Selasa, 8 Mei 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Ahli dan Penyokong UMNO, Tolonglah Tengok Gambar Ini!

Posted: 08 May 2012 07:30 AM PDT

Sumber: Manjadda Wajada

Suasana yang sungguh menghinakan bagi parti yang mendakwa memiliki 3 JUTA AHLI! 

Ada blog yang menyindir perarakan ini umpama perarakan kematian.

Aduh!


P/s: TM tidak dapat mengawal diri...kelakar sungguh!

[Wajib Baca] Pendapat Menarik, Bagaimana Peneroka Akhirnya Hanya Cium BAU Durian Runtuh? Mengapa Peneroka Dibayar Secara Berperingkat? BACA!

Posted: 08 May 2012 06:06 AM PDT





Satu lagi pendapat yang menarik:


P/s: Siapa boleh sahkan pendapat-pendapat ini? Jika BENAR, saya bersimpati kepada 122 ribu orang peneroka yang terpesona dengan janji-janji manis pak haji.


Dilabel "JOKER" & "Father of Kafir", Apa Komen TG Nik Aziz Nik Mat? Baca!

Posted: 08 May 2012 05:09 AM PDT


Apa komen TG?


P/s: Salut!


[Kemas Kini] Berita Paling Bangang Hari Ini

Posted: 08 May 2012 04:00 AM PDT



Taktik busuk untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia. Taktik busuk untuk memburuk-burukkan BERSIH yang mahu menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Apa kaitan menyatakan sokongan terhadap BERSIH dengan ibadah haji dan umrah?

Rakyat Malaysia berkumpul untuk menyatakan sokongan terhadap BERSIH di seluruh dunia. Hanya rejim pemerintah di Malaysia yang menembak gas pemedih mata kepada peserta BERSIH. Kini, rejim yang sama mendakwa  Arab Saudi mengugut untuk menghalang rakyat Malaysia menunaikan umrah dan haji di negara itu.

Adakah rakyat Malaysia merusuh di Makkah dan di Madinah? Berapa buahkkan kereta polis Arab Saudi dimusnahkan oleh peserta BERSIH 3.0? Adakah berkumpul dan mengambil gambar dengan kain rentang BERSIH 3.0 suatu kesalahan di Arab Saudi?

Gila bangang! -DCM


[Kemas Kini] Dokumen Pembelian Saham Yang Perlu Disain Sebelum Peneroka Felda Layak Terima Habuan RM15 Ribu

Posted: 08 May 2012 01:22 AM PDT

Foto: Pahang Daily

Ada sesiapa boleh sahkan ketulenan dokumen di atas?

Yang menakutkan, perenggan yang digarisi pen merah dalam dokumen di atas jelas tertulis bahawa "Saya (peneroka) pada bila-bila masa bertanggungjawab sepenuhnya dan bersedia menanggung segala kerugian dan sentiasa bersedia menanggung kerugian terhadap semua tindakan...". Klausa  tersebut menunjukkan bahawa pihak Felda seolah-olah lepas tangan dan meletakkan segala risiko di atas bahu peneroka. Oleh sebab itu, saya bertanya sekali lagi, adakah dokumen di atas tulen?

Jika tulen, maka 122 ribu peneroka yang sudah menandatangani dokumen itu, yang kini tersenyum lebar menunggu duit RM15 ribu, akan menanggung segala kerugiaan yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Berdasarkan perjanjian di atas, kebimbangan NGO dan pemimpin PR tentang masa depan peneroka yang terlibat dalam penyenaraian FGVH amat berasas dan wajar diberi perhatian.

Blog Pahang Daily turut mempersoal jumlah durian runtuh yang sepatutnya diterima oleh peneroka. Menurut blog itu:

Selepas 360 ribu hektar tanah Felda Plantation dicagarkan kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH) selama 99 tahun, peneroka Felda akan menerima bayaran lump sum RM5.9 billion. 

Bilangan peneroka Felda di Malaysia ialah 112,635 orang (rujukan: laman web Felda). RM5.9 billion dibahagi kepada 112,635 = lebih kurang RM52,381 per keluarga. 

Kalau peneroka dicampur dengan staf Felda pula, ada kira-kira 220,000 orang. Jadi RM5.9 billion dibahagi kepada 220,000 = lebih kurang RM26,818. 

Jadi anggaran jumlah durian runtuh sepatutnya antara RM25,000 ke RM50,000.  


Selain syarat perjanjian yang bersifat lepas tangan (jika dokumen di atas tulen), berdasarkan perkiraan yang dibuat oleh blog PDO menunjukkan peneroka mungkin juga ditipu dari segi pembayaran. Jika benar pengiraan di atas, di mana BAKI lebih kurang RM4 bilion? Masuk ke poket siapa? -DCM


Kemas Kini:

Seorang rakan DCM mendakwa borang di atas tulen. Katanya: Aku sahkan ..... Hati sakit ...... Bapak aku tanam sendiri x follow tanam semula dengan Felda.... Hasil kelapa bapak aku x di benarkan jual ke pihak luar... Bila jual ke Felda perahan rendah ... Harga rendah.... Pastu time dapat bonus ... Lahanat tut kata mereka yang bersama Felda dapat 500 yang x bersama Felda dapat 300.....
Sedangkan bapak aku jual berpuloh tan sebulan.... Yang bersama Felda tanam semula x cukup tan pun... Cz jagaan x sebagus peneroka yang tanam sendiri.....




Kononnya Mahu Melayan BERAHI, Tetapi Menjerit Layan AIR PANAS

Posted: 07 May 2012 11:30 PM PDT


[HM] SARIKEI: Tabiat jelik seorang lelaki warga Bangladesh yang gemar mengintai wanita dalam tandas di sebuah ladang berdekatan Jalan Bintangor, di sini, menerima padah apabila dia melecur disimbah air panas oleh mangsa intipannya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, lelaki terbabit yang berusia 20-an dikatakan menggelupur kesakitan akibat melecur di muka, dada, bahu kiri dan lengan akibat terkena air panas selepas disimbah seorang pekerja wanita di ladang berkenaan.

Sumber berkata, lelaki terbabit dikatakan sering mengintai pekerja wanita yang menggunakan tandas berkenaan dengan menebuk beberapa lubang pada dindingnya. Menurutnya, perbuatan lelaki yang juga pekerja ladang itu dikatakan sudah lama berlarutan menyebabkan beberapa pekerja wanita berang dan memasang perangkap.

"Tengah hari tadi (semalam), lelaki terbabit dikatakan mengulangi perbuatan sama apabila mengintai seorang pekerja wanita yang memasuki tandas itu.

"Rupa-rupanya wanita itu hanya berpura-pura menggunakan tandas kerana dia sebenarnya mahu memerangkap lelaki warga asing itu. Malah, wanita berkenaan dipercayai sudah berpakat dengan rakan lain untuk 'mengenakan' lelaki itu.

"Ketika asyik mengintai, seorang daripada rakan wanita menyimbah air panas ke arah lelaki itu menyebabkan dia melarikan diri sambil menjerit kesakitan," katanya.

Sumber itu berkata, lelaki terbabit bernasib baik kerana segera dihantar beberapa pekerja ladang untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sarikei.

"Bagaimanapun, berikutan kecederaan parah dialaminya, lelaki terbabit dirujuk ke Hospital Sibu," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan memaklumkan, keadaan lelaki terbabit dilaporkan stabil.


P/s: Cari bala!


Senjata Terakhir Najib Sebelum PRU13 - RM1.6 Bilion?

Posted: 07 May 2012 09:37 PM PDT


Baca:

Durian runtuh RM1.69b untuk peneroka

[UM] MARAN 8 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan durian runtuh berjumlah RM1.69 bilion kepada kira-kira 112,000 peneroka di seluruh negara iaitu RM15,000 bagi setiap keluarga berikutan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Menurut Perdana Menteri, RM5,000 akan diberi kepada peneroka dan masing-masing RM5,000 lagi kepada isteri dan generasi kedua dengan agihan akan dibuat dalam tiga fasa.

Katanya, fasa pertama agihan akan dibuat sebaik sahaja pengumuman dibuat.

"Peneroka dapat, isteri peneroka dapat, anak peneroka pun dapat dalam durian runtuh penyenaraian FGVH.

"Satu lagi ialah `durian gugur' iaitu sebanyak 20 peratus saham kita masukkan dalam tabung amanah yang dividennya kita bagi kepada keluarga peneroka," katanya pada majlis himpunan bersama warga peneroka di Felda Jengka 8 hari ini.


P/s: Orang berpendapatan rendah sudah menerima habuan RM500; kakitangan awam sudah tersenyum dengan kenaikan gaji pokok, elaun, kenaikan tahunan; golongan pelajar sudah menerima baucar RM200, RM100, orang India/Sikh/Cina juga sudah digula-gulakan dengan pelbagai janji, kini Najib mengumumkan habuan untuk peneroka Felda. 

Dari mana sumber RM1.6 bilion itu? Durian runtuh atau pinjaman?

Berdasarkan laporan MK, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman mendakwa  'durian runtuh' yang bakal diterima peneroka berkemungkinan pinjaman yang bakal ditanggung oleh peneroka.

"Ia bukan durian runtuh tetapi pinjaman," tegas Mazlan seperti dipetik oleh MK.

Itu satu hal.

Yang pasti, momentum habuan dan gula-gula ini tidak akan bertahan lama, maklumlah bak kata Che Det, "Melayu mudah lupa". Jadi, rasa-rasanya, PRU13 akan berlangsung Jun ini. Tambahan pula, modal untuk melabur pun sudah kering.

Bersiap sedia!-DCM


Berkaitan:


[PANAS] Rahim Noor Label TG Nik Aziz Sebagai "Joker" dan "Father of Kafir"

Posted: 07 May 2012 09:00 PM PDT

Sumber: TG NA

P/s: Dahulu BELASAH DSAI sehingga lebam dan cedera ketika beliau berada dalam tahanan polis, kini Rahim Noor BELASAH TG Nik Aziz dengan menuduhnya kafir dan pelawak. Orang kurang ajar yang tidak boleh diajar!


Kemas Kini:

Mohon Maaf dan Tarik Balik Kenyataan

[HD] KUALA LUMPUR, 8 Mei: PAS akan menyaman bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor dan News Straits Times (NST) atas kenyataan tidak beradab dan melampau yang dikeluarkan terhadap Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Tuduhan yang dikeluarkan oleh beliau sangat kurang ajar dan melampau batas. Sehubungan itu, PAS Pusat menggesa agar beliau memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan yang dikeluarkan itu kerana ianya tidak berasas dan fitnah semata-mata.

PAS turut akan mempertimbangkan saman terhadap akhbar NST yang sanggup menyiarkan berita fitnah tersebut tanpa usul-periksa," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata tindakan NST yang sanggup melaporkan kenyataan Rahim Noor telah merosakkan lagi imej akhbar tersebut yang baru-baru ini tercalar teruk kerana dibukti memutar-belitkan kata-kata Senator Australia Nick Xenophon berdasarkan kata-kata ahli parlimen yang tidak berwibawa.

"Latar belakang dan kisah silam Rahim Noor sudah diketahui umum dan sepatutnya sebagai suratkhabar yang berwibawa, penyelidikan dan semakan terhadap kata-kata beliau perlu dilakukan sebelum dipaparkan terutamanya yang berbentuk fitnah sebegini.

Jika fitnah terang-terang yang bersifat sampah sedemikian boleh dinilai sebagai berharga untuk digunakan sebagai berita utama, apakah nilai kualiti yang ada pada media milik kerajaan?" soal beliau.

Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa menuduh seseorang individu sebagai kafir merupakan tuduhan paling berat dalam persoalan aqidah.

"Harus difahami bahawa tuduhan terhadap peribadi tidak sama dengan menuduh kumpulan. Tambahan pula kalau dalam kumpulan tersebut, memang terdapat ahlinya yang terdiri dari kalangan orang kafir.

"Maka kaedah feqah jelas menyebut sesiapa yang mengkafirkan orang mukmin, maka tuduhan kafir itu kembali kepadanya," terang beliau.

PAS, kata Tuan Ibrahim tidak pernah membuat sebarang tuduhan kepada mana-mana individu sebagai kafir dalam mana-mana ceramah atau ucapan.

"Apa yang PAS jelaskan ialah batas-batas iman dan kufur yang menjadi sebahagian daripada silibus pengajian aqidah. Oleh itu, fitnah Rahim Noor yang bersifat peribadi kepada Tuan Guru Nik Aziz sebagai seorang ulamak dan Mursyidul Am Parti merupakan tuduhan yang melampaui batas," tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

PAS Pusat melalui Lujnah Guaman, katanya akan mengambil tindakan undang undang kepada Rahim Noor dan NST dalam masa terdekat.

"Ucapan melampau sedemikian tidak boleh disuburkan sebagai budaya di negara kita. Ahli-ahli PAS diseru fokus pada kerja pilihanraya kerana ini sebahagian mainan media untuk mengalihkan fokus utama kita, di saat menjelang PRU ke 13," nasihat beliau.



Lelaki Dibelasah Kerana Mencuri Duit Masjid

Posted: 07 May 2012 08:16 PM PDT

Lelaki yang mencuri wang tabung Masjid Hadhari di Jerteh kelmarin terbaring selepas dibelasah oleh orang ramai.
 
[Kosmo] BESUT – Seorang lelaki menyangka dia bijak apabila menukar mangga tabung wang di Masjid Hadhari di Jerteh dekat sini untuk memudahkannya mencuri duit daripada tabung itu. Lelaki itu bertindak demikian selepas cubaan pertamanya untuk mencuri duit tabung itu tidak berhasil.

Bagaimanapun, taktik lelaki itu sekali lagi tidak menjadi. Cubaan kali kedua lelaki berusia 32 tahun dari Kampung Siam, Pasir Puteh, Kelantan itu untuk membuka tabung masjid itu dapat dihidu oleh pengawal masjid yang kemudian mencekupnya ketika dia sedang mengumpil tabung itu pada pukul 9.45 malam kelmarin.

Semasa diberkas, penganggur itu bertungkus-lumus menggunakan besi pencungkil tayar kereta untuk membuka mangga tabung masjid itu yang sebenarnya sudah ditukar kepada mangga lain oleh pihak masjid.

Setiausaha Masjid Hadhari Jerteh, Che Kar Awang berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid itu mendapati dua hari sebelum ditangkap suspek sama dilihat cuba mencuri wang di dalam tabung itu tetapi pada waktu itu tabung tersebut kosong.

"Lelaki itu kemudian menukar mangga sebuah tabung itu tetapi pihak masjid menukar semula mangga yang dipasang suspek bagi mengelakkan suspek mencuri," kata beliau ketika ditemui dekat sini semalam.
 
 

Tuduhan Anti-Islam, Senator Australia Turut Cadang Saman Utusan

Posted: 07 May 2012 07:32 PM PDT


[MK] Senator Australia, Nick Xenophon berkata beliau sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dua akhbar tempatan, termasuk Utusan Malaysia, kerana tersalah memetik ucapannya yang menggambarkan beliau sebagai anti-Islam.

"Sudah tentu (tindakan undang-undang akan dipertimbang) dalam apa sahaja bahasa ia diterbitkan sama ada mereka telah memohon maaf atau tidak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Xenophon (kanan) merujuk kepada sebuah artikel yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan New Straits Times (NST) yang telah tersalah memetik  ucapannya di di Parlimen Australia pada 17 November 2009.

Akhbar harian berbahasa Inggeris NST telah memohon kerana "kesilapan besar" itu pada hari berikutnya.

Xenophon mengesahkan laporan awal yang memetik jurucakap dari pejabatnya bahawa beliau masih akan mengambil tindakan undang-undang terhadap NST walaupun akhbar tersebut telah memohon maaf.

Utusan Malaysia milik Umno, yang menerbitkan berita yang sama yang
tersalah petik Xenophon, telah mengeluarkannya dari versi dalam talian di laman webnya tetapi tidak memohon maaf.

Xenophon adalah sebahagian daripada pasukan tujuh anggota pemantau antarabangsa dalam dalam misi pencarian fakta mengenai sistem pilihan raya Malaysia.

NONE

[Video-Wajib Tonton] Apa Kata Marina Mahathir tentang BERSIH 3.0? Pandangan yang AMAT Jauh Berbeza daripada Ayahandanya!

Posted: 07 May 2012 06:35 PM PDT






P/s: MM berada di lokasi perhimpunan BERSIH 3.0. Dia melihat sesetengah perkara yang terjadi di situ. Lebih penting, dia tidak cuba memanipulasi perkara yang berlaku. Dia tidak cuba memutarbelitkan fakta kejadian 28 April yang lalu. Kejujurannya wajar dicontohi pemimpin UMNO yang lain. Berkata benar walaupun amat sukar untuk dilakukan. Dari satu segi, TM salut MM!



Tiada ulasan: