Isnin, 7 Mei 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[PANAS] Kandungan SMS Isteri Jimmy Shanley: "Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung."

Posted: 07 May 2012 05:13 AM PDT


[SH] SHAH ALAM - Pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah hari ini bahawa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkannya jika kandungan itu benar anak Jimmy.

Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Shah Saleh, 31, berkata, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya itu, yang didapati masih berjudi.

Jimmy memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat yang difailkan terhadap Nursuhaila pada 3 dan 27 Januari tahun lalu.

Menjawab soalan peguam syarie Mohd Noor Aizan Mohd Idrus, Jimmy berkata, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

"SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.

"Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung?
Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah," kata Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat.

Jimmy antara lain memberitahu sudah banyak kali memberikan nasihat kepada Nursuhaila berhubung perkahwinan mereka.

Malah katanya, Nursuhaila pernah bertindak keluar rumah dan hilang selama 16 hari sebagai protes dengan teguran bapa sendiri mengenai rumah tangga mereka.

Dia juga memberitahu ada menghantar SMS merayu isterinya berubah dan meminta ampun kepada ibu bapa.

Pada prosiding hari ini, Jimmy mengemukakan lima alasan utama kenapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

Menurutnya, Nursuhaila mungkir janji sebelum bernikah iaitu berjudi semula; menghilangkan diri selama 16 hari; bercuti di China tanpa izinnya; mendakwa anak yang dikandungkannya sebagai luar nikah dan mengugut mahu menggugurkan kandungan jika mengandungkan anaknya.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh dengan hantaran sebanyak RM31,186 bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.


P/s: Errrr....!!!


[Gambar] Apa Perasaan NAJIB?

Posted: 06 May 2012 07:12 PM PDT



Lelaki lain cium tangan isteri sendiri? Apa perasaan Najib? 

Kalau TM....

Budak 9 Tahun Dirogol 3 Kali di Kawasan Sekolah

Posted: 06 May 2012 06:58 PM PDT


[SH] ALOR GAJAH - Akibat gagal melawan nafsu serakah, seorang remaja berusia 14 tahun sanggup merogol seorang murid Tahun Tiga di kawasan tangga bangunan sebuah sekolah, di sini kelmarin.

Bukan saja merogol, malah remaja lelaki berkenaan turut mengugut serta mengacukan senjata tajam kepada murid berusia 9 tahun itu yang tinggal di asrama sekolah berkenaan.

Menurut sumber, murid terbabit menjadi mangsa kerakusan remaja berkenaan Isnin lalu, sebelum sekali lagi berlaku kejadian sama pada Rabu dan Khamis lalu.

"Murid berkenaan menjadi mangsa sejak Isnin ketika sedang menunggu ibu menjemputnya selepas tamat sesi persekolahan sebelah petang.

"Mangsa dihampiri remaja berkenaan yang kemudian membawa mangsa menaiki tangga serta merogolnya di kawasan tangga bangunan sekolah berkenaan.

"Remaja terbabit kemudian melepaskan mangsa yang dalam ketakutan dan menghunus senjata tajam ke arah mangsa sambil mengugutnya," katanya.

Menurut sumber berkenaan, kejadian sama berlaku selang sehari selepas itu ketika waktu rehat kira-kira 10.30 pagi Rabu lalu apabila murid-murid lain keluar ke kantin.

"Mangsa yang tinggal seorang diri dalam kelas ketika itu didatangi remaja terbabit. Sekali lagi remaja berkenaa melakukan perbuatan terkutuk itu di tangga sekolah dan memberi amaran agar tidak memberitahu sesiapa," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa kemudian melaporkan kepada pihak sekolah apabila buat kali ketiga kejadian sama berlaku Khamis lalu, kira-kira 10.30 pagi dan kali ini mangsa diacu senjata tajam di leher.

"Pihak sekolah terkejut selepas diberitahu kejadian itu dan segera memanggil ibu mangsa sebelum bertindak membuat laporan polis," katanya.

Katanya, mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian.

"Polis sudah mengenal pasti suspek dan tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat ini," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, Mohamad Yusuff Osman ketika dihubungi memberitahu pihaknya ada menerima laporan dan akan menunggu lapo­ran polis sebelum sebarang tindakan diambil.



P/s: Kawasan sekolah bukan lagi kawasan yang benar-benar selamat untuk pelajar.

 

TG Hadi: Beri Azmin Peluang Bela Diri, Berdosa Tuduh Orang Tanpa 4 Saksi

Posted: 06 May 2012 06:18 PM PDT

 
[BERNAMA] Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap semua pihak termasuk media memberi peluang kepada timbalan presiden PKR Azmin Ali membersihkan nama berhubung rakaman video panas yang didakwa mirip dirinya (Azmin).

"Saya tak ada hak untuk bercakap tentang itu, biar dia sendiri yang cakap secara langsung....beri peluang (kepada Azmin membersihkan namanya)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa diminta mengulas rakaman video panas yang didakwa mirip Azmin bersama seorang wanita yang tersebar baru-baru ini, selepas menyampaikan ceramah umum bersama bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di Bukit Tok Beng, Batu Rakit, di Kuala Terengganu, hari ini.

Ketika diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin yang mendakwa rakaman video berkenaan dibuat oleh orang dalam parti PKR sendiri, Abdul Hadi berkata beliau tidak mahu mengulas berdasarkan andaian atau dakwaan.

"Saya tak nak komen sebab ia dakwaan sahaja, satu andaian... buat andaian memang tak boleh. Kita (PAS) berpegang kepada ajaran Islam, adat Islam kena ada empat saksi, saksi yang adil, ikhlas dan bersopan dan mahkamah yang bebas.

"(Yang penting) beri peluang Azmin bela diri, termasuk yang menuduh itu pun kena diambil tindakan, mana boleh menuduh saja-saja," katanya.

Mengenai ura-ura beberapa lagi video panas yang didakwa membabitkan pemimpin pembangkang yang lain akan didedahkan, Abdul Hadi berkata pihak yang mendakwa mempunyai rakaman berkenaan sepatutnya membawa kes berkenaan ke mahkamah.

"Berdosa, kalau tuduh orang, betul sekali pun tapi tak ada saksi dan tak ada bukti tetap berdosa, apatah lagi benda salah, Islam tak benar begitu," katanya. 


Hadi: Beri peluang Azmin bela diri
[SH] KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta RTM dan TV3 membuat liputan secara langsung bagi memberi peluang kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membela diri dan menjawab tuduhan yang mengaitkan beliau berhubung isu video panas yang tersebar baru-baru ini.

Bercakap kepada media di sini, Abdul Hadi menganggap beliau tiada hak mengulas mengenai pembabitan pelaku yang mirip Azmin itu, tetapi menyifatkan kaedah yang dicadangkan itu adil kepada individu terbabit.

Beliau berkata, siaran secara langsung boleh memberi liputan penuh kepada kenyataan Azmin tanpa sebarang suntingan.

"Saya minta RTM, TV3 bagi peluang kepada Azmin untuk bercakap di TV. Biar dia bercakap, bagi peluang kepada dia barulah adil. Saya tiada hak untuk bercakap tentang itu. Biar dia sendiri melalui siaran secara langsung. Kalau rakaman, nanti dipotong pula," katanya kepada media selepas menyampaikan ceramah umum di Kampung Bukit Tok Beng, di sini, semalam.

Abdul Hadi turut menggesa pihak yang menyebarkan video terbabit diambil tindakan kerana ia tidak wajar didedahkan sedemikian rupa kepada umum.

Berhubung pendirian Pas, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, pihaknya berpegang kepada kaedah Islam yang menuntut empat saksi bagi mengesahkan kesahihan pelaku dalam video terbabit.

"Kita berpegang kepada ajaran Islam. Adat Islam kena ada empat saksi, saksi yang adil, ikhlas dan bersopan dan mahkamah yang bebas, akhbar boleh jadi mahkamah," katanya.

Ditanya khabar angin mengenai penglibatan pemimpin Pas yang turut dikaitkan dalam video tidak bermoral yang masih belum didedahkan, beliau menegaskan, jika benar, ia perlu dibawa ke mahkamah.

Jelasnya, sebarang penyebaran imej tidak senonoh tidak boleh disebarkan sewenang-wenangnya.

Beliau turut mengingatkan mana-mana pihak yang terlibat dengan penyebaran imej lucah adalah berdosa termasuk pihak penerbitan akhbar dan penulis yang menyampaikan maklumat berkaitan, walaupun ia benar kerana kesalahan yang dilakukan pelaku itu disifatkan sebagai hak tuhan.

"Mana boleh sebar, bawalah pergi mahkamah kalau mahu buat tuduhan, tak baik dan berdosa, akhbar pun berdosa, yang tulis itu pun berdosa. Kalau tuduhan itu betul sekali pun tapi tiada saksi, tiada bukti tetap berdosa apatah lagi benda salah. Islam tak benar begitu.

"Walaupun kita tengok orang buat benda salah, kita seorang ada, itu tetap salah sebab itu adalah hak tuhan, ini pergi rampas hak tuhan mana boleh macam tu," katanya.


Tiada ulasan: