Isnin, 21 Mei 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Ini nyonya ada akai. Salut!!

Posted: 21 May 2012 12:30 AM PDT

  
Salut sama ini nyonya. Dia pencetus perubahan dalam MCA.  

Ini maciam la kita mau. Ubah!! Kita ubah!! Lakukan anjakan paradigma. Be more positif. Ya... Ubah minda supaya jadi lebih rasional. Mari sama-sama bina Malaysia yang lebih baik.

Persoalannya... apakah MCA boleh terima perubahan yang dicetuskan oleh nyonya, Kian Sit Har??

Kita tunggu dan lihat....

Tolak salah laku BN, kata veteran MCA
Ketua Wanita MCA Melaka, Kian Sit Har, yang ditegur Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 di Melaka pada 28 April lalu, bertegas bahawa parti itu mesti bangun menentang sebarang salah laku BN.

"Pada masa ini, kita tidak boleh bersikap neutral. Kita perlu membuat pilihan antara yang benar dan yang salah.

"Parti mungkin ada pendiriannya sendiri, tetapi kita mesti memihak
kepada keadilan. Kita tidak boleh mengikut secara membuta tuli jika BN atau MCA melakukan sesuatu yang salah.

"Jika anda berfikir ada sesuatu yang tidak kena, maka kita mesti menyuarakannya. Betul tetap betul, salah tetap salah, dan kita tidak perlu takut (untuk bersuara)," katanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini di pejabatnya di Melaka minggu lalu.

Sebagai contoh, kata senator yang berusia 73 tahun itu, ialah pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar mengetuai panel bebas untuk menyiasat keganasan di perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur.

Dalam nada kecewa, Kian berkata: "Sudah pasti pembangkang akan menuduh kita tidak adil. Bagi saya pun, Hanif tidak sesuai.

"Selepas berkata BERSIH mahu menjatuhkan kerajaan, bagaimana anda boleh memintanya menganggotai panel tersebut?

"Kami (di perhimpunan BERSIH) tidak pernah terfikir untuk menjatuhkan kerajaan semasa protes," kata Kian.-Mkini

Tok Guru Nik Aziz yang BIJAK

Posted: 20 May 2012 10:30 PM PDT


Nak bermuzakarah dengan UMNO??

Merepek!! Kalau aku... aku tak sior!! Itu aku.. Tapi banyak pihak yang sokong dan galakkan muzakarah ini diadakan. Well.. terserah. Everyone is entitled to their own opinion. Ada yang sokong dan ada yang tak sokong.

In fact, Tok Guru Nik Aziz pun dah kata, PAS sedia untuk bermuzakarah dengan UMNO. Isshhhh... Tok Guru sudi bermuzakarah dengan UMNO?? 

Yes.... Tapi.. tapi.... tapi... 

Hahahahaha.... Tapi... ada syaratnya.

UMNO kena gugur dan rela lepaskan dasar perjuangan kebangsaan mereka dan terima Islam sebagai dasar perjuangan baru.

UMNO bukan saja kena terima PAS semata-mata tetapi juga kena terima rakan kongsi PAS dalam Pakatan Rakyat. UMNO kena terima PAS dengan 'package'nya sekali.

 Tok Guru bukan jenis suka lupa dan khianat kawan. UMNO nak muzakarah.... fine. Tapi, kena terima PKR dan DAP sekali.

Kah kah kah kah kah....

Ketawa aku apabila membaca syarat yang dikenakan oleh Tok Guru. Bijak.... Bijak.... Bijak sungguh Tok Guru Nik Aziz ni. Apa maknanya syarat-syarat tu?

Maknanya.... spot light yang cahayanya dulu ditalakan kepada isu muzakarah, kini sudah kurang bercahaya lagi. Sudah semakin malap dan insyaAllah akan terus terpadam. Ini akan bikin UMNO teraba-raba dalam kegelapan. Hahahaha... tak lama lagi, raba punya raba.... terus masuk lubang kubor!! Padan muka!!

Kah kah kah kah.... Bijak Tok Guru kita, kan??

Wey... Siapa nak percaya pada UMNO?? Masa tengah terdesak dan nazak, baru ler mereka tersua-sua dengan kita. Sebaliknya, masa dia tengah kuat, bukan main gah dan eksen lagi. Parti arrogant macam ini kita nak bermuzakarah??? 

Tak payah!! Ibarat kita melepaskan anjing tersepit jer. Dah terlepas daripada sesak nanti.... dikokaknya kita pulak. Bahaya, sebab yang akan gigit kita tu.... anjing gila!!

Oleh itu, like I've said before.... kita fokus pada PRU13 dan perjalanan kita menuju ke Putrajaya. Lain-lain tolak ke tepi dulu. Yang dulu kita dulukan... yang kemudian, kita hold dulu.

UMNO nak bermuzakarah?? Boleh, no proplem. Tapi.... fikir-fikirkan syarat Tok Guru tu dulu, ya??

Kalau dah fikir nanti, kita setel hal muazakarah tu lepas PRU 13 nanti, ok?

Big, strong and healthy

Posted: 20 May 2012 08:00 PM PDT


Fuuuhhh...!! Kalau tengokkan badan.... kuss semangat. Big, strong and healthy.

Jadi.... amat sesuai ler kalau mereka dikerah untuk mem-BERSIH-kan TONG TAIK berjenama UMNO. Bukan apa.... tong taik tu, amatlah KOTOR-nya. 

Eeee.... penuh dengan pelbagai jenis taik. Bukan setakat taik manusia tapi yang terkini.... dikotori pulak dengan taik lembu.

Karat-karat taik lama... memang kategori KOTORAN degil. Lantas, bukan calang-calang orang yang mampu membersihkannya. Ia perlukan mereka yang big, strong, healthy dan yang very determine, untuk mem-BERSIH-kan TONG TAIK yang amat KOTOR tersebut.

Alhamdulillah-ler.... mereka yang dalam gambar di atas tu dengan rela hati dan siap siaga untuk melakukan kerja-kerja pembersihan tersebut.

Uissshhh.... siap dengan uniform seragam lagi. KUNING gitu....

So.... M3M ucapkan, "Selamat mencuci bersihkan TONG TAIK!!" Semoga suksess, ya??

Bodoh!! Nak nipu pun tak tahu.

Posted: 20 May 2012 06:00 PM PDT

Sumber gambar: FB Seligi Alpha
  
Kesian UMNO...

Orang berhimpun ratus ribu, depa nak berhimpun ratus ribu
Malangnyer... terpaksa menipu. 
Sebab... perhimpunan mereka laku!!

Hahahaha... 

Itu sebab buat di stadium. Sebab.... senang nak nipu.
Tapi, nipu pun tak kena gaya... Kantoi!!

Kah kah kah kah kah...

Apa punya samdol dah...!!

Memalukan!! Jom kita ubah. Ya... Kita ubah!!

Posted: 20 May 2012 04:00 PM PDT



Tidak ada amanah dalam melakukan kerja.

Masalah besarnya....

Ada peraturan yang kerajaan buat tetapi kerajaan sendiri tidak patuh atau ikut peraturan tersebut

Hahahahahha.... 

Itulah kerajaan UMNO/BN!! Buat peraturan atau dasar atau undang-undang sebagai syarat jer. Kosmetik semata-mata. Dalam diam-diam rakyat kena kencing. Apabila musibah berlaku... mereka mula menuding jari dan cari kambing hitam untuk dipersalahkan.

Lepas tu... suruh 'ayah' siasat 'anak'. Last-last... mereka kata, semua pihak didapati bersalah tetapi tak der sesiapa yang betul-betul bersalah.

Kah kah kah kah..... Malaysia Boleh!!

Itu sebab kukuh... mengapa kita kena ubah. Jom kita ubah!! Kita ubah!! Ya... Kita ubah!!

Tiada ulasan: