Isnin, 7 Mei 2012

Komentar Kini

Komentar Kini


Ooooo, ya ke?

Posted: 06 May 2012 10:10 PM PDT



Dua tiga harini  orang asyik duk cakap pasal Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Apabila sebut saja nama Dr Asri teringat saya pada nama Dr Masitah Ibrahim Timbalan menteri di Jabatan Perdana menteri.

Dr Masitah Ibrahim sebelum bertanding atas tiket umno adalah seorang pensyarah university Islam antarabangsa Malaysia (UIAM).

Saya belum lupa lagi, semasa PAS memerintah Terengganu (1999-2004) Dr Masitah Ibrahim salah seorang pensyarah yang kerap di jemput  untuk menberi cermah dan bentang kertas kerja anjuran agensi kerajaan.

Pendek kata setiap kali diadakan majlis berunsu8r agama dialah diantara orang yang dijemput dalam majlis majlis tersebut.Bukan setakat itu saja malahan kebanyakan pucuk kepimpinan mengatakan dia orang PAS.

Apabila tiba masa musim PRU11(2004) dia adalah calon umno yang bertanding di Baling menentang calon PAS Ustaz Taib Azamuddin dan menang dan dilantik menjadi timbalan menteri di jabatan Perdana menteri.  

PRU 13  nampak kelibat Dr Asri yang disebut sebut akan jadi Yang berhormat. Ada juga yang kata dia akan bertanding atas tiket PAS. Tak kurang juga yang buat ramalan dia akan diberi peluang bertanding atas tiket umno.

Penulis sejak dari dulu lagi Nampak dengan jelas dan nyata memang itulah cita citanya.Mungkin untuk jadi perdana menteri Malaysia suatu masa nanti.Itu targeknya.

Persoalan yang timbul masih ramai yang tak dapat baca minatnya. Masih ada yang berteka teki parti manakah yang akan jadi pilihannya. Ada yang kata dia berminat dengan PAS. Tapi pada penulis dia sangat berminat dan condung pada umno.

Terbaru beliau menyatakan yang dia tak kisah parti manang yang menang pilihanraya umum kali ini. Yang penting pilihanraya yang akan berlangsung nanti  mesti bersih dan adil.

Disini penulis dapat baca bahawa beliau salah seorang yang macam "lalang". Boleh duduk dimana saja asalkan dapat apa yang dihajatinya. Beliau seolah olah tak kisah siapa yang menang, hatta kafir seklaipun yang menang.

Atas Sebab itu beliau  seringkali melakukan protes terhadap beberapa orang ketua parti politik pembangkang, termasuk membuat saranan agar ditukar segara ketua yang imejnya buruk.lebih lebih lagi yang lama dan  lanjut usianya.

Walaupun protes yang dilakukan tidak dtuju khusus, orang yang mesti tukar ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua umum Pakatan rakyat, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang presiden PAS dan Datuk Nik Abdul Aziz Nika Mat, msyidul Am  PAS yang juga menteri Besar Kelantan.

Yang peliknya ketua ketua ketua  parti pembangkang saja yang dihalanya, manakala ketua parti kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Razak langsung tidak disentuh,sedangkan pemerintah Negara ini  jelas terbabit dengan penyelewengan dan penyalahgunakuasa, tidak terkecuali terbabit dengan rasuah dan tak layak jadi  pemimpin.

Ini mengambarkan dia (Dr Asri Zainul Abidin) sangat kepingin  untuk jadi YB. Hari ini semakin hari semakin jelas hala tuju arena politiknya.

Kebanyakan berkata, dia sedia bila bila masa untuk jadi calon. Lebih lebih lagi calon umno Pru 13 yang barangkali akan diadakan pada 23 Jun 2012 nanti.

Semasa belajar dulu beliau dikatakan sangat berminat dengan PAS. Tapi sejak akhir akhir ini minat pada pas sudah kurang atas alasan PAS bukan lagi kepala kereta api yang cantik berbanding dengan kepala kereta api modern. Malahan diandaikan sebagai penumpang yang akan ditolak dan terjun kelak.

Oleh itu, kepala kereta api yang ada sekarang mesti ditukar dengan kepala kereta api baru dan moden serta canggih.

 Ini pernah disentuh oleh kebanyakan kawan kawan Dr Asri tidak lama dulu. Alasannya kepala kereta api sedia ada sudah tidak boleh pakai lagi kerana terlalu buruk.

Katanya, kalau mahu tambah penumpang dan baik perkidmatannya kepala kereta api yang lama itu wajib di tukar dengan kepala yang baru.

Sayang sekali kepala kereta api yang dipandu oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak tak disebut untuk di tukar ditengah perjalanan atas alasan berbahaya.Oleh itu kena tunggu sampai ke distinansi dulu baru boleh berbuat demikian.

Ini menunjukkan Dr Asri  tetap sayang pada umno dan kemungkinan beliau akan dicalonkan,kerana dia merupakan calon  boleh menang yang pernah disentuh Najib tahun lepas sebagai langkah ubah umno/BN agar boleh menang bergaya PRU 13 nanti.

Tiada ulasan: