Selasa, 29 Mei 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Peneroka Hanya Pemilik 2.5% Dalam Saham FGVH

Posted: 29 May 2012 06:03 AM PDT





SHAH ALAM : Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menarik semula peruntukan Tawaran Permulaan Awam (IPO) saham Felda Global Ventures Sdn Bhd (FGVH) yang diberikan kepada pelabur Bumiputera kerana didakwa melebihi keuntungan peneroka.

Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan, Wong Chen berkata, berdasarkan analisa 2.2 bilion saham FGVH yang akan dijual, 420 juta saham (11.5% daripada FGVH) diperuntukkan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI, manakala peneroka Felda hanya menerima 91 juta saham, iaitu 2.5% daripada penyenaraian FGVH.

Sementara, dua peratus (73 juta saham) daripadanya akan diperuntukkan kepada awam, 41 peratus (1.5 bilion saham) diagihkan kepada pelabur institusi seperti KWSP, PNB, Tabung Haji dan Louis Dreyfus dan 109 juta saham (3% daripada FGVH) kepada pekerja Felda.

"Matlamat Felda ditubuhkan adalah untuk membantu Bumiputera miskin yang tiada tanah. Najib mengumumkan bahawa IPO FGVH ini adalah satu tindakan bijak yang akan memberi manfaat besar kepada peneroka. Tetapi cara saham diperuntukkan jelas menunjukkan bahawa Najib lebih berminat membantu golongan kaya.

"Kami menuntut MITI mengeluarkan senarai lengkap pelabur Bumiputera kaya yang akan menerima saham FGVH ini. Kami menuntut senarai ini kerana peneroka mempunyai hak untuk tahu mengapa golongan Bumiputera yang kaya ini berhak berlipat kali ganda lebih saham daripada mereka.," ujarnya.

Katanya, peruntukan saham itu juga menimbulkan persoalan mengapa 112,635 peneroka mendapat saham kurang daripada 3,835 pekerja Felda.

Jelasnya, setiap peneroka hanya akan mendapat 810 saham seorang manakala kakitangan Felda akan mendapat 28,368 saham seorang. Secara purata, seorang pekerja Felda ditawarkan 35 kali ganda saham daripada seorang peneroka.

"Oleh kerana IPO ini adalah isu kepentingan nasional, kami percaya bahawa orang ramai juga berhak nak tahu sama ada mana-mana pelabur Bumiputera yang kaya ini ada atau tidak kaitan dengan Umno-BN," ujarnya.

Gaji Minimum Sabah Sarawak: Tindakan penganak-tirian kerajaan BN?

Posted: 29 May 2012 05:42 AM PDT

 
Pendahuluan

Pelbagai reaksi telah timbul semenjak pengumuman dasar gaji minimum, antaranya termasuk desakan terkini oleh Terengganu Chinese Chamber of Commerce and Industry, supaya negeri Terengganu dikecualikan daripada pelaksanaan dasar gaji minimum (1) dan sebelum itu, respons Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Negeri Sarawak Mohamad Ibrahim Hamid bahawa dasar tersebut tidak melakukan keadilan terhadap pekerja di Sarawak. (2)

Dalam ucapan Majlis Pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta, Perdana Menteri Najib Razak (gambar kiri) mengumumkan penetapan gaji minimum bagi negeri Sabah dan Sarawak sebanyak RM 800 sebulan atau RM 3.85 sejam.  Menurut beliau, perbezaan di antara gaji minimum bagi Sabah dan Sarawak dan Semenanjung Malaysia berikutan perbezaan di antara struktur upah dan kos sara hidup yang ketara di antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.  Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia Maznah Mazlan, penetapan gaji minimum bagi Sabah dan Sarawak adalah lebih tinggi daripada paras gaji kini.

Oleh itu, gaji minimum sebanyak RM800 diputuskan menurut median wage kini kedua-dua negeri tersebut.  Beliau mengulas bahawa median wage kini bagi Sabah dan Sarawak ialah RM577 dan RM738 masing-masing.(3)

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat, reaksi pelbagai pihak khususnya berhubung dakwaan bahawa kos taraf hidup di Sabah dan Sarawak adalah lebih tinggi daripada Semenanjung tidak wajar dipandang ringan oleh kerajaan.  Pelaksanaan dasar baru merupakan peluang terbaik untuk kerajaan memperbaiki keadaan sosio-ekonomi yang tidak seimbang di antara Sabah dan Sarawak dan Semenanjung yang selama ini tidak diberikan pertimbangan sewajarnya oleh pembuat dasar di Semenanjung.

Pelbagai pihak daripada Sarawak telah membangkitkan isu bahawa kos sara hidup di Sarawak adalah 15-25% lebih tinggi daripada Semenanjung.  Mereka yang mempunyai pekerjaan di pasaraya memperoleh pendapatan kurang daripada RM500 sebulan dan para pekerja yang bekerja di suatu pusat membeli belah popular di Kuching hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM2.30 sejam. (4)

Begitu juga keadaanya di Sabah.  Sebagai contoh, sebuah kereta manual Proton Persona 1.6 B-Line berharga RM 46,713 di Semanjung sementara di Sabah dan Sarawak, kereta jenis sama berharga RM49,256. (5)  Keadaan sebegitu rupa mempengaruhi paras kemiskinan yang melanda Sabah dan Sarawak.  Pada tahun 2010, ia telah dianggarkan bahawa 1.8 juta daripada 3.25 juta penduduk di Sabah hidup di bawah paras kemiskinan.  Ia adalah 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di Sabah.(6)

Dalam ucapan beliau, (7) Najib menyatakan bahawa, penetapan kadar gaji minimum ini adalah berdasarkan keperluan asas sesebuah keluarga pekerja, keupayaan majikan untuk membayar gaji, peningkatan produktiviti, peningkatan kos sara hidup dan kedudukan pasaran buruh negara.  Namun begitu, penetapan gaji minimum ini tidak menangani masalah taraf hidup di Sabah yang lebih tinggi daripada Semenanjung kerana masih adanya, dasar kabotaj yang menyebabkan peningkatan harga barang di Sabah.

Selain itu, indeks harga pengguna di Sabah dan Sarawak tidak banyak berbeza dengan Semenanjung di mana peningkatan peratus harga barangan di Sabah dan Sarawak mengalami keadaan yang sejajar dengan Semenanjung.

Gaji minimum yang telah diumumkan oleh Najib tidak akan membantu penduduk Sabah dan Sarawak keluar dari belenggu kemiskinian, kerana menurut World Bank Research, Sabah dan Sarawak akan terperangkap dalam belenggu kemiskininan pada masa yang lama kerana langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mencukupi untuk membanteras belenggu kemiskinan di Sabah dan Sarawak.(9)

Jika kerajaan BN serius dalam membela nasib penduduk Sabah dan Sarawak, penetapan gaji minimum seharusnya tidak dilakukan secara berasingan.  Dalam menangani isu, ini, kerajaan BN seharusnuya menyelesaikan masalah dasar kabotaj yang "mensabotaj" peluang Sabah menjadi negeri maju.

Dasar Kabotaj Mensabotaj Dasar Gaji Minimum

Kerajaan BN pada tahun 2009, telah menjanjikan untuk meliberalisasikan dasar kabotaj akan tetapi, sehingga kini, ia masih belum dilaksanakan.(10) Dasar kabotaj dilaksanakan pada 1 Januari 1980 bagi merizabkan pengangkutan barangan dalam perdagangan domestik kepada kapal kontena yang mengibarkan bendera Malaysia. (11) Ini secara tidak langsung mengakibatkan harga barangan di Sabah lebih tinggi daripada harga barangan di Semenanjung.  Perbezaan harga yang disebabkan oleh dasar kabotaj adalah sebanyak 20-30 peratus (12), lantas mempengaruhi taraf hidup yang tinggi di Sabah.

Jumlah kapal kontena yang didaftar di Kota Kinabalu adalah lebih rendah berbanding Pelabuhan Klang, Pelabuhan Penang, Kuching dan Labuan.  Diambil bersama kos pengangkutan, cukai dan sebagainya, menjadikan taraf hidup di Sabah lebih tinggi berbanding Semanjung maka, jika kos taraf hidup tidak dikurangkan, penetapan gaji minimum tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada penduduk negeri Sabah.

Malah, dengan kenaikan harga barang yang kian meningkat, ia merupakan suatu perkara yang tidak logik untuk menetapkan gaji minimum pada RM900 sebulan di Semenanjung dan RM 800 di Sabah dan Sarawak.  Ini adalah kerana garis paras kemiskinan di Semenanjung ialah RM764, manakalah garis paras kemiskinan di Sabah dan Sarawak ialah RM1,048 dan RM912 masing-masing.(14)(15) Gaji di Sabah dan Sarawak seharusnya sama atau lebih tinggi daripada gaji minimum di Semenanjung.

KDNK negara mengalami peningkatan setiap tahun akan tetapi, apabila dibandingkan dengan negara lain seperti negara Thailand dan Mesir, Malaysia masih berada di tangga belakang mereka seperti yang ditunjuk oleh graf di bawah.

Nescaya, gaji minimum yang telah ditetapkan oleh kerajaan BN adalah terlalu rendah untuk rakyat Malaysia menghadapi kenaikan harga barang yang tidak menunjukkan sebarang petunjuk untuk menurun.  Jadual 4 menunjukkan bagi tahun 2011, Pariti Kuasa Beli Malaysia berbanding dengan negara jiran, Indonesia adalah jauh lebih rendah.  Pariti Kuasa Beli negara Indonesia adalah pada USD1,030 bilion manakala Pariti Kuasa Beli di Malaysia hanyalah USD 414.4 bilion.  Malaysia juga lebih ke belakang berbanding Pariti Kuasa Beli Pakistan yang bernilai USD464.9 bilion dan negara Iran di mana Pariti Kuasa Belinya adalah sebanyak USD818.7 bilion.

40 tahun lalu, Malaysia berada pada paras yang sama bersama Korea Selatan dari segi ekonomi akan tetapi, pada tahun 2011, rakyat di Korea Selatan mempunyai Pariti Kuasa Beli 17% kali ganda lebih tinggi daripada rakyat di Malaysia.(18) Walaupun kerajaan BN telah menetapkan gaji minimum akan tetapi dengan peningkatan KDNK negara, Pariti Kuasa Beli rakyat adalah sangat lemah berbanding negara maju yang lain.  KPRU ingin menegaskan bahawa faktor penstrukturan semula jurang perbezaan sosio-ekonomi merentasi negeri khususnya Sabah dan Sarawak wajar dipandang serius ekoran pengumuman dan pelaksanaan dasar gaji minimum.

Perbandingan Gaji Minimum Negara Luar

Gaji minimum yang baru sahaja diperkenalkan oleh kerajaan BN bukanlah suatu fenomena yang baru.  Ia sudah lama dilaksanakan oleh banyak negara lain sebagai jaringan keselamatan untuk para pekerja yang banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kemajuan sesebuah negara. 

Hong Kong merupakan negara terkini menyertai senarai negara melaksanakan gaji minimum dalam rantau Asia Pasifik.  Pada bulan Januari 2011, kerajaan Hong Kong meluluskan undang-undang yang berkuatkuasa 1 Mei 2011 bagi memperkenalkan gaji minimum iaitu sebanyak HKD28 sejam, bersamaan dengan RM11 sejam.<19> Menurut kerajaan Hong Kong, tindakan sedemikian diambil bagi mengurangkan jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin dalam masyarakat Hong Kong.  Ini dilakukan walaupun, sebelum ini, telah pun wujudnya gaji minimum yang ditetapkan buat pekerja asing khususnya pembantu rumah asing, iaitu sebanyak HKD3,740 sebulan, bersamaan dengan RM1,470 sebulan.<20>

Di Brazil pula, sebuah negara yang kini menuju ke arah kemajuan dan pembangunan pesat seperti Malaysia, turut meningkatkan kadar gaji minimumnya sebanyak BRL 543 sebulan (bersamaan dengan RM864.49 sebulan) selepas Dilma Rousseff, Presiden Brazil mengambil alih jawatannya pada 1 Januari 2011.<21> Walaupun pariti kuasa beli (PKB) per kapita di Brazil agak ketinggalan daripada negara kita, namun gaji minimum yang ditetapkan di negara tersebut adalah tidak jauh berbeza berbanding di Malaysia.

Sebuah negara lagi yang berada dalam rantau Asia Pasifik, iaitu Australia, menetapkan sebanyak AUD15.51, bersamaan denganRM48.15 sebagai gaji minimumnya bagi upah bekerja satu jam.<22>Gaji minimum yang tinggi ini sememangnya tidak dapat ditandingi oleh kerajaan Malaysia, memandangkan kadar gaji minimum di Malaysia hanya mencapai RM4.33 sejam bagi pekerja di Semenanjung Malaysia, dan RM3.85 sejam bagi tenaga kerja di Sabah dan Sarawak.

Di rantau Amerika Utara pula, pada Julai 2009, kerajaan Amerika Syarikat mula meningkatkan gaji minimumnya dan kini ia mencatat USD7.25 sejam, iaitu RM22.14 sejam.  Negeri-negeri dalam Amerika Syarikat mempunyai autonomi untuk menetapkan gaji minimum bagi negeri masing-masing, dan kebanyakan negeri menetapkan gaji minimum yang lebih tinggi daripada kadar yang ditentukan dalam peringkat persekutuan.  Seperti contohnya, gaji minimum yang tertinggi di kalangan lima puluh negeri di Amerika Syarikat ialah di ibu kotanya Washington, di mana gaji terendah ditetapkan pada kadar USD8.67,diikuti pula dengan negeri Oregon dengan gajinya USD8.50 sejam.<23>

Gaji Minimum Tidak Bermaksud Pengangguran


Aspek penting yang harus diberikan perhatian dan penekanan di sini ialah tanggapan yang terlalu simplistik bahawa gaji minimum yang lebih tinggi akan mengakibatkan peningkatan indeks pengangguran.  Ia merupakan sangkaan yang tidak berasas.  Hal ini terbukti dengan perbandingan antara indeks pengangguran di Australia dan Amerika Syarikat.  Data-data yang disediakan di atas telah menunjukkan bahawa gaji minimum yang dilaksanakan di Australia adalah lebih tinggi berbanding dengan Amerika Syarikat, namun kadar pengangguran yang tercatat di Australia ialah lebih rendah, iaitu sekadar 4.2%, manakala Amerika Syarikat pula mencapai kadar 9.4 peratus.<24> Fakta ini sejurus menafikan alasan yang diberikan oleh sesetengah pihak dalam menolak gaji minimum yang lebih tinggi seperti yang dituntut oleh persatuan pekerja.

Gaji Minimum dan Golongan Pendapatan Sederhana

Persoalan lain yang timbul, apakah kesan gaji minimum kepada golongan yang berpendapatan sederhana.  Negara kita dilihat sebagai "syurga" kepada pekerja asing berkemahiran rendah, akan tetapi bagi sebuah negara yang berpendapatan rendah, gaji minimum yang bernilai rendah ini seperti persimpangan jauh dari cita-cita negara Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.  Juga, bagi mereka yang berpendapatan RM2000-3000, gaji minimum ini tidak akan membantu mereka keluar dari perangkap pendapatan sederhana. 

Menetapkan gaji minimum merupakan suatu langkah pertama untuk menghapuskan kemiskinan, akan tetapi, gaji minimum kerajaan BN tidak akan membantu masalah golongan berpendapatan sederhana untuk keluar dari perangkap pendapatan sederhana selagi negara kita terperangkap dalam negara berpendapatan sederhana (middle income trap).  Status negara maju tidak akan dicapai jika golongan berpendapatan sederhana tidak diberi insentif untuk menjadi golongan profesional yang berpendapatan tinggi dalam konteks penstrukturan semula ekonomi Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.

Penutup Kata


Kembali semula kepada kata-kata Najib, "Sesungguhnya, kejayaan Malaysia semalam, hari ini dan hari muka tidak mungkin tercipta tanpa sumbangan dan jasa Tuan-Tuan dan Puan-Puan para pekerja Malaysia… Negara dan rakyat Malaysia tidak boleh sekali-kali alpa."

Akan tetapi, langkah yang diambil oleh kerajaan BN tidak mencerminkan kesungguhan dan keazaman untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.  Sebaliknya, usaha kerajaan BN mencerminkan taktik memancing undi rakyat menjelang pilihan raya yang akan datang ini.  Ia juga mencerminkan kerajaan BN, dalam keadaan terburu-buru yang kini merupakan situasi biasa bagi sebuah kerajaan yang mengutamakan kepentingan pihak-pihak tertentu dan bukan rakyat terbanyak; telah memberikan keizinan pihak tertentu untuk terus mengeksploitasi para pekerja dalam negara.  Di sebalik mengutamakan kepentingan rakyat, kerajaan BN mengutamakan sifat tamak keuntungan majikan yang bukan sebuah sifat berkonsepkan Wasatiyyah yang begitu diwar-warkan oleh kerajaan BN.

KPRU berpendapat, Kerajaan BN sekali lagi membentangkan sebuah dasar yang kekurangan kandungan mampan dan kajian terperinci.  Kelulusan dasar ini mencerminkan sebuah organisasi yang kurang perancangan jangka masa panjang. Kerajaan BN alpa dengan realiti sebenar negara.  Di mana, pada kesudahannya, rakyat yang menjadi mangsa kealpaan kerajaan BN.

Di manakah hala tuju negara ini kerana dengan jelasnya, negara ini tidak menuju hala ke sebuah negara berstatus pendapatan tinggi.  Jika kerajaan BN benar-benar telus dalam melaksanakan tugasnya sebagai pentadbir negara ini, maka, seharusnya, dasar ini ditunda dan dikaji semula bagi betul-betul mendalami kehendak dan keperluan rakyat terbanyak dan bukannya sesetengah pihak sahaja.
Rujukan

<1>Sin Chew Daily, 28 Mei 2012.
<2>http://borneocolours.com/thebuzz/79-borneo/5970-minimum-wage-not-fair-for-sarawak-cries-mtuc-chairman
<3>http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/east-malaysia-wage-floor-set-above-median-says-deputy-minister/
<4>http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/02/minimum-wage-half-baked-attempt/
<5>http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/02/cabotage-policy-keeping-east-malaysians-poor/
<6>http://archive.freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/sabah-and-sarawak/4342-60-percent-poverty-rate-in-sabah-and-sarawak-says-ngo
<7>http://www.pmo.gov.my/?menu=speech&page=1676&news_id=595&speech_cat=2
<8>http://www.mef.org.my/CPI/CPI1112.pdf
<9>http://www-wds.worldbank.org/external/default/WDSContentServer/WDSP/IB/2011/11/28/000333038_20111128230438/Rendered/PDF/656130REVISED00er020110Smart0Cities.pdf
<10>http://www.sapp.org.my/economy/110113_fmt_cabotage_policy.asp
<11>http://www.portsworld.com/law/fpage3.htm
<12>http://suarasabah.wordpress.com/2010/06/04/the-cabotage-policy/4/
<13>http://suarasabah.wordpress.com/2010/06/04/the-cabotage-policy/2/
<14>http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/01/illogical-minimum-wage-najib-under-fire/
<15>http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=12834
<16>http://www.google.com.my/publicdata/explore?ds=d5bncppjof8f9_&met_y=ny_gdp_mktp_cd&idim=country:MYS&dl=en&hl=en&q=gdp+malaysia#!ctype=l&strail=false&bcs=d&nselm=h&met_y=ny_gdp_mktp_cd&scale_y=lin&ind_y=false&rdim=region&idim=country:MYS&ifdim=region&hl=en_US&dl=en&ind=false
<17> http://www.indexmundi.com/g/r.aspx?c=my&v=65
<18>http://malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/40601-malaysians-have-lost-their-purchasing-power
<19>http://www.nytimes.com/2011/04/14/business/global/14wage.html?_r=1&emc=tnt&tntemail0=y
<20>http://www.immd.gov.hk/ehtml/faq_fdh.htm
<21>http://www.investopedia.com/financial-edge/0111/7-Countries-Raising-The-Minimum-Wage.aspx#axzz1uAa0axwi
<22>http://www.fairwork.gov.au/pay/national-minimum-wage/pages/default.aspx
<23>http://www.investopedia.com/financial-edge/0111/7-Countries-Raising-The-Minimum-Wage.aspx#axzz1uAa0axwi
<24>http://fauxcapitalist.com/2010/06/30/australia-has-15-an-hour-minimum-wage-and-is-ranked-more-economically-free-than-the-u-s/

*Teks penuh dengan carta dan jadual boleh dibaca di KPRU.

**Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU – Political Studies for Change) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal.  KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.

KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.

Mangsa langgar kereta dakwa tak dengar pengumuman

Posted: 29 May 2012 05:29 AM PDT

 
Salah seorang mangsa, Fairuz yang cedera parah di bahagian limpa membuat pembedahan petang semalam untuk membuang organ tersebut yang hancur.



PUTRAJAYA: "Limpa Fairuz hancur habis kena buang. Makcik hiba lihat anak kami terlantar kesakitan macam ini. Kami tak mampu nak tanggung segala perubatannya."

Demikian rintihan ibu salah seorang 17 mangsa yang cedera selepas dilanggar kereta ketika menonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012, pada Sabtu lalu.

Hamidah Zainal Abidin, 51, yang bekerja sebagai guru tadika di Rembau hanya mampu menitiskan air mata tatkala ditanya mengenai perkembangan anaknya itu.

Fairuz yang disahkan doktor cedera parah di bahagian limpa membuat pembedahan petang semalam untuk membuang organ tersebut yang hancur.

Menurut Hamidah, beliau dihubungi tunang Fairuz dan memaklumkan kejadian malang yang menimpa anaknya itu.

Fairuz yang dijadualkan akan berkahwin pada Februari tahun depan kini stabil dan mendapat rawatan rapi di wad ICU sejak malam kejadian tersebut.

Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik ini bekerja sebagai seorang pemandu dan menurut Hamidah pihak penganjur perlu bertanggungjawab di atas kemalangan yang menimpa anaknya itu.

"Penganjur ada datang tapi tiada jaminan yang  diberi. Malah mereka salahkan budak-budak ini kerana duduk dekat dengan kawasan lumba itu, seperti yang saya baca di akhbar.

"Saya dapat tahu anak saya cedera jam 1.00 pagi. Dimaklumkan kejadian berkenaan berlaku jam 11.30 malam. Fairuz datang dengan tujuh rakannya yang lain, malangnya enam jadi mangsa dan sekarang alami kecederaan.

"Penganjur perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Budak-budak ini kata tiada pengumuman oleh pihak berkenaan dan tahap keselamatan juga terabai," katanya kepada FMT.

Pada kejadian tengah malam Sabtu lalu, kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut hilang kawalan dan terbabas menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.

Laporan polis oleh mangsa


Sementara itu, seorang lagi mangsa Muhamad Aidil Azman, 19, berkongsi detik-detik cemas itu sehingga menyebabkan beliau tidak dapat berjalan ekoran lutut kanannya mengalami darah beku.

Menurut Muhamad Aidil, beliau yang tiba agak lewat hanya menonton perlumbaan di benteng pokok, malah mendakwa 22 orang turut mengalami kecederaan.

"Saya tak dengar ada sebarang pengumuman oleh penganjur dan saya duduk di benteng pokok. Saya sedar kereta itu datang dan tak sedar apa yang jadi," katanya.

Dalam pada itu, tiga laporan polis turut dibuat oleh mangsa termasuklah Muhamad Aidil.

Seorang lagi mangsa, Mohd Nor Faiz Sakariah, 24, membuat laporan polis berhubung kehilangan kamera yang didakwa diambil oleh pihak penganjur.

Laporan sama turut dibuat oleh sepupu beliau, Mohd Aidiel Aiezad Ashari, 24 mengenai kehilangan kamera tersebut.

Semua mangsa yang ditemui mendakwa pihak penganjur, Motorsport MUSC gagal membuat pengumuman untuk berundur daripada kawasan berkenaan, malah aspek keselamatan turut dipandang ringan.

Aspek keselamatan terabai




Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut melawat mangsa awal pagi ini menggesa siasatan menyeluruh dibuat ke atas penganjur kerana gagal menitik beratkan aspek keselamatan.
Ujar beliau, aspek keselamatan tidak boleh dikompromi dan tidak mahu perkara seperti ini berulang pada masa akan datang.

Naib Presiden PKR, N Surendran pula berkata parti menawarkan khidmat guaman kepada para mangsa serta mendakwa penganjur bersalah dari sudut undang-undang kerana gagal mengambil berat aspek keselamatan umum.

Katanya, mangsa tidak patut dipersalahkan dalam hal ini.

Ceramah Anwar terus diganggu

Posted: 29 May 2012 05:17 AM PDT

 
Selepas Lembah Pantai kejadian sama juga berlaku di Parlimen Semberong yang diwakili Datuk Seri Hishamuddin Husein.




PETALING JAYA: Ceramah-ceramah politik Datuk Seri Anwar Ibrahim terus diganggu. Selepas  Lembah Pantai, ia berjangkit ke Parlimen Maran di Pahang dan Parlimen Semberong di Johor.

Parlimen Maran diwakili Datuk Ismail Mutalib yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) manakala Parlimen Semberong oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Menteri Dalam Negeri.

Jika di Lembah Pantai, ada orang yang mengalami kecederaan perkara sama berlaku di Semberong.
Ketua AMK negeri, Mohd Nazri Ismail cedera di tangan dan bahu ketika membuat perisai manusia berikutan kira-kira 100 samseng cuba menghampiri Anwar yang menuju ke pentas ceramah.

"Beliau  dikeronyok kumpulan samseng sampai terjatuh. Mujur sempat diselamatkan beberapa ahli AMK lain.

"Seorang lelaki tua bertongkat juga rebah berikutan suasana kacau bilau itu.Seorang lain pula cedera di dahi akibat terkena mercun," kata Ketua PKR Batu Pahat, Syed Hamid Ali.

Karaoke lagu Mandarin

Bagaimanapun, Naib Ketua Umno Semberong, Nor Azman Hassan ketika dihubungi mendakwa beliau tidak mengetahui kejadian tersebut.

Di Maran, MCA  mengadakan program karaoke berhampiran Pejabat PAS kawasan yang menjadi tempat ceramah Anwar.

Pertandingan karaoke lagu-lagu Mandarin, dengan sistem pembesar suara yang canggih itu kemungkinan besar diadakan dipercayai bertujuan untuk menganggu kelancaran program ceramah Anwar.

Anwar ketika berceramah dilaporkan sebagai berkata,  tidak wajar tindakan menganggu dan membaling batu kepada ceramah Pakatan Rakyat.

"Bagaimanakah jika ahli PAS, PKR dan DAP bertindak balas ? Di mana moralnya ahli Umno, " kata Anwar.

JAIS serbu pejabat penerbit buku Irshad Manji

Posted: 29 May 2012 02:30 AM PDT

 
S Pathmawathy


 
Jabatan Agama Islam Selangor hari ini menyerbu pejabat syarikat ZI Publications yang menerbitkan buku Allah, Kebebasan dan Cinta oleh penulis kontroversi Irshad Manji.

Pengarah syarikat terebut, Ezra Zaid dalam tulisan di Twitter berkata pasukan 20 orang penguatkuasa itu turut merampas naskhah buku dalam serbuan di Merchant Square, Petaling Jaya.

NONEOperasi itu dibuat mengikut Seksyen 16(1)(a) atau (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor berhubung "kesalahan penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum syarak" mengikut waran geledah yang dikeluarkan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam semalam.

Penguatkuasa berkenaan turut membawa anak lelaki kepada presiden parti KITA itu ke ibu pejabat mereka d Shah Alam.

Kementerian Dalam Negeri sebelum ini mengharamkan penerbitan buku berkenaan dan juga versi bahasa Inggerisnya Allah, Liberty and Love kerana mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.

Perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya "boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam."

Kerajaan turut mengharamkan buku Irshad bertajuk The Trouble With Islam Today pada 2009.

PM bentang bajet 28 September

Posted: 29 May 2012 02:28 AM PDT

MALAYSIA KINI
 
 
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Bajet 2013 akan dibentangkan pada 28 September.

Najib yang juga menteri kewangan berkata Belanjawan 2013 akan memberi tumpuan terhadap pertumbuhan seimbang dan berkualiti selain kebajikan rakyat.

"Hari ini saya di sini untuk mendengar pandangan dan saranan anda terhadap isu-isu yang kita hadapi.
   
"Dalam perundingan Belanjawan, kita menerima 84 memorandum. Cadangan anda akan ditimbangkan sebagai input untuk Belanjawan 2013," kata Najib di Majlis Konsultasi Belanjawan 2013 yang dihadiri oleh semua pemegang kepentingan di Putrajaya hari ini.
   
Perdana Menteri yang mempengerusikan sesi itu, berkata tema Perundingan Belanjawan 2013 ialah Memacu Transformasi Ke Arah Negara Maju.- Bernama

Shabery: Penangguhan ceramah Ustaz Idrus tiada kaitan dengan konsert K-Pop

Posted: 29 May 2012 02:23 AM PDT

SINAR HARIAN
 
TANJUNG MALIM - Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menafikan dakwaan kononnya penangguhan majlis ceramah oleh penceramah motivasi Ustaz Azhar Idrus yang sepatutnya berlangsung pada 26 Mei lepas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) disebabkan konsert K-Pop.

Sebaliknya, beliau berkata penangguhan itu berkaitan dengan masalah trafik kerana kedua-dua program terbabit berlangsung pada hari yang sama dan memerlukan komponen tambahan dalam menguruskan perjalanan trafik.

"Kementerian saya tidak ada kena mengena dengan soal ini (pembatalan ceramah) dan bukan disebabkan konsert ini. Ia di bawah kawalan pihak pengurusan PICC yang merasakan masalah trafik menjadi punca (pembatalan ceramah) dan perlu ditangguhkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan Seminar Hasil Penyelidikan Siri ke-5 bertemakan 'Inovasi Penyelidikan Sukan' di Universiti Pendidikan Sultan Idris di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan pembangkang dalam laman portal bahawa penangguhan ceramah tersebut dibuat kerana serentak dengan konsert K-Pop sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 dan dibimbangi konsert itu tidak mendapat sambutan hangat apabila bersaing dengan majlis ceramah berkenaan.

Mengenai ketiadaan sambutan pada himpunan itu sekiranya ceramah itu juga berlangsung, Ahmad Shabery memberi contoh pada hari tersebut, himpunan belia turut diadakan di Shah Alam, namun malangnya tidak mendapat sambutan hangat.

"Pada himpunan belia di Shah Alam (penganjurnya) mengharapkan belia akan pergi ke sana. Difahamkan pemimpin besar mereka yang sepatutnya merasmikan himpunan itu tidak hadir dan akhirnya hanya 150 orang saja yang datang nak dibandingkan himpunan di Putrajaya lebih ramai lagi," katanya.

Sementara itu, ketika berucap, Shabery berkata sambutan himpunan itu amat memberangsangkan terutama kepada para peniaga kerana kebanyakan daripada mereka memperoleh keuntungan sehingga mampu menampung kos sewa gerai.

"Lebih 2,000 peniaga mengambil bahagian... ketika saya membuat tinjauan di gerai sukan yang menjual kasut, t-shirt dan sebagainya mendapati keuntungan pada hari ketiga jualan, mereka (peniaga) mampu membayar sewa kedai untuk hari pertama.

"Peniaga boleh menjual 12,000 (barang) dalam sehari. Saya percaya pada hari terakhir sudah tentu dapat meningkat daripada 18,000 hingga 20,000 jualan," katanya.

Beliau berkata ini bermakna aspek sukan perlu dilihat dari segi industri yang sebelum ini hanya dilihat dari perspektif tradisional.

"Tradisionalnya macam mana untuk mendapatkan pingat supaya kita menang, menaikkan bendera atau menyanyikan lagu. Itu aspek patriotisme yang saya rasa semua tahu bahawa kita mesti menang kerana setiap kali kemenangan akan melahirkan semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat," jelas Ahmad Shabery.- Bernama

PM akan hubungi Saudi bincang isu kuota haji

Posted: 29 May 2012 02:21 AM PDT

SINAR HARIAN

Datuk Seri Najib Tun Razak
 
Datuk Seri Najib Tun Razak
 
 
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghubungi Raja Arab Saudi, Raja Abdullah dalam masa terdekat bagi membincangkan kedudukan dan permohonan kuota jemaah haji dari Malaysia yang berisiko terjejas ekoran isu perhimpunan Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada 28 April lepas.
  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semasa memaklumkan perkara itu berkata, isu itu perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan sebarang masalah tidak diingini.
  
"Isu ini perlu diselesaikan dengan segera kerana kita tidak mahu apabila di saat akhir nanti berlaku pula kejadian yang tidak diingini.
  
"Jika berlaku sesuatu tindakan dari Arab Saudi, akan berlaku masalah pula kerana semua persiapan menunaikan haji tahun ini seperti sewa kapal terbang, hotel dan melantik syarikat yang membekalkan makanan kepada jemaah sudah selesai sepenuhnya," katanya.
  
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Musthapa.
  
Sebelum ini, Arab Saudi menghantar nota kepada Wisma Putra melahirkan rasa kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh segelintir rakyat Malaysia itu.
  
Isu kuota haji timbul kerana kerajaan Arab Saudi sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia berikutan perhimpunan haram di tanah suci itu.
  
Jamil Khir berkata, walaupun kerajaan Arab Saudi belum memberikan sebarang reaksi lagi tetapi pihaknya ada meminta penjelasan mengenai isu perhimpunan haram tersebut.
  
"Rakyat di Syria, Mesir, Tunisia, Libya, Yemen juga ada masalah, malah lebih besar dari negara kita, tetapi mengapa perlu diterjemahkan kepada demonstrasi di Madinah dan Makkah," katanya.
  
Menurutnya, Tabung Haji juga telah menghantar surat kepada Menteri Haji dan Wakaf Arab Saudi bagi menjelaskan isu perhimpunan haram tersebut.
    
Sementara itu, beliau berkata muzakarah kali kelapan kali ini akan menumpukan pada topik pelaburan emas yang merupakan satu pelaburan produktif dan mendapat sambutan hangat pada masa kini.
  
"Kita boleh lihat trend kenaikan emas yang boleh menjangkau sehingga 250 peratus dalam lima tahun terkini menunjukkan komoditi ini merupakan salah satu cabang pelaburan.
  
"Biarpun begitu orang Islam perlu mengetahui ada garis panduan yang ditetapkan oleh syarak dalam menjalankan aktiviti jual dan beli emas ini," katanya.
  
Katanya keputusan muzakarah tersebut akan menjadi panduan berguna kepada individu yang terlibat dengan pelaburan emas. - Bernama

Serangan peribadi ke atas rumah Ambiga bukan pasal perkauman

Posted: 29 May 2012 02:16 AM PDT

SINAR HARIAN

ambiga
 
Ambiga
 
 
KUALA LUMPUR - Serangan peribadi terhadap Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga di rumahnya tidak ada kaitan dengan sikap perkauman sebaliknya Ambiga menjadi sasaran disebabkan beliau pemimpin kepada perhimpunan Bersih, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.
  
Katanya serangan peribadi seperti perhimpunan oleh sesetengah pihak di rumah Ambiga di Bukit Damansara bukan sahaja tidak mendapat sokongan MIC tetapi juga oleh Umno dan MCA.
  
"Mereka semua sudah menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan perhimpunan itu. Ya, Ambiga adalah sebahagian daripada masyatakat kita tetapi kemarahan orang ramai ditumpukan kepada dia disebabkan Ambiga adalah pemimpin kepada satu pergerakan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek derma berjumlah RM100,000 untuk penubuhan kelas bantuan kepada kanak-kanak sindrom Autism di sini hari ini.
  
Subramaniam yang juga Timbalan Presiden MIC berkata demikian ketika ditanya oleh seorang wartawan sama ada serangan itu ada kaitan dengan sikap perkauman.
  
"Isu sebenar ialah kerajaan sudah mengadakan peluang untuk menyatakan pendapat bukan di satu tempat tetapi di seluruh negara dan kita tidak perlukan perhimpunan jalanan," katanya yang menambah bahawa perhimpunan Bersih digunakan oleh pihak tertentu sebagai alat politik.

Beliau juga mendedahkan bahawa kaum India sudah mula sedar bahawa setiap bantuan dan gerakan kononnya untuk membela kaum itu oleh pembangkang sebenarnya tidak pernah ikhlas tetapi ada agenda politik.
  
Katanya kesedaran masyarakat India ini sudah mula nampak apabila perhimpunan Hindraf yang dibuat baru-baru ini di Brickfields tidak mendapat sambutan daripada kaum itu berbanding pada tahun 2007.
  
"Saya diberitahu tentang sambutan itu tidak menjadi besar seperti yang diharapkan mereka, penyokong dari kaum India telah pergi ke sana dan persepsi yang mereka terima ialah bahawa itu adalah satu percubaan oleh parti pembangkang untuk memancing undi," katanya.
  
Dalam satu contoh, parti pembangkang mengadakan program untuk kaum India mendapatkan kad pengenalan, tetapi sebelum proses pendaftaran dijalankan, orang ramai terpaksa mendengar kempen politik daripada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin pembangkang lain, katanya.
  
"Program untuk kad pengenalan yang mereka buat tidak melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara. Ini sangat berbeza dengan apa yang kita buat, bukan satu tempat malahan di banyak kawasan dan kita tidak ada ceramah politik," katanya.
  
Hasilnya, MIC sudah berjaya menyelesaikan lebih daripada 6,000 kes ketiadaan kad pengenalan untuk kaum India, katanya.  

Beliau berkata kerajaan masih ada yang kurang, tetapi para pemimpin Barisan Nasional (BN) turun ke padang, dan kesemua kekurangan ini sedang,diperbaiki. - Bernama

Soi Lek: Dakwaan sabotaj Pelabuhan Pulau Pinang ‘tidak masuk akal’

Posted: 29 May 2012 02:14 AM PDT

 
 
KUALA LUMPUR ― Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menolak dakwaan DAP bahawa beliau menolak cadangan untuk mendalamkan lagi saluran di Pelabuhan Pulau Pinang, mengatakan keputusan dibuat secara kolektif  oleh "keseluruhan Majlis Ekonomi " untuk tidak berbelanja "ratusan juta" sebelum penswastaan ​​pelabuhan yang dibebani hutang.

Ketua Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) memberitahu The Malaysian Insider "Tidak masuk akal dari segi perniagaan" bagi mana-mana syarikat swasta untuk berhutang RM1.3 bilion hanya untuk "sengaja membuat pelabuhan gagal" seperti yang didakwa oleh DAP.

"Mengapa kerajaan perlu berbelanjakan apabila ia perlu dilakukan oleh mana-mana konsortium memenangi bida? "bekas menteri kesihatan (gambar) bertanya dalam jawapan kepada soalan dari tiga Ahli Parlimen Pulau Pinang dari DAP.

"Cadangan ini telah dikemukakan tetapi seluruh Majlis Ekonomi Negara Majlis memutuskan jika kita akan menswastakan mengapa menghabiskan beberapa ratus juta untuk kapal korek? "katanya, sambil menambah bahawa" terdapat banyak bicara"tetapi suruhanjaya itu tidak dimaklumkan tentang pemenang bida seperti yang didakwa oleh DAP.

Ketiga-tiga ahli parlimen DAP telah menuduh presiden MCA semalam menyekat cadangan Putrajaya untuk mengorek Pelabuhan Pulau Pinang, yang akan membolehkan besar kapal-kapal berukuran 8000 TEU (unit bersamaan dua puluh kaki)

memanggil di pulau itu di sepanjang Selat Melaka, paling sibuk di dunia jalan air.

Chow Kon Yow, Liew Chin Tong dan Chong Eng mendakwa terdapat plot "jahat" dan konspirasi oleh Dr Chua yang dilahirkan di Johor bagi mengekang ekonomi di Pulau Pinang untuk memberi manfaat kepada negeri dan menurunkan pangkat Pelabuhan Pulau Pinang dalam logistik jutawan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary Tanjong Pelepas Port (PTP).

"Mengapa Dr Chua ... menolak cadangan untuk mengorek Pelabuhan Pulau Pinang saluran, semasa mesyuarat Majlis Ekonomi Negara, kabinet ekonomi kerajaan ... pada 8 Ogos, 2011? "mereka bertanya.

The Malaysian Insider melaporkan pada bulan Disember 2010 bahawa Kabinet telah meluluskan jualan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) oleh Kementerian Kewangan  kepada PTP walaupun ada tawaran yang kompetitif diperoleh daripada peniaga lain dan juga kerajaan Pulau Pinang, yang memiliki tanah pelabuhan.

Ketiga-tiga Ahli Parlimen berkata mereka mendapat tahu bahawa Syed Mokhtar boleh meminta Kementerian Kewangan untuk memotong harga akhir bagi Pelabuhan Pulau Pinang RM150 juta dari awal RM450 juta dalam pertukaran untuk kerajaan persekutuan tidak mengupah kapal korek. yang akan menjimatkan RM350 juta.

Walau bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan bagaimana mereka dapat maklumat itu.

Dr Chua juga berkata ia tidak masuk akal bagi mana-mana pembida untuk tidak meningkatkan prestasi pelabuhan itu sebagai "kerana ia tidak berjalan seperti sepatutnya dan telah mengumpul hutang kira-kira RM1.3 bilion. "

"Bagaimana pemilik baru akan menyelesaikan hutang tertunggak tanpa mendalamkan pelabuhan? Ia tidak masuk akal untuk mengambil alih liabiliti dan tidak mengupah kapal korek. Ia hanya masuk akal kepada DAP tetapi ia tidak masuk akal kepada mana-mana ahli perniagaan, "kata bekas Ahli Parlimen Labis.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal Disember 2010 untuk dimasukkan ke dalam usaha untuk menjalankan pelabuhan, yang telah menurun sejak Kementerian Kewangan mengambil alih pada tahun 1994. Pelabuhan kehilangan status pelabuhan bebas pada tahun 1974 tetapi Najib menawarkan untuk memberi semula taraf pelabuhan bebas jika Pulau Pinang kembali ke Barisan Nasional yang tewas dalam pilihan raya umum 2008.

PPSB adalah sebuah anak syarikat milik penuh MoF Inc manakala pengawal selia, PPC, juga di bawah Putrajaya melalui Kementerian Pengangkutan.

Adalah difahamkan bahawa jumlah kargo di Pelabuhan Pulau Pinang telah gagal untuk mencapai tahap Pelabuhan Klang dan Tanjung Pelepas, berkembang hanya 5.8 peratus pada tahun antara 1995 dan 2009, berbanding Klang yang berkembang 14.2 peratus setiap tahun.

Pelabuhan Tanjung Pelepas Syed Mokhtar dimulakan pada tahun 1999 tetapi kini mengendalikan lebih daripada enam juta TEU setahun, enam kali lebih daripada satu juta TEU di Pulau Pinang.

Pulau Pinang telah mengadu bahawa sejak dimiliki kerajaan kedudukan kewangan pengendali pelabuhan telah semakin teruk , dengan hutang bersih meningkat dari RM148 juta pada tahun 2004 kepada RM832 juta pada tahun 2009 - 462 peratus peningkatan dalam lima tahun.

Terma rujukan panel Bersih lebih fokus kepada keganasan polis

Posted: 29 May 2012 02:11 AM PDT


PUTRAJAYA – Panel siasatan bebas berkenaan Bersih hari ini mengemukakan 10 Terma Rujukan (TOR) yang dilihat memberikan fokus utama terhadap keganasan pihak polis sewaktu perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih pada 28 April lalu.

TOR yang diserahkan salinannya kepada media di pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menyaksikan sebahagian daripadanya menjurus kepada insiden keganasan polis terhadap perusuh termasuk juga petugas media yang turut dikasari pihak berkuasa terbabit.

Antara TOR yang menjurus kepada pihak polis tersebut adalah "untuk memastikan sama ada penguatkuasaan agensi-agensi mematuhi prosedur perundangan dan tindakan setiap masa terutamanya ketika penggunaan kekerasan, gas pemedih mata, dan meriam air."

Antara terma rujukan lain berkaitan polis adalah "untuk menyiasat sama ada terdapatnya keganasan fizikal secara rawak digunakan pihak polis terhadap orang awam dan petugas media," "menyiasat sama ada terdapatnya rampasan tidak mengikut undang-undang terhadap gambar dan rakaman video dan peralatan mereka dimusnahkan."
 Selain itu juga, terma rujukan itu juga akan "menyiasat sama ada terdapatnya antara mereka yang ditangkap tidak menurut lunas perundangan dan mengalami kecederaan serius semasa dalam tahanan polis," dan juga menyiasat "Prosedur  Operasi Standard (SOP) polis dalam menghormati peserta dan kawalan perhimpunan berdasarkan cadangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau masyarakat yang mengamalkan demokrasi."

TOR itu seharusnya dibentangkan sewaktu sidang media bersama Pengerusi panel bebas tersebut, Tun Hanif Mohammed Omar, yang dilantik bersama enam panel yang lain itu bagaimanapun hanya dilampirkan bersama kenyataan medianya ekoran sidang media tersebut dibatalkan atas sebab yang tidak diketahui.

Hanif yang merupakan bekas Ketua Polis Negara sebelum ini pernah dikecam kerana mengeluarkan kenyataan perhimpunan Bersih mempunyai unsur komunis dan berniat untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

Selain itu, TOR itu turut melibatkan penyiasatan terhadap penganjur perhimpunan Bersih 3.0.

Hanif dalam kenyataannya sebelum ini berkata, panel bebas itu turut menyatakan kesediaan untuk bersemuka dengan Majlis Peguam dan Bersih bagi menyatakan kediaan bekerjasama dengan mereka secara sukarela.

Panel itu juga menegaskan mereka adalah satu badan alternatif buat pertubuhan yang menuntut untuk membersihkan sistem pilihan raya, malah, mereka juga sanggup untuk bersemuka dengan Majlis Peguam dan Bersih di pejabat masing-masing demi kebaikan bersama.

Hanif menjelaskan, beliau telah mempengerusikan sidang pertama panel tersebut pada Jumaat, 25 Mei lalu di pejabat KDN.

"Dalam mesyuarat pertama tersebut, panel telah mengemukakan 10 terma rujukan (TOR) dan telah sebulat suara bersetuju selepas dibincangkan.

"Panel ini juga boleh menjadi saluran untuk pihak-pihak mengemukakan bahan bukti, bantahan, dan sebagainya berhubung perhimpunan tersebut," tambahnya.

Panel ini juga jelas Hanif "telah diberikan kebebasan oleh kerajaan dari pelbagai aspek termasuk tempoh masa dan pihak yang berkenaan yang boleh dirujuk bagi membantu siasatan."

Menteri Dalam Negeri  Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mengumumkan enam panel yang ditugaskan untuk menyiasat dakwaan keganasan polis ketika perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu di Dataran Merdeka.

Selain Hanif, panel lain yang dilantik adalah bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Shim, Pengarah Urusan Sinar Harian Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Perundangan Antarabangsa Media Cina,  Liew Peng Chuan, Pengarah Komunikasi Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah dan Profesor Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Professor Dr Ruszmi Ismail.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata ahli panel tersebut haruslah dilantik dari kalangan mereka yang "kredibel, berpengalaman, dan dihormati" bagi menyiasat insiden keganasan ketika Bersih 3.0.

Najib berkata, beliau dan juga kerajaan dan orang ramai akan memerhatikan penyiasatan tersebut terhadap keganasan ke atas wartawan, media tempatan dan antarabangsa sewaktu perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

Namun Najib telah menerima kecaman kerana melantik Hanif yang merupakan bekas Ketua Polis Negara untuk mengetuai panel tersebut, dan beliau pernah berkata perhimpunan itu adalah bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan.

Hanif juga turut didesak melepaskan jawatan sebagai pengerusi bebas tersebut oleh pembangkang kerana beliau telah memberikan kenyataan yang berunsur prejudis terhadap Bersih walaupun sebelum menyiasat insiden keganasan tersebut.

Kekecohan tercetus di jalan raya sekitar Kuala Lumpur pada petang 28 April sejurus jam 3 petang apabila pasukan polis bertempur dengan perusuh, dan turut melepaskan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan perusuh.

Majlis Peguam juga mendapati keganasan yang dilakukan pihak polis sangat "mengejutkan" berbanding Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu.

Perhimpunan yang pada mulanya aman itu bertukar ganas setelah perusuh mula menceroboh kawasan Dataran Merdeka dan merobohkan penghalang yang didirikan pihak berkuasa.

Bagi mengawal keadaan, pihak polis anti rusuhan terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah perusuh memaksa mereka bersembunyi di lorong-lorong sekitar Kuala Lumpur

Sekitar 152 individu telah ditahan dalam insiden terbabit dan polis juga mula memburu mereka yang dipercayai terlibat mencetuskan keganasan sewaktu perhimpunan tersebut termasuk kereta polis diterbalikkan.

Kerajaan juga telah mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA 2012) dan telah mengemukakan saman terhadap 10 Jawatankuasa Pemandu Bersih termasuk pengerusi bersamanya, Datuk Ambiga Sreenevasan dengan nilai RM122,000 bagi gantirugi kerosakan kenderaan yang dialami pihak polis.

Debat Exco Pemuda Umno-Woong Sin batal

Posted: 29 May 2012 02:04 AM PDT

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR- Debat antara Exco Pemuda Umno Datuk Muhammad Khairun Aseh dengan Hiu Woong Sin, individu yang mengganggu majlis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di London, dibatalkan.

Muhammad Khairun berkata Hiu telah menarik diri pada 25 Mei walaupun Hiu terdahulu telah menerima surat pelawaan Pemuda Umno melalui jentera Umno di London pada 18 Mei untuk berdebat dengannya di sana.

"Beliau sebenarnya sudah bersetuju untuk berdebat sehinggalah pada 25 Mei lepas, kami (Pemuda Umno) mendapat maklum balas bahawa beliau menarik diri untuk berdebat apabila surat penarikan diri beliau disiarkan oleh Malaysiakini," katanya pada sidang berita di sini hari ini.

Pada 18 Mei lepas, jentera Umno di London telah menghantar surat pelawaan bagi pihak Pemuda Umno untuk berdebat dengan Hiu dan beliau telah menyatakan kesudiannya untuk berdebat pada hari yang sama menerusi laman twitter peribadinya.

Pemuda Umno telah mempelawa Hiu berdebat ekoran tindakannya yang berbuat bising dan melaungkan perkataan "Bersih" pada majlis "Sepetang Bersama Perdana Menteri" di London pada 15 Mei lepas.

Muhammad Khairun mendakwa Hiu hanya "kuat berkokok" kerana apabila Pemuda Umno sediakan platform yang sesuai untuk beliau meluahkan perasaannya, beliau telah menarik diri walaupun pada awalnya sudah bersetuju untuk berdebat.

Beliau berkata Malaysia tidak menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara, tetapi biarlah ada had dan tidak keterlaluan.- Bernama

Nurul Izzah: Politik ganas tidak boleh diterima

Posted: 29 May 2012 02:01 AM PDT

NURUL IZZAH ANWAR

Nurul Izzah Anwar
 
NURUL IZZAH ANWAR
 
 
JAWAPAN Datuk Raja Nong Chik terhadap isu "Malam Berdarah di Lembah Pantai" membuktikan wujud percubaan untuk mengalih perhatian dan memutarbelit fakta kejadian.

Tidak boleh dinafikan telah berlaku keganasan yang mengakibatkan kecederaan kepada seorang warga emas yang wajib dihormati dan kepada seorang anak kecil yang wajib dilindungi.

Malangnya, serangan keganasan ini bukan hanya satu serangan terhadap rakyat yang tidak bersalah tetapi juga merupakan satu serangan terhadap demokrasi.

Pertama, keganasan yang berlaku dipupuk melalui suasana intimidasi dan politik samseng yang diwujudkan Umno Lembah Pantai, seperti yang telah disaksikan pada malam itu dan juga kejadian-kejadian sebelumnya. (Seperti dalam kes 1) protes Pekida di Masjid al-Ikhlasiah, Pantai Dalam; 2) kes Adam Adli ditumbuk di Flat PKNS 4 Tingkat Kg Kerinchi oleh ahli Umno Lembah Pantai yang dikenal pasti; 3) ceramah TIBAI-Umno yang dibuat di Kg Kerinchi baru-baru ini.)

Kedua, usaha lemah untuk mengalih pandangan umum dengan membuat spekulasi dan menyalahkan PKR kerana menjemput "orang luar" menghadiri program politik setempat adalah tidak lain tidak bukan satu usaha merendahkan martabat demokrasi yang langsung merugikan penduduk Lembah Pantai.

Sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai saya mengalu-alukan kehadiran pemimpin nasional seperti Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Daim Zainuddin dan mana-mana lagi menteri Kabinet yang telah turun ke Lembah Pantai dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Saya tidak melihat tindakan Umno ini sebagai usaha membawa masuk "orang luar" ke dalam "politik tempatan" tetapi ia adalah satu pengiktirafan bahawa PKR telah melakukan banyak perkara dengan betul untuk layak menerima layanan sebegini.

Tambahan pula, layanan luar biasa dalam bentuk dana dan perhatian yang dicurahkan ke Lembah Pantai berbanding kawasan-kawasan parlimen lain di Kuala Lumpur oleh Datuk Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, serta seorang datuk bandar yang tidak dipilih, adalah bukti kerajaan persekutuan harus bekerja dua kali ganda lebih keras apabila sokongan majoriti di Kuala Lumpur bersama Pakatan Rakyat.

Ketiga, berkaitan dakwaan tidak cukup bukti mereka yang bertanggungjawab terhadap keganasan di Pantai Permai, saya jemput Datuk Raja Nong Chik untuk bersama saya mengecam semua bentuk politik keganasan dan bersama-sama saya menjemput Polis Di-Raja Malaysia dan Suhakam untuk menyiasat kejadian ini secara adil pada Khamis ini.

Akhir sekali, untuk memupuk semangat demokrasi dan membuktikan politik keganasan tidak boleh diterima segenap lapisan masyarakat, saya sekali lagi menyatakan kesediaan saya untuk berdebat dengan Datuk Raja Nong Chik, dua minggu dari sekarang di Pantai Permai, tempat sama seperti ceramah saya minggu lalu. Saya nantikan sama ada beliau mampu menterjemah percakapan menjadi realiti oleh sebab beliau percaya bahawa semua politik itu bersifat setempat.

Ops Scorpene 2.0: SUARAM mendedahkan sampul surat dengan 'folder' bertajuk "C4"

Posted: 29 May 2012 01:50 AM PDT

  Maria Begum, Malaysia Chronicle



Awal minggu ini, sebuah akhbar di Hong Kong mendedahkan skandal kapal selam Scorpene yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kawan karib Razak Baginda dan penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dengan kejam.

Dalam laporan berita, yang telah dipetik oleh beberapa blog di Malaysia, Najib telah digambarkan sebagai pelaku utama di sebalik konspirasi untuk mendapatkan komisen besar daripada pembelian 2 kapal selam dari Perancis dari pembuat senjata DCNS oleh kerajaan Malaysia.

Dia juga dikaitkan dalam pembunuhan Altantuya, di mana dua bekas pengawal peribadinya telah dijatuhkan hukuman gantung manakala Baginda telah dibebaskan.

Akhbar HK juga melaporkan bahawa mahkamah Perancis telah memanggil Najib untuk memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan kes rasuah terhadap DCNS yang difailkan oleh SUARAM NGO dari Malaysia.

Altantuya yang berusia 28 tahun, dipercayai mempunyai hubungan intim dengan kedua-dua Najib dan Baginda, juga merupakan penterjemah yang telah dibunuh kerana peranannya sebagai orang tengah dalam kes itu, di mana Najib dan Baginda telah dituduh memperolehi sogokan haram bernilai lebih daripada RM500 juta.

Dia telah ditembak di kepala di kawasan hutan di Malaysia pada tahun 2006 dan mayatnya dibom dengan bahan letupan gred C4 yang hanya dimiliki tentera untuk mengelakkan mayatnya daripada dikenalpasti.

Lebih banyak dana diperlukan untuk menyabitkan pesalah


Sementara itu, SUARAM telah mengumumkan bahawa ia akan melancarkan Ops Scorpene 2.0 untuk mengumpul dana bagi melawan DCNS di mahkamah Perancis. Ia telah mengeluarkan kenyataan di bawah.

"SUARAM berharap bahawa dengan bermulanya kes Kapal Selam di Perancis, kita boleh menghantar satu mesej yang jelas bahawa rakyat Malaysia tidak akan berdiam diri dan menerima ahli-ahli politik korup dan aktiviti rasuah yang berleluasa di Malaysia.

Skandal komisen kapal selam, merupakan antara rompakan terbesar diMalaysia di zaman moden ini, bukan isu sekali sahaja tetapi ia mencerminkan penyalahgunaan kuasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) dengan kesan domino, bagaimana wang pembayar cukai telah digunakan serta disalahgunakan.

SUARAM merupakan sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang mempertahankan hak untuk bersuara tanpa rasa takut dalam kes hak asasi manusia, tadbir urus yang baik dan sebuah masyarakat yang terbuka dan bertanggungjawab.

 Kami meneruskan kes mahkamah untuk mendapatkan kebenaran dan keadilan bagi rakyat Malaysia dimana wang mereka telah disalahgunakan.

Selama lebih 20 tahun SUARAM telah berusaha untuk mendedahkan amalan rasuah, tadbir urus yang lemah dan memperjuangkan hak-hak manusia tanpa mementingkan sebarang keuntungan.

Jadi untuk meneruskan perjuangan dalam membongkar skandal di sebalik pembelian kapal selam, dan menurut kes yang sedang berlaku di Perancis, SUARAM perlu banyak bantuan dan derma daripada rakyat Malaysia.

Kempen ini perlu diteruskan tanpa sebarang gangguan dan dengan sokongan penuh rakyat Malaysia. Kosnya sangat tinggi dan akan kekal sedemikian untuk beberapa tahun yang akan datang sehingga kes itu didedah dan kebenaran terbukti, sekali dan untuk semua. "

Kempen mengutip dana yang kedua


Ops Scorpene 2.0 merupakan kempen mengutip derma dan juga merupakan kempen kesedaran yang kedua diadakan (yang pertama telah dijalankan pada bulan Julai 2011) untuk menanggung perbelanjaan kes itu di mahkamah Perancis, yang telah menjadi satu isu besar yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat.

 Majlis makan malam tersebut akan diadakan pada 15 Jun 2012, pukul 7.30 petang di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, Selangor. Makan malam anjuran Ops Scorpene ini bertujuan mengumpul RM300, 000 untuk menanggung yuran guaman peguam yang bekerja untuk memastikan kejayaan kes itu.
 Cynthia Gabriel dari SUARAM, Joseph Breham, salah seorang daripada 2 peguam Perancis, dan pemimpin-pemimpin politik seperti Saudara Mat Sabu, Ahli Parlimen Tian Chua dan Tony Pua akan menyentuh tentang perkembangan terkini di kes itu.

Terdapat juga beberapa persembahan dan jualan oleh NGO untuk menyalurkan mesej dan kempen mereka kepada orang ramai. (skrol ke bawah untuk butir-butir acara).

How it began


Pada 5 Jun 2002, Kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan DCNS Perancis dan Navantia Sepanyol untuk memperolehi dua kapal selam Scorpene. Kontrak diperolehi secara rundingan terus diantara syarikat-syarikat pembuatan dengan Perimekar Sdn Bhd milik Razak Baginda.

Menurut penjelasan Kerajaan, kontrak itu dibahagikan kepada dua bahagian:

Kos dua kapal selam Scorpene bersama-sama dengan pakej yang meliputi sokongan Logistik Bersepadu dan latihan yang berjumlah 969.15 juta Euro (Walau bagaimanapun pada 14 Mei 2008, Najib memberitahu Parlimen bahawa ini sebahagian kos 999,15 juta Euro)

Bayaran kepada Perimekar Sdn Bhd di atas nama "perkhidmatan koordinasi" untuk tempoh enam tahun, dan jumlah itu adalah sebanyak 114.96 juta Euro.

Dengan kadar pertukaran pada masa itu, kos adalah bersamaan dengan:
Pembayaran bagi kos kapal selam antara: RM 2.14b (Euro = RM3.2 pada tahun 2002) - RM 5.43b (Euro = RM5.6 pada tahun 2008) (kini Euro = RM4.7)

Komisyen: mungkin kira-kira RM540 juta (kadar pertukaran pada masa pembayaran)

Aduan difailkan dengan harapan siasatan boleh dimulakan


Pada 23 Disember 2009, SUARAM melalui rangkaiannya di Perancis berhubung dengan peguam terkemuka hak asasi manusia di Perancis, untuk memfailkan aduan kepada sistem kehakiman Perancis, dengan harapan bahawa suatu siasatan awal akan dimulakan.Ini dilakukan untuk membolehkan akses kepada maklumat, kontrak kerajaan yang ditandatangani dengan Perimekar dan maklumat lain yang diklasifikasikan sebagai rahsia oleh kerajaan di Malaysia.

Pada April 2010, peguam yang mewakili SUARAM dimaklumkan bahawa mahkamah telah menerima permintaan untuk menyiasat dakwaan rasuah bagi pembayaran berjumlah 114 juta Euro yang dibuat sebagai komisen dari DCNS kepada Perimekar.

Perancis, mengamalkan sistem Undang-undang Sivil di mana seorang hakim memikul peranan mengadili penyiasatan, dan sehingga kini masih menyimpan penemuan siasatan sebagai sulit.

Walau bagaimanapun, peguam SUARAM telah dimaklumkan bahawa penyiasatan akan berakhir, dan perlu berpindah ke perbicaraan penuh selepas ia memutuskan sama terdapat atau tidak keterangan yang mencukupi bgi meneruskan perkara itu di mahkamah terbuka.

Pada 16 Mac 2012, mahkamah Perancis telah membuka siasatan ke atas tuduhan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan wang pembayar cukai, yang dikaitkan dengan pembelian 2 kapal selam Scorpene, pada tahun 2002.

Mahkamah kelas pertama: Saksi-saksi termasuk Najib dicadangkan


Suatu siasatan ke atas tuduhan rasuah, penyalahgunaan dan penyalahgunaan wang pembayar cukai, yang dikaitkan dengan pembelian dua kapal selam Scorpene, pada tahun 2002 bermula pada 19 April 2012 (Khamis) di Tribunal de Grande instance (TGI), Paris yang dikenali sebagai mahkamah kelas pertama yang membicarakan kes-kes litigasi sivil. Siasatan ini akan dijalankan di hadapan dua hakim, Hakim Roger Le Loire dan Hakim Serge Tournaire.

Pada 20 April SUARAM telah diwakili oleh Dr Kua Kia Soong (Pengarah dan salah seorang pengasas SUARAM), diikuti oleh Cynthia Gabriel (Ahli Sekretariat) dan peguam Fadiah Nadwa. Mereka muncul di hadapan Hakim Roger Le Loire dengan peguam mereka Yusuf Breham.

Dr Kua membentangkan kes bagi SUARAM, menyematkan harapan akan diadakan perbicaraan dihadapan kehakiman di Perancis selepas percubaan mengecewakan dengan kes pembunuhan Altantuya, SPRM tidak efektif, sekatan maklumat di Malaysia dan kurangnya ketelusan dalam parlimen berkaitan kes komisen Scorpene.

SUARAM sewajarnya mencadangkan Menteri Pertahanan semasa dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda, Zahid Hamidi Menteri Pertahanan, PI Balasubramaniam, Setev Shariibuu, Jasbir Singh Chahl, Tan Sri Lodin dan Mazlinda sebagai saksi yang berpotensi apabila kes didengar.

Pada 3 Mei 2012, SUARAM mendedahkan bahawa mereka telah mendapat akses penuh kepada kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya.Ini adalah satu langkah ke hadapan yang sangat besar, kerana banyak maklumat dirahsiakan kini dicapai untuk SUARAM sebagai Plaintif dalam kes sivil terhadap DCNS. Undang-undang Perancis menyediakan beberapa kekangan bagi akses. Manakala SUARAM tidak mampu untuk mendapatkan salinan dan mengedarkannya, ia bagaimanapun berhak meneliti dokumen dan memetik daripada media dan orang ramai.
Penemuan baru


Sidang akhbar SUARAM mendedahkan penemuan pada:
a. dokumen 87
b. dokumen 144
dokumen 87

Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis dari pejabat En. Di Henri GIDE (Thales) pada 28 Mei 2010 yang termasuk faks yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan dihantar oleh F. DuPont bertarikh 1 Jun 2001 dialamatkan kepada D. Arnaud, Sk kepada BAIOCCO dan SAUVAGEOT"PROJEK MALAYSIA / DASAR LAUT" sebagai subjek.

Encik DuPont memperincikan kronologi lawatan dan tindakan masa depan semasa dalam perjalanan di Malaysia di mana terdapat pelbagai perjanjian dirancang dalam mesyuarat rundingan tertentu dengan Kementerian Pertahanan dan ahli-ahli pengurusan daripada Perimekar semasa yang dua kontrak cadangan (2) akan disebut(dari DCNI kepada Perimekar serta antara Perimekar dan Kerajaan Malaysia).

Beliau akhirnya menunjukkan mesyuarat dengan DATO 'SRI NAJIB di Perancis pada 14 Julai 2001 dengan syarat bahawa DCNI menawarkan jumlah maksimum sebanyak USD 1 bilion untuk penginapan Perimekar (di Perancis).

Envelop dengan sub-folder bertajuk 'C4'


Pejabat pendakwa atas arahan telah menerima daripada Thales International Asia, sampul surat pada 22 Ogos 2011. Sampul surat yang terkandung:
- Satu folder sub bertajuk "C4"
- Satu folder sub bertajuk "invois"
- Fail PDF
- satu pemacu USB

Antara dokumen-dokumen penting adalah kewujudan invois difakskan oleh TERASASI Sdn Bhd (Syarikat No.524814-P) pada 19 September 2004 untuk Bernard BAIOCCO ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif Thales International Asia. Invois menyatakan jumlah sebanyak Euro 359, 450,00 untuk tujuan yuran kejayaan yang akan dibayar kepada Alliance Bank Malaysia Berhad, Cawangan CP Tower, Seksyen 16, Petaling Jaya, Akaun No :12109-0-01-3.000.450-8 dan mengandungi nota ditulis dalam bahasa Perancis adalah berikut:

"Razak demande si ce SF peut etre pris en compte assez vite. Le Support Fee suit avec un rapport".
Terjemahan: Razak meminta jika SF boleh diambil kira dengan segera. Yuran sokongan bersama dengan laporan.

Penerima -Najib dan Baginda?

Oleh itu ternyata bahawa Thales International Asia tidak boleh mengabaikan bahawa jumlah yang dibayar kepada TERASASI Sdn Bhd akhirnya mendapat manfaat Najib Razak, Menteri Pertahanan dan / atau perunding beliau, Abdul Razak Baginda.

Ia jelas bahawa ini salah satu rompakan kerajaan Malaysia ke atas rakyat! Ia bukan lagi hanya 114,9 juta Euro komisyen yang dibayar kepada Perimekar yang membentuk asas aduan kepada Mahkamah Perancis yang menjadi persoalan.

Ia telah diperbesarkan menjadi pembohongan yang melibatkan pemusnahan syarikat yang ditubuhkan untuk merumitkan penyembunyian rompakan terang-terangan wang pembayar cukai Malaysia dan Perancis '. Lebih banyak-komisen seperti ini telah muncul membenarkan penyalahgunaan badan-badan seperti dana haji (Lembaga Tabung Haji) dan dana pencen tentera (Lembaga Tabung Angkatan Tentera).

Malaysia Chronicle/SUARAM
Perincian Ops Scorpene 2.0
Yang berikut adalah sebagai rujukan:
Jadual kelas A -- RM 10000
Jadual kelas B -- RM 5000
Jadual kelas C -- RM 1000
Donations can also be made to SUARAM via cheque or online transfer to
Derma juga boleh dibuat kepada SUARAM melalui cek atau pemindahan online kepada
Akaun: SUARA INISIATIF SDN BHD
Bank : Maybank Bhd
Nombor Account: 5122 9582 0324

Untuk maklumat lanjut, hubungi outreach@suaram.net atau suaram@suaram.net atau hubungi SUARAM ditalian 03 77843525.
Untuk maklumat dan keterangan lanjut anda boleh melawat
Laman web: www.suaram.net
Facebook https://www.facebook.com/suararakyatmalaysia
Twitter: SuaramTweets

[BONGKAR] RM12 Billion Untuk Kos Logi Langat 2: Hanya Untuk Buat Kroni UMNO Kenyang

Posted: 28 May 2012 10:00 PM PDT


KELAB GREENBOC


Kenyataan seorang pemimpin Umno Selangor bahawa jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri itu maka masalah air akan diselesaikan adalah muslihatnya untuk memberi 'makan' kepada kroni dan dirinya sendiri.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Faekah Husin berkata, kenyataan ini merupakan amaran awal BN akan meneruskan projek pembinaan loji Langat 2.

Beliau merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dan juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berhubung masalah bekalan air yang bakal dihadapi negeri itu menjelang tahun 2014.

"Rakyat akan tahu bahawa projek ini sebenarnya untuk kepentingan kroni dan Umno malah Noh sendiri, bukannya untuk kesenangan rakyat," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau menegaskan, "jika Noh gagal memahami isu ini, kita tidak hairan bagaimana kementerian beliau gagal menangani isu penyelewengan dana NFC (National Feedlot Corporation) yang memalukan seluruh menteri kabinet.

"Kita telah tegaskan masalah air di Selangor berpunca dari pengurusan yang lemah dan pengetahuan yang cetek. Disebabkan kelemahan-kelemahan ini, rakyat terpaksa menanggung kos pembinaan Langat 2 yang sangat mahal.

'Sedia payung sebelum hujan'

Jika ini berlaku katanya, tiada guna rakyat menyesal kerana nasi sudah menjadi bubur. Adalah lebih baik rakyat 'menyediakan payung sebelum hujan' dengan menolak Umno-BN yang jelas hanya berjuang untuk menambah kekayaan keluarga dan kroni.

"Kos RM12 bilion untuk membina Langat 2 mungkin ditanggung rakyat Selangor hingga ke cucu cicit dengan kenaikan tarif air yang melampau dan membebankan," tegas beliau.

Faekah menempelak cabaran Noh menyarankan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya minum air empangan sebagai benar-benar kurang bijak yang hanya menggambarkan betapa ceteknya akal beliau.

"Air empangan hanya selamat diminum selepas dirawat di loji pembersihan. Di negara-negara maju, air paip selamat diminum terus dari paip tetapi di Selangor sebaliknya berlaku.

"Pengguna terpaksa mengeluarkan lagi perbelanjaan untuk membeli penapis air kerana air berkeladak dan berbau klorin.

Ujar beliau, "inilah hasilnya apabila pengurusan air diberikan kepada syarikat kroni yang tidak mengutamakan kualiti tetapi mengejar keuntungan semata-mata untuk menambah kekayaan kroni dan keluarga.

"Oleh sebab itu, kerajaan negeri akan membina loji pembersihan sendiri tanpa perlu menebuk Banjaran Tiiwangsa yang kosnya dianggarkan RM12 billion.
-FMT

Lelaki rentung, ibunya cedera dalam kebakaran

Posted: 28 May 2012 09:56 PM PDT

SINAR HARIAN

IPOH - Seorang lelaki rentung manakala ibunya cedera apabila rumah dua tingkat yang mereka duduki musnah dalam kebakaran di Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, awal hari ini.

Mayat lelaki keturunan siam yang dikenali sebagai Songkran a/l Cheong Sim, 26, ditemui di ruang tamu tingkat bawah rumah itu, manakala ibu lelaki berkenaan Cheong Meng Chee, 50-an cedera di kaki dan badan.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu DSP Anuar Omar berkata mayat lelaki itu ditemui selepas pasukan bomba dan penyelamat selesai memadamkan kebakaran.

Mayatnya dihantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat manakala ibunya dirawat di hospital yang sama, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kebakaran pada pukul 5.57 pagi itu disedari oleh ibu lelaki berkenaan tetapi dia gagal menyelamatkan anaknya itu kerana api marak dengan cepat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dihubungi berkata bomba mengambil masa satu jam untuk memadam kebakaran.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.- Bernama

Pengawal keselamatan dihukum gantung bunuh pondan

Posted: 28 May 2012 09:52 PM PDT

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang pondan di Setapak dua tahun lepas.
  
Hakim Datuk Su Geok Yiam menjatuhi hukuman itu terhadap V.Raja, 23, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
  
Bapa seorang anak itu, yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, didapati bersalah membunuh M. Kanan, 45, di kawasan Kolam Takungan Banjir Ayer Panas, di Lorong Air Tawar Off Jalan Air Jernih, Setapak, antara 1 pagi dan 2 pagi, 24 Ogos 2009.
  
Dalam keputusannya, Su berkata ketika memberi keterangan, salah seorang saksi pendakwaan berkata dia ternampak tertuduh menikam mangsa yang kemudiannya jatuh ke dalam kolam takungan banjir itu.
  
Dalam perbicaraan itu, Timbalan Pendakwa Raya Jean Sharmila Jesudason yang mewakili pihak pendakwaan mengemukakan 21 saksi.  

Raja diwakili oleh peguam Shamsul Sulaiman.
  
Ketika ditanya wartawan, Jean mengesahkan mangsa adalah pondan, dan menurut laporan sebelum ini, polis menemui mayat yang disangka wanita kerana mangsa memakai pakaian wanita, bercoli serta berambut kerinting panjang mencecah bahu.
  
Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah di kepala dan belakang badan, serta satu tikaman di perut. - Bernama

Politik ganas: BN, PR perlu waspada

Posted: 28 May 2012 09:50 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

chandra muzaffar
 
Chandra Muzaffar
 
 
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) perlu lebih waspada dan jaga batas ketika berkempen bagi mengelak berlaku insiden tidak diingini.

Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just), Dr Chandra Muzaffar berkata, perkara itu boleh berlaku kerana keghairahan merebut kuasa matlamat penting yang mendahului segala-galanya.

"Saya tidak dakwa manamana parti akan bertindak ganas sekiranya gagal capai matlamat, sebaliknya saya percaya jika kedua-dua parti tidak berwaspada bermula sekarang, keadaan sukar berlaku dan beri kesan buruk," katanya.

Beliau harap dua-dua pihak tidak melakukan sesuatu memudaratkan masyarakat," katanya.

Bekas Ketua Wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah tidak menolak kemungkinan keganasan akan dilakukan pembangkang jika gagal menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) .

"Apabila imbas kembali tindak-tanduk pembangkang, terutama Bersih 3.0, memang banyak gunakan keganasan.

"Saya minta guna saluran betul jika mahu rampas Putrajaya kerana rakyat menilai," katanya.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Dr Mahathir kerana bukti menunjukkan dengan jelas berlakunya insiden tidak diingini jika PR gagal.

"Kenyataan Dr Mahathir mengandaikan PR bertindak ganas sekiranya BN menang dalam PRU13, tetapi dalam hal begini, saya tidak fikir kerajaan akan cetus provokasi seperti didakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya.

Tiada rumah: Kerajaan gagal bela penjawat awam

Posted: 28 May 2012 09:43 PM PDT

Hazayani Zakaria,
KUALA LUMPUR: Kegagalan kira-kira 60 peratus penjawat awam berpendapatan bawah RM3,000 sebulan memiliki rumah sendiri membuktikan kerajaan Umno BN gagal menjaga kebajikan rakyat.

Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar PAS Pusat, Anuar Tahir (gambar) berkata, kerajaan seharusnya memikirkan program yang memberikan keselesaan jangka panjang kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Selama 54 tahun BN memerintah, ini yang mereka tinggalkan untuk rakyat, penjawat awam masih belum mampu memiliki rumah sendiri.

"Sepatutnya soal pemilikan rumah harus diberi keutamaan oleh kerajaan, bukan menghabiskan duit untuk projek-projek mega atau program untuk kesan jangka pendek sahaja malah tak mencapai sasaran pun. Rakyat biasa merintih tak ada rumah sendiri," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Baru-baru ini Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan terutama di Lembah Klang tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Cuepacs menjangkakan fenomena ini akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.

Mengulas perkara tersebut, Anuar berkata, PAS bersetuju dengan tuntutan Cuepacs agar kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan.

"PAS bersetuju dengan saranan Cuepacs itu dan Pakatan Rakyat juga mengutamakan soal pemilikan rumah kepada rakyat, bukan penjawat sahaja," katanya.

Tambah beliau lagi, kerajaan seharusnya mempercepat pelaksanaan gaji minimum agar rakyat yang berpendapatan rendah tidak terus terbeban dengan kos hidup yang semakin meningkat.

"Pentadbiran kerajaan tidak bersifat manusiawi jika tidka memikirkan perkara ini.

"Gaji hanya cukup-cukup makan dengan harga barang semakin naik, perbelanjaan lain, bagaimana nak membeli rumah?" soalnya.

Sokongan terhadap PAS di Putrajaya meningkat

Posted: 28 May 2012 09:31 PM PDT

Harakahdaily,


PUTRAJAYA: Sejak akhir-akhir ini, sokongan rakyat terhadap PAS khususnya kakitangan awam yang menetap di Putrajaya dilihat sangat memberangsangkan.

Biarpun Putrajaya terkenal sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan di mana masyarakatnya majoriti kakitangan awam, namun mereka kini tidak lagi takut untuk mendekati PAS.

Sabtu lalu, masyarakat Putrajaya mengambil peluang mengenali PAS secara lebih dekat sempena lawatan rasmi PAS Pusat di sana.

Menurut Yang DiPertua PAS Putrajaya Mohd Nazir Zakaria, sambutan yang menggalakkan dikalangan masyarakat menunjukkan PAS bukan asing pada mereka.

"Ini membuktikan yang PAS sudah bertapak di hati mereka dan sokongan terhadap PAS di Putrajaya pada hari ini telah meningkat hampir 5 kali ganda berbanding tahun 2011.

"Perkembangan ini sangat baik yang memberi satu gambaran yang jelas tentang keupayaan PAS dan Pakatan Rakyat untuk mara ke Putrajaya," katanya.

Terdahulu, lawatan tersebut adalah anjuran bersama Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan bersama PAS Kawasan Putrajaya.

Antara Pimpinan PAS Pusat yang hadir sempena program ini ialah Setiausaha Majlis Syura PAS Pusat Ustaz Nik Zawawi, dan Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Pusat Dr. Hatta Ramli.

Pimpinan tertinggi PAS Putrajaya pula ialah YDP PAS Putrajaya Mohd Nazir Zakaria, Timbalan YDP Kamaruzaman Mohamad merangkap Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Selain petugas PAS Putrajaya, program ini dibantu oleh petugas-petugas dari Bandar Tun Razak, Cheras dan Segambut.

Program dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah di Surau Al-Mizan, Presint 8 dan diikuti dengan tazkirah Maghrib yang disampaikan oleh Ust. Nik Zawawi.

Selepas solat Isyak yang diimamkan sendiri oleh Ustaz Nik Zawawi, rombongan peserta telah beramai-ramai ke Medan Selera Presint 9 untuk acara seterusnya.

Acara dimulakan dengan ceramah santai yang dikendalikan oleh Kamaruzaman Mohamad dengan ucapan dimulakan oleh Dr. Hatta.

Beliau telah menyeru kepada semua penduduk Putrajaya supaya memberikan peluang kepada PAS untuk menang di Putrajaya dan seterusnya mentadbir Malaysia.

Di dalam ucapannya, beliau turut mengucapkan takziah kepada peserta yang kemalangan dalam acara perlumbaan sempena Karnival Hari Belia di Putrajaya.

Ucapan seterusnya disampaikan oleh Ustaz Nik Zawawi. Beliau telah mengingatkan para hadirin bahawa hanya Islam sahaja yang mampu menyelamatkan negara Malaysia yang kian parah ini.

Program diakhiri dengan para pimpinan mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan para hadirin yang menjamu selera di medan selera tersebut.

FGVH: Apa fatwa libatkan tanah rizab Melayu

Posted: 28 May 2012 09:29 PM PDT



Harakahdaily,
 
 
 KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menuntut supaya sebuah fatwa dikeluarkan dalam isu penyenaraian FGVH yang bakal melibatkan lebih 105,000 ekar Tanah Rizab Melayu (TRM) dalam Felda.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, kehilangan tanah milik orang Islam yang berlaku di negara ini adalah mirip kehilangan tanah orang Palestin yang berpindah tangan kepada orang Yahudi.

"Pihak Majlis Fatwa Kebangsaan wajar bersidang untuk membincangkan isu ini dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih parah," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Teras mendapati kuasa yang dimandatkan kepada kerajaan sekarang untuk menjamin status TRM sudah lama disalahguna.

Tambahnya, bukan sahaja TRM banyak dibatalkan pewartaannya secara tidak telus, malah saiz dan lokasi TRM yang diganti tidak pernah didedahkan kepada awam.

Sehubungan itu, tegasnya Teras membantah dengan keras penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) yang bakal melibatkan lebih 105,000 ekar TRM dalam Felda.

"Jika penyenaraian ini diteruskan seperti yang ditetapkan oleh kerajaan, orang Melayu akan kehilangan TRM yang sangat luas tanpa jaminan bahawa ia akan diganti sepertimana yang diperundangkan dalam Perlembagaan Persekutuan," ujarnya.

Teras, kata beliau melihat tindakan itu sebagai suatu pengkhianatan yang jelas terhadap masa depan orang Melayu.

Katanya, penyenaraian hartanah dalam bursa saham  yang menjadi aset  penting kepada orang Melayu bakal melihat tanah milik orang Melayu dengan mudah berganti tangan kepada bukan sahaja orang bukan Melayu dalam negara malah orang dari luar negara.

"Ini adalah suatu tindakan yang tidak boleh dibenarkan.

"Kami menuntut supaya kerajaan menjelaskan dengan terperinci status TRM dalam penyenaraian yang akan dilaksanakan walaupun bantahan terus diketengahkan oleh peneroka," katanya lagi.

TG Nik Aziz yakin lebuh raya rakyat dapat disiapkan

Posted: 28 May 2012 09:26 PM PDT

Harakahdaily,



(TG Nik Aziz menandatangani plak perasmian pembinaan Lebuh raya rakyat Kota Bharu - Kuala Krai semalam)



MACHANG: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat dari Kuala Krai ke Kota Bharu bernilai RM1.8 bilion akan dapat disiapkan mengikut jadual.

Mursyidul Am PAS itu berkata pembiayaan kos projek itu akan turut melibatkan sumbangan wang daripada rakyat, lapor Malaysiakini.

"Kita yakin dapat melaksanakan projek bernilai RM1.8 bilion ini walaupun tidak sepenuhnya melalui sumbangan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan projek lebuh raya itu di Kampung Berangan Mek Nab di Machang, hari ini.

Nik Aziz mengulas kenyataan sesetengah pemimpin politik, termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang sangsi dengan kemampuan kerajaan PAS Kelantan membina lebuh raya melibatkan kos besar dan menyifatkannya sebagai gimik politik.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

(Ladang Sungai terah menyumbangkan RM1 juta untuk pembinaan lebuh raya bagi meringankan kesusahan rakyat Kelantan yang pulang ke kampung pada setiap hari raya dan cuti sekolah)

Katanya lebuh raya tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala) itu turut dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat (R&R).

"Pembinaannya berkonsepkan wakaf di mana kos pembinaan serta penyelenggaraannya dibiayai sebahagian daripada dana hasil sumbangan derma dan wakaf oleh rakyat dan syarikat swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," katanya.

Tok Guru Nik Aziz sendiri menyumbangkan RM5,000 wang peribadinya semalam untuk menjayakan projek ini.

Anak syarikat kerajaan negeri, Ladang Sungai Terah menyumbang RM1 juta manakala syarika Ufuk Budiman menyumbang RM100,000 kepada projek ini.

Di majlis itu, Tok Guru Nik Aziz menyeru semua lapisan masyarakat turut derma atas rasa tanggungjawab dan rasa hak bersama.

"Iapun bertepatan dengan Islam derma yang menggalakkan kita buat jalan selain masjid dan kita akan dapat pahala berpanjangan," katanya.

Ekonomi global, risiko PRU13 lambat

Posted: 28 May 2012 09:21 PM PDT

Karim Raslan

Menurut sembang politik di kedai kopi terdapat tiga jendela waktu yang dikira sesuai untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) iaitu sebelum Ramadan (akhir Jun/awal Julai), selepas raya- September dan sesudah Tahun Baru Cina 2013.

Justeru, Perdana Menteri ada fleksibiliti tinggi dalam memilih antara jendela waktu ini.

Namun, situasi ekonomi global yang tidak menentu menyulitkan pilihan ini. Kemenangan pemimpin sosialis Perancis, Francois Hollande dalam Pilihan Raya Presiden, kemelesetan di Greece dan kelembapan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat serta perkembangan ekonomi China yang semakin perlahan bermakna kita juga pasti akan merasa tempiasnya.

Pada masa sama, kemenangan calon Parti Pekerja dalam Pilihan Raya Kecil Hougang di Singapura hujung minggu lalu memperlihatkan pola pengundian yang menentang jentera parti pemerintah yang kuat.

Menentukan tarikh pilihan raya itu sendiri merupakan suatu seni. Banyak faktor harus dipertimbangkan dari kesiap sediaan parti, mesej di media dan penerimaan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan.

Pilihan raya tidak pernah berlaku dalam ruang vakum.

Kita tidak boleh mengetepikan arena antarabangsa, terutama perkembangan yang memberi kesan langsung kepada ekonomi kita. Malangnya, hari ini kita masih terlalu fokus kepada pertempuran politik domestik dari persoalan kebebasan sivil, mengenai kaum dan agama.

Berlatarbelakangkan iklim ekonomi dunia yang malap, Perdana Menteri tidak lagi mempunyai lebihan masa untuk membubarkan Parlimen awal tahun hadapan.

Pemacu pertumbuhan ekonomi semuanya sedang mengalami penurunan. Lihat pada statistik yang ada, pertumbuhan ekonomi China menurun kepada 8.1 peratus berbanding 8.3 peratus yang diramalkan. Sememangnya ini melebihi unjuran awal kerajaan dan jauh mengatasi Barat.

Namun, ketepatan angka ini diragui. Seperti dilaporkan akhbar Financial Times baru-baru ini, petunjuk lain seperti pertumbuhan pengeluaran industri mengalami penurunan ke 9.3 peratus pada April berbanding 11.9 peratus sebulan sebelumnya serta pertumbuhan import yang lemah (0.3 peratus sahaja pada April berbanding tahun sebelumnya) sememangnya mengesahkan penurunan kadar pertumbuhan ekonomi China yang cukup membimbangkan.

Dalam satu lagi indeks dikeluarkan bank HSBC yang mengukur aktiviti perindustrian di China setiap bulan, indeks Mei masih mengekalkan tren menurun ke 48.7 peratus dari 49.3 peratus (April). Ini bulan ketujuh indeks ini berada di bawah paras 50, mengesahkan perlahannya pertumbuhan ekonomi China.

Angka-angka yang agak memeranjatkan ini muncul kala ketidakstabilan politik di China ekoran pemecatan dan penahanan salah seorang pemimpinnya yang popular, Bo Xilai dan pertelingkahan Laut China Selatan dengan Filipina.

Amerika Syarikat pula masih gagal baik pulih ekonominya dengan pantas setelah kegawatan 2008/2009. Jumlah pekerjaan baru bukan ladang yang berjaya dihasilkan pada April 2012 hanya 170,000, dan ini menyulitkan penurunan kadar pengangguran yang masih di tahap tinggi iaitu 8.2 peratus. Pertumbuhan satu lagi gergasi Asia, India pula dijangka tidak sebesar sasaran iaitu 9 peratus dan hanya akan mencapai sekitar 6.9 peratus ekoran kelemahan kerajaan lakukan reformasi yang secukupnya.

Eropah pula sedang alami masa gelap dan kemungkinan terpaksa melakukan devaluasi mata wang untuk selamatkan ekonomi mereka, situasi yang hampir serupa dengan Asia Tenggara di penghujung 1990an.

Dengan dasar yang bercanggah dari satu negara ke negara lain, dari penjimatan ke populisme, ternyata mereka tidak mampu untuk berfikir secara rasional dan sekata dalam mengambil langkah berkesan untuk menangani krisis ekonomi sedang melanda.

Sememangnya, perkembangan ini tidak untungkan Malaysia sama sekali. Semua negara di atas adalah pelanggan barangan eksport kita. Sebarang kegawatan ekonomi global pasti akan beri kesan yang besar kepada negara kita.

Situasi politik domestik di Malaysia sudah berada dalam kedudukan terbaik. Masalah lebih besar menanti kerajaan ialah bagaimana untuk berdepan ekonomi global yang buruk.

Kita memerlukan pilihan raya secepat mungkin supaya kerajaan dengan mandat yang kuat dan baru dapat dibentuk untuk menyediakan negara berdepan dengan krisis ekonomi dunia.

Akhiri teka-teki pilihan raya dan fokus kepada mentadbir negara. Perdana Menteri kita sememangnya dikenali sebagai seorang pemimpin tidak gemar mengambil risiko.

Justeru, memandangkan kita sudah melangkah ke bulan Jun dan ditambah dengan senario ekonomi global yang malap, melambatkan pilihan raya bukanlah langkah bernas kerana ia hanya akan meningkatkan risiko untuk parti dan kerajaan!

Khaled: PTPTN hanya untuk kos sara hidup

Posted: 28 May 2012 09:20 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Debat Sinar: Umno tetap mahu PTPTN kekal, Pakatan kata tidak
 
Debat Sinar berkenaan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi
PKR, Rafizi Ramli.
 
 
PETALING JAYA - Sebanyak 90 peratus kos pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebenarnya ditanggung kerajaan, maka itu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh dianggap hanya untuk tanggung kos sara hidup pelajar.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin berkata, PTPTN hanya menanggung baki kos pengajian yang kecil, kira-kira 10 peratus daripada kos keseluruhan pengajian di IPTA.

"Tidak seperti negara-negara lain, kerajaan (Malaysia) bagi pinjaman kepada mahasiswa untuk menanggung kos sara hidup, setakat ini tidak ada mana-mana negara yang memberi pinjaman sara hidup kepada mahasiswa dengan jumlah yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek pembangunan Pusat Kecemerlangan Industri Pemborongan dan Peruncitan (ICoE) di sini, hari ini.

"Satu peratus hanya amaun yang kecil bagi mereka (mahasiswa) untuk membayar kos pengurusan pinjaman itu," kata Mohd Khaled.

Mohd Khaled berkata untuk itu, beliau tidak nampak keperluan isu pemansuhan satu peratus ujrah yang dikenakan ketika pembayaran pinjaman PTPTN.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemansuhan satu peratus ujrah pinjaman PTPTN yang diutarakan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dalam sesi Debat Sinar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengenai Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi, Selasa lalu.

Dalam pada itu, susulan Debat Sinar Selasa lalu, ramai berpendirian bahawa kemudahan pinjaman PTPTN tidak wajar dimansuhkan, sebaliknya kos pengurusannya iaitu satu peratus harus dihapuskan.

Pungutan suara kendalian Sinar Harian Online (www.sinarharian.com.my), yang diadakan sebaik sahaja berakhirnya Debat Sinar berkenaan tema "Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi" pada Selasa lalu, menunjukkan 45 peratus mahu kos pengurusan PTPTN dihapuskan berbanding 43 peratus yang berpandangan kemudahan pinjaman PTPTN dimansuhkan sama sekali.

Sementara itu, program yang diadakan dengan kerjasama ICoE Mydin Mohamed Holdings bersama beberapa IPT seperti Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Mara (UITM) Perak itu dijalankan dengan memberi fokus kepada pembangunan modal Insan dari peringkat lepasan sekolah, sijil, diploma dan Ijazah Sarjana Muda melalui latihan industri dan kerja sambilan.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Datuk Profesor Dr Rujhan Mustafa, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad Datuk Dr Ameer Ali Mydin dan Presiden Malaysia Retailer-Chains Association Datuk Nelson Kwok.

5 Nov bicara kes Pengerusi Eksekutif NFC

Posted: 28 May 2012 09:15 PM PDT

SINAR HARIAN

Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail keluar tinggalkan Mahkamah Sesyen
 
 
KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 5 Nov bagi perbicaraan pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, yang menghadapi dua tuduhan Pecah Amanah Jenayah (CBT) berjumlah RM49.7 juta.
  
Hakim S.M Komathy Suppiah memperuntukkan 15 hari bagi perbicaraan itu dari 5 Nov hingga 9 Nov, dan dari 3 Dis hingga 14 Dis.
  
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud memberitahu mahkamah bahawa kedua-dua belah pihak perlu menentukan fakta dan isu dipertikaikan, yang dipersetujui, yang pendakwa ingin cabar.
  
Beliau juga berkata semua dokumen perlu disahkan sebelum pengurusan kes pada 8 Okt, dan pihak pembelaan perlu menerangkan tentang mana-mana dokumen dan bahan bukti lain pembelaan yang mereka cadang kemukakan.
  
Peguam Mohamad Salleh, Y.Seelan berkata pihak pembelaan memerlukan lebih masa untuk meneliti dokumen.

Pada 12 Mac, Mohamad Salleh, 64, didakwa menyelewengkan RM9,758,140 dalam kapasitinya sebagai pengarah NFC, bagi membiayai pembelian dua kondominium di 'One Menerung' di Bangsar antara 1 dan 4 Dis 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd di Taman Tun Dr Ismail. 
  
Tuduhan kedua melibatkan pemindahan RM40 juta ke dalam akaun National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd, di mana Mohamad Salleh dan seorang daripada anaknya adalah pengarah, antara 6 Mei dan 16 Nov, 2009.
  
Beliau menghadapi kemungkinan penjara antara dua hingga 20 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 409 akta Syarikat 1965.
  
Mohamad Salleh juga didakwa di bawah Seksyen 132(2)(a) akta yang sama kerana menggunakan aset syarikat untuk membiayai sebahagian pembelian kondominium itu tanpa kelulusan syarikat.
  
Beliau boleh dipenjara hingga lima tahun atau denda RM30,000 jika sabit kedua-dua kesalahan. - Bernama

Tiada ulasan: