Kerabu Bersuara ® |
- Panas! Perang Twitter Azwan Ali Yang Berang Umie Hafilda Menyeret Ibunya Dalam Buletin Utama
- Himpunan Gambar Himpunan Tanah di Johor Bahru hari ini
- Antara Janji Kaki 'Kencing' Najib Kepada Rakyat Kelantan?
- Anwar pertahan Azmin, selar Umno
- TV3: Najib kata dia terharu orang yg hadir majlis dia di Kelantan lebih ramai dari Bersih 3.0 di Kuala Lumpur
- Ayahanda Ficky! saya tangisi pemergian ini
Panas! Perang Twitter Azwan Ali Yang Berang Umie Hafilda Menyeret Ibunya Dalam Buletin Utama Posted: 05 May 2012 07:20 AM PDT Semakin hari semakin hangat bahang media massa sekarang bukan? Kami sahaja yang rasa begitu ataupun anda juga merasakan perkara yang sama seperti kami? Namun apa yang menarik perhatian kami hari ini ialah isu yang disiarkan oleh Buletin Utama pada malam ini mengenai ibu kepada Umie Hafilda, Azmin Ali dan juga Azwan Ali. Niat kami menyiarkan berita ini bukanlah untuk melagakan mana-mana pihak, namun apa yang berlaku, bagi kami agak melampau juga, apabila Azwan Ali 'berperang' di laman Twitter nya kerana berang dengan tindakan Umie Hafilda yang menyeret ibunya dalam isu skandal seks Azmin Ali. Walaupun Azwan Ali seringkali 'meroyan' dalam laman twitter miliknya, kali ini ia berbeza sedikit apabila beliau melenting isu ibunya dimasukkan serta memalukan nama baik ibunya dan keluarga Haji Ali. Ikuti screen shot yang kami perolehi daripada twitter Azwan Ali. Setahu kami, isu antara Azwan Ali dan Umie Hafilda ini pernah hangat sebentar sebelum Azwan Ali bertindak memohon maaf secara terbuka apabila kes mengugut Umie Hafilda kecoh pada tahun lepas. Tapi kini, isu lain pula yang timbul. Kali ini, Azwan Ali nampak sangat marah dengan berita yang dikeluarkan oleh pihak Buletin Utama TV3 yang bersiaran pada pukul 8 malam tadi kerana menyeret ibunya yang digelar sebagai Mak Tom. Turut sama di dalam berita tadi ialah Umie Hafilda. Umie Hafilda nampak bersungguh untuk membuktikan bahawa abang mereka, Azmin Ali benar-benar terlibat dalam skandal seks yang dicanang oleh media sekarang bukan? Kenapa ya? Kami di MEOW, tolak sepenuhnya pergaduhan dan politik kotor yang mampu memburukkan nama sesiapa. *Geleng kepala dan istigfar panjang sahajalah dengan apa yang jadi di Malaysia sekarang ini. MEOW |
Himpunan Gambar Himpunan Tanah di Johor Bahru hari ini Posted: 05 May 2012 02:04 AM PDT |
Antara Janji Kaki 'Kencing' Najib Kepada Rakyat Kelantan? Posted: 05 May 2012 01:13 AM PDT Najib serah RM3 juta untuk bina masjid baru Wartawan Sinar Harian Penyerahan kepada Imam Tua, Mat Razali Mat Yunus disaksikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang memohon peruntukan itu lebih awal. Hadir sama Menteri Penerangan, Komuniti dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama, Dr Rais Yatim, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein. Sebelum itu, Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat bersama rakyat tempatan sebaik selesai merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia (K1M) Peringkat Negeri Kelantan di Padang Awam Pusat Sivik Gua Musang. Ketika berucap selepas solat Jumaat itu, Mohd Najib mahu rakyat mengambil ingatan terhadap khutbah yang dibacakan iman masjid itu dengan menyeru berbuat baik dan jauh amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam. "Khutbah itu amat baik untuk kita sama-sama menghayati dan renung apa yang tuntut agama Islam demi bagi kesejahteraan hidup sepanjang masa serta ikhlas beribadat kepada ALLAH SWT," katanya. Beliau turut bangga dengan keharmonian hidup rakyat boleh menunaikan solat Jumaat dengan tenang dan tidak lama lagi akan dapat pula bangunan masjid baru dua tingkat. PM janji bawa pembangunan ALAUDIN MA GUA MUSANG - Kerajaan tetap akan menunaikan hasrat rakyat Kelantan untuk menikmati kemajuan dan pembangunan lebih pesat menerusi konsep `Janji Ditepati' jika Barisan Nasional (BN) dapat berkuasa semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib berkata, Kerajaan Pusat sentiasa mendengar rintihan rakyat negeri itu untuk menikmati kemajuan khususnya pembinaan menaik taraf Jalan Kota Bharu ke Bentong melalui Gua Musang. "Kita boleh tunaikan permintaan rakyat yang mahukan jalan raya lebih besar, tetapi tunggu dulu sehingga kita menang dan berjaya merampas semula pemerintahan Kerajaan Negeri pada PRU13 nanti. "Segala-galanya kita boleh laksanakan dan kita rasa yakin dengan sambutan sebegini ramai akan mampu kita membuat perubahan ke arah kemenangan itu," katanya ketika berucap pada pelancaran Karnival Komuniti 1Malaysia (K1M) Peringkat Negeri Kelantan di Padang Awam Pusat Gua Musang, di sini pagi semalam. Hadir sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein. Najib mahu rakyat Kelantan mengubahkan pendirian mereka untuk beralih menerusi kempen `trai test dulu sepenggal' bagi mengetahui dan merasai sendiri sejauh mana kemampuan kerajaan BN dapat melaksanakan kemajuan nanti. Beliau berkata, jika BN menang bukan setakat jalan raya dan pembangunan lain, air yang keruh di Kelantan itu juga beralih menjadi baik dan dapat digunakan dengan sempurna seluruh rakyat. "Saya amat yakin dan percaya gabungan kesepakatan beberapa pemimpin di Kelantan termasuk Tengku Razaleigh, Mustapa dan Dr Awang Adek akan mampu mengubah pentadbiran Kerajaan Negeri kepada BN," katanya. Perdana Menteri berkata, keadaan itu terserahkanlah kepada pemimpin dan rakyat Kelantan untuk menentukan kemajuan masa depan, malah bagi Kerajaan Pusat tidak ada halang jika ada perubahan yang diharapkan itu. "Ambo (saya) cukup kenal dengan rakyat Kelantan dan tahu selok-beloknya serta riaknya boleh membantu ke arah mencapai kemenangan BN apabila sampai PRU13 nanti," katanya. Perasmian Karnival K1M tarik lebih 30,000 pengunjung Wartawan Sinar Harian Penduduk tempatan yang keluar beramai-ramai bagi melihat secara lebih dekat Perdana Menteri untuk merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia (K1M) Peringkat Negeri Kelantan, di Padang Awam Pusat Sivik, di sini. Walaupun terpaksa berpanas kerana tiga dewan utama dalam khemah penuh sesak, namun penduduk terus berasak-asak bagi mendekati ke kawasan perasmian itu bagi melihat wajah ceria Perdana Mentari yang pertama kali melawat Gua Musang. Malah, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah turut ceria apabila dapat berucap dengan penuh bersemangat sebagai tanda terima kasih di atas kedatangan Perdana Menteri. Penduduk dari keseluruhan kampung pedalaman datang sejak awal pagi lagi untuk tidak ketinggalan menemui Perdana Menteri dan menyaksikan pelbagai persembahan sempena pelancaran karnival K1M. Selain bersama Perdana Menteri, pengunjung yang hadir juga dapat menemui ramai artis tanah air hingga tidak putus-putus mereka mengambil gambar untuk kenangan sepanjang masa. Gerai-gerai pameran juga penuh sesak dengan orang ramai untuk mengambil kesempatan melihat segala keperluan yang pamerkan membabitkan pelbagai jabatan, agensi kerajaan dan swasta. |
Anwar pertahan Azmin, selar Umno Posted: 04 May 2012 09:53 PM PDT Ahmad Fadli KC Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan bahawa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bukan lelaki dalam gambar lucah yang disiarkan media arus perdana. Anwar menyifatkan penerbitan gambar itu sebagai taktik lama dan manipulasi media Umno dalam persaingan politik mereka. "Sekarang (cerita tentang) Azmin. Siapa tuan punya media ini? Umno. Siapa tentukan (apa yang disiarkan)? Presiden Umno. "Mereka cakap tentang moral? Ini jelas satu hipokrasi. Adakah ini cara yang boleh diterima dalam persaingan politik? Cara yang boleh diterima dalam persaingan kuasa? "Adakah ini sesuatu yang baru? Tidak. Ini perkara yang memang sudah tertanam dalam jiwa Umno," kata Anwar pada Majlis Makan Malam Gala PKR di Petaling Jaya semalam. Pada 2 Mei lalu akhbar perdana memaparkan gambar lelaki menyerupai Azmin dalam aksi panas bersama seorang wanita di dalam tandas. Azmin bagaimanapun menafikan lelaki itu dirinya dan menuduhnya sebagai serangan berterusan Umno terhadapnya menjelang pilihan raya. Sementara itu, mengulas hubungan PKR-DAP, Anwar menegaskan beliau tidak pernah ragu-ragu memilih penasihat DAP Lim Kit Siang sebagai rakan sepasukannya dalam Pakatan Rakyat. Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada komen beberapa pemimpin BN yang menyifatkan Anwar sebagai 'kuda tunggangan DAP'. "Di Ipoh saya nyatakan saya tidak rasa bersalah jika diberikan pilihan untuk memilih pemimpin Cina yang berkebolehan dan berkredibiliti, pilihan saya di antara pemimpin Cina adalah Kit Siang. "Pilihan Umno adalah Chua Soi Lek," kata Anwar sinis di hadapan kira-kira 1,400 tetamu majlis makan malam kutipan dana itu. Majlis turut dimeriahkan persembahan teater satira bertajuk Madah Berhelah yang mengisahkan kekalahan perdana menteri dalam pilihan raya umum akan datang. Aktivis teater Jo Kukathas pula bertindak sebagai pengacara majlis dan mencuri perhatian tetamu dengan jenaka pentasnya sebagai 'Cik Ribenaberry' selama kira-kira 15 minit. |
Posted: 04 May 2012 06:57 PM PDT Program Najib di TEMAN, Wakaf Che' Yeh Dapat Sambutan 1Malaysia..! Gua tak dapat sampai ke lokasi Program Pelancaran TEMAN oleh PM Najib sebab jalan terlalu sesak & gua pulak cuba nak tunjuk hebat pergi dengan kereta. Hahaha... Akhirnya gua terjelepok di tengah bendang Baruh Tunjung tempat Tapak Projek Padi Organik Kerajaan Negeri Kelantan. Dekat sana gua jumpa 2 orang brader yang datang jauh dari Pendang, Kedah. Masa gua sembang dengan brader tu gua dapat cerita bagus. Brader tu datang dari Pendang, Kedah dengan rombongan 32 bijik bas yang DITAJA SEPENUHNYA oleh MADA untuk hadir ke program TEMAN di Kelantan. Setiap peserta yang ikut rombongan tersebut dibayar sebanyak RM100.00 setiap seorang. Katanya mari dari MADA je 32 bijik bas, dari Jabatan lain termasuk LPP pun ada jugak tapi x tau jumlahnya berapa bijik bas. Semuanya FULLY SPONSORED by UMNO/BN. Pengunjung program TEMAN dikerah dari serata Negara Malaysia hingga ke Johor. Target pengunjung program TEMAN ialah sebanyak 70.000 hadirin, penganjur langsung tak harap orang Kelantan akan hadir ke program tu jadi di kerah rakyat dari seluruh Negara di bawah sponsorship UMNO/BN supaya target 70.000 hadirin tercapai. Best kan..? Akhirnya UMNO/BN Kelantan sendiri sedar bahawa orang Kelantan sendiri tolak UMNO/BN & mereka terpaksa kerah rakyat Negeri luar yang DIBIAYAI & DIBAYAR kehadirannya supaya Program yang dihadiri oleh PM Najib dilihat berjaya. ~topengperak |
Ayahanda Ficky! saya tangisi pemergian ini Posted: 04 May 2012 06:38 PM PDT Oleh: Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan