Biaqpila |
- Warkah ini bukanlah bermatlamat memperlekehkan Majlis Fatwa Kebangsaan
- 4 Petua Mudah Hamil Untuk Wanita
- Kisah Wanita Bermimpi Lelaki Tawaf Tanpa Seurat Benang Ketika Musim Haji
- BILA MAMAK 1MALAYSIA MULA JUAL BURGER
- RAJA LAWAK JUAL BURGER
Warkah ini bukanlah bermatlamat memperlekehkan Majlis Fatwa Kebangsaan Posted: 11 May 2012 05:00 AM PDT Dr Abdul Shukor Hussin, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan. Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang saya hormati,Saya mulakan warkah ini dengan memetik kata-kata George Bernard Shaw: " Jikalau manusia membunuh harimau ia dinamakan olahraga tetapi jika harimau membunuh manusia ia dinamakan keganasan."Jujur dan ikhlas, warkah ini bukanlah bermatlamat memperlekehkan Majlis Fatwa Kebangsaan. Jauh sekali untuk menidakkan sumbangan dan peranan Majlis Fatwa. Apatah lagi untuk menderhaka kepada keputusan Majlis Fatwa. Saya amat yakin, Prof dan ahl-ahlii Majlis Fatwa terdiri daripada golongan yang amat memahami persoalan agama dan keagamaan. Jujur-sejujurnya, saya hormati Majlis Fatwa Kebangsaan dengan setinggi-tinggi penghormatan. Dan, saya sanjung Majlis Fatwa dengan semurni-murni sanjungan.Tapi,penghormatan dan sanjungan itu bukanlah penghalang untuk saya menegur Prof dan Majlis Fatwa. Tentu Prof masih ingat untaian hikmah yang pernah dilafazkan oleh Imam Malik. Tidak mengapa, biar saya ingatkan, kerana saya ini manusia pengingat:"Siapapun dapat diterima atau ditolak pendapatnya kecuali yang ada di makam ini(sambil menunjuk ke makam Rasulullah SAW)".Lagipun fatwa hanyalah ciptaan manusia, jadi ia tidak maksum dan ia mungkin betul dan mungkin juga salah. Bak kata Dr Asri Zainul Abidin, andainya fatwa tidak boleh dicabar, ia bukan sahaja "tidak demokratik", malah "mematikan intelektualisme" kerana menyamakan fatwa seperti nas dalam al-Quran dan Sunnah yang tidak boleh dipertikai. Demontrasi memijak kepala lembu dengan matlamat mencetuskan rusuhan kaum. Ditaja oleh NGO yang Pro UMNO dan turut melibatkan aktivis UMNO. Mengapa Majlis Fatwa tidak memfatwakan ia sebagai haram. Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang saya hormati,Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana ketegasan Prof, selaku Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, kerana telah memutuskan Perhimpunan Bersih sebagai haram,sebagai pencinta keamanan saya hargai fatwa tersebut. Saya hormati prinsip dan pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu ini, iaitu haram untuk umat islam menyertai perhimpunan atau demontrasi yang bertujuan tidak baik,melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara. Namun ada beberapa persoalan yang benar-benar membelit akal, lantas melemaskan saya dalam lautan teka-teki. Berdasarkan penelitian, saya dapati Majlis Fatwa Kebangsaan tidak tegas dalam berprinsip dan tidak teguh dalam berpendirian. Tidak tegas dan tidak teguh hingga menyebabkan wibawa Majlis Fatwa Kebangsaan mula terkikis dan terhakis. Mohamed Ghani Abdul Jiman dalam proses menghadiahkan seluar dan baju dalam wanita kepada Lim Guen Eng. Jika benda yang sama dihadiahkan kepada Najib, apa agaknya reaksi Majlis Fatwa Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang saya hormati,Andainya tidak membutakan mata dan tidak memekakkan telinga, pasti sahaja Prof menyedari betapa hebatnya propaganda jahat dan provokasi keji dengan matlamat ingin mewujudkan perbalahan kaum di Malaysia.Masihkah Prof ingat, perarakan Maha Racis yang ditaja oleh Penganas Melayu yang bersongkok tinggi. Pengganas-pengganas ini memakai songkok macam Prof dan majoriti ahli Majlis Fatwa yang lain, cuma songkok mereka lebih tinggi. Mereka membawa dan memijak kepala lembu kerana membantah pemindahan sebuah kuil hindu di Shah Alam. Semua tahu dalangnya adalah NGO yang Pro-UMNO dan beberapa orang aktivis UMNO Selangor. Percayalah Prof, demontrasi sebegini berupaya mengundang perbalahan antara penganut islam dan hindu. Tidakkah Majlis Fatwa Kebangsaan sedar, betapa sejarah telah merakamkan kroniknya masalah perpaduan di India kerana perbalahan antara penganut Hindu dan Islam. Tahukah Prof dan Majlis Fatwa Kebangsaan, betapa ribuan nyawa telah terkorban sejak berlakunya perbalahan antara penganut Hindu dan Islam di India, termasuklah insiden meruntuhkan Masjid Babri di Ayodhya. Atau mungkinkah Prof beranggapan perbalahan kaum tidak akan sesekali berlaku di Malaysia. Mungkin juga Prof beranggapan rusuhan atau perang antara agama ini disebabkan oleh faktor geografi sebagaimana letupan gunung berapi dan gempa bumi. Prof, percayalah, betapa bodohnya orang yang beranggapan sebegitu,sebab rusuhan kaum dan ketegangan agama tidak pernah bersangkut paut dengan faktor geografi. Percayalah Prof sesungguhnya perarakan dan demontrasi yang ingin mencetuskan perbalahan kaum itu bisa menimbulkan huru hara dan kekacauan dalam negara. Tapi sayang, Majlis Fatwa Kebangsaan hanya menjadi pemerhati yang setia dan tidak mengeluarkan fatwa mengharamkan perbuatan tersebut. Mohamed Ghani Abdul Jiman dalam proses menghadiahkan kek berbentuk tahi kepada Lim Guen Eng. Jika kek yang sama dihadiahkan kepada Najib, apa agaknya reaksi Majlis Fatwa Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang saya hormati,Tertutupkah mata Prof dan keseluruhan ahli Majlis Fatwa Kebangsaan ketika Ibrahim Ali, pemimpin PERKASA mengistiharkan Perang Salib terhadap penganut Krisitan. Dengan penuh kurang ajar, lelaki yang tolol lagi bahlul itu telah membuat kenyataan terbuka dengan mencabar orang-orang Kristian berperang. Mengapa Majlis Fatwa berdiam seribu bahasa dalam isu ini. Tahukah Prof, betapa berbahayanya PERKASA sebagaimana berbahayanya Ku Klux Klan. Saya cuba berprasangka baik, mugkin Majlis Fatwa tidak pernah tahu episod-episod rusuhan berdarah yang melibatkan penganut Kristian dan Islam. Prof masih ingatkah persitiwa berdarah yang melanda Bosnia Herzegovina. Peristiwa peperangan antara orang-orang Serbia yang beraliran Ortodoks Kristian dengan penduduk etnik Bosnia yang beragama islam. Untuk pengetahun Prof dan Majlis Fatwa Kebangsaan, Suada Dilberovic, gadis muslim yang berusia 24 tahun merupakan mangsa pertama kegansan Serbia ketika tercetusnya perang Bosnia pada 6 April 1992. Tahukah Prof, betapa 200 ribu orang telah terkorban dalam peperangan tersebut dan dan 65 % daripadanya adalah penganut islam Bosnia. Lupakah Prof terhadap perbalahan antara umat islam dan Kristian di Ambon Indonesia. Atau mungkinkah Prof masih lagi beranggapan, rusuhan kaum dan perang agama ini disebabkan oleh faktor-faktor geografi sebagaimana letupan gunung berapi dan gempa bumi, lantas ia tidak akan sekali-kali berlaku di Malaysia. Jika inilah pandangan Prof, maka Prof perlu mengimbas kembali Tragedi 13 Mei pada tahun 1969. Terbukti dan tidak dapat dinafikan lagi, persitiwa rusuhan tidak pernah dipengaruhi oleh faktor-faktor geografi. Percayalah Prof sesungguhnya PERKASA telah banyak menimbulkan huru hara dan kekacauan dalam negara. Tapi mengapa Majlis Fatwa Kebangsaan hanya menjadi pemerhati yang setia dan tidak mengeluarkan fatwa mengharamkan umat islam dari menyertai pertubuhan tersebut. Peserta demontrasi menyerang komtar, Lim Guen Eng terpaksa menyelamatkan diri mengikut pintu belakang. Mengapa Majlis Fatwa tidak memfatwakan demontrasi tersebut sebagai haram Peserta demontrasi anti kerajaan Pulau Pinang memenuhi jalan raya dan ia turut menghuru harakan negara. Mengapa Majlis Fatwa tidak fatwakan ia sebagai haram Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang saya hormati,Saya tertarik sekali apabila Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan, haram ke atas umat islam menyertai perhimpunan atau demontrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang, serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam Negara. Tapi saya tak faham apa maksud undang-undang dan maksud kekacauan. Masihkah Prof ingat wajah Ketua Penganas yang berkulit hitam manis, namanya Mohamed Ghani Abdul Jiman. Tahukah Prof betapa tolol dan bahlulnya si hitam manis ini. Bayangkanlah Prof, si hitam manis ini telah mengadakan beberapa siri demontrasi di Pulau Pinang. Dalam demontrasi tersebut, Mohamed Ghani Abdul Jiman telah menghadiahkan seluar dalam dan baju dalam wanita kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Tidak cukup dengan itu, Ketua Penganas ini menghadiahkan pula kek berbentuk tahi kepada Lim Guan Eng, ketika hari ulang tahun Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Seingat saya hanya bekas Presiden ABIM, Dr Muhamad Razak Idris sahaja yang mengutuk perbuatan tersebut. Mana pergi semua mufti yang menganggotai Majlis Fatwa, hingga diam macam syaitan bisu. Atau,mungkinkah Majlis Fatwa kebangsaan beranggapan perbuatan tersebut tidak salah di sisi agama. Jika itu pandangan Majlis Fatwa, jangan terkejut, jika ada individu tertentu yang menghadiahkan bikini kepada Prof dan Ahli Majlis Fatwa yang lain. Peserta demontrasi anti kerajaan Pulau Pinang memenuhi jalan raya dan ia turut menghuru harakan negara. Mengapa Majlis Fatwa tidak fatwakan ia sebagai haram Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang saya hormati, Jujur dan ikhlas saya amat mengharapakan sebuah jawapan dari Majlis Fatwa Kebangsaan untuk merungkai segala teka-teki yang mengasak benak saya ini.Mengapa Demontrasi dan perhimpunan untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat tidak difatwakan sebagai haram,walaupun penaja dan peserta demontrasi tersebut betindak ganas dan meniup api perkauman, tetapi mengapa pula demontrasi dan perhimpunan untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap Kerajaan pimpinan Barisan Nasional difatwakan sebagai haram dan mencetuskan huru hara. Jujur, sikap dan pendekatan Majlis Fatwa Kebangsaan sebegini rupa telah mengingatkan saya akan kata-kata George Bernard Shaw: " Jikalau manusia membunuh harimau ia dinamakan olahraga tetapi jika harimau membunuh manusia ia dinamakan keganasan." ehsan ; ulama perwaris gajahmenta KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
4 Petua Mudah Hamil Untuk Wanita Posted: 11 May 2012 01:38 AM PDT Memang menjadi impian setiap wanita yang telah bernikah untuk menimang cahaya mata yang boleh menyeri rumah tangga. Apakah cara mudah untuk merealisasikan hasrat wanita untuk mengandung dan hamil? Jika anda sendiri mengalami masalah ini, anda perlulah terus berusaha dan berdoa kepada Allah SWT tanpa putus. Mungkin juga tips dan petua-petua yang bakal saya kongsikan ini anda boleh cuba amalkannya. InsyaAllah saya yakin suatu hari nanti anda pasti mampu menimang cahaya mata anda juga akhirnya: PETUA 1: JANGAN merokok. Mungkin memang amat jarang kita lihat wanita merokok. Akan tetapi bagi kaum suami ianya adalah suatu kebiasaan. Menurut kajian sains, saintis telah mendapati kandungan rokok serta asap rokok boleh membunuh sel-sel sprema. Mungkin jika suami anda adalah seorang perokok tegar, inilah puncanya anda sukar hamil sebagai isteri. Hentikan tabiat merokok serta bagi si isteri, jauhkan diri sama-sekali daripada asap rokok. PETUA 2: Kurangkan sterss dan tekanan perasaan. Semua sedia maklum zaman sekarang ini kita hidup dalam zaman penuh dengan cabaran. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang berkerjaya. Wanita yang mudah terdedah kepada tekanan setiap hari mampu menurunkan lagi kebarangkalian untuk hamil. Oleh itu, cuba tenangkan diri dalam sebarang keadaan dan banyakkan berzikir serta mengingati Tuhan. PETUA 3: Tingkatkan berat badan anda dengan makan lebih sedikit. Ya, memang betul apa yang saya katakan ini. Tapi janganlah sampai anda overweight pula ya. Hal ini kerana, bagi wanita yang terlampu kurus atau kurang berat badan, mereka akan mengalami gangguan kitaran haid yang normal. Kesan langsungnya juga ialah hormon tidak cukup dirembeskan dan tubuh badan anda tidak 'bersedia' untuk berbadan dua. Oleh itu, tidak mengapa jika berat badan anda melebihi beberapa kilo sedikit daripada normal. PETUA 4: Ketahui dengan jelas kitaran haid anda. Anda perlulah faham dan tahu bilakah hari-hari subur anda. Dengan itu anda boleh tingkatkan kebarangkalian untuk hamil dengan meningkatkan kekerapan hubungan seks bersama suami ketika hari subur anda. Apa yang boleh anda lakukan ialah dengan menyediakan satu carta khas bagi mencatit hari dalam kitaran haid anda beberapa bulan. Dari situ, anda boleh meramal dan menjangka bilakan hari-hari subur anda untuk bulan-bulan seterusnya. Semoga anda berjaya dalam usaha anda untuk hamil melalui petua-petua yang telah saya kongsikan ini. Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat dan berguna, kongsikan bersama rakan-rakan anda di Facebook. melayukini KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Kisah Wanita Bermimpi Lelaki Tawaf Tanpa Seurat Benang Ketika Musim Haji Posted: 10 May 2012 09:00 PM PDT al-bahanj Saya mendapat khabar bahawa pernah pada suatu musim haji, terdapat program soal-jawab yang disiarkan secara langsung di tanah suci melalui siaran radio. Siaran tersebut didengari oleh jutaan jemaah haji yang hadir. Kesemua soal-jawab telah dijawab oleh seorang Tuan Sheikh yang `alim dan sangat dihormati akan ilmunya. Program tersebut adalah khusus bagi menjawab soalan-soalan orang ramai sekitar tajuk ibadah haji dan lain-lain yang berkaitannya. Tiba-tiba ada satu panggilan dari seorang wanita yang ingin bertanya tentang mimpi dan apa tafsiran Tuan Sheikh tersebut. Walaupun pada asalnya Tuan Sheikh agak keberatan untuk menjawab disebabkan ianya terkeluar dari tajuk yang dibincangkan iaitu haji, namun beliau tidak mahu mengecewakan wanita tersebut lalu dibenarkannya untuk bertanya. “Saya pernah bermimpi terlihat seorang lelaki yang mengerjakan ibadah tawaf mengelilingi Ka`bah pada musim haji dalam keadaan beliau tidak berpakaian sedikit pun iaitu dalam keadaan telanjang. Bolehkah Tuan Sheikh menafsirkan mimpi saya tersebut?” Wanita tersebut bertanya kepada Tuan Sheikh melalui panggilan telefon yang didengari oleh jutaan jemaah haji lain melalui radio secara langsung. Agaknya apakah jawapan tuan puan apabila ditanya oleh seseorang dengan soalan yang sama? Dan apa pula jawapan oleh para ustadz yang kita kenali jika ditujukan soalan yang sama untuk mereka tafsirkan mimpi tersebut? Lihatlah bagaimana reaksi Tuan Sheikh ini dan amatilah jawapan yang diberikan beliau dengan kehikmahan yang ada pada beliau: “WAllahu A`lam. Saya akan cuba menjawab soalan puan berdasarkan sedikit pengetahuan yang saya ada.” Tuan Sheikh memulakan jawapan beliau dengan memuji ALLAH yang Maha Mengetahui segala sesuatu. “Pada tafsiran saya terhadap mimpi puan yang melihat seorang lelaki yang melakukan ibadah tawaf secara bertelanjang itu ialah bahawa lelaki tersebut telah kembali dalam keadaan beliau tidak berdosa selepas mengerjakan haji. Lelaki tersebut telah memiliki keampunan ALLAH dan semua dosanya telah diampuni seperti seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan (dalam keadaan telanjang). Ini sesuai dengan hadith Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang menyebut bahawa seseorang yang diterima hajinya itu kembali bersih tanpa dosa seperti dia baru sahaja dilahirkan oleh ibunya…” Jawab Tuan Sheikh tersebut. “Beruntunglah lelaki tersebut kerana beliau telah dikurniakan dengan haji yang mabrur.” Sambung Tuan Sheikh lagi. “Oh begitu. Terima kasih kerana sudi menjawabnya. Bolehkah saya memaklumkan kepada lelaki tersebut tentang berita ini?” Tanya wanita itu melalui telefon. “Ya, boleh. Puan kenalkah dengan lelaki tersebut?” sambut Tuan Sheikh lalu diajukan soalan samada wanita itu kenal atau tidak dengan lelaki di dalam mimpi beliau. “Ya, saya kenal beliau.” Jawab wanita tersebut dengan ringkas. “Jika puan kenal dengan lelaki tersebut, puan ucapkanlah tahniah buat beliau kerana ALLAH telah menerima haji beliau.” Saran Tuan Sheikh agar wanita tersebut mengucapkan tahniah kepada lelaki yang bertuah itu. “Sebenarnya lelaki yang saya lihat di dalam mimpi saya itu ialah Tuan Sheikh sendiri!!!” Wanita itu memberitahu siapa lelaki tersebut melalui panggilan telefon yang disiarkan secara langsung melalui radio. Jawapan yang diberikan oleh wanita tersebut sangat-sangat memeranjatkan Tuan Sheikh itu setelah mendengarnya. Tuan Sheikh tidak dapat menahan perasaan lalu menangis teresak-esak lantaran syukur dan insaf. Program radio yang dilakukan secara langsung itu terpaksa dihentikan. Pengendali radio tersebut memaklumkan bahawa program soal-jawab itu tidak dapat diteruskan dan akan disambung pada hari yang lain. Download poster Haji ini! Kisah di atas telah disampaikan di dalam satu ceramah yang telah diadakan di Masjid Asy-Syarif, Meru, Klang oleh Ustadz Syed Nurhisham sekitar tajuk haji pada 2 Dzulka`idah 1432H bersamaan 30 Sepmtember 2011. Beliau tidak menyebutkan siapakah gerangannya nama Tuan Sheikh yang dimaksudkan. SubhanAllah! Betapa hikmah dan luar biasa sekali jawapan Tuan Sheikh tersebut. Beliau nampak apa yang saya dan orang lain tidak nampak. Jawapan beliau sangat-sangat di luar jangkaan. Beliau memberikan tafsiran yang bukan calang-calang tafsiran. Dan tafsiran beliau dijawab berdasarkan pemahaman beliau terhadap nas dari al-Hadith. Malah kebaikan dari ilmu tafsiran beliau dikembalikan kepada beliau oleh ALLAH `Azza wa Jalla dalam bentuk kemuliaan! Saya tidak dapat menahan emosi saya selepas mendengar kisah ini. Sangat sebak rasanya. Betapa beruntungnya Tuan Sheikh tersebut. Beliau telah diberikan kemuliaan oleh ALLAH `Azza wa Jalla di hadapan jutaan manusia sejak di dunia lagi. Khabar gembira seperti ini jarang didapati oleh mana-mana manusia melainkan sangat sedikit. Saya telah menyemak hadith yang dimaksudkan oleh Tuan Sheikh tersebut, iaitu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang mengerjakan ibadah haji dan dia tidak melakukan jima’ dan tidak pula melakukan perbuatan dosa, dia akan kembali dari dosa-dosanya seperti pada hari ketika ia dilahirkan oleh ibunya.” (HR. Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi) Dan apabila melihat balasan yang disediakan oleh ALLAH Subhanahu wa Ta`ala terhadap hamba-hambaNYA yang memperolehi haji mabrur, diri ini tersangatlah rasa penuh harap dan memohon agar dikurniakan dengan haji yang mabrur juga. Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut tentang balasan kepada orang yang memperolehi haji yang mabrur, yang maksudnya: “Umrah (yang pertama) kepada umrah yang berikutnya sebagai kaffarat (peng-hapus) bagi (dosa) yang dilakukan di antara keduanya, dan haji yang mabrur tidak ada balasan baginya, melainkan Syurga.” (HR. Malik, Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah). ALLAHU AKBAR! Mudah-mudahan kita semua memperolehinya. Dan untuk memperolehinya, mestilah kita letakkan usaha yang sungguh-sungguh mulai sekarang, doa, tawakkal dan penuh harap kepada ALLAH Jalla wa A`la agar kita dimasukkan ke dalam golongan hamba-hambaNYA yang beruntung, amin… LabbaiKA ya ALLAH! LabbaiKA ya ALLAH! gigitankerengga KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
BILA MAMAK 1MALAYSIA MULA JUAL BURGER Posted: 10 May 2012 08:04 PM PDT DEY MACHA!!! BENGONG BIN AJAIB CAKAP RUGI JUTA-JUTA LEPAS TU PI BUKAK GERAI BURGER DEPAN RUMAH AMBIGA LEPAS TU BAGI FREE PULAK MACAMANA TAK RUGI KAH! KAH! KAH! KALAU DEPA MAMPU BAGI FREE MAKNANYA DEPA TAK RUGILAH KENAPA PULAK NAK TUDUH 'BERSIH' RUGIKAN DEPA SEDANGKAN DEPA SENDIRI YG MERUGIKAN DIRINYA SENDIRI KAH! KAH! KAH! BENGONG BIN AJAIB BERNIAGA BURGER DI SIANG HARI AWAT DEPA TAK BERNIAGA MASA BERSIH TU GUA PUAS CARI KEDAI MAKAN YANG ADA KEDAI MAMAK FULL HOUSE MCD FULL HOUSE BURGER KING FULL HOUSE DEPA TAK BUKAK GERAI MEMANG LA RUGI CELAH MANA NAK UNTUNG KALAU DOK TIDOQ KAT RUMAH KAH! KAH! KAH! HANGPA TENGOK BURGER KING TEPI LRT MASJID JAMEK FULL HOUSE...JUAL BURGER JUGAK TAPI TAK BANGANG MACAM HANGPA....KAH!KAH!KAH! KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 10 May 2012 03:00 PM PDT Kategori lawak sedih campur bangang. Persatuan peniaga ni nak dikatakan bodoh, keras sangat pulak bunyinya tapi kalau adat berniaga, apakah kita boleh buat keuntungan jika kita berniaga tanpa ada pelanggan. Dan pada hari itu, kalau para peniaga berniaga, keuntungan yang dibuat melebihi dari hari2 sebelumnya kerana kebanjiran orang ramai ke Kuala Lumpur berganda2. Tapi boleh dikatakan bodoh kepada peniaga yang menutup perniagaan mereka hanya terpedaya dengan dakyah yang disebarkan oleh media pecacai yang mahu menggambarkan kekcohan akan berlaku. Dan media milik pecacai memang tahu kekecohan akan berlaku kerana yang memulakan kekeccohan itu pun terdiri dari pihak mereka jugak. Dan lawak ni bertukar menjadi bangang bila persatuan peniaga ni nak tuntut gantirugi dari Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk Ambiga Sreenevasan. Siapa yang mengarahkan perniagaan mereka ditutup pada hari itu? Adakah ianya arahan dari Datuk Ambiga? Dan kekecohan itu siapa pulak yang mulakan? sepatutnya persatuan peniaga ni perlu mengkaji tindakan yang akan mereka ambilni dengan lebih mendalam. Bukan main hentam saja tanpa memikirkan rasionalitinya. Pada hari bersejarah BERSIH 3.0 tu, wa betul2 memuji tindakan yang diambil oleh kedai2 restoran mamak walaupun wa ni tak berapa berkenan dengan tindakan golongan itu. Wa bukan orang yang anti mamak tapi ada segolongan dari mereka ni yang membuatkan semua golongan mereka terpalit sama dalam isu politik. Mereka tetap berniaga dan membuat untung dalam sekelip mata kerana perniagaan mereka cukup laris. Bayangkan hanya dalam sekitar pukul 11 pagi pada hari tu, semua jualan mereka sudah habis sedangkan sebelum2 ni, mereka terpaksa berniaga 24jam untuk mengaut keuntungan dalam sehari. Cuma dalam tempoh beberapa jam sahaja, barang2 jualan mereka habis terjual. Pada hari itu jugak, jual apapun laku kerana orang terlalu ramai berbanding dengan peniaga yang hanya menyediakan jualan seperti biasa. Itu perbezaan mentaliti peniaga melayu berbanding dengan mentaliti mamak. Geng2 restoran mamak tetap bijak dalam mengambil kesempatan yang terhidang di depan mata sedangkan peniaga melayu terlalu mudah terpengaruh dengan mainan media milik pecacai. Berbalik kepada isu tuntutan peniaga yang menangguung kerugian pada hari BERSIH 3.0 tu, pengerusi persatuan tu kenapa la bangang sangat. Boleh pulak dia pergi bawak geng2 dia buat demo dihadapan rumah Datuk Ambiga. Kalau itu la tindakan yang persatuann mereka ambil, ternyata mereka berpengerusikan seorang yang betul2 bangang. Sepatutnya pengerusi dia kena pergi mahkamah dan membuat tuntutan tersebut melalui undang2 yang ada, bukan nak buat kecoh dihadapan rumah orang. Pelik bila tak ada pulak pihak polis yang hendak halang atau lebih drastikalagi tembak tear gas atau water cannon pun. Jika dilihat dari cara persatuan peniaga ni membuat tindakan dalam menuntut ganti rugi dalam isu BERSIH 3.0 ini, kelihatan tindakan yang diambil mereka berunsurkan kepentingan politik pihak pemerintah. Pengerusi persatuan ni, Mohd Ridzuan Abdullah tidak tahu saluran mana yang boleh diambil dalam usaha dalam membuat tuntutan ganti rugi ke? Kenapa mereka yang tak berniaga pada hari itu tetapi kepada Datuk Ambiga pulak yang dituntut untuk membayar kerugian yang mereka alami. Jika bijak, senaraikan kerugian yang ditanggung oleh mereka jika ianya benar2 melibatkan Datuk Ambiga ataupun peserta yang menyertai BERSIH 3.0 pada hari tu. Senaraikan barangan yang rosak atau dirosakkan oleh BERSIH 3.0 pada hari itu. Cukup2 lah memperbodohkan diri sendiri dan memberikan persepsi yang buruk terhadap BERSIH 3.0. Jangan ditunjukkan sangat tahap mentaliti tu. Jangan biar diri anda dan persatuan anda menjadi alat yang digunakan untuk kepentingan politik pemerintah. kopitarikkaw2 KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan