Khamis, 3 Mei 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Skandal Kapal Selam: USD 1 billion untuk temu Najib

Posted: 03 May 2012 06:36 AM PDT



Nama Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia muncul dalam dokumen penyiasatan pembelian kapal selam di Perancis.  Pendakwaraya mahkamah Perancis memperolehi satu dokumen dari pejabat syarikat Thales, mendedahkan bahawa syarikat DCNI diminta untuk membayar USD 1 billion kepada Perimekar Sdn Bhd, untuk bertemu dengan Menteri Pertahanan Malaysia ketika itu, Najib Razak.

Demikianlah pendedahan SUARAM dalam satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, pagi tadi.  Bagaimanapun, SUARAM menjelaskan bahawa hanya dua daripada 153 dokumen didedahkan setakat ini.  Mereka akan memdedahkan dokumen selanjutnya kemudian.

Satu dokumen yang ditanda sebagai "Document 87", mengandungi sehelai faks yang ditulis dalam bahasa Inggeris, oleh F.Dupont pada 1 Jun 2001, kepada D.Arnaud, dengan salinan kepada BAIOCCO (CEO Thales International Asia ketika itu) dan seorang yang bernama SAUVAGEOT, dengan tajuknya "Projek Kapal Selam /Malaysia".

Orang yang bernama Dupont ini dengan jelas mencatatkan dalam dokumen jadual perjalanan ke Malaysia dan tindakan masa depan, termasuk mengadakan siri rundingan dengan Kementerian Pertahanan Malaysia dan pengurus syarikat Perimekar Sdn Bhd, berkenaan dua kertas cadangan kontrak (DCNI-Perimekar, Perimekar-kerajaan Malaysia).

Dokumen menyebut, seandainya DCNI mahu bertemu dengan Menteri Pertahanan Malaysia ketika itu, iaitu Najib Razak, pada 14 Julai 2001, maka ia perlu membayar USD 1 billion kepada Perimekar Sdn Bhd, untuk bertemu dengan Najib.

Perimekar ditubuhkan pada tahun 2001, iaitu beberapa bulan sebelum kontrak pembelian kapal selam ditandatangani.  Pemegang sahamnya adalah bekas think-tank Najib, iaitu Abdul Razak Baginda dan isterinya Mazlinda Makhzan.

Mahkamah penyiasatan Perancis kini mengkategorikan kes pembelian kapal selam ini sebagai kes jenayah.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut dan diterjemah dari teks penuh.

Padan muka kerana provokasi polis?

Posted: 03 May 2012 06:27 AM PDT




Kebanyakan orang dipercayai akan mengutuk tindakan polis membedil gas pemedih mata dan meriam air berkimia terhadap peserta BERSIH 3.0.  Namun terdapat sesetengah juga yang menganggap bahawa polis tidak boleh dipersalahkan, kerana peserta yang memprovokasi polis.  Jadi, padan mukalah.

Namun, tindakan sebagaimana yang boleh ditafsir sebagai "provokasi"?  Di manakah sempadan kesabaran yang digariskan oleh kedua-dua pihak?  Saya menganggap inilah persoalan yang perlu diperjelaskan segera dalam negara yang kini sedang dalam proses belajar bagaimana untuk menyatakan tuntutan melalui kebebasan berhimpun.

Hari ini, iaitu pada 28 April, saya berada di tepi Agro Bank, jambatan yang menuju ke Dataran Merdeka.  Di situ juga sekatan polis ditempatkan untuk menutup Dataran Merdeka.  Saya boleh melihat dengan jelas apa yang berlaku pada ketika itu dari situ.  Saya rasa, saya layak untuk berkongsi pandangan saya.

Lebih kurang jam satu, dua petang, petugas berbaju merah (bagi pihak BERSIH) telah berkali-kali memberi amaran kepada peserta, bahawa mahkamah telah mengeluarkan perintah, maka jangan sesekali merempuh ke dalam Dataran Merdeka.  Selagi kita berada di luar sekatan jalan, maka polis tidak berkuasa untuk menangkap kami.  Tetapi seandainya kita merempuh masuk Dataran Merdeka, kita tidak dilindungi undang-undang.  Malah beliau menambah, jikalau polis mengarahkan kita jangan duduk, maka kita perlu bangun.  Seandainya polis mengarahkan kita tinggalkan tempat itu, maka kita perlu mengambil jalan lain.  Apa-apa pun, jangan bertembung dengan polis.

Pada kira-kira jam tiga petang, orang ramai kian bersurai.  Tapi ramai lagi yang enggan meninggalkan situ.  Pada ketika ini, seorang lelaki melepasi sekatan jalan dari tepi jambatan, dengan bunga dalam tangannya.  Beliau menuju ke arah polis yang memegang perisai.  Masa ini jugalah wartawan menuju ke arah lelaki itu untuk mengambil gambar.  Selepas 30 saat, lelaki itu patah balik.  Wartawan pun mengepungnya, barangkali untuk menemuramahnya.

Sejenak kemudian, saya beralih ke tebing di Pasar Seni, dan memerhati dari situ.  Selepas lelaki itu melepasi sekatan jalan, sesetengah pula terikut-ikut dengan cubaan melangkau sekatan itu.  Orang ramai ini tidak bersenjata.  Polis yang berperisai pula tersergam barisannya di situ.  Tiada pertembungan fizikal.  Ramai polis berteduh di koridor yang tidak jauh dari situ.  Tidak menghulurkan bantuan secara tergesa-gesa.  Suasananya tidak tegang.

Pembedilan gas pemedih mata


Pada kira-kira jam 3.30 petang, setelah loceng amaran berbunyi, meriam air dan gas pemedih mata ditembak.  Pada mulanya saya ingat ia hanya menyasarkan orang yang melepasi rintangan polis.  Polis dijangka berhenti setelah berjaya mengundurkan peserta dari sempadan itu yang digariskan.

Entah bagaimana, meriam air menembak merata-rata, gas pemedih mata dibedil ke seluruh pelusuk.  Di tebing Pasar Seni, tidak kurang butiran gas pemedih mata bertaburan di situ.  Kulit kita tersengit.  Air mata, bendalir hidung dan hampir semua cecair dalam perut termuntah.  Kawasan itu sangat sempit.  Hanya satu lorong menuju ke jalan, malah perlu melepasi satu tangga.  Saya terlalu dekat di depan.  Ketika berundur, orang ramai terhimpit di tangga.  Pada saat-saat itu saya merasakan diri saya hampir lemas di situ.

Perkembangan selanjutnya sesungguhnya semakin rancak, dan semakin celaru.

Sememangnya orang ramai yang melangkaui sekatan polis itu mengingkari nasihat.  Perbuatan sedemikian perlu dinilai semula.  Namun, apa yang ingin saya katakan di sini - di rata-rata dunia, sama ada demonstrasi mahupun protes, sememangnya rakyat yang turun ke jalan raya tidak berpuas hati dengan kerajaan.  Hari ini, mahkamah Malaysia yang dikuasai kerajaan mengeluarkan perintah yang tidak munasabah untuk menghalang orang ramai daripada berhimpun di Dataran Merdeka.

Perintah mahkamah ini tidak munasabah sebermulanya, kerana dari satu segi, ia menghalang kebebasan berhimpun dan bersuara orang ramai.  Perintah mahkamah sedemikian telah mencungkil ketidakpuasan orang ramai.  Ia sesuatu yang  tdak sukar difahami seandainya dicabar oleh orang ramai.

Hari ini kita turun ke jalan raya kerana api kemarahan terpendam dalam hati.  Justeru itu, kita mengetepikan kerja, perniagaan kita untuk datang dari jauh ke Kuala Lumpur.  Kita bukan datang untuk berpesta dan berkarnival.  Kita datang untuk tunjuk ketidakpuasan dan kemarahan terhadap sistem pilihan raya yang kotor.  Bukankah ia sesuatu yang agak melampau untuk kita turuti segala perintah - arah duduk, jadi duduklah kamu; arah bangun, jadi bangunlah kamu.

Oleh itu, apakah tindak tanduk yang dianggap "provokasi"?  Hari ini, orang ramai tidak mengancam keselamatan polis - sekurang-kurangnya di tempat saya berada.  Di sesetengah negara, peserta demonstrasi membawa besi dan pisau, malah membaling bom petrol, dan ada juga yang merompak kedai.

Di negara yang mana warga sivilnya lebih beradab, biarpun tidak berlaku pertembungan secara ganas, namun pergeseran di sepanjang proses itu juga sesuatu yang lumrah.  Jika tahap kesedaran demokrasi sesebuah kerajaan adalah tinggi dan bukan berhidung tinggi, maka ia akan melihat pertembungan ini sebagai antara cara rakyat melepaskan geram.  Meskipun ia mungkin tidak betul, tetapi perlu dikendali secara toleransi.

Hari ini, dengan bangganya ingin saya katakan, tahap warga sivil negara kita tidak jauh beza dari Hong Kong, Taiwan, Amerika Syarikat - yang mana tahap warga sivil mereka agak tinggi.  Malah, kita mungkin lebih baik daripada mereka.  Saya tidak nampak orang membawa senjata, tiada orang merosakkan harta awam untuk melepaskan geram, dan tidak banyak orang yang hilang akal kerana tidak terkawal emosinya.

Jadi, hanya kerana merempuh sekatan jalan atau kawat berduri, maka ia dianggap memijak garis merah kerajaan?  Apakah dengan ini ia mengancam keselamatan penguatkuasa?  Di negara lain yang terkenal dengan demokrasi, orang ramai yang membaling telur, membakar atau merosakkan bangunan kerajaan tidak dikecam dengan keras.  Bukankah agak rendah "garis dasar" yang ditetapkan kerajaan kita?

Lebih-lebih lagi, tujuan gas pemedih mata dan meriam air kimia adalah cara polis melindungi  diri.  Polis boleh berhenti setelah berjaya menyuraikan orang ramai.  Mengapa pula polis membedil gas pemedih mata seolah-olah hilang kawal, seakan-akan mendesak rakyat ke pinggiran maut?

Untuk saya, ia tidak perlu pergi sehingga situasi di mana kita perlu membedil gas pemedih mata dan meriam air kimia sewenang-wenangnya.  Jikapun ada huru-hara di tempat lain, polis boleh bertindak mengikut budi bicara.  Di pejabat Majlis Peguam, Pasar Seni, tiada kekecohan berlaku, mengapa pula diberi layanan yang sama?

Jangan dikelirukan nama "gas pemedih mata".  Jangan anggap bahawa ia boleh ditembak sewenang-wenangnya kerana tidak membunuh orang.  Gas pemedih mata bukan alat permainan yang mengalirkan anda beberapa titisan air mata.  Ia adalah senjata.

Anda akan terseksa pada saat-saat menghidu gas pemedih mata.  Mereka yang lemah mungkin gagal bertahan.  Malah kawan saya melihat sendiri, ada yang nyaris-nyaris terjun ke sungai kerana tidak tahan dengan gas itu.  Selepas terkena gas pemedih mata, dengan spontan orang akan lari berlintang-pukang, tanpa banyak berfikir.  Tragedi manusia pijak manusia mudah berlaku dalam keadaan di mana kita hilang waras.

Dan sesebuah kerajaan yang membedil gas pemedih mata sewenang-wenangnya, adalah terlalu zalim kalau bukan terlalu jahil.

*Ng Han Min ialah pembaca MerdekaReview.  Disunting dan diterjemah dari teks asal yang disiarkan pada 29 April 2012.

Masalah kewarganegaraan libatkan banyak perkara'

Posted: 03 May 2012 06:20 AM PDT

Ahmad Fadli KC
 
Masalah masyarakat India tanpa kewarganegaraan yang didakwa melibatkan angka ratusan ribu melibatkan banyak perkara dan kadang-kala mengambil masa lama untuk diselesaikan, kata jawatankuasa kabinet berkenaan orang India.

Merujuk kes Reshina Bathumanathan, 17, yang dibangkitkan PKR baru-baru ini, penasihat khas jawatankuasa itu Datuk N Siva Subramaniam berkata, pelajar itu bermasalah mendapatkan kad pengenalan kerana dokumen kewarganegaraan ibu tidak lengkap akibat "perkahwinan yang tidak teratur".

"Kemungkinan besar ibunya tiada dokumen," katanya yang enggan mengulas lanjut tentang masalah 'perkahwinan yang tidak teratur' yang dimaksudkan.

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC, T Mohan pula yakin masalah masyarakat India tanpa kewarganegaraan tidak melibatkan jumlah sebesar yang didakwa Naib Presiden PKR N Surendran.

"Saya cabar dia untuk bawa 300,000 orang India dengan masalah kad pengenalan ke Jabatan Pendaftaran Negara.

"Kalau dia gagal, dia kena letak jawatan sebagai naib presiden PKR. Kalau dia berjaya, saya akan letak jawatan," katanya.

NST minta maaf kepada Senator Australia

Posted: 03 May 2012 06:18 AM PDT

MALAYSIA KINI

The New Straits Times telah memohon maaf kepada senator Australia Nicholas Xenophon berhubung satu laporan yang mendakwa beliau membuat ucapan anti-Islam di Parlimen Australia pada tahun 2009.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di lamanweb NST hari ini, akhbar berkenaan berkata ia telah membuat "kesilapan besar" dalam menyiarkan kenyataan dalam artikel tersebut.

NST berkata, dalam ucapannya di Parlimen Australia yang dirujuk dalam artikel tersebut, Xenophon tidak menggunakan perkataan 'Islam' dan tidak pernah menegaskan Islam bukan sebuah pertubuhan agama tetapi sebuah organisasi jenayah yang bersembunyi di sebalik kepercayaan agama.

Atas sebab di atas, tambahnya, akhbar itu menarik balik semua kenyataan yang terkandung dalam artikel terhadap Xenophon dan memohon maaf kepadanya di atas sebarang kesusahan atau rasa malu yang disebabkan oleh artikel tersebut.

Akhbar itu juga telah mengeluarkan artikel tersebut daripada versi dalam taliannya berkuat kuasa serta-merta.

Klip seks: PKR mahu Najib tanggungjawab

Posted: 03 May 2012 06:16 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Azmin Ali
 
Azmin Ali, persona yang dikaitkan dengan skandal video seks
 
 
SHAH ALAM – PKR menggesa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan media kawalan mereka yang terus memfitnah melalui penyebaran beberapa gambar mirip Timbalan Presiden, Azmin Ali baru-baru ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, budaya politik kotor di luar batas adab dan akhlak ini sewajarnya dihentikan kerana ia amat jauh dari pendekatan wasatiyyah yang dilaungkan oleh Najib sendiri, yang juga Perdana Menteri.

Oleh itu kata beliau, PKR mengajak seluruh rakyat menolak dan meninggalkan Umno yang terus mengamalkan politik fitnah menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Umno berada dalam keadaan terdesak kerana kebangkitan dan penolakan rakyat terhadap mereka sepertimana peristiwa terbaru Bersih 3.0 di mana rakyat membebaskan diri dari perasaan takut untuk turun beramai-ramai.

"Umno akan beralih kepada kepakaran sebenar mereka yakni mencipta fitnah. Harapan Umno rakyat dapat melupakan perbuatan ganas polis ke atas rakyat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terus memanipulasikan pilihanraya dan propaganda media kawalan Umno yang membuta tuli mempertahankan fitnah dan kezaliman mereka," katanya dalam satu kenyataan media.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang turut menegaskan Umno harus ditolak dan ditentang habis-habisan kerana menjadi tugas dan kewajipan sesama Islam menolak budaya fitnah.

Baru-baru ini, beberapa keping gambar seorang lelaki didakwa menyerupai Azmin tersebar di internet dan digunakan blog-blog pro Barisan Nasional (BN) untuk menghentamnya. Gambar itu turut menunjukkan adegan lelaki tersebut dengan wanita di dalam tandas.

Pemuda MIC dakwa PKR mulakan pergaduhan

Posted: 03 May 2012 05:50 AM PDT


Pemuda MIC hari ini mendakwa pergaduhan melibatkan anggotanya dan PKR di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya semalam dimulakan oleh parti lawan.

Ketuanya T Mohan berkata, kejadian bermula sewaktu rombongan MIC bertembung dengan rombongan PKR diketuai Naib Presiden N Surendran berhampiran pintu pengawal keselamatan.

NONE"Murali (ketua cabang PKR Puchong) memulakan pergaduhan. Kenapa hanya dia seorang sahaja dipukul dan orang lain tidak langsung cedera?" kata Mohan.

Susulan insiden itu, tambah Mohan, Pemuda MIC bertindak membuat satu laporan polis di Balai Polis Sentul tengah hari tadi.

Kenyataan itu bertentangan sama sekali dengan dakwaan PKR semalam bahawa mereka diserang Mohan dan "samseng" sewaktu mahu berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di pejabatnya.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam, Naib Presiden PKR N Surendran dan ahli Parlimen Kapar S Manickavasagam mendakwa akibat kejadian itu, mereka mendakwa Murali kini terlantar di Hospital Putrajaya.

'Takkan kita tengok saja'


Menceritakan kembali kejadian itu, Mohan mendakwa, penyokong PKR juga membawa kain rentang berunsur provokasi walaupun mendakwa hadir ke sana untuk menyelesaikan masalah kad pengenalan orang India.

NONEMenurutnya lagi, kekecohan berhampiran pintu pengawal keselamatan bermula apabila seorang pemimpin Pemuda MIC ditolak sewaktu kedua-dua rombongan cuba masuk ke pejabat perdana menteri.

"Tiada sesiapa bersetuju dengan tindakan keganasan namun, perkara (di luar jangkaan) berlaku.

"Semasa hendak masuk ke pejabat mula (berlaku) tumbuk-menumbuk," kata Mohan sambil bil mendakwa mereka hanya mempertahankan diri.

"Takkan budak-budak MIC kena pukul kita tengok (sahaja)."

Bagaimanapun, beliau menafikan MIC membawa samseng ke Putrajaya seperti didakwa Surendran.

Kesal orang Islam diperlekeh

Sementara itu, Koordinator Pasukan Siber Nambikei Pemuda MIC G Kalaichelvan menafikan dakwaan Surendran bahawa mereka cuba menyerang seorang pelajar India bermasalah kad pengenalan yang mengikuti rombongan itu.

Sebaliknya, dakwa , Kalaichelvan, Surendran menjadikan bukan itu sebagai "perisai".

Beliau juga mendakwa PKR semalam merperolok-olokkan perdana menteri dengan membawa replika kad pengenalannya" Najib A/L Razak".

"Kita kesal seorang Islam diperlekehkan," kata Kalaichelvan lagi.

Amat keji belasah orang tiada pertahanan diri

Posted: 03 May 2012 05:40 AM PDT

Harakahdaily,
 

KUALA LUMPUR: Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) menegaskan bahawa tindakan memukul dan membelasah secara melampau terhadap orang yang tiada pertahanan diri amatlah dikeji dan tidak boleh dibenarkan sama sekali.

Sehubungan itu, Presidennya, Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad mengucapkan tahniah dan syabas kepada ratusan ribu rakyat Malaysia di atas kematangan, kesungguhan dan keberanian untuk menyuarakan bantahan terhadap kelemahan sistem dan proses pilihan raya negara dalam perhimpunan "Duduk & Bantah" Bersih 3.0 pada 28 April lepas.

Katanya, kehadiran rakyat daripada pelbagai latarbelakang dan kaum tanpa mengira umur, agama, fahaman politik dan kedudukan dalam masyarakat menuntut perubahan dan mesej yang sama perlu dilihat sebagai petanda positif bahawa masa depan negara melangkaui sempadan politik kepartaian dan sistem demokrasi berparlimen semata-mata.

Tambahnya, ia menandakan ada sesuatu yang sangat tidak kena yang memerlukan perhatian dan tindakan serius.

"Rakyat dan masyarakat madani kian matang dan sedar kepentingan integriti, ketelusan dan keperkasaan menuntut kebenaran.

"Proses pilihan raya bukan sekadar proses membuang undi tetapi yang lebih penting ia merupakan proses rakyat mengamalkan hak mereka sebagai warganegara Malaysia untuk menentukan pemerintahan dan pemimpin negara yang sah," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, atas dasar itu maka semua yang berkait dengan pilihan raya sama ada undang-undang, peraturan dan proses semestinya adil, benar dan menjunjung hak rakyat tersebut.

Katanya lagi, sebarang tanda-tanda kecacatan kepada proses khususnya senarai daftar pengundi, pendaftaran pengundi atau status kesahihan pengundi mestilah diatasi dengan pelan perancangan yang teliti.

"Sebarang aduan penyelewengan dan penipuan termasuk rasuah, salahguna kuasa, media berat sebelah dan politik kotor mestilah disiasat dengan bersungguh-sungguh dan dibanteras," katanya.

Tambahnya, sebarang undang-undang dan peraturan yang bercanggah dengan semangat demokrasi dan iltizam rakyat untuk pemilihan yang bermaklumat dan sah mestilah diperbaiki dengan ruang seluasnya diberi untuk menyuarakan pendapat.

"Ikram, walau bagaimanapun, berasa kesal dengan kekasaran dan keganasan yang berlaku selepas perhimpunan telah berjalan dengan aman selama beberapa jam.

"Ikram amat bersimpati dengan mereka yang tercedera semasa perhimpunan dan perhatian rawatan terbaik amat wajar diberikan kepada mereka," ujarnya.

Tegasnya, Ikram mengecam tindakan keganasan oleh mana-mana pihak khususnya oleh pihak berkuasa.

Justeru, katanya Ikram menggesa satu siasatan secara menyeluruh dilakukan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).

Menurutnya, mana-mana pihak yang terbabit dengan tindakan berkenaan perlu dibawa ke muka pengadilan tanpa pengecualian.

"Dalam pada itu, Ikram amat berharap insiden ketika Bersih 3.0 tidak dijadikan alasan kepada Kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memandang ringan tuntutan rakyat dan Bersih," katanya.

Beliau menambah, Ikram menggesa kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menumpu dan memberi perhatian serius kepada semua tuntutan Bersih.

"Oleh kerana sistem demokrasi dan pilihan raya menjadi tonggak kepada kestabilan negara dan rakyat, sangatlah wajar tuntutan-tuntutan tersebut diterima dan dilaksanakan sebelum Pilihan raya Umum ke-13," ujarnya lagi.

Dr Mahathir: Azmin patut saman

Posted: 03 May 2012 05:39 AM PDT

SINAR HARIAN

Tun Dr Mahathir Mohamad
 
Tun Dr Mahathir Mohamad.



KUALA TERENGGANU - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali digesa mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman pihak yang memalukannya berhubung penyebaran gambar yang mengaitkan beliau dengan aksi panas bersama seorang wanita, baru-baru ini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan saman oleh Azmin adalah langkah sewajarnya diambil untuk membersihkan namanya setelah dipalit kontroversi berkenaan.

"Dia boleh nafi itu bukan dia. Saya harap dia bawa orang itu ke mahkamahlah.

Kena saman malu, RM100 juta ke... RM500 juta ke...buat macam tu (penyebaran gambar) nak bagi malu Azmin saja, jadi dia patut bawa ke mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas program Bicara Negarawan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dengan tajuk 'Cabaran Umat Islam Masa Kini : Persepsi dan Realiti' anjuran kerajaan negeri Terengganu dengan kerjasama Institut Pengajian Strategik dan Integriti Terengganu di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan dan lebih 5,000 peserta.

Ketika ditanya pendapatnya tentang kesahihan gambar berkenaan, Dr Mahathir berkata beliau tidak percaya kepada gambar, namun tidak ada apa yang mustahil dalam dunia ini.

"Kadang-kadang kamera dalam tandas pun orang letak juga," katanya.
  
Berikutan penyebaran gambar berkenaan, Azmin yang juga Anggota Parlimen kawasan Gombak, dilaporkan berkata imej lelaki dalam gambar lucah itu bukanlah dirinya dan menganggap ia sebagai fitnah terhadap beliau menjelang pilihan raya umum ke-13.

DI KEPALA BATAS, Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mahu Azmin membuktikan bahawa gambar lelaki dalam aksi panas dengan seorang wanita yang tersiar dalam akhbar dan beberapa laman blog bukan dirinya.

Reezal berkata Anggota Parlimen Gombak itu perlu tampil membuktikan bahawa gambar itu bukan beliau dan bukan hanya menafikannya sahaja.

"Bukan penafian yang orang mahu tahu sebaliknya beliau (Azmin) perlu tampil buktikan bahawa gambar lelaki itu bukan dia dan jangan hanya mahu tuduh kita (Umno) yang sebarkan gambar berkenaan.

"Ini bukan agenda kita (penyebaran gambar Azmin) kerana Pemuda Umno lebih fokus untuk mendekati golongan muda dan membantu rakyat, kita tidak ada masa untuk sebar gambar beliau," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama pemimpin Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kawasan Parlimen Kepala Batas.

Reezal berkata demikian bagi mengulas kenyataan Azmin yang mengaitkan Umno dalam penyebaran fitnah berkenaan untuk mengaibkan beliau dan keluarga.

Beliau dilaporkan berkata fitnah jelik ini disebarkan oleh media yang dikuasai Umno yang memetik sumber blog pro Umno,fitnah itu memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai beliau bersama seorang wanita dalam tandas.

Reezal yang juga Ketua Pemuda Umno Kepala Batas berkata beliau tidak menolak kemungkinan penyebaran gambar berkenaan itu dibuat oleh 'orang rapat Azmin' yang tidak suka dengannya.

"Tidak mustahil rakan-rakannya yang sebarkan kerana ramai  dikalangan mereka tidak suka dengan beliau (Azmin), jadi jangan hanya mahu menuduh Umno," katanya.- Bernama

3 pelajar digantung pengajian mahu cabar keputusan UM di mahkamah

Posted: 03 May 2012 05:32 AM PDT

MOHD ZULFADLI SHARIFUDIN DAN FAKHRURRAZI USULDIN

mahasiswa UM
 
Tiga pelajar Universiti Malaya yang digantung pengajian satu semester dan didenda hari ini, (dari kiri) Safwan, Haziq dan Syahid
 
 
KUALA LUMPUR - Tiga penuntut Universiti Malaya (UM) yang digantung satu semester dan didenda kerana kesalahan berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) menyifatkan hukuman itu sebagai  melampau dan bercadang mahu membawa isu ke mahkamah.

Jawatankuasa Tindakan Tatatertib UM mendapati mereka bersalah kerana mengalungkan bunga ke atas gambar pemimpin negara ketika demonstrasi menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bulan lalu.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohamad Safwan Anang, 23, berkata, "kami memberitahu pada awalnya simbolik kalungan bunga hanyalah sebagai satu sindiran."

"Jika menyebabkan ketenteraman awam terganggu mesti polis dah ambil tindakan dan tangkap kami. Sepanjang perbicaraan, panel hakim hanya mempersoalkan mengenai adab sahaja.

"Mereka (hakim) kata tak sopan dan ini bercanggah dengan nilai budaya orang Melayu. Kami tanya adakah mereka menghormati hak kami berdemo? Mereka mempersetujui  hak berdemo tetapi jangan buat kalungan bunga.

"Mereka kata tak sopan, apa definisi tak sopan? Kami hanya letak kalungan bunga yang boleh ditafsir dengan pelbagai contoh seperti kalungan tahniah atau simbolik kematian hak mahasiswa. Kita kecam sekerasnya hukuman ni dan akan buat rayuan kepada UM," katanya ketika ditemui kampus UM hari ini.

Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini  menegaskan, perbicaraan yang bersidang pagi tadi adalah sesuatu yang mengecewakan.

"Kita berhujah atas undang-undang dan Perlembagaan tapi mereka tidak memberi respons. Mereka (jawatankuasa disiplin tatatertib) akui demo hak bersuara tak boleh tapi mereka lebih menekankan adab isu kesopanan.

"Kita kata itu bukan isu yang patut dibincang, kita berhujah mengenai akta dan perlembagaan, mereka tak boleh jawab. Malah mereka akui hak berdemo. Tindakan ini (hukuman) akan memburukkan nama UM dan ini boleh menjatuhkan ranking UM," katanya.

Syahid berkata, tindakan UM satu konspirasi untuk mematikan suara mahasiswa, dan jika berterusan idealisme anak muda akan mati kerana akan dibayangi oleh perintah Auku.

Pelajar tahun satu jurusan Undang-Undang UM, Mohd Haziq Abdullah Abd Aziz; 20, pula berkata, perbicaraan pagi tadi berat sebelah.

"Hakim menuduh kami, sepatutnya hakim mendengar hujah tertuduh dan mesti ada seorang pendakwa raya, tetapi di sini yang mendakwa menyuruh kami mengaku bersalah adalah hakim sendiri, malah hujah yang diutarakan tidak dijawab mengikut lunas undang-undang.

"Kita akan kemukan rayuan kepada pihak universiti dalam masa dua minggu seperti yang diberikan, malah akan mempertimbangkan untuk membawa hal ini ke mahkamah. Mengenai perkara ini (mahkamah) kami akan umumkan nanti," katanya.

Mereka dikenakan tindakan di bawah Seksyen 16C Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib pelajar-pelajar tahun 1999) dan kesalahan melanggar undang-undang kaedah 3A (i), 3A (ii).

Jawatankuasa Disiplin Tatatertib Pelajar UM menjatuhkan hukuman amaran lisan supaya tidak mengulangi perbuatan itu lagi, denda tidak melebihi RM200 dan pengantungan pengajian selama satu semester kepada tiga mahasiswa SMM.

Bersih 3.0: Polis buru 49 orang lagi

Posted: 03 May 2012 05:25 AM PDT

HASNIZA HUSSAIN

Gambar 49 orang yang dikehendaki polis (Set 4)
Gambar 49 orang yang dikehendaki polis (Set 1)
 
Gambar 49 orang yang dikehendaki polis (Set 4)
Gambar 49 orang yang dikehendaki polis (Set 2)
 
Gambar 49 orang yang dikehendaki polis (Set 4)
Gambar 49 orang yang dikehendaki polis (Set 3)
 
Gambar 49 orang yang dikehendaki polis (Set 4)
Gambar 49 orang yang dikehendaki polis (Set 4)
 
Polis kenal pasti 49 lagi perusuh di Dataran Merdeka
Polis kenal pasti 49 lagi perusuh di Dataran Merdeka


KUALA LUMPUR - Polis telah mengenal pasti 49 orang termasuk seorang wanita, yang dipercayai terbabit dalam kejadian merusuh semasa perhimpunan Bersih 3.0 bertukar ganas dekat Dataran Merdeka, Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kesemua mereka yang kini menjadi buruan polis dipercayai bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu.

Beliau berkata, polis sudah mengenal pasti alamat sebahagian mereka, memapar gambar mereka di akhbar dan meminta mereka hadir secepat mungkin di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Jika mereka enggan, katanya, polis akan bertindak, termasuklah mengesan mereka di rumah. 

Bagaimanapun, beliau tidak memberi tempoh untuk mereka tampil memberi kerjasama.

"Kita juga minta mereka yang ada maklumat, melihat kejadian atau terkilan dengan apa-apa juga tindakan polis semasa bersurai atau mengenai penangkapan ketika perhimpunan Sabtu lalu untuk tampil ke balai polis terdekat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Mereka boleh hubungi pegawai Jabatan Siasatan Jenayah dan Kongsi Gelap Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Aziz di talian 019-2602344 atau 019-3872344.

Maklumat juga boleh disalurkan menerusi emel, azmiaziz@rmp.gov.my.

Dua hari lepas polis menahan seorang lelaki di Seremban, Negeri Sembilan kerana perbuatan sama. Dia didakwa hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohmad mengesahkan menerima 258 laporan polis daripada pelbagai pihak, antaranya peguam, wartawan, orang awam, peserta perhimpunan, peniaga dan anggota polis.

Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti semua laporan itu untuk diambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang negara ini.
"Kita bagi jaminan untuk siasat dengan adil semua laporan itu dan jika perlu tangkap baru kita akan tangkap," katanya.

Berita 'Kematian di depan pejabat PM..' paling popular

Posted: 03 May 2012 05:18 AM PDT

Harakahdaily,



(Salmiyah menerima wang tunai dan penghargaan dari ketua Harakahdaily)


KUALA LUMPUR: Berita yang ditulis oleh Salmiyah Harun bertajuk 'Kematian di depan pejabat PM mengecewakan' telah dipilih sebagai berita paling popular Harakahdaily sepanjang April lepas.

Berita tersebut telah mendapat 10,431 klik dari pengguna facebook dan twitter Harakahdaily sahaja tidak termasuk yang diklik terus dari laman Harakahdaily.

Satu majlis ringkas diadakan di pejabat Harakahdaily hari ini bagi menyatakan penghargaan terhadap Salmiyah yang menulis berita itu.

Selain penghargaan, Salmiyah turut menerima wang tunai tanda pengiktirafan atas berita itu.

Berita kedua paling hangat adalah laporan tentang rumah berharga RM4 juta yang diduduki oleh seorang artis yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Berita bertajuk 'Rumah RM4 juta artis ada hubungan dengan menteri' itu mendapat 9,779 klik dari pembaca facebook dan twitter Harakahdaily.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh berita bertajuk 'Altantuya tunjuk gambar Najib sebelum mati, dakwa ayahnya'.

Harakahdaily memaparkan berita yang terbaik bagi setiap bulan pada dinding pejabatnya bagi memberikan rangsangan kepada wartawannya untuk menghasilkan laporan yang terbaik.

Berikut adalah 10 berita paling popular dalam Harakahdaily sepanjang bulan April lepas.


1) Kematian di depan pejabat PM mengecewakan

2) Rumah RM4 juta artis ada hubungan dengan menteri

3) Altantuya tunjuk gambar Najib sebelum mati, dakwa ayahnya
4) Bagaimana kereta peronda polis diterbalik

5) Nedim, anak menteri yang tidak peduli publisiti negatif

6) Dapat juga saya jumpa Tok Guru – Bob Kuman

7) 2 peserta Bersih cedera parah dirawat di HKL

8) Siapa paling besar....
9) Bila artis dan sastrawan sertai PAS

10) Hanya 1 meter ombak landa Pantai Aceh

Bayan Mutiara: Guan Eng kesal laporan Bernama

Posted: 03 May 2012 05:16 AM PDT

Harakahdaily,
 
 
KUALA LUMPUR: Lim Guan Eng berasa kesal pada Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, Bernama telah menyalahgunakan kebebasan untuk membuat laporan mengelirukan tentang jawapannya dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam berkaitan penjualan tanah Bayan Mutiara secara tender terbuka.
"Semalam, saya mengakui bahawa kerajaan negeri tidak mengikut penilaian yang ditetapkan oleh Jabatan Pernilaian dan Perkhidmatan Harta kerana anggaran harga itu adalah terlalu rendah," ujar Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam satu kenyataan.

Katanya, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dalam surat bertarikh 5 November 2009 telah menganggarkan harga sebanyak RM65 sekaki persegi.

Sebaliknya, jelas Guan Eng kerajaan negeri tidak mengikuti harga R65 sekaki persegi dan menetapkan harga rizab sebanyak RM200 sekaki persegi, iaitu lebih 3 kali ganda daripada penilaian Jabatan Penilaian.

Beliau menambah, dalam tender terbuka yang tutup pada 31.12.2010, pemaju yang tawarkan harga paling tinggi sebanyak RM240 sekaki persegi dipilih ataupun sebanyak RM1.07 bilion untuk 102.56 ekar.

"Malangnya dalam laporan semalam, Bernama enggan menyiarkan harga penilaian yang disyorkan oleh Jabatan Penilaian sebanyak RM65 sekaki persegi tetapi hanya pengakuan bahawa saya tidak mengikut harga penilaian Jabatan Penilaian.

"Ini akan memberikan gambaran bahawa kerajaan negeri telah menetapkan harga yang lebih rendah daripada yang disyorkan oleh Jabatan Penilaian," katanya lagi.

Biasanya, kata beliau kerajaan BN tidak memakai tender terbuka dan akan menetapkan harga yang lebih rendah daripada harga Jabatan Penilaian.

Guan Eng berkata, demi mengelakkan gambaran yang mengelirukan, pejabat beliau telah meminta Bernama membetulkan laporan mengelirukan itu dengan menyiarkan harga penilaian oleh Jabatan Penilaian tetapi Bernama enggan buat demikian.

"Saya kesal dengan keengganan Bernama menyiarkan semua fakta berkaitan yang jelas disengajakan agar memberikan laporan yang mengelirukan," ujarnya.

SPRM perlu siasat dakwaan Najib dapatkan USD1b

Posted: 03 May 2012 05:13 AM PDT

Harakahdaily,   
 

KUALA LUMPUR: Pendakwa Perancis mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapat sejumlah USD1 bilion bagi pihak Perimekar daripada syarikat pembuatan kapal Perancis DCNI, iaitu anak syarikat DCN.

Perkara itu didedahkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam satu sidang media tengah hari tadi.

Dalam satu dokumen yang dihantar Francois Dupont bertarikh 1 Jun 2001 sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan Najib, ketika itu sebagai Menteri Pertahanan pada 14 Julai 2001 kepada kepada D Arnaud.

Menurut kenyataan Suaram, dokumen yang ditandakan nombor 87 dari keseluruhan 153 dokumen itu disita polis Perancis dari pejabat Henri Gide (Thales) pada 28 Mei 2010.

Dokumen itu turut memperinci kronologi lawatan dan tindakan yang bakal diambil Dupont sepanjang lawatannya ke Malaysia, di mana beberapa rancangan antaranya pertemuan dengan Menteri Pertahanan ketika itu.

Justeru, Suaram menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera membuka penyiasatan terhadap pendakwaan awam Perancis ini.

Bagi Suaram, kerjasama penuh kerajaan Malaysia khsusnya dalam kedua-dua moral dan undang-undang ke dalam siasatan yang sedang berjalan di Perancis.

"Kementerian Pertahanan akan datang bersih dan senaraikan ke parlimen syarikat lain yang terlibat dalam proses perolehan dan yang mendapat manfaat daripada sogokan dan komisen," kata Suaram.

5 tuntutan sempena Najib lawat Kelantan esok

Posted: 03 May 2012 05:11 AM PDT

Salmah Mat Husain,
 

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menuntut lima perkara sempena kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan rasminya ke negeri ini bermula esok.

Exco Kerajaan Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar) berkata, Perdana Menteri perlu meluluskan tuntutan kerajaan negeri berhubung pemberian royalti petroleum.

Katanya lagi, pada masa yang sama kerajaan Pusat juga amat wajar menyediakan bajet pembinaan Lebuh raya Kota Bharu-Gua Musang dan lebuh raya Pantai Timur yang telah ditarik balik pembinaannya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khasnya, di Kota Darulnaim, di sini sebentar tadi.

Selain itu, katanya kerajaan Pusat juga perlu membantu kerajaan negeri untuk pembinaan stadium bagi menggantikan yang sedia ada memandangkan sokongan rakyat terhadap bidang sukan di negeri itu semakin meningkat.

"Kerajaan Pusat juga seharusnya menunaikan permohonan kerajaan negeri untuk menaik taraf lapangan terbang di samping menyediakan bantuan untuk pembinaan pelabuhan dan lapangan terbang bertaraf antarabangsa," ujarnya.

Sambungnya, Perdana Menteri sendiri pernah mengisytiharkan negeri ini paling miskin di Malaysia, sewajarnya bantuan dan perhatian diberi secara khusus.

"Walau bagaimanapun kami percaya lawatan Perdana Menteri kali ini ada misi politik disebalik persiapan Umno ingin merampas Kelantan.

"Sudah pasti terlalu banyak umpan, madu dan gula akan ditawar kepada rakyat di negeri ini sebagai cagarannya," ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS negeri.

Beliau bagaimanapun berharap rakyat di negara ini lebih matang menilai pentadbiran kerajaan negeri dalam tempoh 22 tahun ini walaupun difitnah pelbagai agenda buruk oleh pihak lawan.

Umno terdesak guna isu moral lemahkan PKR

Posted: 03 May 2012 05:10 AM PDT

Aslani M | Foto Yusri Amin,   


PASIR PUTEH: Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pula menjadi sasaran Umno semata-mata bagi melemahkan PKR menjelang pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Fariz Musa berkata, Azmin menjadi sasaran kerana beliau merupakan Pengarah Pilihan Raya PKR.

"Mereka mahu melemahkan PKR melalui dakwaan dan tomahan yang tidak berasas menggunakan isu moral, sedang ia sudah tidak boleh diterima orang kampung.

"Saya masih ingat perkara ini bukan baru, sebaliknya sudah 16 tahun lepas tuduhan menggunakan isu moral dilempar terhadap Azmin, tetapi ternyata segala tuduhan itu palsu," katanya pada ceramah isu semasa dan Bersih 3.0 di Bukit Abal malam tadi.

Turut hadir Yang Dipertua PAS Pasir Puteh, Dr Nik Mazian Nik Mohamad, Adun Selising, Saiful Baharin Mohamad, Setiausaha Penerangan PAS kawasan, Abdul Shakur Sharrie dan rombongan NGO Jingga 13.

Sejak dua hari lepas akhbar milik Umno menyiarkan gambar kononnya mirip pemimpin Pakatan didakwa terbabit dengan rakaman aksi panas, seperti disiarkan beberapa blog Umno.

Bagaimanapun Azmin menafikan dakwaan palsu itu dan hari ini beliau menuntut Utusan Malaysia membayar RM100 juta kerana menyiarkan gambar lucah palsu.

Peguam daripada Tetuan Edwin Lim Suren & Soh mengeluarkan surat tuntutan Azmin supaya editornya menarik balik tuduhan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka di muka depan akhbar berkenaan.

Fariz yang juga pengerusi Jingga 13 berkata, segala tuduhan yang melibatkan moral tidak mampu lagi diterima orang ramai.

Pada ceramah tersebut Fariz menayangkan aksi ganas polis terhadap peserta Bersih 3.0 di Kuala Lumpur Sabtu lalu sehingga membangkitkan semangat orang ramai yang hadir.

Biar pun hujan agak lebat menjelang ceramah diadakan, namun orang ramai tetap hadir mengikuti perkembangan semasa terutamanya isu Bersih 3.0.

Sebelum itu Dr Nik Mazian menyampaikan bendera PAS kepada wakil-wakil Unit Peti Undi (UPU) di Dun Selising sebagai menggambarkan gerak kerja pilihan raya sudah bermula.

Bob Kuman meninggal 4.38 petang ini

Posted: 03 May 2012 05:07 AM PDT

Harakahdaily,


PETALING JAYA: Pelakon Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi disahkan meninggal dunia di rumahnya di Apartmen Salvia, Seksyen 11 Kota Damansara, jam 4.38 petang ini.

Menurut jirannya, Razali, buat masa ini jenazah allahyarham masih berada di rumah dan belum diputuskan tempat untuk dikebumikan.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau memberitahu keluarga terdekat allahyarham akan membuat keputusan itu apabila tiba di rumah nanti.

Jenazah dibawa ke Masjid Kota Damansara pada jam 6.30 petang ini untuk dimandikan.

(Gambar: Jenazah Bob Kuman dibawa masuk ke dalam van dibawa ke Masjid Kota Damansara untuk dimandi dan disolatkan.)

NST siasat laporan fitnah senator Australia

Posted: 03 May 2012 04:28 AM PDT

Harakahdaily,   
 

KUALA LUMPUR: Akhbar The New Strait Times (NST) sedang menyiasat laporan wartawannya ekoran bantahan anggota Parlimen Australia, Senator Nicholas Xenophon.

Ketika dihubungi The Malaysia Insider, Ketua Pengarang NST, Abdul Jalil Hamid berkata, "Kami sedang melihat fakta mengenainya."

Hari ini,  Nick Xenophon (gambar) dalam kenyataannya berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar Malaysia yang memaparkan beliau seolah-olah anti-Islam.

Dalam satu kenyataannya yang disiarkan oleh News.com.au, beliau melahirkan rasa terkejut dengan serangan itu.

Nick Xenophon bersama-sama dengan pemerhati antarabangsa berada di Malaysia baru-baru ini termasuk semasa hari perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lepas.

Beliau, dalam misi menjadi pemerhati politik, telah membuat kenyataan menyesali apa yang berlaku dalam perhimpunan itu.

Ekoran itu, media tradisional milik Umno dan BN menyerang peribadi beliau termasuk melebelkan beliau sebagai anti Islam dan pejuang hak lesbian, gay, bisexual dan transgender (lgbt).

NST misalnya melaporkan Nick Xenophon anti Islam semasa berucap dalam Parlimen Australia padahal katanya dalam ucapan itu beliau menggunakan perkataan 'Scientology' dan bukannya Islam.

"Laporan itu palsu sepenuhnya," kata beliau dan akan meminta nasihat undang-undang mengenainya.

"Ia satu fitnah dan saya akan ambil tindakan," katanya.

"Saya terkejut ada yang pergi hingga sebegitu rendah," kata Xenophon sebagaimana dilaporkan oleh media Autralia itu.

Ekoran itu, NST telah membuang laporan berkenaan dari laman webnya.

Media: Suhakam tak boleh terima kekasaran polis

Posted: 03 May 2012 04:26 AM PDT

Harakahdaily,
 

KUALA LUMPUR: Penggunaan kekasaran yang tak seimbang dan tidak sepatutnya terhadap peserta perhimpunan Bersih 3.0 dan juga petugas media adalah satu tindakan pihak polis yang tidak boleh diterima sama sekali.

Demikian ditegaskan oleh Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Hasmy Agam (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) amat kecewa dan bimbang dengan pelbagai insiden yang dilaporkan berlaku semasa perhimpunan awam pada 28 April 2012, termasuk laporan pasukan pemantaunya, khususnya dakwaan pengendalian yang terlalu kasar dan secara sembarangan oleh pihak polis dalam menyuraikan orang ramai.

Suruhanjaya juga terkejut dengan dakwaan layanan polis terhadap petugas media yang mempunyai tanggungjawab untuk merekod, mendokumen dan melaporkan peristiwa yang menarik minat orang ramai secara professional dan beretika; sesetengah daripada mereka dikasari sementara dua wartawan dilaporkan ditahan, di samping peralatan mereka dimusnah dan dirampas oleh pihak penguatkuasa.

Suruhanjaya juga mengambil maklum dengan penuh kebimbangan keadaan di mana kelakuan dan tingkah laku peserta perhimpunan yang tidak dapat dikawal dan menjadi huru hara.

Namun begitu, penggunaan kekasaran yang tak seimbang dan tidak sepatutnya terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media adalah satu tindakan pihak polis yang tidak boleh diterima sama sekali  di mana mereka mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman serta keselamatan awam secara professional lebih-lebih lagi sekiranya diperlukan untuk mengendali dan memudahkan perhimpunan awam.

Suruhanjaya, dalam Laporan Tahunan serta laporan Siasatan Awam berkenaan penggunaan kekerasan yang melampau oleh pihak polis semasa perhimpunan awam, telah berulang kali menyeru pihak berkuasa, agar menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.

Tambahan pula,  Prinsip Asas Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Penggunaan Kekerasan dan Senjata Api oleh Pegawai Penguatkuasaan Undang-undang juga menyediakan bahawa pegawai penguatkuasa undang-undang haruslah, seboleh mungkin, menggunakan cara yang tanpa kekerasan sebelum mengambil keputusan untuk menggunakan kekasaran.

Walaupun Suruhanjaya telah beberapa kesempatan menawarkan diri sebagai mediator antara polis dan penganjur perhimpunan agar satu persetujuan secara konsensus antara dua pihak sebelum perhimpunan dapat dicapai, namun, tawaran tersebut telah ditolak.

Suruhanjaya juga telah beberapa kali menyeru pihak berkuasa untuk membenar dan memudahkan orang ramai untuk berhimpun secara aman.  Ia juga telah menggesa agar polis memudahkan orang ramai untuk melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman dan mengeluarkan pandangan tanpa membahayakan hak orang lain untuk menjalankan kehidupan dan hal ehwal harian dengan gangguan minima.

Peserta di perhimpunan yang seumpama di beberapa tempat lain seperti Georgetown, Kuantan, Johor Bahru, Ipoh, Kuching dan Kota Kinabalu telah dibenarkan untuk berhimpun dan bersurai secara aman, teratur dan bertanggungjawab tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku merupakan satu testimoni kepada kebolehlaksanaan langkah-langkah tersebut.

Suruhanjaya ingin mengulangi pendiriannya bahawa ia mengakui keamanan dan kestabilan adalah yang paling utama dan bahawa ketenteraman awam perlu dikekalkan pada setiap masa, namun ianya juga berpendapat bahawa perhimpunan awam menyediakan ruang untuk orang ramai melahirkan perasaan mereka mengenai isu yang menjadi kebimbangan.

Hak-hak tersebut adalah terkandung dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 20(1) Perisytiharan hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) serta Akta Perhimpunan Aman 2011 dan juga Perkara 19 UDHR mengenai kebebasan mengeluarkan pendapat.

Walau bagaimanapun, dalam usaha ke arah demokrasi yang berfungsi sepenuhnya, Suruhanjaya telah berulangkali menggesa semua pihak untuk melaksanakan hak mereka secara bertanggungjawab dalam memastikan keamanan dan keselamatan semua yang terlibat dilindungi dan yang lebih penting hak orang lain yang terlibat secara tidak langsung juga mesti dihormati dan dilindungi.

Buat ketika ini, Suruhanjaya menyeru orang ramai, pihak media serta pihak berkuasa yang berkaitan yang telah menyaksikan sebarang pelakuan atau insiden mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi manusia semasa perhimpunan 28 April 2012 untuk mengemukakan maklumat, dokumen lain dan bukti yang berkaitan kepada Suruhanjaya untuk siasatan.

Sementara itu, Suruhanjaya akan membincangkan perkara ini, menganalisa bukti yang terkumpul dan mengkaji laporan pemantuan perhimpunan tersebut secara terperinci dalam mesyuaratnya yang akan datang bagi mempertimbangkan tindakan selanjutnya.

Untuk sebarang pertanyaan serta pengemukaan maklumat dan dokumen, sila hubungi:

Kumpulan Aduan, Inkuiri dan Pemantauan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
Tingkat 11, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Tel: 03-2612 5600; Faks: 03-2612 5694/5620
Emel: _ HYPERLINK "mailto: complaints@suhakam.org.my" _complaints@suhakam.org.my_ / _ HYPERLINK "mailto: humanrights@suhakam.org.my" _humanrights@suhakam.org.my_

PKR: Tolak budaya fitnah Umno

Posted: 03 May 2012 04:21 AM PDT

 
Apabila terdesak maka Umno beralih kepada kepakaran sebenar mereka iaitu mencipta fitnah. 




PETALING JAYA: PKR mengutuk keras tindakan terbaru Umno dan para pengendali laman-laman blog upahan mereka yang menjadikan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali sebagai mangsa fitnah mereka.

Setiausaha Agung Dato' Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR menggesa Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak tampil mengambil tanggungjawab dan tidak lagi bersikap 'baling batu sembunyi tangan'.

"Hakikat bahawa media kawalan Umno seperti Utusan Malaysia dan TV3 yang begitu bernafsu
menyambung fitnah terhadap Azmin sekadar mengesahkan peranan Najib yang memberikan laluan lampu hijau.

"Budaya politik kotor yang di luar batas adab dan akhlaq ini sewajarnya dihentikan," kata Ahli Parlimen Machang dalam satu kenyataan media hari ini.

Ujar beliau, budaya fitnah ini amat jauh dari pendekatan wasatiyyah yang dilaungkan oleh Najib dalam pemaknaan dan pengertian dididik dan diteladankan oleh Nabi Muhamad saw melalui rentetan sirah.

"Apabila Umno terdesak menghadapi kebangkitan dan penolakan rakyat terhadap mereka sepertimana peristiwa Bersih 3.0 maka Umno,beralih kepada kepakaran sebenar mereka iaitu mencipta fitnah," jelasnya.

Rakyat mampu beza hak dan batil

Saifuddin menerangkan bahawa harapan Umno agar rakyat dapat melupakan perbuatan ganas polis ke atas rakyat, SPR yang terus memanipulasikan pilihanraya dan propaganda media kawalan Umno yang membuta tuli mempertahankan fitnah dan kezaliman mereka.

"PKR lantas mengajak rakyat mengambil pengajaran daripada peristiwa fitnah yang menimpa isteri kesayangan Nabi Muhamad saw Ummul Mukminin Aisyah ra yang difitnah berbuat jahat dengan seorang sahabat yang terkenal wara' dan kebaikannya.

"Peristiwa ini mendedahkan peranan golongan munafik yang mencipta dan menjaja fitnah ini. Golongan ini wajib ditolak dan ditentang habis-habisan.

"Peristiwa ini juga memberi pengajaran bahawa membanteras perbuatan fitnah menjadi tugas dan kewajipan sesama Muslim demi melindungi dan memelihara maruah saudara seagama," tegas beliau.

Justeru  itu katanya, PKR mengajak rakyat seluruhnya menolak dan meninggalkan Umno yang terus mengamalkan politik fitnah pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

"Rakyat semakin matang dan jika Umno beranggapan mereka terus boleh kekal berkuasa dengan politik fitnah ini ternyata Umno silap besar. Rakyat mampu membezakan di antara haq-batil, adil-zalim dan mahmudah-mazmumah," ujar beliau.

28 April hari kemenangan rakyat

Posted: 03 May 2012 04:09 AM PDT


Tarikh itu juga harus dikenang sebagai hari kemerdekaan dan penyatuan rakyat di mana ia merupakan himpunan terbesar rakyat Malaysia.

 

Oleh Badrul Hisham Shaharin


Pada 28 April 2012, waktu itu lebih kurang jam 7 petang berdekatan Masjid India Kuala Lumpur.

Ketika saya bersama seorang rakan melihat beberapa anggota polis beruniform tanpa tanda nama seolah merusuh merosakkan beberapa gerai penjaja di hadapan Masjid India, tiba–tiba saya dikerumun oleh sekumpulan lebih 15 anggota polis beruniform terus memukul, menumbuk, menendang saya dan kawan saya berkali kali.

Saya turut dipukul dengan objek tumpul.  Dalam keadaan lemah saya dibawa berjalan kaki dari kawasan Masjid India ke Dataran Merdeka berjalan kaki melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman. Sepanjang perjalanan ramai lagi anggota polis berlari datang memukul saya.

Sampai di Dataran Merdeka anggota polis yang membawa saya terus menjerit, "Woi, ni ha chegubard orang kuat Anwar bontot!"

Serentak dengan itu saya terus dikerumun berpuluh–puluh anggota polis (semuanya berunifrom) memukul dengan perbagai gaya, saya muntah, darah keluar dari telinga, luka di kepala, hidung dan mulut.

Saya jatuh terus dipijak dan disepak. Saya diangkat, saya merayu meminta belas kasihan, namun ketika itu seorang anggota polis terus melompat dan menendang dada saya.

Rayuan saya sia-sia kerana saya hanya merayu kepada manusia yang hatinya telah bertukar menjadi binatang. Saya rebah ketika itu ada yang menjerit rampas telefon dia.

Saya cuba rebahkan badan mengiring ke kiri kerana telefon bimbit saya dalam poket kiri. Ada polis seluk poket kanan saya dan mengeluarkan sesuatu dan menunjukkan kepada kawannya sambil bersorak.

Di mana saya sedar kemudiannya wang tunai kira–kira lebih RM200 dalam poket kanan telah hilang.

Anggota polis ada yang menghina dengan perkataan lucah (seperti mak kau ni pelacur), maki hamun bersifat permusuhan kaum dan agama (seperti kau ni hamba keling, kau pun pergilah sembah patung macam keling).

Malah saya turut di ugut bunuh dengan menyatakan kalau berani buatlah report panggil media, jangan harap kami akan kena tindakan tetapi kau yang akan kena pijak sampai mampus. Saya juga diludah.

'Kau bunuh polis ya'……..

 
Ada juga anggota polis yang sebut "kau bunuh polis ya……..kalau aku bunuh kau tak siapa tahu tau."

Sampai di hujung padang Dataran Merdeka, saya dimasukkan ke dalam trak bersama kawan saya dan dalam trak ada 13 orang lagi. Trak tertutup dengan ruang udara amat terhad amat panas, dalam keadaan berhimpit, kesakitan dan luka kami dibiarkan.

Tiga puluh minit terbiar di Dataran Merdeka sebelum trak berjalan, hampir sejam perjalanan dan 30 minit terus dibiar apabila tiba di destinasi Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak.

Di Pulapol saya mohon untuk membuat laporan polis tetapi anggota polis cuma suruh saya tunggu. Saya tolak untuk dapat rawatan dalam tahanan. Tidak ada sebarang kenyataan diambil. Saya hanya diminta serahkan MyKad dan gambar saya dirakamkan.

Saya hanya dibebaskan sekitar jam 2.30 pagi dan dipaksa menaiki bas dan turun dipintu belakang Pulapol.

Saya terus dikejarkan oleh teman–teman yang menanti diluar untuk mendapatkan rawatan di HUKM, Cheras.

Saya mohon satu siasatan dan tindakan wajar diambil. Jelas sejak dari awal perhimpunan sebelum apa–apa berlaku, polis sudah tidak memakai tanda nama? Maknanya mereka sudah merancang untuk mengganas dari awal? Adakah semua ini dirancang oleh pihak atasan?

Saya tegaskan walaupun dipukul dan dihina teruk saya tidak menyalahkan anggota polis. Polis juga mangsa seperti rakyat lain. Polis telah diperbodohkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Pertama sekali bayangkan jika Dataran Merdeka dibuka, semua akan berlangsung aman. Polis telah dipergunakan oleh Najib Razak yang penuh ketakutan dengan bayang–bayang sendiri kerana pilihanraya terlalu hampir tetapi dia sedar kebencian rakyat terhadapnya pula tidak berkurangan.

Keduanya kalau ada pun kesalahan, ada beberapa peserta demonstrasi tolak halangan polis kerana termakan provokasi tetapi kami tetap tidak langgar perintah mahkamah iaitu kami tidak memijak padang Dataran Merdeka.

Namun tolakan terhadap halangan polis itu yang kemudian jelas semua berundur tidak sama sekali menghalalkan rakyat dipukul, cubaan polis menggunakan kenderaan melanggar demonstran di kawasan yang ternyata jauh dari kawasan perintah mahkamah.

Hari Rusuhan Polis


Saya melihat sendiri kejadian sekumpulan anggota polis sekitar sejam setengah sebelum saya ditahan saya berada di hadapan Hotel Quality Jalan Raja Laut.

Bagaimana sekumpulan anggota polis bermotosikal dan berkereta (termasuk MPV) memandu laju cuba melanggar demonstran dan berhenti serentak mengejar demonstran lalu menarik beberapa yang berjaya ditangkap untuk dibelasah di tengah-tengah kumpulan mereka.

Saya yang kebetulan ada di situ bersama beberapa anak muda menegur seorang anggota polis yang menarik tudung seorang wanita tua. Malangnya saya dihalakan pistol dan dijerkah supaya diam.

Kononnya polis bertindak kerana khabar angin ada anggota polis mati. Khabar angin ini dibawa oleh agen–agen BN sendiri. Polis sendiri bertindak kerana tertipu dengan agen BN, polis dimangsakan.

Umno-BN menipu dan 'brainwash' polis untuk menukar mereka supaya menjadi alat regim yang hilang pertimbangan.

Polis perlu sedar hakikat ini. Kalau bersalah pun saya tujukan kepada anggota atasan polis yang sedar dan bersekongkol dengan pemimpin regim memperkudakan anggota bawahan di lapangan. Najib Razak dan sepupunya Hishammuddin Hussein perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap apa yang terjadi.

Tarikh 28 April 2012 harus dikenang sebagai Hari Rusuhan Polis yang memukul, melanggar, menangkap, memaki hamun, mencuri, merosakkan harta benda kerana diperalat dan diperdaya regim BN.

Selain itu tarikh itu harus dikenang sebagai hari kemerdekaan dan penyatuan rakyat dimana ia merupakan himpunan terbesar rakyat

Malaysia perbagai latar belakang bersatu dalam menuntut kebaikan untuk negara tercinta.

Jika benar penganjur berniat jahat, bayangkan kekuatan 200,000 lebih orang kalau digunakan untuk berdepan dengan hanya 10,000 anggota polis pasti tidak mampu ditahan lagi.

Namun itu bukan tujuannya. Jangan lari fokus mengenai siapa pecah pagar atau sebagainya… isu utamanya ialah jangan ada PRU sebelum senarai pemilih dibersihan, pembersihan SPR harus bermula dengan Ketua dan Timbalannya yang jelas ahli Umno harus letak jawatan.

Mana ada dalam dunia pengendali pilihanraya anggota parti politik? Bayangkan jika perlawanan bola sepak pengadil turun ke padang memakai jersey salah satu pasukan sudah tentu kecoh stadium.


*Penulis yang juga dikenali sebagai Che'GuBard, ialah Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia dan Ketua Cabang PKR Rembau.

‘Tutup tol Batu Tiga, Sg Rasau’

Posted: 03 May 2012 04:05 AM PDT

 
Selepas hampir 20 tahun beroperasi kadar kutipan kedua-dua plaza tol ini telah meningkat hampir dua kali ganda. 




PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor terus menggesa Kerajaan Persekutuan menutup operasi tol Batu Tiga dan Sungai Rasau dengan segera sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Gesaan itu juga akan disusuli dengan satu demonstrasi aman pada 13 Mei ini di kedua-dua tol tersebut.
Menurut Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri selepas hampir 20 tahun beroperasi kadar kutipan kedua-dua plaza tol ini telah meningkat hampir dua kali ganda.

Kutipan tol yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1993 itu bermula dengan kadar 60 sen (Batu 3), 50 sen (Sungai Rasau) dan kini mencecah RM1.10 (Batu 3) dan RM1 (Sungai Rasau), kedua-duanya untuk kenderaan kelas 1.

Merujuk kepada penyata rasmi parlimen ternyata operasi kedua-dua plaza tol ini bertujuan untuk memindah beban pembayaran kos pembinaan dan pembesaran jalan Lebuhraya Persekutuan sepanjang 18 kilometer berjumlah RM357 juta kepada rakyat.

Tanggungjawab kerajaan

 
"Ini seharusnya tidak terjadi memandangkan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan semua kemudahan termasuk lebuhraya untuk manfaat semua rakyat.

"Jika dihitung secara terperinci keuntungan yang diperolehi oleh PLUS menerusi operasi kedua-dua plaza tol itu ternyata kos pembinaannya mampu dibiayai menerusi kutipan tol dalam tempoh kurang dari tiga tahun sahaja," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR Selangor di sini tengah hari tadi.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama para pimpinan PKR Selangor turut menyatakan sokongan penuh di atas kepimpinan

Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali walaupun dilanda dakwaan berhubung foto skandal seks baru-baru ini.

Menurut Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin parti tidak akan terperangkap dengan permainan Umno -Barisan Nasional (BN) dan menyifatkan ini merupakan sidang media terakhir untuk menjawab segala pertuduhan didakwa dilakukan Umno-BN.

"Parti tidak akan melayan fitnah seperti ini sebab ia hanya perangkap untuk alih tumpuan pilihan raya. Kami mendesak agar Umno-BN jangan cuba guna taktik seperti ini untuk jatuhkan pimpinan Selangor," kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang dan Ketua Wanita . parti itu.

BBC selar siaran liputan Bersih 3.0 ditapis

Posted: 03 May 2012 03:58 AM PDT


KUALA LUMPUR —  British Broadcasting Corporation (BBC) menyelar tindakan penapisan Malaysia berhubung liputan mereka sewaktu Bersih 3.0 Sabtu lalu apabila liputan mereka dikeluarkan daripada laporan Astro.

"Ketika minggu Hari Keamanan Media Dunia, adalah bagus sekiranya kebebasan dan berita yang tidak berat sebelah dipaparkan.

"Kami menyelar terhadap sebarang tindakan menghalang berita yang dipercayai yang kami siarkan seluruh dunia termasuk rakan penyiaran," kata wakil BBC melalui emel kepada  The Malaysian Insider.

Syarikat penyiaran British itu menambah, mereka membuat "permohonan segera" kepada Astro agar memberikan sebab mengapa menapis siaran dua minit terhadap protes ganas tersebut.

"BBC meminta penjelasan segera kepada Astro untuk mengemukakan alasan mereka.

"Laporan anti Kerajaan di Malaysia telah disunting sebelum disiarkan di televisyen satelit Malaysia, dengan bahagian tersebut dipindahkan daripada versi asal BBC," katanya.

Menurut laman YouTube yang boleh diperolehi dalam kenyataan tersebut, laporan BBC ketika Bersih 3.0 telah dipendekkan kepada beberapa saat termasuk rakaman dengan dua perusuh.

Video berkenaan menunjukkan perbezaan laporan BBC dan yang disiarkan oleh saluran Malaysia boleh di tonton di:http://www.youtube.com/watch?v=yTGogMq9NZ0

Ketika sesi temuramah dengan seorang lelaki, dipercayai berbangsa Cina, dia telah berkata kepada BBC polis telah melepaskan gas pemedih mata apabila perusuh berhasrat untuk berunding.

"Mereka melepaskan gas pemedih mata berbanding meminta maaf, kami tahu ia hanya tembakan tidak sengaja, kami cuba tawarkan perdamaian, tapi mereka tetap melepaskan tembakan," katanya.

Dalam temu ramah selanjutnya, seorang lelaki India telah menjelaskan alasan beliau menyertai perhimpunan tersebut dan secara tiba-tiba bertukar ganas ketika jam 3 petang pada Sabtu.

"Saya ke sini untuk melihat apa yang ada pada pilihan raya yang adil dan bebas. Itu sahaja.

"Kami mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bebas dan bersih. Ketika ini, ia tidak bebas. Okay? Jadi saya berhasrat untuk berada di sini kerana ia hari bermakna buat Malaysia," katanya dikelilingi ribuan peserta yang hadir sebelum halangan di Dataran Merdeka diruntuhkan.

Laporan televisyen tempatan turut mengeluarkan bahagian lain laporan BBC, yang mana menunjukkan rakaman dari sudut atas polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah perusuh.

Kata-kata koresponden BBC, Emily Buchanan turut dikeluarkan daripada petikan berkenaan.

"Tidak jelas bagaimana keganasan itu bermula," katanya dalam petikan yang disiarkan.

".... namun selepas perhimpunan itu diisytiharkan berjaya dan orang ramai mula pulang ke rumah, halangan itu diruntuhkan ...," katanya dalam petikan yang disensorkan.

"... pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata ke arah perusuh," katanya, dan petikan rakaman itu disiarkan.

Perhimpunan Sabtu lalu memberikan laporan negatif terhadap media antarabangsa, yang mana menyelar pentadbiran Najib.

Menurut BBC, walaupun jumlah peserta yang besar, kerajaan dilihat tidak berminat untuk berubah dan pilihan raya dijangka bakal berlaku Jun depan, terlalu awal untuk pembaharuan dilaksanakan.

"Ini bermakna, akan ada lebih banyak penentangan politik."

Perhimpunan Bersih kali ini lebih ganas daripada 9 Julai tahun lalu, Bersih 3.0 telah bertelagah mencari kesalahan kerajaan dan pembangkang siapa yang menjadi pencetus keganasan antara polis dan perusuh.

Polis sahkan keluarga Nayati bayar wang tebusan kepada penculik

Posted: 03 May 2012 03:54 AM PDT


 
Nayati (tengah) berbaju hijau
 
 
KUALA LUMPUR — Pihak polis hari ini mengesahkan keluarga Nayati Shamelin Moodliar kanak-kanak yang diculik 27 April lalu, telah membuat sejumlah bayaran wang tebusan kepada penculik.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, bayaran wang tebusan tersebut telah dibuat di Cheras, namun beliau tidak mendedahkan jumlah bayaran tersebut.

"Pihak keluarga membuat keputusan untuk membayar wang tebusan.

"Bayaran itu telah dibuat di satu kawasan di Cheras," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Pilis Kontinjen Kuala Lumpur di sini.

Nayati telah ditemui jam 7.30 pagi tadi kawasan Rehat dan Rawat hentian Sungai Buloh  selepas enam hari diculik.

Menurut Mohmad, Nayati dikatakan telah menghubungi keluarganya menggunakan telefon bimbit yang ditinggalkan penculik bagi menghubungi keluarganya.

"Polis masih akan meneruskan siasatan bagi menangkap penjenayah, dan kes ini akan disiasat di bawah Akta Culik 1961, yang sekiranya didapati bersalah, akan dijatuhkan hukuman mati.

"Buat masa ini, pihak polis masih lagi belum membuat sebarang tangkapan berhubung kes ini," tambah Mohmad lagi.

Keluarga Nayati dalam kenyataan sebelum ini berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan memberikan sokongan kepada mereka sejak beberapa minggu lalu selepas kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu diculik dari perkarangan sekolahnya di sini.

Sham and Janice Moodliar, yang gembira dengan penemuan anak mereka berkata anaknya itu berada dalam keadaan selamat walaupun trauma dengan insiden tersebut.

"Kami bersyukur kerana Nayati selamat kembali ke pangkuan kami walaupun kejadian itu pasti memberikan kesan trauma kepadanya, namun begitu, dia dalam keadaan yang baik sekarang ini.

"Kami tidak dapat melahirkan betapa kami berbangga dengannya yang terpaksa mengharungi kejadian berkenaan.

"Kami telah menerima sokongan daripada rakan-rakan di Kuala Lumpur dan juga dari seluruh dunia.
"Kami tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata untuk mengucapkan tanda terima kasih kami, tapi kami tidak akan lupa jasa baik yang telah diberikan kepada keluarga kami," kata Moodliars dalam satu kenyataan yang dikeluarkan akhbar The Star Online hari ini.

Nayati ditemui di Rawang pada 7.30 pagi hari ini dan disatukan semula dengan keluarganya.

Keluarga berasal dari Belanda itu berkata mereka akan terus menetap di sini walaupun insiden penculikan ke atas anak mereka itu.

Kenyataan tersebut turut menyatakan Moodliars turut bersyukur dan terkejut dengan sokongan padu,
termasuk dari luar negara, walaupun mereka tidak pernah bertemu sebelum ini, menghulurkan bantuan dalam bentuk masa, bantuan teknikal, dan juga kadangkala wang ringgit tanpa mengharapkan balasan.

Keluarga itu turut berterima kasih kepada pihak polis atas bantuan dan pengorbanan mereka atas kepulangan Nayati.

"Mereka bersungguh-sungguh untuk memastikan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini terhadapnya," katanya.

Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada kedutaan Belanda, dan duta mereka Paul Bekkers untuk sokongan moral dan bantuan teknikal yang dihulurkan kedutaan terbabit.

Sejak Bila Azmin Ali Pasang Misai?

Posted: 02 May 2012 07:59 PM PDT


KELAB GREENBOC


Aksi Fitnah :Kenapa 'Azmin' Ada Misai??

Sebahagian petikan tulisan daripada blog MSO Merah Tinta;

Laporan ini (fitnah) adalah kerja cemar dan kotor mereka dari kalangan anak cucu Firaun, Abu Lahad dan Abu Jahal. Kali ini digambarkan Azmin berfoya-foya dengan seorang gadis di dalam jambatan tahi. Nampaknya pemiftnah ini sudah kehabisan sampai sanggup masuk melakukan adigen itu sampai ke jambtan tahi. Semua orang boleh nilai sejauh mana cerdik atau bersihnya orang yang melakonkannya.

Beberapa keping gambar memaparkan 'wajah' Azmin. Tetapi malangnya gambar itu dalam bentuk mering (kabur) dan tidak menjelaskan muka sebenarnya.

Kalau gambar lelaki itu Azmin kenapa ianya tidak memaparkan muka secara jelas, kenapa harus dimiring dan dikaburkan. Tektik ini tektik lama yang kambing tiada akal pun sukar untuk mempercayai, apa lagi orang yang waras dan bermoral akan menolaknya.

Cara Bikin Gambar Fitnah!!

Persoalan pertama, betul apa yang dikatakan oleh MSO, kenapa dikaburkan gambar tersebut!! Tujuannya adalah kerana nak memfitnah!! Caranya;

Cari seseorang yang mirip kepada Azmin.
Cari gambar-gambar sebelum ini untuk memadankan warna baju yang dipakai Azmin sebelumnya.
Cari baju yang bersesuaian. Gayakan lagak Azmin.
Pasang CCTV di tempat-tempat tertentu. Lakukan aksi dengan mengaburkan kejelasan gambar!!
Siap!! Dalam politik semuanya boleh diatur asalkan duit!!

Pssst :Lama saya merenung gambar 'Azmin' terutamanya gambarnya di Kosmo. Gambar blog asal juga diperhatikan. Saya nampak 'Azmin' dah ada misai [gambar kanan bawah]. Lain daripada gambar-gambar Azmin sebelum ini yang tak pernah bermisai!! -ekeleh.com

Demi politik, Umno halalkan laporan lucah

KUALA LUMPUR: Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno sudah sangat terdesak sehingga sanggup 'menghalalkan' laporan berunsur lucah di akhbar milik mereka.

Beliau merujuk kepada laporan muka depan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan gambar aksi lucah didakwa memaparkan seorang lelaki mirip Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

"Kenapa isu-isu seperti ini yang diangkat untuk mendapat keuntungan politik?

"Saya lihat Umno sudah sangat terdesak sehingga tindakan menyiarkan gambar-gambar seperti ini pun sudah menjadi 'halal'," katanya di Facebook.

Selain Utusan, beberapa media lain turut melakukan perkara sama dengan menyiarkan beberapa keping gambar berunsur lucah itu di muka depan.

Ianya turut disiarkan dalam laporan berita televisyen yang dikawal Umno.

Sambil mengutuk keras tindakan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pemberitaan cara akhbar Umno itu hanya akan meruntuhkan akhlak orang muda.

Keterangan untuk gambar disiarkan di muka depan itu antara lainnya disebut akhbar milik Umno itu sebagai "aksi panas dengan seorang wanita di dalam tandas."

Laporan itu juga menyebut, gambar berkenaan merupakan sebahagian daripada sejumlah foto yang dikutip daripada blog pro-Umno .

"Apa yang mereka lakukan ini menjerumuskan generasi muda kepada keruntuhan akhlak dan budaya seks songsang," katanya lagi.
-HD

Siasat segera penyebar gambar lucah – Dr Muhd Nur

KUALA LUMPUR 2 Mei: Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap penyebar gambar lucah yang kononnya dikaitkan dengan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhamad Nur Manuty menegaskan demikian supaya individu terlibat tidak terlepas daripada menerima hukuman setimpal.

Kata beliau, tindakan jahat Umno itu berterusan dengan harapan bagi menjatuhkan potensi pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

"Kita desak ambil tindakan segera, ini satu lagi kejahatan Umno yang suka aibkan orang. Mereka tidak pernah takutkan azab Allah.

"Umno sebenarnya sudah ketandusan idea sehingga sanggup menggunakan isu-isu seks untuk jatuhkan pemimpin PR," katanya kepada Keadilan Daily.

Muhamad Nur berkata, usaha mengaitkan Azmin dengan isu gambar seks tidak akan mampu menggoyahkan sokongan kerana rakyat mula sedar itu hanya fitnah Umno.

"Umno sudah terdesak, terpaksa membuat kerja-kerja gila tanpa pertimbangan moral.

"Sama juga akhbar Umno yang menjadi penyebar fitnah, sebab itu tokoh wartawan India mengatakan laporan media kerajaan tidak ada nilai lagi. Sebaliknya media randan sembang-sembang mereka lebih dipercayai," katanya.

Semalam, blog pro Umno antaranya, papagomo.com dan brojinggo.blogspot.com menjadi penyiar utama gambar lucah tersebut sehingga menjadi berita muka depan akhbar propaganda Umno khususnya Utusan Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, Azmin mengecam sekeras-kerasnya fitnah itu yang mengaibkan beliau dan keluarga.
-KD

Ulasan GB

Ya, nampak macam lelaki yang dipaparkan itu ada menyimpan misai sedang semua orang tahu, Azmin sentiasa mencukur misainya. Apa-apa pun kita mungkin kena tunggu "video versi hd" yang dikatakan akan disebarkan untuk mempastikannya.

Namun yang ketara sekarang ini ialah gambar-gambar yang dikatakan cekupan dari video yang hendak disebarkan itu ialah "ketiadaan tarikh". Mungkin pihak produksi sudah belajar dari kesilapan semasa mengeluarkan video seks Anwar dimana kewujudan tarikh di rakaman cctv itu telah menyebabkan video berkenaan gagal sebelum sempat masuk pawagam lagi.

Terbaru, Umi Hafilda menyatakan 99.99% gambar itu ialah gambar Azmin, sama macam kenyataan seorang peguam pencacai semasa video Anwar apabila menyatakan laporan dari "pakar luarnegara" menyatakan 99% sama dengan Anwar.

Kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه


Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Kita juga ingin mengingat keapda semua pihak yang terlibat di dalam "konspirasi" ini bahawa Allah sudah berfirman:

Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]

Laporan sebelum ini
klik untuk baca


Ketua Wanita MCA Melaka pertahan tindakan

Posted: 02 May 2012 07:43 PM PDT

MALAYSIA KINI
Ketua Wanita MCA Melaka Datuk Kian Sit Har mempertahankan tindakannya serta tidak akan meletak jawatan dalam parti kerana menghadiri perhimpunan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir pada Sabtu lepas.
  
Katanya beliau menghadiri perhimpunan itu atas kapasiti peribadi dan sebagai waraganegara yang prihatin.
  
"Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, saya menyokong dua perkara penting yang diketengahkan dalam perhimpunan itu iaitu menghapuskan rasuah dan supaya pilihan raya umum akan datang ini berlangsung dalam keadaan adil dan bersih.

"Perkara ini baik untuk rakyat keseluruhan dan saya menghadirinya kerana saya rasa dua perkara sebagai isu nasional ini perlu disokong," katanya ketika dihubungi Bernama semalami.
  
Kian diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam bahawa Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta beliau meletak jawatan sebagai Ketua Wanita MCA kerana penglibatannya dalam perhimpunan yang disokong pembangkang itu.

Mohd Ali yang juga Pengerusi BN Melaka menyifatkan tindakan pemimpin veteran MCA itu sebagai satu sabotaj dan menikam BN dari belakang yang akan menyusahkan MCA dan BN.
  
Mengulas lanjut, Kian berkata tindakannya itu tidak sama sekali dilihat sebagai anti kerajaan.
  
"Saya berasa saya tidak bersalah dalam hal dan kehadiran saya sebagai warganegara yang prihatin dalam isu nasional ini," kata bekas senator itu.- Bernama

Tiada ulasan: