DUNIACACAMARBA |
- [Gambar] Bagaimana Kereta Ini Berada di atas Pokok?
- Penyokong PERKASA Tiru Upacara Keagamaan Kaum Lain
- [PANAS] Najib Maki HARAM JADAH, Mungkin Ini Satu Daripada Sebabnya...BACA!
- Fuh, Iklan Mengetatkan VAGINA! Cuba Lihat Aksi Modelnya!
- Nyawa Orang Melayang, Pemilik Anjing Hanya Dikompaun RM1000?
- [Video] Zul Nordin Persenda Kematian Ibrahim Libya
- Obama Sokong Perkahwinan Sejenis
- Pope Gomo Hina Kematian Ustaz Ibrahim Libya Sebagai MATI KATAK
- [Wajib Baca] Luahan Anak Felda tentang Saham FVGHB
[Gambar] Bagaimana Kereta Ini Berada di atas Pokok? Posted: 10 May 2012 08:40 AM PDT Zbigniew Filo, 24 terkejut besar apabila mendapati kereta Fordnya berada di atas sebatang pokok. Mengapa dan bagaimana kereta itu berada di atas pokok? Semuanya gara-gara penduduk di kawasan tempat tinggal Filo berang dan tidak berpuas hati dengan cara pemanduan pemuda itu. Seorang penduduk kawasan perumahan yang terletak di Lubczyna, Poland itu berkata: "Sesiapa atau walau apa-apa pun, kejadian ini mungkin sesuatu yang baik kerana pemuda itu memandu secara berbahaya dan cara pemanduannya itu boleh membunuh seseorang." Menurut sumber, penduduk yang tidak diketahui identiti telah meminjam sebuah kren sebelum meletakkan kereta Filo di atas pokok. -DCM/TS | ||
Penyokong PERKASA Tiru Upacara Keagamaan Kaum Lain Posted: 10 May 2012 07:16 AM PDT | ||
[PANAS] Najib Maki HARAM JADAH, Mungkin Ini Satu Daripada Sebabnya...BACA! Posted: 10 May 2012 05:00 AM PDT Najib Umum Durian Runtuh RM15 Ribu, Lebih 3,000 Peneroka Kemuka Tuntutan SAMAN terhadap Felda [FMT] PETALING JAYA: Walaupun semua peneroka dijanji `durian runtuh' RM15,000 sekeluarga, lebih 3,000 peneroka di Pahang membuat tuntutan saman RM483,000 seorang terhadap Felda. Mereka ialah 1, 086 peneroka dari Jengka; 800 (Keratong); 770 (Chini), 800 (Mempaga) dan 500 (Bera), kata Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said. Peneroka Jengka, Bera dan Mempaga memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Temerloh, manakala peneroka Chini dan Keratong di Mahkamah Tinggi Kuantan. "Pertama, peneroka menuntut geran tanah dikembalikan setelah mereka membayar semua hutang kepada Felda. Ada yang terpaksa menunggu 10, 15 dan 20 tahun tetapi geran tanah belum dikembalikan. "Kedua, dana tanaman semula berjumlah RM17, 000 setiap seorang peneroka, kerana ramai lagi yang tidak mendapat dana tersebut. "Ketiga, berhubung kadar perahan gred (KPG) kerana Felda membayar tidak mengikut KPG yang menyebabkan peneroka kerugian kerana ditipu dari segi kadar sebenar. "Sebagai contoh, mengikut pasaran KPG ialah 25 – 27 peratus tetapi Felda membayar 17-20 peratus sahaja. Kalau secara kasar 5 peratus, peneroka rugi RM1, 200 setahun. "KPG ini sepatutnya enam tahun sahaja tetapi Felda mengambilnya sehingga 15 tahun. Ini pecah tanah," kata Suhaimi. Beliau berkata, tuntutan peneroka itu lebih munasabah jika kerajaan benar-benar ingin membantu peneroka. Katanya, ia tidak boleh dibantu sekali sahaja seperti bantuan RM15, 000 sebagaimana diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa lalu. P/s: Peneroka semakin celik maklumat. Tidak mudah diperdayakan oleh pak haji dan geng! Pening Najib! Cuba kira: 3000 X RM483 ribu! Pening Najib! | ||
Fuh, Iklan Mengetatkan VAGINA! Cuba Lihat Aksi Modelnya! Posted: 10 May 2012 12:18 AM PDT
Perkara pertama timbul di fikiran saya: tidak malukah wanita dalam gambar di atas beraksi begitu? Sebelum ini DCM ada menyentuh iklan membesarkan payudara. Gambar wanita pada iklan itu saya hitamkan di bahagian mata. Kononnya mahu menjaga identiti wanita berkenaan walaupun orang bisa sahaja melihat wajahnya pada iklan di akhbar. Kali ini, gambar iklan di atas, saya siarkan sepenuhnya. Anda lihatlah aksi wanita di atas. Siapa suaminya? Aduhai! Rasanya dalam kiriman lalu sudah disentuh tentang hal ini. Cukuplah! P/s: Ada yang terangsang? Ada yang terpengaruh? | ||
Nyawa Orang Melayang, Pemilik Anjing Hanya Dikompaun RM1000? Posted: 09 May 2012 11:17 PM PDT Pemilik anjing Pitbull dikompaun [BERNAMA] KUALA LUMPUR — Pemilik anjing jantan jenis Pitbull yang menyerang seorang warga emas sehingga maut di Subang Jaya pada Selasa lepas talah dikenakan kompaun RM1,000 oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kerana kecuaian. Timbalan Pengarah Korporat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ,) Azfarizal Abdul Rashid berkata, pemilik anjing itu didapati cuai menjaga anjingnya seperti yang disyaratkan dalam Undang-Undang Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing MPSJ 2012. "Walaupun anjing itu mempunyai lesen, pemiliknya melepaskan anjing tanpa diikat dan dikawal di luar premis," katanya. Beliau berkata, anjing itu dirampas oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor semalam. Pada Selasa lepas, seorang warga emas, Yip Sun Wah, 74, yang sedang berjogging mati selepas diserang seekor anjing jantan jenis Pitbull peliharaan jirannya di Jalan 19/5E, SS19 Subang Jaya. P/s: Gila punya undang-undang! Keluarga waris harus mengambil tindakan dengan menyaman pemilik anjing ini yang secara jelas cuai kerana melepaskan anjing peliharaannya sehingga mendatangkan bahaya kepada orang ramai. Seperkara lagi, ketatkanlah undang-undang yang membenarkan orang membela anjing di kawasan kediaman. Selain mendatangkan bahaya, salakan anjing peliharaan ini mengganggu jiran dan orang ramai. | ||
[Video] Zul Nordin Persenda Kematian Ibrahim Libya Posted: 09 May 2012 07:00 PM PDT | ||
Obama Sokong Perkahwinan Sejenis Posted: 09 May 2012 06:30 PM PDT Dunia semakin dekat dengan kiamat. Demi sokongan politik, pemimpin hilang kewarasan dan pertimbangan sehingga sanggup melanggar tabii manusia dan alam. Logik akal terpesong dek kerana undi dan kuasa. Menurut berita yang dipetik SH: Presiden Barack Obama, yang minggu lalu melancarkan kempen mempertahankan jawatannya buat penggal kedua, menjelaskan secara terbuka pendiriannya semalam - menyokong perkahwinan sama jantina. Yang lucunya, semasa Obama berkempen untuk menjadi Presiden AS, banyak pemimpin Islam memberikan harapan terhadap beliau. Kononnya, Obama akan menjadi jambatan antara dunia Islam dengan Barat, dapat membela hak asasi manusia terutamanya negara Islam yang ditindas pihak lain. Kononnya Obama itu, Obama ini. Namun, semua itu hanya tinggal harapan. Obama tidak ubah seperti Bush Sr, Bush, Clinton, dan sebagainya. Dasar dan polisi luar AS tetap pro-Israel. Industri persenjataan AS/Israel yang menjadi dalang pergelokan di serata dunia terus berkembang subur. Pelobi Yahudi dan Israel tidak sewenang-wenang memberikan dana pilihan raya kepada calon Presiden AS semata-mata untuk melihat AS berlaku adil kepada dunia sehingga menjerat Israel. Apa yang akan terjadi jika Presiden AS menentang dasar/polisi Israel? Mungkin misteri kematian JFK menjadi contoh terbaik. Menurut penulis Michale Collin, kematian JFK ada kaitan dengan penentangannya terhadap program nuklear Israel pada ketika itu. Hasilnya, berlakulah pembunuhan JFK yang sehingga kini masih menjadi misteri. -DCM | ||
Pope Gomo Hina Kematian Ustaz Ibrahim Libya Sebagai MATI KATAK Posted: 09 May 2012 05:00 PM PDT
Biadap dan kurang ajar! Blog pro-UMNO yang seolah-olah kebal daripada tindakan undang-undang ini menjadi popular kerana menyiarkan video dan gambar lucah fitnah yang dikaitkan dengan DSAI dan baru-baru ini melibatkan Azmin Ali. Malah blog ini juga pernah menyiarkan artikel yang mengaitkan beberapa orang pemimpin PAS dengan skandal seks dan sebagainya. Terbaru, blog itu menghina kematian Ustaz Ibrahim Libya yang ditembak mati oleh polis dalam Tragedi Memali sebagai MATI KATAK. Walaupun tidak mengulas lanjut dan hanya memetik artikel dari sebuah blog, namun ungkapan MATI KATAK yang dikaitkan dengan perjuangan PAS yang dikatakannya sebagai bodoh menjadi kesinambungan serangan jurublog itu terhadap ulama, perjuangan Islam, dan PR. Oleh itu, pihak waris Tragedi Memali atau pihak yang berkenaan perlu mengambil tindakan terhadap blog yang menjadi sumber rujukan akhbar dan media perdana milik UMNO apabila melaporkan fitnah seks melibatkan pemimpin pembangkang. Jurublog ini tiada hak untuk menghakimi kematian seseorang apatah lagi menghina kematian seseorang dengan ungkapan yang biadap dan kurang ajar-DCM P/s: Sampai satu masa, seluruh umat manusia akan mengetahui sama ada dirinya mati katak atau mati dalam keredhaan Allah SWT. | ||
[Wajib Baca] Luahan Anak Felda tentang Saham FVGHB Posted: 09 May 2012 04:00 PM PDT Apabila DCM menyiarkan kiriman tentang durian runtuh dan FVGHB, ada pihak yang mempersoal sama ada saya anak Felda atau tidak, layak atau tidak memperkatakan isu ini. Jadi, surat yang die-melkan oleh anak peneroka kepada MSO di bawah ini mungkin lebih berautoriti untuk membangkitkan pelbagai persoalan tentang FVGHB. Saya salin dan siarkan di sini: Assalamualaikum tuan MSO… Sekadar berkongsi cerita… Terlebih dahulu sebelum saya menulis, saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian tuan membaca email saya dan seterusnya berkongsi sedikit pengalaman saya tentang FVGHB. Saya merupakan anak sulung seorang peneroka Felda di Segamat dan kini menetap di Papar, Sabah. Kebetulan saya juga menjaga bapa saya yang uzur dan kini dia tinggal bersama saya di sini. Pada 21/04/2012 lebih kurang jam 9.50 malam, saya menerima satu panggilan telefon dari seorang staf felda tempat saya meminta salinan kad pengenalan bapa saya. Saya bertanya kepada staf tersebut untuk tujuan apa? Dan dia menyatakan bahawa bagi tujuan FVGHB dan menerangkan sedikit bahawa pihak maybank telah bersetuju untuk memberikan pinjaman kepada bapa saya untuk tujuan membeli saham tersebut. Seterusnya staf tersebut juga menyatakan tawaran itu dibuat hanya dua hari sahaja dan pembayaran dibuat melalui maybank. Saya seterusnya mengajukan soalan adakah ianya perlu dibeli oleh bapa saya? Dan dia menyatakan ianya adalah pilihan dan meminta keputusan malam itu juga. Saya mengambil keputusan bahawa tidak akan membeli saham tersebut selagi tidak mendapat penerangan yang terperinci. Pada 30/04/2012, saya elah membuat panggilan telefon ke pejabat felda tersebut dan meminta penerangan dari staf di pejabat tersebut. Antara sedikit penerangan yang diberi ialah : i. Pinjaman bagi membeli saham tersebut melalui maybank ii. Tiada had pinjaman iii. Tidak perlu penjamin iv. Tidak perlu sebarang cagaran v. Hanya bayar jumlah pinjaman sahaja tetapi dikenakan caj perkhidmatan 5% setahun oleh pihak maybank vi. Pihak felda hanya menguruskan perkara yang berkaitan dengan kebajikan peneroka sahaja. vii. Bagi risiko kerugian pula, pihak staf tersebut tidak pasti siapa yang akan bertanggungjawab terhadapnya. (sama ada peneroka atau felda) viii. Staf tersebut juga menyatakan mereka menasihatkan peneroka menjual semula saham mereka dalam masa 6 bulan jika ada keuntungan (saham naik) ix. Staf tersebut juga menyatakan bahawa mereka terpaksa menyelesaikan arahan tersebut dalam tempoh masa yang singkat disebabkan ianya arahan dari atasan felda. x. Terakhir sekali dia juga menyatakan bahawa dia juga kurang memahami tentang FVGHB tersebut. Persoalannya yang timbul di sini ialah: i. Mengapa pelaksanaan FVGHB dibuat secara tergesa-gesa ii. Sukar untuk dipercayai bahawa pihak bank memberi pinjaman tanpa had kepada golongan peneroka seperti bapa saya yang berumur melebihi 65 tahun iii. Adakah logic pihak bank tidak memerlukan cagaran atau penjamin bagi pinjaman membeli saham. iv. Pihak staf juga kurang memahami tentang FVGHB dan bagaimana mereka menerangkannya kepada peneroka v. Yang penting ialah siapakah yang akan menanggung risiko kerugian jika saham jatuh dan hendak bayar bank menggunakan apa? Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada tuan dan besarlah harapan saya agar pihak tuan akan dapat menyiasat dan membongkar kebejatan dan kebobrokan yang terdapat dalam pihak pengurusan utama felda khususnya dan UBN umumnya. Saya rasa masih ramai lagi anak-anak peneroka yang sedar tentang perkara ini tetapi segan atau tidak tahu di mana hendak menyuarakannya. Sekian terima kasih. Anak peneroka Papar, Sabah. Persoalan tentang pihak yang menanggung kerugian dan beberapa persoalan penting tentang FVGHB boleh dirujuk di sini, di sini, di sini, di sini, dan di sini. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan