Kelab Greenboc |
- Lebih Banyak Pihak Tolak Haniff Sebagai Pengerusi J/K Siasatan BERSIH 3.0
- [TERBAIK] BERSIH 3.0: Surat Daripada Seorang Guru Kepada Pengetua
- UMNO Yang Bersorak Lebih Apabila Karpal Singh Menentang Hudud
- Seorang Maut 9 Cedera Dalam Kebakaran Logi Petronas - GB Dah Beri Amaran Dulu Lagi!
- [Wajib Tonton] Najib Tunggu Padah Bila Maki "Haramjadah" Kepada Rakyatnya
- Kenapa Polis Tak Bertindak ke Atas Pemuda PERKASA Ini?
- Umno Tanjong Karang Jual Lagi Lima Bidang Tanah Anugerah Kerajaan Negeri
Lebih Banyak Pihak Tolak Haniff Sebagai Pengerusi J/K Siasatan BERSIH 3.0 Posted: 11 May 2012 12:31 AM PDT Siapa tak sokong Hanif angkat tangan' Ribuan mengangkat tangan tanda menentang pelantikan Tun Hanif Omar sebagai pengerusi panel siasatan berhubung dakwaan kekasaran polis dalam perhimpunan BERSIH 3.0. Dalam ceramah di Subang Jaya malam tadi, kira-kira 2,000 orang berbuat demikian selepas ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang menyoal siapa yang menentang pelantikan bekas ketua polis negara itu. Ditanya kenapa mereka hadir dalam program jelajah PKR di seluruh negara pasca-BERSIH, mereka menjawab kerana tidak percaya pada Hanif. Lim berkata, selepas apa diucapkannya sebelum ini, Hanif sepatutnya menjadi saksi dan bukannya pengerusi panel siasatan itu. -mk Pelantikan Tun Haniff Omar: AMK mengajak rakyat Malaysia untuk tolak hasil siasatan panel Bersih 3.0 NUJ juga tolak Haniff Omar Saifuddin: Tun Hanif Omar 'kurang sesuai' jadi pengerusi panel |
[TERBAIK] BERSIH 3.0: Surat Daripada Seorang Guru Kepada Pengetua Posted: 10 May 2012 11:55 PM PDT Tuan Pengetua, Mesyuarat tergempar dipanggil pada petang itu. Maka terpaksalah saya memohon cuti daripada anda, kerana sememangnya saya tidak dapat menghadiri mesyuarat itu. Anda tanyakan saya, ke mana saya pergi? Malah mengatakan bahawa keesokannya Sabtu, ke mana saya nak pergi sehingga tergesa-gesa pula? Saya berdolak-dalih. Saya berkata saya telah memohon cuti lebih awal lagi, dan anda telah luluskan. Anda tidak mendesak lagi. Namun saya telah merancang dalam hati saya. Seandainya secara terus-terang anda tanya, adakah saya menghadiri BERSIH 3.0, saya akan mengakui secara jujur. Tuan pengetua, saya telah memohon cuti pada 5 April. Dalam borang permohonan cuti, saya mengisi "urusan peribadi". Mungkin anda tidak akan mengaitkannya dengan BERSIH. Sememangnya ia adalah urusan peribadi. Dan ia juga hal negara yang mustahak. Bukankah pihak sekolah suka berkongsi teori Maslow dengan pelajar? Ya, saya mempunyai keperluan sosial saya. Malah saya mahu merealisasikan diri saya. Pada saat-saat yang genting ini, sememangnya saya tidak sanggup mengurung diri saya di sekolah hanya kerana mahu mengajar pada hari itu. Sememangnya saya tidak sanggup untuk berkongsi dengan pelajar saya, apa itu BERSIH, dan kemudiannya, kembali duduk di depan komputer dan mengalirkan air mata saya, setelah melepaskan ketidakpuasan. Tuan Pengetua, tahukah anda? Setiap hari, kita bekerja dalam keadaan yang sejahtera di sekolah, berulang-alik dari bilik guru ke bilik darjah. Pelajar bersopan-santun di depan kita. Suasana sekolah aman dan sentosa. Sebagai seorang guru, saya memilih untuk ke jalan raya pada hari ini. Tak takut saya kepada mentari yang terik mahupun hujan yang lebat. Tak gentar saya berdepan dengan gas pemedih mata dan meriam air berkimia. Tak takut juga andainya saya ditangkap polis... Namun saya takut pula untuk memaklumkan anda bahawa saya nak hadir perhimpunan BERSIH 3.0. Ini kerana saya takut anda tidak meluluskan pemohonan cuti saya. Bukankah ia sesuatu yang memilukan? Mengapa saya anggap anda tidak benarkan? Kerana anda mungkin tidak faham betapa besar maknanya keputusan ini untuk diri saya. Negara kita sudah jatuh sakit. Saya tidak mahu melihatnya sakit tenat, sehingga tidak terubat... Saya tidak mahu mendidik anak murid saya untuk cintai bumi ini, buatlah kerja untuk menjaga alam ini, meleter ini dan itu - tetapi tercengang menatap pembinaan kilang Lynas di tanahair kita. Saya tidak mahu menjelaskan apa itu "melayan nyawa manusia bagai lalang" (peribahasa cina), namun saya gagal menjelaskan kepada pelajar saya bagaimana Teoh Beng Hock menemui ajal. Saya tidak mahu berkuliah, mengajar apakah keistimewaan yang ada dengan bangunan bersejarah di negara kita, tetapi saya perlu membaca al-fatihah untuk Jalan Sultan yang mungkin dirobohkan. Saya tidak mahu hanya meminta pelajar kita untuk menyanyi lagu Negaraku, berulang-kali di perhimpunan mingguan - sebagai tanda hormat dan cinta kepada negara, tetapi tiada cara lain untuk saya membuktikan bahawa ini negara saya, mengapa perlu saya mencintainya? Banyak persoalan yang tidak berani saya jawab secara terus apabila diajukan pelajar. Banyak peristiwa yang berlaku di negara kita, dan nilai yang kami pegang amat berbeza. Tiada gunanya kita mengajar banyak tanpa sebuah negara yang bersih. Semakin banyak kita mengajar, anak murid kita akan membalas, "Kau bohong!" Jadi, saya mesti menyumbang apa yang mampu, meskipun sikit tetapi bermakna. Jangan kita tunggu sehingga berambut putih, barulah kita menyesal tanpa boleh berbuat apa-apa. Tuan pengetua, saya tidak mahu lagi mendidik anak murid kita dengan teladan yang negatif. Tuan pengetua, bukankah aktiviti yang bermakna seharusnya digalakkan? Kitar semula bahan buangan, menghiasi dinding rumah orang tua, menyambut Hari Kanak-Kanak di rumah anak yatim... Bukankah kita sering menggalakkan agar anak murid kita bergiat aktif untuk menyertai aktiviti yang bermakna? Mengkayakan pengalaman hidup kita, belajar untuk berbakti. Lebih baik jika ibu bapa hadir bersama anak-anak dalam aktiviti sedemikian. Saya juga terserempak dengan ibu bapa di tempat berhimpun. Mereka mendidik anak dengan jasad dan jiwa mereka tentang apa itu keadilan. Sememangnya tiada alasan untuk kita melarang mereka daripada memohon cuti untuk hadir. Hanya satu hari kita tidak belajar di sekolah, biar kita keluar sekolah - belajar sesuatu yang tidak dapat diajar guru. Semestinya pengalaman itu akan memahat di hati sepanjang hayat mereka. Saya berharap agar anda juga sama seperti tuan pengetua sekolah lain, menyeru guru membeli baju kuning untuk menyokong pilihan raya yang bersih. Saya berharap anda boleh turun ke jalan raya sebagaimana yang dilakukan pengetua sekolah lain. Saya lebih berharap anda mengumumkan cuti satu hari, memberi kelapangan kepada guru dan pelajar untuk memilih agar turun ke jalan raya pada saat-saat yang bersejarah ini. Namun, jelas, saya terlebih fikir. Untuk puluhan tahun pendidikan Cina ditindas, kita cuba berdikari, tabah untuk berdepan dengan situasi yang sukar ini. Namun selama ini kita hanya menjerit, kita menuntut sijil peperiksaan sekolah menengah Cina swasta diiktiraf, menginstitusikan peruntukan dana kepada sekolah Cina. Jeritan tetap jeritan selepas puluhan tahun. Seandainya kita tidak mempunyai pilihan raya yang bersih, tiada satu kerajaan yang akur kepada suara rakyat - mereka tidak akan mendengar meskipun betapa lantang kita menjerit... Tuan pengetua, saya akan menebus kelas yang dilapangkan kerana cuti saya. Jangan bimbang. Tetapi seandainya saya tidak turun ke jalan raya kali ini, saya rasa untuk seumur hidup saya tidak dapat menebusnya. Akhir kata, saya merakamkan penghargaan kerana anda meluluskan permohonan cuti saya. -MR *Surat ini ditulis oleh seorang guru sekolah menengah Cina, Kathy Kee dan disiarkan melalui Facebook. Diterjemah dengan keizinan daripada penulis. |
UMNO Yang Bersorak Lebih Apabila Karpal Singh Menentang Hudud Posted: 10 May 2012 07:46 PM PDT Hudud: Karpal tegur Presiden Pas KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhenti mengeluarkan kenyataan bagi pihak Pakatan Rakyat. Karpal berkata, Abdul Hadi tidak berhak berbuat demikian terutama ketika menyatakan pakatan itu akan melaksanakan hudud jika berkuasa. Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga berkata kenyataan Abdul Hadi adalah retorik semata-mata dan tanpa sebarang justifikasi. "Amat dikesali akhir-akhir ini Hadi kerap mengeluarkan kenyataan dan kemudian terpaksa menariknya kembali. Saya telah katakan sebelum ini, dan saya katakan sekali lagi bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dalam perkembangan lain, Karpal mengucapkan terima kasih kepada Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim atas sumbangannya sebagai naib pengerusi DAP dan senator parti itu. DAP tidak menyambung tempoh Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai Ahli Dewan Negara ekoran kenyataan beliau yang menolak demonstrasi jalanan di ibu kota baru-baru ini. - Bernama Ulasan GB Akhbar-akhbar perdana hari ini menyiarkan muka depan terhadap tentangan Karpal Singh mengenai kenyataan Presiden PAS, TG Abd Hadi Awang berkenaan dengan hudud. Dan seperti biasa juga, agensi berita BERNAMA tidak ketinggalan untuk mebesarkan hal tersebut kerana dilihat boleh membantu UMNO BN sedikit laba hasil dari kenyataan Karpal tersebut. Yang jelas, UMNO menumpang untuk bersorak terhadap kenyataan Karpal tersebut, sama keadaan mereka sebelum ini yang bersorak apabila Presiden MCA, Chua Soi Lek menentang hudud. Yang bukan Islam menentang hudud amat kita fahami. Ia adalah kerana kurang fahamnya mereka terhadap islam dan PAS terpaksa bekerja keras untuk memahamakan bukan Islam terhadap hukum Islam tersebut. Tetapi yang nyata dari senario yang ada, ialah sikap UMNO yang semakin terserlah bahawa UMNO sememangnya menentang hukum Allah ditegakkan di atas mukabumi ini. Mereka rupanya lebih jahil dari yang bukan Islam mengenai hukum Islam tersebut. Kita akan sama-sama menunggu jawapan terus dari Allah swt nanti. |
Seorang Maut 9 Cedera Dalam Kebakaran Logi Petronas - GB Dah Beri Amaran Dulu Lagi! Posted: 10 May 2012 05:25 PM PDT Loji terbakar: Seorang maut, sembilan cedera DUNGUN – Seorang pekerja kontrak maut dan sembilan lagi cedera dalam kebakaran di pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas (GPP) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas di sini, hari ini. Gambar: Mohd Zamri yang mengalami kecederaan parah, dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut dari Hospital Dungun pada Khamis. - fotoBERNAMA Pekerja itu, Rosli Mansor, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kebakaran kira-kira 3 petang itu, menurut kenyataan Petronas Gas Berhad (PGB). Menurut kenyataan itu, jenazah Rosli yang berasal dari Kuala Terengganu dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat. Seorang lagi pekerja Mohd Zamri Fithri Mat Nor, 25 berasal daripada Padang Pulut di sini yang mengalami kecederaan parah dengan 90 peratus bahagian badannya melecur, dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut. Lapan lagi pekerja yang cedera dirawat di Hospital Kemaman dan Hospital Dungun. Menurut PGB, kesemua mangsa merupakan kakitangan kontraktor, Hyundai PFCE, yang sedang menjalankan kerja menyenggara di loji berkenaan. Menurut kenyataan itu, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 3.30 petang. – BERNAMA Loji meletup, seorang maut Ulasan GB GB sudah meramalkan dahulu bahawa: GB dapat merasakan bahawa berita "buruk" untuk Petronas akan terus terhidang di dada media selagi Petronas gagal menunaikan kewajipannya membayar royalti kepada pihak yang sepatutnya menerimanya. Bukankah apa yang GB katakan dahulu sudah pun menjadi kenyataan kini? Bukan kita meminta kemalangan itu berlaku. Tetapi yang nyata ada hal yang ingin disampaikan oleh Allah swt lewat kejadian itu. Takziah GB kepada keluarga Allahyarham Rosli Mansor. Semuga "tragedi" ini tidak berulang dan dapat membuka mata Petronas untuk memenuhi Perjanjian Royaltinya dengan Kelantan. Jika tak mahu sedar juga, GB serahkan kepada Allah swt untuk "mengajar" Petronas supaya tidak menzalimi rakyat Kelantan! klik untuk baca |
[Wajib Tonton] Najib Tunggu Padah Bila Maki "Haramjadah" Kepada Rakyatnya Posted: 10 May 2012 09:24 AM PDT Najib maki 'haram jadah' kepada peneroka SHAH ALAM: Kredibiliti Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri kini dipertikai selepas menuturkan perkataan kurang sopan kepada peneroka yang menyokong pembangkang membantah penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) di Bursa Malaysia. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata Najib sepatutnya bertindak adil terhadap peneroka kerana semuanya berhak menerima 'durian runtuh' selepas tanah mereka dicagarkan untuk penyenaraian FGVHB. "Ini hak peneroka, tanah peneroka, apa isunya nak maki hamun…eh duit siapa ni? Cara ucapannya memang tak nampak langsung Perdana Menteri punya material," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Najib dalam ucapannya di Majlis Sejahtera Peneroka bersama Perdana Menteri di Jengka 8 kelmarin turut berkata dirinya tidak redha dan tidak rela pembangkang mengambil 'durian runtuh' RM15,000 itu selepas cuba menghalang penyenaraian FGVHB. "Haram jadah mereka tu. Jangan terima kebaikan daripada penyenaraian (FGVHB). Saya nak tengok muka-muka mereka ni terima durian runtuh. Haram jadah," katanya. Khalid berkata, walaupun ada peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian itu, keputusan sama ada mahu menerima 'durian runtuh' itu tetap terletak di tangan mereka. Beliau turut mendakwa pemberian 'durian runtuh' itu dibuat hanya berdasarkan niat politik apabila Najib menyentuh isu 'pembubaran parlimen'. Punca tindakan zalim Sementara itu, beliau turut membidas mengenai kenyataan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor yang menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'bapa kafir'. Katanya, kenyataan Rahim jelas membuktikan cara Umno-Barisan Nasional (BN) menanamkan pemikiran kebencian terhadap pembangkang dalam kalangan pegawai atasan sehingga dianggap musuh negara. "Inilah yang menghasilkan tindakan zalim. Pemikiran pegawai kerajaan dirosakkan sehingga mereka ini tak boleh bertindak ikut cara profesional," katanya. Katanya, sebagai negara demokrasi pembangkang ada hak dan perlu dihormati serta bersedia menghadapi kekalahan (pembangkang atau BN) melalui pilihan raya. Namun bukan melalui cara kotor dengan putar belit fakta dan propaganda sehingga menanamkan kebencian di kalangan kakitangan kerajaan. "Kalau BN tak nak lepas kuasa, cakap terus terang jangan rosakkan kerajaan," katanya. -FMT Walau dijanji RM15,000, lebih 3,000 peneroka saman Felda Ulasan GB Begitu dasyat dan begitu keras makian Najib kepada mereka yang tidak bersetuju dengannya di dalam isu penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia. Jika PM boleh memaki rakyat dengan "haramjadah" maka jangan hairan nanti Najib dimaki 10 kali ganda lebih dasyat oleh rakyat kepadanya. Misalnya rakyat pada bila-bila masa boleh memakinya semula seperti berikut: Kamu, Najib, ingat duit FELDA itu datang dari kocek kamu sendiri, natang? Itu pun dah cukup lembut, yang lagi keras daripada itu pun rakyat boleh hamburkan. Najib telah memulakan sesuatu yang tidak baik maka hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya, sesuatu yang tidak baik itulah bakal menimpa Najib semula. You get back what you give. GB dah ulas semalam. GB kata: Apabila Najib memaki rakyatnya iaitu sesetengah peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia, itu tanda-tanda akan berakhirnya tempoh Najib sebagai PM Malaysia... Percayalah! Dan di dalam satu jawapan GB terhadap satu komen di blog ini, GB pernah menulis: kita bercakap tentang hukum "sunnatullah" yang tidak berubah, bukan soal dendam atau megah membalas. klik untuk baca |
Kenapa Polis Tak Bertindak ke Atas Pemuda PERKASA Ini? Posted: 10 May 2012 07:01 AM PDT Upacara pengebumian' depan rumah Guan Eng Sekumpulan anggota kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini melangsungkan "upacara pengebumian" di depan rumah Ketua Menteri Lim Guan Eng di Pulau Pinang bagi menyatakan perasan tidak puas hati terhadap pentadbirannnya sejak 2008. Diketuai Ketua Wira PERKASA Risuan Asuddin, kira-kira 30 orang berkumpulan di depan rumah Lim di Jalan Pinhorn sambil membawa gambarnya berkalung bunga, melambangkan "kematiannya" kepada masyarakat Melayu. Kumpulan itu berkumpul kira-kira 15 minit bagi meluahkan tindakan Lim yang didakwa mengabaikan masyarakat itu sebelum bergerak beramai-ramai ke pejabat ketua menteri di Komtar. Sepanjang perjalanan dengan motosikal, mereka membaling poster Lim ke jalan raya dan menyambung perhimpunan 15 minit lagi di Komtar. Ulasan GB Kita menjadi hairan mengapa polis tidak bertindak tegas ke atas pemuda PERKASA itu yang TERANG-TERANGAN sentiasa menimbulkan kekecohan dan huru-hara di Pulau Pinang. Kali ini siap menceroboh depan rumah Ketua Menteri Pulau Pinang dan membuat sampah dengan membaling poster di jalanraya. Yang berjalan dan hendak duduk bantah secara aman dihuru-harakan, yang betul-betul huru-harakan negara dibiar dan didiamkan. Baguslah kalau macamtu. Sikap polis yang double standard itu sebenarnyalah yang akan merendahkan martabat polis sendiri. klik untuk baca |
Umno Tanjong Karang Jual Lagi Lima Bidang Tanah Anugerah Kerajaan Negeri Posted: 10 May 2012 04:30 AM PDT Umno Tanjong Karang didakwa menjual lima lagi bidang tanah di Tanjong Karang yang telah dianugerahkan kepadanya oleh Kerajaan Selangor Umno-BN yang dulu. Pendedahan terbaru ini sekaligus menjadikan sebanyak tujuh bidang tanah yang telah dianugerahkan kepada Umno Tanjong Karang oleh kerajaan negeri Umno-BN terdahulu. Tanah-tanah ini kemudiannya dijual kembali bagi membolehkan parti itu memperolehi keuntungan mudah. Demikian beritahu Naib Yang DiPertua PAS Tanjong Karang, Misran Serman kepada TVS hari ini. Menurut Misran (gambar), tanah tersebut sebelum ini merupakan kawasan hutan simpan pemampan hakisan pantai yang terdiri dari hutan paya bakau. "Lima bidang tanah yang saya sebutkan ini sebenarnya hutan simpan paya bakau iaitu kawasan pemampan hakisan pantai. "Malangnya, kerajaan negeri dahulu dah anugerahkan tanah-tanah ini kepada Umno Tanjong Karang. "Pindah milik bagi lot nombor 25862 dibuat pada 1996 dan empat lagi bernombor lot 26429, 26431, 26430 dan 26428 pula dipindah milik pada 2001. "Semakan saya di Pejabat Tanah Dan Galian mendapati Nombor hak milik tanah-tanah ini adalah PN 11222, PN 80339, PN80345, PN 80346 dan PN 80348. "Lepas itu Umno Tanjong Karang jualkan kepada syarikat-syarikat dengan harga yang tidak diketahui sekaligus sekali lagi jadi jalan mudah Umno Tanjong Karang buat duit," beritahu Misran. Dari hasil carian yang diperolehi di Pejabat Tanah dan Galian Shah Alam dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, mendapati tanah bernombor lot 25862 dengan keluasan 28.3 hektar telah dijual kepada Prestige Sdn Bhd. Manakala Lot 26429 dengan keluasan 12.5 hektar pula telah dijual kepada Camaroe Aquaculture Sdn Bhd. Natural Adept Sdn Bhd pula membeli dua bidang tanah bernombor lot 26431 dan 26430 dengan keluasan masing-masing 4.048 dan 4.049 hektar. QQ Sea Food Sdn Bhd turut membeli sebidang tanah bernombor lot 26428 dengan keluasan 4.038 hektar. Menurut Misran, pada masa ini syarikat-syarikat terbabit terlibat menjalankan penternakan udang di atas tanah-tanah yang dibelinya itu. Misran turut mempersoalkan dakwaan Umno sebelum ini yang mengaku kononnya mempertahankan hak dan kedudukan orang-orang Melayu. "Umno kata mereka pertahankan hak Melayu, tapi dalam kes ini kita dapat lihat kebolehan Umno menjual tanah yang diberi kerajaan negeri kepada bukan Melayu. "Sudahlah tanah itu dianugerahkan oleh kerajaan negeri,lepas itu senang-senang mereka jualkan untuk dapat untung atas angin, tindakan mereka langsung tak menguntungkan orang Melayu," kata beliau lagi. Misran juga memberitahu, perkara ini akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam masa terdekat. Dalam pendedahan sebelum ini, dua bidang tanah di Pekan Tanjong Karang dan Jalan Sungai Kajang yang diberi milik kepada Umno Tanjong Karang turut dijual parti politik terbabit kepada syarikat swasta. -selangorku |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan