Jumaat, 11 Mei 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Ada komunis baik ooo

Posted: 11 May 2012 07:41 AM PDT


Komunis 'jahat' zaman Hanif Omar dah tak der. Kalau ada pun..... dah mati kutu. Sekiranya, komunis masih ada di Malaysia seperti yang didakwa oleh Hanif Omar, jangan risau... mereka komunis baik.

Mereka bersama rakyat terbanyak.... berjuang untuk memerdekakan negara daripada perompak dan penyamun. Mereka nak mengulingkan kerajaan yang diterajui oleh perompak dan penyamun. Mereka tak mahu guna senjata, keganasan mau pun kekerasan. Mereka nak guna cara demokratik iaitu melalui peti undi.

Sebab tu, mereka bersama-sam kita dan BERSIH. Mereka berjuang untuk pilihan raya yang bebas, adil, bersih, dan telus. Bukan ke mereka itu komunis baik???

Ha ah.... baik. Gua pun setuju dengan apa yang Hishamuddin katakan. Hello.... bukan anak Hussien Onn ya. Anak Pak Rais. Hishamuddin Rais. Cer baca apa dia kata....

"Kalau kata ramai yang datang masa BERSIH ialah 'komunis'. Ok lah itu.

"Sebab mereka 'komunis' yang baik. Sebab mereka tentang penipuan yang dibuat oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)," 

Nak tau citer sepenuhnya, baca kat sini.

So... tak kira ler komunis ke atau siapa juga.... kalau mereka sehaluan dengan perjuangan kita iaitu menentang penipuan jahat SPR, kita terima dengan tangan terbuka. Apa bekas KPN tua tu nak kata, mampuih pi dia ler!!

Haiyooo!!! Bodohnya!!

Posted: 11 May 2012 05:53 AM PDT


Nama bukan main gah... PERKASA, tapi mentaliti..... ???

PERKASA  yang mengadakan pengkebumian simbolik, kononnya bagi kematian Lim Guan Eng merupakan satu tindakan bangang oleh NGO bangang. [sini]

Bangang tahap gaban, wa cakap lu...  Bikin malu keturunan Melayu jer. Pada hal Guan Eng, tak berkudis pun dengan tindakan bodoh mereka. Macam dajjal, asyik nak mengocah orang jer... 

Tindakan bangang mereka tu, sebaliknya menunjukkan betapa lownya mentaliti puak-puak bangang tu. Imej Guan Eng tak hapa-hapa tapi PERKASA pulak yang dicela.

Guan Eng tetap dihormati dan disegani, sebab dalam tempoh hampir 4 lebih dia terajui Pulau Pinang... rekodnya superb!! Dia telah set-kan satu track rekod yang amat terpuji. Pentadbirannya yang berlandaskan CAT, bukan cakap tak serupa bikin tapi... he walks what he talks. Lantas, pentadbiran Pakatan Rakyat yang diterajuinya mendapat sanjungan dan pengiktirafan dari dalam dan luar. Pulau Pinang semakin makmur.

Walau pun, demo demi demo.... silih berganti diadakan oleh UMNO dan PERKASA serta NGO penjilat yang lain tetapi Guan Eng tak tergugat pun. Yang semakin tergugat ialah UMNO dan NGO-NGO balaci mereka. Itu sebab mereka meroyan sakan hingga ke tahap sanggup bertindak bodoh, mengolok-olokkan kematian Guan Eng.

Apa yang cuba mereka buktikan?? Sapa sebenarnya yang mati?? 

Hahahaha.... Guan is still alive and kicking. Pakatan Rakyat Pulau Pinang pulak, semakin kukuh dan teguh. Kalau ditinjau-tinjau, yang sedang nak putus nyawa di Pulau Pinang ialah UMNO!! 

InsyaAllah, UMNO akan menjadi sejarah di Penang!!

PAS Boleh!!

Posted: 10 May 2012 06:26 PM PDT


No tol!! No cukai!!
Free wa cakap lu!! 
Hidup kerajaan PAS Kelantan!!

Tiada ulasan: