Anak Sungai Derhaka |
- Eh.. Ini Himpunan Pertubuhan Haram kan?
- Kerana BERSIH 3.0 Jemaah Haji bakal disekat? Betoi ka?.. baca ulasan Ustaz Zamri ni..
- Kenyataan Rahim Nor tentang isu 'Nik Aziz Bapa Kafir'..
- 'Protes Burger : Sendiri yang bodoh nak salahkan orang.. tengok video kedai yang dibuka hari itu ni..
- PANAS!! Zul Nordin anggap Ibrahim Libya mati sia-sia.. (Video Inside)
Eh.. Ini Himpunan Pertubuhan Haram kan? Posted: 11 May 2012 07:37 AM PDT Siapa agaknya yang membenarkan pertubuhan yang telah diharamkan ini berkumpul di Stadium Nasional Bukit Jalil? Hebatnya pihak berkuasa negara kita.. BERSIH yang mahu berhimpun dilarang dan diharamkan tetapi sebuah pertubuhan yang telah ditubuhkan 66 tahun lalu kemudiannya diharamkan oleh Mahkamah Tinggi dibenarkan berhimpun.. Undang-undang jenis apa yang mereka pakai ni??
Ini kerana UMNO yang dikatakan berusia 66 tahun itu telah diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988 Baca sejarah ni.. Pada Jun 1987, satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 orang ahli UMNO (yang asalnya 12 orang tetapi seorang menarik diri, kumpulan ini kemudiannya dikenali sebagai UMNO 11) di mana mereka telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal, serta tidak mempunyai kesan. Fakta-fakta yang telah dipersetujui menyatakan 30 cawangan tidak diluluskan dalam empat bahagian dan lain-lain. Satu perkiraan yang mudah menunjukkan bahawa jika perwakilan daripada 30 cawangan yang tidak diluluskan dalam empat bahagian tidak diambil kira dalam Perhimpunan Agung, keputusan pemilihan akan mewujudkan suatu jurang undi yang amat tipis antara pemenang dan calon yang kalah. Pada tahun itu, Dr Mahathir Mohamad menang tipis sebanyak 43 undi ke atas Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO. Selepas beberapa siri perbicaraan yang mengambil masa selama tujuh bulan, kes tersebut telah dibicarakan di hadapan Hakim Harun Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Harun telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966. Menurut salah seorang UMNO 11, Abdul Rahim Abdul Rahman, keputusan hakim pada masa itu memeranjatkan mereka. Ini kerana UMNO 11 bukan bertujuan hendak mengharamkan UMNO tetapi hanya mahukan supaya keputusan pemilihan dianggap tidak sah dan diadakan semula. Abdul Rahim berkata mereka mengambil keputusan untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Agung kerana rayuan mereka supaya pemilihan diadakan semula tidak dilayan. Mereka sebaliknya dituduh oleh Dr Mahathir dan Setiausaha Agung UMNO pada masa itu Tan Sri Sanusi Junid sebagai pengkhianat yang bertanggungjawab mengharamkan parti. Menurut Datuk George Seah, Ketua Hakim Negara pada masa itu, Tun Salleh Abas, sudah membuat keputusan untuk melantik sembilan orang panel hakim untuk mendengar rayuan UMNO 11. Arahan ini diberi pada 24 Mei 1988 tetapi pada 27 Mei 1988, Tun Salleh Abas berkata beliau telah digantung dari tugasnya bermula pada 26 Mei 1988. Antara arahan Tun Salleh Abas yang diberikan kepada Pembantu Kanan Registrar dan disaksikan bersama Datuk George Seah dan allahyarham Tan Sri Hashim Yeop Sani adalah untuk mendengar kembali kes UMNO 11 pada 13 Jun 1988. Dengan penggantungan tugas beliau sebagai Ketua Hakim Negara, kes rayuan UMNO 11 tidak dibicarakan oleh mahkamah yang dijadualkan pada 13 Jun 1988. Apabila UMNO diharamkan oleh hakim Datuk Harun Hashim beberapa implikasi yang besar telah berlaku di Malaysia. UMNO 11 tidak berhasrat mengharamkan [[UMNO]. Mungkin Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri tidak menyangka parti UMNO akan diharamkan kerana beliau berdiam diri buat beberapa hari. Tun Dr Mahathir Mohamad tidak senang semua masalah dalaman parti dibawa ke mahkammah. Masalah parti biarlah diselesaikan dan diputuskan oleh parti, bukan oleh orang luar iaitu para hakim. Sejak kes ini , tidak ada lagi masalah parti dibawa ke mahkamah dan perkara ini turut disokong oleh pelbagai pertubuhan dan parti pembangkang. Akibatnya UMNO tidak lagi menjadi parti tunjang kepada parti pemerintah iaitu Barisan Nasional. Oleh yang demikian Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyerahkan tugas Pengerusi Barisan Nasional kepada Presiden MCA ketika itu , Tun Ling Liong Sik. Dengan itu juga Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana parti teras telah diharamkan buat beberapa ketika. Berlaku kekosongan 'Perdana Menteri Malaysia' buat beberapa hari sehinggalah UMNO Baru ditubuhkan. Menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan , Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Tun Ling Liong Sik. Walaupun bagaimanapun tidak berlaku perlantikan watikah secara rasmi daripada Yang diPertuan Agung kepada Tun Ling Liong Sik. Perkataan 'Baru' telah dikaburkan dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ('Baru') kerana menurut tafsiran mahkamah, UMNO lama dan UMNO Baru adalah berbeza, bukan parti yang sama. Pengamal undang-undang memberi tafsiran berbeza-beza sama ada UMNO Baru sama dengan UMNO lama kerana Akta Pertubuhan tidak membenarkan perkara-perkara sebegini diputuskan oleh mahkamah. Ramai pemimpin , ahli politik dan rakyat Malaysia berasa lega apabila UMNO telah ditubuhkan semula. UMNO II telah menjadi 'kambing hitam' untuk dipersalahkan . Campur tangan pihak eksekutif terhadap penghakiman dirasakan semakin ketara . Semua aset UMNO lama telah dipindahkan kepada UMNO Baru. Antaranya ialah pejabat UMNO di setiap negeri, bahagian dan cawangan UMNO , Menara Dato Onn , syarikat perniagaan milik UMNO dan lain-lain. Walaupun bagaimanapun harta keseluruhan UMNO tidak dapat dikenalpasti - Sumber Kalau korang rasa sejarah tu ringkas sangat.. korang baca S.H.Alattas tulis dalam buku 'Talqin untuk UMNO' gambar muka depan macam gambar kat bawah ni.. Versi on-line sila baca di ( SINI ).. bacalah agar anda tidak terus diperbodohkan oleh Pemimpin UMNO Baru+a... | |||||||||
Kerana BERSIH 3.0 Jemaah Haji bakal disekat? Betoi ka?.. baca ulasan Ustaz Zamri ni.. Posted: 11 May 2012 02:47 AM PDT Kat atas itu ialah kata-kata Jamil Khir.. dan dibawah ini pula ialah kenyataan dari Zahid Hamidi pula.. siap ditambah dengan cerita dongeng yang entah dari mana dia dapat tah.. "Arab Saudi cukup sensitif berhubung demonstrasi atau sebarang perhimpunan haram yang dilakukan di negara itu. "Dulu ada rakyat sebuah negara Islam pernah mengadakan demonstrasi di Mekah dan Madinah bagi tujuan mendemokrasikan politik di negara berkenaan dan Arab Saudi telah tidak mengizinkan mana-mana jemaah dari negara berkenaan untuk menunaikan ibadah haji dan umrah bagi tempoh tiga tahun," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis pelancaran konvoi bermotosikal sempena sambutan Hari Umno ke-66. Ahmad Zahid berkata penganjur perhimpunan perlu bertanggungjawab dan bersedia untuk membayar harga yang tinggi jika Arab Saudi mengenakan sekatan tersebut kepada jemaah dari negara ini. Betulkah apa yang dikatakan oleh mamat-mamat dari UMNO di atas tu?.. nampak macam betul kalau kita tak tahu apa-apa.. tapi baca apa ulasan Ustaz Zamri di bawah ni.. Kemudiannya apabila diminta mengulas tentang isu yang sama di dalam Twitter pula.. ini jawapannya.. Kalau nak tahu siapa Ustaz Zamri ni.. lihat di ( SINI ) | |||||||||
Kenyataan Rahim Nor tentang isu 'Nik Aziz Bapa Kafir'.. Posted: 10 May 2012 08:44 PM PDT Siapakah sebenarnya yang mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'bapak kafir'? Persoalan ini timbul apabila kekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor melalui satu kenyataan yang disiarkan oleh The News Straits Times (lihat dibawah) menafikan beliau mendakwa Menteri Besar Kelantan itu sebagai 'bapak kafir'. Menurut Rahim, apa yang beliau katakan hanya sikap para pemimpin PAS termasuk Nik Aziz dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menggunakan hujah agama untuk melawan Umno. Ia bermula apabila, akhbar Umno, New Strait Times baru-baru ini menyiarkan satu laporan bertajuk "Nik Aziz is father of kafir" (NST 8 Mei). Dalam berita itu, NST melaporkan Rahim yang mendakwa Nik Aziz dengan menggunakan perkataan demikian. Menurut apa yang tertera pada NST di muka surat 6 itu, laporan itu dibuat oleh dua wartawan iaitu Rahmah Ghazali dan Lim Poh Lean. Rahmah pula melalui Twitternya menafikan beliau membuat laporan itu dan hanya terlibat dengan laporan yang memetik kenyataan Mahfuz Omar sahaja yang terletak di hujung berita itu. Ini bermakna tinggal dua sahaja sekarang iaitu seorang lagi wartawan atau editor kepada berita berkenaan. Menurut Rahim dalam penjelasan bertulisnya itu, beliau ditemubual melalui telefon oleh wartawan NST. Rahim juga menjelaskan, beliau tidak pernah mengatakan Nik Aziz adalah 'political animal' kerana istilah yang beliau gunakan adalah 'political creature'. Berikut adalah penafian Rahim Noor.. Siapa punya angkara agaknya?? | |||||||||
Posted: 10 May 2012 05:30 PM PDT Kata Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), kumpulan peniaga yang membuka gerai burger mahu menuntut gantirugi yang didakwa dialami mereka sewaktu himpunan BERSIH 28 April lalu. Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata, gerai burger tersebut juga didirikan sebagai tanda membela nasib peniaga kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman yang kerugian akibat perhimpunan BERSIH 3.0 28 April lalu. "Kita di sini hendak menuntut ganti rugi terhadap kerugian yang dialami oleh peniaga-peniaga semasa BERSIH 3.0. "Kami beri masa selama dua minggu. Jika Ambiga tidak respons kita tidak akan mendirikan lebih banyak lagi gerai di sepanjang jalan ini," katanya pada sidang media hari ini. Ikhlas adalah kumpulan peniaga yang berdemo di hadapan Kompleks Pertama di ibu negara pada 5 Mei lalu bagi menuntut Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Ambiga. Turut hadir dalam protes hari ini ialah beberapa orang wakil daripada Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tunku Abdul Rahman. Yang aku hairan ialah kenapa mereka menutup kedai mereka pada 28hb itu? sedangkan tiada arahan rasmi yang dikeluarkan baik oleh PDRM mahupun DBKL. Semua orang tahu pada 28hb itu lebih kurang 300,000 rakyat Malaysia dari segenap pelsuk negara telah turun ke Kuala Lumpur bagi menyertai Himpunan BERSIH 3.0. Dengan kehadiran yang begitu ramai, sudah tentu mereka perlu berbelanja untuk makanan dan juga minuman termasuk juga menyewa hotel untuk penginapan.. Mungkin kerana mereka yang menutup kedai itu sememangnya bodoh kerana tidak tahu untuk memikirkan secara logik perkara itu atau ada pihak yang mengarahkan mereka untuk menutup perniagan mereka pada hari tersebut. Jika mereka tidak begitu bodoh.. sudah tentu perniagaan mereka akan seperti gambar-gambar yang aku rembat dari Biaqpila ini..
Itulah... bila dah bodoh nak disalahkan orang lain pula.. kan dah rugi.. atau mungkin juga memang sengaja nak tutup kedai pada hari tu sebab nak buat tuntutan.. Maklumlah.. nak untung lebih.. | |||||||||
PANAS!! Zul Nordin anggap Ibrahim Libya mati sia-sia.. (Video Inside) Posted: 10 May 2012 09:22 AM PDT Korang baca dulu apa tanggapan Zul Nordin @ Zul Kulim ini tentang kematian Ustadz Ibrahim Libya dan pengikutnya yang telah syahid di Memali suatu masa yang lalu ketika beliau baru disepak keluar dari PKR.. Salam 2 all. Pagi 19 Nov 1985, di sebuah perkampungan kecil di panggil Memali, Baling, berlaku satu peristiwa hitam dalam sejarah negara. 14 orang awam penduduk kampung ditembak mati oleh pasukan keselamatan. Empat anggota FRU turut terkorban. Banyak versi yang kita dengar, dan banyak cerita yang disampaikan, tetapi hakikatnya ia satu peristiwa yang boleh dielakkan. Saya sendiri semasa itu baru sahaja tamat pengajian dari Victoria University Wellington. Sebaik mendapat berita dan maklumat mengenai kejadian tersebut, saya telah membuat satu komen mengenainya, dan disiarkan disebuah akhbar di Wellington, tidak silap saya akhbar The Herald. Kebetulan semasa kejadian saya sedang bersiap-siap untuk pulang ketanah air. Sebaik tiba, saya terus pulang ke kampung yang terletak tidak jauh daripada Kg. Memali. Saya sempat melihat kesan-kesan insiden tersebut, dan saya sempat ke perkuburan syuhada yang terletak tidak jauh daripada bulatan Parit Panjang. Sebenarnya banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada peristiwa itu. Setakat yang saya tahu, kejadian bermula kononnya kerana Kerajaan pada masa itu berpendapat Assyahid Ustadz Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada keselamatan negara. Ustadz Ibrahim Libya (atau nama betulnya Ustadz Ibrahim Bin Mahmud) adalah seorang lulusan Universiti Tripoli, Libya (itu sebab beliau dipanggil Ustadz Ibrahim Libya). Beliau pada mulanya bertugas sebagai pegawai pendakwah dan penceramah bagi Bahagian Hal Ehwal Islam JPM (BAHEIS-sekarang Jakim). Namun semangat menyebarkan dakwah menyebabkan beliau membuat keputusan pulang ke kampung halaman dan membuka sebuah madrasah dipanggil Madrasah Islahiah Ad Diniah. Disitu pengaruh Ustadz Ibrahim Libya makin kuat dan Assyahid menyertai PAS dan bertanding dalam beberapa pilihanraya (dimana walaupun tewas tetapi dengan majoriti yang kecil sahaja). Saya masih teringat satu tulisan terpampang dirumah Assyahid dengan ayat "perjuangan itu adalah perlaksanaan kata-kata". Itu adalah "tagline" Assyahid yang cukup terkenal terutama bagi kami orang Baling. Setakat yang saya tahu, perjuangan Assyahid Ustadz Ibrahim adalah untuk mendaulatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang melaksanakan syariat Islam termasuk hudud, qisas dan ta'zir. Itu yang beliau selalu ucapkan. Malahan itu adalah antara sebab utama Assyahid menentang UMNO pada masa itu. Beliau malah beranggapan berjuang menubuhkan sebuah negara Islam yang melaksanakan hudud, qisas & ta'zir adalah satu jihad! Sebab itu Assyahid menyertai PAS, kerana pada masa itu perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan syariat hudud, qisas & ta'zir cukup jelas. Malahan baru beberapa tahun sebelum itu Amanat Haji Hadi disampaikan di Terengganu, amanat yang cukup jelas dan matlamat dan perjuangannya. Matlamat yang menarik perhatian ramai anak muda Islam memilih untuk menyertai PAS, termasuk saya. Matlamat yang tumbuh subur searus dengan gelombang kebangkitan Islam yang divetuskan oleh revolusi Iran pada masa itu. Tapi itu PAS pada masa itu, PAS yang disokong dan didokong oleh ramai anak muda yang dahagakan pengembalian pemerintahan Islam! Saya tidak tahu apa agaknya tanggapan Assyahid jika melihat keadaan PAS sekarang... Itu adalah sebahagian dari artikel yang ditulis oleh Zul Nordin pada 19 Nov 2010 di dalam Blog miliknya.. Setelah semakin lama menjadi Ahli Paelimen Bebas yang menyokong Barisan Nasional.. segalanya mula berubah.. dari menganggap kematian Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya adalah Syahid.. beliau kini mempertikaikannya.. Dalam video di bawah pada minit 1:40 anda akan menyaksikan bagaimana Zul Nordin menceritakan tentang kematian Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya.. Disini beliau mempertikaikan pula kesyahidan Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya, malah menghina pula cara mereka dikebumikan.. Munafiknya dia.... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan