Kerabu Bersuara ® |
- Kenyataan Terkini TG Nik Aziz Di Atas Kemenangan Pasukan Kelantan. Video Jaringan Pun Ada Kami Tunjuk
- Kantoi! BBC Siasat Kenapa Astro Ubah Suai Beritanya
- Adakah Ketua Polis Negara Akan Cakap Ini Gambar Photoshop?
- Kenyataan Media – Fitnah Jahat Bersiri Menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.
- Media diarah jangan lapor keganasan polis?
Posted: 01 May 2012 08:30 AM PDT Tahniah dari kami kepada sahabat dan pembaca dari kelantan. Gomo Kelate Gomo |
Kantoi! BBC Siasat Kenapa Astro Ubah Suai Beritanya Posted: 01 May 2012 02:33 AM PDT ![]() Dalam laporan itu, Sarawak Report menyatakan bahawa sebahagian daripada laporan BBC tersebut, sepanjang hingga 30 saat, dipotong apabila disiarkan di Astro. Bahagian yang dipotong itu antara lainnya menunjukkan seorang anggota polis menaiki motosikal yang kelihatan melepaskan tembakan ke atas peserta perhimpunan, laporan itu dipetik. Turut dikeluarkan daripada siaran itu ialah wawancara dengan peserta perhimpunan yang menjelaskan sebab mereka menyertai BERSIH 3.0, menurut laporan itu lagi. Laporan itu juga menyebut, BBC mengeluarkan satu kenyataan selepas diberitahu mengenai perkara itu oleh laman berkenaan. Kenyataan tersebut menjelaskan bahawa "siasatan segera" dijalankan ke atas perkara itu untuk mengenalpasti fakta dalam kes berkenaan |
Adakah Ketua Polis Negara Akan Cakap Ini Gambar Photoshop? Posted: 01 May 2012 01:30 AM PDT ![]() Harap boleh berfikir secara matang dan terbuka. Mamat hitam ni berada di dua-dua keadaan. Apa khabar menteri? mau caya tak? |
Kenyataan Media – Fitnah Jahat Bersiri Menjelang Pilihan Raya Umum ke 13. Posted: 30 Apr 2012 09:49 PM PDT ![]() Pejabat Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Saya mengecam sekeras – kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang dikuasai UMNO yang memetik sumber blog pro UMNO. Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas. Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. Saya amat kesal memandangkan tindakan ini adalah fitnah bersiri terhadap saya dan keluarga selepas fitnah jijik ke atas isteri dan anak saya, disusuli dengan dakwaan pemilikan saham kemudiannya saya dituduh menghina Raja – Raja Melayu dan baru- baru ini saya ditohmah mencetuskan provokasi dalam Himpunan Aman Bersih 3.0. Sebelum ini saya dan isteri serta anak kecil saya telahpun melakukan ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998. Kedua-dua keputusan ujian tersebut menempelak fitnah ke atas saya, isteri dan keluarga. Hasil ujian jelas menyebut serta mengesahkan saya dan isteri merupakan 'biological parent' kepada anak kami. Ujian DNA tersebut sekaligus memelihara maruah saya dan keluarga. "The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked 'X' (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked 'Y' (child)." Namun UMNO masih mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap saya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata. Setelah kesemua fitnah tidak berjaya, mereka mengulangi skrip usang fitnah seks yang memualkan untuk mengaib dan mematahkan semangat saya. Fitnah jahat seperti ini diulang – ulang untuk membentuk persepsi rakyat terhadap maruah dan kredibiliti saya menjelang pilihan raya. Munculnya fitnah ini tatkala UMNO dihimpit krisis keyakinan dan menjadi sasaran kemarahan rakyat selepas perhimpunan BERSIH adalah untuk mengalih pandangan rakyat dari isu sebenar iaitu isu penipuan pilihanraya dan penyelewengan dana awam. Saya ingin menegaskan bahawa saya tetap tuntas dengan perjuangan membawa obor reformasi demi rakyat. Saya menyeru kepada pimpinan UMNO supaya menghentikan budaya politik fitnah yang boleh menghancurkan negara dan masyarakat. Saya akan terus bersama – sama pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat untuk menjana Perubahan dan membawa kemenangan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Mohamed Azmin Bin Ali |
Media diarah jangan lapor keganasan polis? Posted: 30 Apr 2012 07:55 PM PDT Hafiz Yatim |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan