Khamis, 17 Mei 2012

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


USTAZ AZHAR IDRUS VS JERRY D GREY DI MASJID BUKIT INDAH, AMPANG

Posted: 17 May 2012 07:18 PM PDT

Masjid Bukit Indah, Ampang berbesar hati dengan kesudian PTS Media Group Sdn Bhd menganjurkan Mini Expo Buku sempena kedatangan Ramadhan 2012 pada 30hb. Jun - 1hb. Julai, 2012.

Mini Expo ini sarat dengan berbagai program kupasan buku yang dibahagikan kepada beberapa slot dan disesuaikan dengan audience.

PTS akan cuba menampilkan beberapa orang tokoh besar ilmuan islam seperti Dr. Zaharuddin Abdul Rahman (UIAM), Abdul Latif Talib, Prof. Dato' Dr. Zulkifli Mohd Yusoff (UM), Dr Danial Zaial Abidin dan lain-lain.


Mini Expo ini juga akan diserikan dengan bengkel melukis komik, bengkel fotografi dan pertandingan memasak yang akan disantuni oleh seorang chef terkemuka tanahair.

Kemuncak kepada program ini ialah ceramah perdana antara Ustaz Azhar Idrus ataupun penulis buku The Art of Deception, Jerry D Grey seorang muslim yang kini menetap di Jakarta.

Mudah-mudahan usaha ini dapat menarik lebih ramai jemaah ke Masjid Bukit Indah.

Terima kasih PTS.

Tiada ulasan: