ALHUSSEYN |
- Menteri Mulut Berbuih Dengan Sukan Pembangunan
- Perlumbaan Drag Tidak Mendapat Kelulusan MAM
- Keseronokan Berbahaya
- Mahathir Mudah Lupa, Itu Termasuk Dirinya Sendiri
Menteri Mulut Berbuih Dengan Sukan Pembangunan Posted: 29 May 2012 05:00 AM PDT Dengarlah sendiri, Menteri mulut berbuih ini , dia cuba menyalahkan penonton kerana duduk di celah-celah pokok bunga. Dia kata penganjur telah beberapa kali arahkan penonton supaya berundur... Hoi mulut berbuih! Kalau ia pun penonton tidak patuh kepada arahan penganjur, marshal perlumbaan patut menghentikan perlumbaan. Itulah langkah keselamatan yang patut dilakukan. Tetapi apabila berlaku kemalangan yang melibatkan 17 belia cedera, penganjur menyalahkan penonton pula. Dan kenapa ianya perlu dibuat pada waktu tengah malam? Maka Menteri mulut berbuih itu berkata lagi, "Saya percaya yang jadi mangsa trauma, penonton trauma dan yang terlibat itu akan menjadi traumatik ...tapi trauma ini hanya sekejap sahaja , selepas itu ia akan kembali... Menurut Menteri mulut berbuih ini lagi, "Perlumbaan ini adalah popular.Kita bimbang kalau tidak ada langsung penganjuran, maka orang akan pergi merempit di jalanraya biasa, itu akan lebih merbahaya!" Menteri mulut berbuih ini buat kenyataan seolah-olah pihak penganjur telah melakukan langkah keselamatan yang sewajarnya dengan mengadakan perlumbaan drag ini jauh dari venue utama . "Tetapi yang datangnya terlalu ramai, malam pula! ....ramai orang tak sedar, 10 ribu , 20 ribu pun ada..." katanya dengan megah! Nak tunggu lebih ramai yang parah baru nak sedar diri kah? Menteri mulut berbuih ini kata akan bina litar 800 meter... Apakah jaminan tragedi seumpama yang berlaku pada hari Himpunan Sejuta Belia itu tidak akan berulang? Rancangan untuk menggalakan belia belumba drag adalah umpama memberi lesen kepada mereka untuk merempit.Walau tahap keselamatan bagaimana pun yang diambil, perlumbaan drag ini sangat berisiko dan mengundang maut.Apakah budaya ini yang mahu diserapkan kepada para belia kita? Cuba lihat perlumbaan drag berikut dan anda bandingkan dengan apa yang dibuat oleh penganjur perlumbaan drag di Hari Himpunan Sejuta Belia kita seperti disini – Bahawa penonton berada jauh dari trek dan ada penampan / tembok konkrit di sepanjang trek – Adakah kita mahukan sikap keganasan seperti ini disemaikan dalam jiwa anak-anak muda kita? - Apakah ini akan dapat menyelesaikan gejala merempit dikalanagan belia kita atau akan merancakan lagi budaya ini? bunga sebagaimana penganjur di Perhimpunan Sejuta Belia |
Perlumbaan Drag Tidak Mendapat Kelulusan MAM Posted: 29 May 2012 03:00 AM PDT Ketua pengarah eksekutif Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), Datuk Razlan Razali hari ini menempelak Menteri Mulut Berbuih yang dilaporkan mahu mengkaji penubuhan badan induk sukan berkenaan dengan alasan, tiada badan khusus bagi mengawal selia sukan itu dengan lebih berkesan. MAM merupakan salah satu daripada badan yang memikul tanggungjawab itu, selain Persatuan Automotif Malaysia. "Sebagai pihak berkuasa, kami perlu meluluskan acara tempatan untuk memastikan ia dijalankan dan diuruskan dengan baik, keselamatan adalah perhatian utama kami," katanya. Perlumbaan pada malam Sabtu anjuran bersama kementerian tersebut juga tidak mendapat kelulusan MAM, jelas Razlan. "Penganjur tidak mematuhi apa-apa peraturan keselamatan kami," kata Razlan yang mengulas tindakan penganjur yang hanya menggunakan pokok bunga untuk memisahkan penonton dan kawasan litar. sumber |
Posted: 29 May 2012 12:00 AM PDT Perlumbaan Drag, jika ia akan diadakan juga, seharusnya tertakluk kepada standard keselamatan yang tertinggi. Penonton, juga, mengambil alih tanggungjawab untuk keselamatan mereka sendiri. Jadi, ia boleh dianggap bahawa 10,000 peminat sukan permotoran yang membarisi jalan untuk ujian lumba drag yang berjalan dalam Jutaan Perhimpunan Belia di Putrajaya pada malam Sabtu tahu risiko yang mereka ambil. Walaupun begitu, akibat kemalangan Sabtu lalu, empat warga muda kini di hospital, telah mengalami kecederaan serius di karnival belia negara. Walaupun keluarga mereka telah menerima apa yang berlaku sebagai takdir, kecederaan mangsa tidak harus dipersalahkan kepada nasib malang semata-mata, dan melepaskan penganjur begitu sahaja dari tanggungjawab mereka dalam mengambil langkah-langkah keselamatan yang diperlukan. Penyiasatan ke atas apa yang berlaku sedang dijalankan, tetapi setakat ini, apa yang dikenali kemalangan telah dipaparkan melalui video amatur lapan minit yang direkodkan oleh seorang penonton. Dalam lima minit dan 32 saat sebelum kemalangan itu, ternyata bahawa para penonton berdiri di belakang halangan logam, di tepi jalan, terlalu membahayakan, walaupun kereta tidak pada kelajuan yang bersangatan. Lazimnya dalam perlumbaan drag, zon penampan yang besar disediakan, dan zon ini lebih meluas mengikut trek tingkatan kelajuan. Dan pagar pelindung di bentuk untuk melindungi penonton dari sampah sarap yang berterbangan atau kenderaan yang terbalik. Namun, tiada langkah-langkah keselamatan ini kelihatan jelas dari video. bahayanya acara ini. Rakan remaja ini turut terkena batu yang terbang, dengar di awal rakaman ini Mungkin ada penonton yang melanggar halangan keselamatan. Tetapi walaupun benar, ini bermakna bahawa apa-apa halangan yang terdapat tidak cukup menjadi penghadang dalam mengawal penonton. Tambahan pula, apabila ada penonton bertindak melanggar halangan keselamatan , marshal keselamatan sepatutnya menghentikan perlumbaan sehingga para penonton mematuhinya. Perlumbaan drag, walaupun dalam keadaan semua hal keselamatan telah dipatuhi, ia adalah masih amat berbahaya. Oleh itu, jika kita mahu meneruskan agenda tersebut, penganjur perlu mematuhi tahap piawaian yang lebih munasabah. Tetapi pertimbangan lain ialah sama ada agenda sedemikian perlu diadakan di masa-masa mendatang? Walaupun perlumbaan drag boleh menjadi aktiviti sukan yang di izinkan oleh undang-undang, memandangkan bagaimana Mat Rempit menjadi budaya di kalangan belia kita, mungkin ini adalah galakan yang mereka tidak perlukan. Sumber |
Mahathir Mudah Lupa, Itu Termasuk Dirinya Sendiri Posted: 28 May 2012 06:49 PM PDT Malam tadi berlangsung sekali lagi program ceramah Pakatan Rakyat di Sungai Rokam. Kali ini tiada gangguan dari makhluk perosak Hamidah BP.Majlis tersebut berjalan dalam seasana aman dan damai. Penampilan Ustaz Sidek Noor, mantan ketua Pemuda di era 90-an dan pernah menjawat Timbalan Pesuruhjaya Negeri Perak, masih lagi menyengat.Beliau masih lantang memperkatakan isu-isu semasa dan para hadirin penuh minat menumpukan perhatian terhadap apa yang beliau sampaikan. Itulah kelebihan Ust Sidek Noor yang kini lebih menumpukan kepada alam pendidikan di Maahad Tahfiz Qiam di Batu Hampar, Beruas, Perak.Untuk menampung keperluan pentadbiran Maahad tersebut, beliau menjalankan beberapa aktiviti ekonomi dengan menjual pelbagai produk muslim seperti ayam segar, sos, kicap, mee, makanan kesihatan dan lain-lain. 'Raja Lawak'Naib Ketua Pemuda Umno Kampar yang ditayangkan Selain itu, Ustaz sedang dalam usaha membina pondok An-Nur untuk orang-orang tua di Permatang Raja Pantai Remis. Begitulah antara usaha yang beliau lakukan dalam pembentukan ummah. Mengapakah usaha semurni ini kita tidak membantu beliau? Tuan-tuan boleh menyumbang sebagai menyokong usaha beliau ini kalau ada kemampuan dari segi kewangan.Tidak banyak, sedikit.Tapi kalau ramai yang memberi, tentu banyak bolehnya, betul tak? minuman untuk mengisi tabung Pilihan Raya Kita akan dapat saksikan nanti, melalui U-tube kerana blogger Ajijoi ada membuat liputan ceramahnya malam tadi.Sama-samalah kita tunggukan Ajijoi menyiapkannya dan saya akan cekup untuk blog ini. Apa-apa pun, terima kasihlah dahulu kepada Ajijoi diatas usahanya itu. Selain Ust Sidek, seperti biasalah, sebagai tuan rumah, Ust Radzi Zainon, bakal calon Dun 43, Sungai Rapat dan Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye turut bersama menyampaikan ceramah masing-masing. Dr Lee turut memperkatakan mengenai bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden yang pernah mengendalikan pendakwaan ke atas kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejutkan pelbagai pihak apabila hadir ke mahkamah sebagai salah seorang peguam bela Ketua Pembangkang itu dalam kes Bersih 3.0. Baca di sini Mohd Yusuf yang dulunya merupakan orang yang menggasak dengan ganasnya DS Anwar Ibrahim dalam mahkamah berhubung tuduhan liwat 1 dan 2 dengan soalan-soalan yang mengerikan pasukan peguambela Anwar. Datuk Yusuf sudah tentu mempunyai ciri-ciri maklumat yang agak ditel mengenai pertuduhan tersebut. Namun, segala asakan soalan yang diterjahkannya kepada Anwar, dapat dipatahkan oleh Karpal Singh dan pasukannya. Ini mungkin memberi sesuatu kesan dan keinsafan kepadanya dan apabila sahaja beliau bersara dari jawatan kakitangan kerajaan, sebagai orang yang ke tiga tertinggi dalam Institusi Kehakiman, beliau telah bersetuju untuk menjadi peguambela Anwar Ibrahim dalam kes pertuduhan mengenai BERSIH 3.0 baru-baru ini. Sebelum ini, Datuk Fauzi Shaari, orang nombor tiga dalam PDRM menyertai PAS. Perkembangan sebegini, dimana kakitangan kerajaan pangkat tinggi, apabila bersara menyertai Pakatan Rakyat perlu kita semua renung dan fikir-fikirkan. Mereka ini adalah gulungan terpelajar yang cerdik dan kaya dengan sumber maklumat.Tidak mungkin mereka ini mudah dipengaruhi oleh PR jika PR tidak berada atas landasan yang benar. Dan saya mendapat maklumat , akan ada lagi kejutan, dimana seorang lagi pesara kakitangan kerajaan pangkat tinggi Negeri Perak yang akan mengumumkan penyertaannya memihak kepada Pakatan Rakyat dalam sedikit masa lagi. Kini telah ada tiga tokoh dari Perak yang dikenali menyertai PAS. Sebelum ini ialah , bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid telah menyertai PAS. Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid bersama PJ Perak, Ust Abu Bakar Husein dan AJK PAS Pusat, Ust Idris Ahmad Kali ke-empat ini siapa pula? Ini tentu akan menggemparkan rejim Najib! Jelas, bahawa rampasan kuasa di Perak tidak menguntungkan rejim Umno/BN. Ini terbukti apabila telah 3 orang bekas Pegawai Kanan yang berpangkat tinggi berasal dari Perak memihak kepada PR. Inilah yang buat Zambry akan menjadi pucat sepucatnya- menjadi lebih putih dari kapur kasut budak sekolah! Maka semakin 'benar' kenyataan Mahathir, bahawa hanya tinggal yang bodoh-bodoh sahaja didalam Umno/BN sekarang ini. Mahathir yang mudah lupa itu, terlupa, bahawa itu adalah termasuk dirinya sendiri! |
You are subscribed to email updates from KE ARAH PILIHANRAYA TELUS , BERSIH & ADIL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan