labun KulupSakah... |
Menuju ke Putrajaya hanya mimpi kosong? Posted: 22 May 2012 11:08 AM PDT Sudah tiga minggu perhimpunan BERSIH 3.0 berlalu, sebuah perhimpunan yang menuntut agar Pilihanraya Umum dijalankan dengan bersih dan telus. Ketakutan pemerintah dengan kebangkitan hampir 300 ribu rakyat memenuhi jalan-jalan dan lorong di ibu kota daripada diketahui umum khususnya pengundi atas pagar segera ditangkis dengan mengalih isu kepada keganasan demonstran yang mencetuskan ketegangan awam. Media dan segala jentera digunakan bagi menggambarkan betapa jahatnya perhimpunan ini yang kemudiannya dikaitkan pula semua ini adalah agenda rakus Pakatan Rakyat. Tidak cukup itu, cubaan memperkakaskan Majlis Fatwa pula dilakukan dengan menjatuhkan hukum haram menyertai perhimpunan sebegini. Heboh-heboh perdebatan di antara pemerintah yang menuduh Pakatan Rakyat cuba menggulingkan kerajaan dengan cara rusuhan dan Pakatan Rakyat pula membalas hujah tersebut berlarutan lamanya. Paling celaka apabila Anwar Ibrahim dan Azmin Ali tiba-tiba menjadi panas namanya kerana kononnya merekalah penganjur segala bentuk keganasan pada hari itu. Jawatankuasa penganjur seperti Ambiga pula terus diburukkan imejnya sehingga hari ini dan terus diganggu keselesaan hidup sehingga sampai ke halaman rumahnya. Saya bukan hendak mengulas tentang kisah semua ini akan tetapi saya berasa gusar apabila semua heboh-heboh ini telah menyebabkan matlamat perjuangan lapan tuntutan BERSIH 3.0 ditunaikan telah tersasar. Pakatan Rakyat telah membuang masa yang sangat berharga dek kerana sibuk melayan kerenah badut-badut upahan yang membuat cerita lucah, menonggeng dan menfitnah. Sepatutnya perjuangan menuntut lapan perkara yang digariskan di dalam BERSIH 3.0 ini diteruskan dengan konsisten. Ditambah pula lagi baru-baru ini tersebar berita yang Pilihanraya Umum akan diadakan pada bulan Jun. Maka dengarnya parti-parti Pakatan Rakyat sudah mula bermesyuarat untuk bersiap sedia menghadapi pilihanraya tersebut. Inilah persoalan yang bermain di minda rakyat. Bagaimana dengan perjuangan BERSIH 3.0? Mengapa tiba-tiba hendak menyertai PRU sedangkan kerajaan Barisan Nasional dilihat tidak berminat untuk menunaikan lapan tuntutan tersebut? Apakah Pakatan Rakyat mahu ditipu lagi dan apakah rakyat mahu juga mengundi dalam keadaan sudah terjamin kalah akibat penipuan yang dirancang rapi seperti apa yang telah berlaku pada pilihanraya sebelum ini? Seriuskah sebenarnya Pakatan Rakyat hendak menakluki Putrajaya sedangkan perjuangan untuk memastikan pilihanraya adil dan telus pun hangat-hangat tahi ayam? Itu belum lagi perjuangan yang lain seperti Mansuhkan ISA, perjuangan menentang PPSMI yang sepatutnya dimansuhkan tahun ini tetapi kerana protes yang lesu maka kerajaan masih boleh terus bernafas lega dan menyorokkan masalah ini di bawah karpet. Baca seterusnya di.... http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=13082 |
You are subscribed to email updates from ronasina To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan