Khamis, 24 Mei 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


K-Pop punca kuliah Ustaz Azhar Idrus dibatal

Posted: 24 May 2012 01:36 AM PDT




 


(Ini buktinya)

al-hajari.blogspot.com,     

Semua orang tau yang kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus di PICC yang dijadualkan pada 26 Mei ini telah dibatalkan, dan lokasinya telah berpindah ke Masjid As-Salam, Puchong Perdana. Aku pernah bangkitkan hal ini secara loose tak lama dulu.

Difahamkan Setiausaha Politik Najib, Dato Jailani Ngah telah meminta menghubungi JAKIM agar membatalkan kuliah tersebut. Antara alasan yang diberikan adalah kuliah itu akan berlangsung serentak dengan sambutan Himpunan Belia Negara anjuran BN juga di Putrajaya. Kononnya dikhuatiri akan berlaku pertembungan program dan kesesakan lalulintas yang teruk di Putrajaya.

Come on la - Putrajaya ni jalannya kecik macam KL ke? Putrajaya ni padat macam KL ke? Putrajayalah satu2nya bandar yang aku rasa aku berani baring atas jalanrayanya tanpa risau untuk dilanggar. Punyalah lengang Putrajaya ni. Lagipun, PICC terletak agak jauh daripada pusat sambutan Himpunan Belia itu dan tidak ada sebab untuk merisaukan kesesakan lalulintas!

Apakah pihak penganjur yakni BN takut kurangnya sambutan terhadap Himpunan Belia itu lantaran semua belia tertumpu ke Azhar Idrus? Come on - bukankah baik sekiranya para belia kita mendekati agama dan guru2 agama? Mengapa perlu dianggap kuliah2 agama sebegini sebagai ancaman?

Sekian lama belia2 kita disogokkan dengan hiburan dan karnival yang melalaikan. Bukankan molek sekiranya belia2 dan remaja2 ini dicambahkan dengan nur Islami?

Tetapi, yang menyedihkan ialah kerajaan BN lebih mengutamakan konsert K Pop berbanding kuliah Ustaz Azhar. Pada malam 26 Mei itu, rupanya penganjur Himpunan Belia telah menyediakan satu tentatif program persembahan konsert dari sebuah kumpulal K Pop yang terdiri dari sekumpulan anak2 gadis korea yang seksi meksi.

Jadi, secara asasnya kerajaan BN yang menganjurkan Himpunan ini lebih mengutamakan "pengisian" artis K Pop korea yang seksi itu berbanding pengisian agama oleh Ustaz Azhar Idrus.

Inikah kerajaan yang kononnya mendakwa depa menegakkan Islam?

Aku tau, akan ada puak UMNO kutuk hal ni dengan kata "Ustaz Azhar tak berceramah agama, tapi dok kutuk mengutuk dan cerita politik". Sapa yang dok kata begitu, dia adalah BODOH dan jahil. Pernahkah korg pergi mana2 ceramah Ustaz Azhar?

Lihat tak selautan manusia yang membanjiri mana sahaja lokasi Ustaz Azhar dan ini termasuklah mat rempit, kutu lepak, kaki rayau dan pelbagai lagi golongan yang dianggap sampah masyarakat? Apakah dalam setiap kuliahnya, pengisian utama Ustaz Azhar adalah mengutuk UMNO BN, caci maki suka suki dan sebagainya?

Tolong jangan jadi bodoh.

Apakah kononnya "kutuk mengutuk" dan "cerita politik" itu boleh dijadikan dalil untuk lebih menghalalkan konsert K Pop itu? Sila jawab dengan akal yang dipandu iman bukannya dipandu punggung para veteran tentera.

Wahai para mufti, wahai para ulama muda UMNO, wahai Hasan Ali - MANAKAH KORANG????

Sumber http://al-hajari.blogspot.com/2012/05/k-pop-punca-kuliah-ustaz-azhar-idrus.html
— with Pengundi Pas Kedah, Ustazthrash Mujahid, Sam Presiden and 22 others.- harakah daily

Zuraida : NFC Cuba Alihkan Perhatian Dengan Menyaman Bank

Posted: 24 May 2012 01:23 AM PDT





SHAH ALAMI: Tindakan National Fidlot Corporation (NFC) memfailkan saman terhadap Public Bank dilihat sebagai cubaan untuk mengelakkan diri daripada menjawab isu penyelewengan bernilai RM250 juta yang didedahkan sebelum ini.

Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin berkata, perkara pokok yang perlu diatasi adalah penyelewengan yang dilakukan NFC yang sehingga kini masih belum dijawab.

"Itu hak NFC untuk mengemukakan saman kepada Public Bank dan sebagainya. Tetapi perkara pokok ialah NFC sendiri telah menyeleweng.

"Itu perkara pokok yang perlu ditangani oleh kerajaan. Kita atasi itu dahulu kemudian tepulang kepada tindakan seterusnya," katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

Jelas beliau, NFC tidak dapat lari daripada hakikat bahawa mereka telah menyeleweng amanah rakyat yang bernilai jutaan ringgit.

NFC semalam memfailkan saman kepada Public Bank di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas dakwaan melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia).

Public Bank didakwa bersikap cuai dan mengakibatkan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memperoleh maklumat berhubung syarikat berkenaan.

Zuraida menambah, dalam zaman serba canggih ini semua maklumat boleh dikeluarkan melalui pelbagai cara dan pihak Public Bank sendiri tidak mengetahui siapakah kakitangan mereka yang terlibat.

Sebelum ini, seorang bekas kerani Public Bank cawangan Jinjang, Johari Mohammad menerima sepucuk surat daripada pihak Public Bank kerana didakwa melanggar tatacara disiplin tempat kerja berikutan satu aduan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Mohammad Salleh Ismail.

Johari yang telah melalui proses perbicaraan disiplin di Public Bank turut disiasat dibawah peruntukkan sama oleh Bank Negara.

Kerajaan ditekan tentang kes Tajudin selepas dakwaan Khairy

Posted: 24 May 2012 01:17 AM PDT

 
 
KUALA LUMPUR — Penyelesaian sulit kerajaan dengan Tan Sri Tajudin Ramli timbul kembali selepas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata minggu ini syarikat susunan semula aset nasional Danaharta tidak kehilangan duit dalam penyelesaian luar mahkamah.

DAP hari ini menuntut jawapan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas Khairy membuka semula perbalahan mengenai penyelesaian sulit yang kontroversial ini dengan menuntut semasa debat yang disiarkan di televisyen dengan Rafizi Ramli dari PKR bahawa dia telah diberitahu sumber bahawa kerajaan tidak kehilangan dalam pengaturan dengan Tajudin (gambar).

"Datuk Seri Najib Razak mesti mengesahkan dengan serta-merta jika ketua Pemuda Umno-nya bercakap benar atau sedang menipu orang awam tentang skandal tersebut.

"Terutamanya kerana ini kali pertama seorang ahli politik Barisan Nasional (BN) telah membuat tuntutan bahawa Tan Sri Tajudin telah membayar separuh atau semua hutang tertunggaknya sebagai sebahagian penyelesaian," ketua publisiti DAP Tony Pua, berkata dalam kenyataan media hari ini.

Khairy telah berkata ada sumber bahawa bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) itu mungkin telah membayar lebih dari RM589 juta yang dihutang kepada Danaharta berikutan suatu penyelesaian luar mahkamah yang jumlahnya masih belum didedahkan.

Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pada tahun lalu mengarahkan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk Danaharta untuk menarik balik kes sivil terhadap Tajudin kerana kerajaan telah memutus untuk semua kes diselesaikan di luar mahkamah.

"Dakwaan Khairy itu adalah langsung tidak boleh dipercayai dan kurang kredibiliti, berdasarkan cara sulit di mana kerajaan telah mencuba untuk menutup episod ini dan keengganan sebarang menteri untuk mengesahkan atau menafikan tuntutan bahawa Danahara sebenarnya telah melupuskan semua hutang Tajudin," ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata.

Danaharta dan Tajudin telah menamatkan kes yang telah lama berlanjutan ini apabila mereka membuat penyelesaian luar mahkamah pada 14 Februari selepas Putrajaya telah mengarahkan Ogos lalu supaya semua GLC menguggurkan kes sivil terhadap bekas anak buah Tun Daim Zainuddin.

Tetapi terma penyelesaian luar mahkamah itu kekal sebagai rahsia antara dua pihak itu walaupun Mahkamah Tinggi telah memutuskan pada Disember 2009 supaya Tajudin membayar Danaharta RM589.14 juta dengan faedah tahunan dua peratus yang bermula dari 1 Januari 2006.

Ahli politik dari pihak kerajaan dan pembangkang telah menggesa supaya butiran lengkap penyelesaian luar mahkamah antara Tajudin dan Danaharta diumumkan kepada orang awam, tetapi setakat ini kerajaan masih senyap.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen telah menuntut pada bulan Mac supaya Putrajaya mendedahkan butiran penyelesaian luar mahkamah yang dicapai antara bekas syarikat pengurusan aset nasional Pengurusan Danaharta Bhd (Danaharta) dan Tajudin.

The Malaysian Insider memahami bahawa panel yang mempunyai 13 ahli itu membuat keputusan yang hampir sekata untuk tanya Kementerian Kewangan dan Prokhas, unitnya yang mengurus baki aset Danaharta, untuk menjelaskan penyelesaian sulit yang dicapai pada 14 Februari.

Polisi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjadi bahan kritikan selepas pentadbiran Najib memutuskan untuk mengadakan penyelesaian di luar mahkamah terhadap hutang RM589 juta oleh Tajudin ketika membuat pinjaman untuk membeli MAS pada 1994.

Kes antara Danaharta dan Tajudin timbul selepas beliau melakukan perjanjian kemudahan pada 13 Julai, 1994 untuk meminjam RM1.79 bilion daripada sindiket bagi membiayai pembelian saham sejumlah 32 peratus saham MAS.

Namun begitu, pada 1994 ke 1998, beliau gagal menyelesaikan hutang berkenaan dan menjadikannya pinjaman tidak memuaskan (NPL).

Pada tahun 1998, Danaharta mengambil alih NPL daripada peminjam tetapi Tajudin juga gagal menyelesaikan hutangnya dengan Danaharta sehingga mereka berhutang sebanyak RM1.41 billion pada 8 Oktober 2001.

Pada 31 Disember 2005, amaun yang belum dibayar adalah RM589.14 juta dan pada 11 Mei 2006, Danaharta dan anak syarikatnya telah mula ambil tindakan untuk mendapatkan semula kesemua duit itu.

Tajudin mendakwa dalam afidavitnya beliau diarahkan oleh Dr Mahathir dan Daim pada 1994 untuk membeli dan mengawal pegangan saham MAS untuk menjamin daripada kerajaan.

Ahli perniagaan itu mendakwa pembeliaan itu adalah "khidmat negara" yang dipaksa, kerana kerajaan ingin menenangkan para pelabur dan orang awam.

Dr Mahathir bagaimanapun menafikan dakwaan Tajudin berkenaan dalam memoir yang ditulisnya.

BERSIH 4.0: Cabutan bertuah BMW dan Lamborghini

Posted: 24 May 2012 01:13 AM PDT

 
Koh Jun Lin
 
Kumpulan anti-BERSIH yang merancang untuk berniaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga mulai esok, kini menawarkan dua kereta mewah untuk cabutan bertuah.

Ketuanya, Datuk Jamal Md Yunus berkata BERSIH 4.0 pencinta keamanan telah membuka halaman Facebook.

NONESebagai tanda penghargaan kepada sokongan rakyat, beliau mengumumkan bahawa pelawat Facebook tersebut berpeluang memenangi kereta BMW 530 dalam cabutan bertuah apabila jumlah peminat mencecah 150,000 orang.

Jamal berkata, kereta model 2005 itu bernilai RM225,000.

Sekiranya jumlah peminat Facebook itu mencecah satu juta orang, Jamal berkata, sebuah lagi kereta mewah - 2009-model Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta - akan ditawarkan dalam cabutan bertuah.

A Samad Said Akan Lancarkan Buku Terbaru di Himpunan Belia Selangor

Posted: 24 May 2012 01:11 AM PDT





SHAH ALAM : Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said akan lancarkan buku terbarunya, "Puisi Jadi Senjata 2″ dalam program Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor 2012 di Kompleks Belia dan Sukan, Seksyen 7 pada Jumaat ini.

Selepas majlis pelancaranya pada jam 9 malam, selebriti terkenal tanahair dan Pengerusi Bersama Bersih 3.0 itu akan turut mendeklamasikan sajak dari bukunya tersebut.

Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata program dari Jumaat hingga Sabtu itu dianjurkan melalui Bahagian Pembangunan Belia, Majlis Sukan Negeri Selangor memberi pengertian bermakna dengan tajuk utama "Anak Muda Penentu Kepimpinan dan Pemacu Pembangunan Selangor dan Negara".

Katanya, pihaknya menganggarkan seramai kira-kira 2,500 orang belia dan beliawanis dari seluruh Selangor akan menghadirkan diri dalam program tersebut.

Menurutnya, penyertaan bagi program itu adalah dari seluruh belia dan beliawanis, Pengerusi dan ahli jawatankuasa Penggerak Belia Tempatan (PeBT), belia dari badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan belia serta kalangan mahasiswa dan mahasiswi.

"Pelbagai program dan pengisian telah direncanakan bagi memberi peluang belia dan beliawanis Selangor berhimpun dan berbicara mencambah pengalaman, berkongsi pengetahuan dan pendapat.

"Kerajaan Negeri yakin golongan belia yang akan meneruskan agenda perubahan dan kemajuan di Selangor ke arah membentuk sebuah negeri idaman yang maju, sejahtera dan berkebajikan.

"Belia dan beliawanis merupakan barisan kepimpinan masa depan negeri harus diberi penuh pendedahan dan pendidikan sebagai pemimpin masa depan negeri seterusnya negara," katanya.

Antara aktiviti dijalankan adalah persembahan muzik, kugiran serta teater jalanan selain penjualan makanan dan pasar lambak. Selain itu sesi forum dan konvensyen turut dijalankan melibatkan panelis dari pelbagai persatuan belia dan NGO.

Acara kemucak program adalah ucaptama Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu jam 9 pagi. Tetamu kehormat lain yang terlibat adalah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Rentetan kejadian insiden Sabtu di Merlimau

Posted: 24 May 2012 01:02 AM PDT

 
Aidila Razak


Pekan Merlimau di Jasin, Melaka kembali menjadi perhatian selepas insiden serangan ke atas wakil rakyat pembangkang yang dilempar telur dan batu oleh sekumpulan peserta demonstrasi pada Sabtu lalu.

NONEMenurut pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari, suasana tegang itu mula memuncak apabila seorang wanita keturunan India mula berucap di majlis jamuan teh anjuran Kelab Penyokong Pas di Taman Seri Merlimau pada.

Kumpulan dianggarkan 200 orang itu kemudian cuba "menceroboh" masuk ke kawasan majlis yang sepatutnya dihadiri pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga.

Ambiga membatalkan kehadirannya ke majlis tersebut di saat terakhir atas nasihat polis.

Malaysiakini mengesan semula rentetan kejadian berkenaan yang seterusnya menyebabkan peserta demonstrasi tersebut bertembung dengan polis anti-rusuhan, berdasarkan sumber media sosial dan kenyataan oleh pemimpin PAS, DAP, Umno dan PERKASA.

Manikavasagam Ditawar Jadi Presiden MIC Jika Keluar PKR

Posted: 24 May 2012 12:56 AM PDT




SHAH ALAM: Usaha terdesak MIC, untuk mempelawa MP Kapar S Manikavasagam melihatkan pemimpin parti komponen Umno-BN itu menawarkan jawatan presiden partinya kepada beliau sebagai sogokan.

Manikavasagam mendakwa seorang pemimpin MIC tersebut yang juga bekas Timbalan Menteri, pernah berkata parti itu akan menyingkir Tun S Samy Vellu yang pada masa itu presiden MIC dan memberikan jawatan itu padanya.

Sogokan tersebut dibuat oleh pemimpin MIC itu semasa perjumpaan dengan Manikavasagam di pejabat beliau pada tahun 2009.

"Kita tidak mahu Samy Vellu, kita mahu YB Manika. Kita akan terus masukkan YB Manika. Umno kawal MIC.

"Jadi kita tidak mahu Samy Vellu dan kita mahu YB Manika, terus masuk jadi Presiden MIC. Tawaran macam ini semua ada," katanya di dalam satu temurah program "Terus Terang".

Program tersebut dihostkan pengarang TVSelangor Mat Zahari Ali di studio TVSelangor di sini hari ini.
Sebelum ini, dakwaan Manikavasagam akan meninggalkan Pakatan dan PKR tercetus kembali ekoran satu laporan di dalam blog pro-Umno.

Artikel tersebut mendakwa Manikavasagam meminta RM10 juta daripada bekas Ketua Umno Selangor Dr Mohamed Khir Toyo untuk keluar dari PKR.

Ekoran daripada laporan itu, Manikavasagam berkata beliau akan memfailkan saman terhadap, Dr Mohd Khir dan penulis blog tersebut, M Zakrul Adam.

Tambah Manikavasagam, beliau memegang amanah dan tanggungjawab yang diberikan pengundi di kawasannya dan masih setia dengan Pakatan.

"Apa yang berlaku kepada saya mesti berlaku kepada mereka yang melompat. Mesti ada sogokan nak lompat.

"Macam isu pasir saya pun kecewa bila Ahli Parlimen Wangsa Maju (Wee Choo Keong) yang telefon saya menyatakan sedia membantu selesaikan masalah tetapi tiba-tiba dia lompat (keluar parti).

"Saya ada pendirian saya. Saya menyertai PKR iaitu parti pertama saya. Saya bukan bekas ahli MIC, IPF atau PPP, saya dibawa masuk ke dalam PKR oleh bekas Ketua AMK, Ezam Mohd Nor tetapi sekarang beliau pun sudah lompat, sudah lari. Dulu dia selalu cakap perjuangan tetapi apa makna perjuangan?,"
soalnya.

Program Terus Terang Akan Mula disiarkan pada awal Jun.

Fitnah: Utusan gagal rayu perintah bayar Khalid Samad

Posted: 24 May 2012 12:52 AM PDT



 
Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya akhbar itu membayar gantirugi RM60,000 kepada Khalid Samad berhubung satu tulisan di akhbar tersebut yang didapati memfitnah MP Shah Alam itu.

Laporan Harakahdaily hari ini menyebut, mahkamah turut memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Khalid Samad.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hihamudin Mohd Yunus yang mengetuai panel tiga hakim ketika membacakan keputusan itu menyatakan bahawa panel berkenaan menolak rayuan Utusan yang gagal mendapatkan kebenaran mahkamah sebelum memfailkan rayuan mereka.

Keputusan itu dibuat mengikut Seksyen 68(1)(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang memperuntukkan bahawa rayuan untuk tuntutan kurang dari RM250,000 wajib mendapat kebenaran mahkamah terlebih dahulu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Prasad Sandhosham Abraham pada 21 November lalu memutuskan bahawa berita bertajuk Zulkifli bidas 'Pak Janggut' yang disiarkan di muka hadapan Utusan pada 10 September 2009 adalah memfitnah Khalid.

Khalid hari ini diwakili oleh Azhana Khairudin manakala Utusan diwakili Mohana Kumar.

MB Selangor pelawa BN lawat empangan

Posted: 24 May 2012 12:46 AM PDT

AHMAD NORMAN ABU TALIB

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
 
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
 
 
SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menjemput pembangkang negeri itu termasuk Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui serta media melawat empangan bagi membuktikan kadar rizab air berada di tahap selesa.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan tersebut dicapai selepas beberapa kenyataan salah dibuat mengenai kadar rizab air seolah-olah menunjukkan berlaku krisis air di negeri ini.

Katanya, segala urusan lawatan akan diselia Pengawal Selia Air negeri, Datuk Nordin Sulaiman dan Lembaga Urus Air Selangor (Luas).

Abdul Khalid menegaskan, Kerajaan Negeri sentiasa memantau isu perkembangan rizab air di mana Luas akan memberi laporan bertulis dari semasa ke semasa.

"Berdasarkan laporan terbaru dikeluarkan oleh Luas semalam (kelmarin) menunjukkan simpanan air mentah di negeri ini dalam keadaan baik dan memuaskan apabila tahap simpanan air di tujuh empangan pada bulan Mei lalu adalah melebihi 100 peratus simpanan.

"Jumlah takungan sumber air empangan di negeri ini adalah sebanyak 522.655 juta meter padu. Sejak Februari semua tujuh empangan tersebut iaitu empangan Sungai Selangor, Empangan Sungai Tinggi," katanya.

Empangan Klang Gate, Empangan Sungai Langat, Empangan Sungai  Semenyih, Empangan Tasik Subang dan Empangan Batu mencapai 100 peratus simpanan air dan mampu membekalkan sumber air kepada semua loji pembersihan air di Selangor, kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, semalam.

Menurutnya, beliau membidas tindakan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang dilihat bermain politik dalam isu projek Loji Rawatan Air Langat 2 kerana mendakwa projek tersebut memberi kepentingan kepada syarikat kroni yang mahu mengaut keuntungan di atas kesusahan rakyat menanggung kos air.

Katanya, kenyataan pemimpin pembangkang di negeri ini juga bertujuan memperkecilkan kredibiliti pegawai Luas iaitu sebuah agensi kerajaan profesional dalam pengurusan bekalan air mentah
di Selangor.

Abdul Khalid berkata, rekod pemantauan tahunan Luas mendapati semua empangan mampu membekalkan sumber air dan belum pernah mencecah tahap kritikal ditetapkan dalam lengkuk operasi empangan.

"Ini jelas menunjukkan kenyataan bahawa kadar rizab air di Selangor hanya 2.4 peratus sahaja berbanding kadar sepatutnya iaitu 20 peratus adalah salah dan bercanggah dengan data diberikan oleh Luas," katanya.

Kelmarin, Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed mendakwa isu air melibatkan kepentingan awam dan mengancam masa depan Selangor jika tidak ditangani kerana kadar rizab air hanya tinggal 2.4 peratus sahaja berbanding kadar sepatutnya iaitu 2o peratus.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri berulang kali menegaskan bahawa mereka tidak menentang pembinaan LRA 2 tetapi mahu ianya dimasukkan dalam pakej penyelesaian penyusunan semula industri perkhidmatan air mengikut Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA).

Dalam perkembangan berasingan, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri akan bertindak merampas bangunan dan hartanah sekiranya premis tersebut disalahgunakan untuk kegiatan tidak bermoral seperti rumah urut.

"Perkara ini masih dibincangkan dan tindakan akan dilaksanakan.

"Salah satu perkara yang kita tegaskan kalau mereka langgar undang-undang maka bukan sahaja perniagaan itu mendapat kesan disita tetapi bangunan atau pun hartanah akan dikenakan tindakan rampasan," katanya.

Pro & anti-BERSIH akan 'bertembung' petang ini

Posted: 24 May 2012 12:43 AM PDT

MALAYSIA KINI
 
 
 
Rumah Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga di Bukit Damansara dekat Kuala Lumpur hari ini menjadi tumpuan dua pihak berbeza pandangan, melibatkan penyokong dan penentang gabungan proreformasi sistem pilihan raya itu.

Selain mesyuarat jawatankuasa pemandu BERSIH berlangsung di situ, kumpulan penentangnya – peniaga jalan TAR dan Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia – dijadual berkumpul depan kediaman Ambiga.

Manakala sebuah lagi kumpulan pro-BERSIH WargaAman juga akan berkumpul awal petang ini bagi menyatakan sikap mereka.

Sejak pagi ini, pegawai daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah berada sekitar kawasan itu.

Umno, BN bukan dalang

Posted: 24 May 2012 12:20 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
 
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
 
 
SHAH ALAM – Umno menafikan ia atau Barisan Nasional (BN) terbabit dengan kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang merancang mendirikan gerai di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga, hari ini dan esok.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sebaliknya beliau meminta pihak terbabit menghentikan rancangan itu kerana itu bukan hasrat keseluruhan rakyat yang sayangkan keamanan
dan kesejahteraan.

"Terdapat aduan yang diterima berkenaan sensitiviti sesetengah pihak, khususnya berkaitan penjualan daging di kawasan individu yang tidak memakannya, selain bertindak kurang sopan dengan aksi menunjukkan punggung dan sebagainya.

"Umno dan BN menganggap perlakuan tersebut tidak sepatutnya berlaku dan kebudak-budakan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tengku Adnan, yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, rakyat tidak perlu terikut- ikut dengan perangai pihak yang mahu menghancurkan negara sedangkan negara ini mempunyai undang-undang.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyarankan konsep wasatiyah atau kesederhanaan yang harus difahami semua," katanya.

Pendakwaan Anwar, Azmin, Badrul kerana BERSIH; bukti kerajaan BN niat jahat

Posted: 24 May 2012 12:19 AM PDT

Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak jelas berniat jahat kerana mendakwa di mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin PKR seperti Azmin Ali dan Badrul Hisham kerana dituduh melanggar sekatan di Dataran Merdeka semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, niat jahat BN terdedah kerana apa yang sepatutnya dilakukan ialah menyiasat dahulu kekecohan yang berlaku tetapi pemerintah tidak mempedulikan itu semua kerana ingin memangsakan Anwar, Azmin dan Badrul.

Katanya, jika kerajaan benar-benar mahukan kebenaran terhadap apa yang berlaku pada 28 April lalu, maka Peguam Negara perlu menarik balik dan menangguhkan semua pendakwaan mahkamah yang berkaitan dengan perhimpunan Bersih 3.0 sehingga mendapat keputusan siasatan yang bebas, saksama dan komprehensif.

"Benarkah Anwar dan Azmin telah memberi isyarat kepada peserta untuk merempuh sekatan di Dataran Merdeka seperti yang dikatakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam wawancara bersama akhbar Sunday Star dua hari yang lepas yang bertajuk "Mencari kisah sebenar"?

"Pandangan Hishammuddin (yang selalu keliru sama ada beliau adalah Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab atas keselamatan umum atau beliau adalah Naib Presiden UMNO yang hanya tahu memburuk-burukkan Pakatan Rakyat) tidak boleh menjadi sebab untuk mendakwa Anwar, Azmin dan Badrul.

"Ini adalah kerana Hishammuddin telah memberi jaminan untuk mengadakan siasatan yang adil dan komprehensif terhadap Bersih 3.0 dalam satu misi mencari kebenaran mengenai apa yang telah berlaku pada 28 April," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mempersoalkan bagaimana pendakwaan boleh dibuat sekarang sedangkan terma rujukan dari "panel penyiasat bebas" Tun Hanif Omar yang telah menuduh Bersih 3.0 didalangi oleh komunis, belum lagi dimuktamadkan.

Menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, pendakwaan terhadap Anwar, Azmin dan Badrul yang terburu-buru itu jelas mencemrinkan prasangka pimpinan Najib yang berniat jahat untuk menghalang apa-apa siasatan yang bebas, saksama dan komprehensif.

"Ini dirumitkan lagi apabila ketiga-tiga pemimpin yang didakwa itu sekeras-kerasnya menafikan memberi isyarat untuk melanggar sekatan di Dataran Merdeka, seperti yang dilihat dalam kenyataan video," jelas beliau.

Dengan dakwaan terhadap Anwar, Azmin dan Badrul di mahkamah, beliau berkata, kerajaan Najib boleh mempergunakan proses perundangan itu untuk sengaja menghalang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) daripada menyiasat  keganasan sewaktu Bersih 3.0.

Ini adalah kerana kuasa siasatan Suhakam telah dihadkan oleh Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 seperti yang tertera di bawah Seksyen 12 dalam Bahagian III Kuasa Siasatan Suruhanjaya:

Suruhanjaya boleh menyiasat atas kehendak sendiri atau atas aduan:

12. (1) Suruhanjaya boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas suatu aduan yang dibuat kepada Suruhanjaya oleh orang atau kumpulan orang yang terkilan atau seseorang yang bertindak bagi pihak orang atau sekumpulan orang yang terkilan, menyiasat pengataan mengenai pelanggaran hak asasi manusia orang atau kumpulan orang itu.

(2) Suruhanjaya tidaklah boleh menyiasat apa-apa aduan yang berhubungan dengan apa-apa pengataan pelanggaran hak asasi manusia yang—

(a) merupakan hal perkara apa-apa prosiding yang belum selesai di mana-mana mahkamah, termasuklah apa-apa rayuan; atau

(b) telah diputuskan  secara  muktamad oleh mana-mana mahkamah.

(3)  Jika  Suruhanjaya  menyiasat   suatu pengataan di  bawah subseksyen 12 (1) dan  sementara menunggu penyelesaian siasatan itu, pengataan itu menjadi hal perkara mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah, Suruhanjaya hendaklah berhenti dengan serta-merta daripada melakukan siasatan itu.

Menurut Kit Siang, Suhakam harus diberi pujian atas keputusan yang diambilnya semalam untuk menjalankan penyiasatan awam terhadap perhimpunan Bersih 3.0, kerana tidak sanggup lagi "menunggu" untuk "panel penyiasatan bebas" pimpinan Hanif Omar dari Putrajaya untuk menyerahkan terma rujukan mereka.

"Adakah benar keputusan Peguam Negara untuk mendakwa Anwar, Azmin dan Badrul dibuat secara tergesa-gesa…sebagai satu langkah terakhir untuk menyingkirkan apa-apa usaha Suhakam untuk menjalankan penyiasatan yang bebas dan saksama berhubung dengan 'perlanggaran' sekatan di Dataran Merdeka?" soal beliau.

Katanya, Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Peguam Negara tidak boleh mengikat tangan Suhakam daripada menjalankan siasatan yang bebas, saksama dan komprehensif terhadap keganasan sewaktu Bersih 3.0. – Roketkini.com

BERSIH 3.0: Siasatan belum bermula, Anwar sudah didakwa di mahkamah

Posted: 24 May 2012 12:16 AM PDT

Roketkini.com




KUALA LUMPUR: Panel siasatan "bebas" mengenai perhimpunan Bersih 3.0 yang diketuai oleh Tun Hanif Omar yang secara terbuka menuduh perhimpunan tersebut diresapi komunis dan berniat menggulingkan kerajaan, belum pun memulakan mesyuarat untuk menyediakan terma-terma rujukan siasatan.

Namun, hari ini Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan pemimpin muda PKR Badrul Hisham Shaharin telah pun dihadapkan ke mahkamah hari ini berhubung isu perhimpunan tersebut.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, ia adalah satu langkah tidak bijak kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana membelakangkan keadilan.

Menurutnya, siasatan yang bebas, saksama dan komprehensif perlu menjelaskan, membuktikan dan memberi jawapan terlebih dahulu kepada persoalan-persoalan penting sebelum sesiapa pun dihadapkan ke mahkamah.

Dalam satu kenyataannya hari ini, beliau berkata, siasatan yang menyeluruh dan adil perlu menjelaskan:
1. Adakah benar wujud satu percubaan untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan dalam Bersih 3.0?

2. Mengapa pihak polis seakan-akan mengamuk dan menggunakan kekerasan yang melampau, sama ada dengan gas pemedih mata, semburan air yang bercampur bahan kimia atau keganasan fizikal terhadap peserta perhimpunan aman ini selepas jam 3 petang yang telah berlanjutan selama 5 jam pada hari tersebut?

3. Bagi yang telah merempuh sekatan yang didirikan, mengapa pihak polis tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan itu sahaja? Mengapa pihak polis bertindak untuk menghukum dengan kekerasan dan keganasan terhadap majoriti takyat yang telah berhimpun secara aman dan yang ingin bersurai secara aman?

4. Mengapa ada polis yang bertugas tanpa tag nama atau nombor pengenalan?

5. Mengapa wakil media menjadi sasaran pihak polis dan mengapa mereka diserang di mana peralatan kamera mereka dipecah dan kad memori kamera mereka dirampas?

6. Mengapa ada antara beberapa stesyen LRT telah diarahkan untuk tutup selepas gas pemedih mata atau semburan air bermula? Adakah pihak polis berniat untuk membantu peserta bersurai atau sebagai satu "perangkap" untuk terhadap rakyat jelata yang berhimpun  pada hari tersebut?

7. Adakah benar transmisi telefon bimbit sengaja disekat supaya apa-apa komunikasi dihalang yang akan menyebabkan lebih kekeliruan dalam keadaan yang sudah pun pada masa yang genting itu?

8. Siapa dari pihak polis atau dari Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab memberi kebenaran untuk mencabul hak asasi manusia dan tidak menghiraukan prinsip dan garis panduan dalam penggunanan kekerasan dan senjata api oleh polis? – Roketkini.com

Skandal Landasan Elektrik Berkembar-Bn Lepas Tangan?

Posted: 24 May 2012 12:14 AM PDT

Roketkini.com




KUALA LUMPUR – Peningkatan mendadak RM1.5 billion bagi projek Landasan Elektrik Berkembar Ipoh-Padang Besar (EDTP) menimbulkan kemungkinan ia akan mengalami nasib serupa seperti projek landasan bahagian Ipoh-Rawang di mana kos projek meningkat lebih dari 50%.

Kenaikan mendadak sebanyak RM1.5 billion tersebut mewakili sebanyak dua belas peratus daripada kos projek, iaitu RM12.49 billion.

Menurut Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, pada tahun 2009, Ketua Audit Negara pernah mengkritik pihak pengurusan projek kerana menukar kontraktor daripada DRB Hicom yang tidak dapat menyiapkan kerja kepada MMC-Gamuda.

Katanya lagi, Ketua Audit Negara juga telah mempersoalkan mengapa pihak kerajaan tidak menuntut Gantirugi yang Ditetapkan dan Ditentukan (LAD) dari DRB-Hicom akibat gagal memenuhi tanggungjawab dalam masa yang ditetapkan sehingga telah menyebabkan kelewatan projek Ipoh-Rawang lebih lima tahun dan sebaliknya telah membayar konsortium DRB-Hicom sebanyak RM425 sebagai pampasan atau penyelesaian bagi pembatalan kontrak.

Semalam, The Business Times telah melaporkan bahawa MMC-Gamuda perlu mengemukakan RM1.5 billion arahan perubahan kerja kepada kerajaan bagi lebihan kos untuk projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar (EDTP).

Memetik daripada sumber yang tidak dinamakan, laporan tersebut mendakwa bahawa tujuh puluh peratus kerja-kerja sivil telah pun selesai manakala kerja-kerja sistem hanya tiga puluh peratus selesai.
Menurut sumber itu lagi, terdapat isu tanah dan beberapa perkara yang belum diselesaikan oleh MMC-Gamuda.

Kata Tony lagi, walaubagaimanapun, MMC-Gamuda telah menafikan laporan tersebut tetapi mengakui bahawa tuntutan bagi 'perbelanjaan dan kerugian' yang disebabkan oleh kerajaan akan dilakukan.

Beliau juga menyatakan, pengarah projek tersebut, Datuk Paul Ha, berkata bahawa tuntutan MMC-Gamuda akan bersandarkan kepada syarat yang terkandung di dalam kontrak, tetapi buat masa ini masih terlalu awal untuk menentukan jumlahnya dan ia tidak akan sampai RM1.5 billion sepertimana yang telah dinyatakan oleh The Business Times.

"Justeru, untuk mengelakkan skandal Ipoh-Rawang ini berlaku semula, Menteri Pengangkutan perlu menjelaskan perkara sebenar di sebalik tuntutan yang bercanggah ini bagi memastikan pihak kontraktor MMC-Gamuda tidak cuba untuk menyembunyikan perkara yang mungkin berlaku seperti tuntutan keterlaluan 'perbelanjaan dan kerugian' pihak kerajaan." ujarnya.

Menurutnya lagi, Datuk Seri Kong Cho Ha perlu meneliti perkara ini dengan serius bagi mengelakkan berlakunya skandal yang melibatkan jumlah yang besar untuk kali kedua selepas perbelanjaan besar pembinaan lapangan terbang kos rendah KLIA2 yang nilai asalnya RM1.7 billion tetapi meningkat kepada RM3.9 billion.

"Janganlah jadi seorang menteri MCA yang 'tidak tahu apa-apa', yang tidak mengetahui mengenai projek di bawah seliannya sendiri," ujar beliau lagi.

Tambah Pua lagi, untuk memastikan perkara tersebut diatasi dengan baik serta memperlihatkan ketelusan seperti yang diungkapkan oleh Perdana Menteri dalam Program Transformasi Kerajaan, Menteri Pengangkutan perlu mengambil inisiatif dengan memohon Ketua Audit Negara menjalankan audit bagi projek tersebut.

"Mana-mana kelemahan yang dikenal pasti boleh diperbaiki dan sebarang cadangan boleh segera dilaksanakan."

"Jangan sampai berlaku seperti kes EDTP Ipoh-Rwang atau skandal mega PKFZ yang berjumlah RM12.5 billion, itu sudah terlalu lewat untuk mengelakkan salah guna wang pembayar cukai." Roketkini.com

Umno: Cara PM selesai masalah, bukan debat

Posted: 24 May 2012 12:11 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
 
Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
 
 
SHAH ALAM - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tidak perlu diadakan debat terbuka antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tengku Adnan menganggap bahawa perdebatan bukanlah jalan penyelesaian dalam merungkai pelbagai masalah, sebaliknya pendekatan Perdana Menteri yang lebih gemar turun padang dan menyelami kehendak rakyat diaplikasikan untuk pengurusan dan pentadbiran negara ini.

"Apa yang jelas, tindakan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengadakan debat sebagai jalan menyelesaikan masalah adalah sesuatu yang tidak logik untuk dilakukan dan tentunya sebagai pemimpin berjiwa besar saya fikir tidak ada keperluan untuk Perdana Menteri menerima cadangan tersebut," kata beliau dipetik Umno Online, hari ini.

Tengku Adnan juga berkata, pada pandangan beliau Perdana Menteri tidak perlu melayan tuntutan debat, apatah pula dengan "ketua pembangkang yang seringkali melihat kepada sudut negatif semata-mata untuk menjatuhkan kerajaaan yang telah memajukan negara."

"Berdasarkan beberapa siri debat yang telah berlangsung sebelum ini didapati bahawa ia lebih cenderung untuk dimanipulasikan oleh pihak pembangkang selain memainkan emosi tanpa mengguna pakai ilmu yang ada," katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa perdebatan yang diadakan adalah ikutan daripada budaya politik di Amerika Syarikat dan Eropah yang berbuat demikian menjelangnya pemilihan presiden mereka.

"Kenapa kita mesti terikut-ikut dengan acuan dari Barat sedangkan kita sendiri mempunyai sistem pentadbiran yang lancar dan berpandukan kepada demokrasi terpimpim," kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

Tengku Adnan juga mengkritik Pakatan Rakyat (PR) yang seringkali mencari populariti dengan melakukan provokasi dan cuba mengusulkan keperluan debat dibuat sedangkan keutamaan adalah rakyat dan negara.

"Sebagai pemimpin yang amanah dan melaksanakan tanggungjawab tentunya Perdana Menteri lebih mengutamakan kehendak rakyat keseluruhannya daripada memenuhi tuntutan segelintir pembangkang yang kerapkali lebih bersifat provokatif.

"Ini bukanlah perkara baru kerana umumnya, penerimaan ikhlas kerajaan akan dijadikan satu permainan sebagaimana perpaduan dan muzakarah yang turut disensasikan sebagai satu isu atas tujuan mengekalkan populariti pemimpinnya yang tenggelam kerana gagal dalam pentadbiran," katanya lagi.

Tegasnya, pihak pembangkang hanya tahu memanipulasi isu dan melakukan provokasi kepada kerajaan dengan harapan rakyat akan terpengaruh dan memberikan sokongan kepada mereka.

"Pembangkang gagal melakukan kebajikan dan kemajuan kepada masyarakat dan lantaran itulah mereka tiada punca untuk dicanangkan selain daripada mencari kesalahan dan memanipulasikan kepimpinan Umno-BN," katanya lagi.

Datuk Bandar KL tak peduli rakyat

Posted: 24 May 2012 12:09 AM PDT

Roketkini.com




KUALA LUMPUR: Jika jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur dipertandingkan untuk dipilih oleh rakyat, sudah pasti kerajaan tempatan yang berjiwa rakyat akan membenarkan Dataran Merdeka dibuka untuk perhimpunan aman BERSIH 3.0 pada bulan lalu.

Justeru, Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) DAP Selangor sebulat suara hari ini menyatakan tuntutan mereka supaya pilihan raya tempatan di Kuala Lumpur diadakan semula setelah digantung oleh kerajaan Perikatan pada tahun 1960-an dan diharamkan sepenuhnya oleh Barisan Nasional pada 1970-an.

Menurut mereka, akibat penolakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap permohonan BERSIH 3.0 untuk menggunakan Dataran Merdeka pada 28 April lalu, Datuk Bandar Datuk Ahmad Fuad Ismail telah secara langsung menjadikan satu peristiwa yang aman dan bersifat demokrasi bertukar menjadi "haram dan tidak aman."

"Ini amat berbeza daripada apa yang berlaku di Pulau Pinang. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah membenarkan Padang Kota digunakan oleh orang ramai untuk berhimpun secara aman pada 28 April lalu. Setelah selesai acara tersebut, para hadirin dipesan penganjur supaya sama-sama membersihkan padang sebelum bersurai."

"Ini telah menyenangkan kerja-kerja kutipan sampah dan langsung tidak membebankan PBT tersebut," kata wakil kumpulan berkenaan Lee Kee Hiong di sini pagi tadi.

Ahli-ahli PBT DAP itu juga mengutuk sikap Datuk Bandar yang gagal bertindak terhadap protes gerai burger di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan, walau pun mereka berhimpun secara haram dan mendirikan gerai secara haram serta menceroboh ruang peribadi dan kawasan rumah keluarga orang.

"Datuk Bandar Kuala Lumpur gagal mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang sengaja mengubah bentuk jalan di bawah penyelenggaraan DBKL dan mendirikan gerai burger di hadapan rumah Datuk Ambiga. Ini suatu kelalaian dalam melaksanakan tugas mereka," kata Lee yang juga Ahli Majlis Perbandaran Kajang.

Beliau berkata, mereka memandang serius keputusan-keputusan yang dibuat oleh Ahmad Fuad terhadap beberapa perkara yang berlaku baru-baru ini yang telah menjejaskan imej dan keyakinan pembayar cukai terhadap fungsi dan tugas DBKL.

"Kami mendapati keputusan-keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar KL bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah, malah merumitkan keadaan lagi. Ini secara terang-terang telah bertentang dengan kehendak rakyat dan warga kota Kuala Lumpur."

"Kami menggesa supaya Datuk Bandar KL meletak jawatan dengan segera. Kami juga menyeru kerajaan BN supaya meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 bagi membolehkan pilihan raya tempatan dipulihkan, bermula dengan pilihan raya DBKL supaya rakyat ibu kota dapat memilih Datuk Bandar yang benar-benar mewakili hasrat mereka," ujarnya. – Roketkini.com

Protes Gerai: Umno Tak Peduli Ganggu Hak Peribadi

Posted: 24 May 2012 12:06 AM PDT

Roketkini.com




SHAH ALAM  – Pihak kerajaan dan polis harus menghentikan 'protes tidak berlesen' dan ugutan berterusan terhadap Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan kerana ia terang-terang telah telah melanggar beberapa akta seperti Seksyen 46 Akta Jalan, Akta saliran dan bangunan, Seksyen 110 Akta Pengangkutan Jalan dan hak asasi Ambiga untuk menikmati kemanan dan keselamatan di kediaman sendiri.

Menurut Setiausaha Wanita Kebangsaan DAP Teresa Kok, insiden di Melaka yang menyasarkan Ambiga adalah satu contoh yang jelas bagaimana gangguan tersebut boleh memanifestasikan tindakan yang ganas.

"Pihak polis seolah-olah lepas tangan terhadap 'protes' tersebut, Ambiga bernasib baik kerana membatalkan perjalanan beliau pada saat-saat akhir," ujar Teresa.

Ahli Parlimen Seputeh itu mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menghentikan ugutan tersebut dan mengarahkan polis untuk bertindak tegas terhadap peniaga dan sesiapa sahaja yang engkar dengan terus mengganggu bekas Presiden Majlis Peguam itu.

"Protes anti-Bersih yang dipercayai anjuran ahli-ahli Umno dan Perkasa tersebut telah menyebabkan kecederaan kerana ada di antara mereka dilaporkan membaling batu dan telur kepada peserta acara. Ia juga telah menyebabkan kerosakan terhadap beberapa buah kenderaan.

"Insiden ini sangat jelas dan tidak dapat dimaafkan, akibat kurangnya campurtangan tangan polis dan kerajaan menghalang gangguan yang disasarkan terhadap Ambiga hingga ke hari ini," katanya lagi.

Berikutan rancangan 'peniaga-peniaga gerai' seperti yang dilaporkan akan dilakukan pada Khamis dan Jumaat ini, Teresa menyeru pihak polis untuk menghalang protes ini daripada menjadi tidak terkawal dan ganas.

"Mereka mestilah berjaga-jaga dan bersedia untuk menghentikan sebarang tindakan yang tidak diingini di luar kediaman atau pejabat Ambiga," ujarnya lagi. Roketkini.com

Kanak-kanak enam tahun maut terjatuh dari pangsapuri

Posted: 24 May 2012 12:03 AM PDT

SINAR HARIAN

GEORGE TOWN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut apabila terjatuh dari tingkat satu, Pangsapuri Desa Mawar, Farlim di Ayer Itam di sini.
  
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata dalam kejadian pada 6 petang semalam, V. Kavin Raj dikatakan bermain bersendirian di beranda berhampiran tangga pangsapuri itu sebelum tergelincir lalu terjatuh.
  
"Sebelum insiden berlaku, mangsa bergurau dengan kakaknya dengan berjalan menaiki tangga secara mengundur apabila diminta pulang ke rumah mereka yang terletak di tingkat tiga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Sementara itu, Ketua Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Zahari Noor berkata pihaknya menerima mayat mangsa hampir dua jam selepas kejadian.
  
Beliau berkata berdasarkan keputusan bedah siasat, Kavin Raj meninggal dunia akibat hentakan kuat di kepalanya dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - Bernama

DBKL tutup jalan menuju ke rumah Ambiga halang protes

Posted: 23 May 2012 11:41 PM PDT

Jamilah Hamzah

KUALA LUMPUR - Jalan Setiakasih 1, laluan menuju ke rumah Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga ditutup mulai jam 12.30 tegah hari tadi.

Beberapa kun yang tertulis 'trafik warden DBKL' diletakkan hadapan simpang menghala ke rumah beliau bagi menghalang peserta 'Bersih 4.0' yang juga ahli Majlis Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur.

Peniaga-peniaga itu mahu mengadakan pasar malam mulai jam 4 petang ini.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian Online sejak 11 pagi tadi mendapati kawasan kediaman Ambiga kelihatan lengang dengan dikawal lebih 10 anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sementara penganjur protes anti-Bersih mahu berhimpun petang ini.

Tinjauan Sinar Harian Online mendapati kawasan itu hanya dikawal oleh anggota polis dan DBKL.

Mengikut laporan media semalam, Penganjur 'Bersih 4.0' bertekad mahu mengadakan aktiviti niaga hari ini dan esok sebagai tanda protes di hadapan rumah Ambiga walaupun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa termasuk DBKL.

Pengerusi Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md Yunus berkata, mereka akan teruskan rancangan mengadakan pasar malam di jalan menuju ke rumah Ambiga dan akan berkumpul pada jam 4 petang bersama 60 peniaga yang telah bersetuju menyertainya.

"Kami akan turun pada pukul 4 petang ini seperti yang dirancangkan dan diuar-uarkan sebelum ini.

"Saya juga tahu pihak DBKL dan polis sudah mengawasi kawasan rumah Ambiga sejak beberapa hari lalu," kata Jamal kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi pagi ini.

Dalam pada itu, 60 tapak gerai, yang disediakan oleh majlis tersebut awal minggu ini menggunakan cat kuning, telah dipadamkan oleh DBKL.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar membuat laporan polis mendakwa beliau ada mendengar pihak-pihak tertentu mahu membuat kekacauan di kawasan rumah Ambiga.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR meminta pihak polis mengambil tindakan sewajarnya.

Isu ceramah: Nizar beri keterangan

Posted: 23 May 2012 11:38 PM PDT

NOOR 'AINON MOHAMED YUSOF

nizarIsu ceramah: Nizar beri keterangan
 
Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
 
 
IPOH – Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin memberi keterangan berhubung ceramahnya yang dikatakan berbaur hasutan dan fitnah terhadap Perdana Menteri dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada jam 10 pagi tadi.

Mohammad Nizar disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Polis Perak sebelum ini menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat Mohammad Nizar berhubung ceramahnya di Taman Desa Pakatan, Pengkalan di sini, 23 April lalu.

Dalam ceramah itu, beliau dikhabarkan Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan semua panglima ATM dan meminta mereka melakukan sesuatu jika BN kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Tiada ulasan: