Selasa, 8 Mei 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


TG Nik Aziz Menjawab Berhubung Isu Beliau Digelar Bapa Kafir Dengan Ayat-ayat Al Quran. Sila Baca

Posted: 08 May 2012 04:12 AM PDT

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/s720x720/535239_10150782078982592_358919387591_10029381_1956852155_n.jpg


Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.
(Al-Qalam 68:7)

Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (agama Allah).
(Al-Qalam 68:8)

Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu).
(Al-Qalam 68:9)

Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), -
(Al-Qalam 68:10)

Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), -
(Al-Qalam 68:11)

Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa, -
(Al-Qalam 68:12)

Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.
(Al-Qalam 68:13)

Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan agama Kami)? -
(Al-Qalam 68:14)

Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: " (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".
(Al-Qalam 68:15)

(Orang yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) - Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu).
(Al-Qalam 68:16)

BAPA KAFIR: PEMUDA PAS KELANTAN MENGUTUK RAHIM NOOR

Posted: 08 May 2012 12:29 AM PDT

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/370506_100000521511371_1594615350_n.jpg

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor seperti yang tersiar di dalam akhbar News Straits Times halaman enam hari ini, 8 Mei 2012. Beliau di dalam kenyataan tersebut menyifatkan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan sebagai God of Kafir (bapa kafir).

2. DPPNK menyifatkan bahawa Tan Sri Rahim sudah hilang kewarasan dan pertimbangan akal sehingga mengeluarkan kenyataan yang sedemikian rupa. Sindrom hilang akal dan kewarasan ini bukan merupakan satu perkara baru bagi beliau yang pernah disabitkan kesalahan kerana menumbuk Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Anwar ditahan pada tahun 1998. Jika beliau pada masa itu yang masih memegang jawatan sebagai Ketua Polis Negara dan berpakaian seragam pun boleh hilang pertimbangan sedemikian rupa, maka tidak menjadi satu perkara yang pelik sekiranya kehilangan pertimbangan itu berulang kembali hari ini.

3. Rahim di dalam kenyataannya menyifatkan bahawa Nik Aziz ialah bapa kafir kerana mewajibkan rakyat untuk turun ke himpunan BERSIH 3.0. Di dalam hal ini barangkali Rahim tidak dapat membezakan isitilah wajib yang disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz dan perbezaannya dengan wajib syarie yang mempunyai nilai di dalam agama. Wajib yang disebut oleh Tuan Guru bukanlah bererti bahawa jika tidak dilakukan jatuh kepada hukum haram tetapi hanyalah sebagai gesaan kepada rakyat untuk beramai-ramai turun bagi menuntut pilihanraya yang adil.

4. Istilah wajib itu sendiri digunakan di dalam perkhidmatan sepeerti polis yang diwajibkan untuk berpakaian dengan pakaian tertentu. Begitu juga dengan para guru contohnya yang diWAJIBkan hadir menyambut kedatangan Perdana Menteri, adakah itu bermakna wajib dari sudut nilaian syarak?

5. DPPNK menyifatkan bahawa Rahim mengulangi lagu lama apabila mengungkit istilah kafir mengkafir yang didakwa dikeluarkan oleh Tuan Guru padahal tidak pernah Tuan Guru menyebut bahawa penyokong UMNO kafir sebagaimana dakwaan Rahim.

6. Justeru, selaras dengan pendirian PAS Kelantan, DPPNK menggesa agar Rahim menarik balik kenyataannya dalam masa 24 jam sebelum tindakan yang lebih lanjut diambil termasuk laporan polis dan tindakan mahkamah. Hakikatnya, kenyataan Rahim ini tidak lebih melainkan hanyalah bayangan kepada ketakutan UMNO dan Barisan Nasional yang sedang berada di ambang kejatuhan. Justeru, tindakan terakhir mereka ialah memperalatkan agama untuk tujuan politik termasuklah menyifatkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai bapa kafir.

Yang benar,

ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN,
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)

Bertarikh : 8 Mei 2012

"TG Nik Aziz Bapa Kafir"- Rahim Noor

Posted: 07 May 2012 09:23 PM PDT

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/s720x720/154700_10150781547617592_358919387591_10028186_1220218090_n.jpg

apa komen anda?

Senator Australia saman NST, Utusan

Posted: 07 May 2012 09:16 PM PDT


KUALA LUMPUR 8 Mei: Senator Nick Xenophon dari Australia akan mengambil tindakan undang-undang ke atas New Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia, yang mengambarkannya sebagai anti-Islam dan pejuang hak gay.

Dalam kenyataannya di News.com.au, beliau berkata: "Laporan itu palsu sepenuhnya. Ia fitnah dan saya akan ambil tindakan".

NST melaporkan, Xenophon anti Islam semasa berucap dalam Parlimen Australia padahal katanya, dalam ucapan itu beliau menggunakan perkataan 'Scientology' dan bukannya Islam.

Xenophon berada di Malaysia termasuk hari perhimpunan Bersih 3.0 dan membuat kenyataan menyesali kejadian dalam perhimpunan itu dengan berkata: "Ia aman (sehingga pendemo diprovokasi)".

Beliau mengkritik laporan berat sebelah media arus perdana terhadap Bersih 3.0 kerana mementingkan wajah Datuk Seri Najib Razak di Sabah daripada perhimpunan terbesar di Malaysia.

"Media perdana memihak dan tidak adil," katanya yang kemudian dipetik media Australia menyatakan: "Saya terkejut ada yang pergi hingga sebegitu rendah."

NST kemudian mendakwa sedang menyiasat laporan wartawannya ekoran bantahan itu dan membuang berita berkenaan dari laman web.

Utusan Malaysia milik Umno pula yang menerbitkan berita yang sama dan memutar belitkan kenyataan Xenophon, telah mengeluarkan laporan itu di laman webnya tetapi tidak memohon maaf.

Xenophon merupakan sebahagian daripada pasukan tujuh anggota pemantau antarabangsa dalam misi pencarian fakta mengenai sistem pilihan raya Malaysia.

Fitnah: Rahim diberi 24 jam tarik balik kenyataan

Posted: 07 May 2012 09:14 PM PDT

http://bm.harakahdaily.net/images/stories/berita/apr24/hisham_fauzi.jpg

Aslani M,08 Mei 2012

KOTA BHARU, 8 Mei: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor diberi tempoh 24 jam menarik balik tuduhan terhadap Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggapnya "bapa kafir".

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan, Hisham Fauzi (gambar) berkata, kenyataan bekas ketua polis negara terbabit jelas tidak matang dan bersifat fitnah.

"Oleh itu kami memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

"Sekiranya beliau didapati gagal menarik balik kenyataan fitnah tersebut, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadapnya," katanya di sini.

Bekas Ketua Polis Negara itu dalam kenyataan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai "bapa kafir" kerana dianggap mengelirukan umat Islam ekoran kenyataannya wajib menyokong Bersih 3.0.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan meminta rakyat keluar beramai-ramai pada himpunan Duduk Bantah pada 28 April lalu sebagai tanda membantah ketidakadilan dan kewujudan daftar pemilih yang meragukan.

Hisham berkata, kenyataan Rahim begitu melulu sekali dan langsung tidak mencerminkan seseorang yang memegang jawatan tinggi dalam pasukan polis.

Oleh itu kata beliau tindakan undang-undang akan diambil sekiranya bekas ketua polis terbabit tidak menarik balik kenyataan dan memohon maaf dalam tempoh ditetapkan.

Syabas! Chegu Bad Cool Berdepan Dengan Anjing Umno.

Posted: 07 May 2012 07:11 PM PDT

Durian runtuh: Sepatutnya antara RM25,000 hingga RM50,000

Posted: 07 May 2012 04:03 PM PDT


MRR, Anak peneroka Felda Bersempena pengumuman yang akan dibuat oleh PM Datuk Seri Najib berkenaan durian runtuh Felda, saya cuba membuat anggaran berapa sepatutnya yang diperoleh oleh setiap peneroka Felda.

Selepas 360 ribu hektar tanah Felda Plantation dicagarkan kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH) selama 99 tahun, peneroka Felda akan menerima bayaran lump sum RM5.9 billion.

Bilangan peneroka Felda di Malaysia ialah 112,635 orang (rujukan: laman web Felda). RM5.9 billion dibahagi kepada 112,635 = lebih kurang RM52,381 per keluarga.

Kalau peneroka dicampur dengan staf Felda pula, ada la kira-kira 220,000 orang. Jadi RM5.9 billion dibahagi kepada 220,000 = lebih kurang RM26,818.

Jadi anggaran jumlah durian runtuh sepatutnya antara RM25,000 ke RM50,000.'

Walaupun begitu, saya merasakan PM DS Najib tak akan mampu memberikan wang sebanyak itu, menunjukkan bahawa sama ada FGVH tidak memberikan wang pampasan kepada peneroka Felda, ataupun wang yang diterima itu 'digelapkan' oleh pihak-pihak tertentu sebelum sampai ke tangan peneroka.

Terima kasih.

Tiada ulasan: