Blog-list Malaysia |
- Wakil PBB sedia siasat BERSIH 3.0
- Mengapa Saya Dikatakan Timbalan Pengerusi SPR - Wan Ahmad
- BN dijangka mengadakan pilihanraya mengejut, berkemungkinan Julai
- Keberangkalian UMNO menjadi pembangkang adalah tinggi
- Azwan Ali Bengang Ummi Heret Ibu Dalam Buletin Utama
- Menitis Air Mata Aku Tengok Video-Video BERSIH - Erma Fatima
- Benarkah Azmin Berkata Macam Ni Pada Ibunya.. Macam Cerita Kartun Saja.. Hehehe..
- Ranking Malaysia Dalam Kebebasan Media Tercorot Didunia
Wakil PBB sedia siasat BERSIH 3.0 Posted: 05 May 2012 10:39 PM PDT Seorang pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Frank La Rue menawarkan diri untuk menjalankan siasatan bebas, mengkaji dan menilai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April. La Rue memberitahu Malaysiakini bahawa beliau juga menawarkan untuk menyiasat perhimpunan BERSIH 2.0 memandangkan beliau berada di Malaysia pada Julai tahun lalu. Katanya beliau berada di Malaysia pada 10 Julai, sehari selepas perhimpunan itu diadakan, dan perhimpunan itu menarik perhatiannya. Tambahnya, beliau diberitahu bahawa perhimpunan itu mengejutkan memandangkan ia turut dihadiri anggota keluarga dan kanak-kanak. Katanya lagi, beliau difahakmkan bahawa peserta perhimpunan itu tidak agresif mahupun mengingkari arahan, tetapi polis bertindak ganas. Peguam dari negara Guatemala yang berpengkalan di Geneva itu ditemui Malaysiakini di Persidangan Kebebasan Akhbar Sedunia di Tunis yang berakhir semalam. http://www.malaysiakini.com/news/197095 |
Mengapa Saya Dikatakan Timbalan Pengerusi SPR - Wan Ahmad Posted: 05 May 2012 09:43 PM PDT PASIR MAS, 6 Mei 2012 - Ahli UMNO Cawangan Kubang Bunggor, Wan Ahmad bin Wan Omar mengecam tindakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggunakan identiti beliau sehingga dikaitkan sebagai Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar. Peniaga kedai makan berusia 63 tahun itu kesal dengan tindakan tanpa usul periksa parti itu yang menggunakan maklumat peribadi dari kad pengenalannya untuk mendesak Timbalan Pengerusi SPR itu meletakkan jawatan. Wan Ahmad berkata nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 telah digunakan oleh Saifuddin untuk dimuatkan kedalam kenyataan media PKR yang dikeluarkan pada 27 April lalu. Sambil menegaskan tindakan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab, beliau melahirkan rasa simpati kepada Datuk Wan Ahmad yang dituduh sebagai ahli UMNO atas dasar nama yang sama dengannya. Sebenarnya, ahli UMNO Cawangan Kubang Bunggor itu adalah saya dan nombor kad pengenalan itu milik saya," kata Wan Ahmad. Sebelum itu, kenyataan media PKR turut menggunakan maklumat nombor kad pengenalan yang sama dengan peniaga kedai makan Pasir Mas ini dalam desakan agar Timbalan Pengerusi SPR itu meletakkan jawatan atas dasar Datuk Wan Omar adalah ahli UMNO. Malah nombor keahlian UMNO, kod cawangan, kod DUN dan kod bahagian yang dikeluarkan oleh kenyataan media PKR itu juga menggunakan maklumat dari peniaga kedai makan Pasir Mas tersebut. Datuk Wan Omar juga pernah menafikan dakwaan PKR bahawa beliau adalah ahli UMNO sekaligus menuntut Setiausaha Agung PKR itu memohon maaf secara terbuka. Saifuddin turut mempertahankan dakwaannya dengan alasan sudah mengemukakan bukti kepada umum. http://www.klpos.com/politik/4208-mengapa-saya-dikatakan-timbalan-pengerusi-spr-wan-ahmad |
BN dijangka mengadakan pilihanraya mengejut, berkemungkinan Julai Posted: 05 May 2012 07:34 PM PDT KUALA LUMPUR, 6 Mei ― Pilihan raya umum dijangka mungkin berlaku seawal Julai depan sebelum bulan Ramadhan kerana Bersih 3.0 tidak memberikan kesan terhadap sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN), demikian menurut sumber BN. The Malaysian Insider difahamkan pilihanraya tidak akan dilaksanakan pada Jun ini kerana Datuk Seri Najib Razak akan bercuti ke luar negara selama dua minggu bermula pertengahan Mei, walaupun beliau akan menghadiri perjumpaan "Rakan BN" di London pada 14 Mei. "Selepas sambutan ulang tahun Umno pada 11 Mei, perdana menteri akan menghadiri satu majlis di London, majlis graduasi anak lelaki beliau sebelum ke Sepanyol untuk bercuti," jelas sumber kepada The Malaysian Insider. "Berkemungkinan pilihan raya tidak akan berlaku dalam bulan Jun. Julai seperti sangat sesuai memandangkan kebanyakan pemimpin BN sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya, katanya dan menambah, ia mungkin dilaksanakan sebelum 19 Julai memandangkan bulan puasa dijangka akan bermula. Lebih 60 peratus rakyat Malaysia beragama Islam dan berehat daripada aktiviti politik ketika bulan puasa. Sumber lain menjelaskan Pengerusi BN itu telah mula mendapatkan sokongan daripada rakan-rakan dan penyokongnya di seluruh negara, dengan lawatan terbaru beliau ke Gua Musang Jumaat lalu yang mana telah mengenepikan dakwaan piihan raya akan dilanjutkan ekoran insiden keganasan Bersih 3.0. Malah beliau menegaskan hanya rakyat yang akan menentukan tarikh sebenar pilihan raya. Beberapa laporan media antarabangsa menjangkakan Najib akan menangguhkan pilihan raya umum ke-13 selepas insiden Sabtu lalu. Namun perdana menteri itu, ketika menjawab soalan pemberita di sini, tersenyum apabila diajukan persoalan tersebut dan menjelaskan "tarikh pilihan raya tidak akan tergugat dengan perkara itu." "Ia terpulang kepada rakyat. Kita akan membuat keputusan berdasarkan pandangan rakyat terhadap kerajaan, tunggu sahaja," kata Najib. Sumber itu turut menjelaskan Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah melawat ke semua negeri sejak beberapa bulan lalu bersama dengan ketua BN Sarawak minggu lepas dan timbalannya di Sabah pada hujung minggu lalu. "Mereka yakin dan BN negeri turut yakin. Pilihanraya semakin hampir," kata sumber tersebut. Beliau menjelaskan perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 yang dijalankan serentak di 11 negeri dan 80 negara di seluruh dunia hanya menguatkan lagi sokongan pengundi untuk menghadapi pilihanraya. "BN masih kuat. Bersih hanya memberikan kesan yang minimum kerana ia dirosakkan oleh PKR dan keganasan sewaktu protes tersebut telah mengubah pendirian pengundi atas pagar," tambah sumber. Rating Najib telah meningkat mendadak kepada 69 peratus dalam kaji selidik terbaru telah mewujudkan spekulasi pilihanraya bakal dijalankan pada Jun depan, walaupun penggal BN memerintah masih lagi berbaki hingga Mac tahun depan. Pakatan kerajaan tersebut menguasai 138 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan menguasai kesemua negeri kecuali empat diperintah Pakatan Rakyat (PR). Pilihanraya seterusnya bakal menyaksikan lebih 2.2 juta pengundi baru, yang telah mendaftar antara pilihan raya sebelumnya pada 2008 dan penghujung tahun lalu. Hampir 60 peratus pengundi baru berbangsa Melayu, bangsa dominan di negara ini. Statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan jumlah pertambahan pengundi tertinggi adalah Selangor dengan 165,222 individu, diikuti Johor (124,240), Perak (96,710), Sabah (86,927), Kedah (84,704), Kelantan (69,344), Penang (64,029), Sarawak (63,305), Kuala Lumpur (61,040), Pahang (59,639), Terengganu (45,190), Negeri Sembilan (42,009), Melaka (31,827), Perlis (9,881), Labuan (2,863) dan Putrajaya (1,920). Bersih, pertubuhan dengan 84 gabungan NGO. telah menolak daftar pemilih SPR dan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih ketika perhimpunan mereka sejak 2007, dan terbaru pada 28 April lalu, yang menyaksikan ribuan masyarakat turun ke jalanan untuk mengadakan tunjuk perasaan aman duduk bantah. Perhimpunan itu bagaimanapun bertukar ganas setelah perusuh mula meruntuhkan penghadang yang didirikan bagi mengelakkan mereka memasuki kawasan Dataran Merdeka. Pentadbiran Najib telah melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 pada Julai lalu apabila membentuk pasukan khas pilihan Parlimen (PSC) berkaitan pilihan raya, namun Bersih tetap berkeras daftar pemilioh SPR masih lagi tidak bersih sepenuhnya. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bn-dijangka-mengadakan-pilihanraya-mengejut-berkemungkinan-julai/ |
Keberangkalian UMNO menjadi pembangkang adalah tinggi Posted: 05 May 2012 06:04 PM PDT Kali ini saya teruskan lagi tentang perlunya kerajaan diubah, dianjak dan di alih, kalau boleh sebelum pilihanraya umum. Sambutan himpunan Bersih menunjukkan sokongan kepada perubahan dan rakyat tidak lagi mahu menerima pujukan kerajaan dan pimpinan hari ini agar mereka diberikan sekali lagi sambungan untuk memerintah negara kita yang kaya raya tetapi disalah tadbir ini. Apa pun kata pihak media massa arus perdana jumlah peserta himpunan Bersih 3.0 tetap jauh melebihi 200,000 orang. Siapa pun boleh nafikan angka ini, tetapi itulah angka yang sebenarnya. Tetapi angka itu tidak penting. Yang penting dalam pilihanraya kali ini BN akan sampai penghujung hayatnya untuk mentadbir negara kita setelah memerintah begitu lama yang membuatkan pemimpin-pemimpin mereka menjadi seperti orang yang kufur nikmat. Mahu tidak mahu kita mesti terima hakikat yang Bersih 3.0 telah berjaya besar yang tidak disangka-sangka. Pihak BN boleh berkata mengikut apa yang mereka mahu dengar tetapi hakikatnya rakyat telah membuat keputusan yang 'conclusive'; iaitu , untuk menggantikan BN, justru rakyat akan ditadbir oleh kerajaan baru. Seperti yang saya sebut dalam posting saya beberapa hari yang lalu sokongan terhadap Bersih 3.0 sabtu lepas memberikan 'signal' yang rakyat akan diperintah oleh pihak 'alternative'. Sesungguhnya, apa pun yang dilakukan oleh Najib dan barisan pimpinan negara, majoriti rakyat Malaysia sudah kehilangan keyakinan terhadap BN. Persepsi majoriti rakyat terhadap BN sudah sampai keperingkat optima dan tidak ada jalan lagi untuk BN diyakini oleh rakyat yang ramai ini. Semalam saya berada di Terengganu dan sebahagian yang mendengar ceramah yang saya sampaikan itu adalah dari mereka yang baru pulang dari Kota Baru kerana mereka diberikan bas dan berbagai-bagai kemudahan untuk menyambut PM Najib di sana. Rakyat tahu yang pimpinan hari ini tidak akan mampu melakukan perubahan yang baik kerana kecelaruan yang dialami oleh rakyat adalah hasil dari sikap kufur nikmat yang keterlaluan jelasnya. Secara saikologinya rakyat sesungguhnya sedang menukar 'mindset' mereka untuk bersedia menerima perubahan kepada kerajaan baru negara. Perubahan kerajaan dalam sistem demokrasi adalah 'normal'. Hanya dinegara ini sahaja pertukaran kerajaan akan di alami oleh rakyat buat kali pertamanya selepas pilihanraya yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja. Jika sudah biasa dengan pertukaran kerajaan dan pentadbiran bertukar ganti maka dengan 'natural'nya akan berlaku sistem dua parti dinegara ini. Penjawat awam juga tidak perlu runsing kerana jika BN kalah dalam PRU kali ini, penjawat awamnya adalah pegawai-pegawai dan kakitangan yang sama. Malahan Polis yang membedil rakyat dengan gas pemedih mata itu pun akan kekal. Oleh itu pihak polis dan penjawat awam tidak perlu resah gelisah dengan pemindahan kuasa dari BN kepada PR. Saya menyebut ini kerana saya hendak memberi tahu semua pihak yang 'there is life after the demise of UMNO'. Tidak lama lagi kita akan mendapat bukti yang jika UMNO diketepikan rakyat akan berpeluang dan mempunyai harapan yang perubahan kepada kehidupan mereka yang lebih terjamin akan dibuktikan. Masa itu nanti baru lah rakyat tahu yang mereka tidak akan terjejas kehidupan walaupun UMNO akan tidak lagi berkuasa. Peluang untuk UMNO kekal dalam kuasa adalah tipis walaupun bukan mustahil. UMNO selama ini hidup di atas kebijaksanaan mereka membohongi rakyat dengan retorik lapuknya. Maklum sajalah berbohong itu merupakan satu perkara yang telah menjadi makanan kepada UMNO dan BN. UMNO sekarang sedang dalam kekalahan walaupun mereka berpengalaman dalam mengelirukan rakyat. Perang saikologi yang dilakukan oleh media massa seperti TV3 tidak pergi kemana kerana rakyat begitu jemu mendengarnya. Malahan TV3 pun sudah tidak lagi mujarab untuk mengubah hati rakyat yang telah tercalar oleh tingkah laku UMNO dan BN sejak beberapa ketika dahulu. Segala institusi demokrasi yang telah diporak perandakan oleh pemimpin UMNO sejak hampir tiga dekad dahulu akan pasti dipulihkan imejnya selepas UMNO tidak lagi berkuasa di Putrajaya. Polis yang menendang dan memukul peserta Bersih baru-baru ini akan sampai masanya untuk mengetahui yang mereka juga akan terus berkhidmat dan masa itu nanti barulah mereka (polis) yang sesiapa pun memerintah kedudukan mereka tidak akan terjejas. PDRM sebaliknya akan merasakan yang mereka tidak didendami walaupun mereka pernah berlaku zalim kepada rakyat yang membayar gaji mereka dan bayaran pencen mereka. Sementara keadaan itu berlaku PDRM janganlah bersikap angkuh jika ada lagi himpunan rakyat serperti Bersih 4.0 misalnya. Tidak perlulah menyelitkan agen 'provocateur' dalam perhimpunan Bersih jika ia berlaku lagi. TV3 juga akan tetap kekal dan tidak payah lagi membodek kerajaan baru nanti. Pengurusan Media Prima tidak payah hendak bertanya kepada pihak berkuasa macam mana hendak spin berita-berita tentang UMNO yang akan menjadi parti pembangkang Mereka dari sekarang boleh lah berlatih untuk menjadi pengamal media massa secara professional, dan tidak payah mengampu lagi. Semasa itu nanti kita berharap pendokong UMNO tidak lagi mencarut dan membabikan pihak lain atau menjatuhkan hukum murtad kepada pihak lain. Berbuat baiklah sambil kita bersama-sama memperbetulkan diri dan melakukan intropeksi yang secukupnya. Saya bukan hanya menyeru orang lain untuk berubah kepada kebaikkan ini. Saya juga menyeru kepada diri saya sendiri untuk melakukan perkara yang sama. Yang terpenting sekarang ini melakukan perubahan adalah satu perkara yang sangat mendesak kerana jika tidak dilakukan sekarang tidak tahulah apa yang akan terjadi kepada rakyat dan negara kita ini pada masa-masa yang akan datang. Aspan Alias. |
Azwan Ali Bengang Ummi Heret Ibu Dalam Buletin Utama Posted: 05 May 2012 03:53 PM PDT Berang dengan isu yang disiarkan oleh Buletin Utama pada malam ini mengenai ibu kepada Umie Hafilda, Azmin Ali dan juga ibunya sendiri, Azwan Ali berperang sekali lagi di laman twitternya. Ummi Hafilda anak dara tua yang sebelum ini sering menimbulkan isu memburukkan Azmin ali sekali lagi tampil dengan mengheret Ibunya bagi memburukkan Azmin Ali dibuletin utama malam tadi. Walaupun Azwan Ali seringkali 'meroyan' dalam laman twitter miliknya, kali ini ia berbeza sedikit apabila beliau melenting isu ibunya diheret serta memalukan nama baik ibunya dan keluarga Haji Ali. Dipetik dari - http://laksamanabukitbintang.blogspot.com/2012/05/azwan-ali-bengang-ummi-heret-ibu-dalam.html |
Menitis Air Mata Aku Tengok Video-Video BERSIH - Erma Fatima Posted: 05 May 2012 07:07 AM PDT |
Benarkah Azmin Berkata Macam Ni Pada Ibunya.. Macam Cerita Kartun Saja.. Hehehe.. Posted: 05 May 2012 05:46 AM PDT 'Hati Saya Hancur', Kata Ibu Azmin Kami tiba di sebuah banglo lama dekat Kampung Kolam Air, Hulu Kelang kira-kira pukul 3 petang. Dari jauh kelihatan seorang ibu tua yang bertongkat memandang kami dengan wajah yang cukup sayu. Namanya Che Tom Yahaya, berusia 78 tahun. Kalau sebut nama itu mungkin ramai yang tak mengenalinya, tapi kalau sebut nama Azmin Ali, Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali, tak mustahil ramai yang akan mengingatinya. Beliau adalah ibu kandung kepada tiga individu yang cukup dikenali ramai ini. Ketika memulakan bicara, Che Tom mengambil masa hampir beberapa minit sebelum melontarkan ayatnya yang pertama. Namun setiap kali beliau bercakap, setiap kali itu jugalah airmatanya jatuh menitis membasahi pipi. " Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur," kata Che Tom merujuk kepada perbuatan dan tingkah laku anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Gombak itu. Menurut Che Tom, entah dimana silapnya, Azmin, anak yang cukup baik dan mendengar kata tiba-tiba boleh berubah menjadi yang sebaliknya. Kata Che Tom, kali terakhir beliau bertemu muka dengan anak sulungnya itu hanyalah pada pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas. Sejak itu Azmin tidak lagi menjenguknya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya. Malah menurut Che Tom, Azmin langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital. " Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya…melihat saja kehadiran Ummi Hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat. " Malah di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum 'disamak', Azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya 'benda haram'. " Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawab Azmin, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim," kata Che Tom sambil menahan sebak. Dipetik Dari Blog Pencacai |
Ranking Malaysia Dalam Kebebasan Media Tercorot Didunia Posted: 05 May 2012 05:04 AM PDT |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan