DIALOG RAKYAT |
- Kerajaan Pusat Tidak Ada Dana, Kerajaan Selangor Yang Akhirnya Tolong
- NGO tolak panel bebas siasat Bersih 3.0
- Najib: Jangan perlekeh PAS di Kelantan
- Surat terbuka kepada Utusan daripada bekas wartawan Utusan
- Tuduh orang zina kena 80 sebatan – Mufti
- BN perlu buat persiapan awal untuk kalah
- Belum sempat beri keterangan dah kena tahan
- Guling kerajaan: Najib lupa rampasan kuasa di Perak
- Artis seru berhimpun demi bangunan warisan
- Ke arah BERSIH tanpa Ambiga
- Bersih: Peniaga tuntut Ambiga bayar ganti rugi
- Umno anjur himpunan raksasa Jumaat depan
- EGM Majlis Peguam bahas 12 resolusi BERSIH
- S'gor tawar geran negeri siasat isu Scorpene
- Najib: Umno tidak boleh bergantung kemenangan lampau untuk menang PRU
- Bersih: PR dakwa Najib buat kenyataan lucu
- PKR lancar 'Merdeka Rakyat': Pengumuman penting Anwar mengenai SPR
- Mainan minda: Jika Mahathir silap, tidak akan ada lagi tragedi 13 Mei
- Pulau Pinang gubal undang-undang pilihan raya PBT
- Polis akan ambil tindakan terhadap penganjur Himpunan Tanah Rakyat
- Kerakyatan tercicir: Kenapa baru sekarang nak berebut buat baik?
- Media siar gambar lucah bermoral rendah
- 8 pelajar diserang histeria
- Najib, ganas zalim: BN kalah sebelum PRU ke-13 bermula
Kerajaan Pusat Tidak Ada Dana, Kerajaan Selangor Yang Akhirnya Tolong Posted: 05 May 2012 07:16 AM PDT SUBANG JAYA, : Kerajaan Selangor memperuntukkan lebih RM1.3 juta untuk membina jejantas jalan kaki di Pesiaran Kewajipan SS14 di sini setelah kerajaan pusat gagal melaksanakan projek tersebut dengan alasan "ketiadaan dana". ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata walaupun Kerajaan Selangor mempunyai kekangan kewangan, namun ia dapat mencari dana bagi melaksanakan projek itu demi kesalamatan penduduk untuk melintas kawasan yang trafik tinggi. Sebelum ini penduduk terpaksa bertarung nyawa dengan melintas jalan yang sibuk itu bagi mengunjungi dua tempat ibadat yang bersebelahan, iaitu sebuah kuil Hindu Sri Varatharaja Perumal dan Rumah Ibadat Persatuan Penganut Buddha Subang Jaya. "Sebelum ini kita telah mengumpulkan lebih 1,600 jumlah tandatangan daripada pelawat penganut agama Buddha dan lebih daripada 1,000 daripada penganut Hindu. Kesemuanya dihantar kepada Perdana Menteri dan pihak Jabatan Kerja Raya. "Melalui dua surat, pihak kerajaan pusat mengata mereka tidak mempunyai dana kewangan untuk membina jejantas pejalan kaki itu," kata Hannah. Projek ini dijangka akan siap pada 24 Disember tahun ini, jelas Hannah di hadapan kira-kira lebih 1,000 penganut agama Buddha di Subang Jaya yang turut meraikan Hari Wesak. Hannah juga berkata, tapak letak kereta dan jalan perhubungan di sekitar kawasan dua kuil tersebut juga akan diperbaiki di masa akan datang. Dalam ucapannya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata penggunaan dana kewangan oleh kerajaan negeri semakin baik dan effektif dalam mengurangkan ketirisan dalam melaksanakan projek-projek pembangunan. "Sekarang kita dapat melaksanakan dua buah projek di mana sebelum ini kita hanya dapat melaksanakan hanya satu projek dengan jumlah dana kewangan yang sama," kata Abdul Khalid di Majlis Pecah Tanah Jejantas Pejalan Kaki di sini. Tambah Abdul Khalid, kerajaan negeri mempunyai jumlah simpanan rizab tunai yang semakin meningkat dan lebihan daripada belanjawan negeri yang dijimatkan akan digunakan untuk pembangunan rakyat melalui program Geran SelangorKu. "Kerajaan Selangor juga akan menyediakan 10,000 kaki persegi di Subang Jaya untuk pembinaan kuil bagi penganut Sikh yang telah menunggu hampir 10 tahun," kata Abdul Khalid. Projek jejantas ini akan menelan belanja RM1,352,213.15 yang akan dilaksanakan oleh kontraktor, Aminsa Bina Sdn Bhd, yang sudah memulakan kerja-kerja awal sejak 27 Disember 2011 lepas. Sementara itu penduduk yang temui, Lai Chee Phang, 54, berkata beliau gembira dan menyatakan terima kasih kepada kesungguhan kerajaan negeri menyelesaikan masalah yang dihadapi sejak beberapa tahun lepas. "Masalah untuk menyeberang bagi pejalan kaki sudah lama dan kawasan ini memang bahaya untuk melintas kerana banyak kenderaan lalu lalang, saya hari amat gembira dengan pelaksanaan projek ini," katanya. Menurut Ylow Ne, 20, berkata dengan pelaksaaan projek ini akan memudahkan penduduk kawasan ini melintas kerana sebelum ini pernah berlaku kemalangan. "Ianya amat dinanti-nantikan penduduk di sini untuk mereka mudah melintas kerana jalan di sini terlalu sesak dan bahaya jika melintas,kami sangat gembira selepas menunggu sejak sekian lama," katanya. | ||
NGO tolak panel bebas siasat Bersih 3.0 Posted: 05 May 2012 06:50 AM PDT Jingga 13 kata ia komestik dan panel itu tidak ada kuasa. PETALING JAYA: Orang ramai memberi pelbagai pendapat mengenai penubuhan panel bebas bagi menyiasat keganasan Bersih 3.0, Sabtu lalu. Mereka berkata, panel tersebut hanya kosmetik dan tidak boleh menyelesaikan keganasan tersebut. NGO Jingga 13 menolak panel bebas itu dengan alasan ia tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa pihak yang melakukan kesalahan dalam perhimpunan Bersih 3.0. "Suruhanjaya diraja lebih baik kerana mempunyai kuasa mendakwa mereka yang terlibat dengan keganasanan dalam Bersih 3.0. "Kita rasa panel bebas ini tidak lebih dari kosmetik sahaja sedangkan pelaku masih bebas," kata Koordinatornya, Faris Musa. Penganalisis politik tempatan, Prof Datuk Zainal Kling berpandangan semua pihak perlu dibenarkan menyertai panel bebas tersebut untuk memastikan keberkesanannya. "Semua orang kena masuk…pihak keselamatan, hakim, pembangkang dan sesiapa sahaja yang mempunyai bukti. "Biar siasatan itu lengkap, sebelum pihak peguam negara membuat tindakan lanjut," kata beliau.' Bagaimanapun, Zainal berkata, penubuhan panel bebas itu menunjukkan kerajaan seolah-olah tidak mempercayai mempercayai tugas agensi keselamatan mereka. NGO Jingga 13 pula menolak panel bebas itu dengan alasan ia tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa pihak yang melakukan kesalahan dalam perhimpunan Bersih 3.0. Kordinatornya, Faris Musa berkata, cara terbaik ialah dengan menubuhkan suruhanjaya diraja kerana mempunyai kuasa yang lebih berbanding panel bebas. Kosmetik "Kita rasa panel bebas ini tidak lebih dari kosmetik sahaja sedangkan pelaku masih bebas," tambahnya. Menurutnya, kes Bersih 3.0 ini perlu ditangani secara bijaksana supaya pelaku keganasan tidak terlepas dari undang-undang. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan penubuhan panel bebas itu bagi menyiasat keganasan Bersih 3 di ibu negara Sabtu lalu. Beliau memberi jaminan panel itu membuat siasatan secara bebas dan adil. Dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu berlaku kekecohan apabila orang ramai menyerbu Dataran Merdeka yang menyebabkan polis menyembur gas pemedih mata dan menangkap mereka yang terbabit. Kedua-dua pihak saling tuduh menuduh yang mendakwa masing-masing menjadi punca keganasan tersebut. | ||
Najib: Jangan perlekeh PAS di Kelantan Posted: 05 May 2012 06:38 AM PDT MALAYSIA KINI Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpuas hati dengan persiapan jentera BN Kelantan bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang. Najib yang juga pengerusi BN, melahirkan rasa puas hatinya itu semasa menghadiri perjumpaan dengan pemimpin parti komponen BN Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di Kota Baharu. Perjumpaan setengah jam itu, merupakan acara terakhir perdana menteri dalam lawatan sehari ke negeri ini, hari ini, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. Bercakap kepada pemberita, Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Najib juga menyatakan keyakinan beliau bahawa BN mampu menawan semula Kelantan daripada pemerintahan PAS pada PRU kali ini. Beliau berkata perdana menteri mahu jentera parti BN menguatkan perpaduan di kalangan mereka bagi memastikan kemenangan BN. "Pada masa sama, beliau juga tidak mahu anggota BN memperlekehkan parti lawan PAS di Kelantan kerana mereka mempunyai kekuatan sendiri kerana lama mentadbir negeri ini," katanya. Ditanya sama ada Najib menyentuh soal senarai calon pada PRU-13, Mustapa berkata Najib berharap anggota parti menerima siapa sahaja yang diputuskan oleh pucuk pimpinan.- Bernama | ||
Surat terbuka kepada Utusan daripada bekas wartawan Utusan Posted: 05 May 2012 06:36 AM PDT Hata Wahari Saya telah dipecat dari Utusan Melayu (M) Berhad ketika bertugas di akhbar Utusan Malaysia pada 21 April dan ketika menerima berita pemecatan itu saya melakukan solat sunat memohon kepada hadrat Allah SWT memberi hidayah kepada rakan-rakan saya di Utusan Malaysia agar menjadi seorang mukmin dan muslimin yang mematuhi perintah Allah SWT supaya mereka akan dapat menikmati kelazatan hidup sebagai seorang Islam yang patuh kepada perintah Allah SWT dan suruhan Rasululullah. Namun selepas setahun dipecat dari Utusan Melayu, nampaknya rakan-rakan saya dan juga Ketua Pengarang Utusan Melayu, Aziz Ishak yang saya anggap sebagai mentor dalam dunia kewartawanan tidak berubah langsung, nampaknya Allah SWT tidak memakbulkan doa saya kerana membiarkan rakan-rakan saya terus bergelumang dengan dosa terutama terus membuat fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada sesama manusia, ingatlah rakan-rakanku fitnah dunia termasuk bentuk fitnah yang sangat dahsyat yang dikhuatirkan Rasulullah saw. "Dari Amru bin Auf al-Anshari ra bahwa Rasulullah saw. mengutus Abu Ubaidah bin al-Jarrah ke al-Bahrain untuk mengambil jizyahnya. Kemudian Abu Ubaidah datang dari bahrain dengan membawa harta dan orang-orang Anshar mendengar kedatangan Abu Ubaidah. Mereka berkumpul untuk shalat Subuh dengan Nabi saw. tatkala selesai dan hendak pergi mereka mendatangi Rasul saw., dan beliau tersenyum ketika melihat mereka kemudian bersabda, 'Saya yakin kalian mendengar bahawa Abu Ubaidah datang dari Bahrain dengan membawa sesuatu?' Mereka menjawab, 'Betul wahai Rasulullah'. Rasul saw. bersabda, 'Berikanlah kabar gembira dan harapan apa yang menyenangkan kalian, demi Allah bukanlah kefakiran yang paling aku takutkan padamu tetapi aku takut dibukanya dunia untukmu sebagaimana telah dibuka bagi orang-orang sebelummu dan kalian akan berlomba-lomba mendapatkannya sebagaimana mereka berlomba-lomba, dan akan menghancurkanmu sebagaimana telah menghancurkan mereka." (HR Bukhari danMuslim). Tindakan rakan-rakan saya di Utusan Malaysia terus menerus menaburkan fitnah kepada sesama manusia, amat memalukan, apakah yang akan menyedarkan mereka agar tidak berterusan mengumpulkan dosa. Rakan-rakanku sudah-sudahlah tu membuat dosa dengan menyebarkan fitnah, takkanlah kerana gaji RM4,000.00 hingga RM24,000.000 sebulan kita menggadaikan nasib kita di akhirat dengan membuat pelbagai fitnah. Apa yang disiarkan sejak setahun lepas oleh Utusan Malaysia semakin tidak bertamadun, seks menjadi keutamaan, fitnah menjadi keutamaan, melindungi kerakusan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) menjadi ulam utama dalam setiap berita yang disiarkan. Bilakah rakan-rakan di Utusan Melayu akan bertaubat, ingatlah rahmat dari Allah SWT itu semakin jauh apabila kita semakin jauh mengingati Allah SWT dan melanggar segala larangannya. Sudah-sudahlah tu membuat fitnah, berubahlah untuk nasib kita di akhirat nanti, tetapi saya sedar bahawa fitnah memfitnah itu perkara biasa di dalam Utusan Melayu, sesama rakan pun difitnah apatah lagi orang di luar, fitnah itu menjadi makanan dan minuman harian. Cuma harapan saya ingatlah siksa kubur dan siksa neraka, azabnya amat pedih sekali. Yang benar, Hata Wahari (Bekas Wartawan Utusan Malaysia dan Bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia, NUJ Malaysia). | ||
Tuduh orang zina kena 80 sebatan – Mufti Posted: 05 May 2012 06:29 AM PDT
KOTA BHARU: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menjelaskan menuduh orang berzina dalam Islam perlu dikenakan hukuman khazaf dengan sebatan sebanyak 80 rotan, jika sabit dengan kesalahannya. "Itu jalan penyelesaian yang ada dalam Islam sekiranya orang yang membuat tuduhan tidak mampu memanggil empat orang saksi," katanya pada wacana anjuran Sinar Harian di Kelantan Trade Centre malam tadi. Dua lagi ahli panel iaitu pakar sejarah dari UM, Datuk Prof Dr Mohamad Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Datuk Dr Johari Mat. Bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk A Aziz Deraman bertindak sebagai moderator. Tajuk diperkatakan "Bersatu Demi Islam". Wacana tersebut mendapat sambutan agak dingin berbanding wacana yang dianjurkan kerajaan negeri dalam banyak siri sebelum ini. Dr Juanda sebelum itu mengulas keghairahan akhbar tertentu yang sering memuatkan berita berunsur lucah pada halaman depan. Baru-baru ini Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya menyiarkan gambar aksi agak panas kononnya membabitkan seorang pemimpin Pakatan Rakyat. Tahun lepas akhbar sama menyiarkan gambar klip video seorang lelaki dan wanita dalam keadaan yang menghairahkan juga ditujukan kepada pemimpin Pakatan. Ramai pemerhati politik menyifatkan tindakan akhbar terbabit sebagai langkah desperado apabila gagal menampilkan bukti. Ketika pertabalan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini akhbar sama mendakwa wakil rakyat Pakatan mempersendakan Raja-Raja Melayu. Dr Juanda berkata, meletakkan gambar lucah di muka depan akhbar secara tidak langsung boleh mendorong ke arah keruntuhan moral di kalangan generasi muda. Dr Mohamad pula berkata, persoalan perpaduan Melayu bukan perkara baru yang berlaku dalam masyarakat di negara ini. "Isu perpaduan Melayu sebenarnya perkara lama, namun mengapa lebih kerap diperkatakan sekarang, adakah semata-mata kerana situasi Mac 2008. "Sebenarnya persoalan perpaduan wujud ketika kita melawan penjajah lagi. Kemudian diperkatakan semula selepas peristiwa 13 Mei 1969. Jadi ia bukan lahir selepas pilihan raya Mac 2008 sahaja," ujarnya. Beliau juga tidak nampak pemimpin yang bercakap soal perpaduan Melayu sekarang lahir daripada lubuk hati mereka, sebaliknya ada kepentingan diri dan kedudukan mereka yang perlu dipertahankan. Menurutnya apabila ada ancaman daripada luar barulah sibuk pemimpin Melayu bercakap soal perpaduan, sedangkan ia bukan lahir dari lubuk hati mereka sendiri. Anehnya juga kata beliau perpaduan Melayu yang ditonjolkan sedangkan perpaduan Islam lebih penting untuk dipertahankan. | ||
BN perlu buat persiapan awal untuk kalah Posted: 05 May 2012 06:26 AM PDT
Katanya, PRU13 adalah peluang terbaik rakyat untuk menumbangkan BN sekaligus memberi peluang kepada Pakatan Rakyat menerajui pentadbiran negara. Menurutnya, terdapat 222 kerusi parlimen yang bakal dipertandingkan menjelang pilihanraya tidak lama lagi, berdasarkan rekod sejak tahun 1999, 2004 dan yang terakhir tahun 2008, jumlah pengundi untuk BN telah merosot dimana kira-kira 49 peratus undi. "Situasi ketika ini menampakkan memihak kepada Pakatan Rakyat dan ini amat membimbangkan BN kerana kesannya mereka telah hilang kuasa untuk meneruskan kerja-kerja memperalatkan rakyat dan wang negeri yang mereka kalah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini. Jelasnya, pemimpin-pemimpin Umno-BN sering menuduh bahawa Pakatan adalah ejen perosak negara dengan menyifatkan rakyat yang bersama Pakatan Rakyat merupakan pihak yang bersubahat dengan perbuatan keji sambil menyatakan ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam seperti mana yang dijelaskan oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir baru-baru ini. "Saya ingin mengingatkan BN bahawa perbuatan keji memperalatkan rakyat dengan menyalahgunakan dana awam demi kepentingan politik dan kroni umno telah diketahui umum. "BN perlulah membuat persiapan awal untuk kalah teruk dalam PRU akan datang," ujarnya. Katanya, Rakyat di negara ini umum mengetahui sememangnya BN telah bersiap sedia dengan taktik penipuan secara besar-besaran untuk mempertahankan kuasa dengan memperkudakan Suruhanhjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). "Pakatan Rakyat komited dan akan terus berusaha untuk mengambalikan semula kuasa rakyat yang telah selama hari ini diperalatkan oleh Umno BN yang semakin hilang kewarasan berfikir apabila berbicara soal hak rakyat. "Memberi peluang walaupun sepenggal lagi kepada BN adalah satu kesilapan kerana anda telah memberi kepada mereka untuk terus menipu," jelasnya. | ||
Belum sempat beri keterangan dah kena tahan Posted: 05 May 2012 06:23 AM PDT
KUALA LUMPUR: Keluarga serta rakan-rakan aktivis mahasiswa, Khalid Ismath yang ditahan polis pagi tadi meminta pihak polis "tidak mempermainkan mereka" dan berterus terang apa yang akan dilakukan terhadap Khalid. Khalid, 22, pada mulanya hanya diminta hadir ke mana-mana balai polis untuk diambil keterangan berhubung dakwaan berkaitan status laman sosial Facebook yang dikatakan menyokong tindakan supaya anggota polis dibunuh. Namun Khalid yang ditemani ibu bapa, saudara mara dan sekumpuluan aktivis mahasiswa ditahan sejurus tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) kira-kira jam 10 pagi tadi. Menurut seorang aktivis mahasiswa yang berada di IPK KL, Ehsan Bukhari, selepas Khalid ditahan, dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras kira-kira jam 11.30 untuk siasatan lanjut. Selepas itu, dia sekali lagi dibawa menaiki kereta dan dimaklumkan akan dibawa ke IPD Jinjang. Namun, Khalid yang masih dibenarkan berhubung dengan ahli keluarga memberitatu, dalam perjalanan ke Jinjang, mereka berpatah balik ke IPD Cheras. Sehingga berita ini ditulis, Khalid berada di IPD Cheras. "Tadi kami semua ke IPD Cheras, lepas itu ikut ke IPD Jinjang tapi belum sempat tiba, Khalid bagitahu mereka berpatah balik ke IPD Cheras. Sekarang kami nak gerak ke IPD Cheras. "Kami tak tahu polis tengah main game apa ni. Kami minta polis tolong berterus-terang apa tindakan yang akan dikenakan ke atas Khalid," katanya. | ||
Guling kerajaan: Najib lupa rampasan kuasa di Perak Posted: 05 May 2012 06:21 AM PDT
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diingatkan tidak perlu menipu rakyat dengan mendakwa perhimpunan Bersih 3.0 lalu merupakan cubaan menggulingkan kerajaan yang dipilih melalui sistem pilihan raya. Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad berkata, rakyat masih tidak boleh melupakan bagaimana kerajaan Umno BN memperlakukan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang juga dipilih secara sah melalui pilihan raya. "Peristiwa rampasan kerajaan Perak pada tahun 2009 yang lalu masih segar dalam ingatan semua rakyat Malaysia. "Ianya adalah jelas merupakan suatu tindakan di luar pilihanraya dan pengecut. Bagaimana beliau boleh mencabar kejantanan orang lain sedangkan diri sendiri sudah hilang kejantanannya awal-awal lagi," soal beliau. Beliau mengulas kenyataan Najib semalam yang mendakwa rakyat yang hadir menyertai himpunan aman Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya. Najib mendakwa tindakan itu menunjukkan pihak yang terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah. Mengulas lanjut, Kamaruzaman berkata kenyataan Najib itu berniat jahat dan cuba menghasut rakyat membenci pembangkang sedangkan himpunan Bersih 3.0 tempoh hari adalah demi menuntut pilihan raya yang bebas. Menurutnya, perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu menyaksikan puluhan ribu rakyat hadir dengan hanya duduk dan bantah sahaja di Dataran Merdeka. Insiden kekasaran dan belasah hanya terjadi selepas berlakunya provokasi-provokasi liar daripada pihak-pihak tertentu sehingga mewujudkan suasana tegang. "Sekiranya Bersih 3.0 ingin melakukan kudeta atau ingin menggulingkan kerajaan, sudah tentulah permohonan permit untuk menggunakan Dataran Merdeka tidak akan dipohon. "Ianya suatu analogi yang cukup mudah namun amat payah difahami oleh Datuk Seri Najib. Bersih tidak memerlukan 2,3 hari untuk berhimpun kerana rekod sebelum ini pun hanya memadai sahaja setakat jam 5 petang sahaja," katanya. Sehubungan itu, beliau turut mencabar Najib untuk lakukanlah reformasi pilihanraya dengan mengadakan proses pilihanraya secara adil dan telus jika perdana menteri benar-benar anak jantan. "Di kala itu, baru lah diketahui anak jantan yang bertanding atau hanya anak siput yang pandai buat tidak tahu," katanya. | ||
Artis seru berhimpun demi bangunan warisan Posted: 05 May 2012 05:56 AM PDT Ekoran itu Projek Seni Komuniti Petaling Jaya (PSCAP) mengeluarkan cadangan segera mengadakan perhimpunan di luar kawasan itu tengah hari esok bagi menyatakan bantahan mereka. Mereka mensasarkan kehadiran 1,000 orang. Peserta diminta memakai pakaian hitam, kata Pengerusi Jawatankuasa Selamatkan Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang (PJSJBB) Stanley Yong. Jawatankuasanya dan PSCAP mempunyai kerjasama erat dalam mempertahankan bangunan di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur itu. | ||
Posted: 05 May 2012 05:54 AM PDT ULASAN Tarikh 28 April 2012 menjadi sejarah baru kepada Malaysia. Cabaran agar rakyat turun ke Kuala Lumpur bagi menyertai demonstrasi "duduk bantah" anjuran BERSIH disambut. BBC melaporkan perhimpunan tersebut adalah yang terbesar dianjurkan untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil. Sebenarnya, 28 April lebih dari itu. Dalam sejarah Malaysia, inilah perhimpunan terbesar dihadiri oleh masyarakat berbilang kaum bagi membuat tuntutan politik. Suka atau tidak, kerajaan Malaysia harus mendengar suara rakyat. Tarikh 28 April memberikan isyarat bahawa rakyat semakin berani untuk pertahankan hak demokratik mereka sebagai warga Malaysia. Jika pilihan raya terus diadakan tanpa menghiraukan tuntutan BERSIH, selepas ini tidak mustahil jutaan rakyat akan membanjiri Kuala Lumpur. Akan tetapi, ketika rakyat berani untuk mempertahankan hak mereka, pimpinan BERSIH dilihat lemah. Datuk S Ambiga terperangkap dengan percaturan jahat pemerintah. Ambiga kelihatan berdolak dalik dalam isu keganasan semasa perhimpunan apabila mengeluarkan kenyataan meminta peserta BERSIH yang dikatakan mengganas dikenakan tindakan undang-undang. Sedangkan Ambiga tahu dan sebagai peguam sudah tentu beliau jelas bahawa perhimpunan aman itu hak demokratik seluruh warga. Rakyat yang hadir dari pelosok negara juga tentunya kecewa apabila arahan untuk bersurai dikeluarkan oleh Ambiga sendiri dan bukannya dari polis. Mengapa beri arahan bersurai tatkala arahan boleh diberikan agar peserta BERSIH berkumpul di satu tempat lain seperti tempat ceramah? | Sementara dalam sidang akhbar selepas perhimpunan, mantan pengerusi Majlis Peguam itu juga dilihat tidak berani untuk mempertahankan rakyat. Seorang pemimpin gerakan massa seharusnya berani mempertahankan hak demokratik rakyat apatah lagi mereka turun kerana menyokong aspirasi BERSIH. Mungkin sudah sampai masanya Ambiga melepaskan jawatan sebagai pengerusi BERSIH kerana beliau kini dilihat hanya "memberatkan" gerakan. Dengan propaganda kerajaan yang mengaitkan Ambiga dengan gerakan LGBT dan seks bebas, sedikit sebanyak memburukkan imej BERSIH di kalangan majoriti warga Malaysia yang beragama Islam. Rebut kembali kemerdekaan Seperti biasa, kerajaan Malaysia mengalihkan isu. Isu mengapa 300,000 rakyat membanjiri Kuala Lumpur tidak dibincangkan. Perbincangan kini kepada isu keganasan yang berlaku pada hari perhimpunan. Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dikatakan bertanggungjawab mengarahkan rakyat merempuh kawat dawai untuk masuk ke Dataran Merdeka. Isu siapa arah arah rempuh masuk Dataran Merdeka bukanlah perkara besar. Isu lebih besar adalah kerajaan menghalang rakyat untuk masuk ke Dataran Merdeka. Ini merupakan pencabulan terbesar terhadap kemerdekaan rakyat. Kerajaan hari ini tidak ada bezanya dengan penjajah satu ketika dahulu. Apabila rakyat merempuh masuk ke Dataran Merdeka - sama ada didorong oleh cawangan khas (SB) atau tidak, ia tindakan yang harus dipuji. Tindakan berani tersebut samalah seperti tindakan berani pejuang kemerdekaan negara melawan penjajah. Di zaman penjajah British dahulu, pejuang kemerdekaan digambarkan sebagai penderhaka sepertimana Utusan Malaysia menggambarkan peserta perhimpunan duduk bantah. Pilihan raya paling kotor dan jijik Jika benar dakwaan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution bahawa pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) ahli parti Umno, masa depan pilihan raya Malaysia semakin gelap. Di negara ini, Ketua Hakim Negara juga pernah terdiri dari pimpinan Umno. Sudah tentulah wujud tanggapan segala keputusan yang dibuat memihak kepada Umno. Begitu juga dalam isu pilihan raya. Bagi Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ada salahnya jika pengerusi dan timbalan pengerusi SPR menjadi anggota Umno. Ini tidak menghairankan kerana sewaktu berkuasa, Raja-raja Melayu juga dicabut kuasanya untuk memberikan kekuasaan penuh kepada Dr Mahathir. Malaysia diperlakukan dengan sesuka hati seperti miliknya. Apa lagi yang boleh diharapkan dengan pilihan raya di Malaysia? Tuntutan reformasi tidak dilayan. Pengerusi dan timbalan pengerusi terpalit dakwaan anggota Umno. Apakah jaminan proses pilihan raya akan berlaku secara bebas dan adil? Jika pilihan raya terus dijalankan tanpa pengerusi dan timbalan pengerusi SPR yang baru, tanpa ditunaikan tuntutan BERSIH, angka rakyat yang bakal turun ke Dataran Merdeka akan menjadi lebih besar. Pada ketika itu, angka sasaran perhimpunan akan meningkat ke dua juta. Bila itu berlaku, perubahan pemerintahan negara akan terjadi di Malaysia. | ||
Posted: 05 May 2012 05:49 AM PDT
Saf Anti Fitnah (Saf) mengutuk sekeras-kerasnya pengulangan strategi politik lucah yang dipapar dalam media perdana khususnya Utusan Malaysia dan media yang sealiran dengannya dan pelbagai media siber yang didalangi oleh parti pemerintah. Saf terkejut dengan reaksi pelbagai pihak NGO dan pakar undang-undang yang dengan mudah mengenepikan prinsip bahawa beban bukti bukan di atas yang tertuduh tetapi adalah dipihak yang menuduh. Apakah dengan hanya memaparkan sebuah video atau gambar maka seseorang itu sudah didapati bersalah dan dipaksa untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah? Adakah sistem keadilan dan hukuman di negara ini sudah menjadi sedemikian murah dan buruk? Kami mendapati jika media dibenarkan untuk mengulangi amalan politik jijik ini dan seorang itu dengan mudah dituduh bersalah dengan menyebar dan menyiarkan video lucah, sahlah bahawa pihak berkuasa bersekongkol untuk mengguna strategi paling kotor untuk menyerang musuh politik menjelang PRU 13 ini. Sejak dari isu ini diguna tahun lalu, nampaknya kali ini serangan ke atas peribadi musuh politik dengan cara sangat kotor ini didukung bukan sahaja oleh media malah oleh parti pemerintah dan juga dibenarkan oleh pihak yang berkuasa. Di kala pemimpin BN menyatakan pihak pembangkang tidak ada modal bila kepincangan kerajaan didedahkan satu- persatu dengan berfakta, jelas mengguna strategi kotor dengan serangan politik lucah dianggap modal paling berkesan oleh parti pemerintah. Hipokrasi paling jelas dapat dilihat bila modal politik lucah dianggap modal yang dimilikki oleh pemimpin-pemimpin yang diguna secara berterusan sebagai senjata terdesak untuk mempertahankan saki baki kuasa yang masih ada. Paling malang ahli ugama secara beramai-ramai tidak menyuarakan bantahan terhadap budaya jijik yang terang-terangan diharam oleh Islam. Belum ada lagi teguran yang kedengaran dikeluarkan oleh mana mana pihak dari ahli ugama sama ada dari kalangan ahli parti mahupun yang bertugas dalam agensi agama, kecuali Mufti Perlis yang menyuarakan pandangan beliau dalam suatu wacana di Kelantan baru-baru ini. Saf menegaskan bahawa akhbar Utusan Malayisa yang menerajui politik kotor ini hendaklah diambil tindakan yang tegas agar ia tidak terus menyumbang kepada budaya politik kotor di negara ini. Para ulama harus bangkit dan memimpin perhimpunan umat untuk mengisytiharkan pendirian mereka dengan tegas dan jelas terhadap gelagat yang amat mengaibkan ini. Membiarkan media seperti Utusan Malaysia dan TV3 terus menerus menggunakan politik lucah akan mengesahkan memang politik lucah menjadi amalan di negara ini. Saf menuntut agar seluruh rakyat melancarkan boikot menyeluruh di seluruh negara terhadap media sama ada media perdana mahupun media siber yang terus meneruskan mengguna politik jijik. Saf menyelar pihak parti pemerintah yang terus menerus melaksanakan strategi terdesak yang melibatkan bukan sahaja penipuan dalam pendaftaran pengundi malah juga penyebaran budaya fitnah lucah untuk menyerang peribadi pihak lawan. Adakah ini yang dimaksudkan oleh Tan Sri Muhyuddin bahawa PRU 13 kali ini merupakan 'ibu segala pilihanraya' yang akan melibatkan 'ibu segala penipuan' dan 'ibu segala strategi kotor' yang akan digunakan? Saf tidak nampak cara paling berkesan untuk menghapuskan budaya politik lucah yang memalukan negara selain dari menterjemahkan tindakan rakyat dalam kotak undi akan datang. Budaya politik lucah dan budaya politik wang menjadi strategi seiring yang nampaknya sudah sejati dengan parti pemerintah. Rakyat harus merasa malu dengan budaya politik lucah yang bermain dalam gelanggang politik Malaysia. Seganas dan autokratik politik pemerintah di negara seperti Myanmar, Bangladesh, Syria dan beberapa negara Asia Barat, politik fitnah dan lucah tidak menjadi budaya dalam persaingan kuasa. Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Pengerusi Saf. | ||
Bersih: Peniaga tuntut Ambiga bayar ganti rugi Posted: 05 May 2012 05:46 AM PDT KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) terus menempelak penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 atas alasan yang membawa kerugian kepada peniaga-peniaga sekitar ibu kota minggu lalu. Hari ini, peniaga-peniaga mengadakan protes untuk menuntut pampasan dan ganti rugi daripada penganjur perhimpunan, yang mereka sifatkan sebagai pihak bertanggungjawab atas kerugian dialami. Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya tetap akan menuntut ganti rugi dan dalam masa yang sama, mendesak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga. Menurutnya, pihaknya juga bercadang untuk mengadakan demonstrasi aman di hadapan rumah Ambiga sekiranya Kementerian Dalam Negeri gagal mengambil tindakan sewajarnya. "Ambil tindakan terhadap Ambiga, jangan tangkap ikan sahaja, kita mahu Ambiga bertanggungjawab. "Ramai peniaga yang terjejas, takut untuk berniaga disebabkan penganjuran ini dan ura-ura penganjuran Bersih 4.0 juga membimbangkan peniaga," katanya. Sinar Harian Online difahamkan, sehingga kini Ikhlas telah menerima kira-kira 200 aduan berhubung kerugian peniaga dengan anggaran kira-kira RM200,000 hingga RM300,000. Ikhlas juga akan membuka kaunter aduan ganti rugi untuk tempoh seminggu bagi tujuan dikumpulkan sebelum membuat laporan polis. Sementara itu, ura-ura penganjuran Bersih 4.0 selepas berlangsungnya Bersih 3.0 pada 28 April lalu, nyata membimbangkan peniaga kerana mendakwa mereka bukan hanya rugi kerana tidak dapat berniaga pada hari tersebut, tetapi kesannya bermula sejak beberapa hari sebelum itu. Timbalan Presiden Ikhlas, Hasmizi Abu Hashim berkata, sekiranya Bersih 4.0 yang diuar-uarkan diadakan, para peniaga akan mengambil langkah untuk menyerang penyokong Bersih. "Kami tidak mahu menanggung kerugian lagi," katanya lagi. Peniaga pakaian, Azhar Abdul Ghani, 49, berkata, dia tidak dapat menerima keadaan yang bakal berlaku sekiranya perhimpunan bersih terus diadakan. Katanya, beberapa hari sebelum berlangsungnya perhimpunan tersebut juga, perniagaannya merosot disebabkan ramai pengunjung takut untuk keluar. "Pada hari Sabtu juga saya rugi. Biasanya saya boleh memperoleh pendapatan RM2,000 hingga RM5,000," katanya. Dalam pada itu seorang lagi perniaga Ikhlas Ridzuan, 49, berkata, sebagai peniaga yang sudah menjalankan perniagaan sejak 36 tahun lalu, dia menolak sekeras-kerasnya perhimpunan Bersih daripada terus diadakan, apatah lagi dianjurkan di lokasi perniagaan mereka. "Ia akan menjejaskan perniagaan kami, bukan hanya pada hari perhimpunan tetapi kesannya terasa sejak dua hari sebelum itu," katanya. | ||
Umno anjur himpunan raksasa Jumaat depan Posted: 05 May 2012 05:45 AM PDT MALAYSIA KINI Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata perhimpunan raksasa di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno pada 11 Mei adalah tanda kekuatan parti itu untuk mara ke hadapan dalam satu barisan yang ampuh bagi mencapai kemenangan yang besar dalam pilihan raya akan datang. Beliau berkata perhimpunan itu juga akan membuktikan bahawa ribuan anggota parti itu mampu berhimpun dalam keadaan aman tanpa mendatangkan kemudaratan kepada orang lain. "Saya melihat tarikh lahir Umno yang ke-66 ini satu yang amat sesuai sebab kita dah lama tak buat satu perhimpunan secara raksasa dan masanya sesuai untuk kita. "Semua orang tahu bahawa pilihan raya (akan diadakan) tak lama lagi jadi eloklah kita paparkan kepada rakyat apakah jasa Umno selama ini," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Umno-Online di ibu negara. Beliau berkata anggota Umno juga perlu berbangga kerana menjadi sebahagian daripada keluarga besar parti keramat orang Melayu itu. "Jangan kita rasa terhina, jangan kita rasa tertekan bahawa segala-gala yang dikecapi oleh negara ini pada hakikatnya adalah jasa yang disumbangkan oleh Umno, oleh pemimpin-pemimpin Umno, (sama ada) besar dan kecil selama ini," katanya. Sambutan ulang tahun ke-66 Umno yang bertema 'Umno Pembela Rakyat' berlangsung selama 13 hari bermula 1 Mei lepas.-Bernama | ||
EGM Majlis Peguam bahas 12 resolusi BERSIH Posted: 05 May 2012 05:42 AM PDT MALAYSIA KINI Mesyuarat agung luar biasa (EGM) Majlis Peguam pada 11 Mei ini akan membincangkan 12 usulberkaitan kawalan polis dalam perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu.Menurut pekeliling yang disiarkan malam tadi, ia antaranya bertujuan mengutuk kekerasan berlebihan anggota polis ketika menyuraikan peserta, tangkapan tidak wajar dan rampasan peralatan rakaman yang menyalahi undang-undang. Resolusi lain berhubung perhimpunan 28 April itu juga:
| ||
S'gor tawar geran negeri siasat isu Scorpene Posted: 05 May 2012 05:38 AM PDT MALAYSIA KINI Ekoran penemuan terbaru pendakwa awam Perancis, kerajaan Selangor menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat urus niaga kapal selam Scorpene bernilai berbilion ringgit. Malah, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, jika perlu, dana antirasuah dari "Geran Selangorku" juga boleh dibelanjakan memandangkan tuduhan itu serius dan melibatkan perdana menteri sendiri. "Jika pihak SPRM mempunyai masalah teknikal dari segi undang-undang dalam memulakan penyiasatan, kerajaan negeri bersedia membantu suruhanjaya berkenaan mendapat nasihat dari pakar undang-undang antarabangsa," katanya. Dalam kenyataan hari ini, Khalid berkata, sebagai kerajaan negeri yang mementingkan ketelusan dan pertanggujawaban, Selangor tidak boleh hanya memeluk tubuh dalam isu serius itu. Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urus niaga pembelian senjata Perancis-Malaysia kelmarin mendakwa menemui bukti bahawa Najib sebagai menteri pertahanan ketika itu meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN. Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram), terdapat faks menunjukkan Najib didakwa meminta jumlah itu sebagai syarat mengadakan pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001. | ||
Najib: Umno tidak boleh bergantung kemenangan lampau untuk menang PRU Posted: 05 May 2012 05:34 AM PDT KUALA LUMPUR – Umno tidak boleh hanya bergantung kepada pencapaian sewaktu pilihan raya sebelum ini kerana pengundi sekarang mahukan rancangan masa hadapan parti untuk Malaysia jelas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Najib (gambar) berkata, sokongan 3.3 juta ahli Umno perlu diperjelaskan berkenaan hala tuju parti pada pilihan raya umum akan datang dan menegaskan mereka perlu elak daripada "mencampur adukkan" kepentingan parti daripada kepentingan individu. "Sebagai sebuah parti yang telah wujud sejak sekian lama, jasa parti tidak ternilai. Namun pengundi hari ini tidak melihat kepada sejarah kejayaan kita sebelum ini. "Mereka mahukan perjuangan kita pada hari ini dan masa hadapan. Oleh itu, kita tidak boleh bergantung kepada sejarah semata-mata, kita perlu melihat kehadiran Umno dalam konteks sekarang dan masa hadapan," katanya dipetik temuramah khas bersama Umno Online. Transkrip penuh temuramah tersebut boleh diakses di Bernama Online. Presiden Umno itu berkta kesemua ahli Umno perlu memainkan peranan bagi memastikan gerak kerja parti selari dengan pilihan raya umum ke-13 akan datang. "Kita perlu menghargai pengundi kerana ada kalanya ahli Umno tidak mengundi dalam pilihan raya. Kita perlu memastikan setiap 3.3 juta ahli itu memainkan peranan mereka," kata Najib. Umno, jelas Najib tidak lagi boleh bergantung kepada "perkara biasa" mereka perlu berusaha gigih mengatur strategi terutamanya di negeri yang mana Barisan Nasional (BN) telah tewas kepada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya 2008. Beliau berkata, walaupun terdapat "ura-ura" angin perubahan sedang berlaku di negeri-negeri PR, persoalannya adalah adakah pengundi bersedia memilih BN ketika pilihan raya nanti. "Kita perlu melipat gandakan usaha memberi penjelasan kepada rakyat bahawa pembangkang tidak berupaya untuk mentadbir negara dan negeri, berbeza dengan dakwaan mereka. "Jika kita ingin menjatuhkan pembangkang di negeri-negeri ini, kita perlu bekerja keras," tambah Najib, kerjasama dalam parti perlu untuk mereka memenangi pilihan raya. BN mengalami kekalahan terburuk mereka apabila lima negeri jatuh kepada PR pada 2008, di bawah pimpinan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Selepas mengambil alih kuasa pada 2009, Najib telah membuat pembaharuan termasuk meliberalkan akta drakonian seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), malah telah membentuk badan dwi-partisan untuk menambah baik sistem pilihan raya negara. Bagaimanapun, kumpulan seperti Bersih masih berkeras tidak menerima pembaharuan yang dilaksanakan Najib dan mengadakan tunjuk perasaan bagi meluahkan ketidak puasan hati mereka minggu lepas, dan juga sebelumnya pada 9 Julai lalu. Najib dijangka akan melaksanakan pilihan raya pada Jun tahun ini, selepas memberikan wang tunai secara "one-off" kepada rakyat berpendapatan rendah di negara ini dan juga pengenalan dasar gaji minimum minggu lepas. | ||
Bersih: PR dakwa Najib buat kenyataan lucu Posted: 05 May 2012 05:32 AM PDT SHAH ALAM – Dua lagi komponen Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, kononnya perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu satu usaha mahu menggulingkan kerajaan, sebagai pandangan melucukan. Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Najib itu amat lucu kerana mustahil untuk menggulingkan sebuah kerajaan hanya dengan membawa botol-botol air mineral. "Kalaulah benar tujuan perhimpunan Bersih 3.0 diadakan untuk menggulingkan kerajaan, sudah pasti mereka akan membawa senjata dan destinasinya, bukan ke Dataran Merdeka, sebaliknya ke Putrajaya. "Sebenarnya, kerajaan sedang menggunakan pendekatan menakut-nakutkan rakyat dengan sekatan maklumat dan dalam masa yang sama, menutup soal pokok yang menjadi tuntutan sebenar Bersih 3.0 diadakan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online. Dalam satu dibuat di Gua Musang semalam, Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, perhimpunan badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang berhampiran Dataran Merdeka, Sabtu lepas, adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi. Perdana Menteri berkata, tindakan itu menunjukkan pihak yang terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah. "Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan. "Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir," katanya. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen turut mendakwa, apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan di bawah pimpinan Najib adalah supaya rakyat terus mempertahankan sebuah kerajaan yang 'kotor' termasuklah cara pemilihan wakil rakyat yang tidak adil. Ketika diminta mengulas kenyataan Najib bahawa tindakan peserta perhimpunan cuba menjadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir, Mahfuz berkata, kenyataan itu adalah tidak tepat. "Kalaulah kesemua peserta Bersih itu dibenarkan duduk di Dataran Merdeka, pasti semua masalah yang timbul pada hari berkenaan tidak akan berlaku. "Kami hanya ingin duduk dan menyatakan bantahan dan menuntut agar diadakan pilihan raya yang bebas dan adil. Itu sahaja," katanya. Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw meminta Perdana Menteri mengklasifikasikan dua perhimpunan Bersih yang diadakan sebelum ini. "Kalau Bersih 3.0 beliau (Najib) kata nak gulingkan kerajaan, habis Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 pula nak gulingkan apa? "Pakatan Rakyat tidak akan mengambil alih kerajaan melalui cara yang beliau (Najib) katakan itu, sebaliknya kami tetap berpegang kepada proses demokrasi iaitu melalui pilihan raya, sebab itulah perhimpunan ini diadakan, untuk menuntut perjalanan pilihan raya yang bersih," jelasnya. Tambah Seng Giaw, tindakan pihak berkuasa menyembur air, gas pemedih mata dan mengenakan kekerasan kepada peserta perhimpunan tempoh hari juga dilihat sebagai tidak wajar. "Tindakan itu benar-benar menyusahkan peserta perhimpunan yang hadir pada hari berkenaan untuk menyatakan hasrat mereka. "Bukan sahaja peserta perhimpunan, malah ada juga pengamal media yang turut mengani tempias tindakan polis," katanya. | ||
PKR lancar 'Merdeka Rakyat': Pengumuman penting Anwar mengenai SPR Posted: 05 May 2012 05:26 AM PDT Rafizi Ramli Sokongan ratusan ribu rakyat dari seluruh pelosok negara yang turun dengan satu suara menuntut proses demokrasi yang adil adalah catatan sejarah negara. BERSIH3.0 yang menyatukan rakyat pelbagai latar belakang seharusnya dirayakan semangat dan prinsipnya. Malangnya, ada pihak yang cuba menutup isu sebenar yang dibawa BERSIH3.0. Suara rakyat yang mewakili jutaan rakyat mahu ditutup dengan cerita picisan yang memfitnah rakyat. Rakyat yang menjadi mangsa akibat kekerasan dan keganasan polis diserang bertalu-talu di media kawalan Umno/Barisan Nasional sedang pemangsa yang ganas dilindungi. KEADILAN akan terus membawa berita gembira dari BERSIH3.0 ke seluruh negara mengenai kebangkitan rakyat. Tarikh 28 April 2012 akan kita nobatkan sebagai Merdeka Rakyat. Pelancaran siri ceramah perdana dan jelajah "Merdeka Rakyat: Pasca BERSIH3.0" akan disempurnakan sendiri oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim pada hari Isnin, 7 Mei 2012 di Padang Kampung Baru, Batu Caves, Gombak jam 9 malam. Ia akan turut disertai pimpinan terkanan KEADILAN dan jemputan kepada pimpinan PAS dan DAP. Dato' Seri Anwar Ibrahim dijangka akan membuat pengumuman penting mengenai kedudukan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dalam majlis pelancaran Merdeka Rakyat pada hari Isnin ini. Selain fokus kepada kejayaan rakyat menuntut proses demokrasi yang disuarakan melalui BERSIH3.0, KEADILAN juga akan menayangkan dengan terperinci kejadian keganasan yang dilakukan pihak berkuasa. Peluang ini juga akan digunakan untuk membongkarkan perkembangan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan Dato' Seri Najib Tun Razak. Siri ceramah perdana dan jelajah Merdeka Rakyat: Pasca BERSIH3.0 akan dibawa ke seluruh negara untuk memastikan api semangat rakyat menuntut proses demokrasi yang adil akan terus membakar. MOHD RAFIZI RAMLI Pengarah Strategi KEADILAN | ||
Mainan minda: Jika Mahathir silap, tidak akan ada lagi tragedi 13 Mei Posted: 05 May 2012 05:22 AM PDT Moaz Nair, Malaysia Chronicle Negara ini di perintah dengan sistem 2 parti yang berjalan lancar untuk negara. Berbeza dai parti2 politik tahun2 yang lampau, kedua parti gabungan tersebut-Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR)- diwakili oleh rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, dengan kedua nya di dominasi oleh etnik Melayu, yang membentuk golongan majoriti negara ini. Kebijaksanaan rakyat telah membawa kepada kewarasan politik sebegini.Untuk pilihan kerajaan yang lebih baik, sistem ini patutu kekal di negara ini, Umno atau BN tidak boleh dilihat sebagai satu-satunya parti yang mewakili semua rakyat. Untuk selamatkan UMNO Dengan setiap gabunag diwakili oleh semua kumpulan etnik, rakyat tidak akan dengan mudah tersasar ke arah satu lagi kekacauan ber darah antara kaum seperti rusuhan provokasi tahun 1969 . Pendapat Mahathir Mohamad mengenai isu 13 Mei, sebagaimana dilaporkan, masih dipengaruhi fahaman lama nya yang tidak wajar,yang mana sudah tidak relevan lagi dalam situasi konteks politik semasa. Peringatan mengenai 13 Mei sebelum pilihanraya umum ialah cara Mahathir mengejutkan rakyat supaya tidak mengundi pembangkang- satu skim politik untuk menyelamatkan UMNO dari terus tenggelam. Mahathir memang sedar kegagalan Najib sebagai pemimpin. Jujurnya,Mahathir tidak menyukai Najib sebagai pemimpin UMNO tetapi lebih sayangkan UMNO. Tapi kejatuhan Najib sudah tentu mengakibakan kejatuhan UMNO, jadi Mahathir bekerja keras untuk selamatkan UMNO dari menjadi burung "dodo', dan beliau tidak boleh bergantung kepada Najib semata-mata untuk menyelamatkan UMNO. Lawatan terbaru Shaaribu Setev, bapa mendiang Altantuya (muag rohnya dalam ketenangan) dan komen spontan nya berkenaan peristiwa yang membawa kepada kehilangan anak perempuan kesayangan nya di Malaysia terus menjatuhkan reputasi Najib. Mahathir menggunakan insiden 13 Mei sebagai alasan untuk memastikan UMNO masih berkuasa sudah menjadi satu 'cliché'. Cara menakut nakutkan sebegini tidak lagi berhasil kepada generasi baru rakyat Malaysia. Pembangkang hari ini bukan lagi mementingkan diri dan tidak boleh disamakan dengan pembangkang era 60an. Pembangkang kini di dominasi oleh kaum Melayu yang membentuk majoriti dalam PAS dan PKR. Malah DAP ialah pari berbagai kaum yang mempunyai ramai ahli dan penyolong dari kaum Melayu, berbanding MCA. Negara ini secara relatif nya lebih stabil, bukan kerana ketakutan kepada sebarang perselisihan antara kaum tetapi kematangan dan tolak ansur kaum majoriti. Tahap toleransi adalah tinggi dikalangan semua laum dan agama. Tambahan lagi, darah semua kaum di negara ini mengalir dalam semua bangsa campuran di negara ini setelah 6 dekad merdeka. Ada pertimbangan untuk rakyat Malaysia dari kumpulan etnik berlainan kerana perkahwinan campur. Rakyat dari berbagai kaum mula menerima yang semua rakyat ada tempat di negara ini dan tidak ada satu bangsa pun yang patut mendominasi bangsa lain dalam semua aspek kehidupan samada ekonomi, politik atau sosial. Dan golongan minoriti tidak patut ditindas atau di pinggirkan. Golongan miskin Sebelum atua ketika insiden 13 Mei berlaku- hanya 12 tahun selepas merdeka- rakyat negara ini berpuak-puak. Negara ini terbahagi kepada dua bahagian politik iaitu kaum Melayu di satu pihak dan bukan Melayu di pihak yang satu lagi. Latarbelakang politik semua parti ketika itu tidak sesihat apa yang terdapat di negara ini pada masa kini. Rakyat ketika itu menganggap negara ini sebagai kepingan mozek, dan bukan nya satu tempat untuk bercampur. Intergrasi bukan keutamaan setiap parti politik zaman itu. Politik ketika itu ialah jenis cantas mencantas dimana ramai oportunis dari kedua pihak dalam bahagian politik tersebut gilakan kuasa dan mengabaikan realiti komposisi berbagai kaum negara ini. Rakyat juga terbahagi secara ekonomi.Kebanyakan nya-kaum Melayu dari kampung, kaum Cina di kampung 2 baru dan kaum India di estet- tergolong dalam kemiskinan. Jurang antara yang kaya dan yang miskin sangat luas. Bila majoriti kaum Cina dari kawasan bandar mendominasi ekonomi dan pendidikan, kaum Melayu,India dan golongan miskin Cina kebanyakannya berpendapatan rendah dan bekerja di sektor pertanian yang kurang menguntungkan seperti menjadi petani, nelayan dan buruh. Ramai golongan muda Melayu letika itu tidak dapat melihat realiti masyarakat majmuk yang menganjurkan perpaduan dan kemajuan masyarakat. Tidak syak lagi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan selepas 13 Mei itu perlu dan mennyumbang kepada keamanan,kestabilan dan kemajuan. Namun, ia tidak dilaksanakan mengikut semangatnya yang asal. Akibatnya,ia memburukkan lagi perpecahan dan tiada perpaduan antara rakyat hari ini dan seterusnya bercanggah dengan tujuan utama DEB sebagaimana yang diilhamkan oleh perancangnya. DEB berjaya dan pada mas ayang sama gagal. Ia berjaya untuk golongan Bumiputra tertentu yang mempunyai hubungan dari segi ekonomi.Tetapi bagi kaum Melayu,India dan Cina yang miskin, mereka masih di takuk lama. Bagaimanapun, hari ini, Bumiputra ada diwakili dalam semua profesion utama dan mendominasi semua peringkat dalam sektor awam. Juga terdapat kesedaran dan kestabilan ekonomi dan sosial, tetapi ini menjejaskan intergrasi dan perpaduan nasional. Sebahagian besar kaum bukan bumiputra dipingirkan. Jika DEB dilaksanakan mengikut semangat dan tujuan asalnya, mungkin sudah tiada lagi golongan miskin. Pemerintahan yang buruk, rasuah dan perasaan tamak DEB disalahguna bila golongan minoriti yang mempunyai kaitan politik beroleh untung atas kesempatan golongan majoriti. Rakyat yang paling terasa tempiasnya ialah golongan yang sepatutnya dibantu melalui DEB- golongan miskin dari semua kumpulan etnik. Dan hari ini , terdapat jurangan pendapat yang nyata dikalangan kaum Melayu, dan antara kaum Melayu dan bukan Melayu. Perlaksanaan sambil lewa polisi DEB melalui pemerintahan yang buruk, rasuah dan rasa tamak menghislkan satu golongan yang mengdapatkan untung yang sepatutnya menjadi hak golongan miskin dan tidak ber kemampuan dari semua kaum.Disini lah Umno telah menghampakan negara. Parti2 politik di negara ini tidak didominasi oleh pemimpin2 yang jujur sejak tahun 60an. Ahli politik terlalu taksub dengan part mereka sendiri yang mewakili satu kaum atau agama sahaja. Dominasi kaum atau agama lah yang mewarnai agenda politk ketika itu. Bagaimanapun, semua elemen ini telah berubah sejak 33 tahun selepas 13 Mei. Ramai rakyat hari ni mahu melihat realiti masyarakat majmuk berbagai kaum tanpa ada kumpulan yang menganjurkan politik yang didominasi perkuamnan atau agama. BN sepatutnya mengurangkan politik berpuak-puak ini. Sebelum 13 Mei 1969, 3 parti politik etnik yang membentuk Perikatan-UMNO,MCA dan MIC. Tapi masih seperti 'utopian' kerana ahli politik BN tidak puas hati dengan banyak isu-isu yang mengutamakan satu kaum sahaja. UMNO sebagai yang paling dominan dan kaum Cina dan India di pinggirkan dalam banyak sektor ekonomi dan sosial negara ini. Diwakili oleh kaum Melayu juga Idea untuk 2 parti tidak di promosi dengan cukup ketika itu.Parti politik lebih menumpukan untuk menjatuhkan antara satu sama lain, dengan persepsi mereka boleh memerintah dengan parti berasakan kaum. Politik hari ini berubah kepada satu entiti yang semakin matang dengan kebanyakan parti politik diwakili oleh semua kaum. UMNO di satu pihak dan PAS bersama PKR disatu pihak lagi mempunyai lebih kurang 50 peratus penyokong Melayu setiap pihak dan ini menunjukkan orang Melayu diwakili secara adil oleh parti2 politik Melayu. Kaum India dan Cina juga terbahagi kepada dua kem. BN dan PKR. Jika Melayu UMNO terus abaikan rakyat dengan anggapan hanya dengan Umno lah dunia orang Melayu,Islam dan raja akan dilindungi, Pakatan juga boleh mmebuat kenyataan sama kerana ia juga diwakili oleh orang Melayu. Beza nya Cuma bila UMNO menggunakan isukaum, agama dan raja untuk menipu rakyat bagi terus berkuasa, PR tidak menggunakat helah begitu untuk meraih sokongan rakyat. Kepada pembangkang, keadilan sosial ialah yang utama. Golongan miskin, tanpa mengira kaum dan agama, tidak akan dipinggirkan. Islam diterima sebagai agama resmi dan isu Raja tidak timbul, kerana perlembagaan telah menyatakan sejelasnya kedudukan mereka di negara ini. Tiada persolan untuk menukar negar aini kepada repuplik kerana sistem monarki masih menjadi warisan di negara ini. Syaitan yang lebih mulia antara keduanya Tambahan pula, kerajaan yang boleh menggantikan BN akan lebih kurang diwakili oleh wakil kaum yang sama. Pembangkang tidak boleh dilihat sebagai mewakili satu kaum sahaja. Ini yang membawa kepada situasi politik ideal dinegara ini- kebangkitan sistem dua parti untuk memenuhi spektrum rakyat yang lebih meluas. UMNO's game on race and religion to scare the non-Malays is no more sellable. If Mahathir feels it's the fear of race riots recurring that has helped to keep the BN parties together, PR too can be kept together for the same reason. PR has to be reckoned with seeing the success of the states governed by this coalition. There is peace and stability in all the states under PR despite all the racial and religious provocations made by the sore losers after the 2008 general election. Permainan perkauman dan agama UMNO bagi menakutkan orang bukan Melayu sudah tidak laku. Jika Mahathir rasa ketakutan akan berulangnya rusuhan kaum membantu parti2 dalam BN bersatu, PR juga boleh terus bersatu dengan alasan yang sama. PR sudah dilihat berjaya memerintah negeri2 yang di kuasainya. Terdapat keamanan dan kestabilan di negeri2 dibawah PR walaupun ada provokasi perkauman dan agama yang dibuat oleh mereka yang tidak dapat menerima kekalahan dalam pilihanraya 2008. Rakyat di negeri2 ini tidak bertindak terburu-buru terhadap provokasi yang berbaur politik. Insiden kepala lembu (2008) kerana penempatan semula kuil Hindu di Selangor tidak mengundang sebarang reaksi negatif dari masyarakat Hindu, insiden cubaan membakar gereja di beberapa bahagian di negara ini tidak mencetus peranga agama antara orang Islam dan orang Kristian, kecaman terhdapa Kristian tidak mencetus rovokasi kepada golongan minoriti Kristian, beberapa insiden bangkai babi di lontar ke kawasan masjid tidak berakhir dengan orang Islam bermusuh dengan kaum Cina. UMNO dan rakan subahat mereka- terlalu nak menang dan dengan berbagai modus operandi- cuba mencetuskan ketidak amanan dikalangan rakyat tapi terus gagal. Tanpa peranan UMNO Ada kecenderungan untuk provokasi kecil berlaku jika UMNO kalah besar dalam PRU akan datang.Tapi ini akan di sesuaikankan oleh rakyat yang berfikiran rasional- bangsa Melayu dalam Pakatan terutamanya. Tiada sebab untuk kaum kaum lain merasa takut dengan taktik kejam UMNO. UMNO kini mesti menerima hakikat bahawa ia tidak lagi mewakili semua bangsa Melayu di negara ini.PAS dan PKR juga mewakili orang Melayu. Faktor ini sahaja sudah cukup untuk meneutralkan seluruh proses politik negara. Negara ini sudah keraha negara dimana seluruh rakyat diterima sebagai warganegara. Mereka mahu mengambil bahagian dengan cara aman dan demokratik. Hari ini, bila negara melihat PAS dan PKR bekerjasama dengan DAP, tiada rungutan dari orang Melayu atau kebimbangan yang DAP akan menetang mereka. Mereka, dengn cara tersendiri, meneutralkan DAP dalam politik Malaysia. Permusuhan yang wujud sejak tahun 60an antara orang Melayu dan orang Cina tidak dapat dinafikan sudah tiada lagi. P.Pinang di bawah Lim Guan Eng membuktikan rakyat dari semua kaum (0. 670 juta Melayu,0.659 juta Cina dan 0.155 juta India) dan agama boleh hidup aman walaupun tanpa UMNO.Selangor di bawah Khalid Ibrahim terbukti yang negeri berpenduduk 5.46 juta , terdiri dari 2.81 juta Melayu, 1.44 juta Cina dan 0.670 juta India, berjaya hidup harmoni tanpa peranan UMNO. Jadi UMNO tidak boleh mendakwa hanya UMNO saja parti yang membawa keamanan dan kestabilan di negara ini. Mereka tidak lihat perkauman sebagai ancaman The country now belongs to all Malaysians – with all races respecting one another. There are opportunities for all as what is being practised in Penang, Selangor and other states under PR even if the process of adjusting to this new social reality is going to take some time. For sure, no Malaysians will be marginalised. The majority Malays of today are sensible enough, as they know that they will not be left in the doldrums with such changes taking place. They will evolve to become a respectable race – away from any form of feudal indoctrination by UMNO – to be able to face healthy completion in life. Negara ini sekarang kepunyaan semua rakyat Malaysia- semua kaum menghormati antara satu sama lain. Peluang terbula untuk semua sebagaimana yang diamalkan di Pulau Pinang,Selangor dan lain2 negeri dibawah PR walaupun proses penyesuain kepada realiti sosial ini mengambil masa. Sudah tentu tiada rakyat Malaysia akan terpinggir. Tanda2 yang positif kepada negara ini sekarang bila bangsa Melayu tidak rasa terancam bekerja dengan kaum2 lain. Mereka tidak lagi melihat laum lain sebagai ancaman kepada negara tetapi rasuah berterusan dan pemerintahan buruk oleh UMNO yang mengganggu kesedaran mereka. Orang Melayu bersatu dengan kaum lain untuk memerangi salahguna kuasa oleh UMNO dan memulakan entiti politik alternatif di negara ini bagi menentang UMNO . Secara statistik, pembangkang hari ini lebih mewakili kaum Melayu, berbanding kaum Cina dan India. Isu yang Melayu ,Islam dan Raja akan terkesan jika pembangkang memerintah Cuma helah politik UMNO untuk menipu orang Melayu. Tiada sesuatu bangsa yang boleh memimpin negara tanpa sokongan bangsa lain.Ini lah sebab BN di tubuhkan.Dan untuk sebab sama Pakatan ditubuhkan. Isu nya sekarang bila BN entiti yangbergelumang rasuah dan tidak berupaya,maka ada entiti alternatif untuk rakyat memberi mandat. Ini lah sebahagian proses demokrasi. Jika UMNO rasa hanya mereka boleh menjamin kepentingan kaum lain, PR sebagai parti berbagai kaum juga percaya hal yang sama. Tapi bila UMNO dilihat hanya memberi janji manis mereka, PR kelihatan bertindak seperti yang mereka janjikan. Ini terbukti di semua negeri dibawah Pakatan.Ini perbezaan UMNO dan PR. Pilih Melayu yang lebih baik untuk mentadbir Negara UMNO yang gila kuasa, sudah tentu gembira jika gabungan Pakatan runtuh dan memberi jalan kepada sistem satu parti. Ini tidak akan terjadi, kerana satu ketika dulu gabugan rapuh PAS,PKR dan DAP telah berkembang kepada satu entiti stabil- yang tidak goyah, malah menjadi alternatif kepada BN dalam senario terkini. Rusuhan kaum yang diprovokasi berlaku pada 13 Mei 1960. Ia dicetuskan selepas parti pembangkanag mengenepikan Perikatan yang diketuai UMNO untuk majoriti dua pertiga mereka di Parlimen. Ini dilihat oleh UMNO sebagai kuasa Melayu yang mula lenyap. Tetapi hari ini, jika BN tewas dalam PRU akan datang, negara masih akan diwakili oleh bangsa majoriti Melayu. Tiada sebab kenapa UMNO perlu salahkan pembangkang atau menakut nakutkan rakyat dengan rusuhan kaum. Hanya kerana rakyat memilih Melayu yang lebih baik untuk memerintah negara. Masalah UMNO dan BN tiada kena mengena dengan kaum atau agama tetapi sikap tidak peka kepada perubahan dalam memerintah negara. Rasuah, salah guna dana,skandal,kronism dan nepotism semuanya menyumbang kepada musibah dalam negara ini. Walaupun gagal, UMNO masih utuh mempertahankan yang mereka berhak dari yang lain untuk memerintah negara hanya keranan mereka mewakili orang Melayu. Tapi elemen Melayu ini juga diwakili oleh gabungan pembangkang. Orang Melayu diwakili dengan sewajarnya dalam pakatan pembangkang. Elemen ini yang membuatkan gabungan Pakatan kelihatan berjaya di P.Pinang,Selangor, Kedan dan Perak.Jadi apa masalahnya?. Tiada lagi rusuhan kaum Teras utama dalam BN-UMNO ialah ketidaksamaan hak dan pengadil malangnya dilihat sebagai kaki buli. Ahli komponen dalam BN berada dalam gabungan bagai peminta sedekah meminta2 untuk kaum minoriti. Dalam pembangkang, pemimpin dari mana-mana kaum etnik mewakili rakyat semua kaum dan beliau akan memastikan hak semua diambil kira. Teras utama BN-UMNO ialah kelemahan utama dalam BN dari segi tanggungjawab dan ketelusan. Selalunya mereka dilihat sebagai terllau bongkak dan pentingkan diri, mmebuli rakan gabungan mereka untuk menutup mulut. Jadi UMNO juga menghampakan parti parti komponen BN. Rakyat tidak mahu rusuhan kaum lagi kerana tiada siapa dalam negara ini-Melayu atau bukan Melayu- yang mendapat apa-apa dari nya. Rakyat hari ini mahu demokrasi sebenar di Malaysia dimana pemilihan yang adil akan menentukan gabungan mana yang akan memerintah negara. Mereka mencari perpaduan antara kaum sebagai rakyat Malaysia. BILa UMNO gagal semarakkan semuala semangat " perpaduan dalam kepelbagaian untuk masa depan lebih baik,pilihan rakyat sudah tentu kepada pembangkang. Usaha kerajaan untuk memulihkan perpecahan dikalangan rakyat tidak memadai bila kaum dan agama dipermiankan untuk menakutkan rakyat. Mengabaikan UMNO, kebangkitan sistem dua parti akan memberi lebih peluang kepada rakyat memilih pemimpin yang lebih baik. Tiap gabungan akan berusaha gigih untuk meyakinkan dan menyatukan rakyat dan ini adalah sesuatu yang memberangsangkan untuk negara ini. Malaysia Chronicle | ||
Pulau Pinang gubal undang-undang pilihan raya PBT Posted: 05 May 2012 05:17 AM PDT GEORGETOWN - Rang Undang-undang Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), Khamis ini. Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu LintasPulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, rang undang-undang itudigubal sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan. "Kerajaan Negeri percaya kelulusan enakmen ini akan membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya bagi memilih ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)," katanya pada sidang media di Komtar semalam. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padang Kota memberitahu rang undang-undang yang digubal itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. "Bagaimanapun, Kerajaan Negeri memohon mahkamah tinggi untuk menyemak semula rang undang-undang yang dikemukakan itu sama ada selari dengan undang-undang negara. "Sekiranya, mahkamah memutuskan rang undang-undang sah, Kerajaan Negeri meminta mahkamah mewajibkan SPR mengadakan pilihan raya tempatan," katanya. Kon Yeow berkata Kerajaan Negeri mahu pilihan raya tempatan diadakan dalam proses pemilihan ahli majlis sejajar dengan sistem demokrasi berparlimen. "Ia bertujuan memenuhi jaminan dan perjuangan bagi memulihkan demokrasi untuk kerajaan tempatan selain mengembalikan kuasa kepada rakyat. "Tanpa pilihan raya tempatan sebenarnya tidak dapat memperbaiki khidmat kepada rakyat kerana mereka tidak diberi peluang memilih pemimpin yang sesuai," katanya. Sejak mengambil alih kerajaan pada Mac 2008, PR melakukan pelbagai usaha untuk mengembalikan hak rakyat melalui pilihan raya peringkat PBT. Pada 11 Ogos 2009, Kerajaan Negeri meluluskan usul dalam Dun menuntut Kerajaan Persekutuan menghidupkan kembali pilihan raya kerajaan tempatan. Kerajaan Negeri mendapatkan khidmat panel peguam Tommy Thomas, Yeo Yang Poh dan Malik Imtiaz untuk memberi nasihat tentang hak dan kuasa Kerajaan Negeri mengadakan pilihan raya tempatan. Pada 13 Julai 2009, Kerajaan Negeri menghantar surat kepada Majlis Kebangsaan Pihak Berkuasa Tempatan di bawah Artikel 95A Perlembagaan Persekutuan untuk membincangkan isu pilihan raya tempatan tetapi cadangan itu ditolak. Berdasarkan nasihat panel peguam, Ketua Menteri, Lim Guan Eng menulis surat kepada SPR pada 4 Mac 2010 memintanya mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan berdasarkan Perkara 113(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut undang-undang Persekutuan atau negeri boleh memberi kuasa kepada SPR untuk menjalankan pilihan raya selain daripada yang disebut dalam Fasal (1). Bagaimanapun, menurut Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, surat balasan SPR pada 23 Mac 2010 menolak permintaan Kerajaan Negeri itu. "Kerajaan Negeri tidak mempunyai pilihan kecuali memulakan prosiding undang-undang untuk menuntut SPR mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan melalui peruntukan undang-undang," katanya. | ||
Polis akan ambil tindakan terhadap penganjur Himpunan Tanah Rakyat Posted: 05 May 2012 05:15 AM PDT SINAR HARIAN Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara ACP Ruslan Hassan berkata penganjur perhimpunan seharusnya menghantar notis perhimpunan 10 hari sebelum tarikh penganjuran tetapi mereka hanya menghantar notis tersebut semalam. Beliau berkata pihak penganjur juga tidak mendapat kebenaran daripada pengurusan Plaza Angsana, UDA Holdings Bhd untuk melakukan perhimpunan di lokasi tersebut. "UDA Holdings juga telah membuat satu laporan polis pada minggu lalu mengenai perkara ini. Kita akan membuka kertas siasatan dan mengambil tindakan berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang ada," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Himpunan Tanah Rakyat yang dianjurkan Gabungan Tanah Rakyat (Tanah) yang mulanya menyasarkan kehadiran peserta seramai 30,000 orang bagaimanapun gagal apabila hanya disertai kira-kira 500 peserta sahaja. Perhimpunan itu turut disertai oleh pemimpin-pemimpin pembangkang termasuk Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan. - Bernama | ||
Kerakyatan tercicir: Kenapa baru sekarang nak berebut buat baik? Posted: 05 May 2012 05:09 AM PDT Viktor Wong, Malaysia Chronicle Pemerhatian yang teliti telah kami buat beberapa hari yang lalu berhubung dengan insiden seorang pemimpin PKR yang teruk dibelasah oleh sekumpulan ahli-ahli pemuda MIC sewaktu berada di hadapan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Pemimpin PKR tersebut adalah sebahagian daripada rombongan ahli-ahli PKR bersama dengan keluarga seorang pelajar berbangsa India yang sehingga kini tidak diberikan kad pengenalan (MyKad), dalam perjalanan mereka untuk ke JPM untuk menuntut berjumpa dengan perdana menteri mengenai masalah pelajar tersebut yang sebelum ini tidak dapat mendaftarkan diri untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Adakah usaha yang dilakukan oleh rombongan PKR itu salah dan melanggari undang-undang sehinggalah sekumpulan ahli-ahli pemuda MIC bertekad untuk menghalang rombongan PKR itu daripada sampai ke JPM? Kenapa baru sekarang MIC hendak berebut dengan PKR untuk berbuat baik? Apakah MIC telah buat untuk masyarakat India selama ini? Kenapa baru sekarang MIC sedar bertapa ramainya di kalangan masyarakat India yang kerakyatan mereka tercicir dengan begitu lama? Ke mana pergi MIC sebelum ini? Kami juga telah mendapati bukan sahaja pelajar tersebut yang menghadapi masalah tidak mendapat MyKad. Sebelum ini terdapat juga puluhan kes di kalangan masyarakat India yang sehingga kini masih belum diberikan kerakyatan walaupun telah disahkan yang kebanyakan mereka ini dilahirkan di Malaysia. Apakah punca sebenarnya? Bermacam-macam bentuk masalah yang telah diketengahkan sebelum ini, yakni masalah surat beranak hilang, tidak mendaftarkan kelahiran, ibu atau bapa bukan warganegara, masalah buta huruf, pelbagai karenah dan birokrasi di dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), permohonan yang tidak lengkap, tiada khidmat nasihat yang sempurna dan berbagai-bagai masalah yang tidak terhingga. Masalahnya adalah, ke mana perginya para pemimpin MIC sebelum ini? Kenapa isu-isu ini tidak ditangani oleh MIC sejak dari awal lagi sehinggalah mangsa-mangsa tersebut terpaksa beralih ke parti-parti lain, seperti PKR untuk meminta bantuan? Siapakah yang gagal menangani masalah tersebut? MIC atau PKR? Kejadian tersebut jelas menunjukkan bahawa para pemimpin pemuda MIC berasa amat cemburu dan dengki terhadap usaha-usaha murni beberapa pemimpin PKR yang berjaya mendapatkan perhatian umum mengenai masalah kerakyatan di kalangan masyarakat India baru-baru ini. Selain itu, kejadian tersebut juga telah membuktikan yang MIC langsung tidak berniat ikhlas untuk membantu masyarakat India yang didakwa "diwakilinya" selama ini. Apa gunanya dapat MyKad di hari tua? Kita telah lihat di kalangan parti-parti komponen BN yang lain juga, dah terlewat baru nak sedar akan kesilapan mereka yang lalu. Bukan sahaja MIC, bahkan MCA turut bersikap sedemikian. Di kalangan masyarakat India dan Cina selama ini, terdapat ramai di antara mereka yang gagal mendapatkan kerakyatan mereka sehingga ke hari tua mereka, malah ada di antara usia mereka yang telah melanjut hingga he tahun 90an. Barulah MIC dan MCA ini nak berlumba-lumba dengan PKR atau DAP untuk mendapatkan kerakyatan untuk mereka yang tidak mendapatkan hak mereka selama ini. Dan apabila MyKad untuk golongan ini telah siap, MIC dan MCA dengan segera memanggil sidang akhbar untuk mengumumkan kebaikan dan usaha mereka. Apa gunanya apabila umur seseorang itu telah menjangkau lebih daripada 50 tahun barulah berjaya memperolehi kerakyatan mereka? Apa gunanya mereka-mereka yang kini telah bergelar datuk-datuk dan nenek-nenek baru sekarang mendapatkan kerakyatan mereka setelah mencubanya berdekad-dekad yang lalu tanpa dipedulikan sangat oleh para pemimpin MIC dan MCA. Usia muda mangsa-mangsa ini terbazir dengan begitu sahaja,, bukan itu sahaja, bahkan peluang pendidikan mereka juga terlepas dengan begitu sahaja yang menyebabkan mereka buta huruf sehinggalah ke usia tua mereka. Dah terlewat. Baru sekarang MIC dan MCA nak berbuat baik. Golongan yang kini telah bergelar datuk-datuk dan nenek-nenek ini tidak akan terhutang budi terhadap MIC dan MCA lagi kerana mereka sedar bahawa usia muda dan peluang mereka sebelum ini telahpun hancur dan tidak punyai harapan lagi. | ||
Media siar gambar lucah bermoral rendah Posted: 05 May 2012 05:05 AM PDT Ketua penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, strategi ini telah pun digunakan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui beberapa siri fitnah sejak 1998 lagi. Namun katanya, pendekatan ini terus gagal menjatuhkan pemimpin pembangkang kerana rakyat keseluruhan nyata lebih bijak dalam menilai hakikat dan kebenaran. Baru-baru ini, beberapa gambar didakwa mirip Azmin tersebar di internet dan menjadi bahan blogger-blogger dan media pro Barisan Nasional (BN) untuk menghentam pemimpin PKR tersebut. "Apa yang dilakukan ini, hanyalah penerusan kepada budaya tahyul, liar dan lucah yang menjadi anutan agensi tersebut yang telah diamalkan sekian lama melalui pelbagai penerbitannya. "Adalah jelas, parti dan semua media pendokongnya tidak mempedulikan apakah implikasinya kepada generasi muda yang masih bersih dan belum mengerti apa-apa apabila fitnah seperti ini disebarkan secara terbuka dan berleluasa," katanya dalam satu kenyataan semalam. | ||
Posted: 05 May 2012 04:26 AM PDT PASIR MAS – Lapan pelajar perempuan sekolah menengah dari sebuah daerah yang menyertai perkhemahan di satu kawasan di sini beberapa hari lalu diserang histeria kelmarin. Sinar Harian difahamkan kejadian berlaku serentak malam kelmarin memaksa pihak sekolah menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional atau pun bomoh bagi menenteramkan pelajar terlibat. Pelajar-pelajar ini menjerit, meracau serta memberitahu takut dengan makhluk halus yang dikatakan datang mengganggunya. Salah seorang daripadanya menangis kerana takut serta bimbang kejadian serupa berulang. Beberapa pelajar kembali pulih setelah mendapatkan rawatan daripada bomoh sementara serangan ke atas sebahagian daripadanya berlarutan hingga ke tengah hari semalam. Berikutan kejadian itu, ibu bapa pelajar yang diserang histeria datang melihat keadaan anak masing-masing. Seorang pelajar yang belum pulihkan walaupun diberikan rawatan dibawa keluarganya pulang untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Keadaan ini menyebabkan ibu bapa pelajar terlibat datang mengambil anak mereka sementara pelajar yang mengikuti perkhemahan ini pulang dengan menaiki bas. Pengamal perubatan tradisional dikenali sebagai Rohana berkata, dia diberitahu tentang kejadian pagi semalam dan sempat mengubati tiga pelajar. Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian dia dapat melihat keadaan pelajar yang terkena serangan histeria. "Saya mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit untuk merawat pelajar terlibat. "Alhamdulillah selepas menerima rawatan, kesemua pelajar kembali pulih," katanya. Rohana berkata, pelajar-pelajar ini terkena serangan makhluk halus dan kemungkinan tempat perkhemahan ini merupakan kawasannya. Menurutnya, dia mengubati pelajar-pelajar ini dengan ayat-ayat suci al-Quran. Sinar Harian difahamkan, lokasi perkhemahan sering kali menjadi tumpuan orang ramai melakukan aktiviti tetapi kejadian kelmarin merupakan yang pertama berlaku di sini. | ||
Najib, ganas zalim: BN kalah sebelum PRU ke-13 bermula Posted: 04 May 2012 05:06 PM PDT Ismail Dahlan, Malaysia Chronicle Usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam menyediakan dirinya sebagai reformis tiba-tiba terhenti apabila jalan-jalan di Kuala Lumpur dipenuhi gas pada petang Sabtu yang panas. Najib melepaskan samseng-samseng berbaju biru yang di jalanan untuk memukul dan menendang penunjuk perasaan yang tidak melawan dan bersenjata sebelum menangkap mereka. Mereka bimbang jika perbuatan mereka telah dirakamkan pada kamera dan mereka akan sentiasa dilindungi oleh tuan-tuan mereka. Mengapa Najib membiarkan penganiayaan dan keganasan berlaku begitu hampir dengan Pilihanraya Umum? Pelan itu Nampak seperti diadakan untuk mewujudkan suasana takut dimana BN boleh pergunakan untuk mendapat kelebihan pada pilihan raya lebih daripada apa yang mereka biasa lakukan. BN telah nampaknya kalah dalam pilihan raya dan sedang mencari cara lain akibat terlalu terdesak untuk kembali memegang kuasa. BN sudah kalah dalam pilihanraya ke-13 Najib tidak akan berjaya kerana peristiwa ini dan darah yang telah tertumpah pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April untuk pilihanraya yang bebas dan adil akan diterjemahkan dalam bentuk menentang BN pada pilihan raya yang akan datang. BN dalam usaha untuk cuba menjustifikasikan serangan ganas mereka, berkata mereka hanya menyerang para penunjuk perasaan kerana mereka merobohkan penghalang di Dataran Merdeka. Kita tidak boleh sahkan jika para penunjuk perasaan telah meruntuhkan halangan, tetapi jika mereka telah lakukan apa masalahnya? Menyekat Dataran merupakan suatu perbuatan yang tidak perlu sama sekali dan suatu provokasi oleh BN untuk menghalalkan keganasan yang mereka lakukan pada hari ini. Dataran milik semua rakyat Malaysia dan bukan sekumpulan ahli politik BN yang korupsi. Jadi, apa masalahnya jika sekumpulan rakyat Malaysia mahu duduk di sana? Ia adalah sebuah padang, dan bukan persimpangan jalan yang sibuk! Bersih harus lebih agresif: Fikirkanlah tentang pengorbanan para pemprotes dan janganlah 'kiasu'. Dalam hal ini, sudah tentu, kita sama sekali tidak bersetuju dengan kepimpinan Bersih yang lemah kerana, selepas berkumpul lebih daripada seratus ribu orang, dan mengelilingi Dataran daripada semua arah; dalam anti-klimaks yang menghairankan; mengarahkan para penunjuk perasaan untuk bersurai. Ini setelah hampir 30 minit selepas bantahan Bersih bermula! Tiada siapa yang datang dari Kedah, Kelantan, Johor mahupun Bangsar hanya untuk mendengar Ketua Bersih, Ambiga Sreenevasan memberitahu mereka untuk pulang ke rumah. Para penunjuk perasaan yang berani dan komited sangat kecewa oleh jawatankuasa Bersih pada 28 April itu. Jika jawatankuasa Bersih ada niat untuk menyelamatkan penunjuk perasaan dari bahaya, maka mereka belum kenal siapa itu BN. Lihat apa yang BN telah lakukan! Cuba rasakan kesakitan mereka yang telah ditumbuk, ditendang dan dipukul sebelum diheret ke beberapa pusat tahanan. Kalah Dengan taktik zaman lapuk mereka, BN hanya berjaya menjadikan lebih ramai rakyat Malaysia semakin radikal dan telah mengubah penunjuk perasaan aman menjadi pejuang. Ini jelas ditunjukkan oleh para penunjuk perasaan seramai 5,000 orang atau yang bertindak balas terhadap gas dan air pemedih mata kerana enggan beredar dan terus dengan perjuangan mereka. Najib boleh memutuskan untuk memberi perhatian kepada sebilangan peserta demo dan memperkenalkan perubahan yang sebenar di Malaysia dalam masa yang singkat dia memegang jawatan Perdana ini. Atau dia boleh teruskan sahaja dengan reformasi palsunya. Apa jua yang dilakukannya sekarang, dia masih akan kalah pada pilihan raya kali ini. Segalanya sudah terlambat bagi Najib.Malaysia Chronicle |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan