Isnin, 28 Mei 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Apakah Allah SWT jadikan kamu hina kerana sumpah kamu??

Posted: 27 May 2012 11:32 PM PDT


Astaqfirullah.... 

Amat memalukan ... Mula-mula aku malas nak layan video klip minah ni, walaupun aku dah baca komen blogger ISA tentang minah ni. Fuuhh!! Dahsyat sekali. Malam ni terasa pulak boring sebab tak der lagi citer menarik. 

But then, ternampak pulak citer yang sama keluar dalam blog Anak Sungai Derhaka. Komennyer juga dahsyat. So.... teragak ler pulak hati nak dengor apa bunyi dalam bideo tentang minah ni. Kalau best.... boleh jugak dijadikan N3.

OMG.... Ya Allah. Terkejut badak aku!! Patutler blogger ISA berkata begitu pada minah ni. Amat... amat... amat... memalukan!! 

Haisshhh.... macam mana dia tergamak menzalimi dan menghina dirinyer sendiri di khalayak ramai sampai macam tu sekali. Ya Allah... tak der ke walau sedikit maruah yang tinggal pada minah ni?? Eeee.... kejinyer perangai!!

UMNO juga patut berasa malu mengundang perempuan hina macam ni berceramah di ceramah-ceramah mereka. Itu bukan ceramah.... itu sesi maki hamun. Tak tahu malu langsung!! Biadap!! Macam pompuan giler!! 

No wonder ler rakyat menjauhi ceramah-ceramah UMNO. Tak der kualiti dan tak berinformasi langsung

Astaqfirullah al adzim.... Umi... Umi... hinanyer kamu!! Mungkin penghinaan inilah balasan Allah SWT ke atas kamu kerana bersumpah sesuka hati.

Ek eleh... Macam tu ke ceritanyer

Posted: 27 May 2012 05:40 PM PDT


This is something very interesting... Pak Din Mountdweller, izinkan saya share untuk renungan kita semua. Thank you...

Kesian... Begitulah nasib wanita yang diceraikan suami. Masa nak tergedik-gedik. Bila tak nak.... dibuat macam hampas. Kemudian dituduh pulak tidak siuman. Dahsyat.... dahsyat.... ... buruknyer prilaku sang suami tu, yek??

Sanggup tinggalkan nak-anak berhari raya tanpa ayah semata-mata untuk pergi enjoy dengan bini muda. 
Dahsyat.... dahsyat....

Ikutilah cerita sedih nasib seorang isteri menteri...

Tengku Puteri Zainah Tengku Iskandar, bekas isteri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Najib Tun Razak menangkis fitnah-fitnah yang menuduh beliau tidak siuman dan uzur untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Menurutnya, fitnah-fitnah tersebut sengaja disebarkan untuk menjatuhkan imej dan memalukan beliau sebagai salah seorang kerabat di-Raja kelantan.

"Tuduhan-tuduhan tersebut adalah fitnah semata-mata, sedangkan sebagai salah seorang isteri saya telah menjalankan tanggungjawab yang sebaiknya," katanya.

Tengku Puteri Zainah menegaskan beliau tetap bersabar dan berusaha menyelamatkan rumahtangganya daripada menuju keretakan meskipun fitnah-fitnah tersebut sering menghantui fikirannya.

"Bagaimanapun telah ditakdirkan Allah SWT penceraian berlaku juga antara saya dengan Datuk Seri Najib pada bulan April 1987 yang lalu," tambahnya .

Menurut Tengku Puteri Zainah, beliau telah diceraikan tanpa pengetahuannya dengan beberapa alasan.

Beliau melahirkan rasa sedih beliau kerana setelah menjalinkan hidup berumahtangga selama hampir 10 tahun dan dikurniakan seramai tiga cahayamata, tiba-tiba diceraikan.

Tengku Puteri Zainah juga memberitahu bahawa sebelum penceraian berlaku, beliau serta bekas suaminya tidak pernah bersengketa.

"Apa yang saya sedari selepas dilantik sebagai Menteri Belia Dan Sukan di tahun 1987, Datuk Najib tidak pulang ke rumah selama enam bulan sebaliknya beliau menetap di hotel," jelas Tengku Puteri.

Menurut beliau, Datuk Seri Najib hanya mengunjungi beliau di waktu-waktu tertentu sahaja ketika beliau ditempatkan di rumah milik kerajaan.

Tengku Puteri Zainah diceraikan dengan talak satu kini tinggal bersama dengan tiga anaknya Mohd. Nizar 10 tahun, Puteri Nerlisa 7 tahun dan Mohd. Naziffuddin 4 tahun.

Sementara itu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini minggu lalu, Tengku Puteri Zainah telah berjaya menuntut nafkah sara hidup sementara untuk baliau dan anak-anaknya dari bekas suaminya itu.
 
Tengku Puteri Zainah dan anak-anak. Walaupun mereka cuba menunjukkan kegembiraan di wajah masing-masing, tetapi itu hanya sekadar kegembiraan kerana menyambut kedatangan Hari Raya, bergambar di pagi Hari Raya Puasa 1987

Pada malam menjelang Hari Raya itu Najib dan Rosmah pergi 'honeymoon'(berbulan madu) di Eropah. Kali pertama Nizar, puteri Norlisa dan Naziffuddin berhari raya tanpa bapa mereka.

Hari ini mereka hidup menderita tanpa kasih sayang dan kemanjaan seorang ayah, mengikut cerita Tengku Puteri sampai hari ini masalahmu'taah mereka masih belum dibereskan oleh Majlis Agama Islam. Apakah mereka takut nak buka kisah ini kerana Datuk Najib seorang menteri? Apa akan jadi pada anak-anak, wanita dan para ulama dinegara ini kalau Najib jadi Perdana Menteri nanti?

Tiada ulasan: