Kelab Greenboc |
- Peserta BERSIH, Asrul Wadi Mungkin Buta Sebelah Mata Akibat Terkena Kanister Gas Pemedih
- [DEDAH] 95% Penjaja Jalan TAR Tak Setuju Tindakan Kumpulan Datuk Jamal
- Pelajar Perempuan Teruk Dipukul Oleh Gadis Samseng
- [PANAS] Artis Bidas Kenyataan Tok Pa: Kenapa Mesti Ikut Macam Lembu Saja?
- Najib Wajar Debat Atau Setuju Digelar 'Penakut'
- BERSIH 3.0: Siasatan Belum Bermula, Anwar Sudah Didakwa Di Mahkamah -updated
- Pasangan Tidak Serik, Dua Kali Dicekup Khalwat
- Palang, Kawat Berduri Tidak Menepati Spesifikasi Perintah Majistret - Latheefa
Peserta BERSIH, Asrul Wadi Mungkin Buta Sebelah Mata Akibat Terkena Kanister Gas Pemedih Posted: 24 May 2012 01:01 AM PDT Salah seorang peserta yang cedera serius terkena kanister gas pemedih mata sewaktu berlaku kekecohan ketika perhimpunan BERSIH 3.0, tampil hari ini untuk mencerita apa yang telah menimpa dirinya. Asrul Wadi Ahmad (gambar), 29, dari Kepala Batas, telah diperiksa oleh empat orang doktor dan mungkin didiagnosis buta mata kanannya jika keadaan tidak bertambah baik dalam tempoh enam bulan. Asrul berkata dia terkena kanister gas pemedih mata tepat di mukanya pada kira-kira jam 3.15 petang di sekitar Masjid Jamek, ketika dia menyertai bantahan BERSIH pada 28 April. Katanya, dia hilang penglihatan di mata kanannya, dan setiap kali dia melihat, terdapat tompok hitam di dalam pandangannya. Para doktor memberitahunya bahawa kesan pada matanya disebabkan oleh satu objek yang mengenainya pada kelajuan yang tinggi. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang, Asrul berkata keadaan adalah tenang ketika dia berada di sekitar Masjid Jamek, tetapi ia tiba-tiba bertukar menjadi kacau-bilau apabila gas pemedih mata ditembak ke arah orang ramai. -mk Ulasan GB GB sokong dengan beberapa komentar agar ditubuhkan satu tabung kebajikan untuk Asrul Wadi bagi membantu beliau endapat rawatan memulih kesihatan mata beliau. J/K Bersih atau mana-mana pihak boleh tampil untuk mewujudkan tabung berkenaan sesegera mungkin untuk membantu pejuang muda ini. |
[DEDAH] 95% Penjaja Jalan TAR Tak Setuju Tindakan Kumpulan Datuk Jamal Posted: 23 May 2012 11:04 PM PDT Sekumpulan peniaga berkecuali isu BERSIH Sekumpulan penjaja di Lorong Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur meluahkan rasa tidak berpuas hati terdapat pihak yang cuba melibatkan mereka untuk berniaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga mulai hari ini. Mereka juga mengambil sikap "berkecuali dan tidak mahu main politik", tidak seperti yang dilakukan oleh Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL), dan hanya mahu mencari rezeki dengan menjaja di lorong itu setiap Sabtu. Malah, mereka juga bimbang pelanggan akan lari jika mereka dikaitkan dengan tindakan berniaga di hadapan rumah Ambiga, sehingga boleh menjejaskan pendapatan mereka selepas ini. "Ini memberi kesan negatif... Kami tidak bersetuju dengan tindakan menjual (di hadapan rumah Ambiga). Ia memberi nama buruk kepada peniaga. "Jangan guna nama platform penjaja Jalan Tunku Abdul Rahman. Guna nama lain. Kita bebas, tidak berpolitik, kita nak cari rezeki... Kalau nak berpolitik berhenti berniaga dan masuk politik," kata seorang peniaga, yang enggan namanya didedahkan. Dilaporkan MBPKL yang diketuai Datuk Jamal Md Yunus akan berniaga pelbagai barangan, makanan dan minuman di hadapan rumah Ambiga selama dua hari bermula hari ini bagi menampung kerugian mereka akibat perhimpunan pada 28 April lalu. 'Tak sampai 10 sokong BERSIH 4.0' Selain menamakan tindakan mereka sebagai "Bersih 4.0 - Mencucikan Bersih 1,2,3", semalam mereka membida tapak perniagaan sehingga mencecah nilai tertinggi sebanyak RM5,000. Mengunjungi Malaysiakini semalam, kumpulan penjaja itu mendakwa kira-kira 95 peratus daripada kira-kira 300 penjaja di lorong tersebut bersikap berkecuali dengan tindakan majlis Jamal yang mahu berniaga di hadapan rumah Ambiga. Penjaja itu mendakwa penjaja di situ tidak diajak berbincang dengan rancangan tersebut, sebaliknya hanya mengetahui melalui kain rentang dan risalah yang diedarkan kepada mereka. "Boleh dikira dengan jari, tak sampai sepuluh orang (penjaja) yang menyokong Datuk Jamal," katanya menjawab soalan berhubung jumlah penjaja yang menyertai rancangan Jamal - pemilik peniagaan kereta mewah dan restoran. Sementara itu, menceritakan suasana pada hari demonstrasi, kira-kira 50 peratus penjaja menjalankan aktiviti seperti biasa, tetapi terpaksa menghentikannya selepas polis berpangkat biasa didakwa mengarahkan ia dihentikan sewaktu berlakunya kekecohan di situ. "Tidak ada arahan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," kata penjaja itu yang mendakwa tindakan polis dibuat kerana penjaja dikatakan "melindungi" peserta BERSIH. -mk |
Pelajar Perempuan Teruk Dipukul Oleh Gadis Samseng Posted: 23 May 2012 07:48 PM PDT Dibelasah gadis samseng KLANG: Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cedera di dada dan bahagian badan selain trauma selepas dibelasah sekumpulan gadis 'samseng' yang juga rakannya di sebuah sekolah menengah di sini, baru-baru ini. Gambar fail. Mangsa, Siti Nor Lela Muhammad Zambri, 17, tidak hadir ke sekolah dan membuat tiga laporan polis selepas dia sudah tidak tahan dipukul sekumpulan 10 pelajar perempuan sejak tiga minggu lalu. Dalam kejadian pertama jam 11 pagi tiga minggu lalu, Siti Nor Lela berada dalam kelas bersama rakan lain sementara menunggu kedatangan guru sebelum didatangi sekumpulan pelajar terbabit dan memukulnya tanpa sebab. "Tanpa bertanya apa-apa mereka menendang dan menumbuk saya berkali-kali di bahagian badan, tengkuk dan perut. Menurut Siti Nor Lela, selepas kejadian itu, dia mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan terpaksa memakai alat pendakap leher akibat cedera. "Saya tidak hadir ke sekolah selama empat hari kerana tengkuk sakit," katanya yang membuat laporan kali ketiga di Balai Polis Pandamaran, semalam. Dalam kejadian kedua pada Isnin lalu, jam 1.15 tengah hari, Siti Nor Lela dan rakannya menunggu bas di hadapan sekolah sebelum didatangi lima pelajar perempuan dan bertanyakan namanya. Apabila dijawab, pelajar itu menyepak dan menumbuknya beberapa kali selain perutnya dipijak seorang daripada mereka. Katanya, akibat kejadian itu, tisu dadanya terkoyak selain sukar bernafas. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Muhammad Mat Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit. -hm |
[PANAS] Artis Bidas Kenyataan Tok Pa: Kenapa Mesti Ikut Macam Lembu Saja? Posted: 23 May 2012 05:02 PM PDT Para artis hari ini membidas kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyatakan tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik. Salah seorang artis, Haire Othman mempersoalkan kenyataan Tok Pa itu mengapa jika para artis apabila berbeza pendapat dianggap pembangkang. Menulis di facebooknya, beliau menempelak Tok Pa dengan menyatakan jika artis berkempen atau menyertai UMNO tidak pula dijadikan isu. Haire melahirkan rasa kehairanannya mengapa para artis tidak boleh berbeza pendapat dengan pihak kerajaan dan mesti ikut mereka seperti lembu. Banyak pihak melihat kenyataan Tok Pa berkenaan menyerlahkan keadaan UMNO kini sedang tertekan dengan sikap beberapa orang bekas pegawai kerajaan dan artis/selebriti yang telah mengambil keputusan untuk menyertai PAS. Kelmarin, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Fauzi Shaari telah menyerahkan borang penyertaan PAS kepada TG Hj Abdul Hadi Awang. Ia merupakan satu tamparan hebat kepada UMNO BN yang telah sekian lama memeperkudakan PDRM untuk pertahankan kuasa mereka. Sebelum daripada ini beberapa orang artis seperti Bob Lokman, Aisyah dan Sham Kamikaze telah mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PAS. "saya artis jugak, kalau artis kempen/masuk UMNO x de pulak nak dijadikan isu, kenapa bila kita nak demokrat, nak berbeza pendapat selalunya dianggap pembangkang, kenapa, nak berbeza pendapat tak bole ke? mesti ikut macam lembu saja?" - hairie othman Selebriti sertai Pas bukan untuk dakwah, tapi politik |
Najib Wajar Debat Atau Setuju Digelar 'Penakut' Posted: 23 May 2012 09:40 AM PDT Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyahut cadangan debat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum PRU-13. Presidennya Amidi Abd Manan dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua pihak khususnya Najib perlu menyahut peluang ini untuk menjelaskan beberapa isu yang menjadi perbualan dikalangan rakyat. "Abim yakin menerusi saluran debat ini Datuk Seri Najib Tun Razak boleh membersihkan imejnya yang dilihat sebagai "penakut" untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang. "Di samping itu juga, beliau juga boleh menggunakan peluang ini untuk, menjelaskan beberapa isu yang menjadi perbualan serta tanda tanya seperti kes pembunuhan Altantuya, kes pembelian kapal selam Scorpene yang sedang dibicarakan di Perancis, dan pemborosan yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor," katanya. Beliau memberi contoh debat antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Srtategi PKR Rafizi Ramli malam tadi telah mencetuskan fenomena politik yang segar di negara ini. Menurutnya lagi, debat kini dilihat salah satu medium terbaik untuk menyalurkan perbezaan pendapat dan ianya dapat diurus secara matang dan harmonis. "Sekiranya debat antara Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini diadakan, ia sedikit sebanyak akan menganjak paradigma baru amalan demokrasi serta politik di negara ini. "Sebarang penganjuran debat ataupun wacana seumpamanya seharusnya diraikan memandangkan ia adalah mekanisme pengurusan konflik yang berkesan," katanya. -HD |
BERSIH 3.0: Siasatan Belum Bermula, Anwar Sudah Didakwa Di Mahkamah -updated Posted: 23 May 2012 08:35 AM PDT Panel siasatan "bebas" mengenai perhimpunan Bersih 3.0 yang diketuai oleh Tun Hanif Omar yang secara terbuka menuduh perhimpunan tersebut diresapi komunis dan berniat menggulingkan kerajaan, belum pun memulakan mesyuarat untuk menyediakan terma-terma rujukan siasatan. Namun, semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan pemimpin muda PKR Badrul Hisham Shaharin telah pun dihadapkan ke mahkamah berhubung isu perhimpunan tersebut. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, ia adalah satu langkah tidak bijak kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana membelakangkan keadilan. Menurutnya, siasatan yang bebas, saksama dan komprehensif perlu menjelaskan, membuktikan dan memberi jawapan terlebih dahulu kepada persoalan-persoalan penting sebelum sesiapa pun dihadapkan ke mahkamah. Dalam satu kenyataannya semalam, beliau berkata, siasatan yang menyeluruh dan adil perlu menjelaskan: 1. Adakah benar wujud satu percubaan untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan dalam Bersih 3.0? 2. Mengapa pihak polis seakan-akan mengamuk dan menggunakan kekerasan yang melampau, sama ada dengan gas pemedih mata, semburan air yang bercampur bahan kimia atau keganasan fizikal terhadap peserta perhimpunan aman ini selepas jam 3 petang yang telah berlanjutan selama 5 jam pada hari tersebut? 3. Bagi yang telah merempuh sekatan yang didirikan, mengapa pihak polis tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan itu sahaja? Mengapa pihak polis bertindak untuk menghukum dengan kekerasan dan keganasan terhadap majoriti takyat yang telah berhimpun secara aman dan yang ingin bersurai secara aman? 4. Mengapa ada polis yang bertugas tanpa tag nama atau nombor pengenalan? 5. Mengapa wakil media menjadi sasaran pihak polis dan mengapa mereka diserang di mana peralatan kamera mereka dipecah dan kad memori kamera mereka dirampas? 6. Mengapa ada antara beberapa stesyen LRT telah diarahkan untuk tutup selepas gas pemedih mata atau semburan air bermula? Adakah pihak polis berniat untuk membantu peserta bersurai atau sebagai satu "perangkap" untuk terhadap rakyat jelata yang berhimpun pada hari tersebut? 7. Adakah benar transmisi telefon bimbit sengaja disekat supaya apa-apa komunikasi dihalang yang akan menyebabkan lebih kekeliruan dalam keadaan yang sudah pun pada masa yang genting itu? 8. Siapa dari pihak polis atau dari Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab memberi kebenaran untuk mencabul hak asasi manusia dan tidak menghiraukan prinsip dan garis panduan dalam penggunanan kekerasan dan senjata api oleh polis? – Roketkini BERSIH 3.0: K'jaan saman Ambiga dan 9 AJK pemandu Ulasan GB Itu satu lagi di atas, siasatan belum pun bermula, kerajaan dah mula saman Bersih 3.0. Ketara sangat badan bebas kononnya untuk menyiasat BERSIH hanyalah wayang. |
Pasangan Tidak Serik, Dua Kali Dicekup Khalwat Posted: 23 May 2012 04:41 AM PDT Ampang - Sepasang kekasih yang tidak serik berkhalwat dan kes tangkapan mereka masih dibicarakan di Mahkamah Syariah sekali lagi dicekup oleh penguat kuasa agama di sebuah rumah, di Taman Chempaka pagi semalam. Gambar: Penguatkuasa menyoal siasat pasangan yang ditahan. Dalam kejadian jam 1 pagi itu, seorang perempuan berusia 22 tahun dan teman lelakinya berusia 27 tahun itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah. Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, sepasukan anggota penguat kuasa mengetuk pintu rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek beberapa minit kemudian. "Manakala teman wanitanya yang hanya berkemban berlari ke bilik dari ruang tamu untuk memakai pakaian. "Kami menemui coli dan seluar pendek milik wanita itu di atas katil yang diletakkan di ruang tamu rumah sewa pasangan tersebut dan kondom di atas lantai. Menurutnya, pasangan itu menyerahkan sijil nikah yang diragui berikutan tiada cop pengesahan dari pejabat agama. "Lelaki yang sudah berkahwin itu melakukan kesalahan kerana berpoligami tanpa kebenaran dan sanggup bernikah bersama teman wanitanya di sempadan Thailand," katanya. Ahmad Nawi berkata, pasangan itu pernah ditangkap berkhalwat pada jam 1 pagi, tiga minggu lalu di kediaman sama. Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. -SH klik untuk baca |
Palang, Kawat Berduri Tidak Menepati Spesifikasi Perintah Majistret - Latheefa Posted: 23 May 2012 03:00 AM PDT Palang dan kawat berduri yang dipasang bagi menghalang peserta BERSIH 3.0 daripada memasuki Dataran Merdeka tidak menepati spefikasi yang ditetapkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Menurut Ketua Biro Guaman PKR Latheefa Koya, penghalang dan kawat berduri itu jauh daripada batasan yang ditetapkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir dua hari sebelum berlangsungnya perhimpunan gergasi itu pada 28 April lalu. "Mahkamah sudah mengeluarkan satu perintah bahawa kononnya terdapat larangan di kawasan tertentu dengan radius tertentu dan mengatakan itu adalah kawasan larangan, "Tetapi kita belum dapat kepastian kenapa palang penghalang yang diletakan oleh polis jauh menjangkau luar dari batasan yang dibenarkan dalam perintah tersebut," kata Latheefa apabila dihubungi TVSelangor. Latheefa mewakili Ketua PKR Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin yang dituduh melanggar perintah Mahkamah Majistret dalam himpunan itu. Badrul Hisham bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden PKR Azmin Ali dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta pagi tadi. Latheefa berkata halangan yang diletakkan polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada hari itu tidak menepati sempadan kawasan larangan yang ditetapkan majistret. "Majistret ada memberitahu jalan-jalan yang dikatakan kawasan tidak boleh dimasuki." Pada 26 April Majistret Zaki Asyraf Zubir, melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab. "Tetapi palang penghalang dan dawai duri yang diletakkan jauh menjangkau larangan tersebut, Jadi macamana mereka kata dia (Badrul Hisham) langgar perintah?" Selain dari melanggar perintah mahkamah, Anwar, Azmin dan Badrul Hisham didakwa di bawah Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana menyertai protes jalanan. Ketiga-tiga mereke telah dikenakan RM500 sebagai ikat jamin bagi tuduhan kedua dan bon peribadi bagi tuduhan pertama. Sebut semula kes ditetapkan pada 2 Julai akan datang. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan