Kelab Greenboc |
- [Gambar & Video] Indraf 2.0 Berhimpun Suarakan Sokongan Kepada Pakatan
- [MISTERI] Ada "Lembaga Wanita" Dalam Kereta Sinar Harian
- Isu Drag Race: Jawapan Pak Pandir Sang Menteri Belia & Sukan
- Tembelang Terdedah: Restoran Sekinchan Ikan Bakar Di lelong.
- DUN Chempaka Kesan Pertambahan 35 Pengundi Dalam Sebuah Rumah
- [PANAS] Haire Libas Pengkritiknya, Saya Tak Jahil Sangat Nak Anggap PAS Itu Agama
[Gambar & Video] Indraf 2.0 Berhimpun Suarakan Sokongan Kepada Pakatan Posted: 28 May 2012 12:25 AM PDT Kuala Lumpur, 27 Mei — Kumpulan Indian Rights Action Force (Indraf 2.0) hari ini berhimpun bagi menyuarakan sokongan terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) memandangkan pilihan raya umum semakin hampir. Himpunan tersebut yang turut dihadiri pemimpin tertinggi PR seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu juga memperlihatkan kepimpinan PR cuba untuk meraih sokongan pengundi India ekoran penganalisis dan pemerhati politik sebelum ini menyatakan sokongan komuniti tersebut telah kembali kepada Barisan Nasional (BN) ekoran transformasi yang dilaksanakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Himpunan di Girl Guides Hall yang bermula jam 3 petang di Brickfields di sini dan dijangka berakhir jam 8 malam ini turut melihatkan kehadiran Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, serta kepimpinan tertinggi PR yang lain. Menurut penganalisis politik tanah air, polisi-polisi Najib yang dilihat lebih baik berbanding polisi yang diamalkan perdana menteri sebelum ini telah berjaya meraih kembali sokongan pengundi India selepas sokongan mereka berpindah kepada pembangkang pada 2008. Mengulas berkenaan perhimpunan tersebut, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, "PR akan merombak semula polisi ekonomi dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat India di negara ini." Jelas Izzah lagi, Indraf turut menyerahkan memorandum sokongan terhadap PR, yang mana bertujuan untuk mengubah pentadbiran negara ini dan membebaskan pentadbiran daripada belenggu politik perkauman. "Indraf menyerahkan memorandum kepada kami dengan harapan kepimpinan negara perlu diubah bagi mengelakkan politik perkauman," katanya lagi. Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang Dr P. Ramasamy yang hadir dalam perhimpunan tersebut melihat sokongan rakyat India kepada PR semakin kukuh dan turut menepis dakwaan media BN yang menyatakan masyarakat India sudah kembali menyokong mereka. "Itu mainan media BN. Saya yakin masyarakat India menyokong penuh kepimpinan PR. "55 tahun memerintah BN tak mampu menyelesaikan masalah masyarakat India seperti — masalah berkaitan kad kelahiran, kad pengenalan, masalah mendapatkan biasiswa dalam pendidikan, dan masalah dalam meningkatkan ekonomi masyarakat India." tambahnya kepada The Malaysian Insider. Beliau yakin segala masalah komuniti India di negara ini akan beroleh penyelasaian melalui kepimpinan PR dan masyarakat India menolak untuk menyokong MIC atau mana-mana parti yang mewakili masyarakat India selain PR. "Kami sudah tidak percayakan mana-mana parti India lagi temasuk MIC. Kami letakkan kepercayaan penuh kepada Pakatan untuk membantu masyarakat India," katanya dan menambah "Indraf akan bergabung dengan Pakatan dalam pilihan raya akan datang." Perhimpunan Indraf 2.0 hari ini menyaksikan kehadiran hampir 2,000 peserta daripada seluruh negara adalah projek NGO Suara Masyarakat India Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang Dr P. Ramasamy, Presiden National Interlok Action Team, Datuk Thasleem Ibrahim dan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) V. Ganabatiraodan R. Kengadharan. Sepanjang perhimpunan tersebut berlangsung, turut kelihatan anggota polis di sekitar kawasan Brickfield bagi mengawal keadaan lalulintas. -TMI MIV ikrar sokongan pada Pakatan Rakyat |
[MISTERI] Ada "Lembaga Wanita" Dalam Kereta Sinar Harian Posted: 27 May 2012 10:35 PM PDT Kulim - "Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni," jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang. Gambar: Kelihatan imej lembaga berkenaan yang tertera di cermin belakang kereta. Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu. Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya. Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera. Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan. Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan. Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang. Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok. Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran. "Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan. "Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat," katanya. Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi. "Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok. "Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat," katanya. -SH |
Isu Drag Race: Jawapan Pak Pandir Sang Menteri Belia & Sukan Posted: 27 May 2012 07:39 PM PDT Menteri: Jangan politikkan isu kemalangan di acara lumba Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berharap tidak ada pihak mempolitikkan kes kemalangan yang berlaku ketika acara perlumbaan drag sempena Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya, tengah malam tadi. "Kes kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Kalau tak berlaku di sini, tiada jaminan ia tak berlaku di tempat lain. "Program ini melibatkan lebih 500 acara dan membabitkan berjuta pengunjung, dan kes sebegini tidak seharusnya menenggelamkan semangat para belia bersukan, bergiat dan melibatkan dalam aktiviti yang sihat," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kemalangan di Hospital Putrajaya. Dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 itu, seramai 17 orang cedera dan empat daripadanya parah, apabila sebuah kereta dalam perlumbaan tersebut terbabas sebelum melanggar penonton yang berada di luar kawasan dibenarkan. Mangsa yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah Muhammad Iskandar Rasiq Shaari, 20, kerana mengalami sedikit pendarahan di kepala, hati serta limpa, dan Ami Nakim, 27, yang retak kedua kaki dan tangan kiri akibat kemalangan itu. Mangsa lain, Muhamad Fairuz Jalaludin, 27, sedang menjalani pembedahan ketika lawatan itu manakala seorang lagi dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah. Ahmad Shabery berkata beliau akan berunding dengan semua pihak yang berkaitan untuk kebajikan mangsa kemalangan tersebut. "Setakat ini, dari segi perubatan akan dikendalikan oleh pihak hospital dan pihak kami sedia untuk memberi apa jua bantuan kerana yang penting sekali adalah untuk mereka sembuh, jadi kalau ada kos tambahan dan sebagainya, kita akan berunding dengan pihak hospital," katanya. Sementara itu, keluarga mangsa tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kejadian tersebut dan menyifatkan apa yang berlaku sebagai takdir. "Nak kata kecewa tu (memang) kecewa, tapi benda dah berlaku, nak buat macam mana, kuasa Allah. Cuma kita berdoa supaya dia cepat sembuh," kata Nakim Bahari, 57, yang merupakan bapa Ami. Nakim, seorang peneroka dari Gemencheh, Negeri Sembilan berkata beliau juga tidak akan menghalang anaknya meneruskan minat dalam bidang itu selepas ini, dan semuanya bergantung kepada yang empunya diri. "Nanti kalau kita larang, mereka memberontak, lain jadinya, jadi bergantung pada diri sendirilah," katanya. Shaari Bujang, 59, bapa Muhammad Iskandar Rasiq pula berkata acara itu merupakan sukan kegemaran anaknya yang sanggup ke mana sahaja semata-mata untuk menjadi penonton. "Saya menerima panggilan sekitar jam 1.30 pagi tadi (yang memaklumkan kejadian ini). Dia datang ke sini pun saya tak tahu. Memang tak dapat tidur dan resah memikirkan apa yang menimpa anak saya. "Nak kata marah, tak bolehlah, sebab benda ini dah kesukaan dia. Benda ni pun berlaku bukan kehendak kita, dah takdir. Bukanlah nak mengatakan penganjur tu salah, yang menonton pun lebih kurang sama," katanya. - Bernama Himpunan Jutaan Belia: 22 cedera, 3 parah kereta drag terbabas Ulasan GB "Kes kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Kalau tak berlaku di sini, tiada jaminan ia tak berlaku di tempat lain. Bingai betul. Ini bukan soal politik lah Shabbery. Ini soal nyawa, ini soal integriti, ini soal kebertanggungjawaban. Hujah yang digunakan oleh menteri belia itu adalah hujah Pak Pandir. Bukankah apabila anak Pak Pandir mati kerana kecuaiannya, beliau menyatakan pada Mak Andeh, "bukan anak kita sahaja yang mati, anak orang lain juga mati." Sepatutnya pihak pengajur dan kementerian belia sendiri ditahan dan disiasat kerana kegagalan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk acara berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada orang awam. Anehnya berita dari agensi BERNAMA cuba untuk melakukan cover-up terhadap kesalahan dan kecuaian penganjur dan Kementerian Belia & Sukan melalui ayat-ayat ini: Sementara itu, keluarga mangsa tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kejadian tersebut dan menyifatkan apa yang berlaku sebagai takdir. "Nak kata marah, tak bolehlah, sebab benda ini dah kesukaan dia. Benda ni pun berlaku bukan kehendak kita, dah takdir. Bukanlah nak mengatakan penganjur tu salah, yang menonton pun lebih kurang sama" Saya samasekali tidak percaya seorang ayah akan bercakap demikian. GB yakin itu hanyalah ayat-ayat rekaan sang wartawan BERNAMA. GB cabar BERNAMA mengeluarkan transkrip temubual itu jika perkataan itu lahir dari ayah si mangsa. Apa yang ditulis oleh BERNAMA itu hanya untuk mempertahankan acara berkenaan. Itulah juga jenis kewartawanan longkang yang diamalkan oleh BERNAMA selama ini. klik untuk baca |
Tembelang Terdedah: Restoran Sekinchan Ikan Bakar Di lelong. Posted: 27 May 2012 05:01 PM PDT Hermm.. kena lelong ye? Ini baru lagi tau. Lihat tarikh yang dicatatkan melalui notis lelongan awam di atas. 31 Mei 2012. Maksudnya bakal di lelong bukan telah di lelong. Barang2 dalam restoran sekinchan ikan bakar ini di lelong sebab nak mendapatkan wang tunai sebanyak RM31,000. Kenapa nak dapatkan rm31,000? Mestilah sebab nak bayar hutang. Sebab tue larh di lelong. Kalau ada duit nak bayar hutang takdelah kena lelong. Tapi pelik juga kenapa pula Datok Jamal boleh senang hati masuk tv, berdemo kutip duit orang sana sini sehingga mencecah beberapa ribu, lepas tue siap cakap nak tawarkan hadiah kereta mewah yang berharga ratusan ribu kepada pengLIKE facebook page tetapi hutang RM31,000 tak boleh nak bayar pula? -sozcyili Bersih 4.0 tawar hadiah kereta Lamborghini, BMW Ulasan GB Maka hukum kebenaran dan keadilan pun berlakulah untuk mendedahkan apa yang benar apa yang palsu. Ketara sangat kaki kelentong, nak tawar lamborghinilah, BMWlah dan berbagai-bagai lagi sedangkan rupa-rupanya Restoran Sekinchan sudah kena lelong. Halo... Tembelang sudah pecah lagi mahu temberang kah? |
DUN Chempaka Kesan Pertambahan 35 Pengundi Dalam Sebuah Rumah Posted: 27 May 2012 06:54 AM PDT Iskandar Abdul Samad hari ini mendedahkan terdapat pertambahan pengundi meragukan di sebuah rumah di Kampung Pandan di sini serta pertambahan penduduk ketara sejak 2008. Katanya, di tiga lorong itu bagi 10 rumah dari 2007 hingga tahun lalu mencatat pertambahan 236 orang dan ini mendatangkan keresahan kepada penduduk. "Kalau kita lihat yang paling ketara ialah Lorong Cantik di rumah nombor lima, tahun 2007 ada lapan pengundi tetapi yang terkini sehingga 2011 ada 43 pengundi bermakna ada pertambahan 35 orang. "Tidak mungkin dalam rumah sebegini akan bertambah begini ramai dalam masa empat tahun, begitu juga rumah-rumah lain yang dilihat bertambah hingga satu rumah ada 10 orang baru," katanya yang juga Adun Chempaka. Iskandar berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan siasatan dan melakukan tindakan sewajarnya berhubung pendedahan 'pengundi hantu' ini. Tambahnya ia tidak mungkin dilakukan individu tertentu tetapi pihak berkepentingan. "Walaupun masa untuk menyemak dan membantah untuk suku tahun ini telah tamat tetapi demi kredibiliti SPR ia tidak sepatutnya berdiam diri," ujarnya. Seorang penduduk, Mohd Fauzi Ariffin, 26, berkata ayahnya Ariffin Sahak, 76, tinggal bersendirian di rumahnya sejak sekian lama tetapi kini dikatakan terdapat empat penghuni baru yang tidak dikenali. "Semakan mendapati ada empat orang menetap di rumah saya di Lorong Kemajuan 1. Memang saya tak mengenali dan tak tahu siapa mereka ini. "Tahun 2007 hanya ayah saya seorang didaftarkan di rumah ini," katanya. Iskandar berkata, pihaknya menerima aduan berhubung perkara itu dari penduduk tempatan dan ia adalah memeranjatkan. Malah, siasatan mendapati DUN Chempaka mendapat pertambahan pengundi baru kira-kira 25 peratus, ini menunjukkan peningkatan seramai 8,000 pengundi dari 32 ribu kepada 40 ribu pengundi "Hasil kajian ini adalah bukti bahawa terdapat usaha yang terancang untuk memindahkan pengundi-pengundi ke dalam kawasan DUN tertentu di Selangor. "Mereka yang melakukan pemindahan ini mungkin berpandangan bahawa untuk menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melalui proses pilihan raya biasa kemungkinan besar tidak akan berjaya," katanya dalam sidang media di sini hari ini. -selangorku |
[PANAS] Haire Libas Pengkritiknya, Saya Tak Jahil Sangat Nak Anggap PAS Itu Agama Posted: 27 May 2012 05:45 AM PDT Beberapa hari yang alu blog ini ada menyiarkan mengenai tulisan seorang artis bernama Haire Othman yang membidas kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menganggap tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik. Haire di dalam facebooknya menempelak Tok Pa dengan menyatakan jika artis berkempen atau menyertai UMNO tidak pula dijadikan isu dan menanya mengapa para artis tidak boleh berbeza pendapat dengan pihak kerajaan serta mesti ikut mereka seperti lembu. Tindakan Haire itu walau bagaimanapun tidak disenangi oleh golongan pencacai UMNO yang bernama "Adi Isa" yang menulis seperti berikut: Artis itu sangka PAS itu agama seperti kepercayaan ahliahli PAS, rupanya politik Namun tulisan Adi Isa berkenaan dilibas segera oleh Haire Othman dengan menyatakan beliau tidaklah jahil sangat untuk menganggap PAS itu agama, tetapi beliau menyatakan dengan tegas bahawa sekurang-kurangnya beliau tahu membezakan yang mana lebih memeperjuangkan hukum agama Islam. Adi Isa akhirnya terkedu dengan libasan artis berkenaan, disangkanya Haire sejahil dan sejahat dirinya untuk memburukkan PAS dengan menganggap PAS itu agama, masuk PAS masuk syurga. Seperti yang GB katakan sebelum ini bahawa banyak pihak melihat kenyataan Tok Pa berkenaan menyerlahkan keadaan UMNO kini sedang tertekan dengan sikap beberapa orang bekas pegawai kerajaan dan artis/selebriti yang telah mengambil keputusan untuk menyertai PAS. Dan Haire merupakan salah seorang artis yang tidak mahu diperlembukan UMNO! Semoga Allah beri kekuatan dan kecekalan kepada artis ini... klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan