Rabu, 23 Mei 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[Video] Mengapa Polis Tak Tangkap Peserta Baling Batu & Telur Di Merlimau?

Posted: 23 May 2012 01:02 AM PDT

Iinsiden baling batu dan telur di program Hi-tea bersama Pengerusi J/K BERSIH, S.Ambiga sehingga mengakibatkan dua kereta ADUN DAP menjadi mangsa adalah satu endorsement jelas betapa desperadonya UMNO & Perkasa mutakhir ini.

Gejala samseng Pemuda UMNO dan Perkasa ini tidak terhad di Merlimau, tetapi berlaku di mana-mana saja di dalam negara ini di acara-acara anjuran Pakatan Rakyat dan rakyat amat kesal dengan sikap pihak berkuasa terutama polis yang membiarkan hal tersebut berlaku tanpa sebarang tindakan dan penahanan.

Sekalipun Pemuda UMNO Jasin sebelum ini menafikan mereka terlibat, begitu juga dengan Perkasa yang menurut Presidennya, Ibrahim Ali, yang menyatakan insiden batu dan telur itu dilakukan oleh orang yang menyamar menyarung pakaian Perkasa, namun dari rakaman kejadian, kenyataan-kenyataan itu boleh disifatkan "baling batu sembunyi tangan".

Mana mungkin hendak dikatakan mereka (Pemuda UMNO & Perkasa) idak terlibat apabila jelas kelihatan mereka yang seramai itu mengganggu di program PR sekalipun "berlakun" menjadi "penyelia trafik" yang tidak diundang? Kalau dikatakan mereka menyamar pakai baju PERKASA, ia bukan seorang dua tetapi ramai, menunjukkan itu bukan penyamaran tetapi memang dirancang.

Jika benar mereka mahu sabotaj Perkasa seperti dakwaan Ibrahim Ali, maka Perkasa perlu mengenalpasti mereka yang terbabit dan membawa mereka ke muka pengadilan.

Rakyat kini tertanya-tanya mengapa pihak polis kelihatan begitu bersahaja terhadap perbuatan dan tindakan samseng yang ada di dalam insiden tersebut.

Saksikan video di bawah ini yang menjelaskan segala-galanya.




Anak Ust Hadi Patah Jari Cekup Peragut

Posted: 22 May 2012 11:01 PM PDT

Marang - Tindakan berani Ketua Pemuda Pas Kawasan Marang, Muhammad Khalil Abdul Hadi, 35, mengejar seorang peragut membuahkan hasil, apabila dia berjaya menangkap suspek yang cuba meragut beg tangan isterinya di Batu Burok, Kuala Terengganu, semalam.

Gambar: Jari tangan Muhammad Khalil patah akibat pergelutan dengan suspek yang cuba melarikan beg tangan isterinya.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.10 malam, berlaku di sebuah kedai makan di tepi jalan utama Kuala Terengganu ke Kuantan itu, Muhammad Khalil dan isteri, Dr Farhana Hasbullah, 32, sedang menikmati makan malam bersama dua anak mereka, Omar, 3, dan Ali, 9 bulan.

Muhammad Khalil yang juga anak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dia singgah di kedai itu selepas isterinya mengeluarkan sejumlah wang dari mesin auto teller (ATM), di sebuah stesen minyak berdekatan tempat kejadian.

Menurutnya, ketika mereka sekeluarga sedang menikmati makan malam, dia melihat suspek yang membonceng sebuah motosikal masuk ke dalam kedai makan dan menuju ke arah tempat membasuh tangan sambil memesan lapan bungkus nasi.

"Secara tiba-tiba dia (suspek) menyambar beg tangan milik isteri di atas meja hingga menyebabkan isteri dan anak dalam ribaannya berusia 9 bulan jatuh dari kerusi selepas dia cuba menghalang suspek dari melarikan beg tangannya itu.

"Saya kemudian mengejar suspek dan berlaku sedikit pergelutan tetapi akhirnya berjaya menangkapnya. Pergelutan juga menyebabkan sebatang jari saya patah dan betis kanan tercedera," katanya ketika ditemui di rumahnya di Rusila, di sini, semalam.

Muhammad Khalil berkata, keadaan kelam kabut itu juga menyebabkan seorang rakan suspek yang menunggu di luar kedai dengan motosikal panik dan melarikan diri, manakala suspek yang ditangkap itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

"Saya bersyukur kerana isteri dan anak selamat walaupun saya mengalami sedikit kecederaan akibat pergelutan dengan peragut. Saya kemudiannya membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu," katanya.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek berusia 20 tahun dari Kampung Seberang Baroh Kiri berjaya ditahan manakala rakannya yang melarikan diri masih diburu.

Menurutnya, dengan penahanan suspek, pihaknya yakin dapat selesaikan beberapa kejadian ragut di sekitar bandar raya ini termasuk kes yang berlaku pada petang hari sama berdasarkan fizikal dan modus operandi yang digunakan.

"Sebelum ini, seorang wanita Cina berusia 40 tahun kerugian hampir RM3,000 selepas beg galasnya dilarikan ketika sedang minum di sebuah kedai kopi di Jalan Ladang, di sini, kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin.

"Kita tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai kaitan dengan kes itu dan kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan," katanya. -SH

[DEDAH] Exco Perak Tunggu Berjam-jam Dirumah Manickavasagam Pujuk Lompat Parti

Posted: 22 May 2012 09:05 PM PDT

Subang Jaya : Pemimpin Umno-BN di Perak yang kini seorang exco kerajaan negeri adalah antara individu yang didakwa pernah memujuk MP Kapar S Manikavasagam untuk tinggalkan Pakatan Rakyat sejak 2008.

Manikavasagam berkata individu-individu tersebut sanggup menunggu berjam-jam di luar rumah dan pejabat bagi berjumpa dengannya bagi tujuan tersebut.

Beliau yang mengakui pernah berselisih faham dengan kerajaan Selangor, walaubagaimanapun berkata beliau tidak mempunyai apa-apa masalah dengan mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat Selangor.

Malah Manikavasagam tegas dengan pendiriannya untuk terus bersama PKR dan Pakatan, dan meminta Umno-BN untuk berhenti daripada meneruskan usaha untuk memujuknya.

"Tahun 2008 saya ada senarai nama siapa yang berjumpa dengan saya sehingga mereka menunggu berjam lamanya di luar rumah saya. Hari ini individu tersebut merupakan Exco Kerajaan Negeri Perak.

"Saya tidak mahu sebut nama. Kalau mereka cabar, saya akan sebut nama mereka," Manikavasagam berkata di satu sidang media di pusat khidmat MP Kelana Jaya di Sunway Mentari di sini.

Manikavasagam antara wakil rakyat Pakatan yang sering disebut akan meninggalkan gagasan itu kerana kenyataannya yang lepas yang mengkritik dasar dan pemimpin Kerajaan Selangor.

Terbaru, sebuah blog Sel13.com memaparkan artikel yang beliau minta RM10 juta daripada bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamed Khir Toyo untuk tinggalkan Pakatan.

Manikavasagam menjelaskan beliau tidak pernah mengadakan pertemuan sulit dengan Dr Khir sebaliknya pertemuan yang berlaku di Hotel Grand Blue Wave merupakan secara kebetulan.

"Dalam perjumpaan itu, his mouth came out. Dia yang kata, Yb kalau tidak gembira, mari sini (kepada BN), kami akan jaga kamu dan memberikan wang.

"Ianya dari mulut dia bukan mulut saya. Tidak sampai lima minit dia pergi," Manikavasagam berkata.

Sehubungan itu, Manikavasagam akan membuat satu laporan polis terhadap penulis artikel, M Zakrul Adam dan Dr Khir Toyo esok bagi membersihkan nama beliau. -selangorku




[Video] Debat PTPTN - Kemantapan Hujjah Rafizi Berjaya Patahkan Dakwaan Khairy

Posted: 22 May 2012 07:39 PM PDT

Rafizi: Hutang PTPTN boleh dihapus jika kerajaan ada kemahuan

SHAH ALAM – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menegaskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) boleh dihapuskan jika ada kemahuan di pihak kerajaan.

Sehubungan itu katanya, kos yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan PTPTN hanya RM24 bilion berbanding perbelanjaan lain yang didakwa beliau bukan untuk saluran yang betul.

Menurutnya, jika kerajaan menghentikan ketirisan belanja yang dianggarkan bernilai RM28 bilion setiap tahun, maka ia boleh menanggung kos membayar hutang PTPTN penuntut di seluruh 21 universiti yang ada di negara ini.

Menjawap soalan pasangannya dalam Debat Sinar Harian malam ini, Khairy Jamaluddin mengenai komitmen kerajaan negeri terhadap konsep pendidikan percuma Rafizi berkata, Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu mesti berkongsi pendapatan negara secara adil.

Katanya, ini kerana kerajaan negeri tidak mendapat sepenuhnya pendapatan khususnya di Selangor dan Pulau Pinang dan itu pastinya tidak mencukupi untuk melaksanakan konsep pendidikan percuma.

"Seperti yang kita maklum, pendidikan tinggi ini dibiayai oleh kerajaan persekutuan, bukan kerajaan negeri.

"Berapa sen sangatlah kami (pembangkang) dapat daripada pendapatan Selangor dan Pulau Pinang sedangkan kita bermasalah kerana mewarisi kolej-kolej dan universiti daripada Barisan Nasional," katanya.

Berhubung masalah kos penubuhan IPT, beliau membidas hujah Khairy dengan berkata, sebenarnya kos pembinaan sesebuah IPT tidaklah tinggi seperti yang didakwa oleh Ketua Pemuda Umno tersebut.

Katanya, sebaliknya kos yang berganda itu adalah perbelanjaan 'atas angin'


KJ: Pakatan tabur janji kerana tak yakin jana ekonomi

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mendakwa Pakatan Rakyat (PR) tidak yakin mampu untuk menjana ekonomi negara dan itu sebabnya mereka mahu memansuhkan kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma kepada pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Sebelum ini PR telah melancarkan beberapa manifesto jika menang pilihan raya akan memberi pendidikan percuma kepada rakyat terutama kerajaan di bawah naungan mereka.

"Pakatan Rakyat tidak yakin dengan pemerintahan mereka dan mereka tak boleh bagi keyakinan pada rakyat," hujah Khairy pada debat bersama Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli anjuran Sinar Harian di sini, sebentar tadi.

Memetik hujah Rafizi yang sebelumnya mengatakan bahawa hutang negara akan meningkat dari tahun ke tahun jika PTPTN diteruskan dan yuran pendidikan di peringkat tinggi tidak dihapuskan akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat pada 10 tahun akan datang.

Khairy turut mengulas hujahnya dengan memberi keyakinan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus meningkatkan ekonomi rakyat Malaysia melalui pelbagai langkah yang telah dilaksanakan sekarang.

Sebelum ini, dalam kenyataan media, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan gaji minimum, yang dinanti-nantikan oleh hampir lima juta pekerja sejak lebih setahun lalu, dengan kadar antara RM800 hingga RM1,000.

Najib turut melaksanakan durian runtuh kepada peneroka yang berjumlah RM15,000 pada setiap seorang peneroka Felda pada Mei lalu.

"Keyakinan BN dapat ditingkatkan melalui peningkatan gaji serta memberi peluang pekerjaan kepada graduan selepas tempoh enam bulan menamatkan pelajaran.

"BN juga berkeyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi dari semasa ke semasa di bawah pemerintahan kerajaan BN sekarang," kata beliau lagi
.


Rafizi yakin Pakatan boleh tawar pendidikan tinggi percuma

SHAH ALAM - Menjawab asakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat menyediakan pendidikan percuma tanpa menaikkan cukai jika menguasai Kerajaan Pusat kelak.

Malah kata Rafizi, jika kerajaan memberi keutamaan kepada pendidikan, bukannya ke atas soal pembangunan fizikal semata-mata, maka adalah tidak mustahil perkara itu dapat dilaksanakan.

"Kadar cukai peratusan peribadi di Finland perlu dibandingkan dengan adil seperti epal dengan epal.

"Siapa yang buat perbandingan dengan negara Skandavia itu sebenarnya tidak semak dengan negara itu sendiri," kata beliau ketika menjawab soalan Khairy ketika muncul dalam Debat Sinar Harian bertemakan Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi di sini sebentar tadi.

Sementara itu, ketika menjawab soalan penonton tentang nasib Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di bawah kerajaan PR jika memerintah Putrajaya, Rafizi berkata, mereka tidak pernah mendiskriminasi institusi itu.

"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan tempat untuk mahasiswa.

"Cuma kita tidak mahu IPTS yang didirikan di rumah kedai tetapi mengenakan yuran yang tinggi dan tidak mempunyai kualiti,"
katanya.

Jelas Rafizi, implikasi daripada keadaan itu akan menyebabkan mahasiswa terpaksa menanggung hutang yang banyak malah, sukar mendapat pekerjaan.

Katanya, PR mahukan IPTS yang berkualiti walaupun mengenakan yuran tinggi.

Sehubungan itu katanya, soal kerangka ekonomi adalah lebih penting dan oleh sebab itu, PR meminta agar model pendidikan ditukar segera.



Debat Sinar: 'Kita sudah matang berpolitik'

"Dulu, masa zaman generasi lama, zaman bapa Khairy, pendidikan tinggi di negara ini diberikan secara percuma, dan mahasiswa inilah yang menjadi tulang belakang pembangunan pesat ekonomi negara. Jadi mengapa ia tidak boleh dilaksanakan sekarang?" soal Rafizi diiringi tepukan gemuruh penyokongnya.

Namun, Khairy menganggap perbandingan itu seperti epal dan rambutan.

"Dulu kita mampu bagi pendidikan percuma sebab kita hanya ada satu IPTA, tetapi sekarang kita ada 20 IPTA dan puluhan IPTS serta kolej, dengan ratusan ribu pelajar."

Khairy turut memberi contoh negara yang memberi pendidikan tinggi percuma yang menghadapi masalah ekonomi kronik sehingga muflis, seperti Greece.

Tetapi hujah Khairy itu dipatahkan Rafizi yang kemudian memberi contoh Finland, negara dengan kualiti pendidikan kedua terbaik dunia dengan ekonomi mapan walaupun menyediakan pendidikan percuma daripada peringkat tadika hingga ijazah kedoktoran.


Apa pun pendirian Rafizi dan Khairy, namun apa yang dapat dilihat, kedua-dua pendebat yang kadang-kala menyelitkan unsur jenaka dan sinis dalam hujah mereka boleh dianggap sebagai perintis kepada budaya politik baru negara yang lebih segar dan bebas daripada unsur politik kotor.
-SH









Skandal Zahida-Shafie Apdal: Jingga 13 Cabar Zahida Kemuka Penyata Bank

Posted: 22 May 2012 03:52 PM PDT

Jingga 13 menyelar penafian Zahida yang terus menerus menafikan tuduhan yang melibatkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal tanpa disertakan sebarang bukti yang kukuh. Penafian demi penafian dari kedua dua belah pihak tidak konsisten dan masih tiada fakta.

Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik telah tampil di media dan telah mengaku bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal.

Malah Noor Azman juga telah mengatakan bahawa sepanjang tiga tahun bekerja beliau kerap membawa pelakon jelita itu untuk memasukkan duit yang didakwanya daripada Shafie ke dalam bank.

Sehingga hari ini, diberitakan Dato Seri Shafie Apdal masih mendiam diri terhadap segala kenyataan yang didedahkan oleh bekas pemandu Zahida yang pernah dituduh membawa lari duit sebanyak RM200,000 milik Zahida.

JINGGA 13 MENCABAR aktres Zahida Rafik untuk mengemukakan salinan sah penyata akaun bank yang didakwa dimasukkan wang yang datang dari Dato Seri Shafie Apdal.

Jika benar itu adalah hasil dari lakonan dan majlis peragaan fesyen dan bukan dari pemberian Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Naib Presiden UMNO, Zahida wajib mengemukakan resit pembayaran untuk setiap transaksi yang berkaitan.

JINGGA 13 mendesak agar Zahida Rafik atau Dato Seri Shafie Apdal supaya menghentikan segala lakonan dan membohongi rakyat yang mahukan kebenarannya.


PENAFIAN bahawa Zahida Rafik tidak mengenali Dato Seri Shafie Apdal sangat melucukan banyak pihak. Sebagai seorang pelakon, Zahida tidak perlu melengkapkan 'skrip' yang dilihat menampilkan kebodohan diri sendiri.

Justeru, penting disini untuk Zahida Rafik dan Dato Seri Shafie Apdal menjelaskan perkara sebenar, rakyat miskin pasti teruja dengan sikap pimpinan UMNO yang sanggup berbelanja mewah untuk artis melibatkan jutaan ringgit tanpa rasa bersalah dan menimbulkan persoalan daripada manakah wang sebanyak itu diperolehi sama ada oleh Zahida Rafik atau Dato Seri Shafie Apdal. -wikimalay

Ulasan GB

Sepandai-pandai tupai melompat... akan jatuh ke tanah juga.

Rampas Perak: Najib & Zahid Hamidi Bakal Terima Akibatnya Dalam Kes Scorpene

Posted: 22 May 2012 08:42 AM PDT

Perbicaraan Scorpene: Jika enggan, Interpol boleh tangkap saksi – Peguam

KUALA LUMPUR 22 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi akan disapina agar datang ke Mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan.

Peguam Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang baru pulang dari Perancis, Fadiah Nadwa Fikri berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah Perancis tentang saksi-saksi yang akan dipanggil itu.

Turut disenaraikan sebagai saksi adalah bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda dan isterinya, Mazlinda.

Mahkamah Perancis sedang menyiasat dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene yang dibuat oleh syarikat Perancis.

"Bila kami berjumpa dengan hakim pada 16 Mac lalu, kami telah serahkan senarai saksi yang perlu disapina agar datang ke mahkamah.

"Kami memberikan nama Najib Razak, Zahid Hamidi and Razak Baginda," kata Fadiah dengan dalam ceramahnya di Third Mile Bazaar, Kuching, Ahad lepas, lapor Free Malaysia Today.

Apabila kesnya difailkan di Perancis, Zahid berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh.

Namun, baru-baru ini, selepas namanya disebutkan sebagai saksi, Zahid berkata, beliau keberatan untuk pergi ke sana kerana tidak ada dana yang cukup untuknya.

"Siapa akan membayar kos penerbangan dan hotel saya di Perancis," soal Zahid.

Fadiah dalam ceramahnya berkata, rakyat Malaysia sedia membayar kos penerbangan dan hotel Zahid di Perancis asalkan beliau sedia memberikan keterangan.

Menurut beliau, jika mereka enggan datang menjadi saksi selepas sapina dikeluarkan, mahkamah akan mengeluarkan notis sekali lagi.

Jika gagal hadir juga, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa mereka hadir.

"Dan jika mereka gagal lagi, Interpol (International Police) boleh mengeluarkan amaran dan boleh ditangkap dan dibawa ke Mahkamah Perancis," kata Fadiah dipetik.

Perbicaraan Scorpene: Najib mesti hadir

Mahkamah Perancis memulakan perbicaraan rasuah USD200 juta (RM800 juta) pembelian dua kapal selam dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan baik beliau, Razak Baginda.

Jingga 13 meminta agar seluruh media khususnya media arus perdana menyiarkan liputan pembicaraan tersebut secara telus dan profesional kerana ianya adalah turut melibatkan wang rakyat dalam membeli kapal-kapal selam tersebut.

Media arus perdana khususnya Utusan Malaysia, Berita Harian, NST dan sebagainya wajar menyiarkan liputan perbicaraan tersebut untuk dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia yang ingin mengetahui perbicaraan skandal tersebut.

Kenapa isu yang melibatkan maruah negara ini terus disembunyikan daripada rakyat? Kontroversi rasuah pembelian kapal selam Scorpene termasuk kes pembunuhan Altantuya benar-benar telah mencalarkan reputasi dan imej negara di mata dunia.

Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi tidak sewajarnya begitu takut untuk menghadiri perbicaraan tersebut sekiranya mereka tidak bersalah dan selama ini mereka begitu tegas menafikan keterlibatan dengan skandal tersebut. Perbicaraan tersebut adalah sangat penting untuk memulihkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan maruah rakyat Malaysia seluruhnya.

Jingga 13 juga meminta agar Datuk Seri Najib memberikan komen terhadap kes perbicaraan tersebut yang sehingga kini beliau terus mendiamkan diri.

Tidak ada sebarang kenyataan yang dibuat oleh beliau sedangkan Datuk Seri Najib Razak antara saksi yang disenaraikan oleh Suaram dalam perbicaraan tersebut.

Kehadiran Datuk Seri Najib Razak adalah sangat penting kerana beliau ketika itu adalah merupakan Menteri Pertahanan dan beliau wajar bertanggungjawab.


Ulasan GB

Sunnatullah tidak berubah. Itu janji Allah. Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya.

Dua watak yang disebut di atas, Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi yang akan disapina agar datang ke Mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan mengenai kes pembelian dua kapal selam Scorpene, itulah watak yang sama terlibat di dalam merampas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Allah tidak lupa dan tidak tidur.

Apa yang dilakukan oleh Najib dan Zahid Hamidi satu ketika dahulu, maka kedua-dua mereka ini akan menerima nasib yang serupa yang pernah mereka lakukan di Perak, malah mungkin lebih dasyat daripada itu.

Anda berdua TIDAK boleh lari kerana hukum Allah tetap akan berjalan meskipun anda berdua tidak menyukainya.

Cukup indah "celupan Allah".

Celupan (pewarnaan) Allah. Dan siapakah yang lebih baik celupannya dari pada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah. Al-Baqarah:138



Golden Rule: Do not do unto others what angers you if done to you by others!

Apa juga kezaliman yang anda lakukan terhadap orang lain, anda akan merasainya kembali.

Hari pembalasan itu tetaap akan tiba jua!

Kereta Yuna Dipecah Masuk - Terkilan Dituduh Elak Beri Komen

Posted: 22 May 2012 05:59 AM PDT

Yuna Terkilan Dituduh Elak Komen Insiden Kereta Dipecah Masuk

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer Yunalis Zarai (Yuna) terkilan apabila dituduh cuba mengelak daripada memberi kenyataan kepada pihak media susulan insiden keretanya dipecah masuk pada Khamis lalu.

Yuna tidak sangka tindakannya yang enggan mengulas panjang mengenai insiden keretanya dipecah masuk pada Khamis lalu menimbulkan salah faham kepada media. - Foto oleh RICKY LAI

Yuna, 26, berkata dia berasa kesal dengan tuduhan itu kerana pada hakikatnya dia sibuk di lokasi penggambaran iklan sebuah produk ketika dihujani panggilan daripada pihak media.

"Saya berasa kesal dan terkilan dengan tuduhan itu. Terlalu banyak perkara yang berlaku menyebabkan saya tidak dapat memberikan komen apabila dihujani panggilan wartawan.

"Lagipun saya tidak mahu kecoh-kecoh mengenai perkara itu atas dasar keselamatan," katanya kepada mStar Online.

Yuna berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran klip video lagu terbarunya berjudul Sparkle di sini, petang Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi 17 Mei lalu, kereta milik penyanyi itu dilaporkan dipecah masuk di Subang Jaya, dekat sini. Ia dipercayai dipandu seorang rakan yang juga pemain gitar kumpulan muziknya iaitu Farhan Fazlishah (Pa'an) sebelum dibawa pulang ke rumah gitaris itu Subang Jaya.

Difahamkan juga, kejadian itu mengakibatkan Yuna kerugian sebanyak RM5,000 apabila radio kereta dan gitar milik artis barunya Diandra Arjunaidi yang dipinjam penyanyi baru itu turut dicuri.

Penyanyi lagu Live Your Life itu berkata, tindakannya mengemas kini insiden tersebut menerusi Twitter miliknya adalah bertujuan untuk memberi peringatan kepada para peminat dan bukan untuk menghebahkan peristiwa itu sehingga menjadi perhatian pihak media.

"Pada awalnya, niat saya mengemas kini insiden itu di Twitter adalah untuk berkongsi dan memberi peringatan kepada peminat agar berhati-hati dengan persekitaran.

"Sebelum ini, saya kerap berkongsi pelbagai perkara dengan mereka menerusi medium itu. Namun, saya tidak sangka pula isu ini akan menjadi besar," jawabnya.

Yuna menyaksikan pelancaran klip video lagu terbarunya, Sparkle yang dirakamkan menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy Note.

Ditanya mengenai perasaannya berhubung kejadian itu, Yuna berkata dia menerima kehilangan itu dengan reda tetapi bimbang kerana pendedahan maklumat mengenai kejadian itu di media boleh mengancam keselamatan mereka.

"Saya tidak kecewa sangat dengan kehilangan dua barang itu kerana ia sudah pun berlaku. Tentang gitar itu, saya sudah uruskan dengan Diandra. Saya bersyukur kerana kereta itu tidak dicuri.

"Apa yang saya bimbangkan adalah pendedahan maklumat mengenai jenis kereta dan alamat rumah Pa'an mendatangkan bahaya kepada kami.

"Kereta itu turut dipandu oleh ibu dan bapa saya. Saya risau jika disebabkan pendedahan itu keselamatan keluarga pula yang terancam,"
jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Yuna berkata dia berasa bangga dengan klip video lagu terbarunya itu yang diilhamkan menerusi The Sparkle Project dengan menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy Note.

"Ini adalah klip video terbaik dan terbesar daripada saya setakat ini. Saya sangat suka dan puas hati dengan hasilnya kerana ia dihasilkan dengan menggunakan telefon pintar.

"Secara peribadinya, saya sangat kagum dengan hasilnya selepas melihat klip video itu," ujarnya yang juga duta telefon pintar berkenaan.-mstar

Kereta Dipecah Masuk, Yuna Terima Musibah Dengan Reda

PETALING JAYA: Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna menerima musibah dengan reda apabila keretanya dipecah masuk sehingga kerugian RM5,000 pada pagi Khamis.

Pengurus penyanyi tersebut iaitu Nor Zaina Wardah (Wawa), 26, yang dihubungi mStar Online berkata, kejadian itu bukan perbuatan khianat pihak tertentu selain menganggap ia mungkin secara kebetulan.

"Yuna reda dengan kejadian itu. Ia mungkin kebetulan dan kami tidak syak ia perbuatan khianat," kata Wawa kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Jumaaat.

Dalam perkembangan berkaitan Wawa berkata Yuna enggan memberi sebarang kenyataan susulan dan butiran lanjut mengenai kejadian itu demi keselamatan.

Ia disebabkan pihaknya bimbang pendedahan melalui media boleh menyebabkan keselamatan mereka terganggu selain bimbang kereta dipandu Yuna dikenali oleh orang ramai.

"Saya minta maaf kerana Yuna sedang sibuk dengan penggambaran pada waktu ini dan dia tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai kejadian itu atas dasar keselamatan.

"Memang ramai media yang menghubungi untuk mendapatkan kenyataan tetapi Yuna agak bimbang lebih banyak maklumat mengenai kereta didedahkan, ia akan diketahui umum.

"Cuma, apa yang buat Yuna terkilan adalah kehilangan radio keretanya dan gitar milik Diandra Arjunaidi yang dipinjamnya itu," jelasnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi Khamis, kereta Mitsubishi ASX milik penyanyi itu dilaporkan dipecah masuk di Subang Jaya, dekat sini.

Ia dipercayai dipandu seorang rakan yang juga pemain gitar kumpulan muziknya iaitu Farhan Fazlishah (Pa'an) sebelum dibawa pulang ke rumah gitaris itu Subang Jaya.

Difahamkan juga, kejadian itu mengakibatkan Yuna kerugian sebanyak RM5,000 apabila radio kereta Yuna dan gitar artis barunya Diandra Arjunaidi yang dipinjam penyanyi baru itu turut dicuri.
-mstar 18/5/12


Bekas Timbalan Residen Miri Sertai PAS

Posted: 22 May 2012 04:22 AM PDT

Miri: Sekarang ini adalah musim untuk golongan professional, selebriti, dan juga bekas pengawai kerajaan menyertai PAS.

Kalau di Perak bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari dengan rasminya menyertai PAS dan di Miri Sarawak pula seorang bekas pegawai kerajaan merangkap bekas Timbalan Residen Miri juga telah menyertai PAS baru-baru ini.

Sempena lawatan Pimpinan Tertinggi PAS Pusat ke Sarawak, bekas Timbalan Residen Miri, Haji Johari Bujang telah menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada Majlis Hi-Tea di rumahnya di Luak baru-baru ini.

Beliau semasa Pilihanraya DUN Sarawak yang lepas bertanding di DUN Lambir atas tiket SNAP namun beliau tidak menjadi ahli SNAP.

Dalam ucapannya, Johari Bujang menyebut bahawa sebelum ini beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti politik walaupun sebelum ini pernah bertanding di DUN Lambir dalam Pilihanraya DUN Sarawak tahun lepas atas tiket Parti SNAP.

Menurutnya lagi, beliau membuat keputusan untuk menjadi ahli PAS setelah sedar dan yakin akan prinsip perjuangan PAS serta begitu tertarik dengan kseungguhan PAS khususnya PAS Kawasan Miri dalam usaha membawa perubahan serta pembelaan kepada nasib rakyat.

Beliau ingin bersama-sama berada di dalam PAS bagi menyumbang secara langsung kepada perjuangan rakyat.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sarawak, Jofri Jaraiee, Ketua Penerangan PAS Sarawak M Azwani, Ketua Pemuda PAS Sarawak M Arifiriazul Paijo dan setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri, Yeo Kian Leong.

Acara sederhana tersebut menunjukkan yang PAS telah diterima oleh semua golongan masyarakat.

Pada sebelah malam, Datuk Mahfuz Omar bersama rombongan PAS Miri melawat rumah panjang Empading di Sg Bakas.

Penduduk di rumah panjang tersebut menyambut dengan baik dan memberi sambutan hangat kunjungan rombongan PAS pada malam itu.

PAS Miri memberi sedikit buah tangan sebagai tanda hormat atas kunjungan ke rumah panjang tersebut dan juga memberi penerangan tentang kunjungan serta matlamat perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat.


Dalam rumah panjang tersebut terdapat 2 orang OKU (Orang Kurang Upaya) salah seorang dari OKU tersebut, Idai ak Entebang mengadu kepada PAS bahawa beliau tidak menerima BR1M, E-Kasih dan juga bantuan dari kebajikan masyarakat.

"Kita minta pihak yang berkenaan agar dapat membantu Idai ak Entebang tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik kerana beliau juga golongan yang kurang upaya yang sepatutnya dapat menerima sumbangan dari wang pembayar cukai.

"Kita ingin mengingatkan pihak yang diamanahkan untuk menjaga kebajikan masyarakat agar dapat menjalankan tugas mereka dengan adil untuk semua, jangan disebabkan mereka ini tidak sehaluan dengan fahaman kita maka kita meminggirkan mereka ini tanpa balas kasihan," kata Jofri Jaraiee. -pasmiri

DBKL Bersihkan Petak Kuning Depan Rumah Ambiga

Posted: 22 May 2012 02:49 AM PDT

Petaling Jaya: Kawasan jalan di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih Datuk S Ambiga, di Bukit Damansara yang dicat dengan petak kuning telah dibersihkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ambiga mengesahkan perkara itu melalui 'Tweeter'nya kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Menerusi Tweeter, beliau mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan DBKL yang bertindak membersihkan petak dan tulisan yang dicat dengan warna kuning di hadapan rumahnya pada Isnin, oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Bersih 4.0.

"DBKL bekerja pada lewat malam untuk membersihkan garisan kuning. Sekarang polis sedang membuat pemeriksaan. Penghargaan untuk PDRM dan DBKL, begitu juga jiran-jiran," katanya melalui Tweeter yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Dalam 'tweet' yang berlainan, Ambiga turut memuji sikap staff-staf DBKL di bawah 'En.Zulkifli' yang disifatkan peramah dan efisyen dalam menjalankan tugas.

Pada Ahad, sekumpulan 60 peniaga dilapor merancang mengadakan pasar malam di hadapan kediaman Ambiga bagi mengaut semula kerugian mereka akibat perhimpunan anjuran Ambiga di ibu kota pada 28 April lepas.

Sehari kemudian, kumpulan yang diketuai Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md.Yunus mengecat 60 petak perniagaan di kawasan kediaman Ambiga untuk membuka gerai perniagaan pada hari Khamis dan Jumaat ini.

Walau bagaimanapun, Datuk Bandar Tan Sri Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata DBKL tidak akan memberi kebenaran kepada kumpulan ini berbuat demikian walaupun mereka mengemukakan permohonan kerana ia melanggar Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. -mstar


DBKL larang, anti-BERSIH tetap mahu niaga



Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini tidak membenarkan sekumpulan 60 peniaga yang merancang untuk berniaga di kawasan kediaman pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga pada Khamis dan Jumaat ini.

Datuk Bandar Tan Sri Ahmad Fuad Ismail menasihatkan agar kumpulan peniaga daripada Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) itu menggunakan saluran yang betul bagi membuat tuntutan.

"Kalau berterusan macam ni, benda ini akan bersambung dan tak habis-habis. Untuk mengadakan himpunan aman di kawasan rumah dia tak apalah, tapi nak dirikan gerai, DBKL tak benarkan di bawah Undang-undang Jalan, Parit dan Bangunan.

"Kerana bukan ada rumah Ambiga sahaja di situ. Jadi saya nasihatkan kalau nak buat, cari tempat yang sesuai dan yang dibenarkan," kata Ahmad Fuad ketika bertemu dengan wakil peniaga, Datuk Jamal Md Yunus di lobi bangunan DBKL, hari ini.

Selain itu, Ahmad Fuad turut menasihatkan MBPKL dengan berkata, tindakan untuk berniaga di hadapan rumah Ambiga juga akan memberi gambaran yang tidak elok pada negara luar dan generasi akan datang.

Katanya lagi, jika mahu membuat tuntutan kerugian, pihak MBPKL boleh menuntutnya melalui mahkamah sivil.

"Tak usahlah nak buat-buat macam ini, tak payah panjang-panjangkan lagi. Polis pun sedang ambil tindakan. Tuan boleh ambil tindakan dengan pergi ke mahkamah sivil tentang rugi dan sebagainya.

"Kalau semua tak nak ikut undang-undang, kita beri gambaran tak elok pada negara luar dan generasi akan datang. Saya nasihatkan saja. Kalau tuan-tuan buat (berniaga), saya akan ambil tindakan," katanya lagi.

Peniaga: Kami jalankan kerja kami

Mengulas mengenai tapak yang ditandakan dengan cat di sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara dekat ibu negara, Ahmad Fuad berkata, pihaknya akan mengecat kembali jalan itu dengan warna hitam.

"Cat-cat petak tak boleh dibenarkan. Kalau dah buat (cat), kita akan cat hitam balik. Dan jika mereka tetap untuk berniaga (Khamis dan Jumaat), kita akan hantar penguatkuasa ke sana. Undang-undang mesti dihormati. Kita juga akan minta kerjasama daripada pihak polis," kata Ahmad Fuad.

Sementara itu, bercakap pada sidang media selepas berjumpa Datuk Bandar, Jamal berkata, pihaknya akan meneruskan rancangan mereka untuk berniaga.

Jamal berkata, beliau dan peniaga lain hanya menjalankan tanggungjawab untuk mencari rezeki.

"Kami akan jalankan tanggungjawab kami untuk cari makan dan nak beritahu pada penganjur supaya bertanggungjawab. Kita hormat keputusan DBKL. Kami akan jalankan kerja kami dan DBKL akan jalankan kerja mereka.

"Kita akan tetap teruskan sehingga ada pihak yang menjawab siapa yang akan bertanggungjawab atas kerugian kami," katanya.
-mk


Tiada ulasan: