Kelab Greenboc |
- 4 Peguam Wanita Saman KPN, Kerajaan
- Sanggup Pukul Wartawan & Rakyat Malaysia, KPN Dianugerahkan Pingat Oleh Singapura?
- Rusuhan Cubaan Gulingkan Kerajaan: Semuga "Doa" Najib Diperkenanan Tuhan
- Ulangan Peringatan Presiden PAS Kepada Najib: Kesabaran PAS Ada Batasnya!
- BERSIH: Tiada Sebab Untuk Serah Diri
- [WASPADA] Pembantu Kedai Terima Wang Kertas Palsu RM10
- Lagi Ramai Menteri Akan Kecundang Dalam PRU13 Seperti PRU12?
4 Peguam Wanita Saman KPN, Kerajaan Posted: 04 May 2012 11:57 PM PDT Kuala Lumpur: Empat peguam wanita yang ditahan polis ketika hendak berjumpa dengan anak guam mereka yang ditahan kerana mengadakan perhimpunan nyalaan lilin tiga tahun lalu, hari ini memfailkan saman terhadap polis dan kerajaan. Fadiah Nadwa Fikri, 29, Murni Hidayah Anuar, 28, Puspawati Rosman, 31, dan Syuhaini Safwan, 28 memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, melalui Tetuan Daim & Gamany. Mereka menamakan tiga pegawai penangkap, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, Timbalan Penguasa Polis DSP Jude Pereira, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan. Dalam pernyataan tuntutan itu, mereka berkata pada 7 Mei 2009, 9.35 malam mereka hadir di luar perkarangan Ibu Pejabat Daerah Brickfields (IPD). Tujuan mereka adalah untuk memberi bantuan guaman kepada 14 anak guam mereka yang ditahan pada hari itu kerana mengadakan perhimpunan nyalaan lilin terhadap Wong Chin Huat, aktivis hak asasi yang ditahan mengikut Akta Hasutan. Mereka pada masa itu peguam dari Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur, mendakwa dihalang memasuki kawasan IPD itu untuk bertemu anak guam atas alasan anak guam mereka telah menandatangani satu borang bagi melepaskan hak mereka untuk bertemu peguam. Keempat-empat peguam itu mendakwa anak guam mereka ketika dihubungi melalui telefon bimbit menafikan mereka menandatangani borang itu. Mereka mendakwa sudah beberapa kali memohon untuk berjumpa dengan anak guam mereka tetapi gagal berjumpa. Selepas itu seorang pegawai polis muncul bersama "loud hailer" membuat pengumuman supaya mereka bersurai di kawasan luar IPD itu namun mereka gagal berbuat demikian dan seterusnya mereka ditahan di dalam IPD itu. Peguam-peguam itu mendakwa pada 5 pagi, 8 Mei 2009 mereka dibawa menaiki kereta ke Balai Polis Travers dan dibebaskan dengan jaminan polis pukul 12 tengah hari. Mereka mendakwa penahanan mereka itu tidak sah dan menyalahi undang-undang dan memohon ganti rugi am, teruk, teladan dan kos. - BERNAMA |
Sanggup Pukul Wartawan & Rakyat Malaysia, KPN Dianugerahkan Pingat Oleh Singapura? Posted: 04 May 2012 10:28 PM PDT Ketua Polis Negara Dianugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang Singapura SINGAPURA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dianugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang daripada Presiden Singapura, Dr Tony Tan Keng Yam, pada majlis istiadat pengurniaan di Istana di sini, Jumaat. Penganugerahan itu adalah atas sumbangan beliau dalam menjalin hubungan dan kerjasama yang erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Singapura dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura, sekaligus meningkatkan keselamatan antara kedua-dua negara. Bercakap kepada Bernama selepas majlis itu, Ismail melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Presiden Singapura dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bagi membolehkan beliau dikurniakan dengan darjah kebesaran tersebut. "Sesungguhnya ia adalah satu penghormatan bukan kepada saya secara peribadi tetapi yang lebih penting kepada Polis Diraja Malaysia dan Polis Singapura. "Saya difahamkan bahawa anugerah itu adalah pengiktirafan untuk kerjasama dan hubungan yang sudah terjalin sekian lama antara pasukan keselamatan kedua-dua negara. Apa yang penting, kita perlu teruskan kerjasama bagi menghadapi cabaran akan datang," katanya. - BERNAMA Ulasan GB Satu berita yang agak mengejutkan. Penganugerahan pingat dari Singapura yang masih mengekalkan ISA kepada KPN Tan Sri Ismail Omar sebaik saja selepas Perhimpunan Bersih. Rakyat tertanya-tanya, apakah kerana kegembiraan Singapura melihat kesediaan Polis Malaysia bertindak membantai dan memukul rakyat sendiri maka KPN dianugerahkan pingat? |
Rusuhan Cubaan Gulingkan Kerajaan: Semuga "Doa" Najib Diperkenanan Tuhan Posted: 04 May 2012 08:41 PM PDT Jika Najib Mubarak, rakyat perlu guling BN' SHAH ALAM – Kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggambarkan tindakan peserta perhimpunan Bersih 3.0 cuba menggulingkan kerajaan dan mahu menjadikan Dataran Merdeka seolah-olah Dataran Tahrir, dengan sendirinya mengiktiraf diri beliau bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak. Hosni digulingkan menerusi gelombang kebangkitan rakyat 15 bulan yang lalu. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, sekiranya Perdana Menteri menyifatkan langkah mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 sama seperti yang berlaku di Mesir, maka rakyat perlu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Adakah beliau (Najib) merasakan dirinya seperti Mubarak?" kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib yang mengatakan perhimpunan Bersih 3.0, yang mendapatkan sokongan pertubuhan bukan kerajaan dan kepimpinan pembangkang di Kuala Lumpur, Sabtu lepas, adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi di mana tindakan itu menunjukkan pihak terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah. "Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan. "Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di sini, hari ini. Saifuddin, yang juga Ahli Parlimen Machang, turut menyangkal kenyataan Najib itu kerana Bersih 3.0 sudah menghebahkan tujuan dan matlamat perhimpunan iaitu mendesak serta menuntut perjalanan pilihan raya yang bersih dan adil. "Jika beliau (Najib) mengatakan bahawa tujuan perhimpunan diadakan adalah untuk menggulingkan kerajaan, maka sebenarnya beliau mengalami 'mimpi liar!'," ujar beliau lagi. -SH Rusuhan cubaan gulingkan kerajaan: Najib Ulasan GB GB sudah ulas semalam. Petikan: Hari ini, Najib menuduh perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi. Ternyata ia satu penyelewengan fakta di mana yang diminta oleh rakyat ialah "sistem pilihanraya BERSIH & ADIL", bukan untuk mengguling kerjaan yang ada. |
Ulangan Peringatan Presiden PAS Kepada Najib: Kesabaran PAS Ada Batasnya! Posted: 04 May 2012 05:06 PM PDT Tunaikan 8 tuntutan atau berdepan Bersih 4.0 KUALA LUMPUR 1 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menunaikan segala tuntutan Bersih atau bakal berdepan himpunan lebih besar dari Bersih 3.0. Beliau mengulas kejayaan Bersih 3.0 menyaksikan lebih 300,000 rakyat pelbagai kaum hadir menjayakan himpunan itu di Kuala Lumpur. "Jika tuntutan rakyat kekal tidak didengar, kita sedia menganjur himpunan lebih besar dengan jumlah berganda berbanding Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima," katanya dalam kenyataan. Sehingga kini, pentadbiran Najib hanya bersedia mengguna dakwat kekal dan ia hanya satu dari lapan tuntutan Bersih. Tujuh lagi tuntutan Bersih yang ditolak Najib termasuk enggan membersihkan daftar pemilih, mereformasikan undi pos, masa kempen minima 21 hari, akses media bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan politik kotor. "Kepada pentadbiran Najib, saya mengingatkan segera melakukan perubahan dalam demokrasi di negara kita. "Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi dan jangan tulikan telinga," katanya lagi. Video di bawah adalah contoh tindakan ganas regim Najib Razak memperkudakan polis menyerang rombongan Tuan Guru Haji Hadi di terowong KL Sentral semasa BERSIH 2.0 dan pihak polis telah menembak tepat gas pemedih kepada rombongan Presiden PAS - tidak ada provokasi, tidak ada sebarang keganasan tetapi polis telah bertindak zalim - tidak cukup dengan ituPresiden PAS disumbat di dalam Black Maria tanpa belas kasihan - Inilah Wajah Regim Zionis Najib Razak! AMARAN TERDAHULU DARI PRESIDEN PAS: PAS Boleh Sabar...Tetapi Sabar PAS Ada Sempadan, Ada Batas, Dekat Mana Batas...TUNGGU!!! Apa Kita Nak Buat...Tunggu Arahan Kita..! Dan Kita Tidak Akan Tunduk... Kepada Penipuan-Penipuan Ini...Dan Kita Bangkit Atas Nama ISLAM...ALLAHUAKBAR... "kita akan lalu, "membujur lalu melintang patah", akan tiba masanya! PAS akan mengajar UMNO yang jahil dan yang merosakkan bangsa dan ummatnya sendiri! |
BERSIH: Tiada Sebab Untuk Serah Diri Posted: 04 May 2012 07:31 AM PDT Aktivis mahasiswa merasakan tiada alasan untuk peserta BERSIH, termasuk penuntut universiti yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan Sabtu lalu tampil menyerah diri, Bekas presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab mempersoalkan arahan pihak berkuasa itu kerana gambar yang disiarkan tidak memaparkan butir peribadi yang jelas. "Kenapa perlu menyerah diri? Dikeluarkan 49 gambar yang tanpa nama, dan nombor kad pengenalan dan kemudiannya disuruh menyerah. Kita lihat ia tidak mempunyai basis yang kuat untuk polis memaksa mereka itu untuk menyerah," katanya yang juga anggota jawatankuasa pemandu BERSIH. Ahmad Syukri yang kini bertugas sebagai koordinator NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menegaskan polis perlu mengikut prosedurnya, bukan mengeluarkan gambar "semberono" dan mengarahkan pihak berkaitan ke balai. "Polis sepatutnya mengikut prosedur yang sebenar dengan mengeluar surat (panggilan) dan sebagainya," katanya dalam sidang media di Bangsar hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin hari ini yang menggesa 22 penuntut daripada 49 individu yang dikehendaki tampil membantu siasatan polis. Sementara itu, Ahmad Syukri memaklumkan kumpulan mahasiswa akan menyediakan khidmat guaman kepada rakan mereka sekiranya dituduh di mahkamah. 'Lagi mudah keluarkan gambar polis' Turut hadir dalam sidang media itu, wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung, Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) dan Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema). Ahmad Syukri turut mempersoal mengapa polis tidak mengeluarkan gambar anggotanya yang didakwa mengganas dan tidak beretika pada perhimpunan tersebut. "Sebenarnya daripada 250,000 ribu demonstran, dia boleh keluarkan (gambar) 49 orang, berbanding beberapa ratus polis yang bertugas hari itu. "Lagi mudah (polis) mengeluarkan gambar-gambar polis, yang bertindak luar etika dan (supaya mereka) dihakimi secara adil," katanya. Sehubungan itu, beliau yang juga ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 3.0, menggesa polis supaya mengikut prosedur siasatan yang sewajarnya dan tidak bersikap berat sebelah berhubung isu tersebut. Bagaimanapun, tidak lama selepas sidang media mereka, polis menyiarkan gambar anggotanya yang memperlihatkan aksi kasar terhadap peserta BERSIH. Sementara itu, dalam sidang media sama, Koordinator GMPP R Karthiges mengumumkan pihaknya kini sedang merangka pelan pendidikan percuma di semua peringkat bersama pelbagai kumpulan mahasiswa dan parti politik. "Hari ini kita dapatkan pandangan awal. Setiap kumpulan mahasiswa diberikan dua minggu untuk mendapatkan kata sepakat sebelum pilihan raya berlangsung," katanya. -MK Ulasan GB petikan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kesemua mereka yang kini menjadi buruan polis dipercayai bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu. Mengapa polis tak siarkan wajah-wajah anggotanya yang jauh lebih ramai melakukan keganasan dan provokasi terhadap peserta di perhimpunan tersebut? Adilkah begitu? |
[WASPADA] Pembantu Kedai Terima Wang Kertas Palsu RM10 Posted: 04 May 2012 06:05 AM PDT Triang, Bera – Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati apabila menerima wang kertas sama ada semasa berurus niaga dengan peniaga atau individu kerana dipercayai wang kertas palsu sedang disebarkan. Gambar: Mariam membandingkan dua wang kertas Rm10 bagi membuktikan perbezaan wang kertas asli (bawah) dan palsu Seorang pembantu kedai, Mariam Halim, 24, berkata, sudah dua kali dia menerima wang kertas RM10 palsu pada hari yang berbeza. Menurutnya, dia tidak menyedari perkara itu kerana sibuk bekerja, tambahan ciri-ciri pada wang palsu berkenaan hampir sama dengan wang kertas sebenar. "Apabila pelanggan kurang, barulah saya mengira semua wang yang diterima dan pada ketika itu saya perasaan ada perbezaan pada wang kertas berkenaan. "Selain saiz wang palsu kecil sedikit, gambar Yang di-Pertuan Agong juga tidak kelihatan jika dihalakan ke arah cahaya," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Mariam berkata, ciri-ciri lain yang menunjukkan wang kertas RM10 itu palsu ialah jalur keselamatan yang tidak memantulkan cahaya apabila dilihat di bawah cahaya lampu atau matahari. Katanya, angka sifar juga menunjukkan perbezaan ketara jika diperhatikan dengan teliti. "Saya bimbang, individu yang menyebarkan wang kertas ini didalangi pihak tertentu untuk kepentingan sendiri. "Ini baru wang kertas bernilai RM10 dan mungkin ada wang kertas palsu yang bernilai lebih daripada itu. Keadaan ini bukan sahaja akan menyusahkan orang ramai tetapi merugikan mereka kerana ia tidak laku," katanya. Mariam berkata, mungkin ada penduduk di sini yang menerima wang palsu terbabit tetapi tidak menyedarinya. Menurutnya, dia mendedahkan perkara itu kerana mahu orang ramai lebih berhati-hati supaya tidak ditipu pihak yang sengaja mencari keuntungan dengan cara mudah. -SH |
Lagi Ramai Menteri Akan Kecundang Dalam PRU13 Seperti PRU12? Posted: 04 May 2012 04:55 AM PDT Berikut ialah kisah silam - BERSIH 1.0 - kita ziarahinya kembali - mengenang detik-detik yang ada persamaannya dengan peristiwa BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 BERSIH 1 berlansung 10 November 2007 yang pada masa itu PM Malaysia ialah Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Perhimpunan yang 50,000 dikatakan oleh media massa pro-kerajaan cuma 4,000 orang. Pak Lah yang begitu sombong dan angkuh ketika iaitu tidak memperdulikan perhimpunan itu, katanya "Saya pantang dicabar", tetapi Allah Maha Berkuasa dan Allah yang mendengar rintihan rakyat, akhirnya UMNO BN tersungkur di dalam pilihanraya 2008 dengan terpaksa melepaskan 5 negeri dan kehilangan 2/3 majoriti di parlimen. Tak cukup sekadar itu, akhirya Pak Lah ditendang oleh UMNO sendiri dari kerusi PM sebelum cukup dua penggal memegang jawatan tersebut. Pengerusi SPR ketika, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman akhirnya dibersarakan dengan seluruh rakyat negara ini memandang hina kepadanya. Dan Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Musa Hassan akhirnya melambaikan tangan kepada PDRM dengan tanpa siapa lagi memperdulikannya. Samalah juga kepada Menteri KDN, Syed Hamid Albar waktu itu, lansung tercicir dari kabinet pada 2009. Kini apakah hal yang serupa bakal berlaku untuk BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0? Hari ini, Najib menuduh perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi. Ternyata ia satu penyelewengan fakta di mana yang diminta oleh rakyat ialah "sistem pilihanraya BERSIH & ADIL", bukan untuk mengguling kerjaan yang ada. Sebenarnya Najib cuba menghasut rakyat untuk membenci BERSIH. Cuba pertahankan SPR yang korup yang selama ini menjadi kuda tunggangan UMNO BN untuk terus pertahankan kuasa. PRU 2008 menyaksikan UMNO BN sudah tumbang di Semenanjung. Jika tanpa sokongan Sabah dan Sarawak, UMNO BN sudah tamat tempoh pemerintahannya dan telah keluar dari Putrajaya. Setiap perkataan itu adalah doa(Kullu kalam addu'a). Apabila Najib berkata bahawa rakyat ingin menggulingkan kerajaan beliau macam apa yang berlaku di Mesir, BERARTI beliau sendiri yang mendoakan perkara sebegitu berlaku, jangan salahkan rakyat lagi jika ia bernar-benar berlaku nanti. Marilah kita menjenguk hasil tulisan GB di "Muzium Bersih 1.0"
Dengan meninjau arkib tersebut, maka tidak mustahil sejarah PRU12 akan berulang lagi pada PRU13. Mungkin lebih banyak negeri yang bakal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, dan tidak mustahil, Najib dan konco-konconya akan menerima nasib seperti Pak Lah atau akan dinobatkan Ketua Pembangkang pertama dari UMNO di Parlimen nanti! |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan