO TANAH Saudara Mazlan Aliman, pada tarikh 25 April 2012 rumah beliau telah disimbahi cat merah bertanda amaran dan ugutan. Perkara ini berlaku kerana Mazlan Aliman telah banyak membongkar isu penyelewengan kerajaan negeri Johor berkenaan dengan tanah dan dalam masa yang sama sentiasa memenangkan rakyat. Pembongkaran demi pembongkaran inilah yang menyebabkan UMNO seperti cacing kepanasan. Mereka terpaksa melakukan suatu tindakan seperti ancaman dan ugutan untuk melemahkan pergerakan untuk membongkar kejahatan yang dilakukan mereka. Alternatif yang mereka ada adalah dengan mengupah segelintir masyarakat untuk menjadi 'kambing hitam' dalam operasi mempertahankan kepentingan mereka. Jika benar UMNO ingin mempertahankan melayu mengapa menghalang Salahuddin Ayub dan Suhaizan Kaiat dari memperjuangkan tanah di kampung Skudai Kiri. Ini kerana, tanah kampung tersebut adalah tanah yang telah diwartakan sebagai tanah rizab melayu. Sepatutnya UMNO perlu menyokong tindakan Salahuddin Ayub dan Suhaizan Kaiat dalam perjuangan mempertahankan kampung tersebut dari terus tergadai. Ternyata UMNO bukanlah parti yang memperjuangkan nasib orang melayu. Malah mereka lebih suka melihat perpecahan yang berlaku di dalam kaum melayu itu sendiri. Konco UMNO yang membuat kecoh telah bertindak mengancam penduduk kampung yang terdiri daripada kaum melayu agar tidak bersama Salahuddin dan Suhaizan dalam mempertahankan kampung tersebut. Beginilah nasib kaum melayu di bawah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional. Segelintir masyarakat yang diupah oleh UMNO untuk mengancam serta mengugut penduduk kampung diharap dapat melihat kembali betapa murahnya maruah diri mereka kerana sanggup diupah untuk menjaga kepentingan pemimpin yang korup. ~selatanonline | ||
Cedera di mata tidak halang Asrul ke Bersih 4.0 Posted: 01 May 2012 03:43 AM PDT BUKIT MERTAJAM, 1 Mei: "Saya sedia ke perhimpunan Bersih 4.0 sekiranya diadakan lagi kerana yang penting ialah tuntutan dilaksanakan bukan dipermainkan," tegas Asrul Wadi Ahmad, 26, kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika melawat beliau di Wad Mata, Hospital Bukit Mertajam tengah hari tadi. Beliau yang mengalami kecederaan di bahagian mata kanan akibat terkena kelongsong gas pemedih mata yang ditembak oleh pasukan keselamatan kira-kira 100 meter dari tempat berkumpul. Katanya, tiba-tiba sahaja benda keras terkena mata dan membuatkan beliau terjatuh dan separuh pengsan. Menurutnya, orang ramai yang ada di situ terus mengangkatnya ke dalam masjid dan membalut luka di mata sementara menunggu dibawa ke lokasi untuk rawatan yang disediakan oleh pasukan kesihatan serta dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Asrul menceritakan, apabila sampai ke kawasan Masjid Jamek pasukan polis sudah ramai berasak-asak mencari mangsa untuk ditangkap. Beliau mengelak dari bertembung dengan polis dan memasuki perkarangan masjid untuk menunaikan solat Zohor. Tetapi dalam masa yang sama terserempak dengan ayahnya (Ahmad) sambil memberikan sebotol mineral supaya ayahnya dapat membasuh muka akibat terkena asap pemedih mata. "Bila saya bagi air mineral kepada ayah agar dibasuh mukanya kelihatan orang ramai makin berasak-asak memasuki di bahagian depan masjid menyebabkan ayahnya hilang dari pandangan. "Jadi, saya terus cari ayah dan keluar kembali ke hadapan masjid tiba-tiba terasa sakit yang amat sangat di bahagian mata kanan. Saya terlentang dalam keadaan separuh sedar," jelas beliau. Setelah di rawat di HKL beliau dibenarkan keluar untuk membuat laporan polis di sebuah balai dengan harapan pihak polis mengadakan siasatan terhadap kejadian yang menimpanya. Beliau dimasukan ke Hospital Bukit Mertajam setelah kembali ke Pulau Pinang dan berada di Wad 4 Bahagian Mata mulai hari Ahad lepas setelah menerima beberapa jahitan di tepi kelopak mata. Antara kepimpinan PAS negeri yang menziarahinya termasuk Timbalan Pesuruhjaya, Ustaz Khalid Man, setiausaha, Mohd Nor Harun dan Setiausaha PAS Kawasan Tasek Gelugor, Zamri Darus. Kepada pembaca, sila kongsikan pengalaman, gambar atau bukti sebarang provokasi yang dilakukan mana-mana pihak dalam himpunan Bersih 3.0 kepada Harakahdaily. Maklumat boleh disalurkan ke emel editorharakahdaily@gmail.com atau menghubungi talian kami 03-40233270/3275 | ||
Anak YB Ustaz Maktar Adun Sg Bakap berdarah kepala dipukul 60 polis apco Posted: 30 Apr 2012 08:56 PM PDT Sdr Munir anak kepada Adun Sg Bakap YB Ustaz Maktar teruk dibelasah dan dipukul polis apco yang bagaikan anjing sundal gila kelaparan setelah mereka mendapat berita palsu kononnya seorang anggota polis mati dipukul oleh demontran BERSIH. Beliau ditangkap di stesen LRT berhampiran SOGO ketika mahu pulang jam 6.25 petang. Tiba-tiba kira-kira 60 polis apco meluru bagaikan anjing sundal gila kelaparan terus menangkap dan memukulnya dari SOGO hingga ke Dataran Merdeka. Beliau dipukul, dibelasah, disepak, ditendang, diterajang bagaikan bola serta dimaki hamun oleh polis apco yang seperti anjing sundal gila kelaparan mengamuk seminggu tak makan. Antara maki hamun cacian kata-kata kesat polis apco yang masih terngiang-ngiang ditelinganya adalah "kenapa ikut Ambiga?" "Melayu bodoh" malah yang lebih menyedihkan polis apco turut menghina sunnah Nabi iaitu janggut, kata polis apco "janggut macam bulu p**i" Setelah puas memukul dan maki hamun polis menangkap dan akhirnya sdr Munir dibebaskan pada pukul 1.45pagi. Kemudian beliau menerima rawatan di HUKM sekitar jam 2.30 pagi. Sdr Munir berkata "Apa yg berlaku pada saya terlalu sedikit jika nak dibandingkan dgn rakan2 lain. Tetapi ianya tidak mampu melunturkan semangat saya untuk menumbangkan kerajaan zalim & korup yg menggunakan polis utk terus berkuasa. Kerana perjuangan ini bukan utk diri sendiri, tetapi utk generasi akan datang" ujarnya dengan penuh semangat melalui BBM. Katanya lagi "Depa mungkin terlepas di dunia, tapi tidak akan terlepas di akhirat" Beliau tidak patah semangat malah bertambah semangat untuk terus berjuang membenam rejim zalim umporno dan b-end. Lawan tetap Lawan. * berita ditulis dari katil wad 407 KPJ - Din Sharpshooter * | ||
Poll Yahoo: Polis punca keganasan Posted: 30 Apr 2012 08:46 PM PDT KUALA LUMPUR: Majoriti pengunjung laman web Yahoo Malaysia menyalahkan polis sehingga tercetusnya keganasan dalam perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lepas. (Keputusan poll yang dibuat oleh Yahoo Malaysia.) Dalam satu poll yang dibuat oleh laman web antarabangsa itu, Yahoo bertanya, "Siapa yang patut dipersalahkan ekoran keganasan dalam Bersih 3.0?". Jawapannya adalah 59 peratus pengunjung menyalahkan polis sebagai penyebab tercetusnya keganasan itu. Sehingga berita ini disiarkan, 19,236 pelayar laman web Yahoo Malaysia ini telah mengundi. Semalam, sekumpulan pemerhati antarabangsa juga mempersalahkan tindakan polis sehingga tercetusnya kekecohan dalam perhimpunan ini. Senator bebas Australia Nick Xenophon dipetik Malaysiakini sebagai berkata, "Ia adalah aman (sehingga para pendemo diprovokasi)." Beliau turut mengkritik laporan berat sebelah media tradisional terhadap perhimpunan Bersih 3.0, yang dikatakan lebih mementingkan wajah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Sabah daripada perhimpunan terbesar di Malaysia. "Media perdana adalah memihak dan tidak adil. Ia menonjolkan lebih perdana menteri di Sabah pada televisyen daripada perhimpunan politik terbesar di Malaysia," kata Xenophon. Khabar angin yang disebarkan di kalangan anggota polis yang bertugas kononnya seorang anggota mereka mati dipukul peserta deminstrasi telah dianggap sebagai punca keganasan polis dalam perhimpunan ini. Media tradisional yang dimiliki Umno dan Barisan Nasional pula membuat laporan palsu ekoran tindakan balas para peserta perhimpunan. Misalnya tindakan peserta terbalikkan sebuah kereta polis kerana menganggap ada mangsa yang masih tersepit di bawah kereta itu dipaparkan sebagai contoh aksi keganasan. Begitu juga aksi seorang 'peserta' menendang sebuah motosikal polis trafik dipaparkan sebagai aksi keganasan padahal dikenalpasti kemudiannya sipenendang itulah juga yang menangkap peserta perhimpunan kemudiannya. Dalam sidang media Ketua Polis Negara semalam, Tan Sri Ismail Omar diserang bertalu-talu oleh wartawan kenapa polis bertindak menangkap dan memukul peserta perhimpunan di luar kawasan yang digezetkan oleh mahkamah iaitu Dataran Merdeka. Ismail menjelaskan, ia dibuat selepas sekatan ke situ dipecahkan oleh peserta perhimpunan itu. -Hrkh | ||
Media diarah jangan lapor keganasan polis? Posted: 30 Apr 2012 08:45 PM PDT Adakah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengeluarkan arahan kepada pengarang media sehari sebelum BERSIH 3.0 supaya tidak melaporkan kejadian melibatkan keganasan polis? Naib presiden PKR N Surendran yang membangkitkan persoalan itu mendakwa beliau mempunyai bukti bahawa arahan tersebut ada dikeluarkan. "Sekiranya ini benar, ini akan menjejaskan kebebasan media dan mempersoalkan niat kerajaan untuk menambahbaik Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984," kata Surendran. Menjelang Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, Jumaat ini, kerajaan menerima kritikan pelbagai pihak atas tindakan ganas polis dan juga intimidasi ke atas wartawan yang membuat liputan ke atas perhimpunan BERSIH 3.0. Surendran mendakwa mempunyai bukti bahawa arahan untuk menggangu, menghalang dan menahan wartawan yang membuat liputan itu dikeluarkan di peringkat tertinggi Kementerian Dalam Negeri. "Sehari sebelum BERSIH 3.0, Hishammuddin mengarahkan semua ketua pengarang akhbar harian supaya mengadap beliau. "Dia situ, kita difahamkan, pengarang diberi arahan bagaimana untuk melaporkan berita perhimpunan BERSIH dan juga untuk mengelak daripada melaporkan keganasan polis. -M'kini | ||
Usus ibu 50 tahun pecah dipijak polis Posted: 30 Apr 2012 05:02 PM PDT "Dahi mak koyak, ususnya pecah dipijak sekumpulan polis berpakaian preman," kata Khalid Ismeth, anak kepada Faridah Abdul yang parah akibat dizalimi pihak berkuasa itu pada perhimpunan Bersih 3.0.Bercakap kepada KeadilanDaily, pemimpin Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen(Kami) itu hairan mengapa ibunya menjadi sasaran kerananya ibunya sudah berusia 50 tahun. Beliau yang mengetahui hal ini selepas diceritakan kakaknya, Nurul Hanilah yang menyaksikan kezaliman itu, berkata, ia berlaku selepas ibunya jatuh di depan pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). "Ibu mahu lihat kebangkitan anak muda. Sebab itu beliau hanya lihat situasi dari perkarangan pejabat DBKL, malah ibu bukan berbaju kuning," katanya. Ibu Khalid kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menerima tujuh jahitan di dahi manakala ususnya mungkin dibedah selepas dipijak dan diterajang sekumpulan polis yang memakaki kasut but keras. "Ibu hanya boleh minum air, sukar bercakap dan terpaksa dimasuklan air ke badan 24 jam tanpa henti kerana tubuhnya sangat lemah tapi masih bersemangat berkempen menolak Umno BN kepada staf perubatan. "Doktor beritahu ibu mungkin dibedah kerana ususnya cedera serius," katanya yang menemani ibunya sepanjang hari ini. Keputusan mengenai pembedahan itu, katanya diketahui Khamis ini kerana doktor mahu melihat sejauh mana kerosakan usus. Sumber: KeadilanDaily.com | ||
Posted: 30 Apr 2012 04:33 PM PDT Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau dan timbalannya Azmin Ali tidak mengeluarkan arahan supaya peserta merempuh pagar kawat duri polis yang dipasang di sekeliling Dataran Merdeka pada Sabtu. Anwar bagaimanapun berkata, beliau akan mempertahan tindakan mengalihkan sekatan berkenaan yang disifatkannya bukan satu kesalahan. Dengan sinis, beliau bertanya sekiranya memasuki Dataran merupakan satu kesalahan besar berbanding perbuatan menipu dalam pilihan raya./ MultiMantoba siapa yg sebenarnya provok supaya redah masuk? Saksikan video di bawah.. | ||
Pengerusi SPR letak jawatan atau Bersih 4.0 Posted: 30 Apr 2012 04:14 PM PDT PUTRAJAYA : PAS mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan segera jika tidak berdepan Bersih 4.0. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sewaktu pada penyerahan memorandum kepada SPR petang tadi menyatakan tempoh diberikan selam tiga puluh hari untuk mereka meletakkan jawatan. "Kita mendesak agar kedua-dua mereka meletak jawatan segera, tempoh tiga puluh hari diberikan kepada mereka jika tidak kemungkinan Bersih 4.0 akan diadakan," jelasnya di lobi Pejabat SPR, petang tadi. Tambahnya, segala keputusan akan dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Pemandu Bersih dan setiap apa yang diputuskan, PAS akan menyokong sepenuhnya. Menurutnya lagi, sistem pilihan raya adalah mekanisme yang utama untuk merealisasikan demokrasi di negara kita, ia merupakan asas kepada pemilihan dan penubuhan kerajaan. "SPR perlu menjalankan tugas dan memantau pilihan rara secara tidak berpihak dan neutral, adalah amat penting bagi SPR menjadi bebas dan tidak berpihak supaya SPR dapat memenangi keyakinan orang awam terhadap peranan dan fungsinya. "Malangnya walaupun selepas lebih lima dekad negara kita merdeka, perjalanan dan sistem pilihan raya di negara kita terus berjalan dengan tempang, tidak telus dan penuh keyakinan," katanya. Malah lebih parah lagi, katanya kedua-duanya yang berada dalam SPR dilihat telah memihak dan menjadi alat serta 'kuda tunggangan' Umno-Barisan Nasional. "SPR juga dilihat terus gagal menasihati kerajaan Umno-Barisan Nasional bagi mengemukakan penambahan kerusi Parlimen di negeri-negeri majoriti Melayu seperti di Terengganu, Kelantan dan Kedah. "Begitu juga dengan persoalan akses media yang bebas dan adil, apabila melihat saban hari media milik kerajaan seperti RTM dan Bernama tidak langsung memberi liputan positif dan ruang kepada pemimpin pembangkang di negara ini," sambung beliau lagi. Beliau yang juga Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi (PAS) menegaskan bahawa berpegang kepada prinsip kepercayaan awam adalah syarat tonggak dalam kriteria perlantikan anggota SPR supaya bebas dan tidak memihak kepada sesiapa. "Badan Pengerak Mobilisasi Demokrasi dengan ini menuntut dan mendesak kedua-dua mereka segera meletakkan jawatan secara bermaruah agar kita dapat mengembalikan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap kewibawaan peranan dan fungsi intitusi SPR itu sendiri. "Langkah ini adalah jalan terbaik untuk mereka menyelamatkan demokrasi di negara kita lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang," tambah beliau lagi. Sementara itu, memorandum yang diserahkan beliau diterima oleh Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said. Turut hadir waktu penyerahan memorandum tersebut adalah Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Muhd Yusoff, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan Mohd Sany Hamzan dari Dewan Pemuda PAS Malaysia. -Hrkh |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan