Selasa, 29 Mei 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Dasar Perangai Buruk! Pertahankan Konsert K-Pop Dari Program Agama. Shabery Bangang!

Posted: 29 May 2012 04:50 AM PDT

Tangguh ceramah Ustaz Idrus tiada kaitan konsert K-Pop

TANJUNG MALIM - Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menafikan dakwaan kononnya penangguhan majlis ceramah oleh penceramah motivasi Ustaz Azhar Idrus yang sepatutnya berlangsung pada 26 Mei lepas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) disebabkan konsert K-Pop.

Sebaliknya, beliau berkata penangguhan itu berkaitan dengan masalah trafik kerana kedua-dua program terbabit berlangsung pada hari yang sama dan memerlukan komponen tambahan dalam menguruskan perjalanan trafik.

"Kementerian saya tidak ada kena mengena dengan soal ini (pembatalan ceramah) dan bukan disebabkan konsert ini. Ia di bawah kawalan pihak pengurusan PICC yang merasakan masalah trafik menjadi punca (pembatalan ceramah) dan perlu ditangguhkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan Seminar Hasil Penyelidikan Siri ke-5 bertemakan 'Inovasi Penyelidikan Sukan' di Universiti Pendidikan Sultan Idris di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan pembangkang dalam laman portal bahawa penangguhan ceramah tersebut dibuat kerana serentak dengan konsert K-Pop sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 dan dibimbangi konsert itu tidak mendapat sambutan hangat apabila bersaing dengan majlis ceramah berkenaan.

Mengenai ketiadaan sambutan pada himpunan itu sekiranya ceramah itu juga berlangsung, Ahmad Shabery memberi contoh pada hari tersebut, himpunan belia turut diadakan di Shah Alam, namun malangnya tidak mendapat sambutan hangat.

"Pada himpunan belia di Shah Alam (penganjurnya) mengharapkan belia akan pergi ke sana. Difahamkan pemimpin besar mereka yang sepatutnya merasmikan himpunan itu tidak hadir dan akhirnya hanya 150 orang saja yang datang nak dibandingkan himpunan di Putrajaya lebih ramai lagi," katanya.

Sementara itu, ketika berucap, Shabery berkata sambutan himpunan itu amat memberangsangkan terutama kepada para peniaga kerana kebanyakan daripada mereka memperoleh keuntungan sehingga mampu menampung kos sewa gerai.

"Lebih 2,000 peniaga mengambil bahagian... ketika saya membuat tinjauan di gerai sukan yang menjual kasut, t-shirt dan sebagainya mendapati keuntungan pada hari ketiga jualan, mereka (peniaga) mampu membayar sewa kedai untuk hari pertama.

"Peniaga boleh menjual 12,000 (barang) dalam sehari. Saya percaya pada hari terakhir sudah tentu dapat meningkat daripada 18,000 hingga 20,000 jualan," katanya.

Beliau berkata ini bermakna aspek sukan perlu dilihat dari segi industri yang sebelum ini hanya dilihat dari perspektif tradisional.

"Tradisionalnya macam mana untuk mendapatkan pingat supaya kita menang, menaikkan bendera atau menyanyikan lagu. Itu aspek patriotisme yang saya rasa semua tahu bahawa kita mesti menang kerana setiap kali kemenangan akan melahirkan semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat," jelas Ahmad Shabery.- Bernama

Syed Zainal letak jawatan MD Proton

Posted: 29 May 2012 04:44 AM PDT

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd mengesahkan peletakan jawatan Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkuat kuasa 4 Julai ini.

"Syed Zainal sudah bersama Proton lebih enam tahun dan kami menghargai sumbangannya kepada syarikat. Beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Proton bagi meneruskan cita-citanya dan kami menghormati keputusan itu," kata syarikat pengeluar kereta negara dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat itu turut mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangannya, Azhar Othman berkuat kuasa 6 Julai. - Bernama

Kerajaan mesti bertanggungjawab, bayar pampasan - Ibu mangsa rempuhan

Posted: 28 May 2012 05:31 PM PDT


May 28 2012 / Keadilan Daily
(Oleh Norutul Ilham)

PUTRAJAYA 28 Mei: Tujuh sekawan yang mahu menyaksikan acara lumba kereta semasa Himpunan Sejuta Belia yang berlangsung 23 hingga 27 Mei lalu meninggalkan sejarah hitam kepada Fairuz Jalaludin, 27, yang mengalami kecederaan kritikal di bahagian organ dalamannya.

Fairuz antara tiga mangsa lain yang masih kritikal sementara dua lagi rakannya, Muhamad Iskandar Rasiq Shaari, 20, mengalami masalah di bahagian usus dan Ami Nakim, 27, patah kedua-dua kaki dan tangan. Kesemua mangsa dirawat di Hospital Putrajaya.

Fairuz yang bakal melangsungkan perkahwinan Februari tahun depan terpaksa melakukan pembedahan membuang limpa ekoran rempuhan kuat kereta sehingga mengakibatkan limpanya hancur.

Menurut ibunya, Hamidah Zainal Abidin, 51, beliau yang hanya mengetahui lebih kurang jam 1.00 pagi Ahad lalu selepas diberitahu sendiri oleh tunang Fairuz terus bergegas ke hospital.

"Apabila dapat panggilan, mak cik tak boleh gambarkan perasaan risau, bimbang dan takut.

"Mak cik langsung tak boleh tengok gambar dia, sedih sangat. Pak cik pulak tak boleh langsung tengok orang kemalangan," katanya ketika ditemui di hospital hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan N Surendran menziarah Fairuz di bilik rawatan.

Bagaikan mimpi ngeri melihat keadaan Fairuz terlalu kritikal kerana terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), membuatkan Hamidah yang bekerja sebagai guru tadika terlalu sebak memikirkan masa depan anaknya.

"Mak cik daripada malam itu terus berjaga, tak boleh tidur, makan pun tak ada selera, risau sangat. Kaki belah kirinya juga terkoyak, tapi dah dijahit.

"Semua limpa dia kena buang sebab doktor beritahu limpa dia hancur. Akibat itu, pertahanan badannya tidak kuat. Dia juga terpaksa bergantung kepada antibiotik selama tiga tahun," katanya sebak.

Tegas Hamidah, beliau mahu kerajaan dan penganjur bertanggungjawab serta membayar pampasan.

"Mak cik nak penganjur tanggung segala kos dan kerajaan bayar pampasan kepada anak mak cik. Kerajaan mesti bertanggungjawab sebab mereka yang anjur.

"Semalam, Menteri (Datuk Seri Shabery Cheek) hanya datang melawat, beliau tidak beri jaminan apa-apa pun. Hanya tanya keadaan Fairuz sahaja," kata ibu anak empat itu.

Dalam pada itu, beliau turut kecewa dengan tindakan penganjur yang tidak habis-habis menyalahkan anaknya yang didakwa tidak mengikut arahan.

"Dia (kerajaan) salahkan budak-budak ni, tapi bagi mak cik, pihak penganjur kena bertanggungjawab dari segi keselamatan.

"Penganjur ada datang hari Sabtu dan Ahad, tapi mereka salahkan anak mak cik yang tidak ikut arahan, tapi bila mak cik tanya kawan-kawan dia, mereka cakap penganjur tak bagi apa-apa arahan pun," kata Hamidah lagi.

Tiada ulasan: