Khamis, 3 Mei 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Bacalah Cara Penyokong Rejim BN Berhujah...!

Posted: 03 May 2012 09:49 AM PDT

Saya mengepos topik di sebuah grup FB, Muda Tengah. Tidak tahu siapa yang memasukkan nama saya ke situ. Berdasarkan dialek yang digunakan, rasanya banyak ahli grup itu berasal dari Sabah atau Sarawak. Berdasarkan kiriman pos, banyak ahlinya daripada parti atau penyokong dacing.

Topik yang dipos agak memanaskan jari penyokong dacing!

Antara 2600 lebih ahli grup itu, seorang daripada mereka memberikan komen. Berdasarkan komen pertamanya, saya sudah mengagak bahawa si dia ialah pencacai BN yang hasil maklumatnya bersumberkan media perdana dan blog pencacai.

Nama tukang komen Cik Zah. Kalau dilihat di dinding FBnya terserlah poster BN, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Itu bukan soalnya. Yang penting, hujahnya dalam menjawab sesuatu persoalan.

Apa yang hujahnya (tidak sepatut dipanggil hujah) untuk menjawab pos saya tentang Peguam Perancis yang mendakwa sudah menemukan bukti untuk mengaitkan Najib dengan Skandal Scorpene seperti dilaporkan oleh Malaysia Kini?



   

Inikah standard hujah untuk menyokong dan membela Najib di Facebook? Hujah yang dlontarkan langsung tidak berisi fakta. Apabila tidak dapat menjawab isu, tukang komen mula merapu, selepas itu dipautnya kiriman yang ada unsur lucah, membuat dakwaan tentang video seks pemimpin PR, dan sebagainya.

Biasanya, saya tidak melayan hujah begitu, mungkin malam ini saya layan untuk dikongsikan dengan pembaca DCM yang lain.


P/s: Maaflah, paparan skrin yang jelas saya terpaksa tukar sebab tukang komen telah memadam sesetengah komen bernasnya. Saya pos paparan skrin yang disalin lebih awal.  Kantoi! Padam hujah sendiri! Rasanya mungkin ada hujah yang tidak sempat saya rakam. Kalau nampak saya "bercakap" seorang, maka adalah hujah bernas yang telah dipadamkan.

Kah kah kah!



Adakah Artikel Ini yang Menyebabkan NST Diancam Saman oleh Senator Australia?

Posted: 03 May 2012 07:30 AM PDT


Observer under scrutiny

By ROY SEE WEI ZHI | news@nst.com.my

IMPARTIALITY QUESTIONED: Anti-Islam Australian lawmaker comes under fire

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim says Australian senator Nicholas Xenophon has been very outspoken against Islam
[NST] KUALA LUMPUR: AUSTRALIAN senator Nicholas Xenophon, who was an independent observer at Bersih 3.0 rally last Saturday, has come under scrutiny.

The lawmaker's independence and neutrality, as well as his views on the rally, have come under scrutiny, particularly in the wake of his past association with opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

In an adjournment speech he made in the Australian Parliament on Nov 17, 2009, the lawmaker was seen to be critical of Islam as well as came out openly in support of "lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) issue.

An extract from his speech saw him saying: "What we are seeing is a worldwide pattern of abuse and criminality. On the body of evidence, this is not happening by accident; it is happening by design. Islam is not a religious organisation. It is a criminal organisation that hides behind its so-called religious beliefs."

The independent senator also questioned whether Islam deserved any support.

In the same adjournment speech, Xenophon, touching on gay same-sex marriage, did not oppose it.

He went on to say other lawmakers would support same-sex marriage and it would eventually be passed as law to allow such unions to take place.

Commenting on the turn of events, Bayan Baru member of parliament Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim said this showed that Xenophon not only was very outspoken against Islam, but also defended the LGBT issue.

"Should we let someone like Xenophon influence our culture and moral values through politics? By confiding in Xenophon, is Anwar also supporting the LGBT movement?" he asked.

"I also challenge Pas' ulama to question Anwar on why he sought Xenophon as a confidant, as clearly Xenophon stands against Islamic values.


Teks berita NST itu saya peroleh di sini.


P/s: Patutnya saman Ahli Parlimen Katak dari Pulau Pinang itu sekali, semangat betul dia menibai Nicholas Xenophon di lobi Parlimen. Mentang-mentang PRU 13 sudah dekat. Jangan lupa TV3 yang turut sama menibai senator itu dalam beritanya.

Di ruang komen forum, sumber teks berita di atas, turut disertakan komen pengunjung yang berbunyi: "Good luck suing the state's newspaper in the state's courts."

Dalam maknanya!
 
Berita permohonan maaf NST di sini.



[PANAS] Fitnah Anti-Islam, NST Mohon Maaf daripada Senator Australia, Tarik Artikel Serta-Merta

Posted: 03 May 2012 06:43 AM PDT


[MK] The New Straits Times telah memohon maaf kepada senator Australia Nicholas Xenophon berhubung satu laporan yang mendakwa beliau membuat ucapan anti-Islam di Parlimen Australia pada tahun 2009.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web NST hari ini, akhbar berkenaan berkata ia telah membuat "kesilapan besar" dalam menyiarkan kenyataan dalam artikel tersebut.

NST berkata, dalam ucapannya di Parlimen Australia yang dirujuk dalam artikel tersebut, Xenophon tidak menggunakan perkataan 'Islam' dan tidak pernah menegaskan Islam bukan sebuah pertubuhan agama tetapi sebuah organisasi jenayah yang bersembunyi di sebalik kepercayaan agama.

Atas sebab di atas, tambahnya, akhbar itu menarik balik semua kenyataan yang terkandung dalam artikel terhadap Xenophon dan memohon maaf kepadanya di atas sebarang kesusahan atau rasa malu yang disebabkan oleh artikel tersebut.

Akhbar itu juga telah mengeluarkan artikel tersebut daripada versi dalam taliannya berkuat kuasa serta-merta. 


P/s: NST sudah "melutut" minta maaf, TV3 dan blog pencacai bila nak mohon maaf daripada senator itu?

 Laporan awal di sini.


Anggota Polis Dituduh Melakukan Seks Luar Tabii terhadap Remaja 15 Tahun

Posted: 03 May 2012 05:58 AM PDT

Sekadar hiasan.

[SH] Kota Bharu - Seorang anggota polis trafik berpangkat Cif Inspektor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan melakukan seks di luar tabii dan mencabul seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di dalam sebuah kereta peronda, dua tahun lalu.

Tertuduh Ishak Mahmud, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azman Mustapha dan minta dibicarakan selepas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Ishak didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan luar tabii dengan menyuruh seorang remaja perempuan berusia 15 tahun melakukan perbuatan tidak senonoh tanpa kerelaan mangsa di dalam sebuah kereta peronda polis jenis Proton Perdana di kawasan Kampung Air Terjun, Pasir Puteh pada jam 2 pagi, 2 Oktober 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pada tarikh, waktu dan tempat sama, Ishak yang berasal dari Pasir Puteh turut didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul mangsa yang sama.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Intan Nur Hilwani Mat Rifin tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan kesalahan serius yang dilakukan tertuduh membabitkan kepentingan awam.

Bagaimanapun, peguam bela, Rosmizan Sulaiman memohon tertuduh dibenarkan dilepas dengan jaminan yang munasabah dengan mengambil kira latar belakang keluarga, kesihatan tertuduh serta rekod bersihnya sepanjang berkhidmat.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh serta ahli keluarga terdekat tidak boleh mendekati mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 12 Jun depan untuk sebutan semula kes. 



BOB Kuman Meninggal Dunia...Al Fatihah

Posted: 03 May 2012 02:19 AM PDT


Kakitangan ambulan Hospital Sg Buloh mengesahkan Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi.

Teks dan gambar: Blog Mazidul

P/s: Maaf, ada kesalahan ejaan tadi! Al fatihah!

Kemas Kini:

[Mstar] PETALING JAYA: Pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi disahkan meninggal dunia pada sekitar pukul 4.38 petang di kediamannya di Kota Damansara, di sini pada Khamis.

Jiran Allahyarham, Mazidul Akmal Sidek ketika ditemui berkata, Bob telah menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Norma Ibrahim dan beberapa kenalan rapat.

Mazidul memberitahu, kematian Allahyarham telah disahkan oleh dua pegawai perubatan daripada Hospital Sungai Buloh yang tiba di kediamannya kira-kira pukul 4.30 petang.

"Sebelum pegawai perubatan daripada hospital tiba, anak saudara saya yang kebetulan berada di rumah Bob telah cuba memberikan bantuan pernafasan selama 20 minit namun disahkan Allahyarham telah meninggal dunia.

"Kehilangan Bob adalah sangat mengejutkan kerana saya baru sahaja bertemu dengannya kira-kira dua minggu lalu dan dia kelihatan sihat walaupun terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

"Bagaimanapun sebagai seorang Islam dan rakan rapat saya redha dengan pemergiannya," katanya kepada mStar Online.

Tambah Mazidul, pelakon itu meninggal dunia akibat komplikasi jantung, darah tinggi dan paru-paru berair.

Dalam pada itu, jenazah Allahyarham telah dibawa ke Masjid Kota Damansara Seksyen 5 di sini untuk diuruskan sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Sawah, Negeri Sembilan selepas solat Isyak untuk dikebumikan.

Rakan baik Allahyarham, Emri Shamreza Che Embi berkata, jenazah akan dikebumikan selewat-lewatnya pagi esok di tempat asalnya atas permintaan keluarganya.

"InsyaAllah jenazah akan diuruskan terlebih dahulu sebelum di bawa pulang ke kampung halamannya atas permintaan keluarga sebelum dikebumikan selewat-lewatnya pagi esok (Jumaat)," katanya.

Terdahulu, Bob pada 21 April kesal apabila ada pihak menyebarkan fitnah terhadap dirinya dengan mengatakan dia telah meninggal dunia sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan masyarakat.

Antara rakan artis yang hadir menziarahi Allahyarham adalah Amy (Search), Aqasha, Zain (Ruffedge), Harun Salim Bachik dan kenalan rapat pelakon itu.


[Tragis] Lima Beranak Ditemukan Mati di dalam Sebuah Kereta

Posted: 03 May 2012 01:49 AM PDT


[BERNAMA] JOHOR BAHRU - Lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak berusia empat hingga 11 tahun ditemui mati dalam sebuah kereta di sebuah kedai servis penghawa dingin kenderaan di Jalan Serangkai, Pasir Gudang, di sini malam tadi.

Kelima-lima mereka termasuk ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang berusia 32 dan 34 tahun dipercayai mati akibat lemas terhidu asap kenderaan dalam tempoh 48 jam yang lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin berkata, polis pada awalnya menerima laporan daripada orang awam yang menyatakan terhidu bau busuk dari kedai berkenaan kira-kira 7.10 malam tadi.

"Bertindak atas laporan, kita telah menjalankan pemeriksaan dan menemui sebuah kereta Proton Iswara Aerobak di dalam kedai berkenaan dengan enjin yang tidak dihidupkkan.

"Apabila diperiksa, kita menemui mayat seorang lelaki berusia 32 tahun di tempat duduk pemandu, manakala di sebelahnya pula seorang mayat seorang wanita berusia 34 tahun sambil memangku seorang kanak-kanak prempuan berusia empat

tahun," katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Katanya, di bahagian tempat duduk belakang, polis menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

"Siasatan awal polis mendapati kes ini tidak melibatkan sebarang unsure jenayah kerana tiada sebarang kesan tikaman dan kita mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut," katanya.

Bagaimanapun, katanya polis masih menyiasat motif sebenar kejadian itu.

Keluarga itu difahamkan menyewa kedai berkenaan untuk menjalankan perniagaan servis penghawa dingin kenderaan dan tinggal di bahagian belakang kedai itu bersama bapa mangsa lelaki yang berusia 63 tahun.

Semasa kejadian bapa mangsa tidak berada di rumah dan baru sahaja keluar dari hospital kerana masalah kesihatan buah pinggang dan kali terakhir menemui kesemua mangsa pada Ahad lepas.

Dia yang curiga dengan keadaan kedai anaknya kemudian bertindak meminta bantuan orang ramai untuk menghubungi polis bagi menyiasat keadaan sebenar.



Isu Siar Gambar Blow Job di Tandas: Azmin Saman Utusan

Posted: 03 May 2012 01:25 AM PDT

Muka depan Utusan aibkan Azmin di sini.

[SH] SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mahu menyaman Utusan Malaysia RM100 juta kerana menyiarkan laporan klip video seks yang menggambarkan kononnya si lelaki adalah beliau.
Kelmarin, Azmin menafikan beliau lelaki yang dirujuk dalam laporan dan gambar-gambar yang mengiringnya.

Naib Presiden PKR, N. Surendran berkata, dakwaan dan gambar-gambar yang digunakan adalah rekaan semata-mata, bermotifkan politik dan tahap kewartawanan yang sangat menjijikkan.

"Hari ini, Azmin menerusi peguamnya Edwin Lim Suren & Soh mengeluarkan tuntutan kepada  Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang memiliki Utusan Malaysia dan editor agar menarik balik dakwaan-dakwaan itu dan membuat permohonan maaf di muka depan Utusan Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Melihat kepada keseriusan dakwaan dan edaran akhbar di peringkat nasional, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak menuntut ganti rugi RM100 juta.
 
 
P/s: Saman sampai bankrap!
 
 

[PANAS] Difitnah Anti-Islam, Senator Australia Mahu SAMAN Media Pencacai Malaysia

Posted: 03 May 2012 12:37 AM PDT


[HD] KUALA LUMPUR: Senator Nick Xenophon dari Australia akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar Malaysia yang memaparkan beliau seolah-olah anti-Islam.

Daam satu kenyataannya yang disiarkan oleh News.com.au, beliau melahirkan rasa terkejut dengan serangan itu.

Nick Xenophon bersama-sama dengan pemerhati antarabangsa berada di Malaysia baru-baru ini termasuk semasa hari perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lepas.

Beliau, dalam misi menjadi pemerhati politik, telah membuat kenyataan menyesali apa yang berlaku dalam perhimpunan itu.

Senator bebas Australia itu berkata, "Ia adalah aman (sehingga para pendemo diprovokasi)."

Beliau turut mengkritik laporan berat sebelah media perdana terhadap perhimpunan Bersih 3.0, yang dikatakan lebih mementingkan wajah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Sabah daripada perhimpunan terbesar di Malaysia.

"Media perdana adalah memihak dan tidak adil. Ia menonjolkan lebih perdana menteri di Sabah pada televisyen daripada perhimpunan politik terbesar di Malaysia," kata Xenophon.

Ekoran itu, media tradisional milik Umno dan BN menyerang peribadi beliau termasuk melabelkan beliau sebagai anti-Islam dan pejuang hak gay.

NST misalnya melaporkan Nick Xenophon anti-Islam semasa berucap dalam Parlimen Australia padahal katanya dalam ucapan itu beliau menggunakan perkataan 'Scientology' dan bukannya Islam.

"Laporan itu palsu sepenuhnya," kata beliau dan akan meminta nasihat undang-undang mengenainya.

"Ia satu fitnah dan saya akan ambil tindakan," katanya.

"Saya terkejut ada yang pergi hingga sebegitu rendah," kata Xenophon sebagaimana dilaporkan oleh media Autralia itu.



P/s: Kalau ada bukti kukuh, saman TV3 sekali! TV3 baru-baru ini ada melaporkan hal yang sama untuk menjatuhkan kredibiliti Senator Xenophon. Saman sampai bankrap!



[PANAS] Berita Panas untuk Najib dan Zahid: Waran Tangkap Boleh Dikeluarkan kepada Pihak yang Tolak Sepina Skandal Scorpene

Posted: 03 May 2012 12:00 AM PDT


[MK] Waran tangkap antarabangsa boleh dikeluarkan oleh hakim Perancis jika saksi enggan membantu sesuatu siasatan selepas sepina dikeluarkan.

Menurut peguam Perancis, Joseph Breham (kanan), yang mewakili NGO Malaysia, Suaram, dalam aduan awam berhubung dakwaan membabitkan sogokan jutaan ringgit dalam urusniaga pembelian senjata, "amaran merah" boleh dihantar kepada Interpol sebagai langkah terakhir.

"Jika saksi itu enggan mematuhi sepina tersebut, mahkamah boleh mengeluarkan notis mandat d'amener, memaksa saksi hadir di mahkamah. Jika saksi (masih) tidak mahu mematuhinya, maka waran tangkap boleh dikeluarkan.

"Waran tangkap berkenaan berkuat kuasa dalam wilayah Perancis, dan mungkin diantarabangsakan, jika hakim merasakannya perlu."

Bulan lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau atau sesiapa sahaja dari kementeriannya, tidak akan membantu siasatan di Perancis itu.

Zahid dinamakan dalam senarai tujuh orang saksi yang dicadangkan oleh Suaram, yang telah diterima oleh hakim siasatan Perancis, Roger Le Loire.


P/s: Kalau begitu, duduk di rumah sahajalah! kah kah kah!



[PANAS-Video] Pendakwa PERANCIS Dakwa Temukan Bukti Najib Minta RM3 Bilion untuk Perimekar

Posted: 02 May 2012 11:05 PM PDT


[MK] Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia mendakwa telah menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.

Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram hari ini, satu faks menunjukkan bahawa Najib didakwa telah diminta jumlah tersebut untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.

Faks yang bertarikh 1 Jun 2001 adalah dari Francois Dupont, wakil Malaysia untuk syarikat swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud.

Dokumen itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas oleh polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang pegawai Thales.





P/s: Najib dalam kepanasan!

Dr Aziz Bari Ceritakan Pengalamannya di BERSIH 3.0

Posted: 02 May 2012 11:00 PM PDT


Saya ditahan sekitar jam 350 petang semalam dekat OCBC ketika hendak pergi basuh muka di paip di situ. |

Penguatkuasa DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: "Ini baju kuning tangkap!".

Saya tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki hamun.

Mereka kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka terus cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia?

 
Itu sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi lain termasuk DBKL.

"Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah."

Itulah antara ejekan yang saya dengar sewaktu diheret oleh anggota polis untuk dikumpul di depan DBKL. Kemudian saya ada mendengar rungutan yang polis turut mengejek kami: "Ini semua anjing Anwar Ibrahim'"

Sewaktu diheret polis mengugut seorang petugas media yang cuba mengambil gambar saya ditangkap. Begitu juga ketika kami semua dikumpul dekat Kelab Diraja Selangor.

Macam samseng
 
Pelik, adakah undang-undang menyekat orang ambil gambar di negara ini? Seorang pelajar fotografi mengadu kameranya yang berharga ribuan ringgit dimusnahkan oleh seorang anggota polis.

Umumnya saya lihat polis bertindak ganas dan memihak kepada Umno-BN. Pada saya hari itu polis kelihatan macam samseng PERKASA. Mereka nampak jelas marah dengan Pakatan Rakyat.

Tetapi yang lucunya bila saya tinggikan suara dan tanya undang-undang apa yang mereka gunakan anggota polis tersipu-sipu dan cepat-cepat beredar. Ini berlaku ketika kami dihimpun macam pendatang asing dekat Kelab Diraja Selangor.

Itulah gelagat anggota polis berpangkat rendah yang mulanya cuba tunjuk garang dan samseng. Para pegawai mereka duduk jauh-jauh.

Pada satu peringkat saya jerit seorang pegawai supaya segera beri rawatan kepada seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang terbaring kesakitan. Pegawai ini panik dan tak tahu buat apa-apa. Saya kata, "awak ada budi bicara dan kalau orang ini mati awak akan disoal."

Pegawai ini pucat tak terkata apa-apa.

Itu semua menunjukkan pasukan polis ini jahil dan keliru dan takut dengan kerajaan Umno-BN. Mereka hanya berani bila mereka bergerak dalam gerombolan. Mereka mungkin tak ada akses kepada Internet dan hanya dengar arahan bos mereka saja.

Sikap samseng dan mentaliti gerombolan pasukan polis ini kelihatan apabila ada tahanan baru sampai.

Tahanan ini akan dibawa melalui kumpulan anggota polis pangkat rendah dan ketika inilah anggota polis ini akan mengambil kesempatan mengejek dan memaki hamun tahanan yang sudah lemah longlai diheret itu.

Ada juga yang akan mengambil kesempatan menumbuk, menyepak dan menampar tahanan itu.

Pada satu tahap seorang anggota Unit Amal PAS yang sedia ditahan bersama kami diseret ke dalam gerombolan anggota polis itu. Riuh rendah kedengaran di sebalik van dan trak itu.

Apa yang kelihatan apabila anggota Unit Amal itu diseret kembali ke dalam kumpulan, beliau lembik; mungkin telah dipukul oleh anggota-anggota polis yang menyeringai macam singa dalam kandang menunggu mangsa itu.

Dalam garang dan samseng itu polis ini tidak tahu apa-apa. Ketika di Kelab Diraja Selangor, saya lihat pihak polis panik bila kami ramai-ramai tanya sama ada kami ini ditahan atau ditangkap. Maklumlah konstabel dan koperal apa tahu.

Pegawai pun tidak berani duduk dekat sebab ada OKT yang tanya soalan dalam bahasa orang putih. Lucu. Masa di DBKL seorang sarjan yang tadinya kasar dan sombong mula berlembut apabila makin ramai di kalangan tahanan yang panggil saya "profesor".

Gambaran kebodohan dan ketakutan

Sewaktu di Pulapol, Ketua CID Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin ada datang. Bukan main lagilah Cawangan Khas (SB) dan komando polis mengiringi dia. Begitu juga pegawai-pegawai lain yang datang bersama. Berdesup-desup mereka tabik dan hentak kaki.

Itulah agaknya gambaran kebodohan dan ketakutan mereka. Ikut perintah orang atas tak kira apa.

Di Pulapol peguam tak dibenarkan masuk langsung. Dan suasana dalam khemah kelam, di situ tak teratur. Pihak polis macam tak pasti apa yang perlu dibuat sedangkan ini bukan kali pertama mereka menangani demonstrasi BERSIH.

Ini jauh berbeza dengan imej tenteram yang cuba ditunjukkan oleh media milik Umno-BN termasuk RTM.

Satu lagi yang saya nampak ialah majoriti anggota polis yang bertugas ialah Melayu. Ada segelintir India dan Cina. Tapi yang bongkak, sombong dan ganas ialah Melayu dan India. Mereka inilah yang bongkak dan ganas. Anggota Cina amat tertib dan beradab.

Para pegawai meskipun ramai Melayu tidaklah sombong sangat. Mungkin kerana mereka mudah dikenali melalui uniform mereka.

Sewaktu di Pulapol saya dibawa ke meja Cawangan Khas (SB). Meskipun saya ditanya soalan-soalan yang saya kira aneh, ia tidak lama. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin kerana mereka tidak mahu berdebat dengan saya.

Pesta pukul orang
Atau mungkin mereka simpati. Mereka ada bertanya sama ada saya disakiti. Saya kata saya cuma sakit hati. Saya sempat sebut pada mereka: "Wah hari ni polis berpesta pukul orang."

Saya sakit hati kerana polis tidak peduli hak asasi rakyat. Buktinya cukup banyak. Ada yang mengadu dicekup sewaktu sedang makan dalam dalam restoran. Ada yang ditangkap ketika di lobi hotel. Dan ada juga yang ditahan ketika dia hendak membeli tiket di stesen LRT.

Mereka berada jauh dari Dataran Merdeka yang diisytihar kawasan larangan. Mereka juga sudah bersurai. Mereka dipukul dan diheret oleh polis hanya kerana mereka pakai baju kuning. Malah ada yang tidak pakai baju kuning pun dicekup sama.

Ertinya hari itu polis geram dengan orang ramai. Polis sudah menjadi seolah-olah kaki pukul Umno-BN dan gerombolan anti-Bersih. Ini salah di sisi undang-undang. Apa lagi perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan utama negara.

Pasuka polis, sebagaimana cabang-cabang perkhidmatan awam yang lain termasuk angkatan tentera, perlu bersikap berkecuali dan menjaga undang-undang.

Tanggapan saya terhadap polis, khususnya selepas BERSIH 3.0, mereka jahil, keliru dan tertekan. Akhlak mereka juga rendah. Ini ternyata bila Suruhanjaya Dzaidin sendiri merakamkan bahawa pasukan polis antara agensi kerajaan yang paling korup di negara ini.

Sebab itu saya tidak hairan apabila polis gagal membezakan antara menjunjung undang-undang dengan mengampu atau mempertahankan Umno-BN.

Apa pun jika lihat gambar besar kita itu semua tidak memeranjatkan. Kalau para hakim dan anggota Suruhanjaya Pencegahan SPR yang dilindungi oleh perlembagaan secara jelas pun takut dengan Umno-BN siapalah anggota-anggota polis ini. -Dr Aziz Bari
 
 

[GEMPAR] Ugutan: "Darah Anwar Ibrahim Adalah HALAL Untuk DIBUNUH"

Posted: 02 May 2012 08:15 PM PDT

Sumber gambar penuh di sini.

 Pencacai Rejim Najib nak bunuh Anwar Ibrahim? Sebenarnya, beginilah mentaliti kebanyakan pencacai dan penyokong Rejim UMCO, melulu tanpa mencari maklumat sebenar tentang sesuatu perkara. Akibat terlalu mempercayai berita di media perdana/blog, ada pencacai yang bertindak di luar jangka. Hal yang sama berlaku kepada pencacai yang tidak tahu atau gagal berhujah. Mereka memaki hamun dan mencaci sesuka hati tanpa memberikan hujah yang bernas. Banyak sangat spesis ini saya temukan di blog dan di kumpulan FB termasuk fanpage DCM.

Dalam kes ini (gambar), penjilat Rejim UMCO menulis "Darah Anwar Ibrahim Adalah HALAL Untuk DIBUNUH". Tulisan yang jelas berunsur ugutan jenayah!


P/s: Harap polis yang memantau FB dan laman sosial yang lain bertindak kerana tulisan seperti ini akan mempengaruhi orang yang berIQ rendah dan taksub kepada provokasi pihak tertentu.


Ketua Wanita MCA Melaka PERTAHAN Tindakan Hadiri BERSIH 3.0

Posted: 02 May 2012 08:00 PM PDT


[BERNAMA] Ketua Wanita MCA Melaka Datuk Kian Sit Har mempertahankan tindakannya serta tidak akan meletak jawatan dalam parti kerana menghadiri perhimpunan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir pada Sabtu lepas.
  
Katanya beliau menghadiri perhimpunan itu atas kapasiti peribadi dan sebagai waraganegara yang prihatin.
  
"Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, saya menyokong dua perkara penting yang diketengahkan dalam perhimpunan itu iaitu menghapuskan rasuah dan supaya pilihan raya umum akan datang ini berlangsung dalam keadaan adil dan bersih.

"Perkara ini baik untuk rakyat keseluruhan dan saya menghadirinya kerana saya rasa dua perkara sebagai isu nasional ini perlu disokong," katanya ketika dihubungi Bernama semalami.
  
Kian diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam bahawa Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta beliau meletak jawatan sebagai Ketua Wanita MCA kerana penglibatannya dalam perhimpunan yang disokong pembangkang itu.

Mohd Ali yang juga Pengerusi BN Melaka menyifatkan tindakan pemimpin veteran MCA itu sebagai satu sabotaj dan menikam BN dari belakang yang akan menyusahkan MCA dan BN.
  
Mengulas lanjut, Kian berkata tindakannya itu tidak sama sekali dilihat sebagai anti kerajaan.
  
"Saya berasa saya tidak bersalah dalam hal dan kehadiran saya sebagai warganegara yang prihatin dalam isu nasional ini," kata bekas senator itu.


P/s: Dalam banyak-banyak pemimpin BN ada juga yang bijak seperti Ketua Wanita MCA Melaka ini. Syabas!

 

[KANTOI] Bukan Sahaja BBC NEWS, Astro Turut Didakwa Tapis Berita Al Jazeera

Posted: 02 May 2012 07:33 PM PDT


[MK] Rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera menuntut penjelasan daripada Astro mengapa liputannya mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu didakwa telah ditapis.

Dalam satu kenyataan yang diemel kepada Malaysiakini dari ibu pejabat
Al Jazeera di Doha, Qatar, rangkaian berita itu berkata Astro sehingga ini tidak memaklumkan tentang kemungkinan tapisan dibuat kepada program beritanya.

"Laporan berita kami adalah catatan fakta peristiwa pada hari tersebut, dan pencerobohan dalam proses editorial kami adalah tidak wajar. Kami tidak pernah ditapis dengan cara ini oleh platform pengedaran lain di mana-mana sahaja di dunia," katanya.

Rangkaian berita itu menambah bahawa ia juga akan menuntut Astro menjelaskan bagaimana laporan wartawannya, Harry Fawcett pada hari berkenaan telah melanggar "peraturan kandungan tempatan".

"(Astro) perlu menggariskan dengan tepat apakah dakwaan

pelanggaran itu dan bagaimana mereka boleh membuat keputusan tersebut," katanya.

Masih tidak jelas bahagian mana laporan Fawcett mengenai BERSIH telah ditapis, sepertimana yang didakwa oleh lamanweb Sarawak Report.



P/s: Anda mahu maklumat bebas dan telus? Lupakanlah Astro!



Lelaki 1: "Ang hantam orang banyak tak?" Lelaki 2: "Ada lah 5, 6 orang PECAH KEPALA..."

Posted: 02 May 2012 07:17 PM PDT


Kelihatan seperti anggota keselamatan berbicara tentang pengalaman mengawal dan membelasah peserta Bersih 3.0. Tidak pasti sama ada kenyataan itu benar atau tidak. Sumber gambar paparan skrin di atas ada tertera pada gambar.


Tiada ulasan: