Ahad, 6 Mei 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Tuduh Orang Zina Tanpa 4 Saksi Sepatutnya Kena 80 Sebatan – Mufti

Posted: 06 May 2012 12:19 AM PDT

Kota Bahru: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menjelaskan menuduh orang berzina dalam Islam perlu dikenakan hukuman khazaf dengan sebatan sebanyak 80 rotan, jika sabit dengan kesalahannya.

"Itu jalan penyelesaian yang ada dalam Islam sekiranya orang yang membuat tuduhan tidak mampu memanggil empat orang saksi," katanya pada wacana anjuran Sinar Harian di Kelantan Trade Centre malam tadi.

Dua lagi ahli panel iaitu pakar sejarah dari UM, Datuk Prof Dr Mohamad Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Datuk Dr Johari Mat.

Bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk A Aziz Deraman bertindak sebagai moderator. Tajuk diperkatakan "Bersatu Demi Islam". Wacana tersebut mendapat sambutan agak dingin berbanding wacana yang dianjurkan kerajaan negeri dalam banyak siri sebelum ini.

Dr Juanda sebelum itu mengulas keghairahan akhbar tertentu yang sering memuatkan berita berunsur lucah pada halaman depan.

Baru-baru ini Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya menyiarkan gambar aksi agak panas kononnya membabitkan seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

Tahun lepas akhbar sama menyiarkan gambar klip video seorang lelaki dan wanita dalam keadaan yang menghairahkan juga ditujukan kepada pemimpin Pakatan.

Ramai pemerhati politik menyifatkan tindakan akhbar terbabit sebagai langkah desperado apabila gagal menampilkan bukti. Ketika pertabalan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini akhbar sama mendakwa wakil rakyat Pakatan mempersendakan Raja-Raja Melayu.

Dr Juanda berkata, meletakkan gambar lucah di muka depan akhbar secara tidak langsung boleh mendorong ke arah keruntuhan moral di kalangan generasi muda.

Dr Mohamad pula berkata, persoalan perpaduan Melayu bukan perkara baru yang berlaku dalam masyarakat di negara ini.

"Isu perpaduan Melayu sebenarnya perkara lama, namun mengapa lebih kerap diperkatakan sekarang, adakah semata-mata kerana situasi Mac 2008.

"Sebenarnya persoalan perpaduan wujud ketika kita melawan penjajah lagi. Kemudian diperkatakan semula selepas peristiwa 13 Mei 1969. Jadi ia bukan lahir selepas pilihan raya Mac 2008 sahaja," ujarnya.

Beliau juga tidak nampak pemimpin yang bercakap soal perpaduan Melayu sekarang lahir daripada lubuk hati mereka, sebaliknya ada kepentingan diri dan kedudukan mereka yang perlu dipertahankan.

Menurutnya apabila ada ancaman daripada luar barulah sibuk pemimpin Melayu bercakap soal perpaduan, sedangkan ia bukan lahir dari lubuk hati mereka sendiri.

Anehnya juga kata beliau perpaduan Melayu yang ditonjolkan sedangkan perpaduan Islam lebih penting untuk dipertahankan. -HD

Pelajar Ponteng Dicekup Berasmara Di Sungai

Posted: 05 May 2012 10:18 PM PDT

Kulim - Gara-gara ingin melampiaskan nafsu dengan kekasih masing-masing, tiga pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini, sanggup ponteng sekolah untuk ke sebuah taman rekreasi air terjun bersama teman lelaki mereka. Gambar fail

Rahsia perbuatan sumbang mereka terbongkar apabila seorang waris pelajar terlibat dimaklumkan anaknya tidak hadir ke sekolah.

Curiga dengan kenyataan itu, waris pelajar meminta bantuan Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) untuk mencari tiga pelajar terlibat.

Timbalan Pengerusi PPKM, Ch'ng Seng Ang berkata, ahli PPKM diminta mencari pelajar terlibat di sekitar Sungai Kob dan Sungai Karangan.

Menurutnya, setelah usaha mencari gagal, beliau menerima panggilan kedua menyatakan tiga pelajar perempuan sedang berendam di sungai bersama tiga lelaki di Sungai Sedim.

"Kemudian saya memaklumkan kepada ahli PPKM melalui alat perhubungan supaya mencari tiga pelajar terlibat.

"Kira-kira jam 11 pagi, ahli PPKM dan waris pelajar terlibat berjaya menemui mereka bersama pasangan masing-masing di dalam air," katanya yang mengakui kebanyakan pelajar sering ponteng sekolah dan melakukan perbuatan tidak bermoral itu di taman rekreasi berkenaan.

Seng Ang berkata, pemeriksaan mendapati, semua pelajar terbabit menyimpan pakaian seragam sekolah di dalam beg dan mereka hanya memakai pakaian biasa untuk menghabiskan masa bersama pasangan masing-masing.

"Ketiga-tiga pelajar perempuan dan kekasih mereka berusia 19, 20, dan 21, tahun kemudiannya dibawa ke Balai Polis Sungai Kon untuk siasatan lanjut," katanya.

Menurutnya, ketika pasangan itu ditahan, masih ada beberapa pasangan lain dipercayai masih bawah umur turut berada di kawasan itu.

Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak, terutama pelajar perempuan kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku.

Katanya, sehingga kini permasalahan sosial melibatkan pasangan kekasih bawah umur sering berlaku.

"Terkini, seorang pelajar berusia 14 tahun didapati hamil dua bulan setelah melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya.

"Waris pelajar yang kecewa dengan perlakuan sumbang yang dilakukan mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kulim," katanya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pelajar yang masih di bawah umur terlibat dalam perlakuan seks, sama ada pasangan mereka merelakan atau tidak tetap akan disiasat mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. -SH

Fitnah Gambar Seks Azmin: "No Komen" MB Selangor Berarti "NTBL"

Posted: 05 May 2012 07:37 PM PDT

MB tetap 'tiada komen', sokong Azmin saman Utusan

SUBANG JAYA – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap berkeras enggan mengulas berhubung isu pendedahan imej lucah yang didakwa mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Beliau juga tetap memberi jawapan sama dengan sekadar berkata 'tiada komen' ketika diminta mengulas mengenai kekesalan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang kecewa dengan jawapannya yang seolah-olah lepas tangan dalam isu pendedahan imej lucah tersebut.

Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan tindakan Azmin mahu menyaman Utusan Malaysia RM100 juta kerana menyiarkan laporan klip video seks yang menggambarkan kononnya si lelaki adalah beliau.

"Hari ini adalah Hari Wesak. Kenyataan pertama saya, saya setuju tindakan saudara Azmin mahu saman (saman Utusan Malaysia RM100 juta).

"Saya tiada komen lagi," katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek pembinaan jejantas pejalan kaki pada sambutan Hari Wesak yang turut diadakan di sini, hari ini.

Kelmarin, Zuraida menganggap kenyataan 'no comment' apabila ditanya pemberita berhubung isu tersebut mengecewakan di mana kenyataan itu memberi ruang kepada tafsiran negatif masyarakat terhadap Azmin.

Abdul Khalid memberi jawapan yang dilihat sebagai lepas tangan itu selepas mesyuarat mingguan exco di Bangunan SUK, Rabu lalu selepas imej lucah seiras Azmin bersama seorang wanita yang tersebar luas di laman blog. -SH

MB Selangor Sokong Azmin Saman Utusan RM100 Juta

SUBANG JAYA, 5 MEI : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyokong usaha Azmin Ali dalam tindakan Timbalan Presiden PKR itu untuk menyaman Utusan Malaysia berhubung laporan yang mengfitnahkannya pada 2 Mei lepas.

"Saya setuju dengan tindakan saudara Azmin," jawab Abdul Khalid dalam sidang media ketika diajukan soalan oleh pemberita selepas perasmian Majlis Pecah Tanah Projek Jejantas Pejalan Kaki di sini.

Sebelum ini, Azmin melalui peguamcaranya Tetuan Edwin Lim Suren & Soh telah mengeluarkan surat tuntutan RM100 juta kepada pemilik akhbar tersebut, Utusan Melayu Berhad serta editornya dan menuntut penarikan balik tuduhan dan permohonan maaf secara terbuka.

Akhbar milik Umno-BN itu telah menyiarkan beberapa gambar pada muka depannya pada 2 Mei dalam usaha memfitnah Azmin.

PKR Selangor juga sebulat suara menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Azmin dan menolak fitnah jahat yang dilemparkan Umno-BN.

Sokongan itu dinyatakan dalam satu kenyataan bersama antara Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie dan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Selangor, Zuraida Kamaruddin.
-selangorku





Ulasan GB

"No komen" dari MB Selangor sebenarnya berarti "NTBL" - No Time Bo Layan", Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mahu melayan isu fitnah bodoh pihak tertentu terhadap Azmin. Adalah satu kerja bahalol untuk melayan isu yang cuba memburuk-buruk pemimpin PR sedangkan ia jelas satu fitnah yang nyata.

Tetapi kumpulan tertentu membuat tuduhan kononnya gambar-gambar aksi lucah Azmin yang disebarkan itu dilakukan oleh Tan Sri Khalid untuk jatuhkan Azmin. Satu tuduhan mengarut yang sebenarnya cuba memfitnah orang lain selepas memfitnah Azmin. Fitnah di atas fitnah.

Di mana "nyata"nya fitnah itu?

Oral seks dilakukan dalam tandas - hanya makhluk bebal dan jahat yang percayanya - CCTV dipasang di dalam tandas.

Ia sebenarnya dilakukan oleh para konspirator yang sememangnya mungkin sudah biasa "melakukan aksi berkenaan" dan kemudian cuba untuk memfitnah orang lain.

GB sebenarnya tak heran pun dengan fitnah gambar-gambar lucah yang disebarkan itu kerana GB amat yakin dengan janji Allah swt bahawa pemfitnah itu tetap akan menerima kebinasaan akhirnya:

Allah sudah berfirman:


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merencanakannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]


Kebenaran akan tetap terdedah. Yakinlah.

Kita akan terus berdoa!


اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه


Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Pendedahan Terkini Ratu Botox & Menteri Top-Up (Zahida - Shafie Apfal)

Posted: 05 May 2012 04:44 PM PDT

Walaupun Ratu Botox, Zahida Mohamad Rafiq dan Menteri Top-Up, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan hubungan sulit mereka, namun majoriti artis dan rakyat Malaysia yakin bahawa laporan media tentang hubungan mereka amat sukar disangsikan.

Gaya hidup mewah Zahida berbanding dengan pendapatannya yang 'ciput' (sedikit) tidak memungkinkan beliau menyara kehidupannya tanpa bantuan Shafie atau Datuk 'M' yang menggunakan Zahida sebagai 'Banker' dalam permainan 'Monopoly'.

Selama ini Zahida mendakwa bahawa beliau mempunyai pendapatan lumayan dan kukuh untuk menyara kehidupan mewahnya kerana memiliki dua syarikat masing-masing Noble Benchmark Sdn.Bhd (556710-V) dan Lembaran Putih Sdn. Bhd. (584803-A).

Paparazzi telah menjalankan siasatan rapi di RAM Credit Information Sdn.Bhd (RAM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menilai keboleh upayaan Zahida menyara kehidupan mewahnya dengan menjalankan perniagaan yang kononnya mengaut keuntungan yang besar; dan bukannya ditaja oleh Menteri Top-Up.

Ternyata kenyataan mantan pemandunya, Noor Azman Azemi bahawa Menteri Top-Up telah membayar RM100,000 setiap kali menemui Zahida dan sehingga kini telah menyerahkan RM1.5 juta sukar untuk disangkal.

Artis Botox, Plastik dan Kolagen kacukan Melayu-Pakistan tidak dapat hidup mewah daripada lakonan kerana selama menjadi anak wayang, Zahida hanya membintangi enam buah filem antaranya Senario, Mami Jarum, Mami Jarum Jr, Anak Mami The Movie dan Kuliah Cinta dan mendapat bayaran kurang daripada RM10,000 bagi setiap filem yang dilakonkannya.

Namun Menteri Top-Up telah menyalahguna kuasa memberi peluang yang cukup luas kepada Zahida ketika menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNK) pada 31 Mac 2004 sehingga 17 Mac 2008 iaitu sebagai kontraktor Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia dan pembekal barang mentah untuk semua rangkaian Pasaraya Giant.

Syarikat Zahida, Noble Benchmark juga turut diberi peluang menghasilkan dua buah filem pendek berjudul
'Budi Bahasa' dan '1Malaysia' terbitan FINAS dan beberapa kontrak persembahan pentas ketika Menteri Top-Up menjadi Menteri Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan Malaysia di antara 18 Mac 2008 sehingga 9 April 2009.

Setelah Menteri Top-Up menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Zahida tidak perlu bekerja keras lagi kerana mendapat durian runtuh setiap bulan; sebagaimana yang didakwa oleh Noor Azman Azemi, terutama projek Top-Up yang dilaksanakan melalui proksi dan nominee seperti Datuk Chin Su Phin, Wilfred Yong Chen Leong, Datuk Christopher Chiu, Haji Yusof Apdal, Azis Jamman, Marzuki Datuk Nasir, Datuk Peter Anthony dan sebagainya.

Melalui Projek Top-Up, terutamanya Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Menteri Top-Up akan mendapat antara 10% sehingga 25 % komisyen daripada kos projek berkenaan (Harga projek dinaikkan sehingga 60%); semuanya telah didedahkan oleh Sabahkini.net sebelum ini, terutama Projek Sistem Solar Hibrid Fasa II Pulau Banggi, Kudat.

Soal sama ada Zahida telah bernikah dengan Menteri Top-Up tidak wajar ditimbulkan untuk menutup Skandal Seks mereka kerana rakyat Malaysia mahu tahu dari mana Menteri Top-Up memperolehi wang tidak kurang RM500 juta (Rekod SPRM); setakat ini RM50 juta daripadanya telah diserahkan kepada Zahida.

Kerakusan Zahida membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya polis pada 3 Mac 2012 membawa padah kerana RM200,000 wang yang kononnya dilarikan Noor Azman Azemi lesap; malah kes yang disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah masih belum dapat dibuktikan.

Lebih malang apabila pada 18 April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin memperoleh penyata bank peribadi Zahida dan mendedahkan kepada media di lobi Parlimen bahawa terdapat beberapa transaksi yang dilakukan Menteri Top-Up itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

Kata Zuraida, pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sahaja sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman Azemi untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Jumlah kesemuanya lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan.

Zuraida Kamaruddin turut mendedahkan Zahida Rafik mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.

Sikap Zahida yang suka bercakap besar kepada wartawan menyebabkan beliau terperangkap dalam dunia ciptaan sendiri dan berbangga dengan wajah ASPAL (Asli Tetapi Palsu) hasil pembedahan plastik, suntikan botok dan kolagen.

“Saya bukan nak cakap besar, tapi London sudah macam rumah kedua saya. Sekurang-kurangnya setahun dua kali saya ke sana terutama pada waktu jualan murah musim Krismas. Saya juga sangat selesa dan mahir dengan jalan-jalan di sana. Lebih daripada itu, saya mempunyai ramai teman di London, jadi tak terasa asing,” ujar Zahida kepada wartawan yang mempersoalkan hidup mewahnya sedangkan beliau bukan artis popular yang berpendapatan besar.

Menteri Top-Up dilahirkan di Semporna pada 20 Oktober 1957 dari keturunan Bajau Sikubung (Pendatang Filipina) kerana bapanya Haji Apdal pernah menjadi tentera Filipina; kini merupakan salah seorang Naib Presiden UMNO; menikah dengan Shuryani binti Shuaib dan mempunyai enam orang anak.



Agak melucukan apabila Wikipedia mencatatkan Menteri Top-Up ini mempunyai Laman Web iaitu http://shafieapdal.com tetapi pelayar internet memaklumkan kepada Paparazzi bahawa laman web tersebut menjual kondom, gajet seks dan video lucah?

Dengan bantuan rangkaian Paparazzi di JPJ dan PDRM, Paparazzi telah mengenal pasti tuduhan Zuraida bahawa Zahida memiliki beberapa kenderaan mewah import memang benar.




Mengikut rekod JPJ, Zahida memiliki tiga buah kereta mewah yang didaftarkan atas nama beliau sendiri iaitu Toyota Harrier nombor plet AAE2; BMW Model 630 (A) nombor plet WTN1941 dan Porsche Cayman s (A) nombor plet AAB3.

Kegemaran aneh Zahida iaitu suka menukar nombor plet kerana mengikut rekod JPJ, Paparazzi mengesan kereta AAE2 sebelum ini menggunakan nombor plet WLX6074, milik Hasnah Binti Yahya MyKad 600711035680 yang beralamat di Kg Chenerai Alor Pasir, 1700 Pasir Mas, Kelantan; senario ganjil kerana JPJ meluluskan penukaran nombor Plet bagi pemilik yang berasingan.

Manakala kereta BMW WTN 1941 sebelum ini menggunakan nombor Plet AAB3 dan kereta Porche AAB3 sebelum ini menggunakan nombor plet WTN 1941, kedua-duanya milik Zahida.

Zahida yang gemar memandu laju tidak pernah menjelaskan 10 saman trafik sejak 2005 atas pelbagai kesalahan termasuk memandu laju mempunyai saman tertunggak sejumlah RM980, tetapi kebal daripada waran tangkap.






Semakan lanjut rekod RAM, Paparazzi mendapati Zahida mempunyai rekod kewangan yang kurang baik kerana disaman oleh Malayan Banking disebabkan gagal membayar pinjaman perumahan di No 10678, Lot 14529, Gombak, Kuala Lumpur yang masih tertunggak RM210,000.


Namun dalam kenyataan balas Zahida pada 20 April 2012 berhubung pendedahan penyata akaunnya, Zahida menjelaskan bahawa beliau melakukan perniagaan penjualan kereta import bersama abang iparnya serta perniagaan arang batu di Kalimantan, Indonesia bersama abang angkatnya (?).

"Semua penyata akaun serta wang yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Ampang adalah benar, tetapi ia adalah hasil titik peluh saya sendiri dalam perniagaan yang diceburi dan ianya tiada kaitan dengan seorang menteri yang dikaitkan oleh YB. Zuraida Kamaruddin kepada umum," kata Zahida yang mengakui mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan yang diceburi setelah tidak lagi aktif dalam bidang lakonan.

Semakan Paparazzi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati bahawa Lembaran Putih Sdn.Bhd adalah syarikat Dormant dan telah diwinding-up melalui suit 28-308(4)-2007 Kuala Lumpur pada 28 Nov 2007 dan diwartakan pada 19 Jun 2008. Manakala Noble Benchmark Sdn.Bhd pula tidak lagi menghantar Penyata Kewangan sejak 5 Ogos 2008. Persoalannya kenapa Zahida tidak berterus terang?









Oleh: PAPARAZZI SABAHKINI.NET
Sumber:sabahkini.net

Muktamar PAS Kawasan Jasin Lulus Usul Desak BERSIH 4.0 Diadakan Sebelum PRU13

Posted: 05 May 2012 07:29 AM PDT

Muktamar PAS Kawasan Jasin hari ini meluluskan usul agar BERSIH 4.0 diadakan sebelum pilihanraya umum ke 13 dipanggil.

Usul tersebut telah dibentangkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin oleh ketuanya, Sdra Aminuddin Abd. Jalil di Muktamar PAS Kawasan Jasin kali ke 45 di Kompleks PAS Jasin (KOMPAJ) hari ini.

Menurut Sdra Aminuddin, kenyataan SPR yang enggan membuang lebih 40,000 nama meragukan dalam daftar pemilihnya atas alasan tidak dapat mengenalpasti status mereka, merupakan satu strategi jahat UMNO BN memaipulasi SPR untuk kemenangan mereka di dalam PRU yang akan datang ini.

Pendedahan mengenai pengerusi dan timbalan pengerusi SPR yang pernah menjadi ahli UMNO sebelum ini jelas membuktikan bahawa SPR selama ini bukanlagh sebuahh badan yang bebas dan adil dan hal ini benar-benar telah menghakis keyakinan rakyat terhadap integriti badan yang diamanahkan untuk menjalankan proses pilihanraya di negara ini.

Sementelah lagi kewujudan task-force pemberian IC kepada warga asing di mana timbalan pengerusi terlibat secara lansung bersama-sama pegawai perdana menteri sendiri membuktikan bahawa UMNO BN sanggup melakukan apa saja untuk menang pilihanraya sekalipun dengan cara paling kotor.

Justeru itu, menurutnya, gelombang dan momentum kesedaran rakyat yang dijana melalui perhimpunan BERSIH 3.0 hendaklah diteruskan sehingga kredibiliti dan integriti SPR dipulihkan sebelum pilihanraya ke 13 dipanggil.

Usul tersebut telah diterima dan diluluskan sebulat suara oleh peserta mutamar.

Muktamar PAS Kawasan Jasin yang berlansung bermula jam 9.00 tadi telah dirasmikan oleh AJK PAS Pusat, Dato' Ustadz Abu Bakar Chik.

Di dalam ucapan perasmiannya, Dato' Ustadz Abu Bakar Chik berkata bahawa kerajaan UMNO BN kini perlu memikul beban terhadap tuntutan BERSIH. Malah menurut beliau tidak wujud BERSIH, tidak wujud rusuhan jika tiada ketidak-adilan dan kezaliman, tidak wujud BERSIH jika SPR menjalankan tugasnya dengan adil, telus dan saksama.

Terdahulu Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Ustadz Kamaruddin Sidek melahirkan rasa sukacitanya kerana telah wujud perubahan sikap di kalangan ahli PAS di semua peringkat. Beliau juga menekankan soal peri pentingnya ukhwah di kalangan para ahli dipertingkatkan untuk mempastikan perjuangan Islam yang dibawa PAS tidak terganggu dan tersekat oleh hal-hal khilafiah yang remeh.

Di muktamar kali ini juga, program "Jasin Centre" (JC) yang dikendalikan oleh Pemuda PAS Jasin telah dilancarkan dimana JC menjadi hub kepada penyebaran maklumat dan program-program PAS di kawasan Jasin melalui perkhidmatan SMS.

NGO Tolak Panel Bebas Siasat Bersih 3.0

Posted: 05 May 2012 05:22 AM PDT

Orang ramai memberi pelbagai pendapat mengenai penubuhan panel bebas bagi menyiasat keganasan Bersih 3.0, Sabtu lalu.

Mereka berkata, panel tersebut hanya kosmetik dan tidak boleh menyelesaikan keganasan tersebut.

NGO Jingga 13 menolak panel bebas itu dengan alasan ia tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa pihak yang melakukan kesalahan dalam perhimpunan Bersih 3.0.

"Suruhanjaya diraja lebih baik kerana mempunyai kuasa mendakwa mereka yang terlibat dengan keganasanan dalam Bersih 3.0.

"Kita rasa panel bebas ini tidak lebih dari kosmetik sahaja sedangkan pelaku masih bebas,"
kata Koordinatornya, Faris Musa.

Penganalisis politik tempatan, Prof Datuk Zainal Kling berpandangan semua pihak perlu dibenarkan menyertai panel bebas tersebut untuk memastikan keberkesanannya.

"Semua orang kena masuk…pihak keselamatan, hakim, pembangkang dan sesiapa sahaja yang mempunyai bukti.

"Biar siasatan itu lengkap, sebelum pihak peguam negara membuat tindakan lanjut," kata beliau.'

Bagaimanapun, Zainal berkata, penubuhan panel bebas itu menunjukkan kerajaan seolah-olah tidak mempercayai mempercayai tugas agensi keselamatan mereka.

NGO Jingga 13 pula menolak panel bebas itu dengan alasan ia tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa pihak yang melakukan kesalahan dalam perhimpunan Bersih 3.0.

Kordinatornya, Faris Musa berkata, cara terbaik ialah dengan menubuhkan suruhanjaya diraja kerana mempunyai kuasa yang lebih berbanding panel bebas.

Kosmetik

"Kita rasa panel bebas ini tidak lebih dari kosmetik sahaja sedangkan pelaku masih bebas," tambahnya.

Menurutnya, kes Bersih 3.0 ini perlu ditangani secara bijaksana supaya pelaku keganasan tidak terlepas dari undang-undang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan penubuhan panel bebas itu bagi menyiasat keganasan Bersih 3 di ibu negara Sabtu lalu.

Beliau memberi jaminan panel itu membuat siasatan secara bebas dan adil.

Dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu berlaku kekecohan apabila orang ramai menyerbu Dataran Merdeka yang menyebabkan polis menyembur gas pemedih mata dan menangkap mereka yang terbabit.

Kedua-dua pihak saling tuduh menuduh yang mendakwa masing-masing menjadi punca keganasan tersebut. -FMT

Seluar Dalam & Coli Bertaburan Depan Rumah

Posted: 05 May 2012 02:30 AM PDT

Bercham – Seorang gadis hidup dalam ketakutan apabila seluar dalam dan coli miliknya yang dicuri sejak dua bulan lalu, ditemui bertaburan di hadapan dan halaman rumahnya di di Kampung Tersusun Tasek di sini, kelmarin.

Keadaan itu begitu menakutkan dirinya selepas menjadi mangsa gangguan seksual seorang lelaki misteri yang gemar meninggalkan nota berbaur lucah dan mempelawa mangsa melakukan hubungan seks dengannya.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Sarah, 32, berkata, kejadian itu disedari pada jam 9.45 pagi ketika dia ingin keluar untuk bekerja sebelum terkejut apabila mendapati seluar dalam miliknya bertaburan.

Menurutnya, beberapa coli dan seluar dalamnya turut bertaburan di atas kereta serta perkarangan rumah keluarganya itu.

"Ini merupakan kejadian kedua berlaku apabila lelaki berkenaan bertindak berani dengan menceroboh kawasan rumah kami pada jam 1 pagi untuk melakukan perbuatan keji ini.

"Dalam kejadian pertama pada awal Mac lalu, dua helai coli hilang tetapi dikembalikan seminggu kemudian dengan sekeping nota lucah. Saya yakin ia melibatkan individu sama," katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bercham di sini, kelmarin.

Katanya, dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang lampu pada waktu malam bagi mengelakkan kejadian sama berlaku.

"Keluarga sangat bimbang dengan lelaki berkenaan yang mungkin bertindak lebih berani dengan menceroboh rumah pula," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berkenaan dan rondaan di kawasan berkenaan akan ditingkatkan bagi menjaga keselamatan penduduk. -SH

Tiada ulasan: