Rabu, 2 Mei 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


[Gambar] - Banjir kilat di KL 2/5/12

Posted: 02 May 2012 09:32 PM PDT

Gambar Banjir Kilat di Kuala Lumpur pada 2 Mei 2012!! Hujan lebat beserta kilat yang melanda Kuala Lumpur hampir 2 jam petang semalam mengakibatkan beberapa kawasan di ibu negara ditenggelami air.

Antara kawasan yang terlibat ialah Ampang, Kajang dan Cheras. Dalam kejadian banjir tersebut, 2 insiden pokok tumbang juga dilaporkan berlaku.

Sebahagian dari gambar yang sempat dirakamkan













BERSIH 3.0 : Polis paksa perempuan tanggal baju

Posted: 02 May 2012 08:44 PM PDT

Polis didakwa memaksa perempuan yang memakai baju Bersih menanggalkannya ketika mahu menunaikan solat Maghrib, kata Pengerusi Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Sheikh Ismail.
Mengecam arahan yang dibuat di Masjid Jamek, beliau yang berada di situ menyifatkannya sebagai sangat biadab dan tidak menghormati martabat wanita.

"Wanita ini ke Masjid untuk solat Maghrib, ada antara mereka berehat sambil menunggu LRT dibuka. Masa itulah, sekumpulan polis meluru masuk ke masjid beramai-ramai.



"Polis ugut wanita agar buka baju atau kena tangkap," katanya kepada Keadilan Daily dan beliau sedang mengumpul bukti lengkap berkaitan insiden itu.


"Semalam, mangsa menemui saya dan memberitahu bersedia memberi bukti video berhubung kebiadaban polis itu.

"Saya masih menunggu bukti dalam bentuk gambar dan video dari sekumpulan wanita yang dipaksa membuka baju," katanya lagi.

Difahamkan, ketika kejadian beberapa LRT termasuk Masjid Jamek dan stesen Bandaraya dihenti operasi dipercayai bagi menghalang sebahagian peserta Bersih merakam adegan keganasan polis kepada peserta sekitar kawasan itu. -Sumber

Nayati kembali kepangkuan keluarga

Posted: 02 May 2012 08:12 PM PDT



SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nayati Shamelin Moodliar, warganegara Belanda yang diculik minggu lalu, ditemui selamat pagi ini di kawasan Hentian Rehat & Rawat Sungai Buloh, Rawang.
Polis mengesahkan Nayati ditemui kira-kira 7.55 pagi.
Dalam kenyataan dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook kira-kira jam 10 pagi tadi, keluarga Nayati berkata:
"Kami gembira untuk memberitahu bahawa Nayati sudah pulang ke rumah dan meskipun ia detik yang sangat traumatik bagi dirinya, dia kelihatan berada dalam keadaan baik."
Dalam pada itu, Facebook Polis Diraja Malaysia menyebut, "kanak-kanak lelaki yang dilapor hilang dipercayai diculik minggu lepas, Nayati Shamelin Moodliar, dijumpai di Rawang hari ini."
"Pengesahan berita tersebut dibuat oleh Datuk Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur," kata kenyataan ringkas.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak 27 April lalu di hadapan Mount Kiara International School, telah ditemui di Hentian Rehat dan Rawat Sungai Buloh.

"Kanak-kanak tersebut kini berada dalam keadaan selamat bersama keluarganya dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Pihak polis masih lagi meneruskan siasatan lanjut berkaitan kes ini," katanya dalam satu kenyataan.
Oleh kerana penculikan Nayati tertakluk kepada siasatan yang dijalankan, keluarganya berkata, pihaknya tidak berhak untuk mendedahkan sebarang maklumat berkaitan.
Keluarganya juga berkata akan mengadakan satu sidang media khas esok.
Keluarga itu berkata, mereka gembira dan menghargai sokongan padu yang diterima daripada rakan-rakan di Kuala Lumpur dan seluruh dunia.
"Tiada kata-kata yang boleh digambarkan bagi menunjukkan tanda terima kasih dan kami tidak akan melupakan segala sokongan mereka.
"Kami juga sangat menghargai sokongan moral dan kerjasama yang diterima daripada Kedutaan Belanda melalui wakilnya iaitu Paul Bekkers," kata keluarga itu sambil menambah, "dengan bantuan yang diberi ini, kami mampu menangani sedikit masalah teknikal."
"Kami juga ingin berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia terutamanya kepada Polis Diraja Malaysia.
"Keutamaan yang mereka berikan dari mula hingga selamat kembali Nayati dan juga penjagaan yang rapi tidak memberi apa-apa yang boleh menjejaskan keselamatannya. Kami sangat gembira dan akan terus tinggal di negara yang harmoni ini," kata keluarga.- Sinar

BERSIH 3.0 : Video polis baik, tak percaya mai tengok ... ahahaha

Posted: 02 May 2012 08:59 AM PDT



Ramai pula nak tumpang sekaki ... nasi tambah. Nak tunjuk 'jahat' konon, kalau tak, orang tak kata polis ...
'samseng berlesen' la nak katakan .... ingat "Hidup kau orang tak akan selamat" bro .... ramai yang menyumpah kat luar sana ...

BERSIH 3.0 : Bersih 3.0 Paris [Video]

Posted: 02 May 2012 07:53 AM PDT

Rosmah, rakyat yang memberi kamu makan bukan sebaliknya ....

Posted: 02 May 2012 01:48 AM PDT

Ia telah dilaporkan oleh media di seluruh Negara yang isteri kepada yang berhormat Perdana Menteri telah memberitahu pelajar di seluruh Negara bahawa mereka patut menggigit tangan orang yang telah memberi mereka makan.
Apakah ertinya ini? Datuk Seri Najib, bolehkah anda menerangkan kepada kami apa maknanya semua ini. Sepatutnya anda memberitahu pasangan anda yang dia mesti menjaga tepi kain sendiri sahaja.
Dan apabila anda mendapat jawapan anda, anda akan tahu kenapa para pembaca sangat sesitif akan apa yang telah dikatakan oleh Datin Seri Rosmah. Anda juga patut tahu bahawa di kalangan rakyat-rakyat biasa sedang bergosip tentangnya di kedai-kedai kopi.
Apabila anda sedang bekerja keras memberitahu rakyat akan usaha yang sedang dijalankan oleh BN untuk rakyat, pasangan anda telah memburukkan lagi keadaan dengan menyatakan sesuatu yang telah menjadikan rakyat nampak seperti pengemis.
Adakah ini betul Perdana Menteri?

Siapa yang memberi makan siapa?
Bukan BN yang memberi makan rakyat. Ia sememangnya tidak boleh. Ia bukan seperti ini. 'Wanita pertama Malaysia' mesti tahu akan kebenaran ini.
Kerajaan mempunyai duti moral dan tanggungjawab untuk telus dan membina dan menguruskan peluang kepada rakyat untuk bekerja dan menyara kehidupan mereka sendiri. Rakyat tidak perlu meminta dan mengemis untuk mencari sesuap nasi; sebaliknya, melalui peti undi, rakyat telah memilih anda untuk menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya anda laksanakan.
Jadi, apakah semua "jangan menggigit tangan yang memberi makan anda?" ia langsung tidak menyokong apa yang telah BN war-warkan pada rakyat selama 5 dekad yang lalu.
Datin Seri Rosmah juga nampaknya telah memberi amaran kepada rakyat. Jadi, rakyat bertanya semula kepadanya, "jika ya pun kami sedang menggigit tangan itu, apakah yang anda akan lakukan?"
Harap-harap isteri PM tidak akan menjawab, "tunggu sahajalah nanti saya tunjukkan".
Dalam sejarah Malaysia, tidak pernah ada isteri perdana menteri yang berani menuang minyak kebara api. Datuk Seri Najib mesti menangani ini kecuali anda langsung tidak sedar bahawa Tun Dr Mahathir dulu pernah menegur pasangan anda dihadapan semua.
Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: