Ahad, 27 Mei 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Ganasnya Pemuda Umno..

Posted: 27 May 2012 12:51 AM PDT

Hari Khamis 24 Mei yang lalu sepatutnya sama seperti hari-hari Khamis lain. Saya ditugaskan membuat liputan ceramah politik PKR - satu perkara yang biasa saya lakukan sebelum bertugas di Malaysiakini lagi. Ceramah itu dijadual berlangsung di Pantai Dalam, yang terletak dalam kawasan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Sepanjang jalan bermula dari stesen Petronas Pantai Dalam ke tapak ceramah di PPR Pantai Permai aliran trafik lebih sesak daripada biasa.

Kelihatan pemuda-pemuda berbaju-T merah memegang kain rentang berdiri di kiri kanan jalan. Pada kain rentang tersebut tertulis mesej-mesej antaranya "Anwar kaki pusing", "Parti anak-beranak", dan "Parti Kencing Rakyat"


Saya tidak pasti sekiranya kesesakan trafik hari itu berpunca daripada kebanjiran ramai orang ke ceramah Pakatan Rakyat yang merupakan satu perkara biasa, atau kerana jalan raya ke tapak ceramah menjadi semakin sempit dengan kehadiran pemuda-pemuda berbaju merah tadi.

Kira-kira 10 meter dari tapak ceramah PKR rupa-rupanya turut berlangsung satu lagi ceramah politik. Kain rentang ceramah politik itu bertulis "Ganyang Petualang Negara", dipercayai ditujukan buat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jangkaan saya tepat apabila mendapati antara penceramah yang dijadualkan berucap di pentas itu adalah Ummi Hafilda Ali, seperti yang dapat dilihat pada satu kain rentang.

Wah! Ini kali pertama saya bakal melihat Ummi Hafilda berceramah dan juga ceramah politik berkembar.

Di pentas ceramah PKR, Nurul Izzah Anwar baru mengambil tempat untuk berceramah. Selang beberapa minit beliau berucap suaranya tiba-tiba 'hilang' daripada sistem siaraya.

Pada waktu itu, saya mengagak ia mugkin disebabkan gangguan teknikal yang kadang-kala berlaku pada mana-mana ceramah. Namun, pada masa sama lampu khemah menempatkan Nurul Izzah turut gelap. Rupa-rupanya tapak ceramah PKR putus bekalan elektrik.

Beberapa petugas ceramah berlari ke blok apartmen bersebelahan yang membekalkan kuasa elektrik ke tapak ceramah. Saya bergegas mengekori mereka.

"Wayar kena potong-potong! Wayar kena potong!" jerit seorang petugas. Apabila saya tiba, saya lihat wayar elektrik terputus dua. Selepas saya merakamkan beberapa keping gambar, petugas ceramah menyambung semula wayar itu dan bekalan elektrik di tapak ceramah PKR kembali pulih.

Saya beredar ke tapak ceramah Umno untuk meninjau suasana di situ. Ummi Hafilda sedang berucap dan kira-kira 200 orang berpakaian merah sedang mendengar ucapannya. Mereka memenuhi kira-kira dua daripada lima khemah tersedia. Ummi kelihatan manis - berjubah kain licin nipis berwarna hijau. Ummi berucap menggunakan rostrum dan sambil berucap kain jubahnya ditiup angin kipas pentas di belakangnya.

Saya kembali ke tapak ceramah PKR dan mengambil tempat hampir dengan khemah ceramah untuk mengikuti ceramah Anwar yang baru menaiki pentas.. Kini Anwar sedang berucap.

Tiba-tiba, beberapa orang hadirin di sebelah saya bangun berdiri dan keadaan bertukar menjadi kecoh. Saya tertanya-tanya apa yang berlaku. Mereka bising-bising dan meninjau-ninjau ke arah belakang.

Rupa-rupanya salah seorang daripada mereka dibaling telur dan mereka cuba mencari dari arah mana datangnya telur itu. Anwar yang menyedari perkara itu meminta hadirin bertenang dan meneruskan ceramahnya semula.

Selang beberapa minit Anwar berucap, tiba-tiba hadirin ceramah berhampiran saya kembali berdiri dan keadaan kembali kecoh. Namun suasananya kali ini terasa lebih panik.

Saya ternampak seorang wanita mempamerkan wajah takut selepas beliau meninjau ke bahagian belakang khemah tersebut. Pada masa itu juga beberapa kamera video yang merakam ucapan Anwar diangkat dan jurukamera bergegas berpusing ke belakang.

"Beri laluan! Beri laluan!" jerit suara dari arah belakang saya. Seorang lelaki tua berbaju putih dengan kesan tompok darah dipapah dekat dengan pentas ceramah dalam keadaan tidak bermaya. Apabila beliau dipapah semakin dekat dengan tempat saya berdiri, kelihatan darah mengalir keluar dari dahinya dengan tidak berhenti-henti.

Orang ramai mendudukkan beliau di atas kerusi di hadapan pentas. Keadaan sekeliling bertambah panik kerana darah masih terus mengalir keluar dari dahinya dan menitik ke atas baju-T beliau.

Melihat keadaan lelaki itu Anwar melaungkan "Pemuda Umno sial! Pemuda Umno sial!" melalui sistem pembesar suara.

Lelaki itu kemudian diusung keluar dari tapak ceramah dan dibawa ke tempat lain masih dalam keadaan separa sedar - dipercayai untuk rawatan.

Tidak berpuas hati dengan perkara yang berlaku, penyokong lelaki PKR mula berdiri dan bergerak ke arah pintu pagar kuarters DBKL yang memisahkan ceramah PKR dan ceramah Umno.

Pada masa sama penyokong Umno dari dalam kawasan kuarters DBKL turut bergerak ke arah pagar tersebut. Namun jumlah mereka hanya dianggarkan satu perlima daripada penyokong PKR.

Di pentas Umno, Ummi masih berceramah begitu juga Anwar di tapak ceramah PKR.

Penyokong kedua-dua pihak mula menjerit-jerit ke arah satu sama lain. Kedua-duanya kelihatan seolah-seolah sedia untuk bertempur dan akan memanjat pagar ke sebelah pihak satu lagi jika polis tidak berkawal berhampiran pagar itu.

Keadaan yang sama berterusan sewaktu Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mula berucap di sebelah PKR. Di pihak Umno, Ummi Hafilda masih lagi berucap. Namun beliau akan menghentikan ucapannya untuk mendengar butiran ucapan Khalid Samad dan membidasnya secara spontan.

Saya kini berada di antara pagar yang memisahkan kedua-dua penyokong. Dari tempat saya berdiri, sekali sekala saya ternampak beberapa penyokong Umno dengan bendera Malaysia diikat menyembunyikan wajah mereka melontar telur dan botol air mineral ke arah penyokong PKR. Polis berdiri memerhatikan perkara tersebut tetapi mereka tidak pula melarangnya.

Sekitar dua puluh minit kemudian keadaan tegang beransur reda. Sorak-menyorak sudah berkurangan. Saya kembali ke tapak ceramah PKR. Khalid Samad sedang berucap dan menceritakan kejayaan-kejayaan negeri Selangor kepada penduduk setempat.

Saya dan rakan setugas, Koh Jun Lin dihampiri seorang lelaki. Menurutnya ada seorang budak perempuan turut menjadi mangsa lontaran batu pada malam itu. Kami mengikut lelaki itu ke bahagian khemah penceramah dan menemubual budak perempuan itu dengan ditemani ibunya.

Ceramah berakhir tidak lama kemudian apabila Khalid Samad membacakan doa sebagai penutup ucapan beliau.

Merenung kembali perkara yang baru sahaja berlaku beberapa minit lalu, saya tidak dapat membayangkan bagaimana suasana pilihan raya umum kelak.

http://www.malaysiakini.com/news/199153


Ceramah Ketua Wanita Umno Cawangan Lorong Haji Taib

Posted: 26 May 2012 07:34 PM PDT


Pengisian Rohani Sempena Hari Belia Malaysia

Posted: 26 May 2012 05:06 PM PDT






Baca di sini


Anak Malang Ini Sambut Hari Jadi Dengan Tangan Dicederakan Samseng Umno

Posted: 26 May 2012 07:04 AM PDT

KUALA LUMPUR 26 MEI: Perbuatan samseng Umno menyebabkan Nurul Balqish Mohd Isa berusia 12 tahun terpaksa menyambut ulang tahun kelahiran dengan tangan berbalut akibat dilempar batu.

Anak bongsu dari tiga beradik itu bakal menyambut ulang tahun kelahiran beberapa jam sebelum keganasan itu berlaku.

"Saya berada di sebelah pembesar suara bersama ayah. Tiba-tiba keadaan jadi gelap.

"Serentak itu, saya terasa balingan batu dan tangan kiri berasa sangat sakit.


"Ayah periksa dan terus bawa saya ke klinik," katanya kepada Keadilan Daily dengan tangan yang bengkak dan berbalut.

Ibu mangsa, Adita Ketek apabila mengetahui keadaan itu, terkejut dan sedih hingga menangis.

"Saya tak sangka terjadi perkara ini. Bagaimana jika kena mata atau kepala anak saya? Semoga tuhan sahaja yang membalas," katanya.

Keganasan samseng Umno di Pantai Dalam sekitar jam 11 malam itu menyaksikan beberapa penyokong Pakatan Rakyat cedera akibat dilontar batu, telur dan botol air.

Malah, seorang warga emas berlumuran darah akibat dibaling batu ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap hingga menimbulkan kemarahan Ketua Pembangkang itu.

Kejadian berlaku selepas bekalan elektrik di lokasi ceramah disabotaj.

http://keadilandaily.com/mobile/?post=30901


Nazri Aziz Meroyan Dengan Bekas Peguam Cara Negara II

Posted: 26 May 2012 06:08 AM PDT

Nazri: Saya tak nampak untungnya Anwar ambil Yusof jadi peguam

KUALA KANGSAR - Bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang kini membela Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes berkaitan perhimpunan 28 April itu, bebas berbuat demikian selepas meletak jawatan Februari lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

"... saya difahamkan Anwar panggil dia (Yusof) kononnya untuk menguatkan kes dia (Anwar) (untuk) mempertahankan diri, tapi yang menentukan sama ada orang itu bersalah ataupun tidak, bukan peguam yang mewakili tapi hakim di mahkamah.


"Tapi saya tak nampak untungnya ambil Yusof sebagai peguam kerana Yusof bukan pendakwa yang disegani, tak ada siapa kenal dia," kata beliau dipetik Bernama hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan program ekspedisi berakit Sungai Perak sempena Tahun Melawat Malaysia di sini.

Dalam laporan Selasa lalu, Yusof berkata, beliau tidak mempunyai hubungan politik dengan ketua pembangkang itu tetapi sekadar menjalankan tugas sebagai seorang peguam profesional.

"Saya seorang peguam dan setiap orang berhak berbuat demikian. Saya tidak teragak-agak atau mempunyai masalah untuk mengambil kes ini," katanya.

Yusof, yang mengetuai pendakwaan pada perbicaraan kes liwat kedua ketua pembangkang itu berkata, beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan sesiapapun ketika bersetuju mewakili Anwar.

Mahkamah Tinggi pada 9 Januari lepas memutuskan untuk melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Yusof yang bersara Februari lepas, berkata, Anwar menghubunginya pada kira-kira 10 malam Isnin lalu dan beliau tidak teragak-agak menyertai pembelaan.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa tindakan itu dilakukan sebagai bantahan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Yusof berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dengan Abdul Gani, dan enggan mengulas lanjut.


Ulasan Yang Lebih Cerdik Sikit Dari Musa Hassan

Posted: 26 May 2012 04:57 AM PDT

Bekas IGP: Ceramah balas undang masalah

Ceramah balas di kawasan berdekatan tidak harus dibenarnya kerana ia seolah-olah mengundang masalah, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Pergaduhan boleh berlaku sekiranya ia tetap diadakan, kata Musa dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam.

Menurutnya lagi, apabila tercetus insiden, kedua-dua belah pihak kemudiannya akan saling menyalahkan satu sama lain dan sukar dicari siapa yang bertanggungjawab.


Ditanya sama ada polis patut campur tangan, Musa berkata, tanggungjawab harus diberikan kepada peserta ceramah untuk mengawal emosi mereka sendiri.

Katanya, oleh kerana Malaysia negara demokratik, setiap pihak boleh saling mengkritik satu sama lain tetapi kemarahan itu tidak boleh disalurkan sebagai keganasan.

Dalam insiden di Pantai dalam dekat ibu negara kelmarin, dua penyokong Pakatan Rakyat cedera, termasuk seorang kanak-kanak ekoran ketegangan daripada ceramah PKR dan Umno yang berlangsung bersebelahan.



Tiada ulasan: