DUNIACACAMARBA |
- [Video] Usul Kutuk Keganasan Polis di BERSIH 3.0: 939 Ahli Majlis Peguam Menyokong dan Hanya 16 Orang Menolak
- [Video] Pelancong Cuba Rogol Wanita di Tempat Terbuka
- Lelaki Didakwa Hantar Ayat Cinta kepada Anak Tiri 10 Tahun Belasah Isteri
- [Video] Ustaz Azhar Idrus Berada di Lokasi BERSIH 3.0
- [Video] Pengakuan Individu Rakam Bayi Didera Ibu Kandung
- [Video] Saifuddin Kantoikan Nazri Aziz: Pengerusi SPR Masih Lagi Ahli UMNO
- Kerajaan BN Tolak PBB Siasat Keganasan BERSIH 3.0
- Kerajaan BN Putar Belit, PBB Tidak Luluskan Penggunaan Gas Pemedih Mata Semasa BERSIH 3.0
Posted: 11 May 2012 12:00 PM PDT Hanya 16 peguam tolak usul kutuk keganasan polis [MK] Majlis Peguam Malaysia hari ini meluluskan usul tergempar mengutuk dakwaan keganasan polis sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu. Badan peguam dengan keahlian lebih 14,000 anggota itu meluluskan usul tersebut yang diajukan presidennya, Lim Chee Wee pada satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) petang tadi. "Majlis Peguam Malaysia memandang serius dan mengutuk penggunaan meriam air dan gas pemedih mata secara berlebihan, salah, dan tanpa had terhadap peserta himpunan," kata Lim Chee Wee sewaktu membacakan sebahagian petikan daripada usul itu selepas selesai mesyuarat. Seramai 1,270 anggota Majlis Peguam Malaysia hadir ke EGM petang tadi dengan 939 menyokong dan hanya 16 orang menolak usul tersebut. Lim berkata berbeza dengan polis, peserta BERSIH yang menuju ke arah Dataran Merdeka bersurai secara aman walaupun selepas polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata terhadap mereka. "Peserta berpusing dan mula beredar. Tiada pijak memijak berlaku. Ia satu bukti bahawa mereka adalah rakyat Malaysia yang cintakan keamanan," katanya. Lim juga berkata Majlis Peguam menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas insiden itu. Majlis Peguam Malaysia turut menuntut agar anggota polis yang melakukan keganasan dikenal pasti dan didakwa. "Kami gesa polis mengenal pasti anggota mereka yang terlibat dalam kelakuan yang menyalahi undang-undang, terutamanya yang menyerang peserta himpunan, didakwa," kata Lim. Resolusi yang diusulkan Lim hari ini hasil daripada laporan pemerhatian 78 pemerhati dari Majlis Peguam sewaktu himpunan BERSIH anjuran gabungan 84 NGO itu. | ||
[Video] Pelancong Cuba Rogol Wanita di Tempat Terbuka Posted: 11 May 2012 06:10 AM PDT Seorang lelaki warga Britain telah ditangkap kerana cuba merogol pejalan kaki di Beijing, China. Polis China mengesahkan bahawa pelancong British itu ditahan tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut. Kejadian malam Selasa berlaku berhampiran dengan pintu keluar tren bawah tanah di Xuanwumen. Pelancong itu dikatakan menarik seorang wanita dan cuba merogolnya di tempat terbuka. Pejalan kaki yang mendengar jeritan wanita itu berjaya menghalang suspek daripada merogol mangsa. Insiden itu dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian. Berdasarkan paparan video, mangsa yang menangis berkata "Tidak" dan "Selamatkan saya". Wanita itu memberitahu orang awam bahawa dia tidak mengenali suspek yang kelihatan sedang melondehkan seluarnya. Pelancong asing yang cuba beredar dari tempat kejadian kemudian telah dibelasah oleh orang ramai yang berang dengan tindakannya. -DCM P/s: Gila seks! | ||
Lelaki Didakwa Hantar Ayat Cinta kepada Anak Tiri 10 Tahun Belasah Isteri Posted: 11 May 2012 04:53 AM PDT [HM] PETALING JAYA: Hati isteri mana yang tidak remuk apabila mendapati suami kedua yang dikahwini enam tahun lalu mencintai anak tiri berusia 10 tahun. Lebih malang, ketika mahu mendapatkan penjelasan, wanita itu dibelasah dan diceraikan dalam kejadian di kediaman mereka di Sungai Buloh, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, wanita terbabit yang berusia 46 tahun dan bekerja sebagai pembantu klinik swasta mendakwa cedera di kepala selepas dihentak suaminya sebelum diceraikan talak satu ketika mereka bertengkar mengenai hal berkenaan. Menurut sumber, wanita berkenaan terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) ayat cinta yang dihantar suaminya dalam telefon bimbit anak perempuan berusia 10 tahun hasil perkahwinan pertama. "Mangsa yang curiga dengan kandungan SMS berkenaan kemudian cuba memeriksa telefon bimbit suaminya itu untuk mendapatkan kepastian ketika lelaki itu mandi. "Malangnya, telefon bimbit suaminya itu tidak dapat diaktifkan kerana kata laluannya dikunci," katanya. Sumber berkata, sebaik suaminya keluar dari bilik air, mangsa terus bertanyakan soalan bertubi-tubi mengenai luahan cinta kepada anaknya menerusi SMS itu. "Tindakan mangsa mengundang kemarahan sebelum suaminya memaki hamun mangsa sebelum mengemas pakaiannya dan menghentak kepala serta tengkuk mangsa lalu melafazkan cerai talak satu," katanya. Katanya, lelaki terbabit memadam semua SMS menyebabkan mangsa yang tidak berpuas hati serta bimbang dengan keselamatan anak membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelong. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian malang menimpa wanita itu. P/s: Gila! | ||
[Video] Ustaz Azhar Idrus Berada di Lokasi BERSIH 3.0 Posted: 10 May 2012 11:59 PM PDT | ||
[Video] Pengakuan Individu Rakam Bayi Didera Ibu Kandung Posted: 10 May 2012 06:33 PM PDT
[HM] KUALA LUMPUR: "Saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. Jadi, jangan kata saya bersubahat (mendera) atau tidak bertimbang rasa." Itu penjelasan wanita dikenali sebagai Noor yang merakam adegan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan didera ibunya dan rakaman video itu dimuat naik dalam Internet kelmarin, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai. Harian Metro semalam menyiarkan berita mengenai adegan rakaman video berkenaan serta kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang kes itu berlaku Mei tahun lalu dan ia sudah disiasat polis, malah ibu terbabit sudah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan. Noor, 30-an, berkata, dia tidak tahu siapa yang memuat naik rakaman video itu dalam Internet dan sedih apabila sebahagian besar maklum balas pengguna Internet mengenainya menyalahkan dia kerana dianggap bersubahat apabila tidak menyelamatkan bayi itu daripada didera ibunya. "Itu ikhtiar terakhir saya untuk selamatkan bayi berkenaan. Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding," katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya. Videonya boleh ditonton di sini. | ||
[Video] Saifuddin Kantoikan Nazri Aziz: Pengerusi SPR Masih Lagi Ahli UMNO Posted: 10 May 2012 05:32 PM PDT [MK] PKR hari ini menyangkal penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz semalam bahawa keahlian Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof telah luput kerana tidak membayar yuran tahunan. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, berdasarkan pengalamannya yang pernah menjadi setiausaha agung Pemuda Umno, orang yang mendaftar menjadi ahli Umno perlu membuat dua bayaran - yuran keahlian yang perlu dibayar sekali sahaja dan yuran tahunan untuk membolehkannya menghadiri mesyuarat agung Umno. Oleh itu, hujahnya, walaupun Abdul Aziz tidak membayar yuran tahunan, ia tidak membatalkan keahliannya dalam Umno, cuma beliau tidak boleh menghadiri mesyuarat agung tahunan. Saifuddin menjelaskan bahawa seseorang ahli hanya tidak lagi dianggap menjadi ahli Umno jika dia dipecat atau dia meminta digugur daripada keahlian parti. Dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen semalam Nazri berkata keahlian Abdul Aziz telah luput kerana beliau gagal membayar yuran tahunan sejak beberapa tahun. Berkaitan: Lucut keahlian: Pengerusi SPR bohong – Saifuddin [KD] PETALING JAYA 10 Mei: Dakwaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan lagi ahli Umno adalah pembohongan bertujuan mengelirukan rakyat. Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, selepas pendedahan, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf tidak pernah mengisytihar keluar Umno, sebaliknya mendakwa telah terlucut keahlian kerana tidak membayar yuran tahunan. "Pengakuan itu sekadar mengesahkan Abdul Aziz memang menjadi ahli Umno," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini, hari ini. Ahli Parlimen Machang itu berkata, berdasarkan pengalaman beliau menjadi Setiausaha Pemuda Umno, untuk mendaftar menjadi ahli Umno, seseorang itu hanya perlu membayar yuran keahlian. Menurut Saifuddin, yuran keahlian berbeza dengan yuran tahunan kerana yuran keahlian hanya dibayar sekali seumur hidup. "Sekiranya seseorang itu tidak membayar yuran tahunan, dia tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang mesyuarat agung dan tidak boleh mengambil bahagian dalam pemilihan. "Walaupun tidak membayar yuran, seseorang itu tetap menjadi ahli Umno sehingga dia membuat keputusan untuk keluar parti," katanya. Beliau juga mendedahkan terdapat 11 Wan Ahmad Wan Omar berdaftar sebagai ahli Umno. Justeru, beliau mencabar 10 nama lagi untuk tampil menafikan 'Wan Ahmad Wan Omar' bukan Timbalan Pengerusi SPR. "Sekiranya peniaga bernama Wan Ahmad Wan Omar mendakwa dia menganggotai Umno, itu tidak mengapa. "Dalam senarai saya, masih ada 10 lagi nama yang sama. Jadi saya cabar kesemua nama ini tampil menafikan sehingga 'Wan Ahmad Wan Omar' mengaku dia adalah Timbalan Pengerusi SPR," tegas beliau. Tambah Saifuddin, beliau telah menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri tengah hari tadi mendesak tribunal ditubuhkan bagi memecat Abdul Aziz dan timbalannya. | ||
Kerajaan BN Tolak PBB Siasat Keganasan BERSIH 3.0 Posted: 10 May 2012 05:15 PM PDT [KD] KUALA LUMPUR 10 Mei: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengecam kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang menolak tawaran pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Frank William La Rue. Penyelaras badan bukan kerajaan (NGO) itu, Nalini E, berkata ia membuktikan kerajaan Malaysia tidak ikhlas menganggotai PBB sebaliknya sekadar mencari populariti. "Ini tanggungjawab sebagai anggota PBB. Kita mesti benarkan. Mereka sudah pasti pakar dalam bidang tersendiri. Jadi Malaysia tidak perlu takut. "Kita mahu siasatan sewajarnya dijalankan PBB sebab pandangannya bebas dan seimbang," katanya selepas sidang media NGO Bersih di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur di sini semalam. Sebelum ini, La Rue, seorang peguam dari Guatemala menawar diri bagi menjalankan siasatan bebas, mengkaji dan menilai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu. Beliau yang pernah dicalon sebagai penerima Anugerah Keamanan Nobel dianggap paling sesuai kerana dapat memberi penilaian tanpa terikat kepada mana-mana pihak. Mengulas lanjut kepada Keadilan Daily, Nalini menyifatkan keengganan kerajaan itu hanya menyerlahkan kezaliman pentadbiran diktator Umno BN. "Apa salahnya? Tapi kerajaan Malaysia tidak mahu ambil tanggungjawab untuk memastikan situasi hak asasi manusia dalam keadaan baik. "Bermakna Malaysia tiada kesungguhan untuk pulihkan demokrasi. Kerajaan mahu mengekalkan undang-undang yang tidak menghormati hak asasi," katanya. Terdahulu, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman menyatakan tiada keperluan untuk orang luar menyiasat Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu. Sebaliknya, kerajaan melantik bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar mengetuai panel 'bebas' bagi menyiasat keganasan polis yang pernah diterajuinya. P/s: Kalau pihak kerajaan tidak melakukan kesalahan, agensi kerajaan tidak terlibat dalam provokasi dan keganasan, mengapa Kerajaan BN takut dan tolak wakil PBB? PBB bukan negara asing atau kuasa asing. Mengapa perlu takut? Berkaitan: Tolak PBB Bukti Umno Tiru Pemerintahan Kuku Besi Mugabe [KD] KUALA LUMPUR 9 Mei: Keenggananan kerajaan Persekutuan membenarkan pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat keganasan yang berlaku pada Bersih 3.0 membuktikan pentadbiran kuku besi Umno BN. Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution berkata, hanya negara yang mengamal pemerintahan kuku besi menolak pemerhatian institusi yang diiktiraf antarabangsa. "Seperti Zimbabwe, Presiden Robert Mugabe tidak membenarkan PBB melihat perjalanan demokrasi negara itu. Ia menyebabkan Zimbabwe terasing dari dunia. "Pemerintahan junta tentera Myanmar juga menutup pintu dari pemerhatian antarabangsa. Begitu juga di Indonesia – Suharto, Filipina – Marcos dan negara Arab lain," katanya kepada Keadilan Daily hari ini. Mugabe terkenal sebagai pemerintah zalim yang sanggup membunuh dan menyeksa rakyat termasuk menembak mati pasangan suami isteri selepas membunuh anak lelaki mereka. Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menolak tawaran Frank William La Rue dengan alasan orang luar tidak perlu menyiasat kerana Malaysia mampu melakukannya. Perhimpunan itu menarik perhatian La Rue kerana berpendapat peserta tidak agresif mahupun mengingkari arahan tetapi polis yang bertindak ganas. Saifuddin menyifatkan keengganan Umno itu bertujuan menyembunyikan keganasan, menutup propaganda media kerajaan dan tuduhan mengguling kerajaan. "Jika wakil PBB siasat, ia akan membongkar semuanya. Dunia akan tahu tiada usaha guling kerajaan, sebaliknya wujud keganasan dan bukti media arus perdana berat sebelah," katanya. Perhimpunan Bersih 3.0 menyaksikan lebih 300,000 rakyat berhimpun di jalan menghala ke Dataran Merdeka bagi menuntut kerajaan melaksana pilihan raya yang adil. Bagaimanapun, himpunan itu dicemari keganasan polis – peserta termasuk orang tua, wanita dan wartawan cedera dibelasah. | ||
Kerajaan BN Putar Belit, PBB Tidak Luluskan Penggunaan Gas Pemedih Mata Semasa BERSIH 3.0 Posted: 10 May 2012 04:00 PM PDT [HD] KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menafikan bahawa badan antarabangsa tersebut terlibat dalam 'meluluskan' senjata seperti gas pemedih mata sebagai reaksi kepada dakwaan kerajaan Malaysia bahawa gas pemedih mata yang digunakan dalam Bersih 3.0 adalah diluluskan PBB. "PBB tidak menetapkan piawai antarabangsa terhadap sebarang jenis bahan iritasi, atau meluluskan 'CS Gas' sebagai bahan pengawal rusuhan," kata Dr Lin Mui Kiang, penyelarasan pakar PBB bagi Malaysia. Beliau merujuk kepada satu laporan oleh akhbar milik MCA, The Star yang memetik Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Persenjataan), ACP Syed Mustafa Raja Syed Nordin sebagai mempertahankan penggunaan gas pemedih mata, bom gas pemedih mata, kanister gas pemedih mata dan semburan lada di perhimpunan Bersih 3.0. "Kesemuanya diimport dari Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Switzerland serta mematuhi piawaian antarabangsa yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Alat ini mengandungi 'gas CS' yang diluluskan oleh PBB sebagai ejen kawalan rusuhan. Kebanyakan negara mengesahkan penggunaan gas ini tidak membawa maut," beliau dipetik sebagai berkata. Mengutuk kekurangan profesionalisme oleh media perdana Malaysia dan pegawai awam, Lin turut melahirkan rasa kesal bahawa PBB tidak dirujuk terlebih dahulu sebelum The Star membuat laporan tersebut, yang disifatkan beliau jauh tersasar daripada ketepatan maklumat. Beliau mengingatkan walaupun dalam situasi di mana kekerasan dan senjata perlu digunakan, pihak berkuasa mestilah bertindak secara terkawal, minimakan kerosakan dan kecederaan, hormat dan lindungi nyawa. "Kita di PBB menyeru agar para wartawan untuk menyelidik dan melaporkan secara betul dan tepat atas segala maklumat dan prosedur yang melibatkan PBB. Kita percaya bahawa professionalisme sebegini perlu juga ada pada pegawai awam," kata Lin. Sebanyak lebih 250,000 peserta telah menbanjiri Kuala Lumpur pada April 28 yang lepas untuk menyatakan sokongan terhadap Bersih 3.0 untuk menuntut penambah-baikan segera pada sistem pilihanraya negara. Lebih 500 peserta telah ditahan, ramai yang tercedera termasuk polis dan wartawan. P/s: Menipu, menipu, menipu! Seks, seks, seks! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan