DUNIACACAMARBA |
- Neelofa Sokong Hujah KJ Tibai Pakatan Rakyat & Kerajaan Negeri Selangor di Twitter
- Pemimpin UMNO Tuduh Simpanan Air Selangor Kritikal, MB Pelawa Mereka Lawat Empangan
- Selepas Kanada, Nama Najib Razak, Altantuya, Skandal Scorpene PANAS Pula di Hong Kong
- [Video-Wajib] Orang Turki Jawab Isu Pendidikan Percuma di Turki, Khairy Jamaludin KANTOI!
- [PANAS] Noh Omar Diminta Nasihati Jamal Md Yunus Jaga Rangkaian Restoran Ikan Bakarnya daripada Mengacau Ambiga
- [Wajib Baca] Penjaja Jalan TAR "Sound" Ketua Pengacau Rumah Ambiga dan Geng
- [Video-Wajib Tonton] Lucu, Orang Gila Meroyan Terdesak Berceramah
- [Wajib Baca] Isu Artis Sertai PAS: Hairie Othman Bidas Mustapa Mohamed
- [Kemas Kini] Penjaja Nasi lemak Tawar Cabutan Bertuah Kereta BMW dan Lamborghini Untuk Lariskan FB Bersih 4.0
- Kerajaan BN SAMAN JawatanKuasa BERSIH 3.0
Neelofa Sokong Hujah KJ Tibai Pakatan Rakyat & Kerajaan Negeri Selangor di Twitter Posted: 24 May 2012 05:00 AM PDT | ||
Pemimpin UMNO Tuduh Simpanan Air Selangor Kritikal, MB Pelawa Mereka Lawat Empangan Posted: 24 May 2012 03:00 AM PDT [SH] SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menjemput pembangkang negeri itu termasuk Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui serta media melawat empangan bagi membuktikan kadar rizab air berada di tahap selesa. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan tersebut dicapai selepas beberapa kenyataan salah dibuat mengenai kadar rizab air seolah-olah menunjukkan berlaku krisis air di negeri ini. Katanya, segala urusan lawatan akan diselia Pengawal Selia Air negeri, Datuk Nordin Sulaiman dan Lembaga Urus Air Selangor (Luas). Abdul Khalid menegaskan, Kerajaan Negeri sentiasa memantau isu perkembangan rizab air di mana Luas akan memberi laporan bertulis dari semasa ke semasa. "Berdasarkan laporan terbaru dikeluarkan oleh Luas semalam (kelmarin) menunjukkan simpanan air mentah di negeri ini dalam keadaan baik dan memuaskan apabila tahap simpanan air di tujuh empangan pada bulan Mei lalu adalah melebihi 100 peratus simpanan. "Jumlah takungan sumber air empangan di negeri ini adalah sebanyak 522.655 juta meter padu. Sejak Februari semua tujuh empangan tersebut iaitu empangan Sungai Selangor, Empangan Sungai Tinggi," katanya. Empangan Klang Gate, Empangan Sungai Langat, Empangan Sungai Semenyih, Empangan Tasik Subang dan Empangan Batu mencapai 100 peratus simpanan air dan mampu membekalkan sumber air kepada semua loji pembersihan air di Selangor, kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, semalam. Menurutnya, beliau membidas tindakan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang dilihat bermain politik dalam isu projek Loji Rawatan Air Langat 2 kerana mendakwa projek tersebut memberi kepentingan kepada syarikat kroni yang mahu mengaut keuntungan di atas kesusahan rakyat menanggung kos air. Katanya, kenyataan pemimpin pembangkang di negeri ini juga bertujuan memperkecilkan kredibiliti pegawai Luas iaitu sebuah agensi kerajaan profesional dalam pengurusan bekalan air mentah di Selangor. Abdul Khalid berkata, rekod pemantauan tahunan Luas mendapati semua empangan mampu membekalkan sumber air dan belum pernah mencecah tahap kritikal ditetapkan dalam lengkuk operasi empangan. "Ini jelas menunjukkan kenyataan bahawa kadar rizab air di Selangor hanya 2.4 peratus sahaja berbanding kadar sepatutnya iaitu 20 peratus adalah salah dan bercanggah dengan data diberikan oleh Luas," katanya. Kelmarin, Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed mendakwa isu air melibatkan kepentingan awam dan mengancam masa depan Selangor jika tidak ditangani kerana kadar rizab air hanya tinggal 2.4 peratus sahaja berbanding kadar sepatutnya iaitu 2o peratus. Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri berulang kali menegaskan bahawa mereka tidak menentang pembinaan LRA 2 tetapi mahu ianya dimasukkan dalam pakej penyelesaian penyusunan semula industri perkhidmatan air mengikut Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA). Dalam perkembangan berasingan, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri akan bertindak merampas bangunan dan hartanah sekiranya premis tersebut disalahgunakan untuk kegiatan tidak bermoral seperti rumah urut. "Perkara ini masih dibincangkan dan tindakan akan dilaksanakan. "Salah satu perkara yang kita tegaskan kalau mereka langgar undang-undang maka bukan sahaja perniagaan itu mendapat kesan disita tetapi bangunan atau pun hartanah akan dikenakan tindakan rampasan," katanya. P/s: Cara terbaik nak mengantoikan fitnah pemimpin dan pencacai BN! | ||
Selepas Kanada, Nama Najib Razak, Altantuya, Skandal Scorpene PANAS Pula di Hong Kong Posted: 24 May 2012 01:00 AM PDT | ||
[Video-Wajib] Orang Turki Jawab Isu Pendidikan Percuma di Turki, Khairy Jamaludin KANTOI! Posted: 23 May 2012 11:11 PM PDT Antara maklumat yang diberikan kepada pemanggil: 1. Pendidikan sekolah dari sekolah rendah sampai sekolah tinggi = 11 tahun adalah PERCUMA. 2. Dulu pelajar kena bayar untuk buku tetapi sekarang satusen pun tak perlu bayar. Semakin lama semakin banyak kemudahan sediakan untuk rakyat mereka. 3. PERCUMA untuk rakyat turki = warganegara turki of course. 4. Pendidikan universiti jika universiti kerajaan juga adalah PERCUMA. Walaupun ketika baru2 masuk mereka kena bayar sesuatu tetapi ia adalah sangat2 murah selebihnya ia adalah percuma. 5. Hanya universiti swasta di turki jek kena bayar. Memang mahal . -Kredit AmenoWorld Berkaitan: Dari FB Saifudin Ibrahim: YB KJ semalam dalam debat dengan mengatakan ada demonstrasi di Turki kerana membantah kenaikan yuran pengajian dan membuktikan Turki tidak mengamalkan Pendidikan Percuma... Sebentar tadi, ambo telah semak dengan seorang tokoh pendidik .. beliau menjawab DIA (KJ) MENIPU! P/s: Samalah apabila KJ mengklasifikasikan Kolej Komuniti sebagai IPTS, samalah dengan hujah Khairy yang menegaskan bahawa graduan akan memperoleh pekerjaan (sudah semestinya mengikut kelulusan) selepas 6 bulan tamat pengajian berkat transformasi Najib, samalah seperti...bla bla... Betullah kata orang, "Kalau tidak menipu bukan UMNO namanya!" | ||
Posted: 23 May 2012 10:00 PM PDT
[HD] KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar diminta memberikan nasihat kepada pemilik Sekinchan Ikan Bakar agar menjaga kedainya dari terlibat dengan memperleceh Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga. Hal ini demikian kerana, sejak kebelakangan ini, banyak outlet kedai ikan bakar berkenaan mengalami masalah dan sudah hidup segan mati tak mahu. Pemilik Sekinchan Ikan Bakar Datuk Jamal bin Yunos dilaporkan menjadi penganjur kepada perhimpunan yang bakal diadakan di depan rumah Datuk S Ambiga hari ini, 24 Mei dan esok. Restoran Sekinchan Ikan Bakar dikatakan satu perniagaan anak Melayu yang membantu orang Melayu untuk berjaya didalam dunia perniagaan. Sekinchan Ikan Bakar juga adalah sebuah francais yang mempunyai lebih kurang 25 cawangan di seluruh Malaysia. Pengasas Restoran Sekinchan Ikan Bakar ini Datuk Jamal dikatakan berhasrat untuk membantu orang Melayu terutamanya anak-anak muda dari sektor ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada semua. Namun menurut satu blog, sejak kebelakangan ini pihak restoran ini telah mendapat pelbagai keluhan dari orang ramai mengenai restoran tersebut. Ekoran itu, pelbagai usaha promosi dibuat untuk menarik orang ramai ke restoran itu, namun belum berjaya sehingga kini. Restorannya yang terletak berdekatan dengan pejabat Harakahdaily di Jalan Pahang juga mempunyai masalah. Sejak dari awal pembukaannya ia tidak mendapat sambutan walaupun rekabentuk restoran ini sangat menarik. Ekoran penglibatan Datuk Jamal mengacau Ambiga, beberapa laman facebook mula membuat kempen memboikot restoran ini. Ini akan menyusahkan pekerja dan petugas restoran ini. P/s: | ||
[Wajib Baca] Penjaja Jalan TAR "Sound" Ketua Pengacau Rumah Ambiga dan Geng Posted: 23 May 2012 08:30 PM PDT [MK] Sekumpulan penjaja di Lorong Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur meluahkan rasa tidak berpuas hati terdapat pihak yang cuba melibatkan mereka untuk berniaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga mulai hari ini. Mereka juga mengambil sikap "berkecuali dan tidak mahu main politik", tidak seperti yang dilakukan oleh Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL), dan hanya mahu mencari rezeki dengan menjaja di lorong itu setiap Sabtu. Malah, mereka juga bimbang pelanggan akan lari jika mereka dikaitkan dengan tindakan berniaga di hadapan rumah Ambiga, sehingga boleh menjejaskan pendapatan mereka selepas ini. "Ini memberi kesan negatif... Kami tidak bersetuju dengan tindakan menjual (di hadapan rumah Ambiga). Ia memberi nama buruk kepada peniaga. "Jangan guna nama platform penjaja Jalan Tunku Abdul Rahman. Guna nama lain. Kita bebas, tidak berpolitik, kita nak cari rezeki... Kalau nak berpolitik berhenti berniaga dan masuk politik," kata seorang peniaga, yang enggan namanya didedahkan. Dilaporkan MBPKL yang diketuai Datuk Jamal Md Yunus akan berniaga pelbagai barangan, makanan dan minuman di hadapan rumah Ambiga selama dua hari bermula hari ini bagi menampung kerugian mereka akibat perhimpunan pada 28 April lalu. 'Tak sampai 10 sokong BERSIH 4.0' Selain menamakan tindakan mereka sebagai "Bersih 4.0 - Mencucikan Bersih 1,2,3", semalam mereka membida tapak perniagaan sehingga mencecah nilai tertinggi sebanyak RM5,000. Mengunjungi Malaysiakini semalam, kumpulan penjaja itu mendakwa kira-kira 95 peratus daripada kira-kira 300 penjaja di lorong tersebut bersikap berkecuali dengan tindakan majlis Jamal yang mahu berniaga di hadapan rumah Ambiga. Penjaja itu mendakwa penjaja di situ tidak diajak berbincang dengan rancangan tersebut, sebaliknya hanya mengetahui melalui kain rentang dan risalah yang diedarkan kepada mereka. "Boleh dikira dengan jari, tak sampai sepuluh orang (penjaja) yang menyokong Datuk Jamal," katanya menjawab soalan berhubung jumlah penjaja yang menyertai rancangan Jamal - pemilik peniagaan kereta mewah dan restoran. Sementara itu, menceritakan suasana pada hari demonstrasi, kira-kira 50 peratus penjaja menjalankan aktiviti seperti biasa, tetapi terpaksa menghentikannya selepas polis berpangkat biasa didakwa mengarahkan ia dihentikan sewaktu berlakunya kekecohan di situ. "Tidak ada arahan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," kata penjaja itu yang mendakwa tindakan polis dibuat kerana penjaja dikatakan "melindungi" peserta BERSIH. P/s: Terbaik! | ||
[Video-Wajib Tonton] Lucu, Orang Gila Meroyan Terdesak Berceramah Posted: 23 May 2012 07:30 PM PDT Ceramah UMNO untuk menganggu program Pakatan Rakyat di Melaka. Macam orang GILA! Dalam kelam malam, anda boleh mengagak audiennya. Yang lawaknya, dia bercakap seolah-olah duit yang digunakan untuk membuat jalan, hospital dan segala macam pembangunan datang dari poket UMNO. Seolah-olah UMNOLah segala-galanya. Lagi lucu, ketika berceramah, penceramah ini seolah-olah cuba menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh penceramah di khemah PR. Lucu! Namun standard kebanyakan penceramah yang dikaitkan dengan UMNO, begitu juga pencacai di laman sosial, apabila tidak dapat menjawab isu dan persoalan, mereka mula mengeluarkan kata-kata nista dan kesat. Dalam video di atas, jelas kedengaran perkataan, "mati", "mampos" keluar dariu mulut penceramah. LOW CLASS!-DCM | ||
[Wajib Baca] Isu Artis Sertai PAS: Hairie Othman Bidas Mustapa Mohamed Posted: 23 May 2012 06:00 PM PDT | ||
Posted: 23 May 2012 05:00 PM PDT [MK] Kumpulan anti-BERSIH yang merancang untuk berniaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga mulai esok, kini menawarkan dua kereta mewah untuk cabutan bertuah. Ketuanya, Datuk Jamal Md Yunus berkata BERSIH 4.0 pencinta keamanan telah membuka halaman Facebook. Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan rakyat, beliau mengumumkan bahawa pelawat Facebook tersebut berpeluang memenangi kereta BMW 530 dalam cabutan bertuah apabila jumlah peminat mencecah 150,000 orang. Jamal berkata, kereta model 2005 itu bernilai RM225,000. Sekiranya jumlah peminat Facebook itu mencecah satu juta orang, Jamal berkata, sebuah lagi kereta mewah - 2009-model Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta - akan ditawarkan dalam cabutan bertuah. P/s: Helah PENJAJA NASI LEMAK (pemilik rangkaian Restoran Ikan Bakar Sekinchan, pengendali Kedai Ikan Rakyat 1 Malaysia, dan syarikat menjual kereta mewah) untuk tarik orang ramai ke restorannya yang mula diboikot orang ramai! BOIKOT! | ||
Kerajaan BN SAMAN JawatanKuasa BERSIH 3.0 Posted: 23 May 2012 04:00 PM PDT [MK] Kerajaan memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM122,000 terhadap Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga serta sembilan lagi ahli jawatankuasa pemandu gabungan tersebut kerana didakwa gagal mengawal perhimpunan anjurannya pada 28 April lalu sehingga pihak kerajaan terpaksa menanggung kerugian. Selain Ambiga (kiri), ahli jawatankuasa pemandu itu yang disaman ialah Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed, Arumugam a/l Kalimuthu, Arul Prakkash a/l Sinnappan, Wong Chin Huat, Dr Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo. Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk A Samad Said dan seorang lagi anggota jawatankuasa pemandu, Hishammuddin Rais, bagaimanapun tidak tersenarai dalam saman tersebut. Ketika dihubungi, Ambiga berkata, beliau telah diserahkan saman tersebut pada kira-kira jam 3.25 petang ini Dalam samannya, kerajaan mendakwa pihak defenden telah:
Akibat daripada kegagalan tersebut, kata saman tersebut, 15 kenderaan milik kerajaan mengalami keroskan dan terpaksa menanggung kerugian yang telah ditaksirkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Menurut saman tersebut, kos untuk memperbaiki semua kenderaan terbabit ialah antara RM2,000 hingga RM16,000 yang kesemuanya berjumlah RM122,000. Oleh yang demikian, Plaintif menuntut terhadap defenden untuk:
|
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan