Selasa, 1 Mei 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Penyamar Peserta BERSIH 3.0, Cuba Perhatikan Gambar Ini

Posted: 01 May 2012 06:29 AM PDT



 




Klik untuk besarkan imej.

P/s: Pemimpin yang juga blogger UMNO menulis di dinding FBnya bahawa pasukan polis dibahagi kepada dua termasuk yang memakai baju BERSIH 3.0 dan gelang kuning. Dakwanya, ada 2 ribu anggota polis menyamar sebagai peserta BERSIH 3.0 termasuklah rakannya yang masih berkhidmat. Kalau fitnah, mengapa polis tidak mengambil tindakan terhadap kenyataan beliau? Mengapa media tidak menyentuh hal ini? Jika tiada tindakan, maka fikirkan TUJUAN polis memakai baju BERSIH, nak sokong BERSIH atau dan burukkan BERSIH?



Susulan Dakwaan Tapis Berita BERSIH 3.0, BBC Selar Stesen TV Berbayar Astro

Posted: 01 May 2012 05:06 AM PDT



[TMI] KUALA LUMPUR, May 1 — British Broadcasting Corporation (BBC) menyelar tindakan penapisan Malaysia berhubung liputan mereka sewaktu Bersih 3.0 Sabtu lalu apabila liputan mereka dikeluarkan daripada laporan Astro.

"Ketika minggu Hari Keamanan Media Dunia, adalah bagus sekiranya kebebasan dan berita yang tidak berat sebelah dipaparkan.

"Kami menyelar terhadap sebarang tindakan menghalang berita yang dipercayai yang kami siarkan seluruh dunia termasuk rakan penyiaran," kata wakil BBC melalui emel kepada The Malaysian Insider.

Syarikat penyiaran British itu menambah, mereka membuat "permohonan segera" kepada Astro agar memberikan sebab mengapa menapis siaran dua minit terhadap protes ganas tersebut.

"BBC meminta penjelasan segera kepada Astro untuk mengemukakan alasan mereka.

"Laporan anti Kerajaan di Malaysia telah disunting sebelum disiarkan di televisyen satelit Malaysia, dengan bahagian tersebut dipindahkan daripada bersi asal BBC," katanya.

Menurut laman YouTube yang boleh diperolehi dalam kenyataan tersebut, laporan BBC ketika Bersih 3.0 telah dipendekkan kepada beberapa saat termasuk rakaman dengan dua perusuh.

Video berkenaan menunjukkan perbezaan laporan BBC dan yang disiarkan oleh saluran Malaysia boleh di tonton di:http://www.youtube.com/watch?v=yTGogMq9NZ0

Ketika sesi temuramah dengan seorang lelaki, dipercayai berbangsa Cina, dia telah berkata kepada BBC polis telah melepaskan gas pemedih mata apabila perusuh berhasrat untuk berunding.

"Mereka melepaskan gas pemedih mata berbanding meminta maaf, kami tahu ia hanya tembakan tidak sengaja, kami cuba tawarkan perdamaian, tapi mereka tetap melepaskan tembakan," katanya.

Dalam temu ramah selanjutnya, seorang lelaki India telah menjelaskan alasan beliau menyertai perhimpunan tersebut dan secara tiba-tiba bertukar ganas ketika jam 3 petang pada Sabtu.

"Saya ke sini untuk melihat apa yang ada pada pilihan raya yang adil dan bebas. Itu sahaja.

"Kami mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bebas dan bersih. Ketika ini, ia tidak bebas. Okay? Jadi saya berhasrat untuk berada di sini kerana ia hari bermakna buat Malaysia," katanya di sekeliling ribuan peserta yang hadir sebelum halangan di Dataran Merdeka diruntuhkan.

Laporan televisyen tempatan turut mengeluarkan bahagian lain laporan BBC, yang mana menunjukkan rakaman daripada atas polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah perusuh.

Kata-kata koresponden BBC, Emily Buchanan turut dikeluarkan daripada petikan berkenaan.

"Tidak jelas bagaimana keganasan itu bermula," katanya dalam petikan yang disiarkan.

".... namun selepas perhimpunan itu diisytiharkan berjaya dan orang ramai mula pulang ke rumah, halangan itu diruntuhkan ...," katanya dalam petikan yang disensorkan.

"... pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata ke arah perusuh," katanya, dan petikan rakanan itu disiarkan.

Perhimpunan Sabtu lalu memberikan laporan negatif terhadap nedia antarabangsa, yang mana menyelar pentadbiran Najib.

Menurut BBC, walaupun jumlah peserta yang besar, kerajaan dilihat tidak berminat untuk mengubah dan pilihan raya dijangkal bakal berlaku Jun depan, terlalu awal untuk pembaharuan dilaksanakan.

"Ini bermakna, akan ada lebih banyak penentangan politik."

Perhimpunan Bersih kali ini lebih ganas daripada 9 Julai tahun lalu, Bersih 3.0 telah bertelagah mencari kesalahan kerajaan dan pembangkang siapa yang menjadi pencetus keganasan antara polis dan perusuh.
 
 
 
P/s: Orang BAYAR Astro untuk menonton siaran/rancangan asal yang dibeli daripada stesen luar negara. Apa hak Astro untuk menapis sesuatu yang tidak selari dengan kepentingan politik Regim Najib?
 
  Orang ramai sudah mempelekeh kredibiliti RTM dan Media Prima, adakah Astro mahu menyertai media pengampu itu?

Kalaulah perkhidmatan Astro ini tidak bersifat monopoli, rasanya sudah banyak pelangganyang meninggalkan stesen TV berbayar ini!




Gambar BLOW JOB di Tandas, Sila Baca Kenyataan Azmin Ali

Posted: 01 May 2012 01:00 AM PDT

Salah satu gambar yang disiarkan di sebuah blog khusus untuk mengaibkan Azmin.

Saya mengecam sekeras – kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang dikuasai UMNO yang memetik sumber blog pro UMNO. Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas.

Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Saya amat kesal memandangkan tindakan ini adalah fitnah bersiri terhadap saya dan keluarga selepas fitnah jijik ke atas isteri dan anak saya, disusuli dengan dakwaan pemilikan saham kemudiannya saya dituduh menghina Raja – Raja Melayu dan baru- baru ini saya ditohmah mencetuskan provokasi dalam Himpunan Aman Bersih 3.0.

Sebelum ini saya dan isteri serta anak kecil saya telahpun melakukan ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998. Kedua-dua keputusan ujian tersebut menempelak fitnah ke atas saya, isteri dan keluarga. Hasil ujian jelas menyebut serta mengesahkan saya dan isteri merupakan 'biological parent' kepada anak kami. Ujian DNA tersebut sekali gus memelihara maruah saya dan keluarga.

"The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked 'X' (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked 'Y' (child)."

Namun UMNO masih mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap saya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata.

Setelah kesemua fitnah tidak berjaya, mereka mengulangi skrip usang fitnah seks yang memualkan untuk mengaib dan mematahkan semangat saya. Fitnah jahat seperti ini diulang – ulang untuk membentuk persepsi rakyat terhadap maruah dan kredibiliti saya menjelang pilihan raya.

Munculnya fitnah ini tatkala UMNO dihimpit krisis keyakinan dan menjadi sasaran kemarahan rakyat selepas perhimpunan BERSIH adalah untuk mengalih pandangan rakyat dari isu sebenar iaitu isu penipuan pilihanraya dan penyelewengan dana awam.

Saya ingin menegaskan bahawa saya tetap tuntas dengan perjuangan membawa obor reformasi demi rakyat. Saya menyeru kepada pimpinan UMNO supaya menghentikan budaya politik fitnah yang boleh menghancurkan negara dan masyarakat.

Saya akan terus bersama – sama pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat untuk menjana Perubahan dan membawa kemenangan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Mohamed Azmin Bin Ali


 P/s: Memang gaya pencacai, muka mesti blur...



[Video] "You apa-apa jangan cari polis"

Posted: 01 May 2012 12:00 AM PDT




DCM tidak mahu komen apa-apa, tidak mahu juga menambah apa-apa. Anda fikir sendiri sebab masyarakat tidak mesra kepada polis yang ironinya pernah berpegang pada slogan "Mesra, Cepat, dan Betul".

Video ini dirakam semasa BERSIH 3.0.




BBC Siasat Dakwaan Astro Tapis Berita

Posted: 30 Apr 2012 11:30 PM PDT


[MK] Laman Sarawak Report melaporkan bahawa perkhidmatan penyiaran British, BBC sedang menyiasat dakwaan bahawa penyiar berbayar Astro melakukan suai pinda ke atas laporan beritanya berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.

Laporan berkenaan turut memaparkan satu rakaman video di Youtube yang membandingkan siaran asal BBC dan versi yang didakwa ditapis seperti disiarkan di Astro.

Dalam laporan itu, Sarawak Report menyatakan bahawa sebahagian daripada laporan BBC tersebut, sepanjang hingga 30 saat, dipotong apabila disiarkan di Astro.

Bahagian yang dipotong itu antara lainnya menunjukkan seorang anggota polis menaiki motosikal yang kelihatan melepaskan tembakan ke atas peserta perhimpunan, laporan itu dipetik.

Turut dikeluarkan daripada siaran itu ialah wawancara dengan peserta perhimpunan yang menjelaskan sebab mereka menyertai BERSIH 3.0, menurut laporan itu lagi.

Laporan itu juga menyebut, BBC mengeluarkan satu kenyataan selepas diberitahu mengenai perkara itu oleh laman berkenaan.

Kenyataan tersebut menjelaskan bahawa "siasatan segera" dijalankan ke atas perkara itu untuk mengenalpasti fakta dalam kes berkenaan.

Videonya di sini.

 

Kalau BERSIH 3.0 Hishamudin Teropong dari Bangunan yang Tinggi, Kalau Malaysia Berperang....

Posted: 30 Apr 2012 11:00 PM PDT

agak-agak Menteri Keselamatan Dalam Negeri ini akan berada di mana?

Sumber; FB


P/s: Aduhai Menteri KDN!


BERSIH 3.0 Kelam Kabutkan Pejabat UMNO?

Posted: 30 Apr 2012 10:42 PM PDT


[MSO] Himpunan raksasa Berish 3.0 memberi pukulan maut kepada penguasa dan petugas parti di Ibu Pejabat Umno Jalan Sutltan Ismail. Khabarnya semua orang di Ibu Pejabat Umno seakan hilang akal dan bersih membuat mereka kelam kabut macam kekaraman kapal di tengah samudra. Para penasihat politik Umno dan juga Perdana Menteri kehilangan punca dan menjadi 'selak' beberapa ketika untuk memikir bagaimana hendak counter Bersih 3.0.

Orang paling sibuk dan 'bergelacar' katanya Teuku Adnan Mansor. Banjiran manusia berpakaian kuning dan hijau di ibu kota kelmarin dulu menyebabkan Adnan tidak lena tidur. Bagun tidak kena, tidur apa lagi. Berjalan pun tidak kena kesasan tubuh juga sirna. Kopi terasa amat pahit, milo dirasakan masam, nascafe pula menjadi terlalu lemai. Pendeknya deria rasa hilang apabila Bersih berjaya mengeruhkan air nsungai Klang dan sungai Gombak.

Begitu juga pemimpin Umno lain juga jadi 'terkaba-kaba' dalam tidur. Hanya Udin anak Yassin sahaja tersenyum lebar melihat gelagat mereka dan juga kesan Bersih. Kenapa? Mudah sahaja untuk difahami matemetika politik ini, Udin anak Yassin suka kalau Najib tertekan dengan Bersih sebab dia boleh mengayung kaki ke kerusi presiden Umno?

Kini Ibu Pejabat Umno sedang memikirkan sesuatu untuk membendung impak dan aura himpunan berkenaan. Kesan himpunan itu kini sudah mulai merebak dan menyelinap ke dalam sudut hati banyak orang. Ia bukan saja meruap di Kuala lumpur di kalangan pegawai kerajaan, mahasiswa, pekerja, boroh atau pemandu teksi dan bas Rapid KL tetap jauh ke seantero dunia, termasuk ke pelusuk desa dan kampung, di kalangan petani, nelayan dan juga mat rempit.

Laksana apa yang berlaku kepada isu projek lembu gemuk (NFC) laki Sharizat, isu Bersih sudah diperkatakan di merata tempat. Ia menjadi butiran zikir dan juadah endak di keda-kedai kopi, kedai gunting rambut dan juga market. Semua memperkatakannya; mengenai kejayaan Bersih dan kekejaman polis kepada para himpunan. Membimbangkan juga mereka menanti pilihan raya untuk menterjemahkan kemarahan dan kegeraman mereka itu.

Rakyat mempertikikan himpunan itu dan juga perilaku pihak berkuasa ke atas peserta himpunan itu yang dianggap kasar dan keterlaluan. Apapun alasan rakyat tidak boleh menerima melihat aksi-aksi ganas polis yang dipaparkan dalam you-tube. Makcik dan pakcik di kampung juga melengung panjang bila anak-anak mereka menunjukkan you tube itu kepada mereka. Mereka mungkin tidak tahu menggunakan internet, tetapi mereka memiliki anak-anak yang mahir dalam bidang IT.

Mereka tidak peduli apakah video yang dipertontonkan kepada mereka itu benar atau tidak, yang penting mereka dapat tenguk sendiri bagaimana lebih 20 orang polis trafik memukul dan membelasah seorang peserta. Gelagak sadis semacam burung hereng hendak menelan bangkai itu sudah melekat di kepala mereka dan ia tidak mudah untuk ditanggalkan kandati dibayar RM500.

Saya percaya mereka juga menonton dan tengok video dirakam oleh Polis. Tetapi mereka akan jadi pesimis dan meraguinya kerana mereka sudah tahu yang kerja dan tugas polis kepada Umno. Polis akan membuat seuatu yang baik kepada Umno dan akan melakukan atau memberi gambaran jahat kepada pembangkang. Bukan tidak ada polis yang ikut dibelasah, tetapi mereka merasakan hukuman itu adil bagi polis kerana mereka (polis) dalam keadaan sedia dengan peralatan perang yang lengkap sedangkan peserta Bersih hanya ada sebotol air mineral.

Dalam konteks perjuangan yang diheret dan dibawa Anwar Ibrahim, selamanya para penyokongnya dan para simpati dengan perjuangannya tidak dapat menerima kebaikan polis. Bagi mereka polis selamanya jahat dan berniat huduh dengan Anwar. Mereka tetap mengingati peristiwa kejam bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor yang memukul Anwar sehingga mata kawan itu lebam. Kejadian itu sehingga memaksa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja tidak akan terlupa sampai ke liang lahad.

Kejadian dan insiden itu telah terpahat dalam ingatan dan mereka menganggap polis-polis yang ada hari ini adalah peninggalan Rahim Noor. Budaya yang diterima pakai ini adalah budaya Rahim Noor. Ismail Omar gagal untuk mengikis budaya brutal polis itu. Mereka sudah termakan najis atau kencing Rahim Noor. Dengan apa yang berlaku di himpunan Bersih rakyat menganggap tranfosrmasi terhadap polis yang diharapkan masih belum berlaku.

Persepsi dan realiti itu semualah yang merisaukan orang ibu pejabat Umno. Dari sumber dalaman memberi tahu, petugas ibu pejabat dan Adnan Mansor sedang memikirkan sesuatu untuk bertindak. Mereka perlu menjawab dan menjelas segera apa yang berlaku kepada rakyat. Sekiranya lambat menyebabkan persepsi buruk kepada UBN makin menebal dan akhirnya mereka akan 'menjuah' dan  menolak Umno.

Untuk tujuan itu, ibu pejabat Umno mahu memastikan perayaan hari ulang tahun Umno ke 66 pada 11 hingga 13 Mei ini perlu diadakan sebesar-besarnya. Perayaan dicadangkan di Bukit Jalil itu yang mula menganggarkan kehadiran 100,000 tetapi kini Umno meletakkan sasaran 500,000. Iya angka itu barulah sepadan dengan jumlah yang berhimpun di Bersih: Duduk dan Bantah itu yang mencapai jumlah 250,000.


Lantaran itu katanya semua petugas parti bermula di ibu pejabat sampai ke peringkat bahagian kena memastikan perayaan itu dihadiri 500,000. Untuk tujuan itu segala keperluan terutamanya wang ringgit di tambah. Mungkin kalau peserta Bersih dilaporkan oleh media Penjilat Bntut diupah RM150 seorang, maka mereka yang bakal hadir pada perayaan Umno akan mendapat durian runtuh sampai RM500.00 setiap orang.

Umno akan melakukan apa saja demi untuk membunuh semangat Bersih. Kalau angka itu tidak tercapai, ini bererti Umno akan malu besar. Umno sangat memerlukan khalayak seramai itu bagi membolehkan parti itu memendekkan penantian bagi mengadakan pilihan raya umum. Umno tidak sanggup untuk menanti lebih lama lagi, kerana lagi lama lagi buruk keadaannya. Ibarat penghidap barah, lagi lama menanti untuk pembedahan keadaan lagi parah. Umno kini berada dalam stage four.

Selanjutnya di sini.



[Video] Senator Bebas Australia Merasa GAS PEMEDIH Mata Polis Malaysia di BERSIH 3.0

Posted: 30 Apr 2012 09:49 PM PDT


Berdasarkan keterangan video, Senator Nick Xenophon dari Australia dikatakan terkena gas pemedih mata polis semasa perhimpunan aman BERSIH 3.0 lalu. Ahli politik Australia itu kelihatan membasuh mukanya dengan air mineral selepas menghidu gas pemedih mata Malaysia yang menurut Najib TIDAK menjejaskan kesihatan sesiapa pun. Apabila Najib berkata begitu, agak-agaknya dia sudah biasa menghidu gas ini. Oleh sebab itu, dia berani berkata demikian walaupun 1dunia menyatakan sebaliknya.

Sila tonton video di bawah ini:



Perhimpunan aman terbesar yang pernah diadakan selepas zaman Reformasi 1998 ini menjadi bukti kebangkitan rakyat yang mahu sistem pilihan raya di Malaysia dibersihkan daripada penipuan dan manipulasi pihak tertentu, walaupun bos SPR yang juga ahli UMNO mendakwa Daftar Pemilih Malaysia adalah yang TERBERSIH di dunia. Kenyataan yang amat-amat melucukan!

Buat kali yang entah ke berapa, saya katakan bahawa kejadian yang berlaku amat-amat mencemarkan imej negara di mata dunia. Sebelum ini, DCM ada memautkan video yang memaparkan seorang pelancong asing dipukul oleh sekumpulan individu yang memakai uniform berwarna biru semasa BERSIH 3.0 tempoh hari. Sila tonton di sini.

Berita berkaitan di sini.

P/s: Lucu menonton berita di TV pencacai yang memutarbelitkan situasi sebenar. Pihak media termasuk pemimpin BN menggebangkan situasi sebenar. 

Namun, mereka lupa dalam ratusan ribu peserta BERSIH 3.0, sebilangannya datang dari kampung, Felda, kawasan pinggir bandar. Mereka lupa bahawa peserta BERSIH 3.0 ini akan menceritakan perkara sebenar yang dialami oleh mereka pada 28 April lalu kepada rakan-rakan, saudara mara yang tidak berkesempatan menyertai BERSIH 3.0.


[Video] Ceramah Anwar Ibrahim PascaBERSIH 3.0: 28 April, Hari Merdeka Rakyat

Posted: 30 Apr 2012 06:27 PM PDT




 



Tiada ulasan: