Blog-list Malaysia |
- 8 soalan untuk siasatan keganasan BERSIH
- Mahathir Buat Fitnah Atau Sudah Nyanyuk?
- BERSIH Cuba Guling Kerajaan? Ini Baru Guling Kerajaan Namanya...
- 32 Buah Bas Campur RM 100 Sorang Untuk Program Syok Sendiri
- Fitnah Seks - Anwar Pertahan Azmin, Selar Umno
- Kutuk Isteri Pemimpin - Riduan Tee Tak Sayang Mulut Ke?
- Pindaan Perlembagaan Cadangan Pakatan Rakyat: Satu Lagi Helah Untuk Kelirukan Pengundi
- Peserta BERSIH buat laporan kekasaran polis
- Polis siar foto anggota kasari orang ramai, wartawan
- BERSIH: Tiada alasan untuk serah diri
- Menteri Cukur Kening Melalak Pasal BERSIH
8 soalan untuk siasatan keganasan BERSIH Posted: 05 May 2012 01:34 AM PDT Lapan persoalan yang wajib dijawab melalui penyiasatan penuh dan kredibel dalam keganasan BERSIH 3.0 atau "428": (1) Mengapa keganasan dan kekerasan polis wujud sama ada dengan menembak gas pemedih mata, penyemburan air dengan bahan kimia atau keganasan fizikal dan brutaliti terhadap perserta perhimpunan aman selepas jam 3 petang, yang berlanjutan untuk tempoh 5 jam pada hari itu? (2) Bagi yang telah menembusi sekatan yang didirikan, mengapa pihak polis tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan itu sahaja tetapi menghukum kesemua peserta yang lain yang berhimpun secara aman dan yang ingin bersurai secara aman? (3) Mengapa ada beberapa kakitangan polis yang tiada nombor pengenalan ataupun tag nama pengenalan? (4) Mengapa wakil media dan wakil akhbar disasarkan dan diserang oleh pihak polis dengan rampasan kad memori kamera mereka dan pemecahan kamera mereka? (5) Mengapa beberapa stesen LRT diarahkan untuk ditutup selepas gas pemedih mata dan air yang dicampur bahan kimia mula ditembak? Adakah ini hasrat pihak polis untuk "mengepung" para peserta atau "memberi pengajaran" kepada mereka? (6) Adakah benar transmisi sengaja disekat supaya apa-apa komunikasi dihalang yang akan menyebabkan lebih kekeliruan dalam keadaan yang sudah pun tegang dan genting pada masa itu? (7) Siapa dari pihak polis atau dari Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab memberi kebenaran atau lampu hijau supaya berlaku pencabulan hak asasi manusia dan tidak menghiraukan prinsip dan garis panduan penggunanan kekerasan dan senjata api oleh kakitangan polis? (8) Persoalan sama ada masa sudah sampai bagi pengimplimentasian penuh cadangan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Polis Dzaiddin untuk membentuk perkhidmatan polis yang bertaraf dunia yang efisien, profesional dan tidak berasuah - yang memfokus kepada tiga fungsi utama untuk mencegah jenayah dan memastikan kadar jenayah sentiasa rendah, membasmi korupsi dan menegakkan keadilan hak asasi manusia - dengan penubuhan Suruhanjaya Bebas Keganasan dan Penyalahgunaan Kuasa Pihak Polis? LIM KIT SIANG Dipetik dari - http://www.malaysiakini.com/news/197051 |
Mahathir Buat Fitnah Atau Sudah Nyanyuk? Posted: 05 May 2012 01:10 AM PDT MAHATHIR : ANWAR-NIK AZIZ RANCANG JATUHKAN KERAJAAN MELAUI DEMO KUALA LUMPUR, 5 May — Mahathir Mohamad menuduh musuh ketatnya Anwar Ibrahim bekerjasama dengan Nik Aziz Nik Mat untuk menjatuhkan melalui demonstrasi ganas seperti "Bersih." Perdana menteri paling lama berkhidmat di negara ini berkata, Malaysia bakal musnah jika dakwaan beliau itu benar dan rakyat bakal menyaksikan "kemusnahan kepada kestabilan ekonomi dan keamanan dalam negara tercinta ini." Kenyataan Mahathir itu dibuat di laman blog semalam selari dengan kenyataan Najib Razak yang mendakwa Bersih 3.0 bukanlah perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil, sebaliknya cubaan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada. Namun, Mahathir, yang telah berulangkali mengingatkan rakyat bahawa kuasa luar telah merancang untuk menukar rejim kerajaan di Malaysia, melangkau lebih jauh apabila membuat dakwaan terdapatnya kesatuan antara Anwar dan Menteri Besar Kelantan itu. "Kemungkinan itu ada. "Kebanyakan rakyat Malaysia menjangkakan apa yang berlaku di luar negara tidak akan berlaku di sini." "Namun, demonstrasi Bersih 3 menunjukkan ia bakal berlaku di negara ini." Beliau menuduh Nik Aziz, dilihat yang anti kerajaan di negara Arab telah berjaya menjatuhkan kerajaan, telah mengisytiharkan demonstrasi menjatuhkan kerajaan sebagai "halal." "Jelas, PAS sudah pun terikut-ikut budaya demonstrasi ganas Bersih sebagai langkah menjatuhkan kerajaan jika mereka tewas dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang. "Negara kemudiannya akan kerap berlaku demonstrasi ganas. Ini akan memberikan kesan kepada pertumbuhan ekonomi," katanya. Dr Mahathir juga menyatakan Anwar sudah lali dengan menganjurkan "setiap perhimpunan demonstrasi" di Malaysia, menyanggah kenyataan Anwar yang menafikan Bersih 3.0 bermotifkan politik. "Sekarang dia (Anwar) bergabung dengan Nik Aziz. Mereka berdua akan memperolehi banyak manfaat jika menjatuhkan kuasa tanpa melibatkan Perlembagaan," katanya. Dr Mahathir turut menjangkakan rancangan menjatuhkan kuasa ini, media antarabangsa akan memainkan peranan bekerjasama untuk "mengaburi mata" penentangan terhadap kerajaan sedia ada. Sokongan asing juga dan badan bukan kerajaan, tambahnya, akan memburukkan keadaan, seperti mana berlaku di dunia Arab. "Agenda mereka mungkin berbeza namun mareka akan melihat peluang untuk mengubah kerajaan, untuk meletakkan calon pilihan mereka sebagai perdana menteri," tulis Dr Mahathir. Laporan media asing terhadap Bersih melihatkan kerajaan Malaysia bersifat negatif dalam menyuraikan perusuh. Perhimpunan Bersih 3.0, yang pada mulanya berlangsung secara aman bertukar ganas seperti mana Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu, apabila polis mengejar perusuh dan melepaskan gas pemedih mata termasuk meriam air ke arah perusuh. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-m-anwar-nik-aziz-rancang-jatuhkan-kerajaan-melalui-demo/ |
BERSIH Cuba Guling Kerajaan? Ini Baru Guling Kerajaan Namanya... Posted: 05 May 2012 12:26 AM PDT Guling kerajaan: Najib lupa rampasan kuasa di Perak KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diingatkan tidak perlu menipu rakyat dengan mendakwa perhimpunan Bersih 3.0 lalu merupakan cubaan menggulingkan kerajaan yang dipilih melalui sistem pilihan raya. Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad berkata, rakyat masih tidak boleh melupakan bagaimana kerajaan Umno BN memperlakukan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang juga dipilih secara sah melalui pilihan raya. "Peristiwa rampasan kerajaan Perak pada tahun 2009 yang lalu masih segar dalam ingatan semua rakyat Malaysia. "Ianya adalah jelas merupakan suatu tindakan di luar pilihanraya dan pengecut. Bagaimana beliau boleh mencabar kejantanan orang lain sedangkan diri sendiri sudah hilang kejantanannya awal-awal lagi," soal beliau. Beliau mengulas kenyataan Najib semalam yang mendakwa rakyat yang hadir menyertai himpunan aman Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya. Najib mendakwa tindakan itu menunjukkan pihak yang terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah. Mengulas lanjut, Kamaruzaman berkata kenyataan Najib itu berniat jahat dan cuba menghasut rakyat membenci pembangkang sedangkan himpunan Bersih 3.0 tempoh hari adalah demi menuntut pilihan raya yang bebas. Menurutnya, perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu menyaksikan puluhan ribu rakyat hadir dengan hanya duduk dan bantah sahaja di Dataran Merdeka. Insiden kekasaran dan belasah hanya terjadi selepas berlakunya provokasi-provokasi liar daripada pihak-pihak tertentu sehingga mewujudkan suasana tegang. "Sekiranya Bersih 3.0 ingin melakukan kudeta atau ingin menggulingkan kerajaan, sudah tentulah permohonan permit untuk menggunakan Dataran Merdeka tidak akan dipohon. "Ianya suatu analogi yang cukup mudah namun amat payah difahami oleh Datuk Seri Najib. Bersih tidak memerlukan 2,3 hari untuk berhimpun kerana rekod sebelum ini pun hanya memadai sahaja setakat jam 5 petang sahaja," katanya. Sehubungan itu, beliau turut mencabar Najib untuk lakukanlah reformasi pilihanraya dengan mengadakan proses pilihanraya secara adil dan telus jika perdana menteri benar-benar anak jantan. "Di kala itu, baru lah diketahui anak jantan yang bertanding atau hanya anak siput yang pandai buat tidak tahu," katanya. Dipetik dari - http://ajijoi.blogspot.com/2012/05/guling-kerajaan-najib-lupa-rampasan.html |
32 Buah Bas Campur RM 100 Sorang Untuk Program Syok Sendiri Posted: 05 May 2012 12:17 AM PDT Program Najib di TEMAN, Wakaf Che' Yeh Dapat Sambutan 1Malaysia..! Gua tak dapat sampai ke lokasi Program Pelancaran TEMAN oleh PM Najib sebab jalan terlalu sesak & gua pulak cuba nak tunjuk hebat pergi dengan kereta. Hahaha... Akhirnya gua terjelepok di tengah bendang Baruh Tunjung tempat Tapak Projek Padi Organik Kerajaan Negeri Kelantan. Dekat sana gua jumpa 2 orang brader yang datang jauh dari Pendang, Kedah. Masa gua sembang dengan brader tu gua dapat cerita bagus. Brader tu datang dari Pendang, Kedah dengan rombongan 32 bijik bas yang DITAJA SEPENUHNYA oleh MADA untuk hadir ke program TEMAN di Kelantan. Setiap peserta yang ikut rombongan tersebut dibayar sebanyak RM100.00 setiap seorang. Katanya mari dari MADA je 32 bijik bas, dari Jabatan lain termasuk LPP pun ada jugak tapi x tau jumlahnya berapa bijik bas. Semuanya FULLY SPONSORED by UMNO/BN. Pengunjung program TEMAN dikerah dari serata Negara Malaysia hingga ke Johor. Target pengunjung program TEMAN ialah sebanyak 70.000 hadirin, penganjur langsung tak harap orang Kelantan akan hadir ke program tu jadi di kerah rakyat dari seluruh Negara di bawah sponsorship UMNO/BN supaya target 70.000 hadirin tercapai. Best kan..? Akhirnya UMNO/BN Kelantan sendiri sedar bahawa orang Kelantan sendiri tolak UMNO/BN & mereka terpaksa kerah rakyat Negeri luar yang DIBIAYAI & DIBAYAR kehadirannya supaya Program yang dihadiri oleh PM Najib dilihat berjaya. ~topengperak |
Fitnah Seks - Anwar Pertahan Azmin, Selar Umno Posted: 04 May 2012 09:29 PM PDT Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan bahawa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bukan lelaki dalam gambar lucah yang disiarkan media arus perdana. Anwar menyifatkan penerbitan gambar itu sebagai taktik lama dan manipulasi media Umno dalam persaingan politik mereka. "Sekarang (cerita tentang) Azmin. Siapa tuan punya media ini? Umno. Siapa tentukan (apa yang disiarkan)? Presiden Umno. "Mereka cakap tentang moral? Ini jelas satu hipokrasi. Adakah ini cara yang boleh diterima dalam persaingan politik? Cara yang boleh diterima dalam persaingan kuasa? "Adakah ini sesuatu yang baru? Tidak. Ini perkara yang memang sudah tertanam dalam jiwa Umno," kata Anwar pada Majlis Makan Malam Gala PKR di Petaling Jaya semalam. Pada 2 Mei lalu akhbar perdana memaparkan gambar lelaki menyerupai Azmin dalam aksi panas bersama seorang wanita di dalam tandas. Azmin bagaimanapun menafikan lelaki itu dirinya dan menuduhnya sebagai serangan berterusan Umno terhadapnya menjelang pilihan raya. Sementara itu, mengulas hubungan PKR-DAP, Anwar menegaskan beliau tidak pernah ragu-ragu memilih penasihat DAP Lim Kit Siang sebagai rakan sepasukannya dalam Pakatan Rakyat. Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada komen beberapa pemimpin BN yang menyifatkan Anwar sebagai 'kuda tunggangan DAP'. "Di Ipoh saya nyatakan saya tidak rasa bersalah jika diberikan pilihan untuk memilih pemimpin Cina yang berkebolehan dan berkredibiliti, pilihan saya di antara pemimpin Cina adalah Kit Siang. "Pilihan Umno adalah Chua Soi Lek," kata Anwar sinis di hadapan kira-kira 1,400 tetamu majlis makan malam kutipan dana itu. Majlis turut dimeriahkan persembahan teater satira bertajuk Madah Berhelah yang mengisahkan kekalahan perdana menteri dalam pilihan raya umum akan datang. Aktivis teater Jo Kukathas pula bertindak sebagai pengacara majlis dan mencuri perhatian tetamu dengan jenaka pentasnya sebagai 'Cik Ribenaberry' selama kira-kira 15 minit. |
Kutuk Isteri Pemimpin - Riduan Tee Tak Sayang Mulut Ke? Posted: 04 May 2012 08:19 AM PDT Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional, Prof Madya Riduan Tee Abdullah berkata beliau kecewa dengan isteri pemimpin politik yang hidup bermewah dan tidak menutup aurat. Bekas pemimpin pelajar UKM itu berkata, pemimpin negara yang gagal mendidik anggota keluarga dengan ajaran Islam sebenar tidak boleh dijadikan 'role model' kepada generasi akan datang. Beliau kecewa, kerana terdapat pemimpin di negara ini yang tidak berjaya membentuk sahsiah suami dan isteri mereka. "Sekiranya ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat misalnya, bagaimana dia hendak memimpin negara dan menyuruh orang lain berbuat demikian. Begitu juga anak-anak mereka perlu terlebih dahulu dijaga kerana ini memberi imej kepada pemimpin berkenaan. "Manakala bagi wanita bergelar isteri yang menerajui parti politik dan sesebuah pertubuhan, sekiranya mereka tidak boleh menegur suami sendiri, saya rasa ia juga memang pelik," katanya yang dipetik Sinar Harian. Beliau dilapor berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja berjudul 1Malaysia dan Penghayatan Islam sempena Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012, semalam. Menurut Ridhuan Tee lagi, seseorang pemimpin perlu utamakan agenda bangsa dan negara, namun sekiranya si isteri dan anak-anak kepada pemimpin hidup bermewah, perkara ini menunjukkan ada tidak kena. Dipetik dari - mutaligat |
Pindaan Perlembagaan Cadangan Pakatan Rakyat: Satu Lagi Helah Untuk Kelirukan Pengundi Posted: 04 May 2012 08:13 AM PDT Rancangan pakatan pembangkang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk memberi definisi yang lebih luas mengenai Islam jika ia berkuasa selepas pilihan raya umum ke-13 agak membingungkan dan menyegarkan. Membingungkan kerana bagaimana anggota Pakatan Rakyat -- PAS, PKR dan DAP -- bersetuju untuk pindaan sedemikian secara meluas apabila parti Islam itu sendiri sebelum ini mengalah kepada desakan DAP supaya menggugurkan konsep negara Islamnya? Adakah ini merupakan formula tolak ansur oleh pembangkang dalam keghairahannya untuk mengelirukan pengundi dalam menghadapi pilihan raya umum, yang mana ramai meramalkan ia akan diadakan pada bila-bila masa daripada sekarang sehingga akhir tahun ini? Jika begitu, pastinya ia satu perkembangan yang menyegarkan bagi umat Islam Islam di Malaysia walaupun ia tidak perlu disambut baik oleh rakyat yang beragama lain. Sebagai orang Islam, saya sendiri teruja untuk melihat buat kali pertama dalam sejarah negara, rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, agama dan pegangan akan tertakluk kepada paksaan perlembagaan berhubung bagaimana mereka harus menjalani kehidupan seharian, dengan kata lain cara Islam. Rancangan pembangkang itu didedahkan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini. Bercakap selepas merasmikan mesyuarat tahunan Pemuda Pas Terengganu di Kampung Kubang Lembek di Manir, Selasa lepas, Hadi berkata gambaran semasa perlembagaan mengenai Islam sebagai satu agama, adalah tidak adil kepada agama itu. Pemimpin PAS itu dipetik dalam media sebagai berkata "Dalam dunia hari ini, rakyat hanya tahu dua cara bagi menerangkan mengenai kepercayaan: satu yang diterimapakai Barat dengan menyebutnya sebagai satu agama yang menandakan hubungan kerohanian antara manusia dan Tuhan, tanpa menyebutnya sebagai satu cara hidup. "Pilihan kedua ialah dengan menyebutnya Addin, satu cara hidup, yang mana ia lebih sesuai kerana ia termasuk keseluruhannya, daripada kerohanian kepada semua aspek lain dalam kehidupan." Hadi berkata kedudukan Islam sebagai satu cara hidup daripada hanya semata-mata agama boleh dilihat apabila Al-Quran digunakan untuk merumuskan undang-undang antarabangsa di The Hague. Beliau menjelaskan,"Sebagai contoh, undang-undang berkaitan perlindungan politik juga disebut dalam Al-Quran. Ia menunjukkan bahawa Islam itu lebih daripada hanya agama." Keghairahan dalam cara bagaimana beliau menjelaskan konsep itu nampaknya pelik. Ia memberi gambaran seolah-olah ini merupakan satu penemuan baharu bagi cendekiawan agama. Beliau seolah-olah baru menyedari dan mengisytiharkan secara terbuka supaya perkataan "Negara Islam" itu tidak ada disebut dalam Al-Quran lantas mewajarkan parti itu menyingkirkan konsep Negara Islam demi sebuah "Negara Berkebajikan" selepas mengelirukan pengundi Malaysia lebih daripada setengah abad. Setiap orang Islam tahu bahawa Islam sebagai Addin adalah lebih daripada sebuah agama. Dengan kata lain, Islam sebagai satu cara hidup adalah sebuah agama dan lagi dan lagi. Dengan itu, Al-Quran memberi gambaran jelas berhubung bagaimana manusia perlu menjalani kehidupan harian mereka. Ini tidak dinafikan bahawa konsep itu bukan hanya terhad kepada aspek kehidupan secara kerohanian tetapi juga perkara lain seperti cara dan jenis makanan yang manusia makan, cara berpakaian, cara menjalankan perniagaan, sistem perundangan dan keadilan dan setiap aspek lain dalam kehidupan yang boleh difikirkan oleh seseorang. Setiap amalan yang baik yang dilakukan dengan niat yang baik dan dengan nama Allah Yang Maha Berkuasa dianggap sebagai satu ibadah dengan ganjaran yang dijanjikan selepas seseorang itu mati. Seperti yang disebut sebelum ini, setiap umat Islam tahu mengenai perkara ini kecuali mungkin bagi beberapa individu yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang melihat ia patut ditambah dengan kata sifat �hadhari� kepada perkataan �Islam�, dan dengan itu membuka lebih banyak jalan bagi kekeliruan kepada penduduk negara ini yang sudahpun keliru sehingga sampai ke tahap sesetengahnya bimbang ia boleh menjejaskan akidah umat Islam. Mungkinkah dakwaan Hadi boleh menjadi satu lagi usaha pada arah yang sama? Ia mungkin tambah menarik untuk mendengar pandangan pemimpin pakatan yang lain berhubung perkara ini. Sehingga ini, pemimpin-pemimpin seperti Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang kuat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Karpal Singh dan Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng masih membisu berhubung perkara ini. Apa pun kemungkinannya, Hadi tidak begitu mengkhususkan mengenai fasal tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan yang mahu dipinda pakatan pembangkang. Bagaimanapun, adalah selamat untuk mengandaikan bahawa beliau mungkin merujuk kepada Artkel 3 Statut itu, yang menyentuh mengenai kedudukan Islam. Fasal Satu Artikel itu menyebut:"Islam adalah rasmi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dalam suasana aman dan harmoni di mana-mana tempat dalam Persekutuan." Menurut Hadi, cadangan pindaan yang dibuat pakatan akan membabitkan penggantian perkataan agama (yang merujuk kepada Islam) dengan Addin atau Cara Hidup. Fasal yang dipinda itu mungkin dengan itu kini boleh dibaca sebagai :Islam Adalah Cara Hidup Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dalam suasana aman dan harmoni di mana-mana tempat dalam Persekutuan." Implikasi rancangan pakatan ini sudah cukup jelas. Ia bermakna setiap warga Persekutuan, tanpa mengira kepercayaan atau pegangannya, terikat dengan Perlembagaan bagi mengamalkan Cara Hidup di negara ini walaupun seseorang itu baik lelaki atau wanita mungkin mengamalkan agama-agama lain (bermakna hubungan kerohanian dengan Allah atau Tuhan) dalam suasana aman dan ahrmoni. Persoalannya ialah: Adakah semua rakyat Malaysia sudah bersedia untuk ini? -- BERNAMA |
Peserta BERSIH buat laporan kekasaran polis Posted: 04 May 2012 06:44 AM PDT Sekumpulan peserta perhimpunan BERSIH yang mendakwa menjadi mangsa kekasaran polis tampil membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Seksyen 8 Petaling Jaya hari ini. Mereka dikumpulkan melalui inisiatif Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Persidangan Cina Kuala Lumpur dan Selangor yang menawarkan bantuan sejak 1 Mei lalu. Enam daripada 19 orang tampil di balai polis berkenaan, kata wakil jawatankuasa itu Chong Kok Siong. Mereka diiringi kumpulan Latheefa Koya, Afiq M Noor dan Fadiah Nadwa Fikri dari kumpulan peguam Lawyers for Liberty. Proses merakamkan percakapan mereka oleh pihak polis dijangka berlangsung sepanjang hari ini. Seorang mangsa, Mohd Faizal Nurhakim, 26, mendakwa 'dilanyak' kira-kira 10 orang polis - yang sebahagiannya tidak memakai tanda nama - walaupun sudah mengangkat tangan tanda menyerah diri. "Mereka lanyak saya tanpa belas kasihan. Mereka (10 orang polis itu) pijak kepala saya apabila saya terbaring," dakwanya. Dibuang ke longkang Mohd Faizal mendakwa, beliau kemudian ditumbuk serta dihambur kata-kata makian dari polis sewaktu diheret dalam jarak 100 meter ke tempat tahanan sementara di Kelab DiRaja Selangor berhampiran Dataran Merdeka. "Pukul 2 pagi baru saya dilepaskan dan polis hantar saya ke perhentian bas Jalan Duta," katanya yang diarahkan ke Hospital Kuala Lumpur jika mahu mendapatkan keputusan pemeriksaan kesihatan yang dibuat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL). Seorang lagi mangsa, Jashamsulnizam Md Jani, 27, mendakwa diangkat dan dibuang ke dalam longkang sedalam tiga kaki oleh tiga orang polis berhampiran Jalan Tuanku Abdul Rahman. "Sewaktu saya lari, tiga orang polis tendang saya dari belakang. Saya terjatuh dan mereka angkat dan buang saya ke dalam longkang," ceritanya. Akibatnya, pergelangan tangan beliau retak dan tempurung lututnya lari, dakwa pensyarah sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur. Dibaling kerusi Seorang lagi mangsa, Robert Dass memberitahu beliau sempat mengelak kerusi kayu dibaling polis yang menyerbu sebuah restoran di Jalan Tun Perak. "Kejadian berlaku pada kira-kira jam 3 petang. Saya dan beberapa orang kawan berada di dalam Restoran Jamek sebelah Masjid Jamek. "Polis membuka shutter restoran secara paksa dan memaki hamun serta menjerit-jerit ke arah orang ramai," kata Robert. Sementara itu, Fadiah Nadwa yang bertindak sebagai peguam mengiringi mangsa-mangsa menggesa agar satu suruhanjaya bebas ditubuhkan menyiasat semua keganasan polis. "Kita desak satu suruhanjaya yang bebas daripada (pegawai tertinggi) polis Bukit Aman ditubuhkan menyiasat keganasan ini," katanya. http://www.malaysiakini.com/news/196970 |
Polis siar foto anggota kasari orang ramai, wartawan Posted: 04 May 2012 05:03 AM PDT Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyiarkan dalam Facebook pasukan itu rakaman gambar anggota polis yang didakwa telah mengkasari orang awam serta wartawan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu. Dalam kenyataan yang turut disiarkan dalam Facebook tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menyeru orang ramai supaya tampil memberi kerjasama dan bukti. "Melalui rakaman gambar-gambar ini, saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru mana-mana juga orang ramai yang berada di sekitar tempat kejadian, khususnya terhadap mereka yang menyaksikan kejadian itu, tampil memberi kerjasama, serta bukti-bukti yang ada untuk keterangan mereka direkodkan oleh pegawai penyiasat berdasarkan kepada prosedur undang-undang negara ini," katanya. Selain itu, pihak polis juga turut menyiarkan sejumlah 42 keping lagi gambar hasil daripada penelitian terhadap gambar-gambar yang telah dirakam oleh media dan polis semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan di sekitar Bandaraya KualaLumpur ke Dataran Merdeka pada 28 April lalu. "Di samping itu, turut diedarkan adalah gambar-gambar yang mengandungi aksi-aksi deretan peserta perhimpunan yang telah merempuh kawalan polis di suatu lokasi yang berhampiran dengan Dataran Merdeka. "Rempuhan ini menunjukkan peserta perhimpunan mempunyai hasrat menuju ke Dataran Merdeka yang dikawal oleh polis dan pihak Bandaraya Kuala Lumpur," kata Mohmad. Berikutan itu, beliau menyeru orang ramai yang mengenali pihak atau kepada individu dalam gambar tersebut supaya tampil memberi maklumat kepada mana-mana pegawai polis, balai polis atau berhubung terus dengan ASP Azmi Aziz, pegawai jabatan siasatan jenayah D7A ibupejabat polis Kuala Lumpur melalui emel azmiaziz@rmp.gov.my atau telefon 019-2602344 dan 019-3872344. http://www.malaysiakini.com/news/196996 |
BERSIH: Tiada alasan untuk serah diri Posted: 04 May 2012 04:56 AM PDT Aktivis mahasiswa merasakan tiada alasan untuk peserta BERSIH, termasuk penuntut universiti yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan Sabtu lalu tampil menyerah diri, Bekas presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab mempersoalkan arahan pihak berkuasa itu kerana gambar yang disiarkan tidak memaparkan butir peribadi yang jelas. "Kenapa perlu menyerah diri? Dikeluarkan 49 gambar yang tanpa nama, dan nombor kad pengenalan dan kemudiannya disuruh menyerah. Kita lihat ia tidak mempunyai basis yang kuat untuk polis memaksa mereka itu untuk menyerah," katanya yang juga anggota jawatankuasa pemandu BERSIH. Ahmad Syukri yang kini bertugas sebagai koordinator NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menegaskan polis perlu mengikut prosedurnya, bukan mengeluarkan gambar "semberono" dan mengarahkan pihak berkaitan ke balai. "Polis sepatutnya mengikut prosedur yang sebenar dengan mengeluar surat (panggilan) dan sebagainya," katanya dalam sidang media di Bangsar hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin hari ini yang menggesa 22 penuntut daripada 49 individu yang dikehendaki tampil membantu siasatan polis. Sementara itu, Ahmad Syukri memaklumkan kumpulan mahasiswa akan menyediakan khidmat guaman kepada rakan mereka sekiranya dituduh di mahkamah. 'Lagi mudah keluarkan gambar polis' Turut hadir dalam sidang media itu, wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung, Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) dan Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema). Ahmad Syukri turut mempersoal mengapa polis tidak mengeluarkan gambar anggotanya yang didakwa mengganas dan tidak beretika pada perhimpunan tersebut. "Sebenarnya daripada 250,000 ribu demonstran, dia boleh keluarkan (gambar) 49 orang, berbanding beberapa ratus polis yang bertugas hari itu. "Lagi mudah (polis) mengeluarkan gambar-gambar polis, yang bertindak luar etika dan (supaya mereka) dihakimi secara adil," katanya. Sehubungan itu, beliau yang juga ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 3.0, menggesa polis supaya mengikut prosedur siasatan yang sewajarnya dan tidak bersikap berat sebelah berhubung isu tersebut. Bagaimanapun, tidak lama selepas sidang media mereka, polis menyiarkan gambar anggotanya yang memperlihatkan aksi kasar terhadap peserta BERSIH. Sementara itu, dalam sidang media sama, Koordinator GMPP R Karthiges mengumumkan pihaknya kini sedang merangka pelan pendidikan percuma di semua peringkat bersama pelbagai kumpulan mahasiswa dan parti politik. "Hari ini kita dapatkan pandangan awal. Setiap kumpulan mahasiswa diberikan dua minggu untuk mendapatkan kata sepakat sebelum pilihan raya berlangsung," katanya. http://www.malaysiakini.com/news/196999 |
Menteri Cukur Kening Melalak Pasal BERSIH Posted: 04 May 2012 02:18 AM PDT Pada saya, ada empat sebab utama kenapa Bersih 3.0 diadakan. Pertama, pakatan pembangkang tidak bersedia hadapi PRU13. Walaupun mereka kata bersedia, hakikatnya perbalahan antara PKR, Pas, DAP dan beberapa parti pro-pembangkang di banyak negeri berhubung pembahagian kerusi agak meruncing. Mereka perlu lebih banyak masa untuk selesaikan kemelut ini. Bersih 3.0 bertujuan melambatkan PRU13. Kedua, tekanan rakyat terhadap Kerajaan-kerajaan Negeri di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan kerana gagal mentadbir dengan baik. Rakyat di negeri-negeri pembangkang juga kerap berdemonstrasi menuntut janji-janji daripada pilihan raya dahulu ditunaikan sebelum membuat janji-janji baru. Bersih 3.0 adalah satu cara mengalih tumpuan kemarahan rakyat di negeri-negeri tersebut. Ketiga, pakatan pembangkang tidak mampu menjawab dan menangani pelbagai skandal yang dihadapi pemimpin mereka. Pelbagai pihak, termasuk penyokong pembangkang sendiri, menuntut jawapan kepada hubungan Anwar dan isteri Azmin, Shamsidar serta orientasi seks Anwar. Juga pembelian dan pemilikan saham jutaan ringgit oleh Azmin, kes khalwat Ustaz Badrolamin Baharon dan satu lagi kes seks dalam tandas membabitkan seorang pemimpin tinggi PKR, Mohamed Sabu dengan isteri kawannya, isu pembohongan Mohammad Nizar Jamaluddin, hubungan retak Datuk Seri Azizan Razak dengan beberapa Exconya sendiri, isu Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding dalam PRU-13, desakan supaya Nik Aziz Nik Mat letak jawatan dan kemelut pelantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Sekali lagi, Bersih 3.0 adalah untuk mengalih perhatian rakyat daripada memberi tumpuan kepada isu-isu tersebut. Keempat, populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang meningkat. Program turun padang ke seluruh negara mendapat sambutan hangat. Sokongan kaum Cina kepada Ah Jib Gor dan dalam kalangan penduduk India semakin padu. Inilah yang menakutkan pakatan pembangkang. Penganjuran Bersih 3.0 bertujuan menyekat populariti Najib, tapi sebaliknya menjadikan rakyat bertambah mual dengan sikap pembangkang yang melampau. Pendirian Naib Pengerusi DAP Senator Tunku Abdul Aziz dan bekas Timbalan Presiden Pas Nasaruddin Mat Isa mengenai penganjuran demonstrasi dan pemimpin bermasalah moral membuktikan bahawa kepimpinan pembangkang tidak sepakat. Saya juga bersetuju dengan seruan penganjur S Ambiga yang mahu polis ambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab mencetuskan huru-hara pada Sabtu lalu. Sebenarnya, beliau merujuk kepada Anwar, Azmin dan dirinya sendiri. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan