Khamis, 17 Mei 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Pandangan Ilustrasi Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai Didedahkan. Allahuakhbar!

Posted: 17 May 2012 04:43 AM PDT

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/549336_3957874947614_1302456955_3848688_1015375713_n.jpg

Pandangan ilustrasi lebuh raya Kota Bahru-Kuala Krai di persimpangan hadapan bagunan KB Mall.

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/392514_3957825506378_1302456955_3848680_635408916_n.jpg

Rt menerima e mail llutrasi lebuh raya Kota Bahru-Kuala Krai pandangan di Wakaf Che Yeh dari pihak kontraktor

Semakin Islam ditekan, semakin maju rakyat dan negeri kelantan. Semoga Allah merahmati dan memberkati segala hasil kerja semua pimpinan Kelantan.

Allahuakhbar!

Sumber gambar: FB Rizal Tahir

Panas: Anak Nong Chik dapat projek RM30 juta?

Posted: 16 May 2012 09:25 PM PDT


KUALA LUMPUR 17 Mei: Belum reda skandal projek lembu kebangsaan yang diseleweng bekas Menteri Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil melibatkan RM250 juta wang rakyat, kali ini satu lagi pendedahan membabitkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Ironinya kedua-dua pimpinan Umno ini sinonim dengan Lembah Pantai.

Menurut blog anaksungaiderhaka, pada 24 Ogos 2010, sebuah syarikat dengan nama Istijuara Sdn Bhd diberikan kontrak kerajaan berjumlah RM30,800,000 oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Syarikat itu dilaporkan dimiliki Nong Chik dan ini bukan satu-satunya projek yang dianugerahkan kerajaan kepada syarikat beliau.

Anak perempuan Nong Chik, Raja Farhana, 26, disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua pengarah syarikat.

Dilaporkan, beliau memiliki 399.999 daripada 400,000 unit saham. Bermakna, secara praktikal, beliau adalah pemilik tunggal syarikat dengan pengarah yang lain hanya memiliki satu saham.

Syarikat itu yang ditubuhkan hampir 20 tahun lalu semasa Raja Farhana masih di darjah satu, mempunyai kerugian dibawa ke hadapan berjumlah kira-kira suku juta dan liabiliti semasa kira-kira RM400,000 terhadap aset semasa, sumber dipetik.

Pendedahan lebih lengkap dengan lebih banyak dokumen sila lihat di sini

Video Rosmah Mansor Nyanyi Lagu K-POP Tersebar. Cayalah, Bini Nik Aziz Kalah!

Posted: 16 May 2012 06:30 PM PDT



Hebat bini najib ni. Semua boleh dia balun. Ni baru betul bini pemimpin 1 Malaysia. Negara Islam?

tolong jangan muntah beb!

Gambar Himpunan Ulangtahun Umno, Adakah Gambar Budak Sekolah Ni Diedit Supaya Ramai?

Posted: 16 May 2012 05:30 PM PDT


Ok bro. Pagi ni kami nak kongsi 1 gambar yang kami terima melalui email.

Adakah gambar ni edit? Puak umno nak cakap apa pasal gambar ni?

Hehehe... Kalau seramai tu umno dah angkut budak-budak pergi stadium, mereka nak berbangga?

MB: Dalih Menteri, Bertentangan Akta Industri Air

Posted: 16 May 2012 03:58 PM PDT

Nazli Ibrahim

SHAH ALAM, 16 MEI: Berdalih dengan menyatakan tiada kuasa mengarahkan syarikat konsesi air menerima penstrukturan semula jelas menunjukkan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air, Datuk Seri Peter Chin sengaja mahu membiarkan isu tersebut terus berlarutan.

Demikian menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor di sini.

Sebaliknya menurut Abdul Khalid, Menteri Persekutuan itu memiliki kuasa penuh untuk mencari jalan penyelesaian dalam isu membabitkan kepentingan rakyat Lembah Klang seperti mana yang termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

"Sebagai Menteri Persekutuan yang bertanggungjawab terhadap isu air, beliau berkuasa penuh untuk memastikan syarikat konsesi mencari jalan penyelesaian secara holistik terhadap isu penstrukturan semula ini seperti yang termaktub dalam WSIA.

"Seksyen 191(5) Akta WSIA menyatakan bahawa, 'ketetapan mengenai jumlah isu kepentingan awam dalam negara yang berbangkit dan ketetapan tersebut hendaklah muktamad dan dipatuhi oleh semua pihak dan tidak boleh dicabar, dirayu, dinilai, dimansuh atau dipersoalkan di mahkamah.

"Adalah Jelas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mempunyai kuasa yang secukupnya atas dasar kepentingan awam untuk menyelesaikan masalah ini dengan mengarahkan syarikat-syarikat terbabit memberi kerjasama penuh bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih sektor perkhidmatan air," kata Abdul Khalid.

Tambahnya, perbuatan beliau yang terus berdolak-dalik dalam hal ini jelas bertentangan dalam matlamat asal dan semangat penubuhan WSIA untuk mencari penyelesaian yang menyeluruh atau holistik untuk perkhidmatan air.

Abdul Khalid turut menggesa agar Peter Chin sebagai Menteri yang bertanggungjawab menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk melicinkan penstrukturan pengurusan air di Selangor demi kemudahan rakyat di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Sebelum ini proses pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) oleh Kerajaan Negeri Selangor yang bermula semenjak 2008 menemui jalan buntu apabila pihak pemegang konsesi menerima sokongan Kerajaan Pusat untuk mengekalkan kepentingan mereka berbanding masyarakat yang mendiami sekitar Lembah Klang.

Kenny Dalglish tinggalkan Liverpool

Posted: 16 May 2012 03:52 PM PDT

TIDAK sampai seminggu selepas persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir, Kenny Dalglish memutuskan untuk meninggalkan jawatan pengurus Liverpool.

Pengurus berusia 61 tahun ini dilaporkan mengambil keputusan melepaskan jawatan pengurus ekoran prestasi kurang memberangsangkan kelab itu pada musim kali ini.

Laporan media menyebut Dalglish mengambil keputusan itu selepas perbincangan dengan pemilik utama Liverpool, John W Henry dan Tom Werner di Boston, semalam.

Kelab itu hanya menduduki tempat kelapan dalam saingan EPL kali ini.

Selain muncul naib juara Piala FA, Liverpool memenangi kejohanan Carling Cup.

Pengurus Wigan, Roberto Martinez dan bekas ketua Liverpool, Rafael Benitez disebut-sebut sebagai calon bakal mengemudi pasukan itu selepas ini.

Tiada ulasan: