Isnin, 28 Mei 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


UMNO-BN merusuh jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya?

Posted: 27 May 2012 08:34 PM PDT

Baru-baru ini Tun Mahathir Mohamad telah memberikan satu kenyataan kononnya Pakatan Rakyat akan membuat rusuhan sekiranya BN memenangi PRU13. Bekas Perdana Menteri itu sepatutnya tanya Najib Razak sama ada BN mahu merusuh sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Bukankah Najib menyeru kepada semua ahli UMNO supaya mempertahankan Putrajaya dengan nyawa dan darah? Siapa sebenarnya akan merusuh jika kalah?

Sudah 12 pilihan raya umum negara ini sejak 1955, kesemuanya dimenangi oleh BN (dan sebelum 1974, oleh Perikatan – UMNO, MCA, MIC) menjadikan mereka kerajaan paling lama di dalam sejarah dunia, tetapi tak pernah pula berlaku rusuhan oleh oposisi.


Malah bila pembangkang menang lebih sedikit pada tahun 1969, pimpinan UMNO yang memprovokasi rusahan sehingga terjadinya peristiwa berdarah 13 Mei. Tetapi hingga hari ini UMNO dan para pecacainya masih menyalahkan orang lain.

Siapa samseng, siapa anti-demokrasi?

Rakyat sememangnya boleh melihat dan menilai di antara Pakatan Rakyat dan UMNO-BN, siapa yang anti-demokrasi, siapa lebih samseng, siapa yang lebih berkemungkinan untuk merusuh sekiranya kalah dalam PRU 13 nanti.

Hampir setiap hari sejak kebelakangan ini, tanpa putus kita mendengar kisah-kisah lagak samseng UMNO dan para pecacai mereka yang membuat kacau dalam sebarang acara Pakatan Rakyat.

Apakah minda mereka cukup dangkal untuk menerima idea keluhuran proses demokrasi? Sudahlah Pakatan Rakyat tidak mendapat sebarang liputan langsung dalam media massa, bila buat majlis pun diserang, dipukul dan dibaling dengan batu. Inilah 'transformasi' Najib, daripada demokrasi yang sedang membangun kembali kepada zaman jahiliyah.

Amat malang sekali bahawa UMNO tidak mahu menjayakan sebuah demokrasi luhur atau setidak-tidaknya mempromosi demokrasi. Bila diajak debat isu-isu nasional, dia kata debat itu budaya barat. Sudahlah debat tak mahu, bila Pakatan mahu sampaikan mesej, dibaling batu, dipukul oleh samseng-samseng pro-UMNO. Inikah masa depan politik negara yang kita mahukan?

Belum kalah lagi, UMNO dan para pecacai sudah merusuh sana sini. Apatah lagi jika mereka kalah dalam PRU13 nanti. Apakah Najib bersama 'panglima ludah' dan 'pembuat kek tahi' akan mempertahankan Putrajaya 'hingga ke titisan darah terakhir'?

Atau adakah Mahathir sudah memberi isyarat kepada UMNO dan para pecacai untuk menghuruharakan negara mulai sekarang kerana sedar tanda-tanda berakhirnya pemerintahan UMNO-BN semakin jelas?

Dipetik dari – Roketkini.com


MT Umno terima laporan BN tumbang PRU 13

Posted: 27 May 2012 07:19 PM PDT

Blogger Umno Reform, Anuar Mohd Nor mengatakan bahawa ada satu laporan dihantar ke Majlis Tertinggi Umno menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) bakal tumbang pada PRU 13 nanti.

Dalam laporan tersebut, BN dikatakan akan tewas di negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sementara di Johor pula bakal menyaksikan banyak kerusi BN dirampas Pakatan Rakyat (PR).

Laporan tersebut menyatakan puncanya adalah kerana etnik Cina di seluruh negara nampaknya sudah membuat keputusan untuk menolak BN. Klik di sini.


Apa puncanya etnik Cina menolak BN? Apakah kerana mereka sudah faham yang selama ini, BN hanya meneruskan formula penjajah British dalam mentadbir Malaysia?

Atau kerana mereka sudah tidak lagi berjaya ditakutkan dengan momok 13 Mei?
Yang paling penting sekarang ialah kesediaan semua pihak untuk memperkukuhkan negara bangsa Malaysia.

Kita tidak harus lagi hidup terpisah-pisah dalam negara ini. Jangan biarkan lagi politikus yang tentukan halatuju negara.

Rakyat harus bangkit mendesak politikus agar mengikut kemahuan mereka. Ini boleh dilakukan! Bagaimana? Mulakan dengan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube. Kemudian, kembangkan melalui tindakan.

Jika benar BN bakal tumbang. Biarlah ianya berlaku secara aman. Pertukaran kerajaan atau pemerintahan adalah perkara biasa.

Saya sendiri pernah menyaksikan pertukaran Nepal dari sebuah kerajaan yang diperintah oleh Raja selama 4000 tahun kepada sebuah republik.

Pada ketika itu, ramai saintis politik mengatakan Raja mungkin menggunakan tentera untuk pertahankan kerajaannya.

Mereka silap kerana Raja keluar dari istana dengan tenang kerana dia mempunyai kecintaan tinggi terhadap Nepal. Biarlah Nepal jadi republik jika itu yang rakyat mahukan. Asalkan Nepal tidak hancur kerana manusia berebut kuasa.

http://www.aminiskandar.net/2012/05/mt-umno-terima-laporan-bn-tumbang-pru.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter


Malulah Sikit.. Kita Dah Lebih 54 Tahun Merdeka...

Posted: 27 May 2012 04:37 PM PDT

MELAKA: Vateran Umno, Tamrin Ghafar kesal dengan tindakan partinya itu yang sejak kebelakangan ini menggunakan samseng untuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.

"Malulah sikit dengan tindakan samseng baling batu, telur dan lain-lain, kita sudah merdeka lebih dari 54 tahun, takkan masih nak mengamalkan politik macam ini".

"Saya seru pemimpin Umno supaya bertindak matang dan bukan kebudak-budakan macam ini" tegasnya yang merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba.


Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran Majlis Tindakan Dun Ayer Molek di sini malam tadi.

Sementara itu Tamrin berkata, beliau rela dipecat dari Umno demi menegakkan kebenaran dan menentang penyelewengan.

"Saya masih ahli Umno, saya rela dipecat dari Umno demi rakyat, demi menegakkan kebenaran dan menentang penyelewengan," ujarnya yang juga bekas Pengerusi MARA.

"Umno ibarat kereta yang rosak dan buruk, saya seorang mekanik baiki yang mana skru longgar dan goyang," katanya.

Harakahdaily


Umno Pulau Pinang Pulak Mengganas Di Esplanate

Posted: 27 May 2012 07:39 AM PDT


Satu kekacauan tercetus ketika sambutan memperingati BERSIH 3.0 di Pulau Pinang hari ini apabila sekumpulan lelaki mula berteriak ke arah seorang ADUN.

Sekumpulan lelaki itu yang menggangu perhimpunan di Esplanade itu turut mencabar ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tzin untuk berdebat.


Namun, tiada sesiapa mengendahkan provokasi itu, dan peserta perhimpunan yang sedang bersurai itu juga cuba menjauhkan diri mereka daripada lokasi tersebut di dataran tersebut.

Kumpulan lelaki berkenaan bagaimanapun terus membuat bising dan berteriak ke arah seorang peserta perhimpunan, Dalbinder Singh, yang sedang berucap di satu sudut.

Kumpulan lelaki tersebut mencabar Dalbinder untuk berdebat dengan mereka.

Dalam kejadian pada jam 7.30 petang itu, kumpulan lelaki berkenaan mendekati Dalbinder dan satu pergaduhan kemudiannya berlaku.

Beberapa orang polis berpakaian preman kemudiannya masuk campur dan memisahkan kumpulan tersebut daripada peserta perhimpunan.

Beberapa orang bagaimanapun terus mengejar Dalbinder ke sekelililing padang tersebut walau beberapa orang cuba mempertahankan Dalbinder.

Ketua polis daerah Georgetown Gan Kon Meng mengesahkan bahawa dua lelaki ditahan kerana terlibat dalam pergaduhan dan disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.


http://www.malaysiakini.com/news/199202


Patut Le Mamat Ni Meroyan.. Restoran Dah Nak Kena Lelong.. Padan Muka

Posted: 27 May 2012 06:31 AM PDT







Lagi-Lagi Umno Bodoh

Posted: 27 May 2012 05:45 AM PDT

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menolak dakwaan Umno Lembah Pantai bahawa PKR memulakan provokasi sewaktu kejadian baling batu dan telur pada ceramah berkembar di Pantai Dalam Khamis lalu.

"Saya nak tanya dua jam lebih Ummi Hafilda dan penceramah lain keluar kata-kata kesat kepada Anwar, kami tak buat apa-apa.

"Itu pun, on record, kita minta semua bersabar," kata naib presiden PKR itu.

Menurutnya, bukti terbaik yang akan menjelaskan kejadian sebenar pada malam itu adalah rakaman video yang dibuat wartawan portal berita yang membuat liputan ceramah itu.


"Bukti terbaik adalah video rakaman," katanya.

Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan pagi tadi mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat provokasi menyebabkan berlakunya ketegangan dan kecederaan dalam insiden itu.

Beliau mendakwa, Anwar pada malam itu mengeluarkan kenyataan berbunyi: "Pemuda Umno sial, Pemuda Umno celaka".

Nurul Izzah berkata, tindakan Umno Lembah Pantai yang tidak menafikan insiden itu dan hanya menuding jari kepada Anwar merupakan "pengakuan" mereka memang terlibat.

Katanya, Ketua Umno bahagian Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin juga tidak tampil menafikannya.

"Jadi saya anggap itu merupakan satu pengakuan," kata Izzah lagi.

Beliau membuat kenyataan itu selepas menemani mangsa yang terkena balingan objek keras di kepala pada malam ceramah, Raja Ismail Raja Din, 60, membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai dekat ibu negara.

Ahli PKR Petaling Jaya Selatan itu mendakwa beliau terasa dilastik berulang-kali dengan objek dipercayai besi gegalas (bearing) pada malam kejadian.

Turut menemani Raja Ismail membuat laporan tengah hari tadi ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Talha.

http://www.jomubah.com/pru13/index.php?option=com_content&view=article&id=575:lagi-lagi-umno-bodoh&catid=39:pemimpin&Itemid=419


Noh Omar Dedahkan Konspirasi Kerajaan Umno/BN

Posted: 27 May 2012 05:08 AM PDT

Kalau rakyat Malaysia pergi ke Parlimen mendengar wakil-wakil rakyat Bn berhujah di dalam dewan, anda semua mesti kata ... " patut la YB-YB Bn pun membentangkan hujah-hujah yang tak berkualiti, sebab menteri mereka pun bodoh macam tu jugak..."

Kalau tak percaya... boleh tanya Nazri Aziz. Ahli-ahli parlimen Bn, sudah biasa panggil beliau 'chief'. Beliau selalu naik angin bila melihat ahli-ahli parlimen BN yang pemalas, tak buat homework, pembentangan hujah yang bodoh, pemalas, tak hadir sidang parlimen dan sebagainya. Malah beliau juga memuji YB-YB Pakatan Rakyat yang telah menyampaikan hujah-hujah bernas demi kepentingan Rakyat dan senantiasa membuat homework sebelum dibentangkan di Parlimen.


Hujah Tengin Noh Omar

Hari ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, berkata dakwaan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa air di Selangor mencukupi menunjukkan Khalid Ibrahim tidak faham isu air di Selangor atau cuba bermain politik.

Noh Omar berkata apa yang dibangkitkan oleh kerajaan persekutuan mengenai kadar rizab air di Selangor ialah rizab air Air Terawat bukannya kapasiti air mentah di tujuh empangan di Selangor.

Oleh itu, Noh Omar berkata beliau sanggup menerima cabaran MB Selangor, Khalid Ibrahim supaya melawat empangan-empangan itu dengan syarat Menteri Besar sanggup meminum air dari empangan itu.

Kenyataan bodoh Noh Omar ini membuktikan beliau sendiri yang cuba bermain politik. Khalid Ibrahim sudah awal-awal lagi telah membuat kenyataan mengenai lebihan Rizab air dan masalah air terawat dalam Berita Harian bertarikh 02 November 2011.



Noh Omar Dedahkan Konspirasi Kerajaan BN

Akibat tidak menggunakan akal, Noh Omar membongkarkan Konspirasi kerajaan UmnoBn dalam isu air di Selangor. Air Terawat adalah tanggungjawab SYABAS yang mana ia adalah sebuah syarikat kroni UmnoBn. Pemegang saham SYABAS adalah Puncak Niaga Holdings Berhad ("PNHB") yang memegang 70%.

Yg Bhg Tan Sri Rozali Ismail adalah pengasas Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB), Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad, Kumpulan dan pemegang saham utama Puncak Niaga. Beliau ini dikenali memang cenderung kepada kerajaan UmnoBn.

SYABAS telah diberikan konsesi oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor untuk menguruskan, merawat, mengendalikan dan mengedarkan kualiti air yang bersih bagi tempoh tiga puluh tahun, bermula pada 1 Januari 2005.

Dengan pengakuan Noh Omar, terbukti sudah SYABAS telah bersekongkol dengan kerajaan UmnoBn untuk menyusahkan Rakyat di Selangor dengan tidak memberikan bekalan air terawat yang mencukupi.

Inilah dia sikap Noh Omar yang buat-buat tidak faham isu air di Selangor atau cuba bermain politik, dengan menyusahkan rakyat Selangor, dengan harapan Rakyat marah kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Tetapi... Rakyat bijak menilai, dan tahu apa yang perlu dilakukan semasa Pilihanraya nanti demi kesejahteraan hidup mereka sendiri, bukannya kesejahteraan dan kemewahan hidup pemimpin-pemimpin UmnoBn.... yang membiarkan Rakyat menderita menghadapi keperitan hidup.

Dipetik dari - http://reformisanakmuda.blogspot.com/


Tiada ulasan: