Selasa, 1 Mei 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


NUJ mahu siasatan jawatankuasa bebas

Posted: 01 May 2012 07:00 AM PDT

 
Ia bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang menyatakan siasatan polis telus akan dijalankan.




PETALING JAYA: Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) mahu kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas untuk menyiasat kes serangan anggota polis ke atas petugas media yang membuat liputan ketika perhimpunan Bersih 3.0 di sekitar Dataran Merdeka Sabtu lalu.

Perhimpunan 'duduk dan bantah' itu menyaksikan sebilangan petugas media dipukul dan sebilangan kamera dirampas dan dirosakkan oleh pihak polis.

Menurut Pusat Kewartawanan Bebas, wartawan Radzi Razak dari akhbar The Sun, Arif Kartono dari Malay Mail, P Malayandy dari Makkal Osai, Huang An Jian (Guang Ming Daily) Kenny Lew (Channel News Asia) dan Chen Shaua Fui (Merdeka Review) dicederakan oleh polis.

Wartawan The Malaysian Insider Lisa J Ariffin pula cedera setelah terkena kanister gas pemedih mata.
Jurukamera pula mengadu bahawa kamera mereka dirampas.

"Kami mengesyorkan bahawa jawatankuasa bebas tersebut harus diketuai oleh sekurang-kurang tiga ahli iaitu seorang hakim yang bersara, bekas Presiden Majlis Peguam dan ahli akademik yang pakar dalam kewartawan dan undang-undang kewartawanan," kata

Presiden NUJ, Chin Sung Chew dalam satu kenyataan media hari ini.

Kenyataan ini bercanggah dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam yang memberi jaminan perkara ini akan disiasat oleh polis secara telus.

Chin turut mewajarkan saranan pembentukan jawatankuasa bebas.

Keganasan polis 

"NUJ berpendirian bahawa jawatankuasa bebas harus mengambil alih siasatan kerana polis yang dituduh melakukan keganasan terhadap anggota media.

"Wartawan, termasuk dari media asing, dipukul semasa bertugas dan ini merupakan satu tuduhan yang serius.

"Ianya jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi serta bertentangan dengan hak wartawan untuk melakukan tugas dalam suasana dan persekitaraan aman," jelas Chin.

NUJ juga berharap berharap cadangan ini akan mendapat sokongan dari semua golongan yang mahukan satu siasatan dan keputusan yang telus dan dipercayai.

"Kami berharap agar hasil daripada laporan siasatan ini dapat dijadikan satu panduan kepada sebarang insiden yang tidak diingini pada masa akan datang," kata Chin.

BBC selar siaran liputan Bersih 3.0 ditapis

Posted: 01 May 2012 06:54 AM PDT


KUALA LUMPUR —  British Broadcasting Corporation (BBC) menyelar tindakan penapisan Malaysia berhubung liputan mereka sewaktu Bersih 3.0 Sabtu lalu apabila liputan mereka dikeluarkan daripada laporan Astro.

"Ketika minggu Hari Keamanan Media Dunia, adalah bagus sekiranya kebebasan dan berita yang tidak berat sebelah dipaparkan.

"Kami menyelar terhadap sebarang tindakan menghalang berita yang dipercayai yang kami siarkan seluruh dunia termasuk rakan penyiaran," kata wakil BBC melalui emel kepada  The Malaysian Insider.

Syarikat penyiaran British itu menambah, mereka membuat "permohonan segera" kepada Astro agar memberikan sebab mengapa menapis siaran dua minit terhadap protes ganas tersebut.

"BBC meminta penjelasan segera kepada Astro untuk mengemukakan alasan mereka.

"Laporan anti Kerajaan di Malaysia telah disunting sebelum disiarkan di televisyen satelit Malaysia, dengan bahagian tersebut dipindahkan daripada versi asal BBC," katanya.

Menurut laman YouTube yang boleh diperolehi dalam kenyataan tersebut, laporan BBC ketika Bersih 3.0 telah dipendekkan kepada beberapa saat termasuk rakaman dengan dua perusuh.

Video berkenaan menunjukkan perbezaan laporan BBC dan yang disiarkan oleh saluran Malaysia boleh di tonton di:http://www.youtube.com/watch?v=yTGogMq9NZ0

Ketika sesi temuramah dengan seorang lelaki, dipercayai berbangsa Cina, dia telah berkata kepada BBC polis telah melepaskan gas pemedih mata apabila perusuh berhasrat untuk berunding.

"Mereka melepaskan gas pemedih mata berbanding meminta maaf, kami tahu ia hanya tembakan tidak sengaja, kami cuba tawarkan perdamaian, tapi mereka tetap melepaskan tembakan," katanya.

Dalam temu ramah selanjutnya, seorang lelaki India telah menjelaskan alasan beliau menyertai perhimpunan tersebut dan secara tiba-tiba bertukar ganas ketika jam 3 petang pada Sabtu.

"Saya ke sini untuk melihat apa yang ada pada pilihan raya yang adil dan bebas. Itu sahaja.

"Kami mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bebas dan bersih. Ketika ini, ia tidak bebas. Okay? Jadi saya berhasrat untuk berada di sini kerana ia hari bermakna buat Malaysia," katanya dikelilingi ribuan peserta yang hadir sebelum halangan di Dataran Merdeka diruntuhkan.

Laporan televisyen tempatan turut mengeluarkan bahagian lain laporan BBC, yang mana menunjukkan rakaman dari sudut atas polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah perusuh.

Kata-kata koresponden BBC, Emily Buchanan turut dikeluarkan daripada petikan berkenaan.
"Tidak jelas bagaimana keganasan itu bermula," katanya dalam petikan yang disiarkan.

".... namun selepas perhimpunan itu diisytiharkan berjaya dan orang ramai mula pulang ke rumah, halangan itu diruntuhkan ...," katanya dalam petikan yang disensorkan.

"... pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata ke arah perusuh," katanya, dan petikan rakaman itu disiarkan.

Perhimpunan Sabtu lalu memberikan laporan negatif terhadap media antarabangsa, yang mana menyelar pentadbiran Najib.

Menurut BBC, walaupun jumlah peserta yang besar, kerajaan dilihat tidak berminat untuk berubah dan pilihan raya dijangka bakal berlaku Jun depan, terlalu awal untuk pembaharuan dilaksanakan.

"Ini bermakna, akan ada lebih banyak penentangan politik."

Perhimpunan Bersih kali ini lebih ganas daripada 9 Julai tahun lalu, Bersih 3.0 telah bertelagah mencari kesalahan kerajaan dan pembangkang siapa yang menjadi pencetus keganasan antara polis dan perusuh.

NFC tidak menghormati undang-undang dan mengkhianati amanah rakyat - Rafizi

Posted: 01 May 2012 06:48 AM PDT

  Rafizi Ramli

Saya sedia maklum bahawa keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil sedang berusaha untuk menyabitkan saya dengan tuduhan melanggar Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) di samping tindakan saman yang telah dibuat setakat ini.

Saya menghormati hak mereka membuat laporan sekiranya dirasakan ada peruntukan undang-undang yang telah dilanggar. Saya sedia bekerjasama jika ada siasatan demi menjamin proses undang-undang berjalan dengan sebaiknya.

Malangnya, sementara Dato' Seri Salleh Ismail dan keluarganya begitu tegas dalam soal Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA),
keadaannya cukup berlainan apabila mereka sendiri dilihat tidak menghormati undang-undang dan mengkhianati amanah rakyat. Sehingga hari ini, mereka masih terus menggunakan dana rakyat sewenang-wenangnya. Mereka juga belum menyerahkan mana-mana harta mewah yang telah dibuktikan dibeli atau disyaki dibeli menggunakan dana RM250 juta yang sepatutnya digunakan bagi tujuan lain.

Umrah

Dalam siri pendedahan yang dibuat, buktinya jelas bahawa setiap ahli lembaga pengarah termasuklah anak-anak Dato' Seri Shahrizat Jalil telah melanggar pelbagai undang-undang dan tatakelola yang baik – namun sehingga kini tidak ada seorang pun dari anak-anak Dato' Seri Shahrizat Jalil didakwa di mahkamah.

Hinggakan dalam soal mendapatkan passportnya dari ditahan mahkamah pun Dato' Seri Salleh Ismail berbohong kepada mahkamah dan mengkhianati amanah yang diberikan mahkamah. Semasa membuat permohonan, beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau akan menunaikan umrah di antara 28 April 2012 dan 5 Mei 2012.
Sebaliknya, dalam tempoh tersebut beliau sibuk ke sana ke mari untuk membuat laporan polis dan laporan kepada Bank Negara Malaysia terhadap saya.

Pinjaman dibatalkan apabila skandal menjadi panas

Tidak ada satu pun dari kenyataan beliau semalam yang boleh meyakinkan rakyat bahawa beliau telah menggunakan dana awam RM250 juta untuk mendapatkan pinjaman bank membeli lapan unit hartanah mewah di KL Eco City.

Beliau mendakwa saya telah memfitnahnya kerana kononnya beliau tidak pernah membuat pinjaman untuk membeli unit-unit tersebut. Hakikatnya, beliau memang ada membuat pinjaman tersebut tetapi dibatalkan oleh bank apabila skandal NFC menjadi panas. Buktinya, tawaran pinjaman dibuat oleh bank pada 23 Mei 2011 tetapi dibatalkan pada 4 Januari 2012.

Bukan saya dihina dimata rakyat

Saya rela berhadapan dengan apa-apa tindakan berikutan peranan saya mendedahkan skandal NFC.

Bukanlah sesuatu yang memalukan jika kita dihukum kerana berkata benar dan mengambil tindakan yang betul. Tetapi jika kita dibuktikan menyeleweng wang rakyat yang sepatutnya sampai kepada orang miskin tanpa sedikit pun rasa bersalah atau rendah diri, kita akan dipandang hina di mata rakyat.

Cubaan NFC untuk meletakkan saya di kandang orang bersalah akan dipandang sinis oleh rakyat. Bukan saya yang dibicarakan rakyat tetapi NFC yang gerak gerinya terus dihakimi rakyat.

Rafaiz Ramli ialah Pengarah Strategik, Parti Keadilan Rakyat

Banglo RM3 juta menyemarakkan dakwaan skandal seks pelakon dan menteri

Posted: 01 May 2012 06:45 AM PDT

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin sememangnya seorang wanita yang berani.

Apabila ianya kes rasuah, dia tidak akan mengalah dan telah berkata apa yang patut dalam skandal seks antara Zahida Rafik-Shafie Apdal walaupun dia diancam dengan tindakan undang-undang.

Zuraida telah membantu membongkar skandal itu pada tahun lepas, dimana dia telah mendapat surat daripada peguam Zahida yang meminta dia menarik balik tuduhannya ke atas pelakon wanita dan menteri Umno yang mereka sedang mengadakan hubungan sulit.

"Saya tidak menjangka akan mendapat surat daripada Zahida, saya ingat Shafie lah yang sepatutnya menyaman saya. Mengapa pelakon wanita ini menggunakan khidmat peguam Umno?" Zuraida memberitahu sidang media pada hari Rabu.

Ahli Parlimen Ampang telah merujuk kepada peguam Umno Shafee Abdullah yang juga telah berada dalam berita akhir-akhir ini .Pada awal bulan, Shafee telah menulis surat kepada Ketua Hakim Negara bahawa beliau telah dihantar keluar Negara mengenai 'misi rahsia' oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Hal ini memperhebatkan spekulasi bahawa misi ini berkaitan dengan dakwaan yang Najib telah mengambil rasuah dari DCN, pembuat senjata Perancis dalam perbicaraan kes rasuah Scorpene, yang baru sahaja bermula di Paris.

Banglo besar di kawasan mewah


Walaupun Zahida, melalui peguamnya, menuntut agar Zuraida menarik balik dakwaannya dalam tempoh 7 hari, skandal lain pula telah meletus.

Telah dimuatkan dalam berita, gambar sebuah banglo baru yang besar dan dikatakan bernilai sekurang-kurangnya RM3 million dimana telah didiami oleh pelakon itu kira-kira setahun yang lalu. (skrol kebawah untuk gambar yang lebih besar)

Menurut Harakah, rumah yang terletak di alamat kawasan mewah yang baru, 'The Valley' di Bukit Indah, Ampang, dipercayai milikpelakon itu.
Bekas pemandunya baru-baru ini mendakwa pelakon itu telah menerima bayaran dalam bentuk wang tunai dari menteri yang berjumlah RM1.5 juta dalam tempoh 4 bulan.

Sumber memberitahu Harakah bahawa pelakon itu telah membelanjakan RM 1 juta untuk mengubahsuai rumahnya. Rumah itu yang dilengkapkan dengan kamera litar tertutup, rumah pengawal telah dibeli diatas nama seorang ahli keluarga tambah sumber itu.

Bagi Shafie pula, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah, dia telah menafikan dakwaan tersebut dan mengugut untuk menyaman penuduhnya.

"Ia tidak benar dan hanya cerita yang dibuat oleh orang-orang tertentu.Saya tidak mempunyai masalah dalam menjalankan tugas saya kerana saya tahu bahawa saya di landasan yang betul," kata Shafie, Ahli Parlimen Semporna, kepada The Star.

Bukan pertama kali


Tetapi skandal itu bukanlah sesuatu yang baru. telah ada desas-desus, memaksa Shafie dan Zahida untuk mengeluarkan penafian sebelum ini. Walau bagaimanapun, beberapa minggu yang lalu, Zahida sendiri telah membuat laporan polis bahawa pemandunya Noor Azman Azemi telah melarikan diri dengan wang tunainya sebanyak RM200, 000.

Ini memaksa Noor Azman, 38, memfailkan laporan polis dan sekaligus memecahkan tembelang mereka. Menurut Noor Azman, dia pernah didatangi oleh dua orang pegawai polis dengan mesej dari Shafie supaya mengawasi pergerakan Zahida.

Dia mendakwa telah diberikan tugas memandu Zahida ke mana-mana hotel di ibu negara untuk bertemu dengan naib presiden UMNO itu, dan pada setiap pertemuan Shafie akan menyerahkan kepadanya wang tunai bernilai antara RM100, 000 dan RM200, 000, yang akan didepositkan ke akaun bank Zahida.

Takut akan tindak balas, salah seorang saudaranya menyerahkan satu salinan laporan polis itu kepada Zuraida, Ahli Parlimen Ampang. Dia kemudian mengadakan sidang akhbar dengan peguam dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, menuntut penjelasan daripada Shafie dalam tempoh 7 hari.

"Saya akan memanggil satu sidang akhbar dengan membawa bukti dan saksi jika terdapat keperluan.Tapi sekarang, kita hanya tumpukan perhatian pada Bersih 3.0 pada hari Sabtu, "kata Zuraida, sambil menambah bahawa dia mempunyai bukti kukuh.

Bagaimana Zahida boleh jadi begitu kaya sedangkan P Ramlee…


Sudah pasti, memandangkan jumlah wang yang besar disebut dalam laporan polis, terdapat alasan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menyiasat bukan sahaja Shafie Apdal tetapi juga Zahida.

Pemimpin Islam yang berusia 58 tahun dari Sabah ini tidak mungkin boleh mampu hidup dalam keadaan begitu mewah hanya dengan gajinya sebagai menteri, jika dakwaan adalah benar. Dia juga telah berkahwin dan mempunyai 6 orang anak.

Bagi Zahida pula, dia boleh dianggap sebagai pelakon popular. Walaupun artis popular, hidup mencari rezeki dalam industri perfileman Malaysia yang serba kekurangan tidak akan menjadikan dia mampu untuk memperolehi mahupun berboros dengan wang sejumlah dimana telah dicuri oleh pemandunya.


'Lagenda' Malaysia P Ramlee juga telah meninggal dunia dalam keadaan yang papa. Hanya pada minggu lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau DBKL telah menutup rumah Allahyarham P. Ramlee sederhana dan lusuh di Taman Setapak, Kuala Lumpur selepas keluarganya gagal membayar cukai tunggakan sewa berjumlah kira-kira RM10, 000. Perkara itu telah dianggap selesai selepas ahli-ahli Parlimen memutuskan untuk memungut derma di kalangan ahli Parlimen bagi tujuan membayar DBKL.

Malah, ketidakadilan sosial di Malaysia semakin buruk apabila jurang antara yang kaya dan miskin semakin luas, dengan golongan elit pemerintah menggunakan kuasa politik mereka untuk melepaskan diri dari hampir semua perkara, termasuk pembunuhan sekalipun.
Malaysia Chronicle

Azmin: Dakwaan seks fitnah Umno menjelang PRU13

Posted: 01 May 2012 06:34 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Azmin Ali
 
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali


SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengecam keras tindakan beberapa blog pro-Umno yang mendakwanya melanggan seks sambil menyifatkan ia sebagai satu "fitnah" terbaru pihak Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kata Azmin, ia fitnah yang ditohmah ke atas dirinya untuk mengaibkan beliau dan keluarga susulan nasib dilalui Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lalu.

"Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang dikuasai Umno yang memetik sumber blog pro-Umno.

"Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita dalam tandas.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Azmin berkata, beliau amat kesal memandangkan tindakan menyiarkan bahan sedemikian adalah fitnah bersiri terhadapnya dan juga keluarganya selepas fitnah jijik ke atas isteri dan anak-anaknya, disusuli dengan dakwaan pemilikan saham.

"Kemudiannya saya dituduh menghina Raja-Raja Melayu dan baru-baru ini saya ditohmah mencetuskan provokasi dalam himpunan aman Bersih 3.0.

"Sebelum ini saya dan isteri serta anak kecil saya telah pun melakukan ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998," katanya.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, kedua-dua keputusan ujian tersebut menempelak fitnah ke atas diri beliau, isteri dan keluarganya.

"Hasil ujian jelas menyebut serta mengesahkan saya dan isteri merupakan 'biological parent' kepada anak kami.

"Ujian DNA tersebut sekali gus memelihara maruah saya dan keluarga," kata Azmin lagi.Namun kata Azmin, Umno masih mengulangi fitnah

kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap dirinya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata.

"Setelah kesemua fitnah tidak berjaya, mereka mengulangi skrip usang fitnah seks yang memualkan untuk mengaib dan mematahkan semangat saya. Fitnah jahat seperti ini diulang-ulang untuk membentuk persepsi rakyat terhadap maruah dan kredibiliti saya menjelang pilihan raya.

"Munculnya fitnah ini tatkala Umno dihimpit krisis keyakinan dan menjadi sasaran kemarahan rakyat selepas perhimpunan Bersih adalah untuk mengalih pandangan rakyat dari isu sebenar iaitu isu penipuan pilihan raya dan penyelewengan dana awam," kata Azmin sambil menegaskan, "saya tetap tuntas dengan perjuangan membawa obor reformasi demi rakyat."

Azmin berkata, beliau mahu pimpinan Umno menghentikan budaya politik fitnah yang boleh menghancurkan negara dan masyarakat.

Sehubungan itu, Azmin juga menegaskan, beliau akan terus bersama-sama pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat untuk menjana perubahan dan membawa kemenangan rakyat dalam PRU13.

Ambiga: BERSIH tepati janji, polis mungkir

Posted: 01 May 2012 06:30 AM PDT

MALAYSIA KINI
Penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 menafikan dakwaan perdana menteri bahawa gabungan NGO itu mungkir janji dalam memastikan perhimpunan Sabtu lalu berlangsung dengan aman.

Dalam satu kenyataan hari ini, pengerusi bersama pengajur tersebut Datuk Ambiga Sreenevasan sebaliknya menyalahkan polis yang mungkir janji dalam menjaga keselamatan orang yang tidak bersalah.

Ambiga berkata BERSIH telah menjalankan tugas mereka dan mengawal perhimpunan itu sepenuhnya sehinggalah polis menembak gas pemedih mata pertama.

"Sebaik saja perkara itu berlaku, beban itu dipindahkan kepada polis untuk mengawal situasi yang dicetuskan mereka.

Tanggungjawab itu dipikul (polis)," katanya lagi.

Nik Aziz: Tak salah biaya peserta Bersih

Posted: 01 May 2012 06:28 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Nik Aziz
 
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
 
 
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau sama sekali tidak berasa bersalah kerana membiayai beberapa penyokong untuk menghadiri perhimpunan Bersih 3.0 menuntut pilihan raya bersih dan adil, di ibu negara, Sabtu lepas.

Malah, Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sendiri menggalakkan orang ramai menghadiri perhimpunan itu yang dianggap wajib dihadiri oleh rakyat bagi menunjuk perasaan terhadap sesuatu yang tidak memuaskan hati mereka.

  
"Kalau ada dua tiga lagi perhimpunan seperti itu saya sedia biayai penyokong 
yang ingin hadir," katanya kepada pemberita selepas berucap dan menyampaikan hadiah kecemerlangan pelajar sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK), di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), dekat sini, hari ini.
  
Dua hari lepas Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan mengakui 
beliau membiayai dengan wang peribadinya sendiri kepada beberapa penyokong Pas dari kawasannya yang menghadiri perhimpunan itu.

Ditanya sama ada beliau kesal dengan insiden kekecohan yang menyebabkan 
beberapa orang cedera dalam perhimpunan itu, Nik Aziz yang dipetik Bernama mendakwa, ia berlaku kerana mereka disekat oleh pihak berkuasa semasa perhimpunan itu.

"Umpama air yang mencurah turun dari atas bukit ia akan merebak dan mengalir masuk kampung, kalau disekat... begitu juga dengan perhimpunan itu," katanya.

Majlis Peguam: Tindakan polis 'sangat buruk'

Posted: 01 May 2012 06:24 AM PDT


Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata tindakan pihak polis ke atas peserta perhimpunan BERSIH 3.0 diperhatikan "lebih ganas" berbanding ketika menangani perhimpunan sebelum ini.
Perkara itu merupakan antara yang dimuatkan dalam laporan awal badan itu, berdasarkan pemerhatian ke atas perjalanan perhimpunan tersebut.

NONELaporan awal itu disusun daripada laporan oleh seramai 78 orang sukarelawannya yang membuat pemerhatian di enam lokasi semasa perhimpunan tersebut.

"Pemerhati kami menyaksikan lebih banyak keganasan polis (tahun ini), lebih banyak penggunaan meriam air dan gas pemedih mata sesuka hati, dan lebih banyak kepungan terhadap peserta himpunan," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau mempertikaikan tindakan polis yang menembak gas pemedih mata terus ke arah peserta himpunan dan tidak memberikan ruang kepada kumpulan itu untuk bersurai.

"Kami memerhatikan beberapa amalan kepolisan yang sangat buruk kali ini. Mereka tidak seharusnya menembak terus gas pemedih mata ke arah peserta apabila peserta berhimpit-himpit dan berasak sesama mereka.

"Kita bernasib baik tiada sesiapa dipijak. Polis seharusnya memberikan ruang untuk orang ramai bersurai dan beredar," katanya.
Serang selepas tangkap

Turut bercakap dalam sidang media di bangunan Majlis Peguam itu ialah timbalan presiden badan tersebut, Christopher Leong yang kesal dengan serangan polis terhadap peserta perhimpunan dan petugas media.

"Apa perlunya menyerang peserta yang sudah ditangkap? Apa perlunya media dihalang daripada membuat kerja mereka?" katanya.

Menurutnya lagi, polis sewajarnya mempertimbangkan keputusan untuk membiarkan peserta memasuki kawasan Dataran Merdeka apabila hadangan dirobohkan.

NONEKatanya, polis mempunyai pilihan untuk berbuat demikian, berbanding tindakan menyerang peserta perhimpunan dengan gas pemedih mata dan meriam air.

"Apakah akibatnya apabila khalayak memecahkan halangan pada hari itu? Apakah akibat paling buruk apabila khalayak merempuh halangan polis pada hari itu?

"Akibatnya cuma 100,000 orang duduk di Dataran Merdeka dan berkumpul di sana selama sejam lagi. Mereka bukannya mahu merosakkan kemudahan awam atau bangunan ketenteraan yang sensitif.

"Jadi di manakah keseimbangannya di antara keselamatan nasional dan hak asasi manusia?" kata Christopher.

Perhimpunan disertai sehingga 100,000 peserta menuntut pilihan raya bebas dan adil di ibu kota 28 April lalu berakhir dengan aman pada jam 2.30 petang apabila penganjur mengarahkan peserta bersurai.

Bagaimanapun sebahagian peserta bertindak menceroboh pengadang dan memasuki kawasan Dataran Merdeka – menyebabkan polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah mereka.

Media diarah jangan lapor keganasan polis?

Posted: 01 May 2012 06:18 AM PDT


Adakah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengeluarkan arahan kepada pengarang media sehari sebelum BERSIH 3.0 supaya tidak melaporkan kejadian melibatkan keganasan polis?

Naib presiden PKR N Surendran yang membangkitkan persoalan itu mendakwa beliau mempunyai bukti bahawa arahan tersebut ada dikeluarkan.

"Sekiranya ini benar, ini akan menjejaskan kebebasan media dan mempersoalkan niat kerajaan untuk menambahbaik Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984," kata Surendran.

Menjelang Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, Jumaat ini, kerajaan menerima kritikan pelbagai pihak atas tindakan ganas polis dan juga intimidasi ke atas wartawan yang membuat liputan ke atas perhimpunan BERSIH 3.0.

Surendran mendakwa mempunyai bukti bahawa arahan untuk menggangu, menghalang dan menahan wartawan yang membuat liputan itu dikeluarkan di peringkat tertinggi Kementerian Dalam Negeri.

"Sehari sebelum BERSIH 3.0, Hishammuddin mengarahkan semua ketua pengarang akhbar harian supaya mengadap beliau.

"Dia situ, kita difahamkan, pengarang diberi arahan bagaimana untuk melaporkan berita perhimpunan BERSIH dan juga untuk mengelak daripada melaporkan keganasan polis.

Bersih 3.0: NUJ mahu panel bebas siasat polis serang media

Posted: 01 May 2012 06:17 AM PDT

SINAR HARIAN


Bersih 3.0: NUJ mahu panel bebas siasat polis serang media
 
Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ)


KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) meminta kerajaan supaya menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi menyiasat insiden serangan yang didakwa melibatkan anggota polis terhadap wartawan dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan disokong pembangkang Sabtu lepas.

Kesatuan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata jawatankuasa bebas itu harus mengambil alih siasatan kerana serangan itu melibatkan polis yang dituduh melakukan keganasan terhadap anggota media.

"Wartawan, termasuk dari media asing dipukul semasa bertugas merupakan satu tuduhan yang serius dan ia jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi serta hak wartawan untuk melakukan tugas dalam suasana dan persekitaran yang aman," katanya.

Jawatankuasa bebas itu perlu diketuai oleh sekurang-kurangnya tiga anggota iaitu seorang hakim yang bersara, bekas Presiden Majlis Peguam dan ahli akademik yang pakar dalam kewartawanan dan undang-undang kewartawanan.

"Biarlah jawatankuasa tersebut memanggil anggota polis yang terlibat dan para wartawan serta jurugambar untuk memberi keterangan supaya orang ramai akhirnya mengetahui apa yang berlaku semasa perhimpunan itu," kata kenyataan itu.

Kesatuan itu berharap agar hasil daripada laporan siasatan itu dapat dijadikan panduan kepada sebarang insiden yang tidak diingini pada masa akan datang.
 
Sementara itu, Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas dan merusuh oleh peserta perhimpunan itu dan menyifatkan mereka bertindak keterlaluan di luar batasan undang-undang dan tidak bertamadun.
 
Kelab itu juga kesal di mana dua orang wartawan cedera semasa menjalankan tugas mereka secara profesional dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penganjur serta peserta yang terlibat secara langsung terhadap tindakan keganasan yang berlaku.
 
KWMM juga memuji tindakan serta keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang melawat mangsa yang cedera dan berjanji untuk menyiasat kejadian tersebut.- Bernama

3 maut bas persiaran rempuh penghadang lebuh raya

Posted: 01 May 2012 06:07 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

3 maut bas persiaran rempuh penghadang lebuh raya
 
Anggota bomba dan penyelamat membantu mangsa kemalangan bas persiaran
di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bukit Beruntung, Hulu Selangor awal pagi tadi.


BUKIT BERUNTUNG - Tiga termasuk pemandu bas maut apabila kenderaan itu, yang dinaiki satu rombongan penduduk kampung untuk melawat tempat bersejarah di Melaka, berakhir tragedi dekat sini, awal pagi tadi.

Bas persiaran itu merempuh penghadang di KM 434.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bukit Beruntung, Hulu Selangor kira-kira jam 1.50 pagi.

Seramai 24 lagi penumpang cedera ringan.

Ketika kemalangan, bas itu membawa 48 penumpang terdiri daripada penduduk Kampung Sungai Lah, Chenderiang, Perak.

Difahamkan, penumpang bas berkenaan sepatutnya melawat tempat bersejarah di Melaka pagi ini sebelum pulang semula ke Perak malam ini.

Tuntutan di Hari Buruh: Gaji minimum RM1,500

Posted: 01 May 2012 06:03 AM PDT

Seramai kira-kira 700 orang menyertai perarakan di pusat bandar Kuala Lumpur hari ini dalam perhimpunan tahunan Hari Buruh dengan mesej utama – gaji minimum yang diumumkan perdana menteri semalam tidak memadai.

Kumpulan itu mendesak supaya kadar gaji minimum ditetapkan pada kadar RM1,500 – bukan hanya RM900 di semenanjung dan RM800 di Sabah dan Sarawah.

NONEKumpulan berpakaian merah itu berarak dalam suasaran meriah sambil memukul gendang dan melaung slogan untuk menuntut "gaji minimum RM1,500."

Selain itu, kumpulan itu juga menyuarakan tuntutan mengadakan pilihan raya bersih dan adil, menghentikan diskriminasi ke atas pekerja wanita dan eksploitasi ke atas pekerja asing.

Turut disuarakan ialah tuntutan untuk pendidikan percuma dan supaya kerajaan mengawal harga barang keperluan.

NONESebanyak 14 tuntutan itu dinyatakan dalam risalah dinamakan Deklarasi 1 Mei 2012 yang diedarkan kepada orang ramai semasa perarakan itu.

Deklarasi itu disokong 58 NGO dan parti politik termasuk Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube), PKR, PSM dan Dewan Pehimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Bagaimanapun, presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Khalid Atan yang ditemui di perhimpunan itu berkata, dasar yang diumumkan kerajaan itu memadai buat masa ini.

Katanya jumlah itu bukanlah sesuatu yang akan dikekalkan buat selama-lamanya tetapi akan disemak semula setiap dua tahun.

Pemuda mahu Bersih diharamkan

Posted: 01 May 2012 05:52 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

JOHOR BAHRU - Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Johor Bahru bersama 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar Johor Bahru membuat lapo­ran polis berhubung insiden keganasan Perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Bahru, Khaled Mohamad berkata, pihaknya mahu kerajaan mengharamkan Perhimpunan Bersih kerana ia tidak bersesuaian dan lari dari matlamat asal.

Menurutnya, pihaknya juga mahukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tegas dan bertindak lebih keras supaya Perhimpunan Bersih diharamkan di negara ini.

"Kita tidak mahu lagi dengar ada Perhimpunan Bersih 4.0 dan seterusnya selepas ini kerana ia hanya menimbulkan kacau-bilau yang berunsurkan keganasan kepada negara," katanya, semalam.

Pelajar ke Tingkatan 6, matrikulasi dan IPT dikecualikan sertai PLKN

Posted: 01 May 2012 05:50 AM PDT

SINAR HARIAN

Pelajar ke Tingkatan 6, matrikulasi dan IPT dikecualikan sertai PLKN
 
Datuk Abdul Hadi Awang Kechil


KUALA LUMPUR - Pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam, matrikulasi, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS dibenarkan menangguh untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata keputusan itu dibuat dengan persetujuan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pelajaran, dengan pelatih dibenarkan menyertai PLKN selepas tamat pengajian.

Persetujuan juga dicapai untuk menetapkan had umur maksimum 35 tahun untuk peserta menyertai program itu, katanya kepada pemberita selepas melancarkan pergerakan pelatih-pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 9 di Padang Bangunan Zetro, Wangsa Maju, di sini hari ini.

Program 2 Siri 9/2012 PLKN yang bermula hari ini melibatkan pergerakan 53,348 pelatih di seluruh negara dengan menaiki 906 buah bas, 46 penerbangan dan sembilan buah feri untuk tempoh tiga hari ini.

Pergerakan hari ini melibatkan seramai 19,300 orang dengan menaiki 324 buah bas, 29 penerbangan dan sebuah feri.

"Penangguhan ini bagi membantu ibu bapa supaya tidak perlu mengambil anak mereka yang menyertai latihan ini untuk melanjutkan pelajaran dan akan menghantar anak mereka untuk menyertai latihan ini kembali setelah tamat pengajian," katanya.

Abdul Hadi berkata selain itu, calon yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dijangka diumumkan pada September depan, dibenarkan untuk memohon menyertai PLKN.

Permohonan untuk menyertai PLKN akan dibuka seawal-awalnya hujung minggu ini, katanya.

Abdul Hadi juga berkata JLKN juga mengadakan kaji selidik mengenai status indeks jisim tubuh (BMI) 32,032 orang pelatih PLKN kumpulan satu awal tahun ini bagi mengenal pasti kesesuaian aktiviti fizikal atau keperluan mereka.

Katanya selepas 10 minggu menyertai PLKN, seramai 397 daripada 2,502 peserta yang di bawah kategori obesiti dan 207 orang daripada 4,003 peserta di bawah kategori gemuk telah berjaya menurun berat badan.

Kesemua 504 peserta itu mendapat berat badan yang ideal setelah menamatkan latihan mereka, katanya.

"Ini adalah kali pertama program itu dijalankan, dan berharap selepas mereka menamatkan latihan ini, mereka akan terus mengekalkan berat badan yang ideal, " katanya. - Bernama

Ketua cabang PKR Rasah direman

Posted: 01 May 2012 05:42 AM PDT


Naib presiden PKR N Surendran berkata seorang ketua cabang parti itu di Negeri Sembilan ditahan polis dalam satu operasi tengah malam tadi, dipercayai berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Surendran berkata, ketua cabang PKR Rasah, R Thangam itu ditahan di kediaman lelaki berkenaan di Seremban.

Katanya beliau bercakap dengan Thangam pada tengah malam dan diberitahu bahawa lelaki tersebut berada di dalam trak polis untuk dibawa ke balai polis Dang Wangi.

Surendran berkata, beliau percaya bahawa penahanan itu berkait dengan dakwaan bahawa Thangam mengalihkan penghadang yang dipasang polis di Dataran Merdeka ketika perhimpunan itu berlangsung.

Thangam ketika dihubungi Malaysiakini pada kira-kira jam 8 malam semalam berkata beliau telahpun mendengar khabar angin berhubung penahanan itu.

Majistret Azmil Muntapha Abas hari ini membenarkan permohonan polis untuk menahan reman Thangam bagi membantu siasatan selama tiga hari.

BBC siasat dakwaan Astro suai pinda laporan

Posted: 01 May 2012 05:36 AM PDT

 
MALAYSIA KINI
Laman Sarawak Report melaporkan bahawa perkhidmatan penyiaran British, BBC sedang menyiasat dakwaan bahawa penyiar berbayar Astro melakukan suai pinda ke atas laporan beritanya berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.

Laporan berkenaan turut memaparkan satu rakaman video di Youtube yang membandingkan siaran asal BBC dan versi yang didakwa ditapis seperti disiarkan di Astro.

Dalam laporan itu, Sarawak Report menyatakan bahawa sebahagian daripada laporan BBC tersebut, sepanjang hingga 30 saat, dipotong apabila disiarkan di Astro.

Bahagian yang dipotong itu antara lainnya menunjukkan seorang anggota polis menaiki motosikal yang kelihatan melepaskan tembakan ke atas peserta perhimpunan, laporan itu dipetik.

Turut dikeluarkan daripada siaran itu ialah wawancara dengan peserta perhimpunan yang menjelaskan sebab mereka menyertai BERSIH 3.0, menurut laporan itu lagi.

Laporan itu juga menyebut, BBC mengeluarkan satu kenyataan selepas diberitahu mengenai perkara itu oleh laman berkenaan.

Kenyataan tersebut menjelaskan bahawa "siasatan segera" dijalankan ke atas perkara itu untuk mengenalpasti fakta dalam kes berkenaan.

Polis tak benar perhimpunan 1 Mei di Dataran

Posted: 01 May 2012 05:34 AM PDT

 
 
Polis menasihati orang ramai agar mengabaikan khidmat pesanan ringkas (SMS) mengajak mereka berkumpul di Pasar Seni di Kuala Lumpur untuk berhimpun menuntut hak pekerja pada 1 Mei.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain  Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan SMS berangkai itu yang sebenarnya adalah palsu.

"Saya menegaskan bahawa satu khidmat pesanan ringkas (SMS) berangkai yang menyebarkan maklumat berkenaan perhimpunan itu dan dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan pada Sabtu lalu adalah palsu.

"SMS itu juga turut mengajak orang ramai supaya menyertainya disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur.

Beliau mengakui polis ada menerima permohonan untuk berhimpun di Dataran Merdeka esok oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan beberapa badan bukan kerajaan bagi menyuarakan hak dan tuntutan pekerja terhadap majikan mereka, namun telah ditolak polis.

Khamis lepas, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mewartakan Dataran Merdeka sebagai kawasan larangan bagi sebarang aktiviti perhimpunan kepada orang awam bermula Sabtu lepas sehingga esok.

Mengulas lanjut, Zulkarnain berkata polis sedang mengesan pihak yang bertanggungjawab menyebarkan SMS tersebut yang turut dikaitkan dengan perhimpunan pada Sabtu lepas.

"Polis akan mengambil tindakan mengikut undang-undang sekiranya terdapat pihak yang cuba mencetuskan huru-hara dan provokasi bagi memastikan keadaan sentiasa terkawal," katanya.

Beliau berkata pihaknya sentiasa bersiap siaga bagi berhadapan dengan segala kemungkinan termasuk jika berlaku perhimpunan esok yang dikatakan akan disertai Jaringan Rakyat Tertindas dan Suara Rakyat Malaysia.- Bernama

Tiada ulasan: