Kelab Greenboc |
- Haramjadah Untuk Najib? Tanpa Kami, K'jaan Tak Munkin Berusaha Memajukan Nasib Rakyat
- [VIDEO & GAMBAR] Kemalangan Drag Race, 2 Cedera Parah Di Himpunan Belia- updated
- "Haramjadah" Menimpa Najib & UMNO Lagi, Dikencingkan Di Himpunan Jutaan Belia
- [VIDEO] Serangan Samseng UMNO Lembah Pantai: Rakaman Video Bukti Terbaik
- "Mahathir The Spin Doctor" - UMNO Yang Samseng, Dituduhnya PAS.
- Tamrin Kesal Dan Malu Dengan Budaya Samseng UMNO
- Rakaman CCTV Papar Pengawal Keselamatan Hanya Tercegat Bila Wanita Diragut
| Haramjadah Untuk Najib? Tanpa Kami, K'jaan Tak Munkin Berusaha Memajukan Nasib Rakyat Posted: 27 May 2012 01:01 AM PDT Pakai baju PR ambil cekCHENOR - "Terima kasih atas pemberian durian runtuh ini tetapi kerajaan seharusnya berterima kasih juga kepada pembangkang kerana tanpa kami, kerajaan tidak mungkin berusaha memajukan nasib rakyat." Gambar: Peneroka tegar pembangkang ini bersembang dengan Ismail (kiri) ketika hadir menerima durian runtuh dengan memakai baju mempunyai logo PR pada majlis itu. Demikian kata seorang peneroka Felda Kampung Awah yang hadir menerima durian runtuh dengan memakai baju korporat putih mempunyai logo PKR, DAP dan Pas pada satu majlis, di sini. Walaupun bersikap prejudis terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, peneroka berusia 50-an itu tidak sama sekali menyangkal bahawa Najib adalah seorang pemimpin yang prihatin dengan nasib rakyat memandangkan semua ahli keluarga menerima pembahagian durian runtuh itu. Katanya, Perdana Menteri sendiri memberitahu bahawa durian runtuh itu adalah hak peneroka maka setiap peneroka perlu menerimanya. "Saya mengambil durian runtuh ini tetapi tidak bermakna saya menyokong kerajaan. Saya tidak sekali–kali akan menukar parti pilihan (Pakatan Rakyat) memandangkan apa yang diperjuangkan pembangkang adalah sesuatu yang benar dan adil. "Pemberian durian runtuh Felda ini saya anggap rezeki yang tidak boleh ditolak," katanya ketika ditemui menerima cek durian runtuh fasa pertama bagi ketua keluarga bernilai RM5,000 bersama 466 peneroka lain dari Felda Kampung Awah dan Sungai Nerek, di sini. Majlis disempurnakan Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak dan Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib. -SH |
| [VIDEO & GAMBAR] Kemalangan Drag Race, 2 Cedera Parah Di Himpunan Belia- updated Posted: 26 May 2012 11:34 PM PDT Satu tragedi berlaku di Himpunan Sejuta Belia sekitar jam 12.30-2.00 pagi tadi iaitu di dalam acara Drag Racing anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi.Penganjur rasmi perlumbaan drag race telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kematian tetapi 2 orang penonton cedera parah dan yang selebihnya cedera ringan. Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal. Sementara itu pemandu kereta berkenaan telah lari dan belum dapat dikesan. Dilaporkan juga acara untuk motorsikal yang dijadualkan berlansung hari ini dibatalkan ekoran tragedi tersebut. Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan di Putrajaya yang dikatakan mempunyai 500 aktiviti yang disediakan membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan selama lima hari sambutan yang berakhir hari ini. Dengan menyindir aktiviti Perhimpunan BERSIH, Najib ketika berucap merasmikan himpunan berkenaan berkata, negara ini tidak boleh bergantung harap masa depannya kepada belia yang 'demo crazy' (gila berdemonstrasi). Sekarang Najib perlu jawab apa yang berlaku? Sekarang hukum kebenaran membuktikan siapa yang sebenarnya "crazy" sehingga secara terang dan nyata, berlaku kemalangan yang menyebabkan kecederaan parah? ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() klik untuk baca ![]() |
| "Haramjadah" Menimpa Najib & UMNO Lagi, Dikencingkan Di Himpunan Jutaan Belia Posted: 26 May 2012 07:35 PM PDT Cukup memalukan. Dengan aksi ghairah dan tidak senonoh inilah ditemui di dalam satu acara di Himpunan Jutaan Belia yang berlansung di Putrajaya semalam.Mana Menteri Agama, mana Majlis Fatwa Kebangsaan, mana mufti, mana ulamak UMNO yang sebelum ini ghairah menghukum Perhimpunan BERSIH tetapi membisu terhadap gejala "wasatiyyah terlampau" seperti pertunjukan di sebelah ini? Aneh, BERNAMA dan media massa arus perdana enggan untuk menyiarkan tentang bilangan yang hadir di himpunan yang dinamakan "jutaan" itu. Menurut maklumat yang GB terima, himpunan yang digembar-gemburkan "jutaan" itu hanya di hadiri oleh tidak lebih 5,000 orang, itupun sekadar untuk menyertai acara-acara yang diaturkan oleh kementerian, tetapi tanpa rasa malu mereka mendakwa itu diantara 10 karnival terbesar di dunia kerana ada khemah untuk ekspo dan pameran sepanjang enam kilometer di Persiaran Perdana. Sekadar ini sahaja "santapan" foto yang ada dari pelbagai media di hari jutaan belia: ![]() ![]() ![]() Benar-benar menghabiskan wang rakyat terhadap penganjuran Hari Jutaan Belia ini dengan bilangan anggota penganjurnya termasuk 500 artis melebihi angka daripada peserta belia yang datang. Dan berita baru masuk: ada tragedi berdarah berlaku di dalam satu acara Drag Race Himpunan Belia. Laporan selepas ini. ![]() |
| [VIDEO] Serangan Samseng UMNO Lembah Pantai: Rakaman Video Bukti Terbaik Posted: 26 May 2012 04:40 PM PDT Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menolak dakwaan Umno Lembah Pantai bahawa PKR memulakan provokasi sewaktu kejadian baling batu dan telur pada ceramah berkembar di Pantai Dalam Khamis lalu."Saya nak tanya dua jam lebih Ummi Hafilda dan penceramah lain keluar kata-kata kesat kepada Anwar, kami tak buat apa-apa. "Itu pun, on record, kita minta semua bersabar," kata naib presiden PKR itu. Menurutnya, bukti terbaik yang akan menjelaskan kejadian sebenar pada malam itu adalah rakaman video yang dibuat wartawan portal berita yang membuat liputan ceramah itu. "Bukti terbaik adalah video rakaman," katanya. Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan pagi tadi mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat provokasi menyebabkan berlakunya ketegangan dan kecederaan dalam insiden itu. Beliau mendakwa, Anwar pada malam itu mengeluarkan kenyataan berbunyi: "Pemuda Umno sial, Pemuda Umno celaka". Nurul Izzah berkata, tindakan Umno Lembah Pantai yang tidak menafikan insiden itu dan hanya menuding jari kepada Anwar merupakan "pengakuan" mereka memang terlibat. Katanya, Ketua Umno bahagian Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin juga tidak tampil menafikannya. "Jadi saya anggap itu merupakan satu pengakuan," kata Izzah lagi. Beliau membuat kenyataan itu selepas menemani mangsa yang terkena balingan objek keras di kepala pada malam ceramah, Raja Ismail Raja Din, 60, membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai dekat ibu negara. Ahli PKR Petaling Jaya Selatan itu mendakwa beliau terasa dilastik berulang-kali dengan objek dipercayai besi gegalas (bearing) pada malam kejadian. Turut menemani Raja Ismail membuat laporan tengah hari tadi ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Talha. 'Anwar tak buat provokasi, kami ada bukti' Ulasan GB Menurut Ketua Pemuda Umno bahagian Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan, Anwar pada malam itu mengeluarkan kenyataan berbunyi: "Pemuda Umno sial, Pemuda Umno celaka". Tetapi jangan lupa: sebelum dari itu pun sudah ada provokasi dimana hampir 100 Pemuda Umno Lembah Pantai menghalang jalan utama menghala ke ceramah KeADILan dan membawa sepanduk bertulis "Anwar punca keganasan di negara ini" dan pelbagai kata nista lain terhadap Anwar sebelum Anwar tiba lagi ke tempat ceramah: ![]() Jadi siapa sebenarnya yang memprovokasi? |
| "Mahathir The Spin Doctor" - UMNO Yang Samseng, Dituduhnya PAS. Posted: 26 May 2012 08:01 AM PDT Nik Aziz: Bertindak ganas bukan Pas, tapi UmnoMACHANG - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa pihak pembangkang akan bertindak ganas sekiranya kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas tidak pernah membuat kacau dan menimbulkan keganasan tetapi sebenarnya tindakan-tindakan sedemikian dimulakan oleh pihak Umno dengan melakukan pelbagai provokasi sejak kebelakangan ini. "Kenyataan ini terbalik. Pelbagai keganasan dilakukan oleh Umno termasuk menimbulkan suasana panas dengan melakukan tindakan tidak bermoral di depan rumah Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga. "Apa ni? Tindakan mengadakan senaman 'tonggeng' itu bukan budaya Melayu. Kita orang yang beradab dan beretika... semua ini adalah budaya luar yang dibawa oleh Umno," katanya kepada pemberita. Terdahulu, beliau merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kali ke-41 di Markas Dewan Ulama Labok di sini, hari ini. -SH Ketahuilah bahawa samseng Umno itu benar Oleh Ahmad Tajdid klik untuk baca ![]() |
| Tamrin Kesal Dan Malu Dengan Budaya Samseng UMNO Posted: 26 May 2012 05:48 AM PDT VVateran Umno, Tamrin Ghafar kesal dengan tindakan partinya itu yang sejak kebelakangan ini menggunakan samseng untuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat."Malulah sikit dengan tindakan samseng baling batu, telur dan lain-lain, kita sudah merdeka lebih dari 54 tahun, takkan masih nak mengamalkan politik macam ini". "Saya seru pemimpin Umno supaya bertindak matang dan bukan kebudak-budakan macam ini" tegasnya yang merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba. Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran Majlis Tindakan Dun Ayer Molek di sini malam tadi. Sementara itu Tamrin berkata, beliau rela dipecat dari Umno demi menegakkan kebenaran dan menentang penyelewengan. "Saya masih ahli Umno, saya rela dipecat dari Umno demi rakyat, demi menegakkan kebenaran dan menentang penyelewengan," ujarnya yang juga bekas Pengerusi MARA. "Umno ibarat kereta yang rosak dan buruk, saya seorang mekanik baiki yang mana skru longgar dan goyang," katanya. -HD klik untuk baca ![]() |
| Rakaman CCTV Papar Pengawal Keselamatan Hanya Tercegat Bila Wanita Diragut Posted: 26 May 2012 04:11 AM PDT Petaling Jaya – Hanya kerana pengawal keselamatan gagal bertindak, seorang eksekutif pengurus acara kerugian RM18,000 apabila rantai leher dan beg tangan dilarikan peragut.Gambar: Rakaman CCTV menunjukkan pengawal keselamatan hanya memerhatikan kejadian ragut yang berlaku. Dalam kejadian petang 14 Mei lalu, mangsa K Sharala Thevi, 28, berkata, kejadian berlaku di pintu masuk kawasan kediamannya di Kondominium Kelana D'Putra, Kelana Jaya dekat sini. "Saya berjalan kaki pulang dari bekerja, sebaik masuk di pintu masuk kondo, dua lelaki bertopi keledar tibatiba menerpa dari arah belakang menyebabkan saya terus menjerit dan cuba melarikan diri," katanya. Menurutnya, ketika itu seorang pengawal keselamatan keluar dari pondok pengawal namun dia hanya melihat sahaja insiden itu berlaku. "Saya kemudiannya terjatuh dan diheret sebelum kedua-dua peragut itu melarikan diri bersama dua lagi rakannya yang turut menunggang motosikal," katanya pada sidang media di Pejabat Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, semalam. Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, mangsa membuat laporan di pejabat pengurusan kondominium itu namun jawapan yang diberikan mengecewakan. "Saya diberitahu pengawal keselamatan tidak mahu membantu sebab takut suspek ada senjata dan kawasan parkir pelawat bukan di bawah pengurusan kondominium itu. "Bagi saya ini tidak masuk akal dan saya akan memfailkan saman terhadap pengurusan kondo ini kerana cuai," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya. Menurutnya, paling dikesalkan rantai dilarikan adalah hadiah daripada suami sempena perkahwinannya. -SH |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





















Tiada ulasan:
Catat Ulasan