Selasa, 22 Mei 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Malaun ni kata jual nasi lemak, tapi pakai Ferrari dan buat Birthday Party di hotel.

Posted: 22 May 2012 05:19 AM PDT


Hebat betul Datuk Jamal ni rupanya, katanya berniaga nasi lemak tapi pakai Ferrari dah tu buat birthday party di hotel 5 bintang jemputan pula artis-artis..

Selain dari ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang yang rapat dengan Noh Omar Pengerusi Majlis Tindakan Peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md. Yunos yang menganjurkan protes bernama Bersih 4.0 juga telah mendakwa dirinya hanyalah penjual nasi lemak.

Siapa yang kata Datuk Jamal ni Ahli UMNO sila baca di ( SINI )
 
 
Katanya "Kami terdiri daripada peniaga-peniaga. Saya menjual nasi lemak. Jangan kacau periuk nasi kami, Kami mengalami kerugian yang amat besar semasa berlangsung Bersih 1, 2, 3. Siapa yang mahu menanggung kerugian yang kami alami?"


Bagaimanapun kenyataannya itu jelas merupakan ayat seorang munafik yang mahu meraih simpati masyarakat Melayu dan Malaysia amnya apabila terbongkar siapa dirinya yang sebenar.

Kerana beliau bukanlah menjual nasi lemak sebagaimana yang didakwanya tetapi beliau adalah pemilik IBM Automobiles Sdn. Bhd. Yang telah meraikan hari jadinya di Concorde Hotel pada 4 Ogos yang lepas.

Majlis dikendalikan oleh Roslan Shah, antara artis&selebriti yg hadir ialah Ekin Mawi, Nur syela, Datin Noniswara, Pian cecupak, shahera (halimah jongang),Nurul Syuhada (majalah3), Teh Shuhaida (MHI)






Kawan-kawan Datuk Jamal yang meniaga nasi lemak dari Malaysia Ferrari owner Club turut sama meraikan majlis..





Lagi gambar-gambar sila lihat di ( SINI )


Hebat betul dia ni ya... Kesian kat peniaga-peniaga kecil yang dah jadi mangsa pembodohan dia hingga sanggup menyokong dia untuk berniaga depan rumah Ambiga...

Penggerak BERSIH 4.0 Ahli UMNO yang juga kawan rapat Noh Omar..

Posted: 22 May 2012 02:34 AM PDT


PETALING JAYA: Pengerusi Majlis Tindakan Peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md. Yunos yang menganjurkan protes bernama Bersih 4.0 pada hari Khamis dan Jumaat adalah ahli Umno.


"Jamal ialah ahli Umno bahagian Tanjung Karang", kata pegawai khas Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar,  Datuk Ahmad Bhari Abdul Rahman.

Ahmad yang juga bekas ketua bahagian Umno Selayang turut menambah bahawa Jamal rapat dengan Noh.

Jamal, 41, mula mendapat perhatian media pada minggu lepas apabila beliau mengumumkan kepada media bahawa Majlis Tindakan Peniaga Kuala Lumpur akan menganjurkan protes di dalam bentuk pasar malam pada hari Khamis dan Jumaat ini di hadapan rumah Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), Datuk S Ambiga di Damansara, Kuala Lumpur.

Protes itu dianjurkan untuk mendapatkan ganti rugi kerana para peniaga terpaksa menutup premis perniagaan mereka pada 28 April lalu ekoran dari protes 'duduk dan bantah' Bersih 3.0 yang diketuai Ambiga.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Jamal memiliki 25 buah syarikat perniagaan.

Beliau yang memiliki rangkaian Restoran Ikan Bakar Sekinchan mempunyai banyak cawangan khususnya di Lembah Kelang.

Free Malaysia Today

Ibrahim Ali kata ada pihak mahu memburukkan PERKASA..

Posted: 22 May 2012 01:40 AM PDT


Kononnya ada pihak yang mahu sabotaj untuk memburukkan imej PERKASA kata Ibrahim Ali..

Tapi selama ini banyak insiden yang dah dilakukan oleh PERKASA terutama sekali PERKASA Pulau Pinang tak perlu disabotajpun.. sebab semuanya memburukkan imej PERKASA yang sememangnya dah buruk itu..

Nak kata apa... bila ahli perangai macam beruk hasilnya imej sendiri yang buruk.. ha..ha..

Dia kata lagi.. Kadangkala ada pihak yang memakai baju-T PERKASA dan apabila sesuatu berlaku pertubuhan itu yang dipersalahkan.

Err.. ada ke penyokong Pakatan Rakyat yang tergamak nak pakai baju T PERKASA tu?

'Batu & telur mahu sabotaj PERKASA'


Insiden membaling telur dan batu dalam acara melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga di Melaka Sabtu lalu cubaan untuk mensabotaj PERKASA dan Umno, kata Datuk Ibrahim Ali.

Presiden kumpulan pendesak Melayu itu memberitahu Malaysiakini, ia mungkin usaha sesetengah pihak memburukkan imej PERKASA yang tidak akan sesekali melakukan tindakan ganas itu.

Kadangkala ada pihak yang memakai baju-T PERKASA dan apabila sesuatu berlaku pertubuhan itu yang dipersalahkan, kata Ibrahim selepas sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Diminta menjelaskan siapa yang dimaksudkannya, Ibrahim berkata beliau tidak tahu tetapi ia mungkin atas tujuan politik.

PERKASA Melaka dan Umno Jasin sebelum ini menafikan terlibat dalam insiden di Merlimau itu walaupun terdapat anggota masing-masing menyertai perhimpunan membantah kehadiran Ambiga dalam acara itu.

Malah yang dipertua PERKASA negeri Abd Rahim Osman berkata, mereka juga tidak bersetuju dengan tindakan menyerang dan merosakkan kereta dua wakil rakyat DAP kerana ia dianggap perbuatan jenayah.


Malaysiakini



Woit!! Sudah 'U' Turn ka? (Video Inside)

Posted: 21 May 2012 09:43 PM PDT


Ingat lagi Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin yang mengisytiharkan dirinya keluar UMNO dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu minggu lepas?

Beliau yang juga seorang pengusaha pasir mendakwa telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan UMNO/BN.

"Saya bayar cukai RM20,125 seperti prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir," ujarnya.

Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah 'orang kuat' menyokong kerajaan.

"Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Datuk Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.

"Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.

"Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat," ujarnya - laporan penuh sila baca di ( SINI )

Itu minggu lepas… minggu ini dia sudah buat 'U' Turn.. lihat video di bawah.. siap menangis lagi kerana katanya masih setia dengan UMNO…


"Saya memohon maaf kepada Menteri Besar dan semua ahli UMNO di Malaysia dan saya berasa amat kesal dengan kejadian itu".

"Saya ingin memohon maaf kepada seluruh ahli Umno di Malaysia kerana saya telah berjuang dengan UMNO selama 27 tahun, jadi tak mungkin dalam keadaan normal saya akan memburukkan kerajaan… sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada parti.

"Saya ingin tegaskan bahawa dalam jiwa dan perjuangan saya dalam UMNO tidak pernah terpadam malah saya sanggup berkorban serta berjuang demi bangsa dan tanah air

"Saya tak sanggup nak tinggalkan parti yang mempertahan bangsa dan agama saya, apa yang berlaku cuma saya merasakan saya tidak mendapat pembelaan dalam usaha mencari rezeki," katanya.

Tambah Zamhuri lagi, ketika kejadian, beliau seolah-olah diselubungi perasaan marah yang keterlaluan dan langsung tidak menyedari setiap pertuturan yang dilakukannya.

Tak apa.. kita orang faham… kerana projek dia dia datang.. kerana projek juga dia pergi..

Breaking News! Mahkamah tetapkan 2 Julai perbicaraan Anwar, Azmin dan Chegu Bard.

Posted: 21 May 2012 08:10 PM PDT


Mahkamah Majistret Kuala Kumpur di Jalan Duta sebentar tadi telah menetapkan 2 Julai 2012 tarikh perbicaraan membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard.

Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka dan hakim Mahkamah Sesyen, Mahmud Abdullah bersetuju bahawa ikat jamin sebanyak RM 500 dikenakan kepada tiap-tiap seorang bagi pertuduhan pertama iaitu melanggar perintah majsitret hadir dan berhimpun semasa himpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 yang dikeluarkan pada 26 April 2012.

Bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan, ketiga-tiga mereka dibenarkan ikat jamin persendirian.

Paling mencuri tumpuan adalah kehadiran bekas Timbalan Pendakwaraya semasa Anwar menghadapi perbicaraan Fitnah Liwat 2, Mohd Yusof Zainal Abiden yang bertindak sebagai peguambela Anwar.

Turut mewakili Anwar adalah ahli parlimen Jelutong, Karpal Singh.

Sementara Azmin diwakili oleh ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah manakala Latheefa Koya mewakili CheguBard.

Anwar bersama dengan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Mahkamah Sesyen 5 pada jam 9 pagi.

Ketiga-tiga mereka merupakan yang pertama didakwa di bawah Akta Berhimpun Aman yang diluluskan baru-baru ini, di mana Anwar dan Azmin boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah.

Mereka boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut.

Wakil rakyat secara automatik hilang jawatan jika disabit oleh mahkamah dan didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.

Mereka juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Kanun Keseksaan, iaitu bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.

Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka yang mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut.

JalanPulang


Laporan dari Sinar Harian..

Tindakan dakwa Anwar, 2 lain motif politik


SHAH ALAM - PKR menyifatkan tindakan kerajaan mendakwa tiga pemimpin parti itu termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara pagi ini sebagai satu tindakan terdesak yang bermotifkan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Selain Ketua Umum PKR itu, dua lagi akan didakwa di Mahkamah Majistret ialah Timbalan Presidennya, Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin.

"Peguam Negara sekali lagi bertindak atas perintah Barisan Nasional. Selepas gagal dalam usaha menghalang Anwar Ibrahim dalam kes tuduhan liwat, mereka cuba sekali lagi," kata anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, R. Sivarasa dalam satu kenyataan.

Ketiga-tiga pemimpin itu menerima notis saman agar hadir di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur berhubung perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Mereka akan dikenakan tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan.

"(Nampaknya) sesuatu ketara apabila pendakwaan pertama di bawah Akta Perhimpunan Aman dituju ke atas Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang.

"Jadi, dakwaan terbaru ini yang bermotifkan politik sangat jelas," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Subang dan seorang peguam.

Malah kata beliau, tindakan terbaru ini juga usaha pihak kerajaan untuk menghalang misi Pakatan Rakyat untuk menuju ke Putarajaya dalam PRU13.

"PKR memberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pendakwaan ini sekali lagi memperlekehkan dakwaan beliau bahawa mahu menjadikan Malaysia negara demokrasi terbaik di dunia (dengan mengadakan Akta Perhimpunan Aman).

"Kami akan menggerakkan rakyat Malaysia untuk membantah penyalahgunaan yang ketara dan manipulasi institusi-institusi kita," katanya lagi.





UMNO Kelantan gelabah bila Annuar Musa sokong tuntutan royalti..

Posted: 21 May 2012 05:00 PM PDT


Berbelit-belit kenyataan dari dua orang pemimpin UMNO Kelantan ni.. hingga mengeluarkan kenyataan bodoh..

Kata Ketua Umno Pasir Mas, Hanafi Mamat, royalti minyak telah diberi oleh kerajaan pusat melalu Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Diberi melalui JPP?

Perlu kita ketahui..  Perjanjian yang dipersetujui dan ditandatangani adalah antara kerajaan Negeri dengan PETRONAS iaitu 5% bayaran royalti kepada negeri. Negeri diwakili oleh kerajaanyang dilantik oleh  rakyat.

Jadi, royalti dari PETRONAS itu sewajarnya dibayar kepada kerajaan negeri bukannya JPP kerana bukan JPP yang menandatangani perjanjian dengan PETRONAS itu..

Bengong macam tu pun masih ada yang sokong dia sebagai Ketua Bahagian..

Annuar Musa sokong tuntutan royalti minyak bersifat peribadi

KOTA BARU: Umno Kelantan mendakwa mana-mana pemimpinnya yang menyokong tuntutan royalti minyak kerajaan negeri pimpinan PAS sebagai tindakan bersifat peribadi.

"Umno tidak campur tangan dengan tindakan kerajaan negeri  kerana berpendapat tuntutan itu tidak mempunyai asas, kata AJK Umno Kota Baru, Che Mansor Adabi Che Hassan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sokongan bekas Pengerusi Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa terhadap tuntutan royalti minyak kerajaan negeri pimpinan PAS.

Sebelum ini tokoh veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah  turut menyuarakan pandangan yang sama.

"Jadi kita anggap sokongan Annuar itu bersifat peribadi sahaja. Tuntutan PAS itu tidak lebih untuk politik parti.

"Supaya rakyat Kelantan tahu, PAS mahu  hasil minyak dinikmati rakyat Kelantan.

"Tetapi bagaimana, Umno hendak sokong kerana asas tuntutan itu tidak kuat. Dibawa ke mahkamah sekalipun, PAS akan kalah," kata Che Mansor Adabi lagi.

`Royalti sudah dapat'

Manakala Ketua Umno Pasir Mas, Hanafi Mamat pula berkata, royalti minyak telah diberi oleh kerajaan pusat melalu Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Katanya, tahun lalu kerajaan pusat memberi RM24 juta untuk pembiayaan pelajar sekolah dan universiti.

Beliau menegaskan, rakyat Kelantan dari duit rtidak percaya tuntutan royalti minyak oleh kerajaan negeri pimpinan PAS  itu untuk kepentingan rakyat.

"Buat apa tuntut lagi, kerana wangnya telah diperolehi. Kalau PAS tuntut, kita bimbang mereka buat benda lain," katanya.


Free Malaysia Today

Gambar yang tak akan disiarkan Utusan dan TV3..

Posted: 21 May 2012 09:21 AM PDT


Gambar ini pasti tidak akan disiarkan oleh Utusan Malaysia dan lain-lain Media cetak yang menjadi tunggangan UMNO dan sudah pasti juga tidak akan disiarkan oleh TV3.

Dalam kegirangan penyokong Kelantan dalam menyaksikan perlawanan akhir Piala FA, terselit di tengah ribuan penyokong Kelantan yang cukup teruja bersama bendera PAS.

Apa petandanya? Ini mungkin amaran rakyat Kelantan kepada United Malays National Organisation (Umno).. Jangan harap rampas Kelantan dari PAS.. kami akan pertahankan pemerintahan Tok Guru.

Sumber: Addin

Tiada ulasan: