MIMPI SENJA |
- Anak Nong Chik dapat kontrak kerajaan RM30.8 juta
- Nenek 15 cucu ditahan berkhalwat dengan Bangla
- Kepala melekat di sejadah ketika sujud - Yatt Hamzah
- BERSIH 3.0 - 26 serah diri, 115 mula diburu esok
- Mohd Nazaruddin, 39 yang diculik Abu Sayyaf setahun lalu kini pulang kepangkuan keluarga
Anak Nong Chik dapat kontrak kerajaan RM30.8 juta Posted: 15 May 2012 10:07 PM PDT
May 16: Armed with documents which show a contract worth RM30.8 million being awarded to a company belonging to the daughter of a minister, blogger Raja Petra Kamarudin said the "enormous wealth" would mean that UMNO's campaign to oust Lembah Pantai member of parliament Nurul Izzah Anwar was a "child's play". Saying he had known Federal Territories and Urban Well-being minister Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin since the latter's days as a "successful government contractor", Petra said Nong Chik, the UMNO politician widely expected to be pitted against Nurul for the coming polls, would have no problem funding his campaign. "Financing his bid for the Parliament seat of Lembah Pantai should be child's play for him. And 'financing' the voters to vote for him should be no effort as well," said the outspoken blogger. To back his claim, he posted documents on his blog Malaysia Today showing how Istijuara Sdn Bhd, a company in which Petra said Nong Chik's daughter Raja Farhana Raja Nong Chik owned 399,999 of the 400,000 shares as shown by the Companies Commission Malaysia, had been awarded a RM30.8 million contract by the Youth and Sports ministry in August 2010. Owned since 'Standard One' According to Petra, the company was established some 20 years ago when Raja Farhana, now 26, was still in the first year of primary school. "It has losses carried forward amounting to about a quarter of a million Ringgit and current liabilities of about RM400,000 - against current assets of about half a million and a share capital of RM400,000. "This does not give a very bright outlook of the company's finances but I am sure this RM30 million contract can clean up the company's balance sheet soon enough," wrote Petra. According to the document, the contract for Istijuara was to complete, upgrade and service the training equipment for hospital, marine and oil and gas industry by "direct negotiation" with the government's National Youth Skills Institute (IKBN) in Bandar Penawar, Johor. A letter, signed by Mohid Mohamed, secretary of the Youth and Sports ministry, further states that Istijuara must deposit five percent of the value of the contract - RM1.54 million - as bank guarantee bonds with a locally certified bank from the commencement of the project to 12 months after its completion. But Petra (left) claimed that Istijuara was not the only company linked to Nong Chik, neither was the contract the only government job awarded to him. He said the huge amount of money being spent under Nong Chik's ministry, including the controversial use of some RM1.5 billion quick housing loan taken from the Employees Provident Fund for low cost homes concentrated within the Lembah Pantai constituency, would make Nong Chik's bid to win the election there easier. "With all that, how to lose the Lembah Pantai seat?" he quipped. In the 2008 general election, Nurul delivered a shock defeat to Wanita UMNO leader Shahrizat Abdul Jalil who had been the MP for Lembah Pantai for 13 years. | ||
Nenek 15 cucu ditahan berkhalwat dengan Bangla Posted: 15 May 2012 06:48 PM PDT AMPANG - Seorang nenek kepada 15 cucu ditahan bersama seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Pandan Perdana, di sini dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam. Dalam pemeriksaan jam 1 pagi itu, wanita warga Indonesia berusia 63 tahun itu bersama teman lelakinya warga Bangladesh berusia 41 tahun ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah. Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, serbuan ke atas rumah terbabit dilakukan hasil maklumat orang ramai. "Penguat kuasa agama mengetuk pintu bilik rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek beberapa minit kemudian," katanya. Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, wanita yang mempunyai lima anak itu memberi alasan kononnya dia menumpang membasuh baju di rumah sewa lelaki terbabit kerana rumah cucunya mengalami masalah bekalan air. "Kami mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan mahram. Difahamkan mereka saling mengenali sejak tujuh bulan lalu. "Lelaki yang sudah berkahwin itu merupakan pekerja di sebuah restoran di ibu kota," katanya. Dalam operasi berasingan, sepasang kekasih dicekup di sebuah pangsapuri di sini pada jam 1.50 pagi, semalam. Ahmad Nawi berkata, pasangan berusia 24 dan 30 tahun itu ditahan anggota penguat kuasa selepas dipercayai pasangan itu berasmara dalam bilik sewa milik lelaki berkenaan. "Perempuan itu memberi alasan berjumpa dengan teman lelakinya untuk mengadu berhubung masalah tempat kerjanya. "Ketika serbuan perempuan itu berpakaian lengkap, manakala pasangannya hanya berseluar pendek," katanya. Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Pandan Indah untuk membuat laporan. Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. - Sinar Harian | ||
Kepala melekat di sejadah ketika sujud - Yatt Hamzah Posted: 15 May 2012 07:31 AM PDT Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat. "Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat." Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular. "Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat." Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis. Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu. "Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka." "Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung." Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh. "Adalah menjadi kekuasaanNya apabila Dia mengkehendaki terjadinya sesuatu itu, hanyalah Dia berfirman "Jadilah" maka terjadilah ia.. | ||
BERSIH 3.0 - 26 serah diri, 115 mula diburu esok Posted: 15 May 2012 06:24 AM PDT KUALA LUMPUR - Hanya 26 daripada 141 individu yang dikehendaki polis kerana dipercayai terlibat dalam perhimpunan pada 28 April di ibu negara telah menyerah diri. Jumlah itu ialah sehingga pukul 7 malam ini dan tempoh menyerah diri yang diberikan polis akan tamat tengah malam ini. "Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka dirakam," kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur ACP Khairy Ahrasa ketika dihubungi Bernama hari ini. Pada 28 April lepas, segelintir peserta perhimpunan bertindak merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekali gus melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei. Berikutan rusuhan itu, polis menyiarkan gambar peserta berkenaan melalui media dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin berkata polis akan membuat tangkapan dari rumah ke rumah terhadap peserta perhimpunan yang enggan menyerah diri mulai Rabu ini setelah tempoh seminggu diberikan untuk mereka. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan perhimpunan itu dijalankan di Dataran Merdeka dan memberikan tempat lain sebagai pilihan kerana dataran hanya sesuai untuk acara rasmi peringkat nasional. - Bernama | ||
Mohd Nazaruddin, 39 yang diculik Abu Sayyaf setahun lalu kini pulang kepangkuan keluarga Posted: 14 May 2012 11:41 PM PDT 15 Mei 2012 KUALA LUMPUR - Peniaga cicak, Mohd Nazaruddin Saidin, 39, yang lebih setahun diculik di Pulau Jolo, Filipina diselamatkan dan pulang kepangkuan keluargaanya, hari ini. Mohd Nazaruddin melarikan diri dengan bantuan penduduk kampung pada jam 9 malam, Sabtu lalu. Dia kemudiannya menaiki bot bersama beberapa penduduk dan tiba di Sandakan, Sabah, 10 jam kemudian.Di situ, Kelab Putera 1Malaysia, diketuai Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim membantu Mohd Nazaruddin dan membawanya pulang ke pangkuan keluarga. Mohd Nazaruddin dipertemukan dengan keluarganya di pejabat Kelab Putera 1Malaysia di Jalan Attap di sini. BERITA TERDAHULU |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan