Jumaat, 11 Mei 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Hanif perlu tarik diri dari panel siasat Bersih 3.0 – Anwar

Posted: 11 May 2012 12:52 AM PDT

SUBANG JAYA 11 Mei: Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar perlu menarik diri sebagai pengerusi panel bebas menyiasat insiden keganasan polis pada perhimpunan Bersih 3.0.

Berucap di program 'Pidato Merdeka Rakyat' di Kompleks 3K di sini, malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Hanif tidak akan berlaku adil sebagai pengerusi panel.

"Kerajaan jangan hina rakyat. Panel ini tidak akan bebas (kerana) Hanif sebelum ini tuduh peserta Bersih sebagai komunis," katanya depan kira-kira 5,000 hadirin.


Menempelak kenyataan itu, beliau berkata, tuduhan komunis adalah lapuk dan hanya diguna pakai pada zaman awal kemerdekaan serta tidak akan dipercayai rakyat.

"Ini cerita dekad 50-an, 60-an. Mungkin (Hanif) masih teringat ketika jadi Ketua Polis Negara dulu, sibuk melawan komunis," katanya sinis.

Ketua Pembangkang itu berkata, Hanif juga perlu menarik diri supaya panel yang ditubuh tidak menjadi bahan ketawa pada masa depan.

Pada 30 April lalu, Bernama melaporkan, Hanif menuduh golongan pro-komunis turut menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Ironinya, kerajaan Umno BN kemudian melantik Hanif sebagai pengerusi panel bebas menyiasat keganasan polis pada perhimpunan berkenaan.

Panel itu dianggotai, antaranya, Bekas ketua hakim Borneo, Tan Sri Steve Sim; Editor Pengurusan Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Medan Abdullah.

Anwar berkata, kerajaan Umno takut berikutan terkesan dengan perhimpunan bersejarah itu walaupun peserta Bersih 3.0 dilempar tuduhan pengganas dan komunis.

"Buktinya, Parlimen tarik balik Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya.

"Jadi, hari mengundi nanti, kita boleh buka pondok panas (tempat semakan pengundi) dan tempatkan wakil kita di pondok SPR," katanya diiringi tepukan hadirin.

Turut memberi ucapan ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Ahli Dewan Negara, Syed Shahir Syed Mohamud; Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman.

Pada akhir acara, pengerusi majlis, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan, program itu turut mencatat kutipan tertinggi dana pilihan raya di Kelana Jaya iaitu RM11,000.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30222


Komunis hadir BERSIH 'komunis baik'

Posted: 10 May 2012 11:15 PM PDT

Jika benar terdapat komunis yang menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 28 April lalu, mereka penganut fahaman itu yang baik, kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH Hishamuddin Rais.

"Kalau kata ramai yang datang masa BERSIH ialah komunis. Ok lah itu. Sebab mereka komunis yang baik. Sebab mereka tentang penipuan yang dibuat oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya).

"Perjuangan komunis akan menjadi perjuangan yang suci," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.


Sebelum ini, bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar mengatakan, perhimpunan "duduk bantah" itu didalangi oleh pihak yang menyebarkan ideologi komunis dan aktif sebagai peserta demonstrasi sekitar 1970-an.

Walaupun Hanif tidak menamakan sesiapa tetapi kenyataan itu dipercayai jelas merujuk kepada Hishamuddin yang terlibat dalam aktivisme pelajar sekitar 70-an dan memainkan peranan penting pada perhimpunan itu.


Penyanyi Aishah Akan Sertai PAS Malam Ini

Posted: 10 May 2012 09:58 PM PDT

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menerima borang keahlian ahli PAS daripada penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin di Markas Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar, Jumaat 11 Mei hari ini, jam 9.30 malam.

Menurut Ketua Penerangan PAS Batu, Ustaz Marzuki Zakaria, satu ceramah perdana "Rakyat Melangkah Ke Putrajaya" akan diadakan dan dipancarkan secara langsung melalui webtvpas di alamathttp://webtv.pas.org.mysaluran 1 dan 3, juga dipaparkan pada blog telukbakong.online.

Katanya, selain Tuan Guru Nik Aziz dan Wan Aishah, turut berceramah ialah bekas Menteri Kesihatan, Dato' Dr Chua Jui Meng; anak bekas TPM, Tamrin Tun Ghafar Baba dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmood.


Penyajak tersohor, Pyan Habib turut mendeklimasikan beberapa sajak pada majlis malam ini, ujar beliau. Moderator majlis Dato' Tarmizi Mohd Jam.

Selepas solat Isyak, katanya, PAS Batu turut menganjurkan Munajat Perdana PRU13 bagi memohon pertolongan Allah SWT agar diberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang dijangka Jun ini.

Orang ramai sekitar lembah Klang dijemput datang beramai-ramai dan dijangka seramai 10,000 orang akan hadir.


Jangan Ragui Saya, Kata Hanif Omar

Posted: 10 May 2012 06:56 PM PDT

SHAH ALAM – Tun Hanif Omar meminta pihak-pihak yang meragui kewibawaan beliau menerajui Panel Penasihat Bebas berkenaan perhimpunan Bersih 3.0 agar melihat rekod beliau masa-masa lalu termasuk ketika menganggotai jawatankuasa menyiasat insiden polis menembak mati remaja Aminulrasyid Amzah dua tahun lalu.

"Kalau mereka berasa bimbang akan berlaku ketidaksaksamaan, mereka boleh bertanya sendiri kepada ahli-ahli panel terbabit sama ada saya berat sebelah ketika itu," kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa komen daripada beberapa pihak yang melihat pelantikan beliau sebagai pengerusi panel terbabit tidak sesuai memandangkan siasatan turut melibatkan Polis Diraja Malaysia atas alasan beliau juga merupakan bekas ketua polis negara.


Tambah Hanif, beliau turut diberi persepsi yang sama apabila dilantik ke Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan Operasi-operasi PDRM 2004/5.

"Pada Mei 2010, saya menganggotai Panel Khas Pemantauan Siasatan Polis terhadap kematian mengejut Aminulrasyid Amzah di Shah Alam di mana kedua-dua suruhanjaya dan panel terbabit adalah berhubung aduan terhadap polis," katanya.

Bagaimanapun, tambah Hanif, beliau berharap dapat mengendalikan tugas dan harapan tinggi yang disandarkan pihak kerajaan kepadanya bagi mengemudi panel tersebut.

Hanif berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan pelbagai pihak sama ada menerusi Facebook, blog dan kenyataan media mempertikaikan pelantikan beliau mengetuai panel tersebut.

Antaranya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa lantikan tersebut telah menimbulkan kebimbangan rakyat dan persoalan sama ada siasatan ini akan mengaburkan kebenaran 'keganasan' polis ke atas peserta yang berhimpun secara aman, menutup penderitaan mangsa-mangsa ataupun cubaan untuk mengatakan Bersih 3.0 merupakan 'coup d'état'.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menyambut baik pembentukan Panel Penasihat Bebas itu, tetapi melihat pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar sebagai pengerusi panel itu "kurang sesuai."
"Saya amat menghormati Tun Hanif. PDRM berada di zaman kegemilangannya semasa beliau Ketua Polis Negara. Menjadi ahli panel, sesuai. Tapi sebagai Pengerusi Panel, kurang sesuai kerana ia (turut) melibatkan siasatan ke atas tindakan polis (semasa Bersih 3.0)," kata beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Mengulas lanjut pelantikan beliau, Hanif berkata, "saya menerima e-mel mengenai pelantikan saya sebagai pengerusi panel tersebut bersama enam ahli panel lain pada jam 1.30 petang tadi."

Bagaimanapun katanya, tiada terma rujukan atau lain-lain maklumat diterima.

"Setelah membuat pertanyaan di Kementerian Dalam Negeri (KDN), saya dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha bahawa Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan memanggil saya dalam tempoh terdekat apabila beliau kembali ke Kuala Lumpur untuk mengemukakan terma pada hari tersebut.

Hanif berkata, beliau turut dimaklumkan bahawa KDN akan mewujudkan sekretariat untuk panel ini.

Katanya, panel terbabit akan melangsungkan mesyuarat pertamanya secepat mungkin selepas perjumpaan dengan menteri dan apabila sekretariat itu ditubuhkan.

"Saya jangkakan mesyuarat pertama akan membincangkan terma, meletakkan tugas, serta membincangkan bagaimana hendak mengendalikan tugas agar boleh meyakinkan, memuaskan, menampakkan kejujuran serta keseimbangan kepada semua pihak," katanya.

Semalam, Hishammuddin mengumumkan senarai enam ahli Panel Penasihat Bebas dipengerusikan Haniff bagi menyiasat kejadian rusuhan ketika perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

Selain Hanif selaku pengerusi, anggota panel terdiri daripada bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.


Siasatan BERSIH 3.0 - UMNO Lebih Percaya Hanif Omar Berbanding PBB

Posted: 10 May 2012 05:33 PM PDT

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengecam kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang menolak tawaran pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Frank William La Rue.

Penyelaras badan bukan kerajaan (NGO) itu, Nalini E, berkata ia membuktikan kerajaan Malaysia tidak ikhlas menganggotai PBB sebaliknya sekadar mencari populariti.

"Ini tanggungjawab sebagai anggota PBB. Kita mesti benarkan. Mereka sudah pasti pakar dalam bidang tersendiri. Jadi Malaysia tidak perlu takut.


"Kita mahu siasatan sewajarnya dijalankan PBB sebab pandangannya bebas dan seimbang," katanya selepas sidang media NGO Bersih di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur di sini semalam.

Sebelum ini, La Rue, seorang peguam dari Guatemala menawar diri bagi menjalankan siasatan bebas, mengkaji dan menilai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Beliau yang pernah dicalon sebagai penerima Anugerah Keamanan Nobel dianggap paling sesuai kerana dapat memberi penilaian tanpa terikat kepada mana-mana pihak.

Mengulas lanjut kepada Keadilan Daily, Nalini menyifatkan keengganan kerajaan itu hanya menyerlahkan kezaliman pentadbiran diktator Umno BN.

"Apa salahnya? Tapi kerajaan Malaysia tidak mahu ambil tanggungjawab untuk memastikan situasi hak asasi manusia dalam keadaan baik.

"Bermakna Malaysia tiada kesungguhan untuk pulihkan demokrasi. Kerajaan mahu mengekalkan undang-undang yang tidak menghormati hak asasi," katanya.

Terdahulu, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman menyatakan tiada keperluan untuk orang luar menyiasat Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Sebaliknya, kerajaan melantik bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar mengetuai panel 'bebas' bagi menyiasat keganasan polis yang pernah diterajuinya.


P/s: Kalau pihak kerajaan tidak melakukan kesalahan, agensi kerajaan tidak terlibat dalam provokasi dan keganasan, mengapa Kerajaan BN takut dan tolak wakil PBB?

PBB bukan negara asing atau kuasa asing. Mengapa perlu takut?

dunia cacamarba


Dibelasah, tangan digari ke belakang

Posted: 10 May 2012 09:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Jam hampir 5.00 petang waktu itu perhimpunan Bersih 3.0 sudah bersurai, Mohd Anuar Sulong berjalan kaki menuju ke tempat parkir kereta lalu didatangi kira-kira sepuluh anggota polis terus membelasah beliau.

Anuar ketika itu hanya memakai baju biasa tidak menyangka akan menjadi mangsa pukulan polis walaupun sebelum itu telah berselisih dengan beberapa anggota polis, namun mereka tidak menghiraukannya.


200 meter sebelum sampai ke tempat kereta, beliau ditanya polis mahu ke mana, lalu Anwar memberitahu beliau mahu balik ke Terengganu.

"Bila polis dengar saya nak balik Ganu, polis tu menjerit 'Terengganu oi', lalu sekumpulan polis datang ke arah saya terajang belakang dan belasah saya, saya tersungkur," katanya sebagaimana dipetik dari video Jabatan IT Negeri Terengganu.

Waktu itu, Anuar tidak boleh mempertahankan dirinya dan hanya mampu menyerah untuk dibelasah kerana tangannya digari di belakang.

"Polis bertalu-talu tumbuk muka saya. Saya tunduk. Mereka sepak perut pula, waktu itu juga saya rasa sesuatu yang keras mungkin cota dihentak di leher saya. Saya tidak sedar dalam beberapa minit," luahnya.

Menceritakan pengalaman ngerinya dibelasah polis ketika perhimpunan Bersih 3.0 kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berkunjungan ke rumahnya di kampung Padang Kabar, Marang, Terengganu, semalam (gambar atas) bagaimanapun beliau bersyukur kerana Allah masih melindunginya.

"Waktu saya kena belasah itu, Alhamdulillah Allah bersama saya kerana tumbukan sepuluh orang polis, tak berasa sangat. Kalau tengok muka saya yang pecah dan bengkak apatah lagi telinga berdarah, sepatutnya boleh kata sama ada saya koma atau mati antara dua itulah," katanya.

Semasa Anuar diheret ke kenderaan polis, beliau sempat dimarahi polis kerana terpaksa membuat persediaan sepuluh hari untuk himpunan Bersih 3.0.

"Awak tahu tak, saya tak makan nasi lagi ni!," Anuar mengulangi kata-kata polis itu kepadanya semasa beliau dihehet untuk dibawa ke Pulapol, Jalan Semarak.

Malah katanya, semasa di Pulapol Semarak beliau sekali lagi dimarahi sambil polis mengeluarkan perkataan bodoh kerana tidak mahu mendengar arahanya.

"Waktu ditahan, nak makan nasi pun tidak boleh, nganga mulut sakit. Hanya ambil secebis roti cicah air sahaja," luahnya yang ditahan hampir 12 jam.

Dalam menceritakan detik-detik sejarah hitam buat mangsa polis, Anuar melahirkan kekecewaan apabila pihak polis bertindak memukul orang ramai apabila perhimpunan itu sudah bersurai.

Ekoran insiden dipukul polis tempoh hari beliau mengalami luka dalaman di bahagian tibia (tulang kering) menyebabkan ia berdenyut apabila berdiri agak lama.

"Saya kena membuat rawatan selanjutnya, kena toreh buang nanah di tulang kering, bimbang nanah merebak ke tulang. Alhamdulillah tulang saya tidak retak," ujarnya.


Mahathir Sudah Bertaubat.. Tak Mahu Subahat Lagi Dalam Fitnah Seks..

Posted: 10 May 2012 05:47 AM PDT

Azmin 'terkejut' Dr Mahathir sokong beliau saman Utusan

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali 'terkejut' apabila mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan beliau mengambil tindakan mahkamah susulan laporan media mengaitkan beliau sedang melakukan aksi seks dengan seorang perempuan.

Malah, Azmin juga turut mengucapkan terima kasih kepada Mahathir yang menasihatinya supaya menyaman media berkenaan yang membuat dakwaan demikian.

"Dr Mahathir pun sokong saya. Saya terkejut. Beliau kata, 'Azmin, saya cadangkan Azmin saman media sebab mengaibkan Azmin' dan beliau sendiri tidak percaya dengan gambar-gambar," katanya secara sinikal.


"Saya tweet kepada Tun, mengucapkan terima kasih kerana menasihati saya. Kalau Tun Mahathir simpati dengan saya, takkan Tan Sri Khalid tak simpati dengan saya," katanya dalam sidang media petang ini.

Azmin menjawab soalan pemberita berhubung tanggapan umum bahawa Menteri Besar Tan Sri Khalid "tidak mempertahankan" beliau susulan laporan muka depan Utusan Malaysia yang memaparkan gambar lelaki miripnya dengan seorang wanita melakukan aksi seks

Mengulas perkara tersebut, Azmin yang juga pengerusi PKR Selangor menepis tanggapan umum berhubung Khalid tidak menyokongnya.

"Siapa kata Tan Sri Khalid tidak sokong saya, dia sokong saya saman Utusan Malaysia... Dia kata 'no comment' sebab tak dapat maklumat betul atau menyeluruh.

"Tetapi keesokan harinya beliau sokong saya saman Utusan Malaysia. Jangan laga-lagakan saya dengan Tan Sri Khalid. Tak boleh makan," katanya sambil disambut ketawa kecil beberapa pimpinan yang hadir.

NONEBeliau juga menjelaskan berhubung pesanan tweetnya mengenai kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menyuruh beliau bertemu ibunya.

Katanya, beliau dapat memahami maksud Wan Azizah tetapi khuatir rakyat "akan keliru sebab peranan media yang cuba melaga-lagakan" pemimpin di kalangan mereka.

"Saya mendapat simpati yang luar biasa, silaplah Utusan Malaysia," katanya.

Ditanya sama ada serangan terhadapnya sejak sebulan lalu bakal mengubah sokongan rakyat kepadanya, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata yakin dengan kebijaksanaan rakyat, menyerahkan kepada mereka untuk menentukan.

Bahkan beliau menegaskan hubungan kekeluargaan dan perkara berkaitan isu kekeluargaan perlu diharmonikan dan disejahterakan daripada diaibkan.

Sambil mengulangi bahawa beliau tidak pernah menderhakai ibunya, Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa mempersoalkan tujuan media mengheret ibunya dalam isu yang dikaitkan dengannya.

"Jangan media heret untuk kepentingan Umno. Untuk apa?... Adakah dia (Umno) minat dengan fakta... Dalam satu bulan, tujuh serangan kepada saya.

"Tidak ada jalan untuk saya jadi lemah, saya akan terus lawan... Apa jenis politik ni, saya pun tak tahu," katanya.


Video - Perkasa Bodoh Dan Tidak Bertamadun

Posted: 10 May 2012 05:15 AM PDT


Hanif ada bukti Bersih 3.0 mahu guling kerajaan?

Posted: 10 May 2012 02:37 AM PDT

Hanif harus tampil ke hadapan sebelum penyiasatan Bersih 3.0 untuk mengesahkan bukan sahaja sokongan padu terhadap dakwaan melulu Perdana Menteri bahawa Bersih 3.0 adalah satu percubaan untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan, tetapi dakwaannya sendiri pembabitan "individu-individu pro-komunis.

Apa yang menarik adalah ironi dalam temubual Sinar FM pagi ini bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di mana beliau telah menyatakan bahawa kepimpinan beliau tidak mampu sama sekali untuk melakukan apa-apa kesilapan dan "jika kita perlu membuat 10 keputusan penting, kita perlu memastikan bahawa keputusan itu adalah yang paling tepat, iaitu 10 daripada 10" tetapi hakikatnya, beliau mungkin telah membuat keputusan yang paling dahsyat dan teruk dalam tempoh tiga tahun sebagai Perdana Menteri.

Ini adalah perlantikan bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar sebagai Pengerusi Panel Penasihat Bebas yang terdiri daripada 6 ahli untuk menyiasat keganasan dan kekejaman Bersih 3.0.


Bermula dari saat pengumuman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein petang semalam, perlantikan Hanif sebagai pengerusi panel penyiasatan Bersih 3.0 telah menerima cemuhan, bantahan dan kutukan kerana ia langsung tidak sesuai untuk mencerminkan bahawa bukan sahaja penyiasatan itu tidak bebas tetapi juga menghilangan kredibiliti dan kesahihan panel tersebut.

Saya berpendapat bahawa dalam tempoh 54 tahun sejarah negara ini, rakyat Malaysia tidak mungkin akan dijamu dengan kutukan daripada pemegang amanah dan disingkiran setelah pengumuman dibuat tentang komposisi dalam panel penyiasatan awam kerajaan dalam isu ini.

Jawapannya adalah jelas. Hanif adalah orang terakhir untuk mengetuai penyiasatan keganasan Bersih 3.0 kerana tiada sesiapapun akan mempercayai kedudukan beliau sebagai seorang yang tidak berat sebelah dan tidak memihak kepada sesiapa setelah pengakuan beliau dalam sokongan padunya yang terhadap Najib dalam dakwaannya bahawa perhimpunan aman "duduk-bantah" Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April sebenarnya adalah satu percubaan pihak pembangkang untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan apabila tidak ada sekumit pun bukti yang menuding terhadap perhimpunan tersebut.

Dan apakah bukti yang ada pada Hanif untuk beliau menyokong dan mengesahkan dakwaan melulu Najib bahawa Bersih 3.0 sebenarnya adalah satu percubaan untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan?

Ini adalah jawapan Hanif yang dangkal yang telah dilaporkan dalam akhbar Berita Minggu pada 6 Mei: "Sudah tentu ia berasas kerana Perdana Menteri tidak bercakap begitu saja. Ia memang boleh berlaku. Orang yang menunggu peluang melaku sesuatu demi kepentingan diri memang ada setiap masa."

Akhbar Berita Minggu juga telah melapor Hanif yang menyatakan juga Najib barangkali telah membuat dakwaan tersebut setelah menerima maklumat risikan daripada Cawangan Khas.

Persoalannya adalah sama ada Najib telah menerima maklumat "risikan" daripada "Cawangan Khas" bahawa Bersih 3.0 sebenarnya adalah satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan sebelum atau selepas Bersih 3.0 pada 28 April, dan jika ianya sebelum perhimpunan tersebut, bagaimana Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin telah diberi taklimat "maklumat risikan" yang berlainan yang menyebabkan beliau mengeluarkan kenyatana bahawa Bersih 3.0 bukanlah satu ancaman kepada keselamatan negara kerana ia mempunyai "kuasa tarikan" yang kurang.

Tambahan pula, mengapa Najib tidak dedahkan "maklumat risikan" mengenai percubaan untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan sebelum April 28?

Jika Panel Bersih 3.0 merupakan sebuah panel yang komprehensif dan berkuasa untuk menyiasat keganasan Bersih 3.0, Najib dan Hishamuddin mesti tampil ke hadapan untuk memberi keterangan berkenaan dengan "maklumat risikan" yang telah diterima mengenai Bersih 3.0, sebelum dan selepas 28 April.

Malah, Hanif merupakan orang terakhir untuk dipertimbangkan sebagai pengerusi penyiasatan Bersih 3.0 kerana beliau sepatutnya menjadi saksi "berwibawa" untuk mengesahkan dakwaannya bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu percubaan merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan yang melibatkan para pesimpati pro-komunis.

Pada 1 Mei jam 6:25pm, media Bernama melaporkan berita yang telah disiarkan dalam akhbar The News Straits Times pagi keesokannya yang berbunyi:

'Elemen Pro-Komunis kelihatan di Perhimpunan Bersih'

SHAH ALAM: Bekas Ketua Polis Tun Hanif Omar menyatakan bahawa individu-individu dengan ideologi pro-komunis yang terlibat dalam demonstrasi 1970an kelihatan dalam perhimpunan pada hari Sabtu di Kuala Lumpur yang telah bertukar menjadi ganas.


"Saya kenal, dari gambar-gambar dan imej-imej siaran media dari perhimpunan itu, golongan pro-komunis yang terlibat dalam demonstrasi 1970an," Hanif berkata semalam.


"Taktik yang menggunakan ajen-ajen provokasi yang telah menyebabkan peserta demonstrasi untuk bertempur dengan pihak polis dengan beriring kanak-kanak dengan niat mencederakan kanak-kanak itu merupakan taktik yang dipelajari dari bekas peserta demonstrasi pro-komunis.


Hanif menjelaskan kenyataannya berkenaan dengan laporan Bernama pada hari Isnin yang memetik komennya bahawa perhimpunan tersebut mungkin dirancang oleh pelbagai pihak, termasuklah beberapa individu yang telah cuba menyebarkan ideologi komunisme. - Bernama.


"Pro-communist elements seen at Bersih rally'

SHAH ALAM: Former inspector-general of police Tun Hanif Omar said pro-communist individuals involved in the 1970s demonstrations were seen in Saturday's rally in Kuala Lumpur, which turned violent.


"I recognise from the photos and broadcast images (taken from the rally), the pro-communist people who were involved in the 1970s demonstrations," Hanif said yesterday.


"The tactics of using provocateurs to cause the demonstrators to clash with police and to bring children along in the hope they would get injured were tactics learnt from past pro-communist demonstrations."


Hanif was clarifying a Bernama report on Monday which quoted him as saying that the gathering could have been masterminded by various parties, including several individuals who tried to spread the communist ideology. Bernama"


http://www.nst.com.my/nation/general/pro-communist-elements-seen-at-bersih-rally-1.79784


Hanif harus tampil ke hadapan sebelum penyiasatan Bersih 3.0 untuk mengesahkan bukan sahaja sokongan padu terhadap dakwaan melulu Perdana Menteri bahawa Bersih 3.0 adalah satu percubaan untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan, tetapi dakwaannya sendiri pembabitan "individu-individu pro-komunis yang telah terlibat dalam demonstrasi 1970-an" dalam perhimpunan Bersih 3.0 dengan menggunakan "pro-komunis", "taktik ejen provokasi" untuk mencetus pertempuran diantara piak polis dengan beriring kanak-kanak dengan 'harapan' ada di antara yang akan tercedera".

Tanpa apa-apa niat untuk mencemarkan atau merendahkan integriti Hanif, saya ingin membuat satu cadangan dengan penuh hormat yang Hanif sepatutnya mengundur diri dari penyiasatan Bersih 3.0 dan badan pentadbiran Najib dan daripada dimalukan oleh orang ramai dengan menolak perlantikan beliau sebagai pengerusi penyiasatan Bersih 3.0 untuk satu sebab mudah bahawa beliau perlu menampil diri dan disiasat sebagai saksi "berwibawa" berbanding dilantik sebagai pengerusinya dengan mengambil kira pengumuman pendapat beliau mengenai perhimpunan Bersih 3.0.

Selain daripada perlantikan Hanif sebagai pengerusi penyiasatan itu, komposisi ahli (terutamanya nama-nama wakil Suhakan dan Majlis Peguam yang tidak tersenarai) serta kekurangan terma rujukan yang boleh digunapakai juga adalah masalah yang membelenggu semua warga Malaysia yang ingin melihat siasatan yang tidak memihak terhadap keganasan Bersih 3.0 untuk mempastikan mangsa-mangsa keganasan Bersih 3.0 diberi keadilan tanpa mengira pihak polis, wakil-wakil media atau penunjuk perasaan aman dan untuk berdemonstrasi bahawa Malaysia memang mampu secara matang untuk menjadi sebuah negara dengan "sistem demokrasi yang terbaik di dunia".

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10217-hanif-ada-bukti-bersih-30-mahu-guling-kerajaan?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter


Tiada ulasan: