Isnin, 28 Mei 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Najib bakal lenyapkan 105,382 ekar Tanah Rezab Melayu

Posted: 28 May 2012 08:56 AM PDT


Apabila Felda Global Venture (FGV) disenaraikan, sebanyak 105,382 ekar tanah rezab Melayu bakal tergadai kerana selepas itu sesiapa sahaja berhak untuk membelinya.

Ini kerana, perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGV untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat perjanjian.

Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGV ke Bursa.

Tanpa tanah-tanah ini, penyenaraian tersebut akan gagal, kata Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR.

"PKR boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salinan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang terlibat," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Semakan mereka menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini, sejumlah 105,382 ekar adalah tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai Tanah Rezab Melayu di seluruh negara.

"Ini menimbulkan persoalan serius mengenai status tanah-tanah ini kerana tindakan memajakkan tanah-tanah ini kepada FGV boleh melanggar matlamat pewartaan Tanah Rezab Melayu," katanya.

Bagi Rafizi, kedudukan FGV selepas ini tidaklah boleh dikira sebagai sebuah syarikat yang berstatus Bumiputra kerana jumlah pegangan saham Bumiputra tidak dapat disahkan.

Perjanjian antara Felda dengan Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis
 "Setakat ini, peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis," tegas beliau.

Oleh yang demikian, katanya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad wajar menjelaskan kepada rakyat kenapakah tanah-tanah berstatus rezab Melayu ini turut dipajakkan ke FGV yang disenaraikan di pasaran saham?

"Apakah jaminan bahawa tanah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan atau pembangunannya tidak bertentangan dengan semangat pewartaan Tanah Rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun yang lalu?" soalnya.

PKR juga menyeru supaya setiap Kerajaan Negeri di Semenanjung yang terbabit menolak sebarang usaha untuk membatalkan status Tanah Rezab Melayu yang melibatkan tanah 105,382 ekar ini.

"Kami menunggu maklumbalas Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad sebelum memberikan lebih banyak maklumat mengenai Tanah Rezab Melayu seluas 105,382 ekar ini," katanya.


Harakahdaily

Anwar Ibrahim dihalau dari Masjid? (Video Inside)

Posted: 28 May 2012 06:06 AM PDT


Dihalang dari memasuki samada Masjid atau Surau bukanlah satu perkara yang luar biasa buat Anwar Ibrahim, meskipun beliau telah dijemput ke Masjid atau Surau itu oleh beberapa AJK Masjid atau Surau itu.


Ini biasanya terjadi apabila ada dari kalangan AJK Masjid atau Surau itu merupakan penyokong tegar UMNO yang tidak dapat membezakan antara rumah Allah dan rumah mereka sendiri.

Sebagai seorang yang berugama Islam kita pasti tidak boleh menafikan bahawa Masjid atau Surau itu adalah rumah Allah, oleh itu setiap kita yang berugama Islam berhak ke atasnya.

Tetapi oleh kerana perasaan benci yang meluap-luap mereka (penyokong tegar UMNO) itu terhadap Anwar Ibrahim, mereka telah menganggap rumah Allah itu milik mereka sendiri.

Mereka telah menghalang Anwar dari memberikan 'tazkirah' sementara menanti waktu solat Isyak tiba.

Insiden terbaru telah berlaku di Masjid Taman Sri Pulai Perdana, Johor Baharu.

Kononnya menurut pencacai UMNO yang telah selamat menjalani proses pembodohan oleh pemimpin UMNO dalam soal ini, Islam tidak boleh berkompromi dengan manusia yang berkiblatkan nafsu, berTuhankan Syaitan dan bertopengkan Islam.

Atas dasar apa tuduhan itu dibuat? Sedangkan sudah dua kali Anwar dibebaskan dari tuduhan salahlaku seks oleh Mahkamah.. tidakkah itu satu fitnah?

Saksi dan nilaikan sendiri… adakah benar Anwar Ibrahim ditolak oleh seluruh kariah Masjid atau ditolak oleh segelintir AJK Masjid yang telah selamat menjalani proses pembodohan oleh pemimpin UMNO dan punya kepentingan?




Tragedi Himpunan Jutaan Belia 2012: Siapa bohong? Shabery Cheek, Penganjur atau Mangsa?

Posted: 28 May 2012 03:16 AM PDT


Ketika mengulas mengenai perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012, pada Sabtu lalu yang bertukar menjadi tragedy hingga menyebabkan 17 cedera dan 4 parah, Ahmad Shabery berkata pihak penganjur telah memberi amaran supaya orang ramai berada di belakang bahagian yang dibenarkan.

Namun apabila sesi itu berlangsung ramai yang tidak mengendahkan arahan tersebut disebabkan kawasan tersebut terlalu sesak dengan kira-kira 10,000 penonton, katanya - sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Bagaimanapun hari ini salah seorang mangsa Muhamad Aidil mendakwa "Saya tak dengar ada sebarang pengumuman oleh penganjur dan saya duduk di benteng pokok. Saya sedar kereta itu datang dan tak sedar apa yang jadi,".

Bukan beliau sahaja malah semua mangsa yang ditemui mendakwa pihak penganjur, Motorsport MUSC gagal membuat pengumuman untuk berundur daripada kawasan berkenaan, malah aspek keselamatan turut dipandang ringan.

Siapa bohong? Ahmad Shabery, MUSC Motorsport atau mangsa kejadian?

Maka dengan itu bermulalah adengan menuding jari antara pemimpin Kerajaan UMNO/BN, Penganjur dan juga mangsa..

MUSC Motorsport milik siapa agaknya??

Mangsa langgar kereta dakwa tak dengar pengumuman

PUTRAJAYA: "Limpa Fairuz hancur habis kena buang. Makcik hiba lihat anak kami terlantar kesakitan macam ini. Kami tak mampu nak tanggung segala perubatannya."

Demikian rintihan ibu salah seorang 17 mangsa yang cedera selepas dilanggar kereta ketika menonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012, pada Sabtu lalu.

Hamidah Zainal Abidin, 51, yang bekerja sebagai guru tadika di Rembau hanya mampu menitiskan air mata tatkala ditanya mengenai perkembangan anaknya itu.

Fairuz yang disahkan doktor cedera parah di bahagian limpa membuat pembedahan petang semalam untuk membuang organ tersebut yang hancur.

Menurut Hamidah, beliau dihubungi tunang Fairuz dan memaklumkan kejadian malang yang menimpa anaknya itu.

Fairuz yang dijadualkan akan berkahwin pada Februari tahun depan kini stabil dan mendapat rawatan rapi di wad ICU sejak malam kejadian tersebut.

Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik ini bekerja sebagai seorang pemandu dan menurut Hamidah pihak penganjur perlu bertanggungjawab di atas kemalangan yang menimpa anaknya itu.

"Penganjur ada datang tapi tiada jaminan yang diberi. Malah mereka salahkan budak-budak ini kerana duduk dekat dengan kawasan lumba itu, seperti yang saya baca di akhbar.

"Saya dapat tahu anak saya cedera jam 1.00 pagi. Dimaklumkan kejadian berkenaan berlaku jam 11.30 malam. Fairuz datang dengan tujuh rakannya yang lain, malangnya enam jadi mangsa dan sekarang alami kecederaan.

"Penganjur perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Budak-budak ini kata tiada pengumuman oleh pihak berkenaan dan tahap keselamatan juga terabai," katanya kepada FMT.

Pada kejadian tengah malam Sabtu lalu, kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut hilang kawalan dan terbabas menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.

Laporan polis oleh mangsa

Sementara itu, seorang lagi mangsa Muhamad Aidil Azman, 19, berkongsi detik-detik cemas itu sehingga menyebabkan beliau tidak dapat berjalan ekoran lutut kanannya mengalami darah beku.

Menurut Muhamad Aidil, beliau yang tiba agak lewat hanya menonton perlumbaan di benteng pokok, malah mendakwa 22 orang turut mengalami kecederaan.

"Saya tak dengar ada sebarang pengumuman oleh penganjur dan saya duduk di benteng pokok. Saya sedar kereta itu datang dan tak sedar apa yang jadi," katanya.

Dalam pada itu, tiga laporan polis turut dibuat oleh mangsa termasuklah Muhamad Aidil.

Seorang lagi mangsa, Mohd Nor Faiz Sakariah, 24, membuat laporan polis berhubung kehilangan kamera yang didakwa diambil oleh pihak penganjur.

Laporan sama turut dibuat oleh sepupu beliau, Mohd Aidiel Aiezad Ashari, 24 mengenai kehilangan kamera tersebut.

Semua mangsa yang ditemui mendakwa pihak penganjur, Motorsport MUSC gagal membuat pengumuman untuk berundur daripada kawasan berkenaan, malah aspek keselamatan turut dipandang ringan.

Aspek keselamatan terabai

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut melawat mangsa awal pagi ini menggesa siasatan menyeluruh dibuat ke atas penganjur kerana gagal menitik beratkan aspek keselamatan.

Ujar beliau, aspek keselamatan tidak boleh dikompromi dan tidak mahu perkara seperti ini berulang pada masa akan datang.

Naib Presiden PKR, N Surendran pula berkata parti menawarkan khidmat guaman kepada para mangsa serta mendakwa penganjur bersalah dari sudut undang-undang kerana gagal mengambil berat aspek keselamatan umum.

Katanya, mangsa tidak patut dipersalahkan dalam hal ini.


Free Malaysia Today

Ini dia pemilik nombor plat "WWW 1"

Posted: 28 May 2012 12:31 AM PDT


Diakhir laporan ini disertakan senarai pemilik nombor plat dari WWW1 hingga WWW20 dan harga yang telah dibida mereka..

Berikut adalah laporan yang mendedahkan siapa pemilik nombor plat kenderaan "WWW 1",

Sultan Johor Menang Bidaan Nombor Plat "WWW 1"

PETALING JAYA: Sultan Johor telah memenangi bidaan dalam merebut nombor plat kenderaan "WWW 1", dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.

Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat "WWW 5", dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat "WWW 15".

Keputusan bidaan boleh didapati di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JP).

Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 telah mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini.

Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan "MCA 1" pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100.

Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei.

Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan "WWW", yang merupakan singkatan bagi "World Wide Web" - mStar


Senarai penuh sila download dari SINI

Mahathir akui Najib PM paling lembik..

Posted: 27 May 2012 09:40 PM PDT


KUALA LUMPUR, 28 Mei — Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi amaran kepada Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau masih lagi memimpin kerajaan yang lemah, mengulangi pendirian supaya pilihan raya ditangguhkan sehingga selesai bulan puasa yang akan tamat pada Ogos.

Bekas perdana menteri itu dipetik Bloomberg dalam satu temuramah khas berkata, perdana menteri perlu menanggunhkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya yang mesti dilakukan dalam masa setahun.

"Apabila lemah, beliau perlu berhadapan dengan kritikan. Tapi bila berhadapan dengan masalah ini, apa pun yang dibuat tidak akan cukup," kata bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) ini, dan menambah, Najib mewarisi perikatan yang lemah, yang mana memenangi pilihan raya 2008 dengan nisbah yang paling kecil sejak Merdeka.

Dr Mahathir: Temuramah Bloomberg. — Foto fail Najib mengambil alih pemerintahan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009, bagi mengurangkan rekod kekalahan 82 kerusi Parlimen dan lima negeru dengan pemerhati melihat dengan mengembalikan kuasa dua per tiga majoriti, Najib dijamin memegang kuasa yang besar.

Najib telah melaksanakan beberapa pembaharuan demokrasi untuk memberikan lebih kebebasan kepada rakyat, namun pengkritik melihat ia hanyalah remeh dengan lebih banyak undang-undang lama digantikan.

Perdana menteri masih lagi menguruskan perhimpunan ketiga Bersih pada 28 April lalu dan pentadbirannya telah mengemukakan saman badan pemerhati pilihan raya tersebut minggu lalu kerana menyebabkan berlakunya kerasakan terhadap kenderaan kerajaan berpunca daripada pertembungan antara polis dan perusuh.

Polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air serta menahan 512 perusuh apabila menceroboh Dataran Merdeka dengan merempuh halangan pihak polis.

Kaji selidik Merdeka Center mendapati 92 peratus pengundi menuntut daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya dilaksanakan dengan 48 peratus melihat daftar pemilih sedia ada tidak lengkap.

Dr Mahathir turut berkata kepada akhbar tersebut Najib perlu mengambil lebih masa sebelum melaksanakan pilihan raya bagi memperoleh kemenangan daripada kaum Cina yang majoritinya menyokong pembangkang, Pakatan Rakyat.

Najib sebelum ini berkata piloihan raya bakal dilaksanakan "tidak berapa lama lagi" disamping khabar angin Parlimen akan dibubar sebelum sidang berikutnya Jun ini

Namun hari ini, The Malaysian Insider melaporkan BN sedang meneliti kemungkinan pilihan raya akan dilaksanakan pada September kerana kaji selidik dalaman mendapati parti itu mampu memenangi 146 kerusi Parlimen dengan sekurang-kurangnya 80 pasti menang, lebih 140 yang dimenangi pada 2008 tapi kurang 148 untuk majoriti dua pertiga majoriti.

Pentadbiran Najib memberikan fokus utama kepada demografi namun cadangan pemansuhan bantuan dana pinjaman pendidikan oleh PR mungkin mengakibatkan undi belia, kunci utama pengundi yang meliputi sekurang-kurangnya 20 peratus daripada 12 juta pengundi.

Hampir 60 peratus pengundi baru adalah Melayu, komuniti dominan di negara ini.


The Malaysian Insider

Puak mana pulak yang buat kecoh di Penang semalam ni? (Video Inside)

Posted: 27 May 2012 05:30 PM PDT


Petang Jumaat lalu kita telah menyaksikan insiden membakar baju 'T' BERSIH 3.0 oleh PERKASA Pulau Pinang di Komtar.


Kejadian tersebut telah dilakukan oleh PERKASA Pulau Pnang dengan di ketuai oleh Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang, Mohd Ridzuad Mohd Azudin.

Bagaimanapun tindakan mereka itu telah disergah oleh Ahli Jingga 13 dan juga Ketua AMK Pulau Pinang menyebabkan mereka terhenti dari melakukan keganasan seterusnya.

Video kejadian sila lihat di ( SINI )

Menurut seorang sahabat yang berada di tempat kejadian, setelah disergah Ketua Wira PERKASA itu bertengkar dengan Mohd Ikhwan dari Jingga 13, diakhirnya beliau berkata akan menunggu Mohd Ikhwan dan Amir Ketua AMK selesai mengadakan sidang media.

Bagaimanapun apa yang dikatakannya itu iaitu untuk menunggu mereka tidak ditunaikannya, sebaliknya beliau telah melarikan diri sebaik saja sidang media tersebut selesai.

Sayang sekali.. tidak ada pihak yang merakamkan kejadian ketika beliau melarikan diri ketika dikejar ahli Jingga 13..

Petang semalam pula muncul pula satu lagi puak yang tak tahu mewakili kumpulan apa pula, juga menimbulkan kekecohan di Pulau Pinang.

Mereka telah mencetuskan kekecohan di Padang Kota Lama, ketika satu perhimpunan memperingati BERSIH 3.0 diadakan di situ..

Laporan berkaitan..

Perhimpunan peringati BERSIH diganggu, dua ditahan


Satu kekacauan tercetus ketika sambutan memperingati BERSIH 3.0 di Pulau Pinang hari ini apabila sekumpulan lelaki mula berteriak ke arah seorang ADUN.


Sekumpulan lelaki itu yang menggangu perhimpunan di Esplanade itu turut mencabar ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tzin untuk berdebat.

Namun, tiada sesiapa mengendahkan provokasi itu, dan peserta perhimpunan yang sedang bersurai itu juga cuba menjauhkan diri mereka daripada lokasi tersebut di dataran tersebut.

Kumpulan lelaki berkenaan bagaimanapun terus membuat bising dan berteriak ke arah seorang peserta perhimpunan, Dalbinder Singh, yang sedang berucap di satu sudut.

Kumpulan lelaki tersebut mencabar Dalbinder untuk berdebat dengan mereka.

Dalam kejadian pada jam 7.30 petang itu, kumpulan lelaki berkenaan mendekati Dalbinder dan satu pergaduhan kemudiannya berlaku.

Beberapa orang polis berpakaian preman kemudiannya masuk campur dan memisahkan kumpulan tersebut daripada peserta perhimpunan.

Beberapa orang bagaimanapun terus mengejar Dalbinder ke sekelililing padang tersebut walau beberapa orang cuba mempertahankan Dalbinder.

Ketua polis daerah Georgetown Gan Kon Meng mengesahkan bahawa dua lelaki ditahan kerana terlibat dalam pergaduhan dan disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan - Malaysiakini




Tiada ulasan: