A Mum Of Three Mohd |
- Kita Lawan UMNO!!
- Lu orang ingat depa takut??
- Huhuhuhu.... Hidup UMNO!! Hihihidup UMNO!!
- Doa dan Tazkirah
Posted: 21 May 2012 11:00 PM PDT Kah kah kah kah.... Tidak ada muzakarah dengan UMNO. Kita nak muzakarah dengan NGO bukan UMNO. UMNO pulak yang terperasan. UMNO..... Kita nak LAWAN!! Kita tetap akan lawan UMNO!! Lawan tetap lawan!! Bang!! Bang!! Bang!! Fuuuhhh... PAS: Tiada muzakarah dengan Umno Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa parti tersebut tidak akan bermuzakarah dengan Umno kerana persoalan itu tidak timbul. Katanya, isu tersebut timbul apabila beliau sebelum ini ditanya pemberita pada 14 Mei lalu mengenai muzakarah dengan NGO dan bukannya Umno. Katanya, beliau bersedia untuk bermuzakarah atau berbincang dengan NGO tersebut yang mendakwa PAS menyeleweng daripada dasar Islam. "(Jadi) tidak timbul (bermuzakarah) dengan Umno. Itu isu lama... Umno jadikan dia isu politik sebab dekat dengan pilihan raya... Ini agenda Umno," katanya. "Tidak ada muzakarah dengan Umno. Kita nak lawan dengan Umno... Dia tak ajak sungguh (betul-betul) tu," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini. Katanya lagi, isu melibatkan perbincangan PAS dan Umno merupakan "cerita lama" dan "PAS tidak mahu mengulang kembali" perkara itu. Tambahnya, usaha untuk mengadakan muzakarah itu pernah dianjurkan pertubuhan Angkatan Belia Islam pada 1982, tetapi ditolak Umno. Sementara itu dalam sidang media sama setiausaha agung parti itu Datuk Mustafa Ali berkata PAS akan mengadakan satu seminar untuk menjelaskan mengenai dan Islam dan peranannya dalam politik di negara ini. Program tersebut terbuka semua pihak termasuk kepada yang bukan Islam bagi menjelaskan peranan Islam, katanya yang menambah, tarikh seminar tersebut akan ditentukan kemudian. Turut hadir dalam sidang media hari ini ialah timbalan presiden Mohamad Sabu dan naib presidennya Datuk Mahfuz Omar.- Mkini |
Posted: 21 May 2012 09:00 PM PDT Takutnya UMNO akan Anwar and the gang....Tak boleh nak hapuskan mereka cara fitnah, kini mereka memperkuda mahkamah pulak dengan harapan untuk lucutkan kelayakan mereka daripada menjadi calon dalam PRU13 nanti. Kah kah kah kah.... Apa punyer bacul dah!! Bacul wal Pengecut wa cakap lu.. Oh... malunyer aku jadi rakyat Malaysia, dapat kerajaan bacul yang sebegini rupa. Perhimpunan yang menuntut sesuatu yag baik dikatakan perhimpunan haram. Itu sebab rakyat kata UMNO pondan.... sebab tak berani nak berlawan secara anak jantan. Yang mereka tahu perkuda apa yang boleh diperkuda untuk menyekat hak demokrasi rakyat yang tak sehaluan dengan mereka. Pendakwaan Anwar and the gang ini satu contohnya. Hahahahaha.... Mereka sebenarnya takut nak berdepan dengan Anwar dalam pilihan raya sebab itu mereka dakwa dia. Mereka ingat Anwar takut. Weh... Lawan Tetap Lawan. Pendakwaan ini jelas menunjukkan siapa yang kini sedang terkencing dan terkincit dalam seluar. Meleleh-leleh wa cakap lu.... Musyukkk!!! Hancing!! Ppssttt... Anwar tak macam bapak kepada UMNO tau. Yang tu.... takut pi mahkamah. Hahahaha... . |
Huhuhuhu.... Hidup UMNO!! Hihihidup UMNO!! Posted: 21 May 2012 07:00 PM PDT Yer ler Yop... keme paham bebenor. Cinta mike pada UMNO tak mungkin pudar. Dulu, kini dan selamanya... UMNO di hati mike. Dari UMNO mike datang kepada UMNO-ler mike kembali. Sebab tu, keme tak heran. Kalau keluor UMNO kerana tak dapat habuan dunia.. tak dapat nak isi periuk nasik, maka inilah yang berlaku. Tak sudah..... masuk balik UMNO. Udah-udah le tu.... Kesatler ayor mata. Hilangkan sebak di dada. Semoga mike bahagia dengan UMNO mike. Ini udah dekat nak pilihan raya .... tak baik mike buat gitu pada UMNO. Demer udah ler dekat nak tumpor. Kalau mike keluor.... mengelupor ler UMNO. Udah ler tu..... gi balik pada UMNO, ya?? Huhuhuhuhuhu.... Hihihhidduuuuuup UMNO!! Hihihiiidduuuup UMNO!! Kah kah kah kah Sekianlah sketsa sedih persembahan UMNO Kampar. |
Posted: 21 May 2012 05:05 PM PDT Malam semalam tak boleh nak berblog sebab diserang migraine. So... berehat dan tidur awal. Pagi ni baru segar semula. Alhamdulillah... Diam tak diam... dah masuk bulan Rejab dah rupanya. So... mari kita berdoa dulu semoga kita beroleh keberkatan dari-NYA di bulan ini. اللهم بارك لنا فى رجب و شعبان وبلغنا رمضان "Allahumma baarik lanaa fii Rojab wa Sya'ban wa ballignaa Romadhon [Ya Allah, berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya'ban dan perjumpakanlah kami dengan bulan Ramadhan]". Amin... amin.... amin.... Now... pagi ini, sedikit tazkirah politik untuk ambil berkat dan sebagai peringatan kepada kita menjelang PRU13 yang akan tiba sedikit masa lagi insyaAllah.. "... PAS mesti ganti UMNO. Di Kelantan, apa yang tiada? Jika didakwa di Kelantan tiada pembangunan, maka jelas sekali orang begini berjalan mendongak ke langit. Di Kelantan, ada pembangunan. Tetapi saya tidak bangga dengan membuat pembangunan, kerana negara komunis pun ada pembangunan. Apa yang kita bangga ialah melaksanakan Islam dengan harapan ia menjadi jawapan di dalam kubur kelak.." |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan