Kelab Greenboc |
- Begitu Mudah Aqidah terpesong: Air Paip Disangka Air Ajaib
- Seksyen 5 Shah Alam Dibangunkan Sebagai Bandaraya Islam
- [Video] Marina Mahathir Gesa Kerajaan Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat BERSIH 3.0
- Teori Mengarut Hassan Ali, "Pelakon" Video Murtadnya Dilanggar Lori
- Gagal Cari Bukti BERSIH, Polis Tanya Soalan Seks Kepada Mahasiswa
- Nama 40,558 Pengundi Meragukan Dikekalkan Oleh JPN, PRU13 Paling Kotor
- [Video] Mahfuz: Kami Bukan Bawa Senjata, Macamana Kata Nak Guling Kerajaan?
- Jika Rakyat Tidak Hormat Majlis Fatwa Apabila Sudah Jadi Lidah UMNO, Salah Siapa?
Begitu Mudah Aqidah terpesong: Air Paip Disangka Air Ajaib Posted: 09 May 2012 12:46 AM PDT Batu Pahat – Kewujudan 'air ajaib' dari bumbung sebuah rumah di Taman Budiman, Parit Raja di sini yang dikatakan memiliki keistimewaan boleh menyembuhkan penyakit akhirnya terbukti hanya air paip biasa sahaja Perkara ini didedahkan sendiri pemilik rumah setelah kediamannya diserbu Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat, kira-kira jam 11.30 pagi semalam. Dia mengaku air yang mengalir dari bumbung rumahnya itu tidak mempunyai keistimewaan, tetapi berpunca akibat daripada paip bocor. Ketua Operasi, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, serbuan dilakukan pihaknya ke atas rumah tersebut setelah menerima aduan masyarakat setempat selain bimbang akidah penduduk akan terpesong. Menurutnya, serbuan berkenaan dilakukan sembilan anggota termasuk pegawai dan turut disertai Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor. "Bagi mengelakkan akidah masyarakat terus terpesong berikutan percaya kepada perkara tidak berasas, kami bertindak menyerbu premis berkenaan hari ini (semalam). "Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6 (b) Enakmen Kesalahan Syariah Johor 1997," katanya. Saiful Ariffin berkata, ketika serbuan dilakukan, terdapat beberapa individu sedang menadah air dipercayai untuk dijadikan ubat. Menurutnya, hasil keterangan pemilik kediaman, saluran paip bocor menyebabkan air keluar mencurah dari atas bumbung. "Kesan daripada kebocoran ini, air tidak berhenti mengalir, malah bil air melambung sehingga mencecah RM300 sebulan. "Dia juga berharap ada pihak yang dapat menyelesaikan isu kebocoran yang berlaku di kediamannya itu," katanya. Saiful Ariffin menasihati orang ramai supaya jangan mudah terpengaruh dengan perkara tidak munasabah dan perlu menyiasat terlebih dahulu kesahihan sebelum mempercayainya. Sebelum itu, pada 23 Mac lalu Sinar Harian menyiarkan tentang pemilik rumah ini yang mengakui ramai orang datang ke rumahnya untuk mengambil air ajaib tersebut yang dikatakan dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. -SH |
Seksyen 5 Shah Alam Dibangunkan Sebagai Bandaraya Islam Posted: 08 May 2012 11:39 PM PDT Shah Alam: Kerajaan negeri Selangor merancang membina 'Bandaraya Islam' di Seksyen 5, Shah Alam dalam usaha membangkitkan kembali sejarah kegemilangan dan ketamadunan Islam masa lampau yang semakin hilang sinarnya. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, konsep Bandaraya Islam ini yang menerapkan ciri dan nilai estetika Islam akan dibangunkan di tapak seluas 50 ekar tanah. "Pembangunan yang dicadangkan di kawasan Seksyen 5 itu akan mempunyai identiti dan ciri Islam khusus dari segi reka bentuk bangunan bagi memberi nilai tambah kepada usaha menjadikan kawasan itu sebagai Bandaraya Islam," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Abdul Khalid menjelaskan melalui konsep tersebut juga masjid akan menjadi pusat tumpuan dan sekaligus mampu menghidupkan Bandaraya Shah Alam secara tidak langsung. Menurut beliau, rancangan pembangunan ini bukan imiginasi semata-mata tetapi akan diterjemahkan melalui persediaan secara berperingkat-peringkat. "Hujung tahun ini kita jangka sudah ada model pembangunan untuk projek ini. Kita jangka pembangunan ini menelan kos di antara RM2 bilion hingga RM3 bilion. "Kita pilih Seksyen 5 kerana ia berdekatan dengan Masjid Negeri dan pusat pentadbiran, dewan negeri dan pusat komersil lain. Konsep Bandaraya Islam ini juga untuk mencetus kebangkitan semula Islam kerana ia sudah ketinggalan dari segi pelaksanaan. "Melalui pembangunan berkonsepkan Islam ini secara tidak langsung akan menghidupkan Bandaraya Shah Alam dan menjadi tumpuan sebagai tempat akademik, kawasan tempat tinggal, pusat kewangan dan lain-lain," katanya. Beliau sebelum itu merasmikan Bengkel Pembangunan Bandaraya Islam (Islamic City) di kawasan Seksyen 5, Shah Alam yang turut dihadiri Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan. -FMT Seksyen 5 Shah Alam Aplikasi Model Pembangunan Makkah |
[Video] Marina Mahathir Gesa Kerajaan Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat BERSIH 3.0 Posted: 08 May 2012 10:23 PM PDT Kuala Lumpur, 8 Mei: Aktivis sosial Marina Mahathir berpendapat kerajaan perlu menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung insiden yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah pada 28 April lalu. Katanya, kerajaan perlu menubuhkan suruhanjaya itu bagi membersihkan namanya dan rakyat akan menyokong kerana mereka mempunyai kepentingan di dalamnya. "Saya tidak fikir sesiapa yang benar-benar akan tahu lagi yang bertanggungjawab. Kita mungkin perlu sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk sampai kepada mereka bawah ini. "Kerajaan harus merasa insentif untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk membersihkan namanya, dan semua orang patut menyokong kerana setiap orang mempunyai kepentingan di dalamnya," katanya dipetik daripada temubual Free Malaysia Today (FMT). Beliau yang mengikuti perhimpunan Bersih 3.0 tidak menyaksikan apa-apa provokasi dari penyokong himpunan itu. Katanya, perhimpunan itu bertukar huru-hara apabila melihat polis menembak kanister gas pemedih mata dan meriam air ke arah orang ramai, selepas peserta himpunan merempuh penghadang di sekitar Dataran Merdeka. "Tiada siapa yang telah menjadi provokatif. "Terdapat semangat yang tinggi, ramai orang muda dan pihak polis sangat sabar." "Tetapi mereka tiba-tiba membawa trak, dan orang bertopi keledar dan perisai. Kami tidak benar-benar memahami mengapa. Saya fikir ia adalah satu faktor ugutan," katanya. Rabu lepas, Persatuan bagi Penggalakan Hak Asasi Manusia (Proham) telah juga menggesa Putrajaya untuk melakukan perkara yang sama dalam laporan yang bercanggah mengenai keganasan antara polis dan peserta himpunan dalam Bersih 3.0. Bagaimanapun, pihak polis telah mempertahankan tindakan mereka mengatakan bahawa keadaan akan bertambah buruk jika mereka hanya berdiri tepi. "Perkara yang Dahsyat berlaku (pada hari itu) kerana mereka melemparkan gas pemedih mata. Tidak mahu orang memasuki Dataran Merdeka kemudian dilepaskan gas pemedih mata," katanya. -HD 'No one was provocative during Bersih rally' |
Teori Mengarut Hassan Ali, "Pelakon" Video Murtadnya Dilanggar Lori Posted: 08 May 2012 07:31 PM PDT Hasan Ali dakwa saksi isu murtad dilanggar lori Pengerusi NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali mendakwa pasangan suami isteri yang tampil dalam pendedahan mengenai kegiatan memurtadkan orang Islam menerima gangguan selepas video berkenaan ditunjukkan kepada media, awal bulan lalu. Beliau mendakwa, pasangan berkenaan bukan sahaja diganggu secara fizikal malah turut terlibat dalam kemalangan teruk selepas pendedahan tersebut. Dakwanya lagi, ada pihak yang mengatakan bahawa pelanggaran itu berkait langsung dengan pendedahan pasangan tersebut. "Teorinya ialah, ada yang kata perlanggaran biasa, ada yang kata ada kaitan langsung dengan pendedahan dia dalam video tersebut," kata Hasan dalam sidang media di kediamannya hari ini. Tambahnya, pasangan berkenaan bagaimanapun selamat dalam kemalangan serius yang berlaku "beberapa hari" selepas pendedahan video berkenaan pada 2 April lalu. Ditanya lanjut, Hasan mendakwa pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan. Namun beliau enggan mendedahkan butiran lain berhubung insiden tersebut. "Saya tidak mahu dedahkan... Hal polis saya tak boleh jawab lebih daripada itu," kata bekas exco hal ehwal agama Islam Selangor itu. Tambahnya sejak awal lagi beliau tidak mahu mendedahkan identiti pasangan berkenaan kerana bimbang individu berkenaan akan diganggu. Hasan pada bulan lalu mendedahkan dua video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit, yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam. Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temubual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia. -mk Ulasan GB Tambahnya sejak awal lagi beliau tidak mahu mendedahkan identiti pasangan berkenaan kerana bimbang individu berkenaan akan diganggu. Jika identiti pasangan suami isteri yang tampil dalam pendedahan mengenai kegiatan memurtadkan orang Islam itu tidak didedahkan sejak awal lagi, bagaimana mungkin boleh timbul teori "diganggu secara fizikal malah turut terlibat dalam kemalangan teruk selepas pendedahan tersebut"? Siapa yang kenal mereka apabila identiti mereka tidak pernah didedahkan? Kita semua difahamkan dahulu video itu pun hanya menyediakan suara pasangan berkenaan dan tidak didedahkan wajah mereka. Lebih jahat lagi andaian menyatakan "ia ada kaitan langsung dengan pendedahan dia dalam video tersebut". Hebat sangatkah video murtad tersebut sedangkan ia lansung tiada kredibiliti dan integriti untuk diketengahkan sebagai bahan bukti di mahkamah kerana tidak mempunyai butiran lengkap dan mencukupi untuk mensabitkan mana-mana pihak dengan apa-apa kesalahan murtad? Hassan Ali dan crew pembikinan video itulah yang perlu ditahan dan disoal siasat kerana mengeluarkan "teori" dangkal dan tuduhan melulu menyatakan pasangan "pelakon videonya itu dilanggar lori kerana membuat pendedahan isu murtad". Merekalah yang sebenarnya mengenali identiti pasangan berkenaan. |
Gagal Cari Bukti BERSIH, Polis Tanya Soalan Seks Kepada Mahasiswa Posted: 08 May 2012 04:00 PM PDT Khalid Ismath ditanya soalan seksual PETALING JAYA 8 Mei: Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath memberitahu, beliau ditanya soalan bersifat seksual ketika disiasat polis dalam penahanan selama 26 jam. "Khalid ditanya mengapa menyertai Bersih dan sama ada dia tahu Bersih menyokong LGBT (homoseksual, lesbian, atau liwat antara dua jantina). "Dia ditanya berkali-kali sama ada terlibat dalam LGBT," kata peguam Latheefa Koya yang juga Pegarah Guaman KEADILAN pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini. Pada 5 Mei lalu, Khalid diminta membantu siasatan terhadap foto yang menunjukkan seorang lelaki menyerang anggota polis trafik semasa Himpunan Bersih 3.0 berhampiran Dataran Merdeka. Polis yang menggeledah rumah Khalid untuk mencari baju berjalur yang dipakai seperti lelaki dalam gambar tersebut, gagal menemui sebarang bukti. Justeru, Khalid dibebaskan selepas polis gagal mendapatkan perintah mahkamah untuk melanjutkan tahanan reman empat hari terhadapnya. Dalam pada itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, Umno BN memperkuda institusi polis untuk menjayakan agenda politik mereka. "Sangat jelas bahawa Umno BN mempergunakan polis untuk menekan rakyat. Polis dijadikan pengawal keselamatan peribadi mereka," katanya. Menyentuh senarai nama peserta yang dipapar di media arus perdana, Surendran menuntut polis menggunakan Kod Prosedur Jenayah 111 untuk merakam kenyataan mereka. "Polis sahkan mereka mempunyai alamat mereka (peserta perhimpunan) yang dikehendaki. Jadi mengapa polis siarkan gambar mereka dalam akhbar di seluruh negara? "Polis perlu hentikan taktik menakut-nakutkan orang ramai. Jelas polis dipergunakan atas dorongan politik," kata Surendran. -KD Khalid Ismath didakwa ditanya soalan seksual |
Nama 40,558 Pengundi Meragukan Dikekalkan Oleh JPN, PRU13 Paling Kotor Posted: 08 May 2012 08:24 AM PDT Rekod 40,558 Pengundi Statusnya Diragui Disahkan Di JPN PUTRAJAYA: Nama sejumlah 40,558 pengundi, yang status mereka dalam Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini diragui, disahkan wujud dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sehubungan itu, SPR akan terus mengekalkan nama dalam senarai Daftar Pemilih Induk. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal dan Mengenai Daftar Pengundi antara kementerian, SPR, JPN dan Jabatan Peguam Negara di sini Selasa. "Dalam usaha untuk mengemas kini Daftar Pemilih SPR, pihak SPR telah mempamerkan kesemua Daftar Pemilih berkenaan selama empat bulan untuk disemak. "Hasil daripada semakan tersebut, sebanyak 1,496 rekod telah dikemas kini melalui laporan kematian dan sebahagiannya telah menukar kad pengenalan lama kepada MyKad," kata Mahmood. Sebelum ini, sejumlah 42,054 nama dalam Daftar Pemilih yang diragui telah dibangkitkan oleh pihak tertentu dan didengar dalam sesi pendengaran awam dihadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. - BERNAMA Ulasan GB Dengan pengesahan JPN terhadap rekod 40,558 pengundi yang meragukan, nampaknya konspirasi SPR-JPN melalui task-force yang didedahkan sebelum ini oleh Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berjalan lancar tanpa sebarang sekatan. Dan ia memberi erti bahawa PRU13 akan merupakan pilihanraya paling kotor yang akan dilalui oleh rakyat Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sehubungan itu, SPR akan terus mengekalkan nama dalam senarai Daftar Pemilih Induk. Bagaimana seorang Ketua Setiausaha KDN boleh membuat keputusan untuk SPR? Keputusan untuk mengekalkan nama dalam senarai daftar pemilih sepatutnya diumumkan oleh SPR, bukan Ketua Setiausaha KDN. vBukankah itu jelas sangat konspirasi? Bodoh tak terperi, tapi jadi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri! |
[Video] Mahfuz: Kami Bukan Bawa Senjata, Macamana Kata Nak Guling Kerajaan? Posted: 08 May 2012 06:52 AM PDT Kami bawa garam dan air, bukan senjata' KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menafikan peserta Bersih 3.0 berniat mahu mengguling kerajaan melalui demonstrasi jalanan. Sebaliknya mereka hadir ke Dataran Merdeka hanya untuk menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bersih daripada sebarang penyelewengan. "Kita datang bawa garam dan air mineral sahaja. Kalau niat tak baik sudah tentu kita bawa senjata," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di sini hari ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya di Gua Musang minggu lalu mendakwa wujud cubaan pembangkang semasa Bersih 3.0 mahu menjadikan Dataran Merdeka sama seperti Dataran Tahrir di Mesir. "Lucu rasanya melihat pemimpin kerajaan gelabah. Kita dah buat Bersih tiga kali tapi sebelum ni tak sebut pun nak guling kerajaan," katanya. Sementara itu, beliau berkata PAS turut menghormati keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam yang mengharamkan umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan hura-hura dan kekacauan dalam negara. Walau bagaimanapun, Mahfuz berkata Majlis Fatwa sepatutnya melihat secara keseluruhan punca tercetusnya perhimpunan itu. "Ramai rakyat keluar pergi ke Dataran Merdeka nak tunjuk perasaan dengan niat yang baik kerana ada penyelewengan dalam sistem pilihan raya. "Kalau benar wujud cubaan nak gulingkan kerajaan kita buat di Dataran Putrajaya, bukannya di Dataran Merdeka," katanya. Beliau sebaliknya mendakwa polis yang melanggar fatwa kerana bertindak melulu terhadap peserta Bersih 3.0 tanpa menyiasat secara terperinci. Merujuk kepada penahanan pelajar UiTM Khalid Ismath, Mahfuz berkata polis sepatutnya membuat siasatan forensik secara terperinci terlebih dahulu mengenai kesahihan gambar yang menunjukkan seorang pemuda menggunakan kekerasan terhadap anggota polis trafik. "Malangnya polis bertindak hanya berasaskan gambar yang disiarkan dalam blog pro Umno," katanya. 'Arab Saudi bukannya bodoh' Selain itu, Mahfuz turut menepis dakwaan Naib Presiden Umno dan juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu penganjur Bersih 3.0 bertanggungjawab sekiranya jemaah Malaysia tidak dibenarkan menunaikan ibadah haji dan umrah bagi tempoh tertentu. Ini berdasarkan laporan media pihak berkuasa Arab Saudi sedang menjalankan siasatan terperinci terhadap penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 28 April lalu. "Kerajaan Arab Saudi bukannya bodoh macam kerajaan Malaysia. "Kalau mereka halang, sudah tentu peniaga di Arab Saudi buat tunjuk perasaan membantah kerana rakyat Malaysia kuat membeli belah dan banyak menyumbang kepada kegiatan ekonomi mereka," katanya. -FMT |
Jika Rakyat Tidak Hormat Majlis Fatwa Apabila Sudah Jadi Lidah UMNO, Salah Siapa? Posted: 08 May 2012 05:20 AM PDT JK Fatwa disuap dengan maklumat Umno sahaja KUALA LUMPUR, 7 Mei: Perbuatan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama mengharamkan perhimpunan yang menuntut pilihan raya bersih dan adil memalukan umat Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. "Sangat memalukan umat Islam. Pertama, kerana apa yang didakwa fatwa itu dibuat ketika siasatan yang adil dan tidak memihak belum pun dibuat untuk menentukan siapakah yang mencetuskan kerusuhan, keganasan, huru-hara dan kekacauan. "Adakah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa mahu menconteng arang ke muka umat Islam dengan perbuatannya menghukum tanpa siasat?" katanya. Mohamad berkata, dari apa yang diberitahu kepadanya, sesuatu fatwa itu dibuat setelah kajian dan siasatan yang menyeluruh dan adil dibuat. "Sebab itulah saya kata Muzakarah Jawatankuasa Fatwa memalukan umat Islam sebab belum siasat lagi sudah jatuhkan hukum," tegas beliau. Beliau bimbang perbuatan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa menjatuhkan hukuman tanpa siasat itu akan mengakibatkan orang Islam dituduh sebagai agama yang tidak mementingkan siasatan yang adil dan menyeluruh sebelum membuat sesuatu keputusan dan hukuman. "Jika selepas ini Islam dituduh sebagai agama yang menghukum secara semberono tanpa siasatan yang adil dan menyeluruh, Muzakarah Jawatankuasa Fatwalah pihak yang bertanggungjawab mengakibatkan pandangan buruk sedemikian terhadap Islam," tegas beliau. Mohamad juga menyifatkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa itu berlagak lebih dari Tuhan kerana "Allah pun membicarakan hamba-hamba-Nya di Hari Hisab lengkap dengan saksi dan bukti sebelum menjatuhkan hukuman". Beliau meminta Muzakarah Jawatankuasa Fatwa mengemukakan nas dan dalil yang mengharamkan perhimpunan aman rakyat menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. "Saya tegaskan lagi dan lagi, perhimpunan aman. "Soalnya, adakah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa hidup seperti katak di bawah tempurung sehingga tidak tahu dan tidak mempunyai sebarang maklumat bahawa perhimpunan itu adalah perhimpunan aman, tidak ada harta benda awam atau persendirian yang dirosakkan sehinggalah rakyat yang berhimpun itu diserang dan diganasi. "Satu dunia ada maklumat yang tepat, adakah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa tidak ada maklumat dan hanya mahu disuap dengan maklumat Umno sahaja?" beliau mempersoalkan. Beliau juga mempersoalkan, di manakah suara Muzakarah Jawatankuasa Fatwa terhadap pilihan raya yang tidak adil dan tidak bersih? "Mengapa membatu dan membisu terhadap daftar pemilih yang tidak bersih? Mengapa tidak ada suara Muzakarah Jawatankuasa Fatwa terhadap pilihan raya yang tidak adil dan tidak bersih? "Adakah pilihan raya yang tidak adil dan tidak bersih itu tidak haram, tidak mengakibatkan kemudaratan, keresahan, rusuhan, perpecahan malah pertumpahan darah?" Mohamad mempersoalkan lagi. Beliau terus mempersoalkan, adakah menuntut pilihan raya yang adil dan bersih tidak baik dan tidak membawa sebarang manfaat kepada masyarakat? Mohamad tidak menolak kemungkinan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa akan menghadapi masalah imej seperti yang dihadapi oleh pihak polis serta kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN). -HD Adakah Majlis Fatwa tahu apa itu Bersih 3.0? Jlasan GB Majlis Fatwa Kebangsaan perlu menanggung akibatnya sendiri dan bertanggungungjawab apabila sebilangan besar umat Islam tidak lagi menghormati institusi tersebut kerana telah secara terang-terangan menjadi lidah UMNO. Salah sendiri. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan