Blog-list Malaysia |
- Padah Bodek Tak Kena Tempat
- Isu Sedekah - David Teo Mohon Maaf
- Parlimen Bubar 14 Mei.. PRU Jatuh Pada Jumaat 8 Jun..
- Bila Ayah Panggil Anaknya "Haram Jadah"
- Lawak Bodoh Hasan Ali
- Marina Mahathir: Tidak ada sebarang provokasi dari Peserta BERSIH 3.0
- Dibawah Lindungan Hipokrasi - Khas Buat Penyokong Parti Fasis Umno (Part 2)
- Guling Kerajaan Dengan Bersenjatakan Sebotol Air Mineral Dan Garam?
- Tok Guru Tak Mahu Layan Orang Jahil Dan Bodoh Sombong
- Dibawah Lindungan Hipokrasi - Khas Buat Penyokong Parti Fasis Umno
Posted: 08 May 2012 11:54 PM PDT Tempoh jawatan senator Tunku Aziz berakhir 30 Mei, mungkin tidak akan diperbaharui Difahamkan bahawa Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mungkin digugurkan daripada jawatan senator, dan tempohnya yang berakhir pada 30 Mei depan, tidak akan diperbaharui. Tunku Abdul Aziz dijangka berdepan dengan tindakan daripada DAP selepas kenyataannya menolak perhimpunan duduk bantah BERSIH 3.0 pada 28 April lalu di Kuala Lumpur. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng secara terbuka membidas Tunku Aziz, dengan berkata bahawa kenyataan naib presiden DAP itu telah meletakkan parti itu dalam "kedudukan yang memalukan" sedang parti itu menyokong BERSIH yang menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Difahamkan bahawa tempoh jawatan senator bekas setiausaha PKR negeri dan pengarah pilihan raya negeri, Mustafa Kamal Mohd Yusoff, juga tidak akan diperbaharui. Hari ini, Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, dijangka mengumumkan pelantikan ahli akademik Ariffin Omar dan bekas presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud sebagai senator baru yang dicalonkan oleh negeri ini. |
Isu Sedekah - David Teo Mohon Maaf Posted: 08 May 2012 11:50 PM PDT Isu Saiful Apek yang kurang berpuashati dengan kenyataan David Teo sebelum ini berkaitan arwah Bob Kuman telah menjadi panas. Beberapa laporan media ada menyebut yang David Teo pernah menggelarkan perbuatan Bob Kuman mendedahkan keadaan kewangan beliau sebagai tindakan meminta sedekah. Akibat dari itu David Teo telah mengeluarkan permohonan maafnya di FB beliau. Salam sejahtera, Salam takziah saya buat seluruh keluarga dan sahabat handai arwah Bob Kuman (Husni Bin Mohd. Rawi). Pemergian beliau sememangnya satu kehilangan buat industri hiburan Malaysia. Saya sendiri terkejut apabila mendengar berita pemergian beliau namun kita sebagai manusia harus redha dengan segala ketentuan tuhan. Allahyarham sebelum ini banyak terlibat dalam produksi saya dan beliau sangat komited dengan segala kerja yang dilakukannya. Saya juga sangat menghormati beliau sebagai sahabat dan rakan kerja. Di kesempatan ini, saya dari lubuk hati yang dalam memohon maaf daripada keluarga Allahyarham sekiranya ada kata-kata atau tindakan saya yang menyinggung perasaan mereka. Bukanlah niat saya untuk mencetuskan sebarang isu atau kontroversi. Saya sedar kata-kata saya dalam rancangan Melodi bertarikh 22 April 2012 saya ada menyebut tentang sumbangan yang telah saya beri di Hospital Tawakal pada tahun 2010 semasa beliau sakit. Dalam kenyataan itu, saya ada menyebut "jika Bob Kuman perlukan sumbangan lebih, saya boleh sedekah". Di sini saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan ini dikeluarkan semasa Arwah masih hidup, BUKANNYA setelah beliau meninggal. Penggunaan perkataan "sedekah" yang saya maksudkan adalah "derma atau sumbangan". Apa yang saya faham, "sedekah" bukanlah sesuatu yang hina. Selalu kita dengar "senyum adalah satu sedekah" dan "sedekahkan al-Fatihah" jika ada orang meninggal dunia. Saya anggap perkataan ini sesuatu yang suci tetapi mungkin saya tersalah tafsir. Saya sedar kata-kata saya ini telah menyinggung perasaan keluarga dan sebilangan masyarakat terutamanya peminat dan penyokong Arwah Bob Kuman. Percayalah, demi Tuhan saya langsung tidak terlintas niat di hati untuk menyakitkan hati mana-mana pihak sedangkan beliau telah saya anggap sebagai sahabat baik saya. Saya sekali lagi memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas kertelanjuran saya. Saya bukanlah insan sempurna yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Pengalaman ini akan saya jadikan pedoman untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan lebih berhati-hati. Kepada semua rakan-rakan artis dan peminat, sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham di-sana. Diharapkan permohonan maaf ikhlas ini dapat diterima dengan hati yang ikhlas juga. Ikhlas, David Teo http://bulanpurnama89.blogspot.com/2012/05/permohonan-maaf-david-teo-isu-beri.html |
Parlimen Bubar 14 Mei.. PRU Jatuh Pada Jumaat 8 Jun.. Posted: 08 May 2012 09:55 PM PDT United Malays National Organisation (Umno) telah bermesyuarat dan maklumat nih telah disebarkan kepada semua ahlinya. Bilik gerakan mereka juga telah beroperasi. Menurut maklumat tersebut, Parlimen akan di bubar pada 14 Mei nih dan tarikh penamaan calon pula pada 26 Mei. Tarikh pembuangan undi PRU 13 nih pada 8 Jun 2012. 8 Jun tuh jatuh hari Jumaat.. agak pelik jugak tetapi ianya tidak mustahil. Jikalau betul dan sahih maklumat nih, kepada semua jentera pilihanraya Pakatan Rakyat perlu bersiap siaga dari sekarang, masa untuk kita tumbangkan United Malays National Organisation (Umno) dan kuncu-kuncunya telah tiba.. Dipetik dari - addin |
Bila Ayah Panggil Anaknya "Haram Jadah" Posted: 08 May 2012 09:42 PM PDT Masa kecil-kecil dulu dalam rumah JR ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi. Antaranya tak boleh mencarut (menyebut benda-benda yang ada dalam seluar dalam lelaki dan wanita), tak boleh menyebut beberapa perkataan yang "diharamkan" dalam rumah seperti "babi", "celaka" dan "haram jadah". Kami anak-anak bapa tak sekali pun pernah menyebut perkataan-perkataan yang "diharamkan" itu. Tak boleh dibayangkan jika anak-anak bapa menyebutnya, agaknya mungkin semua gigi akan tersepai keluar dari gusi kena penampar bapa kami yang sangat garang itu. Tapi pagi tadi kira-kira jam 11.00 pagi ketika kebetulan sedang tertonton TV di sebuah klinik, JR terkejut bukan main kerana ucapan "haram jadah" itu keluar dari seorang "bapa". "Bapa" itu bukan menyebutnya dalam lakonan drama TV tapi dia menyebutnya dalam satu majlis yang dihadiri ramai orang yang disiarkan secara langsung oleh TV. "Haram jadah mereka!" kata "bapa" di hadapan orang ramai yang beribu-ribu orang itu. Kalau tak silap JR dua kali "bapa" mengucap perkataan "haram jadah" itu. Dan kata-kata "haram jadah"nya itu menerima tepukan gemuruh dari khalayak di depannya. Sebenarnya majlis yang diadakan dan dihadiri oleh beribu-ribu orang itu diadakan di Felda 8, Jerantut, Pahang. Majlis itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sebahagian dari ucapannya banyak mengkritik segelintir generasi peneroka Felda dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang tak habis-habis mempertikaikan penyenaraian saham FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di bursa saham Malaysia. Pada mulanya JR bukan beri perhatian sangat kepada apa yang ada dalam skrin TV, sebab perhatian JR lebih kepada nombor angka giliran di pintu bilik rawatan doktor. Tapi bila Datuk Seri Najib mengulang perkataan "haram jadah" itu dua kali kepada pengkritiknya, JR sangat-sangatlah terkejut. Mana tak terkejut, Perdana Menteri adalah seperti "bapa" bukan saja kepada peneroka tapi juga kepada semua rakyat Malaysia. Memang kadang-kadang anak-anak nakal, anak mengkritik bapa biasalah, anak JR pun pernah menegur JR jika JR buat salah. Tapi JR tak pernah membalas teguran anak dengan suara kuat dan lantang, "Haram jadah kamu!". Perdana Menteri adalah umpama "bapa" kepada rakyat Malaysia. Mengapa Perdana Menteri sebagai "bapa" sanggup memaki hamun "haram jadah" kepada anak-anaknya sendiri? Jika anak nakal, wajarkah perkataan "haram jadah" itu dihamburkan? Sebagai "bapa" tidak adakah kata-kata lain yang lebih sesuai digunakan kerana bukankah orang Melayu selalu digambarkan sebagai bangsa yang "bersopan santun dan berbudi bahasa"? Yang lorek itu kendi Yang merah itu saga Yang cantik itu budi Yang indah itu bahasa Budi Bahasa Budaya Kita Malang sungguh kerana kata-kata ucapan "haram jadah" Perdana Menteri kita itu disiarkan secara langsung oleh TV. Ramai rakyat termasuk JR yang menontonnya. Malang sungguh. Nasib baik juga allayarham bapa JR sudah lama meninggal. Jika dia masih hidup dan menonton TV pagi tadi, pasti dia sudah pengsan kerana kata-kata yang "diharam"kannya itu diucap sendiri oleh pemimpin tertinggi kita yang sangat dihormatinya! Terlajak perahu boleh diundur Terlajak kata..... Dipetik dari - http://mycuteshoppe.blogspot.com/2012/05/bila-ayah-panggil-anaknya-haram-jadah.html |
Posted: 08 May 2012 07:06 PM PDT Hasan Ali dakwa saksi isu murtad dilanggar lori Pengerusi NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali mendakwa pasangan suami isteri yang tampil dalam pendedahan mengenai kegiatan memurtadkan orang Islam menerima gangguan selepas video berkenaan ditunjukkan kepada media, awal bulan lalu. Beliau mendakwa, pasangan berkenaan bukan sahaja diganggu secara fizikal malah turut terlibat dalam kemalangan teruk selepas pendedahan tersebut. Dakwanya lagi, ada pihak yang mengatakan bahawa pelanggaran itu berkait langsung dengan pendedahan pasangan tersebut. "Teorinya ialah, ada yang kata perlanggaran biasa, ada yang kata ada kaitan langsung dengan pendedahan dia dalam video tersebut," kata Hasan dalam sidang media di kediamannya hari ini. Tambahnya, pasangan berkenaan bagaimanapun selamat dalam kemalangan serius yang berlaku "beberapa hari" selepas pendedahan video berkenaan pada 2 April lalu. Ditanya lanjut, Hasan mendakwa pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan. Namun beliau enggan mendedahkan butiran lain berhubung insiden tersebut. "Saya tidak mahu dedahkan... Hal polis saya tak boleh jawab lebih daripada itu," kata bekas exco hal ehwal agama Islam Selangor itu. Tambahnya sejak awal lagi beliau tidak mahu mendedahkan identiti pasangan berkenaan kerana bimbang individu berkenaan akan diganggu. Hasan pada bulan lalu mendedahkan dua video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit, yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam. Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temubual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia. -mk |
Marina Mahathir: Tidak ada sebarang provokasi dari Peserta BERSIH 3.0 Posted: 08 May 2012 05:59 PM PDT Aktivis sosial Marina Mahathir berpendapat kerajaan perlu menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung insiden yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah pada 28 April lalu. Katanya, kerajaan perlu menubuhkan suruhanjaya itu bagi membersihkan namanya dan rakyat akan menyokong kerana mereka mempunyai kepentingan di dalamnya. "Saya tidak fikir sesiapa yang benar-benar akan tahu lagi yang bertanggungjawab. Kita mungkin perlu sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk sampai kepada mereka bawah ini. "Kerajaan harus merasa insentif untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk membersihkan namanya, dan semua orang patut menyokong kerana setiap orang mempunyai kepentingan di dalamnya," katanya dipetik daripada temubual Free Malaysia Today (FMT). Beliau yang mengikuti perhimpunan Bersih 3.0 tidak menyaksikan apa-apa provokasi dari penyokong himpunan itu. Katanya, perhimpunan itu bertukar huru-hara apabila melihat polis menembak kanister gas pemedih mata dan meriam air ke arah orang ramai, selepas peserta himpunan merempuh penghadang di sekitar Dataran Merdeka. "Tiada siapa yang telah menjadi provokatif. "Terdapat semangat yang tinggi, ramai orang muda dan pihak polis sangat sabar." "Tetapi mereka tiba-tiba membawa trak, dan orang bertopi keledar dan perisai. Kami tidak benar-benar memahami mengapa. Saya fikir ia adalah satu faktor ugutan," katanya. Rabu lepas, Persatuan bagi Penggalakan Hak Asasi Manusia (Proham) telah juga menggesa Putrajaya untuk melakukan perkara yang sama dalam laporan yang bercanggah mengenai keganasan antara polis dan peserta himpunan dalam Bersih 3.0. Bagaimanapun, pihak polis telah mempertahankan tindakan mereka mengatakan bahawa keadaan akan bertambah buruk jika mereka hanya berdiri tepi. "Perkara yang Dahsyat berlaku (pada hari itu) kerana mereka melemparkan gas pemedih mata. Tidak mahu orang memasuki Dataran Merdeka kemudian dilepaskan gas pemedih mata," katanya |
Dibawah Lindungan Hipokrasi - Khas Buat Penyokong Parti Fasis Umno (Part 2) Posted: 08 May 2012 09:47 AM PDT Macam mana pegawai kerajaan seperti ini, yang ada pelajaran, boleh berkelakuan begini? Jawapan nya ialah kerana otak pemberian Tuhan yang ada pada nya tidak di guna. Sebaliknya, emosi yang tidak rasional di guna. Seperti yang kita tahu, bahagian emosional otak kita lebih developed daripada bahagian rasional. Berzaman pegawai kerajaan UMNO berkuasa, bahagian rasional otak kurang di gunakan. Bahagian tidak rasional- kerakusan kuasa dan tamakkan kekayaan menjadikan pegawai kerajaan UMNO little Napoleons. Apabila rakyat bangkit, Napoleon bantut ini tidak faham bagaimana menangani kebangkitan kesedaran kecuali dengan ratapan emosi. Sayang sekali zaman, rakyat ikut babi buta dan bersikap saya yang menurut perintah sudah berakhir. Ia berakhir sejak 2008. Dengan jumlah penduduk 65% Bumiputera dan Melayu, bolehkan rakyat Malaysia menerima PM bukan Bumi pada waktu ini? malah syarat Melayu tidaklah begitu penting mahu jadi PM di negara ini. menjadi seorang Muslim itu merupakan syarat yang lebih tepat. Kita ada seorang yang bukan Melayu tulin menjadi PM selama 22 tahun. Takde pun orang Melayu kecoh. Sekarang baru kita tahu, rupa2 nya Malay Dilemma di tulis untuk Mahathir untuk mendapat legitimacy sebagai Melayu tulin. Itu rupa nya muslihat Dr Mahathir. to produce something to earn the right to be a constitutional Malay. Persamaam yang dia ada dengan orang Melayu tulin ialah dia seorang Muslim. Jadi tak usahlah kita berpecah kepala dan naik sasau dengan isiu- jika UMNO tiada , orang melayu mati. Jika Melayu UMNO di ganti, ianya di ganti oleh Melayu dari parti lain. Bukan Melayu UMNO sahaja yang Melayu. Parti PKR ada Melayu dan PAS yang lebih tulin Melayu pun boleh ganti. Tidak ada masaalah. Masaalah nya hanya ada jika kita boleh di bohongi dengan dakwaan bahawa hanya Melayu UMNO sahaja yang Melayu. Kelakuan sang pegawai dalam contoh kita hanya memerlukan dua ramuan- emosi dan memuji diri. Memuji diri maksudnya, mengaitkan segala kebaikan dalam masyarakat sebagai hasil dari UMNO. Jadi kalau rakyat mahukan kebaikan yang berterusan, sokong lah UMNO. Memuji diri sangat mudah di lakukan. Orang yang paling pandai memuji diri ialah Najib Razak, presiden UMNO. Tidak berapa lama dahulu, Najib masuk mewakili parti pembangkang ke negeri Selangor. dia di iringi dengan ribuan pasukan bermotor nya. Lalu dia melaungkan dia akan menawan Selangor. Adili lah saya atas rekod dan fikiran dan wawasan saya, laung Najib sambil menyapu lelehan air liur di tepi mulut nya. Maka kita jawab- apa rekod yang dia ada? Pada umur 28 tahun menjadi MB Pahang, apa yang dia dapat tunjukkan sebagai mercu tanda kemajuan negeri Pahang? Apa mercu tanda Pahang kaya dari hasil industri pembalakan nya? GLC negeri yang menjalankan perniagaan pembalakan pun hidup segan, mati tak mau. Hari ini, apa mercu tanda kekayaan Pahang dari sumber ladang sawit nya? Apa mercu tanda kekayaan dari hasil perlombongan nya? Yilek. Dan Pahang hanya boleh bangga dengan bajet RM 700 juta setahun? Sebagai MB yang termuda, Najib has left no landmarks and legacy in Pahang tapi meninggalkan negeri tersebut devastated economically. Rekod nya sebagai menteri pertahanan di cemari dengan skendel pembelian scorpene, pembelian pesawat udara dan APC. Kadar tambahan kolej swasta yang hidup atas bayaran PTPTN jadi maksima semasa Najib jadi menteri Pendidikan. Pendarahan dalaman Felda terjadi apabila Najib ambil alih sebagai menteri yang bertangung jawab keatas Felda. Dari reseb tunai RM 4 billion, bawah Najib reseb jadi RM 1 billion. Kos tanaman semula Felda jadi RM 10 ribu seekar berbanding RM 1 ribu lebih oleh IOI dan RM 3 ribu lebih oleh Sime Darby. Najib beri RM 250 juta ke pada usaha basmi kemiskinan di Sabah dengan duit Felda sedangkan Sabah ada hasil minyak dan kawasan Felda yang jauh lebih kecil dari kawasan Felda Pahang, Terengganu atau Johor. Felda yang banyak wang- semua syarikat perladangan sawit buat untung, terpaksa meminjam daripada EPF sebanyak RM 6 billion. Jadi rekod apa yang Najib mahu kita mengadili nya? Janganlah kita taksub sangat mengenai Najib menjadi PM ini. kelebihan yang dia ada hanya berbinkan nama yang baik. Pengajaran nya ke semua rakyat Malaysia- jika Najib boleh jadi PM Malaysia, sesiapa sahaja boleh. Kita jangan lupa bahawa semua idea besar nya- 1Malaysia, Model Ekonomi Baru- semua nya di tolak oleh perwakilan UMNO sendiri. Yang tinggal, untuk mendapatkan legitimacy sebagai presiden UMNO ialah perakuan dia anak Tun Razak!. Apabila Presiden UMNO hanya ini saja untuk meyakinkan perwakilan UMNO, ia nya bermakna, dia tidak ada perkara lain yang boleh meyakinkan rakyat Malaysia. Najib tidak faham- hari ini orang tidak lagi mementingkan asal usul dan darjat- rakyat lebih mementingkan apa yang boleh di capai melalui bakat pimpinan. Emosi dan pemujian diri amat mudah di lakukan. Yang sukar ialah menerangkan bagaimana orang Melayu yang beroperasi atas wadah politik selain UMNO yang bermuafakat antara satu sama lain boleh juga mendatangkan dan menghasilkan kebaikan serta faedah. Kerana ini memerlukan proses menganalisa yang menundukkan emosi. Ini sukar di lakukan oleh robot2 UMNO seperti sang pegawai diatas. Ia memerlukan penghujjahan yang sofistikated berbanding dengan menyemarakkan emosi. Dan bahagian emosional puak UMNO lebih besar dari bahagian rasional mereka walaupun dalam kepala orang yang berpelajaran seperti sang pegawai kerajaan. Jadi untuk menjawab siapa yang akan sengsara jika UMNO tumpas ialah: Yang habis ialah golongan seperti yang menangis tadi yang menunggang diatas belakang orang Melayu yang di perkudakan. Keadaan orang Melayu masih gagal di baiki. Yang habis ialah dedalu dan lintah yang menghisap kehidupan orang Melayu. 3.7 juta pengundi Melayu dari 5.7 juta pengundi Melayu dalam tahun 2008, telah menolak kepimpinan UMNO. Sebab mereka tahu UMNO penipu. UMNO hanya berjuang untuk segelintir Melayu yang istimewa dan terpilih. Golongan istimewa ini terdiri dari putera orang bangsawan, putera pimpinan politik, putera pemimpin atasan, putera pegawai2 tinggi Melayu. UMNO memperjuangkan PUTERA dalam bumiPUTERA. Sang PUTERA berada di hadapan, mendahului mengaut dan mengapur semua faedah sementara sang bumi terpinggir dan tercicir di belakang. Si bumi menadah tangan meminta minta macam peminta sedekah mengharapkan ehsan sang PUTERA. Jangan orang Melayu memperpanjangkan keadaan demikian rupa lagi. Parti yang menyokong keadaan ini ialah UMNO. Jadi apa pasal kita mahu terus menyokong UMNO. UMNO adalah parti yang beyond redemption. Ianya tidak boleh di transformasi lagi biarpun berbuih mulut Pak Najib melaungkan slogan. Fakta nya, ialah mana mungkin Najib yang di tempa dari acuan Mahathir boleh melakukan trasnformasi. Mana ada dalam dunia ini, sesuatu bangsa itu menyandarkan masa depan dengan parti politik? Kita tidak memerlukan UMNO dalam kehidupan kita. Kita memerlukan kerajaan yang baik, di pimpin oleh orang yang berkualit, sebuah kerajaan yang melaksanakan keadilan undang2. Kita memerlukan sebah kerajaan yang di sokong oleh institusi sokongan demokrasi- institusi kehakiman, perkhhidmatan awam yang baik dan komitment kepada dasar2 awam yang benar2 meningkatkan kebajikan rakyat. UMNO ingat orang Melayu ni bingung ke? Parti Congress India jatuh, tidak pula kita lihat orang India hancur. Parti LDP Jepun jatuh, negara Jepun terus membangun. Parti Golkar yang boleh di kira UMNO Indonesia, jatuh, tidak pula kita lihat orang Indon mati. Jadi yang orang Melayu hendak taksub sangat dengan UMNO, apa hal? Biarkan lah orang Melayu yang berjumlah 2 juta dalam tahun 2008 terus menundi UMNO. Yang 3.7 orang Melayu tetaplah dengan keputusan tidak mahukan UMNO lagi. UMNO hanya mampu mendapat 35% sahaja undi orang Melayu. Seperti kata orang Asli yang berceramah di Temerloh beberapa bulan yang lalu- biarkanlah lembu terus menjadi lembu, jangan kita pula jadi lembu. Dalam PRU yang akan datang, jumlah pengundi ialah sekitar 11.58 juta dan dari jumlah tersebut pengundi Melayu sekitar 6.37 juta. Jika prestasi UMNO kekal seperti tahun 2008, UMNO akan hanya dapat sekitar 2.3 juta sahaja. Mungkin yang 300,000 ini datang dari pengundi segera yang di berikan mykad segera. 80% pengundi bukan Melayu telah pun menetapkan fikiran sejak tahun 2008 tidak mahu menyokong BN. banyak mana pun bunga malai yang di kalungkan oleh orang India pada leher PM Najib, majority orang India telah meninggalkan UMNO. Orang India yang terus mentyokong UMNO mungkin Keneth Eswaran dan Nalakaruppan sahaja. Eswaran supaya dia boleh terus membiayai beli belah kak Mah dan Nala supaya terus kekal dengan senator dan berniaga. Jadi kenapa orang Melayu nak gelisah dan resah? Majoriti penduduk negara ini orang Melayu. Jika UMNO di gantikan, pemimpin negara ini tetap orang Melayu juga. Kalau di takdirkan Anwar Ibrahim jadi PM, yang kita hendak bermoral tinggi sangat apa hal? The UMNO leaders are just nasty fuckers as Anwar is. Kalau tidak mahu Anwar, kita jemput Tengku Razaleigh jadi PM. Jika pihak polis tidak melakukan kekerasan keatas pakcik dan makcik di dataran merdeka, adakah rakyat akan melawan polis yang bersenjata? Bersih bukan mengenai Anwar atau Azmin tapi mengenai rakyat berbilang kaum bersatu menuntut accountability dari kerajaan yang ada. Bersihkan daftar pengundi daripada pengundi haram. Himpunan Bersih 3.0 adalah manifestasi rakyat mahu mengatasi/prevail angkara durjana dan murka yang di lakukan oleh UMNO. Maka apabila si mamat yang amat suka mendapat perkerjaan dengan Media Prima menyatakan bahawa Bersih 3 di hijack oleh PKR, dia sebetulnya menyediakan bola tanggung untuk semua industry propaganda UMNO dan BN bertugas 24 jam dan overtime. Sekoyong koyong, media industrial complex yang di kuasai oleh UMNO membelasah rakyat dengan menuduh Bersih 3.0 di rampas oleh pembangkang. Lebih dasyat, Bersih 3.0 adalah rencana rampasan kuasa secara kekerasan oleh pembangkang. Dan kenyataan bangang ini datang dari seorang mamat yang pernah memuji dan memuja Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan yang terbaik yang di hasilkan oleh Malaysia. Kenapa? Hanya kerana Anwar menggunakan istilah2 eksotik yang menyukakan hati pembaca cerita cerita hikayat. Apa yang UMNO dah buat kepada dan untuk orang Melayu? Jika sekarang UMNO kehulu dan kehilir, terhegeh dan terdesak mendakwa jika UMNO tidak ada, maka kepentingan orang Melayu akan terancam, ini suatu pengakuan yang menggegarkan empat penjuru alam. Jika UMNO tiada maka orang Melayu akan teraniaya, agama Islam terancam dan Raja2 Melayu akan di keluarkan- ianya bukti nyata lagi terang, bahawa setelah memerintah sekian lama, UMNO gagal melahirkan bangsa Melayu yang gagah perkasa. UMNO hanya berjaya melahirkan bangsa sabsidi yang mengharapkan UMNO. http://sakmongkol.blogspot.com/2012/05/dibawah-lindungan-hipokrasi2.html |
Guling Kerajaan Dengan Bersenjatakan Sebotol Air Mineral Dan Garam? Posted: 08 May 2012 06:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menafikan peserta Bersih 3.0 berniat mahu mengguling kerajaan melalui demonstrasi jalanan. Sebaliknya mereka hadir ke Dataran Merdeka hanya untuk menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bersih daripada sebarang penyelewengan. "Kita datang bawa garam dan air mineral sahaja. Kalau niat tak baik sudah tentu kita bawa senjata," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di sini hari ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya di Gua Musang minggu lalu mendakwa wujud cubaan pembangkang semasa Bersih 3.0 mahu menjadikan Dataran Merdeka sama seperti Dataran Tahrir di Mesir. "Lucu rasanya melihat pemimpin kerajaan gelabah. Kita dah buat Bersih tiga kali tapi sebelum ni tak sebut pun nak guling kerajaan," katanya. Sementara itu, beliau berkata PAS turut menghormati keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam yang mengharamkan umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan hura-hura dan kekacauan dalam negara. Walau bagaimanapun, Mahfuz berkata Majlis Fatwa sepatutnya melihat secara keseluruhan punca tercetusnya perhimpunan itu. "Ramai rakyat keluar pergi ke Dataran Merdeka nak tunjuk perasaan dengan niat yang baik kerana ada penyelewengan dalam sistem pilihan raya. "Kalau benar wujud cubaan nak gulingkan kerajaan kita buat di Dataran Putrajaya, bukannya di Dataran Merdeka," katanya. Beliau sebaliknya mendakwa polis yang melanggar fatwa kerana bertindak melulu terhadap peserta Bersih 3.0 tanpa menyiasat secara terperinci. Merujuk kepada penahanan pelajar UiTM Khalid Ismath, Mahfuz berkata polis sepatutnya membuat siasatan forensik secara terperinci terlebih dahulu mengenai kesahihan gambar yang menunjukkan seorang pemuda menggunakan kekerasan terhadap anggota polis trafik. "Malangnya polis bertindak hanya berasaskan gambar yang disiarkan dalam blog pro Umno," katanya. 'Arab Saudi bukannya bodoh' Selain itu, Mahfuz turut menepis dakwaan Naib Presiden Umno dan juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu penganjur Bersih 3.0 bertanggungjawab sekiranya jemaah Malaysia tidak dibenarkan menunaikan ibadah haji dan umrah bagi tempoh tertentu. Ini berdasarkan laporan media pihak berkuasa Arab Saudi sedang menjalankan siasatan terperinci terhadap penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 28 April lalu. "Kerajaan Arab Saudi bukannya bodoh macam kerajaan Malaysia. "Kalau mereka halang, sudah tentu peniaga di Arab Saudi buat tunjuk perasaan membantah kerana rakyat Malaysia kuat membeli belah dan banyak menyumbang kepada kegiatan ekonomi mereka," katanya. -FMT |
Tok Guru Tak Mahu Layan Orang Jahil Dan Bodoh Sombong Posted: 08 May 2012 05:29 AM PDT |
Dibawah Lindungan Hipokrasi - Khas Buat Penyokong Parti Fasis Umno Posted: 08 May 2012 02:56 AM PDT Ini artikel yang di tujukan khas kepada majoriti orang Melayu supaya kekal tidak menyokong parti fasis yang bernama Umno. Ya, pembaca dengar tidak bersalahan. Saya menggelarkan Umno parti fasis yang menghamba-abdikan orang Melayu dan memperbudakkan dan membodohkan bangsa Melayu. Setelah 50 tahun ketika Umno lemah, barulah pemimpin Umno berkejaran memberi RM500 seorang. Berapa ribu orang terpaksa beratur mendapatkan RM500 untuk menyamai harga cincin RM74 juta? Berapa yang kena beratur mendapatkan RM500 menyamai handbag Birkin Hermes? Amat menakjubkan orang Melayu sanggup menerima RM500 tapi melupakan kezaliman dan penganiayaan kerajaan Umno keatas orang Melayu khususnya. Bolehkah kita ganti RM500 seorang dengan penafian hak rakyat Kelantan yang majoritynya orang Melayu mendapatkan royalty minyak? Minyak di jumpai di perairan Kelantan, tapi Kelantan di nafikan peluang membangunkan industri minyak dan gas di Tok Bali. Mahathir lebih rela menyalurkan minyak ke Songkhla, Thailand dari Tok Bali. Jadi rakyat Kelantan, ambil RM500 tersebut tapi jangan lupa kezaliman dan penganiayaan keatas kamu oleh Umno dan BN. Kenapa orang Melayu mahu lagi mendengar suara cemas seorang mamak padukang yang telah pun menyatakan Umno busuk sampai ke usus? Mamak ini juga yang mengatakan bahawa pimpinan Umno semua half-past six dan pimpinan yang ada tongong dan bingung. Bolehkah negara kita di bangunkan oleh pimpinan yang tongong lagi bingung? Mana mungkin kita mahu percaya celoteh si mamak padukang ini? Bolehkah kita percaya warga emas dan makcik serta pakcik yang menyertai gerakan Bersih 3.0 mahu menggulingkan kerajaan bukan secara demokratik? Kita hanya mahu menggulingkan kerajaan secara demokratik iaitu melalui peti undi. Dan rakyat semua berazam, mahu kick out the fascists Umno and its BN component parties. Bila kita ambil RM500, kita jangan lupa jumlah RM1.3 trillion duit panas yang telah di salurkan ke luar negara. Apa pasal kerajaan Umno/BN berdiam diri dalam hal ini? Adakah mereka bersekongkol dengan pihak yang menyeludup wang tersebut? Ia haram kalau balun seorang, tapi halal kalau di kongsi bersama? Ini bererti RM130 billion setahun di seludup keluar negara. Bayangkan jika RM130 billion di kembalikan kedalam ekonomi kita, di tambah kepada bajet negara sebanyak RM250 billion itu, tentu kita dapat mengagihkan kepada perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Bila kita terima RM500 itu jangan lupa kepada ketirisan dan kebocoran yang di lakukan keatas ekonomi kita sebanyak RM28 billion setahun. Kita semua tahu ketirisan itu sebetulnya rasuah. Ini kerajaan yang berdiri diatas rasuah. Dan Najib meneruskan program merasuah rakyat Malaysia. Orang Cina, India dan terbaru, orang Sikh di rasuah supaya menyokong Umno dan BN. Saya mahu golongan ini berfikir, jika Umno dan BN boleh lakukan, sesiapa sahaja yang menguasai kerajaan mampu melakukan nya dengan lebih baik dari Umno. Nobody can do any worse than how Umno is doing currently dan membayar untuk menyelesaikan masaalah adalah vintage Najib. Tapi syukur 3.7 juta pengundi Melayu sedar mengenai onar yang di lakukan oleh Umno. Sejak 1988, Umno telah gagalkan orang Melayu. Since 1988, Umno has failed the Malays. Apa jenis orang Melayu yang Umno telah lahirkan? Yang tertunduk tunduk, macam peon dan tamby menadah tangan memintak sedekah? Umno telah memegang tampuk pemerintahan lebih dari 50 tahun. Cina sengkek yang datang ke Tanah Melayu sehelai sepinggang hari ini mendominasi ekonomi dan suka tidak suka, mempengaruhi arah perjalanan negara. Umno yang mendominasi kuasa politik tidak mampu membetulkan keadaan ini. namun, pemimpin Umno tidak malu muka memohon di berikan mandat satu tempoh lagi untuk meneruskan agenda penipuan dan penglanunan mereka. Kali ini sahaja Umno mengubah taktiknya. Mohon di bantu dengan pengucapan lemah lembut. Najib pun sudah meminta maaf. Jika Umno kuat, bahasa mereka bahasa sombong. Kali ini sahaja setelah 50 tahun Umno memberi bantuan RM500 dan RM200 dan apa apa lagi imbuhan kewangan. Sebab apa? Sebab Umno terdesak, jadi mereka bercakap lembut gigi dari lidah dan merasuah semua orang untuk mengekalkan kuasa. Setiap hari, kita bangun dan beritahu anak-anak kita, mereka tidak mampu bersaing dengan bangsa lain, kerana di lahirkan sebagai Melayu. Apa penyelesaian yang di cadaangkan oleh Umno? Cara untuk mengatasi kelemahan tersebut ialah mendaulatkan Umno sebagai penolong dan pelindung. Dalam kata lain, beri Umno mandate mutlak. Kuasa mutlak erti nya, fasis. Apa yang boleh di tunjukkan oleh Umno kepada orang Melayu? Hari ini Umno hanya mampu menyatakan bahawa kalau Umno tidak ada, maka habislah orang Melayu. Itu adalah bukti bahawa Umno gagal membentuk Melayu yang tahan lasak. Jika dasar Umno baik dan bagus, tentulah jika Umno tiada pun, orang Melayu masih terus berjaya. Umno menanamkan jiwa hamba kedalam benak orang Melayu supaya mengaitkan jatuh bangun, maju dan jaya nya mereka dengan Umno. Ustaz Umno pun ke sana sini melafazkan taatlah kepada Allah, kepada Rasul dan wa-ulil-amri-Umno. Realiti, orang Melayu tidak perlu bergantung kepada Umno untuk pertolongan dan perlindungan. Saya malu mendengar pegawai kerajaan yang kiranya ada otak sedikit, berdiri depan perserta seminar mengalirkan air mata mengistiharkan habislah orang Melayu jika Umno kecundang. Orang tempat saya, Pekan Pahang akan hanya berkata, kepala bapok awak. Yang habis dan mampus ialah orang Melayu seperti kamu yang mengeksploitasi emosi dan amanah orang melayu. Adakah kamu ingat, orang Melayu lain yang mengambil alih tepat dan kedudukan kamu tidak mampu membela orang Melayu? Kita boleh lakukan yang lebih baik. Kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa mereka boleh mentadbir ekonomi dan negeri lebih baik dari yang mampu di lakukan oleh pemimpin kerajaan Umno. Masa depan orang Melayu lebih cerah di luar lingkungan Umno. Kerana itu, pegawai yang korap dan yang tidak membuat kerja ikhlas dan jujur akan menangisi nasib mereka sebab kebenaran akan mengatasi kebatilan akhirnya. Dimana Umno berdiri? Umno berdiri di pihak bathil. Rakyat mesti menolak mereka. Terutama orang Melayu. — sakmongkol.blogspot.com * Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008). |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan