MIMPI SENJA |
- Ni yang buat Najib dan puak2 Umporno kecut teloq ni ....
- Budak-budak sekarang ...di laman rumah, atas buaian, di siang hari ... boleh depa buat projek!!! ...alahai
- Dengan mengucap Allahu Akbar .... ini lah yang dibalas Nya
- Shafie Afdal, makan tak kenyang tidor tak lena ........
- Artis Hollywood era 70an, Donna Summer disahkan meninggal dunia
- TGNA kepada Umno : Kalau nak bersatu tukar dasar kepada Islam, terima PAS termasuk Pakatan
- Polis pukul saya guna pistol - Mohd Saufi
- Najib ni teruk la, takut Mahkamah Peranchis
Ni yang buat Najib dan puak2 Umporno kecut teloq ni .... Posted: 19 May 2012 10:30 PM PDT (Padang Kota Lama, tempat berhibur menjadi tempat sujud) GEORGETOWN: Hari ini dalam sejarah tercatat semalam (19 Mei 2012) apabila buat pertama kalinya azan berkumandang dan solat jemaah Magrib dan Isyak diadakan di Padang Kota Lama sempena Program Pameran Pengguna Pulau Pinang 2012. Ia diikutiwacana santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ali XPDC, Sham Kamekaze dan Bob Lokman. Selalunya Padang Kota Lama dilaksanakan program bercorak hiburan yang melalaikan masyarakat, tempat muda mudi bercengkerama dengan pasangan masing-masing, tempat riadah bagi warga emas, memancing di tepi laut atau datang menghirup udara segar di tebing laut sambil makan serta minum bersama keluarga di medan selera yang disediakan. Namun, situasi program anjuran kerajaan negeri menerusi Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Haji Abdul Malek Abdul Kasim itu berjaya mengubah landskap dengan lautan manusia yang datang. (Ribuan manusia tekun mendengar tazkirah dari Ustaz Azhar Idrus) Mereka mendengar persembahan bekas pencipta lagu, Bob Lokman, Penyanyi Ali XPDC, Gitaris Sham Kamekaze, pemain bass Spring, Jon, Imam Muda, Asraf yang menyampaikan kuliah magrib serta Ustaz Youtube, Ustaz Azhar Idrus. Kesemuanya gembira setelah melihat lautan manusia datang membanjiri padang yang pernah menjadi lokasi mereka membuat persembahan hiburan sebelum ini. Hanya Ustaz Azhar Idrus yang hanya melintasi kawasan ini ketika di jemput mengadakan kuliah bulanan di Pulau Pinang atau keluar bersama rakan merakam gambar terindah sekitar Georgetown. Sepanjang pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) program seumpama ini tidak pernah diadakan dan yang mereka tahu hanyalah hiburan kononya untuk mendekati anak muda. Lebih memalukan kepada pihak yang selalu membuat kacau terhadap pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang serta taburan fitnah yang berterusan mengatakan pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng anti Islam akhirnya suara azam boleh berkumandang di Padang Kota iaitu luar kawasan masjid. Jiwa anak muda kini walaupun mereka 'rock' tetapi dalam hati mereka terbuka luas untuk Islam dan mahukan perubahan politik yang telah lama membelenggu kehidupan rakyat dengan kenaikan harga barangan, petrolium, kemudahan asas dan seumpamanya. Bob Lokman dalam ucapan permulaan majlis berkata, berbelas kali beliau memijak kaki di Padang Kota tetapi malam ini satu kelainan yang tidak pernah terbayang dipemikirannya. Tapak untuk muda muda bersuka ria malam itu penuh dengan insan yang mahukan pembersihan jiwa. "Dulu kami sebagai penghibur gembira bila ramai yang datang memberikan sokongan dengan jiwa yang kosong. Malam ini lebih gembira sebab ramai yang datang dengan jiwa yang tenang untuk mengisi soal keagamaan, " jelasnya. Begitu juga Sham Kamekaze, Ali XPDC dan Jon dari Spring walaupun mereka bukan penceramah atau ustaz tetapi alunan bunyi gitar dan kemerduan suara sudah cukup menyentuh perasaan bahawa kemunculan mereka di pentas sedemikian ada kelainan berbanding dulu. Suara lunak Ali yang pernah menjadi vokalis Terarossa di era rock 1990 an tiada bezanya apabila menyampaikan lagu-lagu berirama ketuhanan hasil ciptaan Ustaz Azhar Idrus sendiri. Para hadirin yang datang bukan hanya untuk mendengar jawapan dari berbagai persoalan yang ditanyakan oleh para pengunjung malahan dapat membeli barangan yang dijual peniaga. Program berbentuk santai itu, membolehkan keluarga duduk makan minum di atas padang bahkan terdapat pengunjung bukan Islam datang untuk mendengar sendiri apa yang diperkatakan. Walaupun antara mereka tidak memahaminya namun mereka percaya golongan yang hadir pada program tersebut merupakan golongan yang baik jauh dari sikap ganas sepertimana yang digambarkan.Kedah La | ||
Posted: 19 May 2012 07:39 PM PDT 20 Mei 2012 KAMPUNG RAJA – Seorang wanita terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik lelakinya dengan seorang remaja perempuan di atas buaian berhampiran rumahnya di Kampung Jerebun, Hulu Besut pada 25 April lalu. Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan itu yang asyik berasmara di atas buaian. Menurutnya, kakak lelaki itu kemudian bertanyakan adiknya apa yang dilakukan mereka dan adiknya itu mengaku melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan terbabit."Sebelum itu, remaja perempuan berumur 14 tahun yang masih belajar dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini telah keluar dari rumahnya di Bukit Tanah, Kerandang dan pergi ke rumah teman lelakinya di Kampung Jerebun," katanya. Kamaruddin berkata, ketika bersembang di halaman rumah teman lelakinya, lelaki tersebut telah melakukan seks dengan remaja perempuan itu di atas buaian di halaman rumah. Menurutnya, lelaki itu terkejut apabila apa yang dilakukan disedari oleh kakaknya yang kebetulan melalui kawasan tersebut. Sementara itu, keluarga remaja perempuan itu membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, kelmarin selepas mengetahui kejadian yang menimpa anaknya. "Siasatan awal mendapati mereka mempunyai hubungan yang intim dan suspek dipercayai mengambil kesempatan merogol mangsa," katanya. Kamaruddin berkata, polis berjaya menahan suspek seorang iaitu seorang penganggur berumur 18 tahun berhubung kes itu. Dia kini ditahan reman sehingga 25 Mei ini untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimun 20 tahun dan sebatan. - Sinar Harian . MS : Dah macam binatang | ||
Dengan mengucap Allahu Akbar .... ini lah yang dibalas Nya Posted: 19 May 2012 08:54 AM PDT Satu kisah yang benar dan dahsyat berlaku di wilayah Damsyiq baru-baru ini. Diceritakan oleh satu sumber, selepas tentera rejim Basyar melepaskan tembakan kepada orang awam untuk menyuraikan perhimpunan rakyat Syria di kawasan Al-Mazzah di Damsyiq. Salah seorang tentera upahan rejim Basyar dapat menangkap seorang pemuda Syria dan tentera tersebut memukul pemuda tadi dengan begitu teruk sekali. Setiap kali tentera rejim tersebut membelasah pemuda tadi, pemuda itu melaungkan "Allahu Akbar" menyebabkan tentera tadi marah dan berkata: "Aku lagi besar!". Pemuda tersebut tidak menghiraukan kata-kata tentera tadi dan terus melaungkan "Allahu Akbar", tetapi tentera tadi tetap berdegil mencabar Allah lalu berkata "Aku lagi besar wahai binatang!!" Kemudian tentera itu menangkap pemuda tersebut dan menghumbannya ke dalam bas tahanan. Kemudian tentera tadi berdiri di dalam bas tahanan tersebut dengan angkuh dan sombong sambil menongkatkan dagunya di muncung senapangnya. Dengan tiba-tiba bas yang dinaikinya berhenti secara mengejut dan menyebabkan tentera tadi tertekan senapangnya dan menembak dirinya sendiri. Peluru senapangnya menembusi dagu tentera Basyar yang angkuh tadi sehingga menembusi kepalanya dan menyebabkan dia mati serta merta. Lihatlah, Allah akan membalas serta merta mereka yang angkuh dengan Allah. Insya-Allah, pertolongan Allah akan sentiasa bersama rakyat Syria. - Sumber | ||
Shafie Afdal, makan tak kenyang tidor tak lena ........ Posted: 19 May 2012 05:26 AM PDT Oleh : AZEE SANDULONG @ sabahkini AHLI Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita PKR Pusat, Hajjah Zuraida Kamaruddin berkata Skandal Seks Menteri Luar Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Shafie Apdal dengan artis Zahida Rafiq yang membabitkan wang sejumlah RM1.5 juta bukan perkara kecil dan sepatutnya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan dan mengambil tindakan undang-undang yang setimpal. "Kita tahu Shafie Apdal sekarang makanpun tak kenyang, tidurpun tak lena kerana asyik memikirkan Skandal Seksnya dengan pelakon tersebut yang sudah nyata dan terang perkara ini akan mengubur dirinya di persada politik tanah air," kata Zuraida ketika menyampaikan Ceramah Perdana di Taman Miramas, kediaman Ketua Sri Kandi PKR Semporna, Nazmahwati Walli. Katanya ahli-ahlipun UMNO sekarang sudah memandang serong terhadap Shafie kerana Skandal Seksnya terdedah kepada umum, terutama dari mana beliau memperolehi wang tunai untuk diberikan kepada Zahida sedangkan jawatannya sebagai Menteri KKLW tidak memungkinkan beliau memperoleh wang yang sebegitu banyak. Kata Zuraida, sekalipun sebelum ini Shafie dan Zahida menafikan Skandal Seks mereka dan memfailkan saman terhadapnya, namun penjelasan bekas pemandu yang gajinya dibayar Shafie, Noor Azman Azemi dan keluarga Di Raja Kedah, Dayangku Intan telah menyerlahkan segala rahsia yang disembunyikan selama ini. "Kita sudah dengar khabar bahawa Shafie akan digugurkan pada PRU Ke-13 dan BN Sabah mencalonkan muka baru kerana beliau telah mengotorkan imej UMNO/BN, terutama Skandal Top-Up," kata Zuraida yang menyambut baik keputusan Perdana Menteri menggugurkan Shafie. Walaupun sudah 20 tahun menjadi ahli Parlimen Semporna dan Menteri Kabinet, namun Shafie gagal membangunkan Semporna, terutama kemudahan asas, melainkan yang dilaksanakan oleh pihak swasta atau agensi persekutuan yang tidak mempunyai kaitan dengan beliau. "Tengok sahaja jalan masuk ke pekan Semporna, hanya sehala dan menyebabkan kesesakan dan kemiskinan penduduk kampung di pesisir pantai dan kepulauan. Kita terkejut kerana ramai terpaksa menjadikan peminta sedekah sebagai profesion untuk meneruskan kehidupan yang amat sukar di Semporna," ujar Zuraida yang kesal kerana BN gagal membangunkan Semporna. Kata Zuraida, beliau hairan kerana jika untuk menaiktaraf jalan dan jambatan kayu di kawasan kampung di pesisir pantai dan kepulauan tiada peruntukan, tetapi ada pula wang RM1.5 juta untuk diberikan kepada Zahida. "Pemimpin BN seperti Shafie ini wajib disingkir keran apa gunanya rakyat Semporna mengharapkan bantuan dan kepimpinannya lagi sedangkan beliau sudah tidak mampu menunjukkan contoh teladan yang baik," ujar Zuraida yang menggesa agar penduduk Semporna melakukan jihad menyingkirkan pemimpin yang tidak amanah seperti Shafie dan tiga Adun yang sedia ada. Para pemimpin UMNO, kata Zuraida, kalau bercakap bukan main besar; kata mereka, sejak BN/UMNO memerintah Sabah ramai golongan bumiputera telah menjadi jutawan dan hanya 10 peratus orang bumiputera Sabah yang masih miskin. Sehubungan itu, Zuraida menyarankan rakyat Semporna harus bangun serentak menukar kerajaan yang ada sekarang kerana melakukan penindasan terhad rakyat; terutama dalam isu Mini Estate Rumpai yang sudahpun dimeterai perjanjian (MOU) tapi projeknya hanya indah khabar dari rupa | ||
Artis Hollywood era 70an, Donna Summer disahkan meninggal dunia Posted: 19 May 2012 01:38 AM PDT LOS ANGELES, 19 MEI 2012: Penyanyi era muzik disko 70-an, Donna Summer telah disahkan meninggal dunia kelmarin, Khamis (waktu tempatan). Menurut jurucakap kepada pemenang anugerah Grammy sebanyak lima kali itu berkata, Donna Summer menghembuskan nafas terakhir di samping ahli keluarga di Naples, Florida, pada awak pagi Khamis. Namun, mereka enggan mendedahkan butiran mengenai kematian mendiang yang berusia 63vtahun itu. "Pada awal pagi ini (pagi Khamis), kita telah kehilangan Donna Summer Sudano, seorang wanita yang berbakat besar. "Dalam kesedihan kita meratapi kematiannya, kita turut meraikan kehidupannya yang gemilang dan legasi muzik yang ditinggalkan," kata keluarga Summer dalam satu kenyataan. Sepanjang kariernya, Summer mempunyai 32 single hit di carta Billboard, termasuk empat buah lagu yang berada pada kedudukan nombor satu. Album terakhirnya, Crayons yang diterbitkan pada 2008 tampil dengan tiga lagu hit I'm a Fire, Stamp Your Feet and Fame. Dia juga pernah muncul pada program televisyen seperti America's Got Talent dan Platinum Hit pada tiga tahun lalu. Lagu terakhirnya adalah To Paris With Love yang dirakamkan pada 2010. - murai | ||
TGNA kepada Umno : Kalau nak bersatu tukar dasar kepada Islam, terima PAS termasuk Pakatan Posted: 19 May 2012 12:45 AM PDT Muzakarah: Nik Aziz letak syarat, sebelum PRU 19 Mei 2012 KUALA TERENGGANU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan muzakarah bersama Umno diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Bagaimanapun, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan Umno perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh Pas sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman. "Kalau Umno nak bersatu (dengan Pas), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa Umno tukar dasar kebangsaan kepada Islam. "Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila Umno dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah Pas di Kuala Ibai, dekat sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkara disebalik kesudian Pas untuk mengadakan muzakarah dengan Umno sebagai suatu permulaan kepada kerjasama parti demi penyatuan orang Melayu khususnya umat Islam. Katanya, muzakarah diminta oleh agama Islam dan sepatutnya adalah untuk kebaikan semua pihak dengan niat yang benar-benar ikhlas. Rabu lalu, Nik Aziz menyatakan persetujuannya agar Pas membuka pintu untuk bermuzakarah dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Umno. Kenyataannya itu mendapat reaksi positif Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno bersedia untuk bermuzakarah dengan Pas asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara. - Bernama | ||
Polis pukul saya guna pistol - Mohd Saufi Posted: 18 May 2012 11:50 PM PDT (Oleh: Sidiqin Omar) KUALA LUMPUR 19 Mei: "Saya dipukul dengan pistol oleh polis yang beruniform. Akibatnya, saya mengalami kecederaan di dada dan berbekas hingga ke hari ini," kata Mohd Saufi, 26, yang berasal dari Pulau Pinang.Mohd Saufi yang ketika itu sedang berjalan pulang dari himpunan Duduk Bantah 28 April lalu, 'dikeroyok' sekumpulan anggota polis di hadapan bangunan Bank OCBC, Jalan Tun Perak, kira-kira jam lima petang. "Saya dipijak dan ditumbuk hingga jatuh. Hidung saya berdarah dan mata luka," kata Saufi. Beliau antara 19 mangsa keganasan polis yang tampil dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), hari ini. Manakala Lee Teck Yai, 39, seorang ejen insuran yang berasal dari Kuala Lumpur, mendapat lima jahitan di belakang telinga, selain lebam di muka dan badan selepas ditolak oleh Polis dari tangga LRT Masjid Jamek. "Kira-kira jam enam petang, saya hendak pulang ke Pandan Jaya. Saya lihat ada keganasan oleh Polis terhadap peserta himpunan, lalu saya merakam aksi tersebut. "Anggota Polis yang nampak tindakan saya menyerbu untuk menahan. Mereka paksa saya ikut. Ketika sedang dibawa untuk ditahan, saya ditumbuk, ditendang dam ditolak hingga jatuh," jelas Lee. Ahli jawatankuasa Pemandu Bersih, Hishamuddin Rais menjelaskan, tindakan ganas tersebut dirancang, berdasarkan pengesahan mangsa bahawa anggota Polis yang memukul mereka tidak mempunyai nama dan nombor anggota di uniform mereka. "Mereka juga secara tersusun merampas kamera dan kad memori bertujuan menghilangkan bukti," tegas Hishamuddin. Sehingga kini, Bersih bersama Suaram, Jawatankuasa Hak Asasi KLSCAH dan Lawyer For Liberty telah mendokumentasi 80 kes keganasan Polis terhadap peserta himpunan 'Duduk Bantah' Mangsa keganasan Polis ketika himpunan 28 April lalu diminta menghubungi Sekretariat 'Laporan Keganasan Polis 428′ di talian 012-3496013 atau di emel info@bersih.org. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30606 | ||
Najib ni teruk la, takut Mahkamah Peranchis Posted: 18 May 2012 11:38 PM PDT
KUALA LUMPUR, 19 Mei: Rakyat akan difahamkan mengenai ketakutan Perdana Menteri menghadapi mahkamah Perancis sama seperti mereka memahami isu lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. "Saya difahamkan bahawa ada kajian yang mendapati isu NFC menjejaskan imej Umno kerana ia memberi gambaran parti utama Barisan Nasional (BN) itu mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa. "Saya yakin jika usaha memahamkan rakyat dijalankan dengan bersungguh-sungguh, imej (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) akan lebih teruk lagi kerana ketakutannya menghadapi inkuiri mahkamah Perancis bagi menyiasat urusniaga kapal selam Scopene antara Malaysia dan negara itu," katanya. Mohamad berkata, para pengkaji menyifatkan Umno sebenarnya bergantung kepada imej Najib kerana imej parti itu disepakati telah lama tercemar dan hancur. "Ketika Umno bergantung kepada imej Najib, kita bernasib baik kerana beliau sendiri yang memusnahkan imejnya dengan ketakutannya itu dan saya yakin rakyat akan melihat imej Perdana Menteri akan menjadi lebih buruk dari imej mereka yang dikaitkan dengan NFC. "Ketakutan Najib itu adalah hadiah beliau yang sangat bernilai kepada rakyat yang berusaha menolak kuasa Umno," katanya yang yakin isu tersebut akan menjadi antara isu utama pilihan raya walaupun pilihan raya diadakan pada bulan Jun ini sekalipun. Ketakutan Najib menghadapi mahkamah perancis itu juga mempunyai kesan yang jauh termasuk ke atas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata Mohamad. "Rakyat semakin bertanya, apakah yang hendak disembunyikan oleh Perdana Menteri sehingga dia kelihatan takut sungguh untuk menghadapi inkuiri itu? "Rakyat juga tertanya-tanya betulkan Perdana Menteri terlibat dengan rasuah dalam pembelian Scorpene dan adakah pembunuhan Altantuya mempunyai kaitan dengan isu tersebut?" katanya yang yakin kesan isu tersebut lebih hebat lagi dari isu NFC. Mohamad yakin, jika tidak ada benda yang hendak disembunyikan, Najib tentu tidak takut sama sekali dengan perbicaraan itu malah dengan senang hati dan berani sentiasa bersedia menghadapi inkuiri tersebut. "Najib tak berani buat seperti senator Australia (Nick Xenophon) yang sentiasa bersedia berkerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia sekiranya beliau disiasat atas dakwaan melanggar undang-undang negara ini kerana berada dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu. "Itu sifat dan sikap orang yang yakin dia tidak bersalah dan tidak ada apa yang hendak disembunyikan. Orang yang bersalah dan hendak menyembunyikan pekungnya tak mungkin berani buat seperti senator Australia itu," katanya. Mohamad juga mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberi jawapan "tiada komen" bila ditanya mengenai siasatan mahkamah Perancis itu. "Jawapan Muhyiddin itu memberikan makna yang sangat jelas dan menguatkan lagi persepsi negatif rakyat terhadap ketakutan Najib menghadapi inkuiri tersebut," katanya sambil menyifatkan Muhyiddin memberikan jawapan yang sangat "straightforward" untuk difahami oleh rakyat. Ketika ditanya sama ada kerajaan yang terkait sama dalam kes itu patut menghantar seseorang untuk mempertahankan diri, Muhyiddin menjawab: "Saya tidak mahu komen tentang itu." Beliau kemudiannya menambah lagi: "Tiada komen". - HD |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
Greаt goods from уοu, man.
I have understand уour stuff previous to and you're just too excellent. I actually like what you've acquiгed here, really like
whаt you are saying and the way in which you say it.
You make it entеrtaining and you still tаke сare of to keep it wise.
I cаn't wait to read far more from you. This is actually a wonderful site.
my blog ... payday loans
Catat Ulasan